The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH BITARA
KUMPULAN 1
TUGASAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-11 10:29:28

MAJALAH BITARA

MAJALAH BITARA
KUMPULAN 1
TUGASAN 3

WADAH ILMU SISWA

bitara

MAJLIS KONVOKESYEN
UUM KE-33

DIBATALKAN

Permata Yang Hilang

PROF. TAN SRI
AWANG HAD SALLEH

Pokok 3 Beradik

DI HUTAN SINTOK

BIL 001/2021 | MAJALAH BITARA| SEMENANJUNG/ SS RM 4.50

tinta editor

PENASIHAT Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
DR. MELOR FAUZITA BINTI MD YUSOFF kurniaNya. Majalah BITARA edisi ke-16 yang menjadi
kebanggaan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) dapat
CEO diterbitkan. Sekalung tahniah dan penghargaan saya
ucapkan atas usaha semua yang terlibat dalam dalam
FONG WAI KIT penghasilan majalah ini walaupun berdepan dengan
pelbagai masalah. Majalah BITARA ini menjadi satu
EDITOR medium untuk menyampaikan dan berkongsi dengan
seluruh warga UUM di samping mencoretkan episod suka
AZLIN AZIZ dan duka warganya.
Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar apabila
PEREKA GRAFIK dunia dikejutkan dengan penularan Covid-19. Memasuki
tahun 2021 menandakan suatu perubahan baru dalam diri
ZUNURAMALIA ZUKRI kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semakin
lama kita semakin kita mampu menjalani hidup dalam
PENULIS norma baharu. Universiti Utara Malaysia mengabdikan
diri untuk mencapai matlamat untuk menghasilkan
FONG WAI KIT graduan yang mempunyai kemampuan dan sifat
ZUNURAMALIA ZUKRI kepimpinan yang tinggi dalam merancang dan mengurus
sumber daya manusia dan semula jadi secara saintifik dan
AZLIN AZIZ kreatif untuk kesejahteraan dan keamanan rakyat,
AISYAH HUMAIRAH keharmonian negara, dan kedamaian di seluruh dunia.
Universiti bertekad untuk memupuk kecemerlangan
EKSEKUTIF PEMASARAN dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan, dan
layanan kepada masyarakat terutama dalam upaya
AISYAH HUMAIRAH mengeksploitasi sumber daya manusia dan alam secara
efisien. Lebih dari itu, Universiti bercita-cita untuk
DITERBITKAN OLEH menghasilkan graduan yang lengkap dengan sifat
skolastik, sosial, dan humanistik, individu yang seimbang
CREATIVE SOLUTION, dalam penampilannya, selalu dipandu oleh nilai-nilai luhur
JALAN BARU SINTOK, dan mulia. Untuk mencapai perkara di atas, Universiti,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, serta pelajar dan kakitangannya, akan menerapkan nilai-
06010 KEDAH MALAYSIA. nilai yang terkandung dalam cogan kata:
ILMU, BUDI, BAKTI.
Akhir kalam, pihak kami mengucapkan selamat
menempuhi tahun baru dan marilah kita sama-sama
menaikkan lagi nama UUM di persada antarabangsa.
Seesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu datang dari kelemahan syaa sendiri.
Sekian, terima kasih.

Kursus digital dan platform kolaborasi dalam
talian adalah satu-satunya pilihan yang
mungkin ada bagi pelajar untuk melanjutkan
pelajaran dalam menghadapi pandemik
Covid-19. Idea dan masa depan pendidikan
ADAKAH KITA BERSEDIA yang mengamalkan pembelajaran dalam

MENGHADAPI talian secara separa atau sepenuhnya telah
lama dibincangkan oleh pihak pendidikan
tinggi. Krisis Covid-19 mengancam dan
PEMBELAJARAN NORMA memberikan impak besar kepada bidang
pendidikan di seluruh dunia. Sekarang semua
BAHARU? universiti perlu mengamalkan pembelajaran
norma baharu iaitu pembelajaran secara atas
talian termasuklah universiti yang terletak di
Sintok, iaitu Universiti Utara Malaysia
(UUM).
Pihak pengurusan UUM telah memutuskan

