M Y P O R TFOLIO KANDUNGAN MYPORTFOLIO BUTIR JAYA DIRI 02 MUKA SURAT + TOPIK PENGENALAN Proses penyediaan portfolio ini membantu saya menyingkap kembali dan mendokumentasikan semua pendekatan dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pelajar perlu menyesuaikan maklumat baharu ke dalam pengetahuan sedia ada untuk pengalaman pembelajaran yang bermakna dan secara tidak lansung dapat terlibat secara aktif. Penilaian PdP merupakan satu strategi yang saya lakukan untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan pendekatan dan strategi yang digunakan dan saya rasakan ianya sangat efektif. Amalan reflektif selepas kelas atau analisa keputusan peperiksaan dapat membantu mengenalpasti kerberkesanan penyampaian PdP, aspek-aspek yang perlu diperbaiki atau kelemahan dalam PdP. 03 FALSAFAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 06 18 STRATEGI PENGAJARAN, PENYELIAAN & PENTAKSIRAN KREATIVITI & INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN IMPAKNYA KE ATAS PEMBELAJARAN 40 PENILAIAN & TESTIMONI PENGAJARAN 54 PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN/ PENYELIAAN & PENILAIAN SERTA PEMBANGUNAN PROFESSIONAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK JLN DATUK MOHAMMAD MUSA, 94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK HTTPS://WWW.UNIMAS.MY KESARJANAAN DALAM PENGAJARAN/ PENYELIAAN & PENILAIAN Mempelbagaikan kaedah pengajaran yang baharu, mempelajari pendekatan yang terkini sesuai dengan perubahan masa dan latar belakang pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif.
Minat saya sebagai pengajar telah termakbul apabila saya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Kimia (BSc.Ed.Hons) daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2020. Segala latihan dan ilmu yang dipelajari semasa pengajian Ijazah Sarjana Muda telah banyak membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UNIMAS dibantu pula dengan Postgraduate Diploma in Teaching and Learning. Latihan Praktikum di Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor dan Sekolah Menengah Simpang Rengam, Johor merupakan titik permulaan perjalanan saya sebagai pendidik. Saya telah memulakan karier saya sebagai pensyarah di UNIMAS pada tahun 2003 dan telah mendapat PhD dalam bidang kimia persekitaran pada tahun 2014. Kepakaran saya ialah dalam sintesis photokatalisis dan aplikasi proses oksidasi lanjutan dalam rawatan air sisa. Saya merupakan penyelaras program Kimia Sumber/Kimia di Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber pada 2015-2017 dan 2019 hingga sekarang. "Saya berpendirian bahawa keseimbangan di antara pengajaran yang merupakan tugas hakiki dengan penyelidikan/penyeliaan dan penerbitan adalah penting untuk menyerlahkan kesarjanaan seseorang pendidik dalam tempoh perkhidmatan" Portfolio ini mengandungi kompilasi perjalanan saya sebagai pendidik di Universiti Malaysia Sarawak selama ini. Pengenalan pelajar prasiswasah dan siswazah serta ia juga membantu saya membuat refleksi dalam usaha membuat penambahbaikan aspek-aspek dalam pengajaran sepanjang masa. Proses dokumentasi portfolio ini sangat mencabar kerana maklumat dan bukti berkaitan pengajaran daripada pelbagai sumber dan sepanjang perkhidmatan perlu dikumpulkan dan ia sudah tentu perlu menyerlahkan segala pencapaian, kesarjananaan dan kecemerlangan sebagai pendidik Pensyarah UNIMAS Prof. Madya Dr. Devagi Kanakaraju P O R T F OLIO | P E N G E N ALA N Proses penyediaan portfolio ini membantu saya menyingkap kembali dan mendokumentasikan semua pendekatan serta strategi yang telah diambil dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), membuat penilaian tentang keberkesanan pendekatan yang dipilih, pencapaian pelajar PhD (Environmental Chemistry) 2
FAL SAFAH P E N G A J A R A N & P E M B E L A J A R A N Pelajar perlu menyesuaikan maklumat baharu ke dalam pengetahuan sedia ada untuk pengalaman pembelajaran yang bermakna dan secara tidak lansung dapat terlibat secara aktif. 3
FALSAFAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Saya percaya bahawa pelajar dapat membina (mengkonstruk) dan menyepadukan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu dan bukannya hanya menyerap maklumat atau pengetahuan secara pasif dalam proses pembelajaran. Saya mendokong pendekatan atau teori konstruktivisme. Pelajar mempunyai idea atau kepercayaan tersendiri mengenai sesuatu perkara sebelum melalui proses pembelajaran formal dalam kelas. Pelajar seharusnya dapat menyesuaikan maklumat baharu ke dalam pengetahuan sedia ada untuk pengalaman pembelajaran yang bermakna dan mereka dapat terlibat secara aktif. Proses ini juga membantu pelajar menstruktur semula maklumat atau pengetahuan sedia ada dan menggabungkan atau menerima idea yang baharu. Pelajar adalah individu yang mempunyai keperluan unik, kompleks dan multidimensi. Saya percaya bahawa pengajaran yang berkesan bergantung kepada kemampuan pendidik untuk merancang perjalanan pengajaran/kelas ke arah matlamat yang dikehendaki untuk mencapai hasil pembelajaran kursus (CLO). Aktiviti pembelajaran yang terancang amat kritikal dalam proses PdP dan saya berpendirian bahawa pendidik perlu bertindak sebagai fasilitator dan bukannya penyampai atau pemindah maklumat. Bahan dan aktiviti yang dipilih atau dirancang juga perlu bersesuaian dengan kandungan unit, CLO, latar belakang pelajar dan aras pencapaian mereka. Pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menarik dapat menyediakan pelajar untuk pembelajaran bebas, pembelajaran sepanjang hayat (life long learning) dan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) yang boleh dipindahkan ke dunia sebenar. Falsafah konstruktivisme dapat memastikan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar boleh melahirkan pelajar atau graduan yang "bersedia untuk masa hadapan" atau “tersedia masa hadapan” dengan bantuan pengaplikasian teknologi dan pembelajaran teradun (blended learning) dalam PdP. ...pendidik perlu bertindak sebagai fasilitator dan bukannya penyampai atau pemindah maklumat. 4
Pelajar mempunyai idea atau kepercayaan tersendiri mengenai sesuatu perkara sebelum melalui proses pembelajaran formal dalam kelas. Pembelajaran sepanjang hayat Teknologi membolehkan saya sebagai seorang pendidik mengubah strategi penilaian, meningkatkan penglibatan pelajar, memperkasakan produktiviti dan kapasiti pelajar serta menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Refleksi dan penilaian yang dijalankan dari masa ke masa juga dapat membantu saya menilai strategi, pedagogi dan pendekatan dalam PdP. Berdasarkan maklum balas pelajar dan refleksi, semua pendekatan yang digunakan dapat dianalisa, diubahsuai (jika perlu) atau pengadaptasikan kaedah pengajaran baharu dapat dilakukan jika perlu. Contohnya, pelajar sangat aktif dalam aktiviti praktikal pensampelan air dan tanah yang diadakan untuk mencapai objektif pembelajaran strategi penyiasatan persekitaran. Maklum balas daripada pelajar selepas aktiviti menunjukkan bahawa ianya sangat efektif dan dapat memberangsangkan pembelajaran pelajar. Idea sedia ada dan penjanaan idea baru/ adjustment Pensyarah sebagai fasilitator Penglibatan aktif pelajar dan PdP interaktif (dengan teknologi) Pengalaman pelajar dan latar belakang 01 04 03 02 Pembelajaran berpusatkan pelajar (Student-centred learning) KONSTRUKTIVISME GRADUAN TERSEDIA MASA HADAPAN (FUTURE READY GRADUATES) Keberkesanan konstruktivisme dalam PdP oleh pelajar dalam memahami dan membentuk ilmu pengetahuan mereka dapat diukur daripada pelbagai aktiviti yang diadakan. Konsep falsafah pengajaran & pembelajaran saya 5
S T RAT E G I P E N G A J A R A N , P E N Y E L I A A N & P E N T A K S I R A N Mempelbagaikan kaedah pengajaran yang baharu, mempelajari pendekatan yang terkini sesuai dengan perubahan masa dan latar belakang pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif. 6
