SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-4, BLOK F9, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR Telefon : 03-8000 8000
: 03-8871 7499 (Khidmat Pengurusan)/
PRESINT 1, 62000 PUTRAJAYA Faks
03-8871 7492 (Perkhidmatan)/
Web 03-8871 7493 (Naik Pangkat Dan Tatatertib)/
03-8871 7494 (Pengambilan Guru)/
03-8871 7485 (Pengambilan Bukan Guru)/
03-8871 7463 (Dasar/Keurusetiaan)
: http://www.spp.gov.my
Ruj. Kami : SPP.600-3/5/15/960302025915
Tarikh : 27-MAY-2022
Nama : MUHAMMAD A’TIF BIN MAHMUD
No. Kad Pengenalan : 960302025915
Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN GRED DG41
Dengan hormatnya saya diarah memaklumkan bahawa Suruhanjaya ini telah bersetuju untuk menawarkan kepada tuan / puan
jawatan sebagai PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (Contract Of Service) mulai tarikh melapor diri
bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan gaji sebanyak RM 2,188.00 sebulan (Jadual Gaji Minimum - Maksimum
Gred DG41).
2. Tawaran pelantikan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut bahawa tuan / puan dikehendaki:
(a) melengkapkan dan menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan;
(b) menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar
(pegawai perubatan kerajaan / swasta) dengan menggunakan Borang Pemeriksaan
Perubatan ;
(c) membuat Akuan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah
dengan menggunakan Surat Akuan Berkanun (Akta Berkanun 1960) ;
(d) *melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan;
(e) *melengkapkan dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 ;
(f) *menjalani dan lulus tapisan keselamatan di mana permohonannya hendaklah dibuat
secara atas talian melalui Sistem Permohonan Tapisan Online (e-Vetting)
- https://evetting.cgso.gov.my;
(g) melengkapkan Borang Pengesahan Tarikh Melapor Diri Bertugas yang dilampirkan
sebagai pengesahan tarikh melapor diri bertugas (Lampiran J, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2008); dan
(h) melengkapkan Borang Perjanjian Pegawai Kontrak sebanyak 4 salinan asal .
3. Sekiranya bersetuju menerima tawaran pelantikan ini, tuan / puan adalah dikehendaki melapor diri bertugas pada
tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan dan mengemukakan dokumen seperti pada perenggan 2(a), (b) dan (c)
di atas pada tarikh lapor diri bertugas
4. Surat tawaran pelantikan ini terbatal sekiranya tuan/puan tidak bersetuju menerimanya atau tidak melaporkan diri
BERTUGAS dalam tempoh 30 hari dari tarikh arahan penempatan.
(sila nyatakan No. Rujukan Suruhanjaya ini apabila berhubung) .
"DINAMIK, EFEKTIF DAN BERINTEGRITI"
5. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan bahawa dokumen pada perenggan dua (2) di atas yang telah
lengkap disempurnakan dan salinan Penyata Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew. 8) hendaklah
dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh calon melapor diri bertugas kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5 dan 12-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia)
*. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk merekod maklumat berkaitan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan
pegawai selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
6. Tuan / Puan pada setiap masa adalah tertakluk kepada Perintah-Perintah Kerajaan, Skim Perkhidmatan,Pekeliling / Surat
Pekeliling, Peraturan - Peraturan Pentadbiran yang lain mengenai kerja, kelakuan dan syarat perkhidmatan. Di samping itu,
tuan / puan juga boleh ditempatkan / ditukarkan ke mana-mana tempat yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa
dan Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik tuan / puan ke jawatan tetap dalam perkhidmatan awam.
7. Bagi tujuan pelantikan tetap sebagai PPP Gred DG41, tuan / puan perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a) Mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dan perlu
menamatkan pengajian dengan jayanya dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh
kontrak berkenaan; dan
(b) Bagi opsyen Bahasa Inggeris perlu mencapai sekurang - kurangnya Band C1 dalam
piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam
peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(MD RADZI BIN HASHIM)
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Malaysia
s.k.:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5 Dan 12-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia)
"Ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan"
SENARAI SEMAK DOKUMEN PELANTIKAN SECARA KONTRAK
NAMA :
NO. K.P. :
JAWATAN :
TEMPOH KONTRAK :
TANDAKAN ( √ )
1) Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (1 salinan)
2) Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013)
(Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
3) Akuan Berkanun
4) Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C)
(Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
5) Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas
(Lampiran J)
6) Surat Aku Janji (salinan diakui sah)
(Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
7) Setem Hasil (2 keping x RM10)
8) Jadual (tandatangan ringkas [initial] 4 salinan)
(tandatangan ringkas [initial] di setiap helaian)
9) Syarat-syarat Pelantikan (4 salinan)
(tandatangan ringkas [initial] di setiap helaian)
SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN PELANTIKAN KONTRAK
Setiausaha Tarikh :
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Bahagian Perkhidmatan
Aras 2, Blok F9, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
Tuan,
Saya ………………………………………………….. No. K.P….……….……………….