PEMBELAJARAN bahawa semua pelajar UUM termasuklah
pelajar baharu Sesi A201 akan menjalani
NORMA pembelajaran secara atas talian sejak dari
BAHARU sesi Oktober 2020 yang lalu. UUM telah
menjalankan Sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) secara atas talian
bermula 11 Oktober yang llalu bagi semua
pelajar Semester Pertama Sesi 2020/2021
(A201). Para pensyarah dan pelajar perlu
melakukan adaptasi terhadap pembelajaran
dalam talian kerana banyak norma baharu
yang perlu diberikan perhatian khusus.

oleh Fong Wai Kit Norma ini secara tidak langsung akan
memberikan impak kepada pelan strategik
setiap institusi pengajian tinggi di samping
mengubah pacuan hala tuju yang sedia ada.
Pihak pendidikan tinggi perlu memberi
perhatian kepada impak pembelajaran norma
baharu dari beberapa skop utama.

PEMBELAJARAN NORMA BAHARU| 3

Budaya Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam masa yang singkat, pihak universiti Pensyarah dan pelajar UUM yang sepatutnya
awam perlu melakukan penyesuaian dan menjalankan proses pembelajaran secara
penambahbaikan bagi memastikan proses bersemuka juga telah membiasakan diri untuk
pembelajaran dan pengajaran dapat menjalankan proses pembelajaran dan
diteruskan. Pihak pengurusan juga perlu pengajaran melalui pelbagai sistem
merancang dan menyusun semula jadual komunikasi, penyampaian dan sumber
pembelajaran dan pengajaran secara pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email,
bersemuka kepada pembelajaran dan UUM Online Learning (UUMOL) dan aplikasi
pengajaran secara atas talian. Pihak universiti “Cisco Webex Meeting”. Hal ini menunjukkan
perlu memastikan tiada mahasiswa atau bahawa pihak pengurusan UUM telah
mahasiswi yang tercicir dalam proses menambahbaik kualiti program-program
pembelajaran. Justeru, pihak universiti akademik yang sedia ada menjadi lebih
dikehendaki memberikan perhatian terhadap fleksibel dan anjal walaupun dalam situasi di
akses dan kapasiti mahasiswa terhadap luar jangkaan seperti pandemikCovid-19.
medium dalam talian dan bahan pembelajaran Budaya pengajaran dan pembelajaran baharu
digital. telah mengubah tempat pembelajaran dan
Pensyarah dan pelajar tidak dapat pengajaran pelajar UUM supaya mereka dapat
menjalankan proses pembelajaran dan menimba ilmu di tempat yang selesa dan
pengajaran secara bersemuka seperti selamat daripada jangkitan pandemik Covid-
sebelumnya. Sebelum menghadapi pandemik 19. Sistem pembelajaran dan pengajaran jarak
Covid-19, pelajar UUM mencatatkan jauh telah berjaya memberi kelonggaran
kehadiran kelas melalui tandatangan secara kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran
atas kertas pada senarai nama pelajar . mereka tidak kira mana mereka berada dan
Namun, pembelajaran norma baharu dapat menyambung pembelajaran dengan
memaksa pelajar dan pensyarah mencatatkan lancar.
kehadiran mereka menggunakan Kod QR
melalui aplikasi “UUM Attendance”.

Kaedah Penilaian Baharu Yuran dan Kos Baharu

Pihak universiti bukan sahaja berhadapan Pertama, kestabilan kewangan institusi
dengan cabaran norma baharu dalam proses pendidikan tinggi telah terjejas. Yuran
pendidikan namun perlu menyediakan kaedah daripada pelajar yang diterima oleh pihak
penilaian baharu yang bersesuai dengan pengurusan universiti kebiasanya dapat
pembelajaran. Pihak pengurusan UUM telah menampung pelbagai kos operasi
menggantikan kaedah penilaian dari 60% walaubagaimanapun, pandemik Covid-19 ini
kerja kursus dan 40% peperiksaan kepada telah menjejaskan yuran pendapatan universiti
100% kerja kursus. Kaedah penilaian baharu, kerana pihak universiti terpaksa
merangkumi tugasan, kuiz, ujian, serta mengurangkan yuran pendidikan kepada
pembentangan tugasan yang dijalankan secara semua pelajar.
atas talian.
Pensyarah perlu mengambil kira penilaian Walaupun universiti awam turut menerima
kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap dana kerajaan, tetapi kos operasi yang tinggi
subjek tersebut yang dilakukan secara atas masih banyak bergantung kepada yuran
talian. Pihak pengurusan UUM telah pelajar. Pihak pengurusan UUM telah
memberi dua kaedah pemilihan penggredan mengambil keputusan untuk mengurangkan
kepada pelajar semasa menjalankan yuran penginapan pelajar. Hal ini demikian
pembelajaran norma baharu semasa kerana pelajar UUM tidak dapat menikmati
menghadapi pandemik Covid-19. Pelajar kemudahan penginapan di kampus UUM
UUM tidak perlu risau proses pembelajaran akibat pandemik Covid-19.
mereka tertangguh akibat pandemik Covid- Walaubagaimanapun, pelajar UUM masih
19. menanggung kos yang tinggi kerana terpaksa
membeli pakej internet bagi menjalankan
aktiviti pembelajaran secara atas talian di
rumah.Pengurangan yuran dapat meringankan
beban pelajar yang miskin. Maka, strategi
pengurusan kewangan yang lebih inovatif
perlu dirangka oleh pihak universiti.

