Disediakan oleh: SEKOLAH MENENGAH ST. MICHAEL
Jennifer Asing
Flavia Ignatius SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Gabriel Chia Fee Len PETI SURAT 66
Mariatul Hanis Merani Abdullah
Josnie Sudin 89507 PENAMPANG, SABAH
Harold Mark
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA 3-5
6-12
1.0 Pengenalan 13-16
2.0 Banjir di SM St. Michael Penampang 17-32
3.0 Kejadian banjir 33-39
4.0 Impak kepada sekolah 40-41
5.0 Faktor - faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir 42-45
6.0 Beberapa cadangan mengawal banjir 46-52
7.0 Penutup
Lampiran
1.0 PENGENALAN SM ST MICHAEL PENAMPANG
Banjir merupakan bencana alam yang kini 3
semakin kerap melanda negara ini sejak kebelakangan
ini. Impak banjir semakin signifikan dan ketara bukan
sahaja menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta
benda malah mencacatkan aktiviti dan fungsi rutin
harian sektor perkhidmatan, memutusan perhubungan
jalan raya dan malah berlaku juga kehilangan nyawa.
Banjir yang sering melanda mana-mana
kawasan yang berisiko banjir pula ini adalah kategori
banjir kilat atau dikenali juga sebagai banjir monsun.
Secara umumnya, banjir kilat didefinisikan
sebagai satu fenomena alam yang terjadi akibat
daripada perbuatan manusia yang rakus terhadap alam
sekitar. Banjir kilat adalah keadaan air yang
menenggelami satu tempat secara serta merta iaitu
tempat yang sebenarnya tempat yang kering.
Biasanya banjir kilat berlaku di kawasan
bandar yang sedang mengalami pembangunan pesat
seperti di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, Sabah
BANJIR DI SM ST MICHAEL PENAMPANG
Banjir 2020. Datuk Pengarah dan pegawai PPD Penampang melawat dan membantu membersihkan sekolah 4
Kita sering mendengar keluhan orang ramai berkenaan keadaan hujan lebat
yang tidak dapat dijangka iaitu walaupun matahari terik pada waktu pagi sehingga
tengah hari, hujan yang lebat tiba tiba turun pada waktu petang sehingga malam
akhirnya menyebabkan banjir kilat yang teruk.
Apabila banjir kilat berlaku dalam keadaan tidak dapat dijangka, sekolah tidak
sempat mengambil langkah persediaan contohnya menaikkan langsir, kerusi,
peralatan dan segala harta benda ke tempat yang lebih tinggi.
Air memasuki kawasan sekolah sepantas kilat apabila hujan lebat. Dewan terbuka St. Raphael, pintu masuk utama sekolah dan
jalan raya penuh dimasuki air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di sekolah . 5
2.0 BANJIR DI SM ST. MICHAEL Banjir besar pada 2014 di SM St
PENAMPANG Michael jalan raya bertukar menjadi
Di pantai barat Sabah, antara tempat sungai
yang sering mengalami banjir kilat yang ekstrim
ialah daerah Penampang. SM St. Michael adalah 6
sekolah yang paling terjejas dan kerap mengalami
banjir dalam lima atau enam tahun kebelakangan
ini. Kejadian banjir di sekolah ini berlaku setiap
tahun termasuklah kejadian banjir kilat. Banjir
yang berlaku di sekolah ini trendnya mula
menunjukkan kekerapan contohnya pada tahun
2020 SM St. Michael mengalami sekurang-
kurangnya dua kejadian banjir yang besar. Pada
tahun 2021 walaupun masih pada permulaan
tahun, sekolah ini telah dilanda banjir pada 17
Januari lalu dengan kedalaman air setinggi 3
hingga 4 kaki.
2.1 KEPANTASAN AIR BANJIR MASUK
Kategori banjir yang melanda SM St.
Michael adalah banjir kilat. Apabila hujan yang
sangat lebat turun tanpa henti melebihi dua
jam, ini akan diikuti kejadian banjir di kawasan
sekitar Penampang termasuklah kawasan
sekolah ini.