bersetuju menerima tawaran pelantikan sebagai ………………………………….
………………………………………. secara KONTRAK mengikut syarat-syarat yang
terkandung di dalam surat tuan SPP………………..……………………….
bertarikh ……………….……………
2. Bersama-sama ini disertakan 4 salinan Borang Perjanjian Pegawai Kontrak
berkhidmat dengan Kerajaan, Borang Pengesahan Tarikh Melapor Diri Bertugas
(Lampiran J, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008) dan salinan Penyata
Perubahan Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8) yang telah disempurnakan.
Sekian, terima kasih.
Saya yang benar,
(Tandatangan)
NAMA : ………………………………………………
(HURUF BESAR)
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Alamat tempat bertugas:
………………………………………………………..
………………………………………………………..
………………………………………………………..
………………………………………………………..
s.k.
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5 dan 12-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP PUTRAJAYA
AKUAN BERKANUN
Saya.................................................................................................................................................
(No. Kad Pengenalan: ......................................................) yang beralamat di.................................
..........................................................................................................................................................
dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa saya:
(i) warganegara Malaysia;
(ii) tidak memiliki kewarganegaraan asing;
(iii) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
(iv) tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah;
(v) tidak pernah ditahan kerja/digantung kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib;
(vi) tidak pernah dibuang kerja;
(vii) bukannya penagih dadah;
(viii) tidak menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan
sebagaimana ditetapkan oleh pengamal perubatan) atau menyalahgunakan suatu
dadah berbahaya;
(ix) bukan seorang bankrap;
(x) tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam;
(xi) tidak dibersarakan atas sebab kesihatan;
(xii) tidak bersara secara pilihan dari perkhidmatan awam;
(xiii) tidak pernah ditahan di bawah Peraturan-Peraturan Darurat atau mana-mana
undang-undang pencegahan; dan
(xiv) tidak pernah meninggalkan jawatan dalam perkhidmatan awam.
2. Saya membuat akuan ini dengan sepenuh kepercayaan bahawa akuan ini benar
serta mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui
oleh yang tersebut namanya di atas iaitu:
Nama : ………………….................................................................................................
………………….......................................................................................................................
di alamat : …………………......................................................................................... ...............................................................................
…………………....................................................................................................................... di hadapan saya,
………………….......................................................................................................................
di Negeri :.................................................................................................................... ..................................................................................
pada………… hari bulan ………… tahun…………
Pesuruhjaya Sumpah/ Majistret/
Hakim Mahkamah Sesyen
(potong yang tidak berkenaan)
*Penjelasan mengenai Akuan Berkanun terdapat di LAMPIRAN B.
LAMPIRAN B
PENJELASAN MENGENAI AKUAN BERKANUN
(i) Warganegara Malaysia
bermaksud warganegara Persekutuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Perlembagaan Persekutuan.
(ii) Tidak memiliki kewarganegaraan asing
bermaksud seseorang yang tidak memiliki kewarganegaraan lain selain
warganegara Malaysia.
(iii) Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah
bermaksud tidak pernah disabitkan atau dihukum dengan suatu kesalahanboleh
daftar sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual Pertama dan KeduaAkta
Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969.
(iv) Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah
bermaksud tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah oleh
mana-mana mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang
kuasa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahanjenayah.
(v) Tidak pernah ditahan kerja/digantung kerja oleh mana-mana Pihak
Berkuasa Tatatertib
Bermaksud tidak pernah / berada dalam tindakan perintah tahan kerja atau
gantung kerja oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tatatertib atas apa-apa
kesalahan jenayah atau kesalahan syariah.
(vi) Tidak pernah dibuang kerja
bermaksud tidak pernah dibuang kerja atau disifatkan dibuang kerja melalui
pewartaan dari Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan AwamNegeri,
Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
(vii) Bukannya penagih dadah
bermaksud bukan seseorang yang disahkan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan atau Pengamal Perubatan Berdaftar sebagai penagih dadah.