PEMBELAJARAN NORMA BAHARU| 4

Kemudahan Baharu Corak Hala Tuju Pendidikan

Selain itu, pihak pengurusan universiti juga Kempat-empat impak norma baharu dalam
perlu bersedia untuk membangunkan kampus pendidikan tinggi ini bakal mencorak hala tuju
digital sepenuhnya bagi pembelajaran norma pendidikan di
baharu. Peruntukan khusus telah diberikan Malaysia. Fokus-fokus utama yang telah
melibatkan peningkatan capaian internet, digariskan dalam pelbagai pelan strategik
pengukuhan infrastruktur digital dan perlu diteliti kembali agar setiap institusi
pelaksanaan operasi pintar. UUM kekal relevan dan mampu menghadapi situasi-
Information Technology (UUMIT) telah situasi di luar jangkaan.
bekerja keras bagi menyediakan pelbagai Di sebalik musibah ini, segala pelan dan
bahan pembelajaran digital kepada semua strategi yang baik terpaksa diatur dalam
pensyarah dan pelajar UUM bagi memastikan mengharungi arus perubahan yang memaksa
semua kelas dapat dijalankan secara talian institusi pengajian tinggi untuk mencari
dengan lancar, kaedah dan pendekatan baharu dalam istem
pendidikannya. Masih kuat kedengaran
UUMIT telah memperkenalkan beberapa tuntutan supaya pembelajaran dijalankan
bahan pembelajaran digital yang baharu. secara bersemuka berbanding dengan kaedah
Contohnya, UUMIT telah mencipta platform dalam talian kerana ia dianggap jauh lebih
Cisco Webex Meeting, UUM Online Learning, berkesan. Rasa tidak puas hati pelajar
UUM eAssessment, UUM Attendance, UUM terhadap pembelajaran dalam talian akan
Student, MyQR UUM dan UUM Press Digital terus menyulitkan segala usaha yang terpaksa
bagi memudahkan proses pembelajaran dan dilakukan ini seperti yang turut berlaku di
pengajaran pensyarah dan pelajar UUM. negara maju seperti Amerika Syarikat.

Terima Perubahan

Namun, suka atau tidak, apa yang sedang berlaku
pada waktu ini seharusnya dijadikan iktibar oleh
semua pihak bahawa setiap kejadian yang melanda
menuntut perubahan dan ia tidak seharusnya lagi
bersandarkan kepada kecenderungan atau keinginan
sendiri. Situasi semasa di era yang serba serbi
mencabar ini menuntut semua pihak supaya sentiasa
bersikap terbuka, positif dan bersedia menghadapi
segala cabaran. Biarpun CovId-19 akan dapat diatasi
pada masa akan datang, impaknya ke atas
pendidikan tinggi tetap akan dirasai.
Bagi masa yang akan datang, pendidikan tinggi
harus terus menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran baharu dan berinovasi. Pihak
pengurusan universiti perlu terus menyesuaikan diri
kerana situasi tidak akan kembali ke situasi sebelum
krisis normal. Walau bagaimanapun, pada tahun-
tahun akan datang universiti akan terus
menyesuaikan diri untuk dapat menawarkan
pengajaran secara langsung dan meningkatkan
pembelajaran maya dengan cara yang akan dapat
memastikan pelajar selamat dalam wabak yang
sedang berjalan di samping memenuhi misi
pembelajaran dan pengajaran.

