1. Ekonomi ialah kajian tentang bagaimana manusia…
A. Mengatasi masalah kos lepas
B. Memenuhi kehendak yang terhad
C. Memperuntukkan sumber ekonomi
D. Mengurangkan pembaziran sumber
2. Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran.
Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?
A Input produktif yang dicipta oleh manusia yang membantu dalam proses pengeluaran
B Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran
C Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad
D Membenarkan orang lain menguruskan untungnya
3. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.
Wujud persaingan antara firma
Kerajaan mengawal melalui sistem cukai dan subsidi
Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi
A. Islam
B. Pasaran Bebas
C. Campuran
D. Perancangan Pusat
4. Pilih pasangan yang betul.
Masalah Asas Ekonomi Keterangan
A. Apa yang hendak Diselesaikan berdasarkan permintaan dan
dikeluarkan citarasa pengguna
B. Berapa yang hendak Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan
dikeluarkan
C. Bagaimana hendak Dikeluarkan untuk memastikan tidak berlaku
dikeluarkan masalah kekurangan atau lebihan barang
D. Untuk siapa dikeluarkan Dikeluarkan melalui penggabungan faktor
pengeluaran secara optimum
5. Rajah di bawah ini menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang Keluk Permintaan bagi suatu
barang.
Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan oleh…
A. Kenaikan harga barang itu.
B. Kejatuhan harga barang itu.
C. Kenaikan harga barang penggenap
D. Kejatuhan harga barang penggenap
6. Jadual berikut menunjukkan permintaan bagi empat individu bagi Barang Q.
Harga Kuantiti Permintaan(unit)
(RM) Individu R Individu S Individu T Individu U Pasaran
2 310
3 450 560 520 780 1 990
9 380 460 480 Y
Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada harga RM9.
A. 1 130 C. 1 340
B. 1 320 D. 1 800
7. Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barang.
Apakah yang akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1?
A. Harga keseimbangan akan meningkat
B. Kuantiti keseimbangan akan berkurang
C. Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik
D. Harga keseimbangan akan turun
8. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi sesuatu barang.
Peralihan keluk dari DoDo ke D1D1 disebabkan oleh
I Cukai pendapatan meningkat
II Pendapatan pengguna meningkat
III Harga barang pengganti meningkat
IV Jangkaan harga akan turun pada masa depan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi barang X.
Berapakah kuantiti X jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 2.5?
A. 60 Unit
B. 65 unit
C. 70 unit
D. 75 unit
10. Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan sesuatu
barangan?
i. Jenis barangan
ii. Ketersediaan stok
iii. Ketahanan barang
iv. Bilangan firma dalam pasaran
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
11. Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?
A. Encik Goh membayar RM9 000 sebagai deposit untuk kereta baharu
B. B Cik Sarah membayar RM1 000 setiap bulan untuk rumahnya selama 35 tahun
C. Encik Azam mengunjungi lebih daripada tiga kedai untuk membandingkan harga
barang sebelum membeli
D. Puan Siti membeli barang kemas pada harga diskaun 50% sempena jualan penghabisan
stok oleh Diana Jewel Enterprise
12. Encik Ismail membeli sebuah rumah yang berharga RM400 000 dengan bayaran secara ansuran
berasaskan satu prinsip dalam akaun perbankan Islam. Apakah prinsip tersebut?
A. Wadiah
B. Mudharabah
C. Takjiri
D. Bai Bithaman Ajil
13. Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?
A. Pembalakan kayu balak dan perbankan
B. Pembinaan rumah dan kejuruteraan awam
C. Perusahaan tekstil dan perkhidmatan restoran
D. Pertanian dan perkhidmatan insurans
14. Cik Nadia merupakan graduan perakaunan dan telah menolak tawaran bekerja sebagai akauntan
dengan sebuah bank di ibu kota dengan gaji RM 4 000. Sebaliknya, dia menerima tawaran bekerja
sebagai guru tadika di kampungnya di Taiping, Perak. Apakah faktor yang mungkin
dipertimbangkan oleh beliau dalam pemilihan pekerjaan tersebut?