Kedudukan sekolah ini bersebelahan
dengan sungai Moyog yang memang sinonim
banjir kilat akibat air sungai tidak dapat
ditampung lagi kerana keadaannya yang
semakin cetek.
Limpahan air ini akan mengalir deras dan
laju ke dalam kawasan sekolah tanpa kawalan
Air deras yang memasuki ke dalam kawasan memandangkan parit di sekitar sekolah juga
sekolah. Ini adalah keadaan banjir di pagar sekolah
cetek serta kawasannya rendah. 7
2.2 AIR BANJIR SURUT
Penurunan aras air banjir,
pula adalah perlahan dan
mengambil masa sehingga
beberapa jam malahan beberapa
hari terutamanya apabila berlaku
kejadian banjir yang besar.
Pengetua melihat air banjir yang 8
sedaang masuk di kawasan sekolah
2.3 BANJIR LUMPUR
Banjir yang melanda sekolah ini membawa
perubahan kepada keadaan landskap sekolah
secara keseluruhannya. Palitan lumpur akan
terus melekat pada tanam-tanaman serta
permukaan lantai walaupun air banjir sudah
surut menjejaskan pemandangan. Warga
sekolah akan menjalankan kerja-kerja
membersihkan sekolah seawal jam 7.30 pagi
pada hari berikutnya apabila air banjir sudah
surut, untuk mengelakkan lumpur ini menjadi
kering dan susah untuk dibersihkan.
Banjir membawa lumpur yang tebal
9
Kejadian Banjir 2020
Muka ceria guru guru yang bergotong
royong walaupun penat tetapi soronok sebab
teamwork mantap
Pegawai PPD, Pengetua dan
PK 1 mengeringkan lantai
10
YB Jannie Lasimbang turut datang bergotong
royong bersama-sama rombongan untuk
membantu sekolah.
Lumpur tebal yang dibawa banjir 11
Banjir pada Januari 2021 kejadian banjir kilat selepas hujan lebat membawa air yang 12
deras.
3.0 KEJADIAN BANJIR
Daerah Penampang merupakan antara tempat yang paling terjejas dengan
banjir. Tahun 2014 antara kejadian banjir yang paling besar di sekolah ini. Seterusnya
tahun 2015 juga menyaksikan kejadian banjir yang besar. Begitu juga pada tahun 2017
sekali lagi SM St. Michael dilanda banjir yang besar. Banjir ini menenggelamkan
kawasan sedalam 3 kaki sehingga 6 kaki. Air banjir memasuki di semua kawasan aras
bawah sekolah sekolah termasuklah dewan sekolah, bilik-bilik khas di semua blok
bangunan iaitu St Michael, St Gabriel, St. Joseph dan kawasan kantin dan tandas.
Pada masa ini sekolah sedang dalam persediaan mengumpulkan buku untuk
Program Malaysian Book of Record (MBOR) oleh itu, banyak buku ditempatkan di
dewan sekolah untuk pemerosesan perolehan buku. Buku-buku yang diletakan di atas
meja semuanya basah kerana berendam dalam air banjir. Dewan telah dimasuki banjir
kilat dengan paras kedalaman yang tinggi. Pada masa ini lebih seribu buku yang telah
disimpan di dewan, tidak dapat diselamatkan. Pengetua dan guru-guru sangat sedih
melihat buku yang hancur sedangkan kebanyakan buku ini sangat berkualiti.
13
Beribu-ribu buku turut musnah dalam
banjir pada tahun 2017
14
Siri kejadian banjir seterusnya di di SM ST. Michael berlaku
pada tahun 2018, 2019 dan 2020. Hujan yang lebat yang turun
walaupun dalam 2 hingga 3 jam sahaja sudah cukup untuk
menyebabkan berlakunya banjir. Hujan yang berterusan selama
sehari atau 2 hari meskipun tidak lebat juga mengakibatkan
banjir di sekolah ini seperti yang berlaku pada bulan Januari 2021
yang lalu.
Setiap kejadian banjir di sekolah banyak memberikan impak
dari segi kemusnahan dan kerosakan fizikal sekolah, harta benda
dan peralatan. Malahan banjir ini juga turut menjejaskan PdPc
kerana gurur-guru terlibat dengan proses pembersihan seluruh
kawasan sekolah .