STRATEGI PENGAJARAN, PENYELIAAN & PENTAKSIRAN Sepanjang perkhidmatan saya sebagai pensyarah/pendidik, saya sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran yang baharu, mempelajari pendekatan yang terkini, sesuai dengan perubahan masa dan latar belakang pelajar, dan sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang seronok dan interaktif untuk para pelajar melalui pengalaman pembelajaran. Pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar (student centred learning) merupakan pendekatan yang menjadi fokus saya sepanjang saya berkhidmat. Pada peringkat awal atau permulaan kursus, saya pada kebiasaannya mendapatkan maklumat mengenai course expectations untuk membantu saya mengenalpasti harapan pelajar kepada kursus. Contohnya, course expectations bagi Kursus STK2123 Environmental Chemistry 1 dan STK2043 Analytical Chemistry 2. S T R A T E G I P E N G A J A R A N I want to discuss this subject I just want to have fun I just want to ace the exam WHAT IS YOUR EXPECTATIONS FOR THIS COURSE STK2123 ENVIRONMENTAL CHEMISTRY 1 I'm looking forward to learn a lot 53% 17% 14% 16% I want to discuss this subject I just want to have fun I just want to ace the exam WHAT IS YOUR EXPECTATIONS FOR THIS COURSE STK2123 ENVIRONMENTAL CHEMISTRY 1 I'm looking forward to learn a lot 53% 12% 16% 20% Permulaan kelas: Soalan/ Trigger/ rangsangan (ilmu sedia ada mengenai topik) Pengenalan kepada topik, hasil pembelajaran (LO), penerangan ringkas tentang topik etc. Pelbagai aktiviti/ penilaian aktif & interaktif (selari dengan LO) Refleksi/ Penilaian 01 02 03 04 PERJALANAN KULIAH 7
Kuiz/penilaian melalui aplikasi Web 2.0 seperti kahoot, quizziz dan quizalize merupakan pilihan saya untuk proses PdP. Kahoot merupakan satu aplikasi kuiz interaktif yang banyak saya praktikkan dalam proses PdP. Pelaksanaan kahoot sangat membantu saya dalam mengenalpasti kesilapan pelajar daripada segi pemahaman konsep atau teori. Masa yang diberikan bagi setiap soalan adalah sangat singkat (20-30 saat) dan pelajar perlu pantas menjawab soalan yang dipaparkan di skrin. Masa yang diset bergantung kepada tahap kesukaran soalan. Saya akan menganalisa setiap keputusan kahoot dan akan memberikan penjelasan mengenai setiap soalan dimana pada masa yang sama pelajar juga berpeluang untuk berinteraksi. Pada pendapat saya, ini merupakan satu bentuk refleksi yang sangat efisien. Maklum balas yang diterima daripada pelajar mengenai kahoot adalah sangat positif, membantu dalam proses pembelajaran dan mereka sangat seronok dengan aktiviti ini (boleh dirujuk dalam contoh testimoni). Aplikasi Web 2.0 dalam pembelajaran S T R A T E G I P E N G A J A R A N 8
Selain itu, pelbagai aktiviti (e.g. Socrative, polleverywhere, jamboard, formative, chat dll) yang dirancang berdasarkan kepada hasil pembelajaran (LO) bagi setiap unit pembelajaran (learning unit) sangat membantu untuk menggalakan penglibatan pelajar dalam proses PdP terutamanya dalam situasi pembelajaran yang dijalankan secara dalam talian tanpa bersemuka disebabkan oleh pandemik COVID-19. TESTIMONIALBAGI STK2123 ENVIRONMENTAL CHEMISTRY MAKLUMBALAS TENTANGKESUKARANSOALAN 9
Contoh formative Contoh Pdf Interaktif (eleap) 10
bagi membincangkan konsep “particulate matter” dalam unit pembelajaran kimia atmosfera. Perbincangan Realtime Quiz Perkongsian Video think-pair-share Aktiviti POLL eVERYWHERE Sila imbas kod QR bagi melihat aktiviti di Selain itu, pelajar juga diberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti secara kolaboratif dan interaktif seperti dalam google doc dan aplikasi lain seperti lucid.app dan jamboard untuk membina peta minda (mind map). Ini dapat membantu para pelajar untuk berkerjasama antara satu sama lain, berkomunikasi dan memantapkan pemahaman mengenai sesuatu topik. Microsoft team Chat dalam 11
AKTIVITI JAMBOARD A k tiviti d ala m j a m b o a r d dij ala n k a n s a m a a d a s e c a r a k ola b o r a tif a t a u in divid u dim a n a ia bergantung kepada objektif yang dirancang dalam pelan pembelajaran (lesson plan). Contohnya, salah satu aktiviti bagi kursus STK2043 Analytical Chemistry II ialah pelajar perlu menguasai fungsi setiap komponen dalam spektroskopi serapan atom (AAS). Video telah diberikan kepada pelajar untuk menonton tentang komponen dan penggunaan alat ini sebelum pelajar memulakan aktiviti. Aktiviti ini dijalankan secara individu untuk memastikan setiap pelajar dapat mengusai peranan komponen AAS secara pembelajaran tersendiri terlebih dahulu. Pelajar-pelajar dapat membandingkan jawapan rakan-rakan pada masa yang sama semasa diskusi. 1 2