PEMBELAJARAN NORMA BAHARU| 5

COVID-19:

Majlis Konvokesyen
UUM ke-33 dibatalkan

SINTOK: Majlis Konvokesyen Universiti
Utara Malaysia (UUM) kali ke-33 yang
sepatutnya berlangsung pada November
kini dibatalkan. Menurut Jabatan Hal
Ehwal Akademik UUM, keputusan itu
diambil selepas mengambil kira saranan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara

(MKN).

"Penularan wabak COVID-19 ini
diklasifikasi oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) sebagai pandemik."Oleh
itu, pihak pengurusan UUM mengambil
tindakan pengawalan dan pencegahan
serta menekankan pelaksanaan prosedur
operasi standard (SOP) demi kesihatan dan

keselamatan seluruh warga UUM dan
masyarakat setempat," jelas jabatan itu
dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan
itu, graduan UUM dinasihatkan melayari
laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal

Akademik (HEA), UUM.

KONVOKESYEN KE-33| 6

Pokok Tetrameles Nudiflora merupakan Berdasarkan kajian, Pokok 3 Beradik ini
3 beradik bahasa saintifiknya ialah sejenis mempunyai musim luruh yang tersendiri
di Hutan pokok daun luruh besar yang dan musim tersebut adalah berbeza
Sintok tergolong dalam keluarga mengikut iklim di suatu tempat
Dutiscaceae. Pokok ini terdapat di tersebut. Pokok ini akan meluruhkan
Salah satu keistimewaan Universiti seluruh Asia bermula dari India daunnya ketika musim panas dan
Utara Malaysia (UUM) ialah Hutan melalui Asia Tenggara, Malaysia kebiasaannya luruh pada setiap
Sintok. Hutan Sintok mempunyai dan ke utara Australia. Pokok ini penghujung bulan November hingga
keluasan sebanyak1,061 hektar dan dipanggil Mengkundor di Malaysia Mac.
berusia ribuan tahun menjadi dan nama panggilannya adalah
salah satu tarikan utama sempena berbeza mengikut negara. Pokok 3 Beradik ini tergolong dalam
Tahun Melawat UUM 2016 atau Discover Contohnya, di Indonesia pokok ini kategori kayu yang sederhana keras.
UUM. Tarikan ini berpotensi menjadi dipanggil Binong atau Kayu Tabu Kayu pokok ini tidak sesuai digunakan
salah satu tarikan pelancongan dan manakala di Thailand pula dalam industri pembinaan berat seperti
pendidikan atau edutourism seperti dipanggil Som Phong. pembinaan tiang. Namun demikian, ia
yang diumumkan oleh Naib Canselor sesuai digunakan bagi menghias
UUM, Prof. Dato’Seri Dr. Mohamed Pokok ini merupakan satu-satunya dalaman rumah selain kayunya boleh
Mustafa Ishak. Terdapat kira-kira 3,000 tumbuhan jenis Tetrameles. Pada dibuat kotak dan papan playwood. Kayu
pokok gaharu, beberapa spesies kebiasaannya, pokok ini akan pokok ini juga boleh digunakan dalam
pokok karas serta pokok ratusan tahun membesar pada ketinggian penghasilan perahu. Kini, Hutan Sintok
yang dikenali sebagai 'pohon tiga sehingga 500-meter dan telah membina trek ‘jungle trekking’
beradik' dengan saiz 10 pemeluk, habitatnya pula terletak di hutan dalam Hutan Sintok bagi memudahkan
terdapat di hutan tersebut. berdaun luruh, kawasan yang laluan para pengunjung untuk
rendah dan tanah sungai yang mengunjungi hutan tersebut. Kini pelajar
rata. UUM mudah melakukan aktiviti di
dalam Hutan Sintok dan dapat melihat
Tasik UUM juga dikenali sebagai Hidden
Lake dan air terjun.

