SK ST PETER SARATOK PPD SARATOK 95407 SARATOK Buku Pengurusan KOKURIKULUM Kokurikulum Cemerlang Murid Seimbang Sekolah Terbilang FaceBook Tel. & Faks E-mail SK St Peter Saratok 083-43619 [email protected] 2024
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK Salam Sejahtera, Salam Menjulang Pendidikan Sarawak, Salam SK St Peter Saratok Ku Sayang, Salam Segulai Sejalai. Syukur kerana dengan limpah izinNYA, dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan Kokurikulum SK St Peter Saratok bagi sesi persekolahan 2024. Saya merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Kokurikulum SK St Peter Saratok bagi tahun 2024 yang telah bertungkus lumus menyediakan buku ini. Buku ini penting dalam merealisasikan hasrat dan matlamat unit kokurikulum sekolah ini. Selain memaparkan perancangan kerja sepanjang tahun, Buku Pengurusan ini juga menjadi panduan kepada kita semua dalam melaksanakan aktivitiaktiviti kokurikulum di peringkat sekolah. Harapan saya, dengan adanya Buku Pengurusan ini, segala aktiviti yang dilaksanakan akan lebih tersusun dan kemas. Pengurusan kokurikulum adalah satu aspek penting kerana pengurusan yang bersistematik akan menghasilkan sekolah yang cemerlang dalam kokurikulumnya. Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Marilah bekerja bersama-sama saya bagi meningkatkan kecemerlangan unit kokurikulum SK St Peter Saratok. Banyak program kokurikulum telah disusun yang menuntut pengorbanan guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan sokongan daripada PIBG. Sehubungan itu, saya mohon sokongan padu warga SK St Peter Saratok membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum bagi sesi persekolahan 2024. Kokurikulum Cemerlang, Murid Seimbang, Sekolah Terbilang Marilah Kita Sama-sama Menggalas Amanah! Sekian, Terima Kasih. LENA ANAK AJUT Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK St Peter Saratok, Pejabat Pendidikan Daerah Saratok, Sarawak. Sekapur Sireh
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 1.0 TAKRIF / DEFINISI KOKURIKULUM Warta Kerajaan bertarikh, 28 Disember 1967, No.5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.” 2.0 MATLAMAT KEGIATAN KOKURIKULUM i. Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. ii. Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam semua bidang yang diceburi. 3.0 KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM, AKTA PEKELILING DAN PERUNDANGAN Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mengandungi: i. Penyertaan dalam sukan dan permainan ii. Penyertaan dalam persatuan dan kelab iii. Penyertaan dalam badan beruniform iv. Penyertaan lain sebagai mana ditentukan oleh Menteri Rujuk Sub Peraturan 3(3) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A)531/97 Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Rujuk seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996, (Akhta 1950). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Rujuk sub seksyen 135(1) Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550) Dan jika kesalahan itu dilakukan berterusan maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan. Rujuk sub seksyen 135(2) Akta 550 Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986, KP(BS)8591/Jld 11(41) bertarikh 15 Januari 1986
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 4.0 FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM Pendidikan kokurikulum di SK St Peter Saratok merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu dalam kegiatan kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan untuk mendidik murid yang gigih berusaha dalam mencipta kekuatan fizikal, mental dan sahsiah demi melahirkan ahli masyarakat yang unggul sebagai generasi yang akan membawa negara ke mercu kejayaan. 5.0 KEY PERFORMANCE INDICATORS (KPI) i. Memastikan 12 penyertaan mendapat Johan Peringkat Zon. ii. Memastikan 8 penyertaan mendapat Johan Peringkat Daerah. iii. Memastikan 5 penyertaan mendapat kedudukan lima terbaik Peringkat Negeri. iv. Memastikan pencapaian PAJSK seperti berikut; PERKARA KPI GPS 2.00 BILANGAN MURID MENDAPAT A 15 6.0 MOTO, VISI, MISI, OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN MOTO KOKURIKULUM CEMERLANG, MURID SEIMBANG, SEKOLAH TERBILANG. VISI Menjana kecemerlangan kokurikulum agar dapat bersaing di peringkat zon, daerah, negeri dan peringkat kebangsaan. MISI i. Mencungkil bakat dan kecemerlangan murid agar boleh bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam semua aspek kokurikulum. ii. Menerapkan nilai-nilai positif melalui aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid ke arah pembentukan disiplin yang cemerlang. OBJEKTIF KOKURIKULUM i. Mencungkil dan mengembangkan bakat, kebolehan, kemahiran serta minat pelajar dalam sukan, permainan, badan beruniform serta persatuan dan kelab secara terancang, berhala tuju, sistematik dan bermanfaat. ii. Membentuk murid yang berdisiplin dan mementingkan nilai kerjasama melalui aktiviti kokurikulum dalam usaha menaikkan imej sekolah di semua peringkat. PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM i. MEMASTIKAN KEGIATAN KOKURIKULUM MERENTASI KURIKULUM ii. MENJADIKAN KOKURIKULUM SEBAGAI ASAS PEMBENTUKKAN DISIPLIN DIRI iii. MEMASTIKAN MURID DAPAT MENGEMBANGKAN BAKAT DARIPADA AKTIVITI YANG iv. DILAKUKAN v. MELAHIRKAN MURID YANG CERDAS, AKTIF DAN BERKETRAMPILAN vi. MELATIH MURID UNTUK MEMBENTUK KARISMA DAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB vii. MENJADIKAN MURID LEBIH CERIA DAN SENTIASA BERSEDIA