AKTIVITI ELEAP S elain it u , a k tiviti f o r u m d ala m pla t f o r m Ele a p j u g a dij ala n k a n b a gi m e m p elb a g aik a n p e n d e k a t a n P d P. C o n t o h n y a , a k tiviti f o r u m t ela h dir a n c a n g b a gi u nit “ m e t h o d v a l i d a t i o n ” d ala m k u r s u s S T K 2 0 4 3 di m a n a j u r n al y a n g m e n g a plik a sik a n p e n d e k a t a n m e t h o d v alid a tio n d ala m H P L C t ela h dib e rik a n k e p a d a p ela j a r. S a y a m e r a n c a n g a k tiviti ini k e r a n a k o n s e p m e t h o d v alid a tio n a g a k a b s t r a k d a n p ela j a r p e rlu dib e rik a n p elu a n g u n t u k m e m p ela j a rin y a d e n g a n le bih b e r k e s a n d a n p e n d e k a t a n y a n g m e n a rik. Arahan yang diberikan ialah mengenal pasti semua kriteria penilaian dalam HPLC dan mengekstrak maklumat berkaitan daripada jurnal yang diberikan. Aktiviti forum ini membantu pelajar mengenalpasti aplikasi sebenar semua kriteria method validation dalam contoh instrument HPLC (seperti pembangunan ubatan). 1 3
Aktiviti SBL Sekolah St Michael Entingan, Sekolah Inbu Khaldun dan Pasaraya Farley, Kota samarahan Selain itu, aktiviti forum dalam platform Eleap juga dijalankan bagi mempelbagaikan pendekatan PdP. Contohnya, aktiviti forum telah dirancang bagi unit “method validation” dalam kursus STK2043 di mana jurnal yang mengaplikasikan pendekatan method validation dalam HPLC telah diberikan kepada pelajar. Saya merancang aktiviti ini kerana konsep method validation agak abstrak dan pelajar perlu diberikan peluang untuk mempelajarinya dengan lebih berkesan dan pendekatan yang menarik. Arahan yang diberikan ialah mengenal pasti semua kriteria penilaian dalam HPLC dan mengekstrak maklumat berkaitan daripada jurnal yang diberikan. Aktiviti forum ini membantu pelajar mengenalpasti aplikasi sebenar semua kriteria method validation dalam contoh instrument HPLC (seperti pembangunan ubatan). sulam 14
Diversity/Global Learning (DGL) Pendekatan Diversity/Global Learning (DGL) dalam kursus STK 2043 Kimia Analisis 2 pula telah dapat memberikan pengalaman “antarabangsa atau global” kepada pelajar dimana pensyarah jemputan dari James Cook University Australia, iaitu Prof Dr Beverley Glass telah membuat perkongsian mengenai topik “Role of HPLC in ensuring quality medicine for better health outcome”. Tajuk ini dikenalpasti kerana Prof Glass merupakan pakar dalam bidang farmasi. Aktiviti refleksi yang diajalankan selepas webinar untuk mengetahui pengalaman pelajar dan ilmu yang dipelajari serta pentaksiran (mind map construction) telah dijalankan untuk menilai keberkesanan webinar dan pengalaman yang dilalui oleh pelajar. Contoh refleksi 15
Maklumbalas pelajar melalui survei (google form) yang telah dijalankan mengenai strategi pengajaran dan pentaksiran yang digunakan. Maklum balas dan komen-komen yang diterima secara amnya positif dan mereka berpuas hati dengan aktiviti, pentaksiran dan strategi yang digunakan. 16
Contoh Maklum balas : STK1213 & STK2043 17
K R EAT IVI T I D A N I N O VAS I D A L A M P E N G A J A R A N D A N I M P A K N Y A K E A T A S P E M B E L A J A R A N Aplikasi ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian akan mewujudkan pembelajaran yang bermakna dan berterusan. 18
Selari dengan falsafah pengajaran yang saya dokong, pelbagai pendekatan dan strategi telah dirancang dengan teliti untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan pelajar sama ada secara bersemuka atau dalam talian (semasa tempoh COVID-19): RANGSANGAN & PENYEDIAAN NOTA PENDEKATAN PEMBELAJARAN TERADUN Pendekatan Pembelajaran teradun atau Blended Learning juga menjadi pegangan saya dalam pengajaran di mana pelajar menjadi “pusat pembelajaran”. Semasa di kelas, pelajar sentiasa disarankan untuk membawa komputer riba, telefon bimbit, atau ipad untuk menjalankan aktiviti. Rangsangan(trigger) atau soalan kepada pelajar berhubung dengan topik (contoh: dengan penggunaan Canva) Saya juga menghubungkaitkan topik yang dipelajari dengan alam pekerjaan sebagai ahli kimia dan kehidupan seharian. Aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian yang dipelajari akan mewujudkan pembelajaran yang bermakna dan berterusan. Topik-topik dan tugasan yang bersesuaian akan dipilih dan dirancang. APLIKASI ILMU DALAM