The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamsham5, 2021-10-24 02:48:58

BUKU MESYUARAT PIBG KE 46

SMKTAM

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA GURU

KALI KE 46

SESI 2021 / 2022

26 OKTOBER 2021 ( SELASA )

3.00 PETANG

KEDIAMAN MASING-MASING

Perasmian Oleh:

Hj. Abd Rahim bin Hj Mat Sam AMK. BKM
Timbalan Setiausaha PIBKS Negeri Kedah
Timbalan Pengerusi Majlis Muafakat PIBG Daerah Kota Setar

1

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

2.45 petang : ATUR CARA MAJLIS
3.00 petang :
3.05 petang : Admit Para Waris dan Guru
3.10 petang :
Aluan Pengerusi
:
Bacaan Doa
:
Ucapan oleh Yang Berusaha :
3.45 petang : EN. Ismail bin Hanapiah AMK., BKM., PJK.
: Yang Dipertua PIBG SMK Tunku Abdul Malik

Ucapan oleh Yang Berbahagia :
Datin Hajah Roksana Begum Bt. Rakhir, BCK.
Pengetua SMKTAM

Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia:
Hj. Abd Rahim bin Hj Mat Sam AMK. BKM.
Yang Dipertua PIBG SK Sultanah Asma
Timbalan Setiausaha PIBKS Negeri Kedah
Timbalan Pengerusi Majlis Muafakat PIBG Daerah Kota Setar

Mesyuarat Agung PIBG bermula

Bersurai

2

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1. Atur cara Majlis 2
2. Kandungan 3
3. Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 4
4. Agenda Mesyuarat 5
5. Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022 6
6. Minit Mesyuarat Agung Kali ke -45 7
7. Laporan Tahunan PIBG 2020/2021 19
8. Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2020
9. Penghargaan

3

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020/2021

Bismillah hirrahma nirrahhim,
Assalamuaalaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera,

Segala pujian tertentu bagi Allah SWT yang dengan limpah kurniaNya serta taufik dan bantuanNya telah
memudahkan kami untuk menunaikan amanah tuan puan sebagai pemacu PIBG sesi 2020/2021. Selawat dan
salam untuk Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Dalam kesempatan ini saya ingin memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat mencoretkan sepatah dua kata di dalam buku
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini. Setinggi ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK PIBG serta
semua warga SMKTAM yang telah membuat persiapan yang teratur untuk memastikan kelancaran mesyuarat
agung kali ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah
membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SMK Tunku Abdul Malik. Komitmen yang
padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang
iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa dan bangsa. Sebuah sekolah
yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya
disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas
serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SMK Tunku Abdul Malik
bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah telah dilaksanakan. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak-anak. Pembelajaran anak-anak
berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti.

Program “ZIARAH CAKNA” adalah antara inisiatif terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha
mengeratkan hubungan sekolah dengan waris dan secara langsung dapat membantu waris menyelesaikan
masalah serta menjana kecemerlangan pelajar.

Demi mencapai kejayaan, setiap usaha kita perlu diiringi dengan doa, agar apa yang dilakukan akan
memberi kebaikan kepada semua, khususnya kepada anak-anak kita. Marilah sama-sama kita bimbing dan
bentuk anak kita agar menjadi insan yang berjasa kepada ibu bapa, keluarga, agama, masyarakat, bangsa dan
negara. Ingatlah bahawa anak-anak kita adalah generasi dan pemimpin masa depan negara.

Akhir kata, saya menyeru semua AJK PIBG yang akan meneruskan sesi 2020/2022 agar dapat memberi
sokongan padu kepada pihak sekolah untuk menjayakan program dan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan, demi
kebaikan anak-anak jagaan kita.

Sekian, terima kasih.

4

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

(ISMAIL BIN HANAPIAH AMK., BKM., PJK.)
YANG DI PERTUA PIBG SESI 2020/2021

Yang benar, )
T.Tangan : ………………………..........................
( Nama :

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM
KALI KE-46

1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat.
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-45
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti AJK PIBG Sesi 2020/2021
5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Yang Berakhir

Pada 31 Disember 2020
6. Hal-hal Lain

7. Ucapan Penangguhan

5

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

SESI 2020/2021

Datin Hajah Roksana Begum Bt. Rakhir (Penasihat)

Pn. Zeleha Bt. Ayub (PK HEM)

En. Ismail b. Hanapiah AMK., BKM., PJK. . (Pengerusi)

En. Ahmad Supandi B. Misran (Naib Pengerusi)

En. Mohd Hisham B. Zainal (Setiausaha)

En. Mohamad Yazid B. Mohamad (Penolong Setiausaha)

Pn. Hafidzah bt. Ahmad Abidin (Bendahari)

En. Mohamad b. Darus (AJK)
Pn. Sabariah bt. Ali (AJK)
Datin Zurina bt. Hj. Mustafa (AJK)
En. Saari b. Chin (AJK)
Pn. Suhana bt. Md. Noh (AJK)
Pn. Isnafira Bt. Che Ishak (AJK)

En. Mohd Shamshul Nizam B. Abdullah (AJK)
Cik Wan Yusmaniza bt. Wan Nawang (AJK)
Pn. Siti Sarah Atfina Bt. Abd. Rahman (AJK)
Pn. Tew Yoke Tin (AJK)
Pn. Roslina Bt. Yahya (AJK)
Pn. Nor Syazwani Bt. Jusoh (AJK)
Pn. Nor Asilawani bt. Mohd Sehut (Juru Audit)
En. Basharudin B. Khalid (Juru Audit)

6

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

KALI KE-45

TARIKH : 12 FEB 2020
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN WAWASAN, SMKTAM

KEHADIRAN AJK PIBG :