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 6.0 DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM 6.1 Pendaftaran i. Guru Penasihat untuk Unit Kokurikulum yang baru ditubuhkan perlu mendapatkan kelulusan pendaftaran kegiataan masing-masing daripada guru besar. ii. Pendaftaran perlu dilakukan pada bulan Mac 2024. 6.2 Tenaga Pengajar i. Guru-guru yang dilantik untuk sesuatu kegiatan atau aktiviti kokurikulum dinamakan sebagai guru penasihat. ii. Semua guru akan terlibat dalam sekurang-kurang satu jenis kegiatan kokurikulum yang terdiri daripada Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform atau Sukan dan Permainan. iii. Semua guru penasihat perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut: a. Menggubal perlembagaan b. Melantik jawatankuasa c. Merekod kehadiran murid d. Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti e. Membuat penilaian atau pentaksiran f. Menyediakan laporan tahunan 6.3 Penyertaan Murid i. Melibatkan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. ii. Setiap murid perlu melibatkan diri dalam setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang seperti Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan Sukan dan Permainan. iii. Murid diberi peluang untuk memilih kegiatan kokurikulum untuk tujuan rujukan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum. iv. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum akan menentukan kegiatan kokurikulum untuk setiap murid berdasarkan keperluan semasa. 6.4 Pelaksanaan Kokurikulum i. Kegiatan Kokurikulum dilaksanakan pada setiap hari Rabu mulai 20 Mac 2024. ii. Masa untuk setiap kali perjumpaan adalah 120 minit. iii. Kekerapan Perjumpaan Minima adalah; Kelab dan Persatuan 12 kali Badan Beruniform 12 kali Sukan dan Permainan 12 kali (Sumber: Garis Panduan PAJSK Sekolah Rendah oleh KPM) iv. Surat Kebenaran ibu bapa / penjaga perlu diperolehi terlebih dahulu jika aktiviti dijalankan di luar kawasan sekolah. v. Program rasmi sekolah yang melibatkan semua murid Tahap 2 dan dianggap sebagai kehadiran aktiviti kokurikulum ialah Kejohanan Sukan Sekolah (4 Perjumpaan) .
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 6.5 Pemantauan dan Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) i. Pentaksiran aktiviti kokurikulum setiap murid akan dinilai oleh Guru Penasihat manakala aktiviti tambahan akan dinilai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum berdasarkan aspek berikut: ASPEK PERATUSAN Penglibatan Murid Jawatan (10), Peringkat (20), Komitmen (10) dan Khidmat Sumbangan (10) 50 Penyertaan Murid (Kehadiran) 40 Prestasi Murid (Pencapaian) 20 Markah Kokurikulum (JUM / 110) X 100 (Sumber: Garis Panduan PAJSK Sekolah Rendah oleh KPM) ii. Penilaian bahagian ekstra kurikulum adalah menjadi tanggungjawab; ASPEK TINDAKAN Perkhidmatan Guru Pengawas (Pengawas Sekolah dan Asrama) Guru Kelas (Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas) Guru Pusat Sumber Sekolah (Pengawas PSS) Anugerah Khas Guru Penolong Kanan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Guru Kelas Tugas Khas Guru Penolong Kanan Kokurikulum NILAM Guru Pusat Sumber Sekolah iii. Penilaian hendaklah direkod selewat-lewatnya pada 8 Januari 2025 (Rabu) dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB). iv. Kegiatan kokurikulum akan dipantau oleh pihak pentadbir dalam 3 fasa iaitu pada bulan Mei, Julai dan September. 6.6 Perekodan dan Pelaporan i. Semua aktiviti perjumpaan kokurikulum perlu direkod dalam Buku Rekod Penilaian Kokurikulum (PAJSK). Butiran dalam buku rekod tersebut perlu dilengkapkan. ii. Kehadiran murid perlu direkod secara manual manakala laporan aktiviti direkod pada pautan Google Form oleh Guru Penasihat dalam tempoh seminggu selepas perjumpaan diadakan. iii. Laporan Aktiviti / Program / Pertandingan (dalam / luar kawasan sekolah) perlu disediakan oleh jawatankuasa / guru yang terlibat selewat-lewatnya dua minggu selepas aktiviti / program / pertandingan tamat. Laporan hendaklah mengandungi; a. Nama Aktiviti / Program / Pertandingan b. Tarikh / Lokasi / Peringkat c. Kos / Sumber Perbelanjaan d. Penganjur / Pengelola e. Penyertaan Murid / Guru f. Perasmi / Pegawai Meja / Ketua Program g. Rumusan Pemantauan h. Impak / Kesan (Objektif / Kekuatan / Cabaran / Penambahbaikan) i. Lampiran (Jadual Pelaksanaan / Gambar)
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK iv. Laporan Tahunan Unit Kokurikulum perlu disediakan oleh Guru Penasihat selewatlewatnya pada 8 Januari 2025 (Rabu). Laporan hendaklah mengandungi; a. Nama Unit Kokurikulum b. Guru Penyelaras / Guru Penasihat c. Jawatankuasa / Senarai Ahli / Rumusan Keahlian d. Rumusan Kehadiran e. Rumusan Mesyuarat f. Rumusan PAJSK g. Rumusan Takwim / Aktiviti h. Refleksi (Kekuatan / Kekangan / Cadangan Penambah baik) i. Lampiran (Carta Organisasi / Notis Mesyuarat / Minit Mesyuarat / Senarai Jawatankuasa Keahlian / Takwim) 6.7 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM i. Diadakan pada hari Isnin minggu Ke-3 setiap bulan, pukul 7.10 pagi hingga 7.40 pagi. ii. Melibatkan semua guru dan murid. iii. Dikendalikan oleh Unit Badan Beruniform dengan kerjasama guru bertugas harian (perhimpunan) seperti dijadualkan. iv. Semua guru dan murid Tahap 2 dikehendaki memakai pakaian badan beruniform yang lengkap atau separa lengkap. Rujukan SPI Bil.8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 6.8 PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM i. Dilaksanakan pada setiap hari Rabu waktu persekolahan. ii. Melibatkan semua guru penasihat dan murid Tahap 2 dengan merujuk jadual perjumpaan aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. iii. Murid dan guru penasihat unit badan berunifrom boleh memilih untuk memakai pakaian unit badan beruniform yang lengkap atau separa lengkap. iv. Murid dan guru penasihat kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan boleh memilih untuk memakai pakaian seragam kelab masing-masing sama ada dalam bentuk jaket atau baju-T berkolar yang lengkap dengan logo sekolah. Rujukan SPI Bil.8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 6.9 LATIHAN INTENSIF i. Dilaksanakan selama satu minggu sebelum pertandingan atau perlawanan diadakan. ii. Melibatkan semua guru pembimbing atau jurulatih serta murid yang terlibat. iii. Diberi kebenaran untuk menggunakan waktu PdP selama dua jam pada setiap hari sepanjang tempoh latihan intensif dijalankan.