KEHIDUPAN Menyediakan nota dalam powerpoint, bahan rujukan lain dalam bentuk Blendspace, canva atau infografik. Nota powerpoint penting untuk dijadikan panduan asas oleh pelajar dan bahan tambahan lain yang disediakan boleh dijadikan sumber rujukan atau asas untuk pelajar tidak keliru dengan pelbagai maklumat yang boleh dicapai di internet. Semua nota dan bahan tambahan diberikan lebih awal kepada pelajar sebelum kuliah dalam platform Eleap. Sekiranya tiada capaian internet, saya akan memberikan masa untuk mereka ke lobi fakulti untuk menyempurnakan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk melalui pengalaman yang sama dan pembelajaran haruslah fleksibel. Pelbagai aktiviti berkumpulan (mind map, penyelesaian soalan, penyediaan video, pembentangan forum, jurnal etc) juga dirancang untuk memberikan peluang kepada pelajar berkoloborasi dan berkomunikasi. HANDS-ON EXPERIENCE/PRAKTIKAL Hands-on experience atau praktikal juga sangat penting dalam jurusan kimia. Oleh itu, pelajar diberikan latihan di makmal dan juga di lapangan untuk mengendalikan peralatan makmal serta instrumen. 19
Kahoot membantu saya mengenalpasti soalan yang sukar dan intervensi atau penjelasan lanjut yang diperlukan. Penilaian dari segi penyediaan laporan dan video berkumpulan juga telah dijalankan. Penyertaan pelajar untuk menghasilkan persembahan video adalah sangat menggalakkan berdasarkan penglibatan penuh perhatian dengan kandungan video dan kualiti video yang dihasilkan. Pelajar dapat memberikan butiran visual, kandungan yang sesuai, reka bentuk, dan naratif topik yang dipilih. Pelajar menunjukkan sokongan bersama dan pengagihan pasukan yang baik dalam kerja kumpulan. Pelajar diberi peluang untuk bekerja secara autonomi. Penilaian untuk kursus SULAM atau SBL adalah sangat kompherensif. Pelbagai komponen penilaian dirancang untuk kursus SULAM seperti penilaian oleh ahli komuniti, penyediaan kertas cadangan, buku log, laporan akhir, video dan refleksi. Rubrik disediakan bagi semua bentuk penilaian/pentaksiran untuk dijadikan panduan oleh pelajar. Kod kursus/Nama Kursus Kaedah/Pendekatan (Student Centered) STK1213 Kimia Analisis 1 Kuliah bersemuka, atas talian, kuiz, aktiviti berkumpulan, peperiksaan akhir dan pertengahan semester, diskusi, tutorial, pembinaan peta minda STK2043 Kimia Analisis 2 Kuliah bersemuka, atas talian, kuiz, aktiviti berkumpulan, peperiksaan akhir dan pertengahan semester, diskusi, tutorial, seminar, webinar (DGL), forum STK2123 Environmental Chemistry 1 Kuliah bersemuka, atas talian, kuiz, field investigation (sampling), aktiviti berkumpulan, peperiksaan akhir dan pertengahan semester, pembentangan video, diskusi, jurnal STK2063 Environmental Chemistry 2 Kuliah bersemuka, atas talian, aktiviti SULAM, perjumpaan bersama komuniti, menyediakan log book, pembentangan video, final report, kertas cadangan, menyediakan brosur untuk pameran, melatih staf komuniti, peperiksaan pertengahan semester. STK2943 Environmental Chemistry Kuliah bersemuka, atas talian, kuiz, field investigation (sampling), aktiviti berkumpulan, peperiksaan akhir dan pertengahan semester, pembentangan forum, diskusi, jurnal STK2953 Environmental Aquatic Chemistry Kuliah bersemuka, atas talian, kuiz, field investigation (sampling), aktiviti berkumpulan, peperiksaan akhir dan pertengahan semester, pembentangan forum, diskusi, jurnal, case-study REFLEKSI ATAU PENILAIAN Refleksi atau penilaian akan dijalankan pada penghujung setiap kelas dengan menggunakan platform kuiz (contoh: kahoot) (boleh dirujuk Strategi Pengajaran). Contoh/bukti bagi kreativiti dan inovasi boleh dirujuk dibawah: 20
CONTOH TRIGGER/SOALAN Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang merangsang dan memupuk KBAT: groundwater chemistry Nota powerpoint, blendspace, canva 21
pendekatan blended learning Sesi Pembentangan diskusi dalam kumpulan 22