1. Datin Hjh. Roksana Begum Binti Rakhir,BCK : Penasihat
2. En. Ismail bin Hanapiah AMK., BKM., PJK. : Yang Dipertua
3. Datin Faridah binti Man : Naib Yang Dipertua
4. En. Mohamad Yazid bin Mohamad : Setiausaha
5. Pn. Hafidzah binti Ahmad Abidin : Bendahari
6. En. Mohamad bin Darus : AJK Waris
7. En. Saari bin Chin : AJK Waris
8. Datin Zurina binti Hj. Mustafa : AJK Waris
9. Pn. Sabariah binti Ali : AJK Waris
10. Pn. Suhana binti Md Noh : AJK Waris
11. En. En. Masri b. Mohsin : AJK Guru
12. En. En. Fadzil b. Mustafa : AJK Guru
13. Cik Wan Yusmaniza binti Wan Nawang : AJK Guru
14. Pn. Rusnizawati bt. Che Khalid : AJK Guru
15. Pn. Ramlah binti Ismail : AJK Guru
16. Pn. Nor Asilawani binti Mohd Sehut : Juruaudit 1

TURUT HADIR : Pk Hem
1. Pn. Zaleha binti Ayob : Pk Koko
2. Pn. Rozita binti Hassan : Pk T6
3. Abd Majid bin Taib : Pk Pend. Khas
4. Mohd Zaini bin Ismail : Gk Bahasa
5. Pn. Noor Azhani binti Shaari : Gk Kemanusiaan
6. Pn. Sakinah binti Abdullah : Gk Tek/Vok
7. Pn. Nor Aidawati binti Mohd Hasnan : Gk Sains
8. Pn. Nor Roslina binti Wakimin
: AJK Waris
TIDAK HADIR BERSEBAB : : Juruaudit 2

1. En. Ahmad Supandi bin Misran
2. Tuan Haji Ab. Rahman b. Haji Ibrahim

7

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

KEHADIRAN WARIS :
150 ORANG

AGENDA I : UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

1. Yang Dipertua PIBG, En. Ismail bin Hanapiah mengucapkan syukur kerana dapat mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-45 pada tahun ini. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua di
atas luahan rasa kepada semua hadirin berkaitan dengan harapan beliau memandangkan beliau akan
bersara tidak lama lagi dan diharapkan dapat dijadikan satu ingatan kepada semua.
Makluman

AGENDA II : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

2. En. Mohamad Yazid bin Mohamad, selaku Setiausaha PIBG membentang dan mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG SMKTAM Kali ke-44 (muka surat 7 - 12) tanpa sebarang pindaan. Minit
Mesyuarat tersebut telah diterima atas cadangan En. Mohd Ali b. Ariffin dan disokong oleh En. Azli b.
Azizan.

Ahli majlis mesyuarat bersetuju minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan.

AGENDA III : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

AGENDA IV : MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2019/2020

3. En. Mohamad Yazid bin Mohamad, selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti PIBG sesi
2019/2020 bermula 17 Mac 2019 sehingga 09 Feb 2020 (muka surat 11 - 17). Untuk makluman, AJK PIBG
telah mengadakan 4 kali mesyuarat beserta kehadiran dalam tempoh tersebut pada muka surat 11,
setiausaha melaporkan berkaitan dengan sumber kewangan daripada yuran ahli dan alumni sekolah
serta AJK Waris PIBG.

Ahli majlis mesyuarat sebulat suara menerima laporan tersebut.

AGENDA V : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2018

8

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

4. Pn. Hafidzah binti Ahmad Abidin, selaku Bendahari PIBG membentangkan Akaun Penerimaan dan
Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 (muka surat 18-21) untuk diterima dan disahkan.
Laporan penyata kewangan tersebut telah diterima atas cadangan.

5. En. Mohd Basharuddin b. Khalid meminta penjelasan berkenaan bayaran guru ganti, bayaran
cenderahati kepada VIP, Photostat buku mesyuarat agung dan penggunaan PA system.

6. Datin pengetua memaklumkan bahawa guru ganti diperlukan apabila tiada guru berdasarkan opsyen
yang diperlukan dari pihak PPD. Pihak sekolah memohon guru dari luar kerana kelas yang terlibat adalah
kelas peperiksaan yang tiada guru selama 5 bulan dan membuat permohonan kepada PIBG. YDP
menjelaskan bahawa pihak AJK PIBG bermesyuarat dan meluluskan bayaran guru ganti tersebut.

7. En. Mohd Basharuddin b. Khalid menyarankan agar jumlah peruntukan untuk cenderahati kepada VIP
dikurangkan.

8. YDP menjelaskan bahawa peruntukan cenderahati untuk VIP tersebut adalah sebanyak RM250.00 dan
ianya berpatutan kerana VIP berkenaan menyumbang wang sebanyak RM3,000.00 ke akaun PIBG.

9. Pn. Islafina bt. Che Ishak mencadangkan penyata kewangan diterima. Pn. Nor Masitah menyokong
cadangan tersebut.

Ahli majlis mesyuarat sebulat suara menerima laporan kewangan tersebut.

AGENDA VI : MEMBAHASKAN USUL - USUL

10. En. Mohd Basharuddin b. Khalid merujuk usul nombor 6 muka surat 24, mencadangkan acara Larian
Merentas Desa dilangsungkan pada waktu pagi bagi mengelak cuaca panas hingga menyebabkan pelajar
pengsan atau mendapat strok haba.

11. Datin Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah sebenarnya juga bercadang untuk mengadakan
acara merentas desa pada waktu pagi tetapi menghadapi kekangan daripada agensi luar seperti PDRM
kerana jadual tugas anggota telah ditetapkan. Walau bagaimanapun pihak sekolah mengambil inisiatif
melewatkan larian pada jam 5.45 petang setelah selesai solat asar berjemaah di surau. Pada tahun 2021,
acara merentas desa akan diadakan pada hari Sabtu pagi.
9

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

12. En. Jaafar b. Saad memaklumkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga tudung pelajar
perempuan yang berharga RM25.00 yang dianggap agak mahal dan menambah bahawa warna lencana
pada tudung tersebut sepatutnya mempunyai tiga warna. Beliau menambah, harga tudung tersebut
dipasaran adalah RM15.00 dan kedudukan lencana pada tudung tersebut adalah tidak sesuai.