I. Upah wang
II. Kelayakan akademik
III. Kepuasan kerja
IV. Waktu bekerja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan individu.
Pendapatan X merupakan sebarang bayaran yang diberikan kepada
individu oleh kerajaan atau individu lain setelah menyumbang tenaga
fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
Pendapatan X ialah…
A. Keuntungan peniaga pasar malam
B. Biasiswa pelajar universiti
C. Dividen atas simpanan tabungan
D. Upah kakitangan kerajaan
16. Gambar di bawah menunjukkan jenis pekerjaan bagi dua individu.
Encik Zafrul Cik Yin Ying
Akauntan Juruwang bank
Gaji bulanan RM 6 000 Gaji bulanan RM 2 000
Apakah faktor yang mempengaruhi jumlah pendapatan yang diterima oleh individu tersebut?
A. Kemahiran
B. Tahap pendidikan
C. Keadaan ekonomi
D. Pengalaman kerja
17. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan kepentingan KWSP kepada pencarum?
I. Memberi perlindungan wang tunai selepas bersara
II. Memberi perlindungan keselamatan sosial
III. Mengagih semula agihan pendapatan dalam masyarakat
IV. Menjaga kebajikan sosial pekerja selepas bersara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
18. Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak?
Keperluan Kehendak
A. Harga tidak stabil Harga stabil
B. Untuk keselesaan hidup Untuk meneruskan kehidupan
C. Pelbagai pilihan barang Pilihan barang terhad
D. Tiada barang pengganti Banyak barang pengganti
19. Jadual di bawah ini menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos berubah.
Keluaran (unit) Kos berubah (RM)
10 1 000
20 1 600
30 2 225
40 3 180
Jika kos tetap ialah RM 500, tingkat keluaran yang menunjukkan kos purata paling rendah ialah
A. 10 unit
B. 20 unit
C. 30 unit
D. 40 unit
20. Jadual di bawah ini menunjukkan keluaran dan jumlah kos bagi sebuah firma.
Keluaran (unit) 0 20 30 45 60
Jumlah kos (RM) 500 760 880 1100 1350
Berapakah kos marginal bagi keluaran yang ke 30?
A. RM 13
B. RM 15
C. RM 29
D. RM 12
21. Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengeluaran firma.
Hasil jualan: RM 21 000
Kos eksplisit: RM 9 000
Kos implisit: RM 3 000
Berapakah untung ekonomi firma tersebut?
A. RM 9 000
B. RM 9 600
C. RM 12 000
D. RM 18 000
22. Antara yang berikut, faktor manakah yang meningkatkan produktiviti bagi sebuah firma?
I. Tenaga kerja yang pasif diserap masuk ke dalam firma
II. Penstrukturan organisasi yang khusus dalam skop kerja
III. Kawasan persekitaran yang kondusif diperlukan
IV. Penggunaan jentera yang terhad untuk keuntungan firma
A. I dan III
B. II dan III
C. II dan IV
D. I dan IV
23. Antara yang berikut, manakah ciri-ciri monopoli semulajadi kerajaan?
I. Ada satu firma sahaja
II. Penentu harga pasaran
III. Ada kebebasan keluar dan masuk industri
IV. Keluaran mempunyai banyak pengganti
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
24. Pernyataan manakah yang merujuk kepada akibat daripada pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara?
I. Penurunan taraf pendidikan penduduk
II. Peningkatan sifat keusahawan melalui penyelidikan dan pembangunan
III. Ketidakstabilan politik dan sosial
IV. Penyediaan infrakstruktur jalan raya dan lapangan terbang.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
25. Antara yang berikut, manakah yang merupakan alat dasar fiskal?
I. Kadar faedah
II. Kadar cukai
III. Perbelanjaan kerajaan
IV. Surat jaminan kerajaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
26. Jadual di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada hasil kerajaan bagi tahun 2013.
Hasil kerajaan Jumlah (RM juta)
Duti import 2 524
Cukai pendapatan perseorangan 23 055
Cukai pendapatan petroleum 29 753
Cukai jualan 10 068
Duti eksport 1 930
Cukai pendapatan syarikat 58 175
Duti eksais 12 193
Hasil bukan cukai 57 418
Jumlah
195 116
[sumber: Laporan Ekonomi 2014/2015]
Berapakah jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut?