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK CARTA PELAKSANA KOMPONEN PENGURUSAN KOKURIKULUM GURU BESAR HARRISON DOM @ LAMBA ANAK LANGI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM LENA ANAK AJUT PK PENTADBIRAN PK HEM PK PPKI PAUL JACKSON TUTONG ALVINA KUNCHI ANAK RANDI ANAK WALKER ENJOP AZNOR SUHADA BINTI RADZAAL SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA PATRICIA ANAK EMPI NULI ANAK CHUNDIE PENGURUSAN KOKURIKULUM PENGURUSAN SUKAN PEMBANGUNAN SUKAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SEKOLAH PELAKSANAAN KOKURIKULUM KOKURIKULUM TAMBAHAN (RIMUP) PENGIKTIRAFAN / PENYERTAAN DAN PENGANJURAN REDAKSI SEKOLAH (MEDIA SOSIAL) PEMBANGUNAN FIZIKAL PENGGALAKAN SUKAN / SUMBER MANUSIA / PEMANTAUAN DAN PENILAIAN / PENINGKATAN PROFESIONALISME / TEKNIKAL KEWANGAN KETUA GURU RUMAH SUKAN GURU RUMAH SUKAN JAWATANKUASA KEJOHANAN PENYELARAS BADAN BERUNIFORM NANCY ANAK LADING KELAB DAN PERSATUAN NATALIE SERANI ANAK RAPHAEL SUKAN DAN PERMAINAN MAGDELINE ANAK TANGU PPKI NORASPARIZA BINTI USOP GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM PBSM, TKRS, TUNAS PUTERI DAN PENGAKAP KANAK-KANAK PPKI KELAB DAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS,KEBUCAYAAN, MUZIK, PENCEGAHAN JENAYAH DAN KJR PPKI SUKAN DAN PERMAINAN BOLA BALING, BOLA JARING, BOLA TAMPAR, OLAHRAGA DAN PETANQUE PPKI PATRICIA ANAK EMPI RUNIN ANAK EMPUAU MAGDELINE ANAK TANGU MARYANNA GINDU ANAK DESMOND SUNGAN CASSANDRA MATHEW ENGGAH SEMAN ANAK ENDOI RUMAH JUGAH PATRICIA ANAK EMPI RUMAH KANANG MARYANNA GINDU ANAK DESMOND SUNGAN RUMAH RENTAP RUNIN ANAK EMPUAU RUMAH SANGALANG MAGDELINE ANAK TANGU RUMAH JUGAH RUMAH KANANG RUMAH RENTAP RUMAH SANGALANG CASSANDRA MATHEW ENGGAH SETIAUSAHA / GURU SUKAN CASSANDRA MATHEW ENGGAH
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KOKURIKULUM 7.1 PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1.1 PELAKSANAAN KOKURIKULUM Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal BADAN BERUNIFORM Penyelaras : Cikgu Nancy anak Lading Guru Penasihat : i. Bulan Sabit Merah a. Cikgu Dyg Hertini binti Abg Anoi b. Cikgu Hjh Hariah binti Seron ii. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) a. Cikgu Roselyn Sulan anak Kadam b. Cikgu Tracynder anak Ijok iii. Tunas Puteri a. Cikgu Gwendolyn May anak Joseph b. Cikgu Nancy anak Lading iv. Pengakap Kanak-kanak PPKI a. Cikgu Noraspariza binti Usop b. Cikgu Sendai anak Agam c. Ustazah Khairunnaqiah binti Mohd Sabri SUKAN DAN PERMAINAN Penyelaras : Cikgu Magdeline anak Tangu Guru Penasihat : i. Bola Jaring a. Cikgu Runin anak Empuau b. Cikgu Magdeline anak Tangu ii. Olahraga a. Cikgu Cassandra anak Mathew Enggah b. Cikgu A iii. Bola Tampar a. Cikgu Haerryson anak Michael Jeali b. Cikgu B iv. Bola Baling a. Cikgu Patricia anak Empi b. Cikgu C v. Petanque PPKI a. Cikgu Wan Azrul bin Syaril b. Cikgu Brian anak Amis
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK KELAB DAN PERSATUAN Penyelaras : Cikgu Natalie Serani anak Raphael Guru Penasihat : i. Kelab Pencegahan Jenayah a. Cikgu Jata anak Unjah b. Cikgu Rosidah binti Hussein ii. Kelab Bahasa Inggeris a. Cikgu Nuli anak Chundi b. Cikgu Natalie Serani anak Raphael iii. Kelab Muzik a. Cikgu Maryana Gindu anak Desmond Sungan b. Cikgu Harot binti Meredan iv. Kelab Kebudayaan a. Cikgu Isabella Sima anak Lindong b. Cikgu Vanessa Ashley anak Justin Tollan v. Kelab Keselamatan Jalan Raya PPKI a. Cikgu Norhanan binti Ibrahim b. Cikgu Lim Geok Mee 7.1.2 KOKURIKULUM TAMBAHAN (RIMUP) Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : Cikgu Patricia anak Empi 7.1.3 REDAKSI SEKOLAH (MEDIA SOSIAL) Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : Cikgu Runin anak Empuau 7.1.4 PENGIKTIRAFAN, PENYERTAAN DAN PENGANJURAN Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : Cikgu Magdeline anak Tangu
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 7.2 PENGURUSAN SUKAN 7.2.1 PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : a. Cikgu Maryanna Gindu anak Desmond Sungan (Pembangunan Fizikal) b. Cikgu Cassandra anak Mathew Enggah (Penggalakan Sukan / Sumber Manusia / Pemantauan dan Penilaian / Peningkatan Profesionalisme / Teknikal) c. Encik Seman anak Endoi (Kewangan) 7.2.2 SUKAN TAHUNAN SEKOLAH Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : Cikgu Patricia anak Empi Setiausaha / Guru Sukan: Cikgu Cassandra anak Mathew Enggah Ketua Rumah Sukan : a. Cikgu Magdeline anak Tangu (Rumah Sangalang) b. Cikgu Maryanna Gindu anak Desmond Sungan (Rumah Kanang) c. Cikgu Patricia anak Empi (Rumah Jugah) d. Cikgu Runin anak Empuau (Rumah Rentap) 7.3 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : Cikgu Lena anak Ajut Ahli : a. Guru PJPK Tahap 2 (SEGAK) b. Guru Penasihat Unit Kokurikulum c. Guru Kelas Tahap 2 (Ekstra Kurikulum) d. Guru Pengawas (Ekstra Kurikulum / Pengawas Sekolah) e. Guru Pusat Sumber Sekolah (Ekstra Kurikulum / NILAM)