15
Banjir 2020 dengan ketinggian hampir 2 kaki
16
4.0 IMPAK BANJIR DI SEKOLAH
Kejadian banjir yang berlaku pada setiap tahun di SM St Michael
sudah semestinya memberikan impak kepada sekolah ini. Kajian
pengurusan becana banjir menjelaskan beberapa impak kepada komuniti
dan tempat yang terjejas banjir iaitu dalam konteks ini, di sekolah.
4.1 Impak yang ketara adalah kerosakan fizikal sekolah sebagai contoh
yang berlaku semasa banjir pada Januari 2021 yang baru berlaku, antara
kerosakan fizikal sekolah ialah pagar sekolah, dinding plywood, perabot
dan kerusi dan meja kayu dan pintu yang kembang dan rosak kerana
berendam dalam banjir.
17
Impak Banjir
1. kemusnahan nurseri .
2. harta benda.
3. perabot.
4. sekolah penuh dengan lumpur
selepas banjir.
18
APHAEL GAMBAR
AN
4.2 Kerosakan harta benda dan peralatan
di
sekolah. Pelbagai kerosakan perabot melibatkan
meja guru, meja konferensi, meja murid, rak fail, rak
plywood.
kaki
Kaki meja konferensi yang mahal dan cantik kembang. Meja kayu murid juga banyak yang rosak
19
RECORD KEMUSNAHAN HARTA BENDA
BIL. DAERAH NAMA SEKOLAH JUMLAH BANGUNAN TERLIBAT JENIS PERABOT UNIT ANGGARAN KOS ANGGARAN KOS TARIKH CATATAN
SM ST MICHAEL MURID BLOK ST RAPHAEL PER UNIT (RM) KESELURUHAN KEJADIAN
1 BLOK ST GABRIEL Meja Mesyuarat Kembang 34 Bilik Jamsine
2 894 Orang Meja 8 200.00 (RM) 27.6.2020 Bilik Inovasi
3 BLOK ST MICHAEL 1 200.00 6800.00 Kelab Usahawan Muda
4 Rak Stok Makanan 1 450.00 1600.00
BLOK ST JOSEPH Rak fail 300.00 450.00 Gym
5 KANTIN 6 300.00 Bilik Persediaan Makmal
Rak Plywood 300.00
6 1 1800.00 Biologi dan Sains
7 Meja Pembantu Makmal 10 200.00
8 Pintu Rak Kabinet 2 150.00 200.00 Makmal Biologi
9 Rak penyimpanan 8 300.00 1500.00
Rak bahan 1 300.00 600.00 Makmal Sains
PENAMPANG Meja Komputer 1 200.00 2400.00 Makmal Kimia
10 Rak 1 300.00 200.00
11 Meja Guru 1 200.00 300.00 Bilik Disiplin
12 Almari 1 300.00 200.00
13 Rak Sijil 2 300.00 300.00 Bilik ERT
14 Meja 3 200.00 300.00 Bilik Isolasi
15 Rak Buku 30 300.00 400.00 Bilik PSV
16 Meja Kayu Murid 8 150.00 900.00
Meja 1 200.00 4500.00 Bilik Jahitan
17 Meja 200.00 1600.00
18 200.00 Bengkel Kayu
Bengkel E2le0ktronik
RECORD KEMUSNAHAN PERABOT
BIL. DAERAH NAMA SEKOLAH JUMLAH BANGUNAN TERLIBAT JENIS PERABOT UNIT ANGGARAN KOS ANGGARAN KOS TARIKH CATATAN
SM ST MICHAEL MURID BLOK ST RAPHAEL PER UNIT (RM) KESELURUHAN KEJADIAN
1 BLOK ST GABRIEL Meja Mesyuarat Kembang 34 Bilik Jamsine
2 894 Orang Meja 8 200.00 (RM) 27.6.2020 Bilik Inovasi
3 BLOK ST MICHAEL 1 200.00 6800.00 Kelab Usahawan Muda
4 Rak Stok Makanan 1 450.00 1600.00
BLOK ST JOSEPH Rak fail 300.00 450.00 Gym
5 KANTIN 6 300.00 Bilik Persediaan Makmal
Rak Plywood 300.00
6 1 1800.00 Biologi dan Sains
7 Meja Pembantu Makmal 10 200.00
8 Pintu Rak Kabinet 2 150.00 200.00 Makmal Biologi
9 Rak penyimpanan 8 300.00 1500.00
Rak bahan 1 300.00 600.00 Makmal Sains
PENAMPANG Meja Komputer 1 200.00 2400.00 Makmal Kimia
10 Rak 1 300.00 200.00
11 Meja Guru 1 200.00 300.00 Bilik Disiplin
12 Almari 1 300.00 200.00