13. Datin Pengetua menjelaskan bahawa harga tudung yang dijual di koperasi sekolah tersebut adalah
sepadan dengan kualiti tudung tersebut. Kedudukan lencana kosong di bawah adalah bertujuan
mengelakkan pelajar menggunting bahagian bawah tudung. Isu tudung singkat sepatutnya tidak berlaku
sekiranya pelajar membeli mengikut saiz yang bersesuaian dan harga adalah sama untuk setiap saiz
tudung.

Makluman

USUL-USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNKU ABDUL MALIK KALI KE-44

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

1. AZHARI B. DESA AISHAHTUL HUSNA AZAHARI PU2B

• Tolong naik taraf kawasan letak motosikal. Sila pasang garaj kerana apabila hujan
akan mengakibatkan jalan terlalu licin. ( 6 cadangan)

JAWAPAN :

► Cadangan yang baik. Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini namun pihak
sekolah tiada peruntukan untuk membina garaj tersebut.

► Pihak sekolah dan PIBG melancarkan tabung kutipan wang untuk mengumpul dana bagi
membina garaj tersebut.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

2. FADZIL B. ZAKARIA SITI KHADIJAH BT. FADZIL PU2A

• “Upgrade toilet” dan kemudahan letak motosikal, tempat menunggu untuk ibu bapa
dan keluarga.

JAWAPAN :

10

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

► Cadangan yang baik. Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini namun pihak
sekolah tiada peruntukan untuk menaik taraf tandas tersebut, dan akan merealisasikannya
apabila ada peruntukan wang untuk penyelenggaraan tandas.

► Pihak sekolah dan PIBG melancarkan tabung kutipan wang untuk mengumpul dana bagi
membina tempat menunggu ibu bapa dan tempat letak motosikal.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

3. NORAFIDAH BT. ABDULLAH ADIB IMRAN B. AZRI 4 STEM 2

• Menambah baik makmal kimia supaya anak saya dapat belajar dalam keadaan
selesa.

JAWAPAN :

► Pihak sekolah sebenarnya telah pun membuat permohonan untuk penyelenggaraan
makmal kimia kepada PPD kota setar. Setakat hari ini belum ada respon dari PPD lagi.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

4. MERZUKI B. MUSTAFA ILHAM FATINAH 4 STEM 2

• Bagi mengelakkan kesesakan di pintu masuk sekolah berhadapan arkib saya
cadangkan agar semua kederaan guru/staff masuk melalui pintu kedua terutama di
waktu pagi.

• Juga minta pihak sekolah melalui MBAS/JKR untuk tutup bahagian kaki lima jalan
bersebelahan parit yang baru dibuat bagi tujuan menurunkan pelajar. Harap terima
usul ini.

JAWAPAN :

► Pihak pengawal keselamatan sekolah telah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka
dalam mengawal lalu lintas di pintu masuk utama sekolah setiap pagi. Selain itu premis sekolah
adalah sama seperti premis jabatan kerajaan yang lain yang keutamaan adalah kepada guru-
guru dan staf bertugas di sekolah untuk masuk ke sekolah setiap pagi.

► PIBG SMKTAM akan membawa perkara ini ke Majlis Bandaraya Alor Setar untuk tindakan
selanjutnya.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

5. MUHAMAD NAJIB B. ZAKARIA NURIN SOFIYA FARHANI 5 TEKNIKAL

11

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

• Tambahkan kipas di semua makmal sains (5 cadangan)

JAWAPAN :

► Pihak sekolah tiada peruntukan dan mencadangkan sumbangan wang daripada mana-
mana sumber. Kipas tambahan yang sedia ada di kelas-kelas adalah daripada sumbangan
wang guru kelas dan pelajar kelas tersebut. Untuk tambahan kipas juga, pihak sekolah
perlu kelulusan dari JKR bahagian Elektrik bertujuan mengelakkan masalah ‘overload’ dan
masalah lain.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

6. AHMAD NAZLI B. AZMI SAIFUL ALIFF AHMAD NAZLI PU2B

• Pembaikan dan pemulihan tandas yang digunakan. Mengadakan tandas khas untuk
pelajar tingkatan 6.

(4 cadangan )

JAWAPAN :

► Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini dan sebenarnya pihak sekolah
sentiasa membuat penyelenggaraan membaik pulih tandas yang didapati tidak memuaskan.

► Sebenarnya, tandas yang sedia ada di sekolah adalah untuk kegunaan semua pelajar.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

7. MOHD AZMI BIN ZAKARIA AISYA AYUNEE BT. MOHD PU2C
AZMI

• Mansuhkan yuran komputer untuk pelajar tingkatan enam

(6 cadangan)

JAWAPAN :

► Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini. Yuran komputer PRAU akan
digunakan untuk penyelanggaraan komputer dan pencetak iaitu pembelian dakwat dan
sebagainya bagi kegunaan pelajar membuat kerja kursus subjek Tingkatan 6.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

12

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

8. BADRUL HISHAM B. BAHARUDIN MEGAT BAZLI SYAH B. 2 ELIT
BADDRUL HISHAM

• Ada ruang tempat untuk belajar / buat kerja sekolah terutama masa menunggu ibu
bapa – balik sekolah.