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 7.4 BILIK KHAS (STOR SUKAN) Pengerusi : Cikgu Harrison Dom @ Lamba anak Langi Timbalan Pengerusi : Cikgu Lena anak Ajut Naib Pengerusi 1 : Cikgu Paul Jackson Tutong anak Walker Enjop Naib Pengerusi 2 : Cikgu Alvina Kunchi anak Randi Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aznor Suhada binti Radzaal Penyelaras : Cikgu Patricia anak Empi Alhi : a. Setiausaha / Guru Sukan b. Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan c. Semua Guru Penasihat Kelab Sukan dan Permainan d. Semua Guru Rumah Sukan 8.0 PROGRAM KOKURIKULUM BIL PROGRAM KOKURIKULUM TARIKH TINDAKAN 1 KEJOHANAN MERENTAS DESA 19 APRIL 2024 JK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 3 KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH / SUKANTARA 23-25 OKTOBER 2024 JK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 4 HARI SUKAN NEGARA 15 OKTOBER 2024 JK SUKAN & PERMAINAN 5 PERKHEMAHAN BERSEPADU 11 SEPTEMBER 2024 JK UNIT BERUNIFFORM 6 KEM KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN 4 SEPTEMBER 2024 JK KELAB DAN PERSATUAN 7 BULAN PATRIOTISME JULAI – SEPTEMBER 2024 PANITIA BERKAITAN 8 KOAKADEMIK SEPANJANG TAHUN PANITIA BERKAITAN
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 9.1 GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (GPKKK) 9.1.1 Tugas Utama Umum i. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. ii. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran semasa. iii. Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. iv. Mencerap PdP guru secara berkala dan melaksanakan bimbingan yang bersesuaian. v. Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang ditetapkan oleh PGB. vi. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. vii. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke semasa. viii. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa. 9.1.2 Tugas Utama Khusus 9.1.2.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN i. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan kokurikulum. ii. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah. iii. Mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data / maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan kokurikulum. iv. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan berkaitan pengurusan kokurikulum. v. Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar. vi. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah vii. Merancang dan melaksanakan latihan / kursus kemahiran berkaitan bidang kokurikulum untuk guru dan murid. viii. Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan pengurusan kokurikulum. ix. Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan HEM. x. Mengurus hal-hal berkaitan protokol dan etiket sosial. xi. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB, GPK Pentadbiran dan GPK HEM. xii. Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama (rujuk Ahli Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JR20)
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.1.2.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM i. Merancang dan menyelaraskan takwim aktiviti unit beruniform, kelab persatuan serta kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah. ii. Menyelia dan menilai aktiviti unit beruniform, kelab persatuan serta kelab sukan dan permainan di sekolah. iii. Menyelaraskan pembahagian guru penasihat mengikut unit dalam kokurikulum dengan mengambilkira kemahiran dan kepakaran guru. iv. Menyelaraskan pembahagian murid-murid dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. v. Mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi melalui kejohanan sukan sekolah, program pembangunan bakat dan kokurikulum tambahan dalam bidang koakademik dan kokurikulum. vi. Mengurus dan mengawal selia alatan dan kemudahan tempat latihan dalam keadaan selamat dan kondusif untuk digunakan. vii. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program koakademik dan kokurikulum anjuran peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 9.2 SETIAUSAHA SUKAN i. Menyelaraskan dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. ii. Menyediakan takwim aktiviti sukan sekolah berdasarkan aktiviti MSSS Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Zon. iii. Menyelaraskan latihan rumah sukan. iv. Menyelia klinik olahraga untuk guru dan para murid. v. Mengurus, mencatat dan merekod inventori peralatan dan kemudahan sukan sekolah. vi. Mengurus bilik sukan dan mengemas kini stok peralatan sukan bersama ketua rumah sukan, pengurus dan jurulatih pasukan sekolah. vii. Merancang dan menyelia sukan tahunan sekolah, hari merentas desa dan sukantara. viii. Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan mengikut ukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang. ix. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi: a. Tarikh b. Jenis pertandingan/perlawanan c. Pasukan yang terlibat d. Tempat pertandingan e. Keputusan pertandingan/pencapaian pasukan. x. Membantu bersama ahli jawatankuasa sukan merangka aktiviti sukan selepas peperiksaan selesai dijalankan. xi. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB / pentadbir dari semasa ke semasa.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.3 PENYELARAS UNIT KOKURIKULUM i. Mengatur, menyelia dan menyelaras semua aktiviti unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. ii. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk memasuki unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. iii. Memastikan carta organisasi notis mesyuarat, minit mesyuarat, senarai jawatankuasa dan keahlian serta takwim difailkan dengan baik. iv. Memastikan unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan telah didaftarkan. v. Memastikan perlembagaan unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan difailkan. vi. Mengumpulkan laporan tahunan setiap unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. vii. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB / pentadbir dari semasa ke semasa. 9.4 GURU PENASIHAT i. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM di sekolah dan pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum. ii. Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan murid. iii. Memastikan carta organisasi, notis mesyuarat, minit mesyuarat, senarai jawatankuasa dan keahlian, takwim serta laporan aktiviti disedia dan difailkan. iv. Memastikan perlembagaan, undang-undang dan peraturan sentiasa dipatuhi. v. Memastikan aktiviti selaras dengan visi, misi, objektif dan matlamat KPM. vi. Merancang takwim dengan melibatkan kerjasama murid. vii. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan unit badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. viii. Merancang aktiviti yang mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat dalam dalam membangun potensi murid. ix. Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual dan takwim yang ditetapkan. x. Menyemak dan mengesahkan kehadiran ahli. xi. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. xii. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, zon, PPD, JPN dan KPM. xiii. Mengurus penyertaan murid-murid peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan dalam pertandingan, lawatan atau projek yang dijalankan. xiv. Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK xv. Mengurus surat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. xvi. Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai dari semasa ke semasa. xvii. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. xviii. Memastikan kewangan dan harta benda atau peralatan diurus dengan baik. xix. Menentukan peralatan dan kemudahan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. xx. Mendaftarkan unit kokurikulum dengan pihak pendaftar jika perlu. xxi. Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan murid. xxii. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkat pencapaian. xxiii. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. xxiv. Melaksanakan pentaksiran kokurikulum. xxv. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB atau pentadbir dari semasa ke semasa 9.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM i. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang dua (2) kali setahun. ii. Menentukan dasar dan hala tuju pengurusan kokurikulum sekolah. iii. Merancang dan mengurus pengoperasian kokurikulum di sekolah. iv. Merancang dan mengawal pengurusan sumber berkaitan kokurikulum di sekolah v. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan kokurikulum di sekolah. vi. Merancang, memantau, menilai dan menambah baik pelaksanaan program dan aktiviti kokurikulum di sekolah. vii. Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan. viii. Melapor dan mendokumenkan program dan aktiviti berkaitan kokurikulum di sekolah. ix. Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan kokurikulum. x. Merancang, menyusun dan melaksanakan program dan aktiviti untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah dalam bidang pengurusan, akademik, kemenjadian murid, kokurikulum dan keceriaan xi. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPMg.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.5.1 PELAKSANAAN KOKURIKULUM i. Memberikan latihan kepada murid melalui pendedahan berkaitan: a. Perlembagaan dan peraturan unit kokurikulum b. Kaedah pengendalian mesyuarat c. Pengurusan kewangan persatuan d. Tatacara pengendalian kursus, seminar, bengkel, forum, simposium dan kolokium e. Kemahiran asas pasukan badan beruniform f. Aspek kepimpinan dalam pasukan g. Pengurusan perkhemahan, pertandingan dan pameran pendidikan. ii. Merekodkan, menganalisis data dan maklumat secara menyeluruh, dikemas kini, tepat dan betul. iii. Mengambil tindakan susulan secara berterusan dan berkala. iv. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kokurikulum di sekolah berdasarkan perancangan dan undangundang. v. Membentangkan dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan. vi. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. vii. Melaksanakan kursus dan kenaikan pangkat kepada murid-murid mengikut hirarki pentadbiran pasukan bagi Unit Badan Berunifom dan ujian-ujian yang berkaitan kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. viii. Menilai dan membuat perbincangan untuk penambaikan aktiviti yang dilaksanakan bagi memenuhi pemarkahan dalam PAJSK. 9.5.2 RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) i. Merancang, melaksana dan memantau program RIMUP di peringkat sekolah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid seperti: a. Program akademik b. Sukan dan permainan c. Perayaan dan perhimpunan d. Perkhemahan dan khidmat masyarakat ii. Membuat kertas kerja dan merangka belanjawan yang diperlukan. iii. Membuat laporan dan dokumentasi program yang telah dilaksanakan. iv. Ditegah sama sekali daripada menyentuh atau terlibat dalam aspek agama dan pentadbiran sekolah-sekolah yang menyertai RIMUP. v. Segala keputusan jawatankuasa tentang penggabungan kegiatan khas, penggunaan secara bersama kemudahan dan peralatan sekolah, perkongsian dan penggemblengan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada boleh diambil setelah dipersetujui bersama.