E-MAJALAH JULAI 2022 | EDISI PERTAMA
JelajTahu&lis
Blog Keindahan
pelancongan blog
menyumbang
makna pelancongan
Mewarnai blog
perjalanan dan
pelancongan
Mempromosikan
budaya unik melalui
penulisan blog
ISI
m/s 1 AJK E-MAJALAH
m/s 2 TINTA EDITOR
m/s 3 ARTIKEL UTAMA
Keindahan blog pelancongan
m/s 5 Mewarnai blog perjalanan dan
pelancongan
m/s 6 ARTIKEL SAMPINGAN
Mempromosikan budaya unik
melalui penulisan blog
m/s 7 Blog pelancongan menyumbang
makna
m/s 8 BERITA SEMASA
m/s 9
Pelancongan pasca Covid-19
Strategi pemulihan sektor
pelancongan
m/s 10 RUANGAN KREATIF
m/s 11
Pantun Seronoknya Malaysia
Puisi Percutian Bermakna
m/s 12 RUANGAN IKLAN
AJK E-Majalah
OFEA I YU
ERDINA S
FOO HU
Ketua Editor Ketua Pengarang
I SAN G YAO AZAD
SOO WA
GOH FAN
SYAHR
Pengarang Pengarang Pengarang
AH U HUI
AFIQ
CHIN SH
Pereka Grafik dan Pereka Kreatif dan
Editor Penyunting
1
Tinta
Editor
Mencipta artikel majalah yang menarik, bermaklumat dan mudah
dibaca ialah sesuatu yang perlu diketahui oleh setiap penerbitan, tanpa
mengira tema dan topik khusus mereka. Kebiasaannya, artikel majalah
boleh membincangkan topik dan tema yang menjadi sohor kini, atau
yang lebih khusus seperti geografi, masakan, fesyen, muzik dan bidang
lain yang diminati. Namun begitu, kesemua artikel majalah ini perlu
mematuhi prinsip penulisan peristiwa terkini agar dapat menarik minat
pembaca dengan peristiwa terkini. Tambahan pula, artikel majalah
kadangkala perlu menyertakan wawancara dengan orang yang
ditemuduga untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Seperti yang kita sedia maklum, demi Erdina Sofea
melahirkan seorang penulis yang berkaliber,
penulis itu sendiri mestilah berani meneroka Ketua Editor
bidang-bidang selain kepakaran mereka.
Maka, kami berpendapat bahawa menceburi JULAI 2022
penulisan blog pelancongan mampu
memberikan signifikasi yang berkesan untuk E-Majalah
para penulis meningkatkan ilmu dan Jelajah&
pengalaman mereka. Selain itu, penulisan blog Tulis
pelancongan amat diperlukan pada masa kini,
sebagai panduan dan perkongsian maklumat 2
kepada pembaca.
ARTIKEL UTAMA
Keindahan blog
pelancongan
Disediakan oleh: Goh Fang Yao Justeru itu, blog pelancongan
dikatakan lebih kredibel dan
Kewujudan blog pelancongan amat dipercayai kerana penulis blog
signifikan dengan fungsi mewujud tersebut boleh menarik minat
keinginan melancong para pelancong melalui cara
pengembara atau pelancong. perkongsian maklumat dan
Keinginan melancong menumpukan pengalaman sebenar mengenai
kepada niat individu untuk sesuatu tempat pelancongan.
melancong ataupun komitmen 1.Faktor Afektif
individu tersebut terhadap usaha
untuk melancong. Keinginan Dengan kemajuan teknologi Web
2.0, blog pelancongan merupakan
melancong juga turut dinyatakan platform yang utama untuk
mendapatkan sumber maklumat
sebagai terjadi daripada dan pusat rujukan panduan
pelancongan.
penerimaan mental yang membawa
kepada tindakan dan mengubah
motivasi kepada perilaku.
Blog pelancongan amat signifikan 3
dalam menarik minat para
pelancong untuk melancong ke
sesuatu destinasi
ARTIKEL UTAMA
3. Faktor Interaksi Interpersonal
Seseorang akan terpengaruh untuk
Selain itu, blog pelancongan boleh membeli produk pelancongan atau
merangsang perasaan empati membuat perjalanan untuk
dengan karakter yang seterusnya melancong seperti mana yang ada
menyumbang kepada persepsi dalam blog pelancongan sekiranya
penonton terhadap destinasi di pihak lain telah melawat destinasi
dalam laman sesawang tersebut. pelancongan. Dalam dunia blog,
Blog pelancongan boleh penulis dianggap sebagai suara
membangkitkan emosi penonton yang boleh dipercayai dalam
dan memberi kesan terhadap komuniti, di mana perkongsian
pandangan penonton berkaitan maklumat diantara pengikut
dengan destinasi dimana ianya komuniti siber boleh mempengaruhi
menyumbang kepada tanggapan seseorang mengenai
pembentukan imej afektif. produk atau destinasi.