LAMPIRAN B
(viii) Tidak menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksudperubatan
sebagaimana ditetapkan oleh pengamal perubatan) atau
menyalahgunakan suatu dadah berbahaya
bermaksud tidak menggunakan atau mengambil, kecuali bagi maksud perubatan
sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang
didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau menyalahgunakan suatu dadah
berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah
Berbahaya 1952.
(ix) Bukan seorang bankrap
bermaksud bukan seseorang yang diisytiharkan bankrap di bawah Akta
Kebankrapan 1967.
(x) Tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam
bermaksud tidak pernah ditamatkan perkhidmatan di bawah Perintah Am Bab
A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973 atau Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2012.
(xi) Tidak dibersarakan atas sebab kesihatan
bermaksud bukan seseorang yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan di
bawah Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun
dan Tempatan 1980 atau Akta Angkatan Tentera 1972
(xii) Tidak bersara secara pilihan dari perkhidmatan awam
bermaksud bukan seseorang yang telah bersara pilihan daripada perkhidmatan
awam di bawah Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak- Pihak Berkuasa
Berkanun dan Tempatan 1980.
(xiii) Tidak pernah ditahan di bawah Peraturan-Peraturan Darurat atau mana-
mana undang-undang pencegahan
bermaksud bukan seseorang yang pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat
(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No.5) 1969 atau Akta
Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-
Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316].
LAMPIRAN B
(xiv) Tidak pernah meninggalkan jawatan dalam perkhidmatan awam
bermaksud bukan seseorang yang meninggalkan jawatan TANPA melalui peletakan
jawatan atau pelepasan jawatan mengikut peraturan-peraturan pegawai awam yang
berkuat kuasa dalam mana-mana Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan
Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan Kerajaan.
LAMPIRAN ‘C’
[Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan) 2017]
PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PEGAWAI AWAM
BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan- peruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang
dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau
menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan
suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu
rahsia rasmi adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum
dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh
tahun.
Saya faham bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang saya peroleh dalam perkhidmatan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana kerajaan dalam Malaysia,
adalah milik kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada
secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa
menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya
dengan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia
dengan tidak terlebih dahulu medapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya
berjanji dan mengaku akan menandatangani satu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila
meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan.
Tandatangan :..........................................................................................................................
Nama (huruf besar) :..........................................................................................................................
No. Kad Pengenalan :..........................................................................................................................
Jawatan :..........................................................................................................................
Jabatan :……………………………………………………………………………………………………………………..
Tarikh :..........................................................................................................................
Disaksikan oleh
(Tandatangan)
Nama (huruf besar) :..........................................................................................................................
No. Kad Pengenalan :..........................................................................................................................
Jawatan :..........................................................................................................................
Jabatan :..........................................................................................................................
Tarikh :……………………………………………………………………………………………………………………..
Cap Jabatan :..........................................................................................................................
LAMPIRAN J
BORANG PENGESAHAN TARIKH MELAPOR DIRI BERTUGAS
Nama Pegawai : …..................................................................................................
Nama Jawatan : …..................................................................................................
Skim Perkhidmatan : ...............................................................................................
No. K.P./ No. Pasport : …........................................................................................
Warganegara : ….....................................................................................................
No. Rujukan Fail JPA : ….......................................................................................
(jika berkenaan)
TEMPOH PELANTIKAN KONTRAK :
Tempoh Kontrak Yang Ditawarkan : ...................... (tahun) ...................... (bulan)
Tarikh Lapor Diri : …..............................................................................................
Tarikh Tamat Kontrak : ..........................................................................................
Gaji Yang Ditawarkan : ..........................................................................................
..............................................
(Tandatangan Ketua Jabatan)
SURAT AKU JANJI
Saya, …………………………………………………… No. Kad Pengenalan …….…….………….……….
beralamat di …………………………………………………………………………….….…………..……….
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan
lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki
oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawasaya
(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap,
jujur, amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya
bercanggah dengan tugas awam saya;
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah
membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan
kebergunaan saya sebagai pegawai;
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri;
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam;
(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan perkhidmatan
awam; dan
(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
………………………………. ……………………………..
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)
Di hadapan saya,
…………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)
……………………………….
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)
…………………………. ……………………….