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.5.3 PENGURUSAN KOKURIKULUM TAMBAHAN i. Membincangkan aktiviti kokurikulum tambahan yang fokus kepada kemenjadian murid. ii. Aktiviti dijalankan berdasarkan arahan kementerian seperti; a. Perkhemahan b. Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) c. Lawatan Sambil Belajar d. 1Murid1Sukan 9.5.4 REDAKSI SEKOLAH 9.5.4.1 MEDIA SOSIAL (Whatsapp, Telegram dan lain-lain) i. Melantik pentadbir (admin) bagi kumpulan berkenaan. ii. Menyediakan garis panduan pengguna media sosial berkenaan. iii. Mendapatkan bahan-bahan yang sesuai untuk dimuat naik kepada warga sekolah dan komuniti. iv. Menyediakan draf bahan bagi mendapatkan kelulusan PGB. v. Memuat naik maklumat pada masa yang ditetapkan. vi. Mengemaskini maklumat sedia ada. vii. Memantau perkembangan kumpulan media sosial berkenaan. 9.5.5 PENGIKTIRAFAN, PENYERTAAN DAN PENGANJURAN i. Membuat perancangan dan mengenal pasti keupayaan guru dan murid dalam menyertai pertandingan yang boleh meningkatkan kecemerlangan sekolah. ii. Sekolah yang berupaya dari segi tenaga dan kewangan boleh menganjurkan aktiviti yang boleh menyumbang kepada pengiktirafan sekolah. 9.6 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 9.6.1 JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN FIZIKAL SUKAN SEKOLAH i. Merancang pembangunan fizikal sukan sekolah. ii. Menyediakan kemudahan fizikal sukan yang berkualiti. iii. Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik, mencukupi dan boleh diguna pakai. iv. Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan untuk dibaik pulih atau mendapatkan penggantian. 9.6.2 JAWATANKUASA KECIL PENGGALAKAN SUKAN i. Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan. ii. Memastikan pelibatan murid secara menyeluruh. iii. Memberi dorongan kepada murid supaya mempunyai minat terhadap sukan dan permainan.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.6.3 JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA SUKAN SEKOLAH i. Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan. ii. Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk aktiviti sukan yang dijalankan. iii. Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya. iv. Mengurus penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan. 9.6.4 JKAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN i. Memantau semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan. ii. Membuat post mortem ke atas semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan atau disertai. iii. Membuat laporan semua aktiviti sukan dan permainan yang disertai oleh sekolah pada peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan. 9.6.5 JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME i. Merancang aktiviti seperti kursus dan seminar untuk meningkatkan kemajuan sukan di sekolah. ii. Mengenal pasti guru-guru berpotensi dalam sesuatu bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. iii. Bekerjasama dan berhubung dengan pihak agensi luar bagi mendapatkan kepakaran dalam bidang sukan untuk membantu meningkatkan taraf profesional guru dalam bidang sukan. iv. Melaporkan setiap kegiatan yang dijalankan kepada pihak PGB. 9.6.6 JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN i. Membantu pihak sekolah dari segi kewangan yang diperlukan dalam pengurusan sukan di sekolah. ii. Membantu pihak sekolah mendapatkan dana dan sumbangan dari pihak luar untuk digunakan dalam pengurusan pembangunan sukan sekolah. iii. Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan bagi pembangunan sukan sekolah mencukupi untuk menjalankan aktiviti sukan dan permainan di sekolah. 9.6.7 JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL i. Memberikan bantuan dari segi kepakaran tenaga yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam mengurus aktiviti sukan dan permainan di sekolah. ii. Membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti sukan di sekolah.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.7 JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH i. Mendapatkan khidmat nasihat kepakaran berkaitan pelaksanaan Sukan Tahunan Sekolah. ii. Memastikan perlembagaan, senarai ahli jawatankuasa, minit mesyuarat, surat menyurat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. iii. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. iv. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. v. Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. vi. Mengurus surat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan surat rawatan bagi penyertaan pertandingan di luar sekolah. vii. Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai. viii. Menyediakan tuntutan elaun makan murid dan pengangkutan. ix. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. x. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan yang baik,selamat dan mencukupi. xi. Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan. xii. Menilai prestasi sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya. xiii. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. xiv. Menghadiri kursus kepegawaian dan kejurulatihan yang dianjurkan oleh KPM, JPN, PPD dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan. 9.7.1 KETUA GURU RUMAH SUKAN i. Memastikan senarai ahli rumah sukan yang terdiri daripada guru sukan, pembantu guru sukan dan murid adalah lengkap. ii. Mengadakan mesyuarat untuk membentuk jawatankuasa rumah sukan dan membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. iii. Menentukan guru rumah sukan atau pembantu rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. iv. Merancang program latihan untuk peserta rumah sukan. v. Merekod pencapaian murid untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah dalam acara sukan. vi. Sentiasa berbincang dengan GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. vii. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk rekod iaitu; a. Senarai Ahli b. Jawatankuasa c. Takwim atau Jadual Latihan