13 Rak Sijil 2 300.00 300.00 Bilik ERT
14 Meja 3 200.00 300.00 Bilik Isolasi
15 Rak Buku 30 300.00 400.00 Bilik PSV
16 Meja Kayu Murid 8 150.00 900.00
Meja 1 200.00 4500.00 Bilik Jahitan
17 Meja 200.00 1600.00
18 200.00 Bengkel Kayu
Bengkel Elektronik
21
Kabinet rosak Pintu kembang
,
Pintu rosak Peti sejuk kantin rosak
. Pagar rosak
22
BANJIR 27 JUN 2020
23
BANJIR 27 JUN 2020
24
KEROSAKAN
25
KERJA PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR
OLEH GURU-GURU, AKP, PEMIMPIN MASYARAKAT, NGO, IBU BAPA DAN
KOMUNITI SETEMPAT
26
BANJIR 17 JANUARI 2021
27
KERJA PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR
KERJASAMA YANG MANTAP DITUNJUKKAN OLEH WARGA SEKOLAH
28
KERJA PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR
KERJASAMA YANG MANTAP DITUNJUKKAN OLEH WARGA SEKOLAH
29
4.3 Khususnya kepada pihak pentadbir, kebimbangan juga satu impak 30
akibat banjir yang berlaku di sekolah ini. Setiap kali hujan lebat yang
berpanjangan dalam beberapa jam, sudah tentu pihak pentadbir
khususnya pengetua sendiri mengalami tekanan dan kekhuatiran kerana
banjir dan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan impak banjir
di sekolah ini. Sekiranya banjir kilat berlaku semasa hari persekolahan,
pihak pentadbir juga memastikan keselamatan setiap orang murid
khususnya murid tingkatan 1 dan 2. Biasanya murid–murid ini
dikumpulkan di dewan dan ibu bapa dibenarkan menjemput mereka
untuk pulang.
Kepada murid yang belum dijemput, guru-guru, pengetua dan para
penolong kanan sendiri menunggu sehingga setiap murid dijemput oleh
ibu bapa atau penjaga mereka.
Semasa kejadian banjir pada Jun 2020, 2 orang guru tidak dapat
keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah sebab banjir. Pengetua sendiri
dengan menggunakan kereta yang besar mengambil mereka di sekolah
dan membawa mereka bermalam di rumah pengetua sebab jalan raya
masih banjir. Beginilah sikap prihatin pengetua kepada keselamatan
warga sekolah sepanjang masa terutamanya semasa banjir.
4.4 Impak seterusnya adalah kepada PdPc atau PdPR oleh sebab
guru-guru bergotong-royong melakukan pembersihan sekolah terpaksa
membatalkan PdPr pada hari itu, contohnya kejadian banjir pada 18
Januari lalu. Semua guru dan AKP bergotong royong membersihkan
sekolah. Begitu juga seramai 172 pelajar calon calon SPM tidak dapat
hadir dan belajar di sekolah pada bulan Jun 2020 biarpun sesi
persekolahan baru dibuka pada 24 Jun disebabkan oleh PKP, banjir
menyebabkan murid terpaksa bercuti sehari lagi.
31
4.5 Kesan kepada emosi guru-guru yang merasakan sedikit kekecewaan
apabila sekolah banjir lagi. Ini lebih kepada kepenatan dan kekecewaan
emosi namun ini bersifat sekejap sahaja. Walaupun guru-guru sedih
dengan kejadian banjir di sekolah yang telah menjadi seperti satu siri
kejadian pada hampir setiap tahun, namun guru-guru tetap bersemangat
dan dengan kepimpinan pengetua, warga sekolah ini terus mantap
menghadapi apapun cabaran termasuklah kejadian banjir di sekolah ini.