(Tarikh) (Cap Rasmi Jabatan)
PENTING
PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
Sebelum mengisi borang perjanjian, tuan/ puan hendaklah membaca dengan teliti mengenai perkara berikut:
i. mengisi ruangan yang perlu diisi dengan menggunakan PEN DAKWAT HITAM dan sekiranya terdapat kesilapan, jangan
sekali-kali menggunakan ‘white corrector’. Sila potong dan tandatangan ringkas (initial) sahaja di ruangan tepi dengan
kemas;
ii. sila sertakan (2) keping Setem Hasil (RM10.00 X 2) semasa mengembalikan semula Borang Perjanjian Pegawai
Kontrak dan jangan sekali-kali melekatkan Setem Hasil tersebut pada mana-mana borang kerana urusan DUTI
SETEM akan diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan;
iii. menggunakan ALAMAT TETAP serta poskod dan bukannya alamat kuarters kerajaan atau alamat pejabat;
iv. menurunkan tandatangan di ruang tandatangan pegawai dan jangan mengisi sebarang tarikh pada Borang Perjanjian
Pegawai Kontrak (RUANGAN TARIKH DIBIARKAN KOSONG);
v. menulis NAMA SAKSI dari kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) dengan menggunakan
PEN DAKWAT HITAM. Di ruangan bawah tandatangan saksi, sila pastikan saksi menurunkan CAP NAMA JAWATAN
DAN JABATAN; dan
vi. menurunkan tandatangan ringkas (initial) pada JADUAL dan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN.
PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN
BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
No. Rujukan Fail : SPP/P/ (DIKOSONGKAN)
(DIKOSONGKAN)
PERJANJIAN INI adalah dibuat pada .............................................. di ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA (selepas ini disebut “Kerajaan” dan sebutan itu hendaklah
termasuk mana-mana wakil Kerajaan yang diberi kuasa bertindak bagi pihak Kerajaan)
sebagai satu pihak dengan .........(.D...I.L..E..N...G..K...A..P..K...A..N...)...... (NO.K.P.........(.D...IL..E...N..G..K...A..P..K...A..N..)........)
(selepas ini disebut “Pegawai”) sebagai pihak yang satu lagi.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
Pelantikan
1. Kerajaan hendaklah mulai dari ..............(.D..I.K...O..S...O..N...G..K...A..N...).... ...... mengambil bekerja
Pegawai dan Pegawai hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai seorang
(DILENGKAPKAN – nama jawatan)
................................................................................ ... .. selama Tempoh Perkhidmatan dan
tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang tersebut di bawah ini.
PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan mereka masing-masing pada hari, bulan dan tahun yang mula-
mula tertulis di atas.
DITANDATANGANI OLEH:
................................................................ } ....………....…………....
pada ....................................................... } (Tandatangan Bagi Pihak
Kerajaan Malaysia)
(DIKOSONGKAN)
dan disaksikan oleh:
Nama saksi: ........................................... } ....………....………........
No. Kad Pengenalan ...................................} (Tandatangan Saksi)
Ditandatangani oleh Pegawai
(DILENGKAPKAN) (DILENGKAPKAN)
............................................................... } .....………....…………....
(Nama Pegawai) (Tandatangan Pegawai)
pada .... (DIKOSONGKAN) ...... }
.............................................
dan disaksikan oleh: (DILENGKAPKAN)
Nama saksi: .... (DILENGKAPKAN) . } ....……….....…………....
(Tandatangan Saksi)
......................................
(DILENGKAPKAN) Cap
jawatan &
No. Kad Pengenalan ................................... }
jabatan
saksi
7
BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK
No. Rujukan Fail : SPP/P/
PERJANJIAN INI adalah dibuat pada.................................................ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA (selepas ini disebut “Kerajaan” dan sebutan itu
hendaklah termasuk mana-mana wakil Kerajaan yang diberi kuasa bertindak
bagi pihak Kerajaan) sebagai satu pihak dengan……………………..………………
……………………………………………. (NO.K.P ........................................................ )
(selepas ini disebut “Pegawai”) sebagai pihak yang satu lagi.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
Pelantikan
1. Kerajaan hendaklah mulai dari .............................................. mengambil
bekerja Pegawai dan Pegawai hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan
sebagai seorang .....................................................................................................
selama Tempoh Perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-
syarat yang tersebut di bawah ini.