POKOK 3 BERADIK|7

PROF. TAN SRI
AWANG HAD SALLEH

NAIB CANSELOR PERTAMA UUM

BIODATA: HASIL KARYA

Nama : Awang Had Bin Salleh Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga
Tarikh Lahir : 24 Jun 1934 banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku,
Tempat Lahir : Kg Bagan, Pulau Betong,Balik risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa,
Pulau,Pulau Pinang dan budaya. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting
Tarikh dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan
Meninggal : 1 Julai 2013 cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan.
Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun
PENDIDIKAN: 1975.Kisah Tan Sri Awang Had memang menarik, bagaimana
seorang pelajar dari desa mencapai kejayaan paling tinggi
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah dalam dunia pendidikan dan keilmuan. Beliau menjadi lambang
Melayu Pulau Betung, Balik Pulau,Pulau Pinang kesungguhan dan kerja kuat yang membolehkan beliau
dan pendidikan menengah di Sekolah Melayu mencapai kedudukan sedemikian. Kisah hidup beliau
Seberang Perak (L), Kedah. Pada tahun 1951, seharusnya diteladani oleh anak-anak muda kita.Awang juga
beliau meneruskan pengajiannya di Maktab pengkaji dan penelaah sastera yang dihormati. Beliau
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak menghasilkan buku kajian Selindung Bulan Kedah Tua, selain
sehingga tahun 1954 dan seterusnya di Maktab esei sasteranya dikumpulkan dalam Kritik Sastera Di Malaysia
BahasaBukit Senyum, Johor Bahru pada tahun dan Penulisan Kreatif.
1958. Beliau telah melanjutkan pengajiannya di
Universiti Malaya pada tahun 1961 dan PERMATA YANG HILANG
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Kepujian) padatahun 1964 dan Ijazah Sarjana Salah satu pesanan penting Allahyarham ialah peri pentingnya
Pendidikan pada tahun 1967. Beliau telah elemen kasih sayang dalam mendidik anak bangsa. Beliau
menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah melahirkan rasa kesal betapa semakin terhakisnya elemen kasih
Kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan sayang yang diberikan oleh para pendidik yang akhirnya
Sosiologi di Universiti Stanford, California pada menyebabkan lahirlah sindrom takutkan guru. Dalam satu
tahun 1969 dan Pengajian Pengurusan Akademik ucapannya pada 2006, beliau berkata, “Saya merasa kesal
dan Pembangunan di Universiti Lancaster, United apabila melihat elemen-elemen itu semakin terhakis di sekolah
Kingdom. terutama dalam kalangan guru sedangkan ini adalah aspek
penting dan saya berharap elemen ini akan terus dipupuk demi
KERJAYA: anak bangsa kita.”

Timbalan Naib Canselor Hal EhwalPelajar Universiti Nama beliau diabdikan di Kolej Sastera dan Sains (CAS) iaitu
Malaya (1975-1978) Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Science pada
23 September 2010.Selaku warga UUM, pemergian beliau
Pengarah Institut Teknologi Mara (1978-1980) meninggalkan kesan yang besar.Prof. Awang Had memang
Naib Canselor Universiti KebangsaanMalaysia telah pergi, namun jasa dan keringatnya tidak luput daripada
Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia ingatan.Akhirul kalam, izinkan saya memetik sebuah pantun
klasik Melayu yang berbunyi,
(1980-1984)
Penasihat Khas KementerianPendidikan Banyak duri perkara duri,
Ketua Eksekutif/ Perunding AkademiFilem Malaysia Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
(1990-1992) Tidak sama budimu seorang.
Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan
ILMU, BUDI, DAN BAKTI.
Ahli Lembaga Eksekutif Unesco
Pengerusi Lembaga Tadbir InstitutTeknologi Kreatif PERMATA YANG HILANG| 8

Limkokwing
Penasihat Kehormat Majlis AspirasiPemangkin

Nasional (MAPAN)
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan

Sultan Idris(UPSI)
Pengerusi Penasihat AkademikInformatics Malaysia

Pengerusi Entertainment Village (M)Sdn. Bhd.(E-
Village)

Pro Canselor UPSI

Pesanku Kutinggalkan kau mengecapi bayu
baru
Suasana yang berbeza dari kampung
asalmu
keadaan berbeza dari yang sering
kau rasai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana kanakmu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu
itu
di suatu tempat
yang bernama universiti

Kulepaskan kau disini
dengan sayap berkembang
menongkah awan biru dan kabut
dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah
petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang penuh ilmu
hadir gelombang mengulung awan
di padang kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda
mengabur fikir
di padang kampus yang hijau
pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau
pekerti.