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.7.2 GURU RUMAH SUKAN i. Bekerjasama untuk menyediakan trek agar boleh diguna pakai semasa sukan. ii. Mendapatkan alatan sukan dan permainan yang mencukupi dan berkeadaan baik untuk semua murid yang mengambil bahagian. iii. Mendapatkan khemah (jika berkaitan) untuk murid yang mengambil bahagian berkumpul. iv. Mengaturkan murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan. v. Mengurus makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan. vi. Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan. vii. Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke tempat yang ditetapkan dalam stor sukan. viii. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan dan GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. 9.7.3 JAWATANKUASA KEJOHANAN 9.7.3.1 PENGERUSI i. Mempengerusikan mesyuarat. ii. Memastikan segala persiapan berjalan mengikut jadual. iii. Mengatasi masalah dari semasa ke semasa. iv. Memantau setiap tugas jawatankuasa pelaksana. 9.7.3.2 TIMBALAN PENGERUSI i. Membantu Pengerusi. ii. Menjalankan peranan semasa ketiadaan Pengerusi. 9.7.3.3 SETIAUSAHA i. Memanggil mesyuarat jawatankuasa pelaksana. ii. Mengurusetiakan mesyuarat post mortem sukan. iii. Memastikan semua surat panggilan dan minit mesyuarat, salinan kertas kerja dan bidang tugas diserahkan kepada AJK Dokumentasi iv. Melaksanakan lain-lain tugas yang diamanahkan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dari semasa ke semasa. 9.7.3.4 NAIB SETIAUSAHA i. Membantu tugas Setiausaha. ii. Memainkan peranan semasa ketiadaan Setiausaha.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.7.3.5 BENDAHARI i. Menyimpan segala kutipan wang. ii. Membuat pembayaran kepada setiap jawatankuasa. iii. Membuat penyata Perbelanjaan atau Akaun Kejohanan. iv. Menyimpan semua resit yang berkaitan. v. Memastikan penyata kewangan atau resit diserahkan kepada AJK Dokumentasi. 9.7.3.6 PENGURUS KEJOHANAN i. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancarnya. ii. Memastikan semua pegawai telah melaporkan diri untuk bertugas. 9.7.3.7 PENOLONG PENGURUS KEJOHANAN i. Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan. ii. Memainkan peranan semasa ketiadaan Pengurus Kejohanan. 9.7.3.8 PUBLISITI DAN BUKU PROGRAM i. Menyediakan kain rentang kejohanan. ii. Mendapatkan senarai nama peserta. iii. Mendapatkan maklumat keseluruhan termasuk rekod atau keputusan tahun lepas, atur cara, acara yang dipertandingkan dan menyediakan ruangan untuk mencatat nama bakal pemenang tahun semasa serta ruangan penghargaan dan lain-lain yang difikirkan perlu. iv. Menyediakan buku program dan menyerahkannya kepada para undangan. v. Memastikan buku program diserahkan kepada AJK Dokumentasi. 9.7.3.9 PERASMIAN DAN PENUTUPAN i. Mengurus perasmian pembukaan dan penutupan kejohanan. ii. Mengurus latihan atau raptai perasmian dan penutupan termasuk bacaan ikrar kejohanan. iii. Mengurus pertandingan perbarisan atau perarakan. iv. Menyediakan bendera dan papan tanda untuk pasukan yang mengambil bahagian. v. Memastikan surat jemputan dif kehormat telah diambil tindakan. 9.7.3.10 KEPEGAWAIAN i. Mengatur dan melatih pembantu padang. ii. Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.7.3.11 TEKNIKAL i. Mengurus dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang dan balapan. ii. Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar. iii. Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi. iv. Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan. v. Menyusun atur cara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan. 9.7.3.12 HADIAH DAN CENDERAMATA i. Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata. ii. Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata. iii. Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah. iv. Memastikan senarai pemenang hadiah yang betul untuk tujuan penyampaian hadiah. 9.7.3.13 JURUACARA i. Memastikan atur cara kejohanan selaras seperti buku program terutama upacara perasmian pembukaan atau penutupan. ii. Menyediakan teks atau skrip pengacara selengkapnya. iii. Mengacarakan program sepanjang kejohanan dengan lancar dan bersemangat kesukanan. iv. Membuat ulasan yang boleh menceriakan suasana sepanjang pertandingan berlangsung. v. Membuat pengumuman yang perlu seperti peringatan kepada murid bagi membantu mengawal disiplin serta keselamatan murid. vi. Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera. vii. Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah. viii. Menyelaraskan pengumuman dengan AJK Siaraya bagi acara nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. 9.7.3.14 JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI i. Bertanggungjawab merakam dan merekodkan segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program. ii. Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir. 9.7.3.15 REKOD DAN STASTISTIK i. Menyediakan dan menyelia papan markah (score board). ii. Mengira jumlah markah yang diperoleh daripada pengacara atau pencatat.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.7.3.16 PENJAGA MASA i. Memastikan bilangan peralatan yang diperlukan mencukupi dan berada dalam keadaan baik untuk digunakan seperti; a. Jam Pemasa b. Riben Penamat c. Bendera Merah Putih ii. Mencatat atau merekod masa bagi setiap acara secara professional untuk tujuan rekod dan rujukan hakim penamat. 