JAWAPAN :

► Pihak sekolah tiada peruntukan untuk mewujudkan ruang tersebut buat masa ini. Walau
bagaimanapun pelajar-pelajar boleh menggunakan Perpustakaan Sekolah, Balai Anjung Putera
dan Puteri, Surau Sekolah dan lain-lain tempat untuk membuat kerja sekolah.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

9. MOHD TAUFEK B. MD SABRI RABIATUL ADAWIYAH BT. 5 EKONOMI
MOHD TAUFEK

• Fokus pelajar pada pelajaran yang lemah seperti matematik

JAWAPAN :

► Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini. Pihak sekolah sememangnya
memberi perhatian dan telah merancang dan mangambil tindakan serta mengadakan
program peningkatan prestasi untuk subjek yang GP nya adalah tinggi. Kelas tambahan
pada setiap hari Ahad hingga Selasa pada jam 2.45 – 4.00 petang telah berlangsung pada
minggu ke 8 persekolahan dan subjek Matematik juga termasuk dalam jadual ini bagi
pelajar Tingkatan 5.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

10. ISNA FIRA BT. CHE ISHAK NUR ISMA IRDINA 2 ELIT

• Pemakaian tudung seragam, lencana berwarna yang dijual oleh koperasi sekolah.

JAWAPAN : ANAK TINGKATAN
► Cadangan ini diterima tanpa dibahaskan. 4
BIL PEMBERI USUL MUHAMMAD DARWISH
11. AKHBAR NOBIS B. ALI IRFAN

13

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

• Menambah satu lagi sukan dan permainan iaitu Bowling.

JAWAPAN :
► Sukan tersebut adalah sukan “Elit” yang selalunya diuruskan oleh waris sendiri. Waris yang

berkemampuan boleh membiayai sendiri kos latihan anak mereka yang berminat dan
menyertai pertandingan atas nama sekolah. Pihak sekolah tiada halangan.
AGENDA VI : PELANTIKAN AJK PIBG SMKTAM SESI 2020/2022

14. Datin Faridah binti Man, Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2018/2020 memohon agar beliau tidak dicalonkan
pada sesi seterusnya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG, Guru-guru serta
para waris yang member kerjasama dalam menjayakan setiap agenda dan program sekolah.

15. En. Solehudin b. Saad mencadangkan Jawatan Yang Dipertua PIBG yang disandang oleh En. Ismail b.
Hanapiah dikekalkan untuk sesi 2020/2022. En. Ali b. Ariffin menyokong cadangan tersebut dan
sokongan sebulat suara daripada ahli mesyuarat.

16. En. Ismail b. Hanapiah mencadangkan En. Supandi b. Misman dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.
En. Solehudin b. Saad menyokong cadangan tersebut.

17. Pn. Nor Ayuni bt. Zamani mencadangkan Pn. Isnafira bt. Che Ishak sebagai AJK waris. En. Solehudin b.
Saad menyokong cadangan tersebut dan mencadangkan AJK waris sesi 2018/2020 yang lain dikekalkan.
Pn. Norsiah bt. Hamid menyokong cadangan tersebut.

18. Datin Pengetua mencadangkan En. Mohd Basharuddin b. Khalid sebagai Juru Audit 2. Sokongan sebulat
suara daripada ahli mesyuarat.

19. YDP mencadangkan Pn. Nor Asilawani binti Mohd Sehut dikekalkan sebagai Juru Audit 1. Sokongan
sebulat suara daripada ahli mesyuarat.

20. YDP menjelaskan bahawa dibolehkan melantik semula AJK yang tidak hadir mesyuarat dengan syarat
AJK tersebut telah memaklumkan ketidakhadirannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan telah
menyatakan persetujuan di atas semua keputusan mesyuarat.

14

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

21. Datin Pengetua memaklumkan bahawa AJK PIBG Guru adalah dilantik oleh pihak sekolah. Pelantikan
adalah seperti berikut:
Setiausaha : En. Mohamad Yazid b. Mohamad
Bendahari : Pn. Hafidzah bt. Ahmad Abidin
AJK : Cik Wan Yusmaniza bt. Wan Nawang
Pn. Siti Sarah Atfina bt. Abd. Rahman
Pn. Noorhaslinda binti Saad
En. Mohd Shamshul Nizam b. Abdullah
Pn. Tew Yoke Tin
Pn. Roslina bt. Yahya

AGENDA VII : HAL-HAL LAIN

22. YDP menjelaskan bahawa terdapat cadangan daripada waris supaya diadakan tempat meletak motosikal
berbumbung tetapi pihak sekolah dan PIBG memerlukan dana/sumbangan wang kerana tiada wang
untuk pembinaan tersebut. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada waris agar longkang di hadapan
pintu pagar sekolah ditutup dan bahu jalan di turap tar. Beliau memaklumkan bahawa PIBG telah
membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar, namun masih belum mendapat jawapan
berkenaan kelulusan untuk pembinaan tersebut. YDP menjelaskan bahawa waris boleh menderma
untuk tabung dana pembinaan tempat meletak motosikal tersebut tanpa paksaan.

23. Datin Pengetua menyatakan tentang pelajar yang terpengaruh dengan fesyen rambut semasa iaitu
potongan rambut yang mempunyai garisan ditepi dan rambut yang diwarnakan. Justeru, pihak sekolah
membuat cadangan memutuskan bahawa semua pelajar lelaki dikehendaki memotong rambut dengan
ukuran “nombor 3”.
Cadangan diterima.Tiada bantahan daripada semua waris dan mesyuarat
bersetuju sebulat suara.

15

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

24. Datin pengetua memaklumkan bahawa sumbangan peningkatan akademik untuk tingakatan enam atas
ditambah RM5.00 menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM155.00 dan ianya sama dengan jumlah
bayaran peningkatan akademik tingkatan lima iaitu RM155.00.