Pandai-pandailah kau kembangkan
sayapmu
menongkah awan tebal dan kabus
dingin
jangan kau pulang
dengan duka dan lara
di sayapmu yang patah

PESANKU| 9

PENERBITAN
TERKINI

Kumpulan Cerpen: Tanika
Ahkarim, 2016
ISBN 978-967-0876-60-3, 189 hlm., RM 40.00
Kumpulan Cerpen: Tanika memaparkan 13 karya kemasyarakatan yang membawa tema pelbagai, daripada kisah seorang petani
hingga seorang intelektual yang berdebat di London. Penulis, Abdul Halim bin A Karim atau lebih dikenali dengan Ahkarim
merupakan pesara kerajaan yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Mendapat
pendidikan di Sheffield dalam jurusan Organisation Development, Ahkarim pernah memenangi beberapa anugerah penulisan
kreatif. Antaranya, memenangi pertandingan menulis cerpen Cinta anjuran majalah JELITA tahun 2007; pemenang hadiah
pertama Cerpenis alam siber 2006 dan hadiah kedua tahun 2007 serta pelbagai anugerah lain anjuran eSastera dan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Cerpen “MOU SUMI” diterbitkan pada tahun 2009 oleh eSastera; Kumpulan Puisi “Suara
Antagonis” (2013); novel kanak-kanak “SIR KHATIM” (2011), dan Kumpulan Cerpen “PENSIONOPOBIA” terbitan PAKSI (2015).
Beberapa buah cerpen dan puisi tersiar dalam pelbagai akhbar, majalah dan dalam beberapa antologi bersama.

Artikel Pilihan Covid-19. Siri 1
Penyusun: Asrol Anuar Ramli, Azizan Ismail @ Ariffin, Farah Mat Din, Siti Nur Dina Johary, Siti Noor Aishah Zanudin, Mohd
Shamaizar Maudin, 2021
ISBN 978-967-2486-29-9, 226 hlm., RM28.00
Coronavirus 2019 juga dikenali sebagai pandemik Covid-19 ialah pandemik penyakit yang berterusan secara global berpunca
daripada Coronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2). Covid-19 adalah spesies baru daripada keluarga
Coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Antara keluarga Coronavirus lain yang pernah jangkitan
salur pernafasan yang teruk adalah Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) pada tahun 2002 dan Middle East
Respiratory Syndrome-Related Coronavirus (MER-CoV) pada tahun 2012. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan
Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai Darurat
Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa pada 11 Mac 2020. Sehingga 30 Ogos 2020, lebih daripada 25.3 juta kes Covid‑19
telah dilaporkan di lebih 188 buah negara, mengakibatkan lebih dari 843,000 kematian; lebih daripada 16.4 juta orang telah pulih.

Kemiskinan dan Kesejahteraan Penduduk di Luar Bandar
Editor: Siti Hadijah Che Mat, 2020
ISBN 978-967-2363-42-2, 151 hlm., RM 35.00
Penulisan buku ini berdasarkan dapatan sebenar penemuan kajian yang dilakukan oleh penulis. Penulis terlibat secara langsung
bertemu petani, nelayan mahupun ibu tunggal yang kebanyakannya berada di luar bandar untuk mendapatkan jawapan yang
bertepatan berkaitan isu kemiskinan. Hal ini penting kerana hanya mereka yang berada dalam keadaan sedemikian sahaja yang
mampu menceritakan dan mendefinisikan erti kemiskinan. Namun, hakikatnya sama ada kemakmuran, pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi yang heboh diperkatakan itu dapat sama-sama dirasai oleh mereka yang miskin ini masih belum pasti.
Pertemuan secara bersemuka dengan individu atau keluarga yang miskin menjadikan buku ini mampu menggambarkan satu
realiti kesusahan kehidupan. Buku ini diharapkan mampu menjadi bahan rujukan kepada pelajar, penyelidik dan juga mereka
yang berkepentingan di dalam negara ini untuk sama-sama berganding bahu agar dapat mengetengahkan isu kemiskinan ini
bagi menjamin kemakmuran dan pembangunan negara dapat dikecapi secara bersama.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI WWW.UUMPRESS.COM.MY

PENERBITAN TERKINI| 10


Click to View FlipBook Version