9.7.3.17 PENYELIA PESERTA i. Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding. ii. Mengumpul peserta dalam setiap acara dengan bantuan daripada ketua rumah sukan. 9.7.3.18 PENGADIL LORONG i. Memerhati dan memastikan peserta tidak melanggar peraturan. ii. Memutuskan sebarang bantahan peserta. iii. Memastikan peserta berlari mengikut lorong. iv. Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan. v. Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia. 9.7.3.19 PELEPAS i. Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam keadaan sedia. ii. Memastikan penjaga masa dan pengadil lorong sudah bersedia sebelum membuat pelepasan. iii. Berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta sebelum memulakan pelepasan. 9.7.3.20 PELEPAS PANGGIL BALIK i. Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas pelepas. ii. Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat memerhati setiap peserta dengan jelas. 9.7.3.21 PENOLONG PELEPAS i. Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul. ii. Mengumpul semua peserta lebih kurang tiga (3) meter di belakang garisan permulaan sebelum acara dimulakan. iii. Menempatkan peserta di lorong atau tempat permulaan masing-masing. iv. Memberi isyarat kepada pelepas jika semua peserta sudah bersedia.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 9.7.3.22 HAKIM PENAMAT i. Mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. ii. Menghantar keputusan kepada pencatat untuk direkodkan. 9.7.3.23 PENCATAT i. Menerima dan merekod keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi. ii. Memaklumkan kepada pengurus pemenang dan juruacara untuk tindakan selanjutnya. 9.7.3.24 PENGADIL i. Pengadil yang berasingan dilantik bagi setiap acara. ii. Menentukan segala peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara ketika kejohanan. iii. Setelah selesai sesuatu acara, borang keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh pengadil yang berkaitan dan diserahkan kepada pencatat untuk tujuan rekod. 9.7.3.25 PENGURUS PEMENANG i. Memastikan pemenang bersedia untuk majlis penyampaian hadiah. ii. Memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan lancar Kokurikulum Cemerlang, Murid Seimbang, Sekolah Terbilang JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK 2023 / 2024 Sumber Rujukan 1. MySG Sekolah Rendah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM 2. Garis Panduan PAJSK Sekolah Rendah oleh KPM
PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ST PETER SARATOK LAMPIRAN TAKWIM INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM TARIKH AKTIVITI MAC 18 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (TUNAS PUTERI) 20 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 1 27 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 1 APRIL 3/4 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 1 15 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (TKRS) 17 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 2 19 KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 24 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 2 MEI 8/9 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 2 20 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (PBSM) JUN 11 MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.2/2024 12 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 3 19 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 3 26/27 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 3 JULAI 3 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 4 10 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 4 15 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (TUNAS PUTERI) 17/18 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 4 23 MAJLIS PERASMIAN BULAN PATRIOTISME 24 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 5 31 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 5 OGOS 7/8 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 5 14 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 6 (BULAN PATIOTISME) 19 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (TKRS) 21 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 6 (BULAN PATRIOTISME) 28/29 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 6 (BULAN PATRIOTISME) SEPTEMBER 4 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 7 (KEM KEPIMPINAN) 10 MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.3/2024 11 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 7 (PERKHEMAHAN BERSEPADU) 17 MAJLIS PENUTUPAN BULAN PATRIOTISME 25/26 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 7 OKTOBER 2 PERJUMPAAN 8 (LATIHAN RUMAH SUKAN) 9 PERJUMPAAN 9 (LATIHAN RUMAH SUKAN) 14 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (PBSM) 15 HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 16 PERJUMPAAN 10 (LATIHAN RUMAH SUKAN) 23 PERJUMPAAN 11 (KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH) 24 KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 25 KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH NOVEMBER 6 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 12 13 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 12 18 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM (TUNAS PUTERI) 20/21 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 12 26 MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.4/2024 27 PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN 13 DISEMBER 4 PERJUMPAAN BADAN BERUNIFORM 13 11/12 PERJUMPAAN SUKAN DAN PERMAINAN 13 JANUARI 2025 8 TARIKH AKHIR LAPORAN TAHUNAN DAN PAJSK DALAM SISTEM