Ting. SumbanganPIBG Peningkatan Aktiviti Pend. Komputer Majalah Jumlah
(RM) Akademik Islam /Moral Dlm. Pend. (RM) (RM)
1 (RM)
2 30.00 30.00 (RM) (RM) 20.00 105.00
3 30.00 30.00 15.00 10.00 20.00 105.00
4 30.00 60.00 15.00 10.00 20.00 135.00
5 30.00 30.00 15.00 10.00 20.00 105.00
6 Bawah 30.00 80.00 15.00 10.00 20.00 155.00
6 Atas 30.00 60.00 15.00 10.00 20.00 140.00
30.00 75.00 15.00 15.00 20.00 155.00
15.00 15.00

Cadangan diterima.Ahli majlis mesyuarat sebulat suara bersetuju.

25. Datin Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah bercadang untuk memohon sumbangan menaik
taraf surau sekolah dengan memasang penghawa dingin. Pihak sekolah telah merangka cadangan dan
kertas kerja telah diserahkan kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah, Timbalan
Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Ahli DUN Anak Bukit untuk tindakan. Selain
itu, Datin Pengetua juga akan pamerkan ‘banner’ dan surat untuk memberi sumbanganbagi mengumpul
dana. Sumbangan boleh dibuat kepada akaun PIBG sekolah.

26. Datin Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang
sekolah di TH Hotel. Ianya dengan hasrat meraikan pelajar serta menyuntik semangat pelajar agar lebih
bermotivasi untuk terus bersaing dan berjaya dengan cemerlang. Selain itu, penganjuran majlis tersebut
untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru serta mengurangkan beban tugas guru berbanding
penganjuran majlis di sekolah. Justeru, Datin Pengetua memaklumkan kepada para waris bayaran RM30
akan dikenakan kepada semua guru dan waris. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan berusaha
mendapatkan sumbangan wang daripada mana-mana pihak bagi mengurangkan jumlah bayaran untuk
pelajar.

Ahli majlis mesyuarat sebulat suara menerima cadangan tersebut tanpa
sebarang bantahan.

27. En. Jaafar b. Saad mengemukakan beberapa pertanyaan dan persoalan. Ianya adalah sejauh mana
tindakan pihak sekolah dalam menangani masalah tikus yang terdapat di asrama. Selain itu, beliau ingin
mengetahui adakah prosedur pemeriksaan kesihatan yang sama perlu dilakukan oleh setiap pelajar
asrama pada setiap tahun. Beliau juga ingin mengetahui, adakah pihak sekolah tidak tidak mendapat

16

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

peruntukan oleh pihak kementerian untuk melaksanakan cadangan-cadangan dan usul-usul yang
dikemukakan oleh waris.
28. Datin Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah telah mengambil tidakan secara berkala dan
berterusan bagi menangani masalah tikus di asrama sekolah. Masalah adanya tikus juga berpunca
daripada makanan yang dibawa oleh pelajar dari rumah.
29. Datin Pengetua menjelaskan bahawa prosedur pemeriksaan kesihatan setiap tahun yang dikenakan
keatas setiap pelajar asrama adalah perlu dipatuhi kerana ianya bertujuan mengelakkan masalah
kesihatan dan kejadian yang tidak diingini berlaku di asrama.
30. Datin Pengetua memaklumkan bahawa tiada peruntukan oleh kementerian untuk melaksanakan
pembinaan prasarana sekolah seperti yang dicadangkan oleh waris. Pihak sekolah hanya mendapat
peruntukan untuk penyelenggaraan prasarana sekolah sedia ada.
31. En. Mohd Basharuddin b. Khalid bertanyakan tentang kutipan yuran sekolah dikalangan pelajar. Adakah
terdapat pelajar yang belum menjelaskan bayaran tersebut dan apakah tindakan yang telah dilakukan
oleh pihak sekolah terhadap pelajar yang gagal membayar yuran tersebut.
32. Datin Pengetua memaklumkan bahawa semua pelajar telah membayar yuran tersebut. Terdapat
sebilangan kecil pelajar yang didapati benar-benar tidak mampu membayar dan pihak sekolah
membantu mereka dengan menggunakan wang zakat.
33. En. Solehudin b. Saad menyatakan bahawa semua hadirin sedia maklum bahawa tempat meletak
motosikal pelajar tiada bumbung dan lantai simen serta tempat waris menunggu pelajar juga tiada.
Selain itu, pihak sekolah dan PIBG tiada wang untuk membina garaj dan tempat menunggu seperti yang
dimaksudkan. Justeru, beliau mencadangkan agar dilaksanakan kutipan wang RM10.00 yang
menyasarkan setiap pelajar SMK Tunku Abdul Malik. En. Ismail b. Hanapiah, YDP PIBG meminta
persetujuan semua waris yang hadir dan semua sebulat suara bersetuju untuk kutipan wang tersebut.
Pembayaran adalah wajib keatas setiap pelajar. Hanya seorang pelajar dikenakan bagi waris yang
mempunyai lebih seorang anak di SMK Tunku Abdul Malik. Mesyuarat menetapkan keputusan kutipan
tersebut adalah untuk tahun 2020 dan akan dibincangkan semula pada mesyuarat agung akan datang,
sama ada jumlah kutipan akan ditambah atau dikekalkan.

Ahli majlis mesyuarat sebulat suara bersetuju.

17

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

AGENDA VIII : UCAPAN PENANGGUHAN

34. Datin Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris dan guru yang telah banyak
memberi kerjasama, sumbangan dan komitmen untuk menjayakan setiap agenda sekolah. Datin
Pengetua memohon maaf kepada semua yang hadir, sekiranya terdapat sebarang kekurangan, tindakan
yang tidak menyenangkan serta kesalahan tutur kata daripada pihak sekolah.