Aplikasi ilmu/topik dalam kehidupan Contoh pengaplikasian konsep method and validation dalam bidang farmaseutikal atau pembangunan ubatan. Jurnal-jurnal yang mengaplikasikan pendekatan method validation menggunakan Teknik HPLC dikenalpasti dan telah diberikan kepada pelajar. Arahan yang diberikan ialah mengenal pasti semua kriteria penilaian dalam HPLC dan mengekstrak maklumat berkaitan daripada jurnal yang diberikan. Aktiviti forum ini membantu pelajar mengenalpasti aplikasi sebenar semua kriteria method validation dalam contoh instrument HPLC. Hands on experience/praktikal Aktiviti pensampelan bagi mempelajari peralatan kualiti air dan tanah di tasik UNIMAS 23
Lawatan bersama pelajar ke NREB Aktiviti lawatan sambil belajar ke pusat Hijau MBKS di Pasar Komuniti Stutong, Kuching Refleksi dan penilaian Contoh Analisa penilaian Kahoot (soalan yang sukar, keputusan) 24
CONTOH PENILAIAN SULAM CONTOH RUBRIK REFLEKSI CONTOH PENTAKSIRAN 25
FORUM ON CLIMATE CHANGE & GLOBAL WARMING FORUM ON GROUNDWATER CONTAMINATION THE CONSEQUENCES OF CLIMATE CHANGE TOWARDS THE SOCIOECONOMIC SECTOR PLASTIC POLLUTION IN THE ENVIRONMENT CONTOH VIDEO YANG DIHASILKAN OLEH PELAJAR Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Platform Eleap dan MicrosoftTeams. Semua bahan pengajaran dan pautan boleh diperolehi dalam Eleap manakala MTeams pula digunakan tujuan kelas atas talian. Kahoot merupakan aplikasi yang sangat interaktif dan ini merupakan aplikasi yang paling popular dalam kalangan pelajar saya (boleh rujuk testimonial). Kesilapan atau kekeliruan pelajar mudah dikenalpasti dan boleh diperbetulkan serta merta dengan memberikan penjelasan selepas setiap soalan. Formative dan Socrative. Pelbagai bentuk soalan (MCQ, open ended, short answer) boleh disediakan dan saya dapat memantau semua jawapan pelajar secara real time. Padlet dan polleverywhere digunakan untuk perbincangan sesuatu topik. Sebarang miskonsepsi pelajar boleh dikenalpasti dan diperbetulkan. Perbincangan juga lebih interaktif kerana banyak maklumat tambahan selain yang diberikan dalam nota boleh dicapai dan pemahaman pelajar tentang sesuatu topik akan lebih mendalam. Bagi platform Eleap pula, real-time quiz dan pdf worksheet merupakan kegemaran saya yang baharu. Pdf worksheet yang bersesuaian dengan topik perbincangan dan LO disediakan. Saya dapat melihat semua jawapan kepada soalan yang dimuatnaik dan perbincangan dapat dilakukan berdasarkan jawapan yang dihantar oleh setiap pelajar Pelbagai aplikasi telah digunakan dalam PdP secara bersemuka dan dalam talian sepanjang saya menjadi pendidik. Kepelbagaian dalam PdP sentiasa menambat hati para pelajar dan menjadikan proses pembelajaran menjadi seronok (boleh rujuk testimonial). Antara yang kerap digunakan termasuklah: 26
dalam kelas Penggunaan Padlet dalam PdP 27
Contoh formative dalam kelas STK 1213 Anaytical Chemistry 1 Contoh Platform Microsoft Teams untuk tujuan kuliah dalam talian Selain itu, untuk memupuk nilai kewarganegaraan global pelajar dalam menangani isu kehidupan sebenar (perubahan iklim), satu aktiviti yang dipanggil "Cabaran menanam anak pokok (Plant a sapling challenge)" telah dijalankan melalui Instagram di mana aktiviti ini membolehkan pelajar melaksanakannya di rumah mereka sendiri (fleksibel). Aktiviti ini memberikan peluang kepada pelajar menjadi sebahagian daripada aktiviti penjagaan alam sekitar dan memahami isu global yang mencerminkan nilai dan semangat kental mereka terhadap masyarakat dan alam sekitar. E-sijil yang ditandatangani oleh Dekan fakulti telah dianugerahkan untuk mengiktiraf penyertaan mereka. 28
Scan disini untuk Instagram: plant a Sapling 29
Kursus Bilangan Pelajar Semester/Sesi STK2943 Environmental Chemistry 58 Sem 1 (2022/2023) STK2953 Environmental Aquatic Chemistry 51 Sem 1 (2022/2023) STK2973 Analytical Techniques 38 Sem 1 (2022/2023) STK1213 Kimia Analisis 1 45 Sem 1 (2021/2022) STK2123 Environmental Chemistry 1 41 + 36 Sem 1 (2021/2022) STK2043 Kimia Analisis 2 67 Sem 2 (2020/2021) STK2043 Kimia Analisis 2 43 Sem 2 (2019/2020) STK1213 Kimia Analisis 1 27 Sem 2 (2020/2021) STK2123 Environmental Chemistry 1 43+42+38 Sem 1 (2019/2020) STK2063 Environmental Chemistry 2 (SULAM) 43+41 Sem 2 (2018/2019) STK2063 Environmental Chemistry 2 (SULAM) 44+46 Sem 2 (2016/2017) STK1121 Practical for Analytical Chemistry 43 Sem 2 (2015/2016) STK1094 Analytical Chemistry 55 Sem 2 (2014/2015) RANGKA KURSUS DAN BILANGAN PELAJAR RANGKA KURSUS DAN PELAN KURSUS (SUMBER: SISTEM ACADEMIA2 MYCLASS UNIMAS) Semua maklumat boleh diakses melalui imbasan Kod QR: 30