2. Faktor Kognitif Melalui pencetusan idea lain, agensi
Blog pelancongan dapat pelancongan atau badan-badan
membantu pembaca dalam pelancongan perlu mewujudkan
mewujudkan persepsi positif blog pelancongan yang mempunyai
terhadap destinasi pelancongan kesemua faktor-faktor afektif dan
melalui elemen kognitif yang kognitif dengan penekanan
terdapat di dalam blog terhadap faktor interaksi
pelancongan seperti panduan interpersonal bagi mempromosikan
pelancongan yang berguna, produk, perkhidmatan dan destinasi
cadangan tempat-tempat pelancongan. Bagi mereka yang
pelancongan yang menarik, aktif dengan aktiviti blog, ulasan dan
kemudahan penginapan, maklumbalas yang diberikan dapat
pengangkutan dan kemudahan membantu persepsi pembaca lain
tempat membeli belah, serta dalam menilai sebuah destinasi
panduan berkaitan cuaca yang pelancongan melalui komunikasi
dapat memperkayakan lagi interpersonal yang wujud di dalam
pengetahuan pembaca sebelum blog.
merancang perjalanan percutian 4
mereka.
ARTIKEL UTAMA Disediakan ol
Mewarnai blog
perjalanan dan
pelancongan
Fikirkan nama blog anda
Nama yang anda perlu gunakan eh: Foo Hui Yu
perlulah memudahkan pembaca
dan pengguna internet supaya Mendapatkan reka bentuk blog
mereka dapat mengingati dan yang menarik adalah mudah
mengenali blog anda. Anda boleh apabila anda menggunakan tema
menggunakan kombinasi dua “premium” untuk “WordPress”. Anda
perkataan yang mewakili bidang boleh menggunakan pelbagai jenis
pilihan anda. menggunakan nama “themes” untuk mencantikkan blog
peribadi anda atau menggunakan anda. Terdapat “themes” percuma
nama perusahaan anda yang dan terdapat juga berbayar (versi
boleh didaftar sebagai nama blog premium). Jika tema WordPress
anda. adalah percuma, ia boleh didapati
melalui papan pemuka akaun
Boleh menyediakan modal untuk WordPress anda.
blog percutian anda
Untuk membuat blog, anda boleh
memilih untuk menggunakan Luangkan masa untuk menulis
platform WordPress secara
percuma. WordPress ialah sistem Tulis sekurang-kurangnya satu
pengurusan kandungan yang catatan blog sehari. Cadangan ini
direka untuk semua orang. Dengan mungkin kelihatan mudah, tetapi ia
WordPress, anda boleh sebenarnya tidak mudah untuk
menghidupkan blog anda dalam dilaksanakan. Jika anda
beberapa minit. mempunyai berbilang blog, sukar
Melabur untuk dapatkan design untuk mengekalkan momentum
blog yang menarik
menulis sekurang-kurangnya satu
artikel atau catatan blog di blog
anda. 5
ARTIKEL SAMPINGAN Disediakan oleh: Syahrazad
Penulis blog boleh berkongsi Mempromosikan
pengalaman melalui penulisan budaya
blog dengan membuat lawatan
bercuti. Sebagai contoh, lawatan
ke inap desa di seluruh negara
dengan mempromosikan budaya
dan etnik negara ini.
Selain itu, ia memberi peluang unik melalui
penulisan blog
kepada penulis mempelajari
sedikit sebanyak budaya etnik di
seluruh negara dengan menyertai
lawatan percutian dan mendapat
idea bagaimana untuk . Blogger boleh dibawa ke
memulakan penulisan blog tempat-tempat tumpuan
tersebut. pelancong seperti Dataran
Tambahan pula, penulis blog Merdeka, Muzium Tekstil Negara
boleh menyertai lawatan suai-
kenal ke inap desa bagi serta dibawa menaiki bas
meningkatkan lagi promosi
budaya pelbagai kaum dan etnik istimewa Hop-On Hop-Off ke
di peringkat antarabangsa.
seluruh kota raya Kuala Lumpur.
Seterusnya, Blogger boleh
menyertai program seperti
“Eat.Travel.Doodle” untuk
Penulis blog akan mendapat mempromosikan dan
pengalaman unik tinggal bersama
masyarakat tempatan serta memperkenalkan Malaysia
mempelajari sedikit sebanyak
budaya tempatan termasuk sebagai satu destinasi
budaya etnik Sabah dan Sarawak.
pelancongan di Asia Tenggara.
6
ARTIKEL SAMPINGAN
Memaknai
hidup
melalui
penulisan
blog
perjalanan
Disediakan oleh: Syahrazad
Sememangnya dengan melancong,
pelbagai perkara yang mampu kita
kongsikan kepada khalayak ramai.