35. En. Ismail b. Hanapiah, Yang Dipertua PIBG yang dikekalkan untuk sesi 2020/2022 mengucapkan terima
kasih kepada waris yang hadir kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjalankan tugas
untuk sesi 2020/2022. Beliau akan cuba menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

Pencatat minit mesyuarat:

Cik Wan Yusmaniza bt. Wan Nawang
Pn. Norlailati Syima bt. Ahmad
Pn. Norazizan bt Ismail

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………. ………………………………………………………………….
MOHAMAD YAZID B. MOHAMAD EN. ISMAIL B. HANAPIAH
SETIAUSAHA PIBG 2020/2022 AMK., BKM,. PJK.
SMK TUNKU ABDUL MALIK YANG DIPERTUA PIBG 2020/2022
SMK TUNKU ABDUL MALIK

18

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

LAPORAN TAHUNAN PIBG SMK TUNKU ABDUL MALIK 2020/2021

Berikut adalah laporan aktiviti PIBG bermula 19 Februari 2020 sehingga 21 Oktober 2021.

1. Jawatankuasa PIBG

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SESI 2020/2021

Datin Hajah Roksana Begum Bt. Rakhir (Penasihat)

Pn. Zeleha Bt. Ayub (PK HEM)

En. Ismail b. Hanapiah AMK., BKM., PJK. . (Pengerusi)

En. Ahmad Supandi B. Misran (Naib Pengerusi)

En. Mohamad Hisham B. Zainal (Setiausaha)

En. Mohamad Yazid B. Mohamad (Penolong Setiausaha)

Pn. Hafidzah bt. Ahmad Abidin (Bendahari)

En. Mohamad b. Darus (AJK)
Pn. Sabariah bt. Ali (AJK)
Datin Zurina bt. Hj. Mustafa (AJK)
En. Saari b. Chin (AJK)
Pn. Suhana bt. Md. Noh (AJK)
Pn. Isnafira Bt. Che Ishak (AJK)

En. Mohd Shamshul Nizam B. Abdullah (AJK)
Cik Wan Yusmaniza bt. Wan Nawang (AJK)
Pn. Siti Sarah Atfina Bt. Abd. Rahman (AJK)
Pn. Tew Yoke Tin (AJK)
Pn. Roslina Bt. Yahya (AJK)
Pn. Nor Syazwani Bt. Jusoh (AJK)
Pn. Nor Asilawani bt. Mohd Sehut (Juru Audit)
En. Basharudin B. Khalid (Juru Audit)

2. Mesyuarat Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa PIBG SMKTAM Sesi 2020/2021 telah mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 2 kali dan
sekali perjumpaan bersama YDP PIBG.
Butiran pelaksanaan mesyuarat adalah seperti berikut :

BILANGAN/SESI TARIKH MASA TEMPAT

01/2020 28 OKTOBER 2020 (RABU) 11.00 PAGI BILIK TRANSFORMASI, SMKTAM

19

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

02/2021 27 JUN 2021 (AHAD) 11.00 PAGI PLATFORM GOOGLE MEET

3. Sumber Kewangan
i. Sumbangan yuran Ahli.
ii. Sumbangan peningkatan akademik.
iii. Sumbangan aktiviti pendidikan Islam/Moral.
iv. Sumbangan komputer dalam pendidikan.
v. Sumbangan derma pihak luar, bekas pelajar, guru dan waris.

4. Aktiviti dan Sumbangan PIBG

Bil Tarikh Aktiviti

1. 17 Mac 2019 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 44

2. 18 Mac 2019 Sumbangan Bola Jaring

3. 02 April 2019 Sumbangan pengiktirafan Kejayaan Pelajar

4. 08 April 2019 Menjayakan Hari Anugerah Cemerlang

5. 23 April 2019 Memasang kerangka meja

6. 23 April 2019 Aktiviti Ziarah Cakna

7. 25 April 2019 Sumbangan ProgramTarpaulin Namamu di Puncak

8. 30 April 2019 Sumbangan PA System & Wiring Surau

9. 30 April 2019 Sumbangan Jamuan HAC

10. 05 Mei 2019 Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

11. 05 Mei 2019 Sumbangan Hari Guru Daerah

12. 05 Mei 2019 Sumbangan Program Analisis Bertopik Sains SPM

13. 08 Mei 2019 Sumbangan Prog Amal HajI Ting 4 & 5

14. 08 Mei 2019 Majlis Berbuka Puasa Asrama SMKTAM

15. 08 Mei 2019 Sumbangan Prog Ihya Ramadhan 2019

16. 21 Mei 2019 Sumbangan Sewa Khemah Hari Guru

17. 21 Mei 2019 Sumbangan Program Kursus Asas PRS

18. 21 Mei 2019 Bayaran meter mesin photostat

19. 21 Mei 2019 Sumbangan Program Perkongsian Pintar Permata

20. 12 Jun 2019 Sumbangan Program “Bubur Lambuk”