PENYELIAAN PELAJAR SISWAZAH DAN HASIL PEMBELAJARAN Pada tahun 2022, Mohamad Azim bin Abdullah dan Muhammad Akif Aizuddin bin Jasni telah menamatkan pengajian dalam bidang sarjana sains (Kimia persekitaran). Pada tahun 2017 dan 2018, 2 orang pelajar siswazah dibawah penyeliaan saya (penyelia utama) iaitu Wong Soon Pang dan Nurfatyha Rusydah telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Pelajar antarabangsa dari Iran iaitu Dr Anes juga telah menamatkan pengajian ijazah kedoktoran (PhD) beliau. Walaupun saya merupakan ko-penyelia beliau, namun hubungan saya dan Dr Anes sangat baik. Kami sering berjumpa untuk membincangkan perkembangan projek, permasalahan eksperimen yang dihadapi dan hal-hal mengenai pendidikan anak-anak. Saya juga sangat berbangga kerana saudari Allysha Ridziana telah berjaya mendapat geran Malaysian Toray Science Foundation (MTSF) pada penghujung 2021. Satu kejayaan yang sangat manis kerana geran ini sangat kompetitif dan saya telah membantu sedaya upaya untuk melatih beliau menyediakan proposal, memberikan tips menghadapi temuduga dan cara-cara penyampaian kertas cadangan dalam sesi temuduga. 31
Sebagai penyelia, saya sangat berbangga dengan kejayaan pelajarpelajar kerana dapat membantu mereka menempuhi segala cabaran semasa penyelidikan dan penulisan. Walaupun saya tegas dari segi pencapaian, kemajuan dan garis masa, namun pelajar sangat menghargainya kerana ia dapat menjadi motivasi untuk mereka menjalankan segala tugas yang dipertanggungjawabkan (boleh rujuk bahagian testimonial). Bagi saya, hubungan di antara pelajar dan penyelia mestilah baik, mesra dan professional. Saya sentiasa menggalakkan pelajarpelajar siswasazah untuk menerbitkan jurnal di mana mantra yang disematkan dalam diri mereka ialah “write every single day”. Ini kerana tabiat atau disiplin untuk menulis setiap hari adalah sangat penting kerana penulisan mengambil masa yang panjang dan memerlukan latihan. Cara saya menyemak penulisan tesis atau manuskrip ialah melalui kaedah “Review” dalam Microsoft word (komen dan track changes). Semua manuskrip dan thesis pelajar disusun dalam folder dengan nama pelajar. Ini memudahkan pelajar membuat pembetulan dan mudah untuk proses penyemakan saya sebagai penyelia. Saya menyusun semua kerja, pembetulan dan komen dalam komputer dengan folder yang dinamakan diatas nama setiap pelajar secara sistematik. Bimbingan yang konsisten telah membantu pelajar siswazah saya untuk menerbitkan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai jurnal berindeks dan berimpak tinggi (boleh rujuk dalam butir jaya diri). Saya juga sentiasa menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti komuniti seperti STEM dan Science Avengers untuk memperkayakan pengalaman dan memperkasakan kemahiran insaniah (soft skills) seperti komunikasi dan berkerja dalam kumpulan. ...hubungan di antara pelajar dan penyelia mestilah baik, mesra dan professional.. Saya juga sering membuat progress meeting secara bersemuka dan atas talian bersama semua pelajar siswazah dan pascasiswazah secara berkala. Kumpulan penyelidikan kami juga sering melakukan aktiviti santai (e.g.makan tengahari) untuk memantapkan jalinan silaturahim sesama sendiri. Kami juga mempunyai Whatsapp group untuk tujuan penyaluran maklumat, mengetahui perkembangan pelajar dan santai-santai. 32
Geran Malaysian Toray Science Foundation (MTSF) Folder yang diberi nama berdasarkan nama pelajar (bagi tesis dan manuskrip) Kaedah review untuk menilai kerja pelajar Whatsapp “best supervisor” 33
PENGLIBATAN MEREKA DALAM AKTIVITI KOMUNITI SEPERTI STEM DAPAT MEMPERKAYAKAN PENGALAMAN DAN MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) Aktiviti STEM bersama pelajar siswazah dan prasiswazah Peranan atau bimbingan sebagai MENTOR & PENYELARAS PROGRAM Sebagai mentor dan penyelaras program, saya sentiasa berjumpa dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan permasalahan (keluarga, diri, mental, kesihatan dan lain-lain). Pada setiap semester, saya akan menjadualkan perjumpaan bersemuka bersama semua mentee. Sebelum ini, pelajar akan berjumpa dengan mentor untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ini merupakan praktis semasa saya mula menjadi pensyarah di UNIMAS. Jadual yang disertakan boleh dirujuk untuk contoh penjadualan perjumpaan mentor mentee pada tahun 2005. Namun, kini setelah pengurusan universiti beralih kepada penggunaan sistem ACADS (Academic Advisor), penjadualan menjadi lebih mudah dan semua perjumpaan dapat direkodkan. 34