Tempoh Perkhidmatan
2. Tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Perjanjian ini Tempoh
Perkhidmatan Pegawai (selepas ini disebutkan “Tempoh Perkhidmatan”)
hendaklah berjalan terus-menerus selama dua (2) tahun mulai dari tarikh
pegawai melaporkan diri bertugas dalam tempoh yang ditetapkan mengikut
surat arahan penempatan pegawai. Pegawai perlu melengkapkan Borang
1
Pengesahan Tarikh Melaporkan Diri Bertugas sebagaimana yang diarahkan
oleh Kerajaan.
Penyambungan Perkhidmatan
3. Enam (6) bulan sebelum tamat Tempoh Perkhidmatan, Pegawai hendaklah
memberitahu Kerajaan dengan notis secara bertulis sama ada ingin dilantik
semula berkhidmat dengan Kerajaan. Sekiranya tawaran pelantikan semula tidak
diterima oleh pegawai pada atau selepas tamat tempoh tersebut, permohonan
pegawai untuk dilantik semula dianggap tidak berjaya.
Syarat Pelantikan Semula
4. Pelantikan semula Pegawai oleh Kerajaan hendaklah atas syarat-syarat
dan selama sesuatu tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Tanggungan Pegawai
5. Pegawai hendaklah dalam Tempoh Perkhidmatan itu:
(i) mematuhi arahan penempatan dan pertukaran di mana-mana
sahaja tempat di Malaysia;
(ii) menjalankan kewajipan jawatan yang dia ambil bekerja dan apa-
apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Kerajaan;
(iii) bermastautin di sesuatu tempat seperti yang diarahkan olehKerajaan
dari semasa ke semasa;
(iv) tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak, mengambil
bahagian atau bekerja dalam apa-apa jua perkhidmatan pun atau
urusan lain, ataupun menerima apa-apa komisyen atau bayaran
tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis dari Kerajaan;
2
(v) menumpukan segala masa dan perhatiannya kepada perkhidmatan
Kerajaan dan berusaha sedaya upayanya untuk memajukan
kepentingan Kerajaan;
(vi) menurut dan menjalankan perintah dan arahan yang diberi
kepadanya oleh Kerajaan;
(vii) menurut dan menjalankan, setakat mana ianya boleh dipakai dan
tidak bertentangan dengan Perintah Am, Arahan Kewangan atau
lain-lain Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa dari
semasa ke semasa;
(viii) tidak boleh membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal
ehwal Kerajaan kepada sesiapa atau tidak diubah oleh Perjanjian ini,
segala jua yang tidak berhak kepadanya;
(ix) memberi, jika dikehendaki sedemikian oleh Kerajaan, sesuatu
jaminan dan dalam sesuatu bentuk seperti yang ditentukan oleh
Kerajaan, untuk penunaian kewajipannya yang tersebut itu secara
taat setia dan jujur, dan premium yang kena dibayar berkenaan
dengan jaminan itu bolehlah dipotong dari gajinya oleh Kerajaan; dan
(x) memperolehi kelulusan seperti yang dinyatakan dalam Jadual
kepada Perjanjian ini dalam had-had masa yang dinyatakan di dalam
Jadual itu; dan pada menurut fasal kecil ini Kerajaan berhak
mengarahkan anggota menghadiri sesuatu kursus serta memasuki
sesuatu peperiksaan yang dianggap berfaedah oleh Kerajaan.
3
Tanggungan Kerajaan
6. Kerajaan hendaklah:
(i) dalam Tempoh Perkhidmatan itu membayar kepada Pegawai gaji
mengikut kadar yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini
dengan syarat jika ada peruntukan dibuat dalam Jadual ini untuk
memberi pergerakan gaji tahunan, tiada pergerakan gaji tahunan boleh
diberi kepada Pegawai sehingga dia diperakukan layak menerima
pergerakan gaji tahunan pada tarikh pergerakan gaji itu berasaskan
prestasi kerja Pegawai;
(ii) dalam Tempoh Perkhidmatan itu memberi semua cuti dan membayar
elaun serta kemudahan kepada Pegawai seperti yang dinyatakan
dalam Jadual kepada Perjanjian ini; dan
(iii) membayar kepada Pegawai apabila tamat Tempoh Perkhidmatan
itu atau apabila Perjanjian ini ditamatkan di bawah mana-mana fasal
Perjanjian ini kecuali Fasal 8 atau 10, melainkan jika Jadual kepada
Perjanjian ini ada memperuntukkan secara lain, suatu ganjaran yang
jumlahnya hendaklah dikira mengikut kadar yang dinyatakan dalam
Jadual kepada Perjanjian ini bagi tiap-tiap bulan genap Pegawai telah
berkhidmat (termasuklah tempoh cuti bergaji yang diluluskan) di
bawah Perjanjian ini.