21. 16 Jun 2019 Sumbangan Peralatan Permainan Hari Guru

22. 16 Jun 2019 Aktiviti Ziarah Cakna

23. 17 Jun 2019 Sumbangan Penghargaan untuk Banner Hari Guru

24. 19 Jun 2019 Sumbangan Bahan Latihan Ting 5 Sejarah

25. 25 Jun 2019 Sumbangan Fotostat bahan latihan Sains

26. 25 Jun 2019 Sumbangan Hiasan Luar HAC

27. 07 Julai 2019 Sumbangan Kertas Model PT3 Math

28. 08 Julai 2019 Sumbangan Analisa bertopik Sains SPM

29. 15 Julai 2019 Sumbangan Photostat bahan Sains ting 3

30. 17 Julai 2019 Penyelenggaraan komputer

31. 17 Julai 2019 Photostat Bahan Sejarah SPM

20

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

32. 17 Julai2019 Ceramah Teknik Jawab Sejarah
33. 18 Julai 2019 Kem Akademik Kumpulan Permata
34. 21 Julai 2019 Photostat Bahan Math Ting 5
35. 21 Julai 2019 Sumbangan Bayaran Guru Ganti
36. 24 Julai 2019 Aktiviti Ziarah Cakna
37. 31 Julai 2019 Sumbangan Kelab Teater Sekolah
38. 07 Ogos 2019 Photostat bahan P. Islam SPM
39. 19 Ogos 2019 Aktiviti Ziarah Cakna
40. 20 Ogos 2019 Teknik Jawab soalan Matematik T5
41. 27 Ogos 2019 Sumbangan Photostat bahan GKT
42. 29 Ogos 2019 Photostat bahan Biologi T5
43. 29 Ogos 2019 Photostat Sains T5
44. 29 Ogos 2019 Photostat Fizik SPM
45. 03 Sept. 2019 Sumbangan Bayaran Guru Ganti
46. 05 Sept. 2019 Sumbangan Pembelian “Smart Board”
47. 10 Sept. 2019 Sumbangan Teknik Jawab SPM ICT
48. 10 Sept. 2019 Sumbangan Penyelenggaraan Komputer
49. 10 Sept. 2019 Ziarah Cakna
50. 11 Sept. 2019 Sumbangan Photostat Kertas Soalan T5
51. 07 Okt. 2019 Sumbangan Kem Bina Harapan
52. 15 Okt. 2019 Sumbangan Kem Pecutan Gempur
53. 15 Okt. 2019 Menjulang Gemilang Majlis
54. 16 Okt. 2019 Restu Ilmu SPM & STPM
55. 21 Okt. 2019 Sumbangan Photostat Soalan Matematik SPM
56. 21 Okt. 2019 Sumbangan Photostat Soalan Sejarah SPM
57. 22 Okt. 2019 Program PASCA PT3
58. 31 Okt. 2019 Sumbangan jamuan raya
59. 07 Nov. 2019 Majlis Bacaan Yassin / Solat Hajat / Restu Guru SPM / STPM
60. 11 Nov. 2019 Program Selepas PT3 bersama UNITAR
61. 12 Nov. 2019 Penyelenggaraan makmal EPU
62. 14 Nov. 2019 Sumbangan Hadiah persaraan PK Pentadbiran
63. 19 Nov. 2019 Sumbangan Pembelian Kertas A4
64. 21 Nov. 2019 Penyelenggaraan komputer EPU
65. 21 Nov. 2019 Sumbangan Photostat Soalan Pecutan Akhir
66. 21 Nov. 2019 Sumbangan Buku Perancangan Sekolah
67. 21 Nov. 2019 Photostat Soalan Pecutan Akhir
68. 30 Dis. 2019 Pendaftaran Tingkatan 1 / Taklimat Waris
69. 16 Jan. 2020 Menjayakan Acara Merentas Desa
70. 30 Jan. 2020 Program Ikrar Kecemerlangan / Jaya Waris Tingkatan 5
71. 06 Feb. 2020 Menjayakan Kejohanan Olahraga SMKTAM kali ke 46
72. 09 Feb. 2020 Menjayakan Majlis Perasmian Ziarah Cakna Peringkat Sekolah
73. 09 Feb. 2020 Ziarah Cakna

21

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

Semua perancangan aktiviti dan sumbangan PIBG telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua
pihak terutamanya ahli-ahli jawatankuasa PIBG 2019/2020, para ibu bapa, guru-guru dan juga para pelajar.
Harapan agar para ibu bapa akan terus memberi sokongan dan cadangan terhadap aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG pada tahun
2019/2020.

Dilaporkan oleh,
(MOHAMAD YAZID BIN MOHAMAD)
SETIAUSAHA PIBG SESI 2019/2020
SMK TUNKU ABDUL MALIK

22

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNKU ABDUL MALIK KALI KE- 45

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

1. AZHARI B. DESA AISHAHTUL HUSNA AZAHARI PU2B

• Tolong naik taraf kawasan letak motosikal. Sila pasang garaj kerana apabila hujan

akan mengakibatkan jalan terlalu licin. ( 6 cadangan)

JAWAPAN :

Cadangan ini diterima.
► Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini, walaubagaimana pun, pihak sekolah

tiada peruntukan untuk membina garaj tersebut.
► Pihak sekolah dan PIBG bercadang untuk mewujudkan tabung kutipan wang untuk dana

bagi membina garaj dan naik taraf tempat meletak motosikal tersebut.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

2. FADZIL B. ZAKARIA SITI KHADIJAH BT. FADZIL PU2A

• “Upgrade toilet” dan kemudahan letak motosikal, tempat menunggu untuk ibu bapa

dan keluarga.

JAWAPAN :

Cadangan ini diterima.
► Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini. Pihak sekolah

tiada peruntukan untuk menaik taraf tandas tersebut. Pihak sekolah sentiasa membuat

penyelenggaraan berdasarkan peruntukan yang ada.
► Pihak sekolah dan PIBG bercadang untuk mewujudkan tabung kutipan wang untuk dana

bagi membina tempat menunggu dan menaik taraf tandas.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

3. NORAFIDAH BT. ABDULLAH ADIB IMRAN B. AZRI 4 STEM 2

• Menambah baik makmal kimia supaya anak saya dapat belajar dalam keadaan

selesa.

JAWAPAN :

► Pihak sekolah akan membuat permohonan untuk menaik taraf bahagian yang berkaitan di
makmal kimia tersebut berdasarkan peruntukan daripada PPD kota setar.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

4. MERZUKI B. MUSTAFA ILHAM FATINAH 4 STEM 2

• Bagi mengelakkan kesesakan di pintu masuk sekolah berhadapan arkib saya

cadangkan agar semua kederaan guru/staff masuk melalui pintu kedua terutama di

waktu pagi.