Gambar dan video sahaja tidak cukup
untuk menghuraikan keindahan dan
keunikan sesuatu perkara. Dari itu,
wajarlah blog pelancongan diselitkan
dalam hobi melancong kerana
banyak perkara positif yang dapat
diperoleh. Bukan sahaja pada
pembaca malahan penulisnya sendiri.
Antara kebaikan tersebut adalah:
Setiap peristiwa dapat dihuraikan 7
dengan jelas supaya pembaca
lebih faham dan menikmati
penceritaan
Mampu menghubungkan penulis
dengan ramai orang
Mencungkil bakat sebagai seorang
penulis
Sektor pelancongan ketika musim Covid-19 telah terjejas dengan teruk
memandangkan Malaysia mengisytiharkan pelbagai inisiatif untuk
membendung penyakit tersebut daripada merebak. Namun demikian,
kita dapat melihat ketika pasca covid-19, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai inisiatif untuk mengembalikan semula kemeriahan kegiatan
pelancongan domestik demi memulihkan ekonomi negara dan
membangkitkan kawasan tumpuan pelancongan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya 8
bertegas bahawa kini dimana situasi pasca
Covid-19 telah bermula merupakan masa
bagi pemain industri pelancongan
meningkatkan promosi bagi menarik minat
seluruh spektrum pelancong seperti
kebudayaan, ekopelancongan dan
pelancongan kesihatan ke Malaysia bagi
memacu semula industri ini.
Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
BERITA
SEMASA
Disediakan oleh: Soo Wai San
Fasa peralihan ke endemik yang
bermula pada September nyata
memberi kelegaan dan
kegembiraan kepada pelbagai
pihak khususnya penggiat industri
pelancongan selepas dua tahun
terpaksa 'menyepi’ berikutan
pandemik Covid-19. Hal ini telah
memberi nafas baru kepada
industri pelancongan dan juga
rakyat. Pada masa yang sama,
kerajaan masih berusaha dalam
mengawal Covid-19. Individu yang
ingin melancong perlu melengkapi
vaksinasi Covid-19 serta dos
penggalak.
Contohnya, kejayaan projek rintis
gelembung pelancongan
Langkawi mencatatkan lebih
720,000 pelancong domestik dan
antarabangsa sejak dilaksanakan
tahun lalu. Malaysia kini
menyertai negara lain di dunia
membuka pintu sempadan
antaranya Denmark, England,
Scotland, Wales, Ireland Utara,
Norway, Bahamas dan Maldives.
9
BERITA
SEMASA
Strategi-strategi awal pelan
pemulihan pelancongan dan
kebudayaan telah dikenal pasti
dalam membantu meringankan
beban penggiat industri
pelancongan menangani impak
wabak pandemik COVID-19 iaitu:
Pelaksanaan kursus Domestic Disediakan oleh: Soo Wai San
Tourism Vibes secara atas talian
dengan kerjasama Persatuan
Institut-institut Latihan
Pelancongan Malaysia (ATTIM) Sektor kebudayaan, MOTAC telah
dan Malaysian Tourist Guide mengambil inisiatif untuk
Council (MTGC) memperkenalkan pelbagai
Pengecualian bayaran fi lesen program dalam talian sepanjang
bagi pengusaha-pengusaha tempoh PKP dan PKPB. Antara 3
pelancongan dan pemandu segmen program dalam talian
pelancong. adalah seperti berikut:
Pemberian diskaun pembayaran
kompaun sebanyak 40%. (i) Program pembangunan seni
budaya;
Perlanjutan tempoh bayaran (ii) Program pengembangan seni
budaya; dan
kompaun bagi semua kompaun (iii) Program pemasaran dan
promosi.
yang dikeluarkan kepada syarikat
atau pemandu pelancong
berlesen.
10
PANTUN Disediakan oleh: Erdina Sofea
11
Bangun pagi meriah suasana,
Suara merdu indah bergema,
Merdu sungguh alunan suara,
Melancong bersama yang tercinta.
Tersebar berita pulihnya negara,
Tiba masa berehat seketika,
Ukirkan senyuman buat keluarga,
Menenangkan minda satu agenda.
Hujan batu di negara orang,
Hujan emas di negara sendiri,
Dari Johor ke Pulau Pinang,
Marilah melancong di negara sendiri.
Burung merpati hinggap di jendela,
Burung kenari kembali ke sarangnya,
Pulau dan pantai ukiran Malaysia,
Sedia menanti kehadiran rakyatnya.
PUISI
Disediakan oleh: Afiqah
Masa terluang, sebaiknya digunakan,
Pergi melancong, mencari kenangan,
Penuh pemandangan, penuh pengalaman,
Nikmat gunung, pantai dan juga lautan.
Banyak teroka, membuka mata,
Merantau bumi ciptaan yang kuasa.
Ciptaan alam indah tak terkata,
Penyejuk mata, penenang jiwa.
Dari bandar hingga ke kampung,
Setiap jelajah memberi makna,
Apa guna jika disimpan,
Lebih baik dikongsi bersama.
12