Ketidakupayaan Pegawai
7. Jika seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan yang dibenarkan oleh
Kerajaan untuk memeriksa Pegawai memperakukan dengan cara bertulis bahawa
pada pendapatnya Pegawai tidak berupaya memberi perkhidmatan yangcekap
selanjutnya kepada Kerajaan oleh sebab apa-apa kerosakan akal fikiran
4
atau tubuh badan dan bahawa ketidakupayaannya itu disebabkan olehkesalahan,
kelalaian atau kurang pertimbangan (indiscretion) Pegawai itu sendiri, maka
perkhidmatan Pegawai di bawah Perjanjian ini hendaklah oleh sebab itu
ditamatkan oleh Kerajaan dan tertakluk kepada hak-hak yang diperuntukkan
baginya di bawah fasal kecil (iii) Fasal 6 dalam Perjanjian ini, Pegawai tidaklah
selepas itu berhak mendapat apa-apa gaji melainkan gaji yang dia sebenarnya
berhak mendapat kerana perkhidmatannya sebelum Perjanjian ini ditamatkan di
bawah Fasal ini.
Pemberhentian Oleh Kerajaan
8. Jika Pegawai pada bila-bila masa cuai atau enggan atau kerana apa-apa
jua sebab selain dari sebab yang disebutkan dalam Fasal 7 tidak mematuhi apa-
apa perintah yang diberi oleh seseorang pegawai Kerajaan yang berkuasa ke
atasnya atau membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal
Kerajaan kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya atau dengan apa-
apa jua cara berkelakuan salah atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatannya dan apabila dia
ditamatkan perkhidmatan mengikut peruntukan ini, segala hak dan faedah
Pegawai di bawah Perjanjian ini hendaklah luput dan tamat dengan serta-merta.
9. Kerajaan boleh pada bila-bila masa memberhentikan perkhidmatan
Pegawai dengan memberi notis secara bertulis seperti yang diperuntukkan dalam
Jadual kepada Perjanjian ini atau dengan membayar kepada Pegawaisatu
bulan gaji sebagai ganti notis itu tanpa memberi apa-apa alasan.
Pemberhentian Oleh Pegawai
10. Pegawai boleh pada bila-bila masa berhenti dari perkhidmatan dengan
memberi kepada Kerajaan notis secara bertulis seperti yang diperuntukkan
5
dalam Jadual kepada Perjanjian ini atau dengan membayar kepada Kerajaan
satu bulan gaji sebagai ganti notis itu.
Jadual
11. Sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang tersebut di atas, maka
syarat yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah menjadi
sebahagian daripada Perjanjian ini.
Pemakaian Undang-Undang
12. Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut Undang-Undang Malaysia.
Kos dan Perbelanjaan
13. Segala kos dan perbelanjaan bagi penyempurnaan serta duti setem yang
berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Pegawai.
Pindaan
14. Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat
secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak.
Ketaksahan
15. Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini
diputuskan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan sebarang undang-
undang dan tidak boleh dikuatkuasakan, maka kesahan peruntukan lain di dalam
Perjanjian ini tidak akan terjejas dan akan dikuat kuasa dan dilaksanakan
seterusnya.
6
Pelantikan Ke Jawatan Tetap
16. Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik Pegawai ke jawatan tetap
dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud pelantikan tetap
perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau pihak berkuasa melantik
berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuat kuasa sekiranya Pegawai
berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
7
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan mereka masing-masing pada hari, bulan dan tahun
yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangani oleh
...................................................................... ) ........................................
pada ............................................................... ) (Tandatangan Bagi Pihak
Kerajaan Malaysia)
dan disaksikan oleh:
Nama saksi ....................................................) ........................................
No. Kad Pengenalan...................................... ) (Tandatangan Saksi)
Ditandatangani oleh Pegawai
...................................................................... ) ........................................
(Nama Pegawai) (Tandatangan Pegawai)
pada ............................................................... )
dan disaksikan oleh:
Nama saksi ....................................................) ........................................
No. Kad Pengenalan...................................... ) (Tandatangan Saksi)
8