23

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

• Juga minta pihak sekolah melalui MBAS/JKR untuk tutup bahagian kaki lima jalan
bersebelahan parit yang baru dibuat bagi tujuan menurunkan pelajar. Harap terima
usul ini.

JAWAPAN :

► Diharap, waris dapat mengurus perjalanan menghantar anak ke sekolah untuk mengelak
kesesakan lalu lintas.

► PIBG SMKTAM akan membawa perkara ini ke Majlis Bandaraya Alor Setar.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN
5 TEKNIKAL
5. MUHAMAD NAJIB B. ZAKARIA NURIN SOFIYA FARHANI

• Tambahkan kipas di semua makmal sains (5 cadangan)

JAWAPAN :

► Pihak sekolah tiada peruntukan dan mencadangkan sumbangan wang daripada mana-
mana sumber. Kipas tambahan yang sedia ada di kelas-kelas adalah daripada sumbangan
waris, guru kelas serta pelajar kelas tersebut. Mohon kerjasama waris untuk membuat
sumbangan wang atau kipas untuk semua makmal.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

BASHARUDIN B. KHALID HAFIZUDDIN BASYIR 1 IMTIAZ

6. • Syor Larian Merentas Desa diadakan sebelah pagi untuk mengelakkan cuaca panas

(elakkan pelajar mengalami strok haba/pengsan)

JAWAPAN :

►Pihak sekolah memang bercadang untuk mengadakan acara tersebut pada hari sabtu waktu
pagi tetapi menghadapi masalah perubahan waktu dengan agensi luar terutamanya daripada
PDRM. Namun begitu, pihak sekolah mengambil inisiatif dengan melewatkan acara tersebut
dan memulakan larian pada jam 05.45 petang.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

7. AHMAD NAZLI B. AZMI SAIFUL ALIFF AHMAD NAZLI PU2B

• Pembaikan dan pemulihan tandas yang digunakan. Mengadakan tandas khas untuk

pelajar tingkatan 6.

(4 cadangan )

JAWAPAN :

► Pihak sekolah sentiasa membuat penyelenggaraan pada tandas-tandas yang memerlukan
penyelenggaraan.

► Pihak sekolah berpendapat, tandas yang sedia ada adalah untuk kegunaan semua pelajar.

24

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN
8. MOHD AZMI BIN ZAKARIA AISYA AYUNEE BT. MOHD PU2C

AZMI

• Mansuhkan yuran komputer untuk pelajar tingkatan enam
(6 cadangan)

JAWAPAN :
► Pihak sekolah mengambil maklum tentang perkara ini. Yuran komputer PRAU akan

digunakan untuk penyelanggaraan dan pembelian dakwat pencetak dan sebagainya.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

9. BADRUL HISHAM B. BAHARUDIN MEGAT BAZLI SYAH B. 2 ELIT

BADDRUL HISHAM

• Ada ruang tempat untuk belajar / buat kerja sekolah terutama masa menunggu ibu

bapa – balik sekolah.

JAWAPAN :

► Pihak sekolah tiada peruntukan untuk mewujudkan ruang tersebut buat masa ini. Pelajar
boleh menggunakan Anjung Putera/ Puteri, Astaka, Pusat Sumber dan Surau untuk belajar.
Tiada ruang atau bilik untuk diwujudkan tempat belajar tersebut.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN
10. 5 EKONOMI
MOHD TAUFEK B. MD SABRI RABIATUL ADAWIYAH BT.

MOHD TAUFEK

Fokus pelajar pada pelajaran yang lemah seperti matematik

JAWAPAN :
► Pihak sekolah sememangnya memberi perhatian dan telah merancang dan melaksanakan

serta dengan mengadakan program peningkatan prestasi untuk subjek matematik dan

subjek lain.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

11. MOHD SANI B. IBRAHIM MUHAMMAD ZAHIM B. 4 STEM 1

MOHD SANI

• Tandas lelaki perlu dibaiki

JAWAPAN :

► Pihak sekolah sentiasa membuat penyelenggaraan disemua tandas lelaki dan perempuan
berdasarkan peruntukan yang ada.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN
12.
ROSLINA BT. MOHD HANAPIAH NURUL NADIRA BT. AHMAD 5 KEM.

FAUZI

Tidak mewajibkan pelajar membeli dan memakai tudung sekolah yang dijual di

koperasi sekolah kerana harga yang agak mahal dan tebal serta singkat.

25

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

JAWAPAN :
► Pihak sekolah berpendapat, harga tudung sekolah adalah sama dengan harga pasaran luar.
► Terdapat saiz S hingga saiz XL dan pelajar hendaklah bijak memilih saiz.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN

13. ISNA FIRA BT. CHE ISHAK NUR ISMA IRDINA 2 ELIT

• Pemakaian tudung, seragam lencana berwarna yang dijual oleh koperasi sekolah.

JAWAPAN :
► Cadangan ini diterima tanpa dibahaskan.

BIL PEMBERI USUL ANAK TINGKATAN
14. 4
AKBAR NOBIS B. ALI MUHAMMAD DARWISH

IRFAN

Menambah satu lagi sukan dan permainan iaitu Bowling.

JAWAPAN :

► Sukan tersebut adalah sukan “Elit”. Waris yang berkemampuan boleh membayai sendiri kos
latihan anak mereka yang berminat dan menyertai pertandingan atas nama sekolah.

26

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

PENGHARGAAN

Tuan Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG
Tuan Pengetua, Guru-guru dan Kakitangan Sokongan

Serta
Anak Didik SMK Tunku Abdul Malik
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
yang telah memberikan sumbangan tenaga, idea dan juga material

bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMKTAM Kali Ke – 46

Tahun 2021

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Yang Berbahagia:

Dato Hj. Arifin bin Man
Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar
Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah

kerana menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-46 kali ini.

27

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTAM KALI KE-46 2021/2022

28


Click to View FlipBook Version