Semua guru dan AKP datang bergotong-royong pada pagi selepas
banjir kecuali guru yang rumahnya juga banjir dan guru yang tidak dapat
melalui jalan raya yang ditenggelami banjir.
32
5.0 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEJADIAN BANJIR DI
SM ST. MICHAEL SELAIN FAKTOR HUJAN YANG LEBAT
5.1 Sungai Moyog yang semakin cetek menyebabkan sungai ini
tidak dapat menampung air larian permukaan apabila hujan lebat.
Pelepasan air dari empangan juga meningkatkan lagi isi padu air
dalam sungai dan berlakulah limpahan air yang membanjiri
kawasan sekitar Sungai Moyog ini.
5.2 Sungai Moyog menjadi cetek kerana pemendapan kelodak
dan pasir atau tanah yang diakibatkan oleh hakisan dari bukit
atau tanah yang yang telah digondolkan atau aktiviti guna tanah
yang melibatkan penebangan pokok dan pemotongan bukit.
33
5.3 Aktiviti pembinaan dan
pembangunan setempat di
kawasan rezab Sungai Moyog
menyebabkan kurangnya
keupayaan tanah di rezab tanah
ini menyerap air semasa hujan
kerana kawasan tadahan sudah
menjadi tepu.
34
Penebangan pokok dan pemotongan bukit di rezab sungai menyebabkan hakisan yang membawa banyak 35
mendapan di sungai
5.4 Pembinaan dalam kawasan
rezab sungai mahupun kawasan bukit
yang melibatkan penebangan pokok
dan pemotongan bukit menyebabkan
tanah dan lumpur dihanyutkan ke
Sungai Moyog dan menyebabkannya
menjadi cetek dan sempit.
5.5 Aktiviti pembangunan dan
pembersihan hutan dan penebangan
pokok menyebabkan kawasan tadahan
menjadi tepu dan tidak lagi dapat
menyerap air hujan yang turun. Air
hujan ini sebaliknya menjadi air larian
permukaan dan menyumbang kepada
peningkatan limpahan air di Sungai
Moyog.
36
5.6 Limpahan air yang berlaku dan
memasuki kawasan dan bangunan
sekolah juga disebabkan keadaan
pasang-surut air laut. Apabila air laut
sedang mengalami pasang tinggi semasa
hujan lebat, ini mengakibatkan aliran air
sungai menjadi lambat begitu juga dengan
saliran perparitan air mengambil masa
yang lama untuk dialirkan ke laut. Oleh
yang demikian kawasan rendah seperti
SM St. Michael dan sekitarnya berisiko
tinggi untuk banjir kilat dan banjir besar.
5.7 Perubahan iklim (climate change) yang
tidak menentu dan sukar dijangka
5.8 Sistem perparitan yang sedia
ada tidak dapat berfungsi kerana
dipenuhi oleh tanah dan lumpur serta
sampah sarap.
37
Tanah runtuh berlaku kerana Pembuangan sampah merata-rata menyebabkan banjir kilat
penebangan pokok yang tidak
terkawal
38
Perbezaan Sungai Moyog nyata dahulu dan Sungai menjadi cetek, kotor dan mengalir
sekarang dengan perlahan
39
6.0 BEBERAPA CADANGAN MENGAWAL BANJIR KHUSUSNYA DALAM
KAWASAN PENAMPANG
6.1 Memperbaiki sistem saliran dan penyaliran atau sistem perparitan
Pihak berkaitan perlu memeriksa kualiti parit dan longkang yang mungkin
menerima nasib yang sama dengan sungai iaitu parit yang semakin cetek dan
tidak dapat menyalirkan air dengan cepat. Keupayaan parit dan longkang perlu
sejajar dengan tahap pembangunan semasa.