A. RM 110 983 juta
B. RM 84 133 juta
C. RM 123 176 juta
D. RM 26 715 juta
27. Antara tindakan dasar kewangan di bawah ini, manakah yang paling berkesan untuk memulihkan
kemelesetan ekonomi?
A. Menaikkan kadar faedah
B. Menjual surat jaminan kerajaan
C. Menurunkan kadar rizab berkanun
D. Mengetatkan syarat sewa beli
28. Kemasukan syarikat multinasional dalam operasi antarabangsa didorongi oleh
I. Kelonggaran undang-undang
II. Kewujudan blok perdagangan
III. Kos pengangkutan yang tinggi
IV. Tenaga buruh dengan kemahiran khusus
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
29. Perdagangan antarabangsa menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing. Apakah kesan
terhadap Negara yang menerima pelaburan tersebut ?
A. Peningkatan import
B. Mobiliti tenaga buruh
C. Pemindahan teknologi
D. Peningkatan harga barang dan perkidmatan
30. Yang manakah merupakan kepentingan perdagangan antarabangsa ?
A. Mengurangkan mobiliti tenaga buruh
B. Menimbulkan lambakan
C. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
D. Terlalu bergantung kepada sektor eksport
31. Mengapakah kerajaan mengenakan sekatan bukan ekonomi terhadap barang import ?
A. Untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat
B. Untuk meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
C. Untuk mengurangkan kos pengeluaran pengeluar tempatan
D. Untuk meningkatkan hasil negara
32. Antara berikut, yang manakah kesan negatif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan ?
I. Kegawatan ekonomi
II. Pencemaran terhadap budaya tempatan
III. Pendapatan Negara menjadi tidak stabil
IV. Hubungan antara rakan dagang terjejas
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
33. Situasi manakah yang akan menyebabkan imbangan perkhidmatan menjadi bertambah baik ?
A. Persatuan Badminton Malaysia mengambil lebih ramai jurulatih dari luar Negara
B. Syarikat pelancongan tempatan menggunakan kapal terbang Qatar untuk lawatan ke Abu
Dhabi
C. Ramai pesakit dari Indonesia menggunakan Pusat Kesihatan di Pulau Pinang
D. Syarikat pengeksport Malaysia mengambil insurans perkapalan dari Jepun
34. Encik Robert dari Amerika Syarikat ingin membeli sebuah kereta Proton Wira yang berharga
RM38000. Jika kadar pertukaran antara Ringgit dan Dolar Amerika Syarikat ialah US$1 = RM2.50,
berapakah yang perlu dibayar oleh Encik Robert dalam mata wang Dolar Amerika untuk
memperoleh kereta tersebut ?
A. US$38 000
B. US$15 200
C. US$95 000
D. US$73461
35. Peningkatan dalam pelaburan asing di Malaysia boleh menyebabkan nilai Ringgit meningkat kerana
A. Permintaan ke atas Ringgit Malaysia berkurang
B. Permintaan ke atas Ringgit Malaysia meningkat
C. Penawaran ke atas Ringgit Malaysia berkurangan
D. Penawaran ke atas Ringgit Malaysia meningkat
Soalan 36 hingga 40 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah ini.
Pilihan Pernyataan 1 Pernyataan 2
A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah
36. I Keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
II Andaian keluk kemungkinan pengeluaran adalah teknologi sentiasa berubah.
37. I Hukum permintaan menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun.
II Hukum permintaan digambarkan oleh keluk permintaan yang mencerun ke atas dari kiri ke
kanan.
38. I Pengeluaran jangka pendek melibatkan penggunaan input tetap dan input berubah.
II Pengeluaran jangka pendek melibatkan jangka masa kurang daripada lima tahun.
39. I Belanjawan lebihan berlaku apabila jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil kerajaan.
II Belanjawan lebihan digunakan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi.
40. I Apabila kadar pertukaran asing Malaysia naik menyebabkan harga eksport turun.
II Perubahan kadar pertukaran asing Malaysia akan menyebabkan perubahan permintaan ke atas
eksport dan import negara lain.
KERTAS SOALAN TAMAT