6.2 Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan
Pihak berkenaan seperti DBKK mempastikan undang-undang dikuatkuasakan
secara serius lagi. Sebagai contoh masalah pembuangan sampah ke dalam
sungai dan longkang. Sampah mungkin tidak dibuang secara terus ke dalam
longkang tetapi di sekitar bandar dan jalan raya dan apabila hujan sampah ini
dihanyutkan ke dalam longkang.
40
6.3 Memantau Pembangunan Yang Pesat
Memantau dan mengawal kegiatan pembangunan yang pesat terutama di
hulu Sungai Moyog dan kawasan tadahan air. Penguatkuasaan akta dan undang-
undang perlu dilakukan oleh kerajaan ke atas pihak pemaju perumahan. Aktiviti
memotong bukit oleh pemaju perlu dibuat secara mapan iaitu memastikan kesan
minimum kepada alam sekitar dan tidak menyumbang kepada hakisan dan
peningkatan jumlah air ke dalam sungai Moyog, contohnya.
6.4 Mempercepatkan Perlaksanaan Projek Tebatan Banjir
Pihak kerajaan sepatutnya mempercepatkan perlaksanaan projek di
bawah Tebatan Banjir kepada bandar-bandar yang sentiasa mengalami banjir kilat
seperti bandar Penampang. Projek mengorek parit dan longkang yang cetek, perlu
dipercepatkan dan dilakukan dengan lebih sistematik dan efektif.
6.5 Pemantauan dan Kajian Ke atas Sungai moyog dan aktiviti di rezab sungai
6.6 Pihak berwajib perlu melakukan pemantauan berterusan malah satu 41
kajian ke atas Sungai Moyog perlu dibuat untuk mengenalpasti penyebab sungai
ini menjadi semakin cetek dan seterusnya melaksanakan usaha serius
membaikpulih.
7.0 PENUTUP
Sikap tidak mesra alam terhadap alam boleh menyebabkan banjir dan
terutamanya banjir kilat. Banjir menyebabkan kerosakan dan
kemusnahan harta benda, peralatan dan dalam konteks di sekolah
seperti di SM St. Michael, kejadian banjir kilat pada setiap tahun telah
menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan harta benda kalau
dikumpulkan kemusnahan dalam lapan tahun kebelakangan ini. Selain
itu banjir juga menyebabkan sedikit sebanyak kerugian kepada PdPc
terutama sekali apabila banjir berlaku pada hari persekolahan dan hari
Ahad.
Guru-guru dan AKP serta pekerja pembersihan memang komited
dan semangat kerja berpasukan melaksanakan pembersihan selepas
banjir, namun kepenatan tetap terasa selepas sehari suntuk
membersihkan setiap inci sekolah yahg dilanda banjir kilat yang besar.
42
Pengetua sekolah tetap tabah dan terus berjiwa kental dalam
menghadapi banjir di sekolah dengan terus memastikan sekolah terus move
on dengan tanggungjawab memberikan pendidikan dan melaksanaan PdPc
dan aktiviti rutin sekolah seolah-olah banjir tidak berlaku sebab sekolah
biasanya hanya mengambil sehari untuk kerja-kerja pembersihan.
Oleh itu, kejadian banjir yang berlarutan pada setiap tahun di
sekolah ini tidak harus dibiarkan berterusan.
Tuntasnya, kerajaan perlu menyedari keperluan mengukuhkan
mekanisme menggabungkan pelbagai agensi dan pentadbiran termasuklah
pihak sekolah dalam konteks laporan ini, SM St. Michael Penampang, yang
mengalami banjir sekian tahun, ke arah mengekang banjir kilat dan banjir
yang semakin membelenggu masyarakat dan meresahkan pentadbir dan
pihak sekolah yang mengalami banjir.
43
Sudah sampai masanya pihak berkuasa dan kerajaan, tidak
kisahlah siapa kerajaan yang memerintah, mereka harus melihat bukan
sahaja dengan mata yang terbuka malah dengan hati yang ingin
memahami dan menghayati implikasi dan kesusahan yang ditanggung
oleh komuniti yang saban tahun kediaman, pejabat dan punca
pendapatan dan sekolah dilanda banjir.
Dalam konteks penulisan ini khususnya merujuk kepada SM St. Michael
Penampang, satu sekolah yang namanya harum bukan sahaja di seluruh
negeri tetapi di seluruh Malaysia.
Sudah semestinya banyak cabaran yang akan dihadapi untuk
menyelaraskan pengurusan yang bersangkut paut dengan kejadian
banjir, namun mesti juga diuruskan secara berintegrasi dan bersepadu,
dan saling berkerjasama kerana komitmen serta sokongan dan
penglibatan pihak yang bersabit inilah yang akan menentukan kejayaan
menyelesaikan krisis dan kejadian banjir di daerah Penampang ini.
44
Pn Jennifer Asing, iatu pengetua sedang memantau keadaan sekolah yang sedang banjir
45
LAMPIRAN
(BERITA DARIPADA SURAT
KHABAR)
46
47
Pembersihan sekolah oleh guru-guru, AKP
dan ibu bapa yang turut dibantu oleh pihak
JPN dan pihak PPD dan banyak sukarelawan
seperti PBSM dan NGO
Penampang- Pembersihan sekolah sebaik
sahaja banjir surut telah dijalankan. PdPR
ditangguhkan pada hari ini disebabkan guru-
guru terlibat dengan gotong-royong. Terima
kasih diucapkan kepada warga sekolah yang
berusaha untuk membersihkan lumpur akibat
banjir. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
kepada Pihak Bomba Penampang yang
meminjamkan hos bomba. Ribuan terima
kasih juga diucapkan kepada pihak PPD
Penampang yang turut serta dalam
pembersihan ini dan kepada Pihak JPN
Sabah, Ybhg Dr. Mistirine binti Radin,
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang turut
serta dalam Gotong-Royong Banjir 2.0 ini. 48
Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi 49
pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek
Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu
Sungai Moyog bagi mengurangkan kawasan dilanda
banjir di daerah Penampang dan Putatan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelaksanaan
projek berkenaan akan mengurangkan keluasan
kawasan yang dilanda banjir di lembangan Sungai
Moyog terutama di Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan
Donggongon dan Pekan Putatan.
Selain mengurangkan magnitud kekerapan banjir,
katanya projek yang dijangka siap pada 2020 itu juga
akan meningkatkan tahap kemapanan kualiti hidup
bagi penduduk di kawasan berkenaan serta
menyelamatkan Jalan Raya Minintod-Inanam
daripada dilanda banjir.
"Selaras dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri
Najib Tun Razak), kerajaan sentiasa prihatin dengan
masalah rakyat khususnya mangsa-mangsa banjir di
seluruh negara termasuk Sabah," katanya ketika
berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di
sini hari ini.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin,
mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Wan Junaidi berkata pada tahun 2011, kajian pelan induk mengenai projek itu telah dijalankan dan
reka bentuk terperinci untuk projek berkenaan telah disiapkan pada April 2014.
Peruntukan RM281 juta itu merupakan sebahagian daripada RM481 juta yang disediakan Kerajaan
Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pelaksanaan empat projek
tebatan banjir yang disifatkan sebagai 'penyelesaian secara menyeluruh' masalah banjir di daerah
berkenaan.
Kerja-kerja pembinaan Pakej 1 telah bermula pada 21 Nov 2016 untuk disiapkan dalam tempoh 36
bulan dan Pakej 3 dijangka akan bermula pada April ini, manakala tender bagi Pakej 2 dan 4
dijangka dikeluarkan masing-masing pada April dan Julai tahun ini.
Dalam pada itu, Wan Junaidi turut mengingatkan penduduk di kawasan terbabit bahawa konsep
penyelesaian menyeluruh masalah banjir itu mungkin tidak menjadi realiti jika berlaku perubahan
cuaca luar jangka serta sikap penduduk sendiri yang tidak memelihara sungai.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata dalam Rolling Plan Kedua (RP2) RMK-11, sebanyak 13 projek
utama baharu telah diluluskan dengan kos projek RM347.3 juta dan 13 projek utama sambungan
berjumlah RM552.3 juta untuk dilaksanakan di Sabah oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah
kementerian itu antara tahun 2016 hingga 2020.
.
-- BERNAMA
50