S I STE M A C A DS D A L A M M YCL A S S U N I M A S Semasa perjumpaan, keputusan pelajar, latar belakang pengajian dan keluarga akan dibincangkan. Permasalahan yang dihadapi dari segi kuliah, rakan-rakan, kewangan juga akan dibincangkan. Saya akan cuba merekodkan semua yang dibincangkan dalam sistem dan menasihatkan dan membimbing pelajar berdasarkan kepada pengalaman dan cara pendekatan yang terbaik. Pada saya, mentor atau penyelaras perlu menjadi pendengar yang baik (good listener). 35
Bimbingan dan perjumpaan yang berterusan dengan pelajar yang cemerlang juga dirasakan penting untuk mengekalkan motivasi dan pencapaian mentee dan pelajar-pelajar lain pada setiap semester. Salah seorang mentee, iaitu Aneesha binti Chandrasekaran (64636) telah berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.69 dan akan meneruskan pengajian siswazah dibawah penyeliaan saya (screenshot dibawah). Ini merupakan impak yang saya rasakan sangat signifikan. Impak kreativiti & Inovasi terhadap kualiti pengajaran Berikut merupakan keputusan salah seorang mentee saya (matrik 63207; Fatin Izzati binti Mohamad Faisal). Dengan bimbingan perjumpaan/ komunikasi yang konsisten, pelajar prasiswazah telah berjaya mengulang dan memperbaiki gred bagi kursus yang beliau gagal sebelum ini. Pelajar juga gagal dalam STF 3015 Final Year Project 2 kerana menghadapi masalah tekanan mental. Saya telah berusaha untuk membimbing pelajar dengan bantuan TD HEPA Fakulti untuk pelajar merujuk ke kaunselor Unimas. Dengan usaha yang berterusan, pelajar telah akhirnya telah melengkapkan kursus tersebut pada Julai 2022 dan telah bergraduat. GPA 1.57 GPA 2.58 Pengiktirafan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang (impak PdP) 36
Pendekatan kreativiti dan inovasi dalam penyeliaan siswazah juga telah membuahkan hasil dan impak yang tinggi dengan penerbitan jurnal dan penghasilan tesis dan kemenangan dalam ekspo R&D. Pelajar siswazah, Nurfatyha Rusydah Contoh penerbitan jurnal oleh pelajar siswazah Penglibatan pelajar siswazah dalam ekspo R&D 37
Maklum balas berterusan terhadap draf kertas kerja pelajar prasiswazah memberikan pengalaman dan kepuasan yang bermakna (afektif) dan menghasilkan kualiti laporan dan video yang cemerlang mengikut rubrik. Pelajar siswazah, Nurfatyha Rusydah Maklum balas semakan dan contoh hasil kerja pelajar Contoh hasil kerja pelajar 38
Contoh hasil kerja pelajar SOIL DEGRADATION AND SOIL RESTORATION SOIL DEGRADATION AND RESTORATION CLIMATE CHANGE AND GLOBAL WARMING Contoh video yang berimpak/inovatif yang dihasilkan oleh pelajar 39
P E N I LAIA N D A N T E S T I M O N I A L P E N G A J A R A N Penilaian PdP merupakan satu strategi yang dilakukan untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan pendekatan dan strategi yang digunakan 40
Kursus Semester % Pencapaian Bil Responden STK 2043 Analytical Chemistry 2 2021/2022 94.33 Cemerlang 15 STK 2043 Analytical Chemistry 2 2021/2022 98.45 Cemerlang 14 STK1213 Kimia Analisis 1 2020/2021 Sem 2 96.93 Cemerlang 25 STK2043 Kimia Analisis 2 2020/2021 Sem 2 98.74 Cemerlang 29 STK2123 Kimia Persekitaran 1 2020/2021 Sem 1 96.43 Cemerlang 69 STK1213 Kimia Analisis 1 2019/2020 Sem 2 95.5 Cemerlang 20 STK2043 Kimia Analisis 2 2019/2020 Sem 2 98.21 Cemerlang 69 STK2123 Kimia Persekitaran 1 2019/2020 Sem 1 96.61 Cemerlang 115 STK1213 Kimia Analisis 1 2018/2019 Sem 2 89.33 Cemerlang 40 STK2063 Kimia Persekitaran 2 2018/2019 Sem 1 91.65 Cemerlang 84 Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Jadual berikut merumuskan penilaian PdP bagi komponen ‘course instructor” bagi kursus-kursus yang telah diajar dimana semua pencapaian ialah CEMERLANG: Penilaian PdP merupakan satu strategi yang saya lakukan untuk mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan pendekatan dan strategi yang digunakan dan saya rasakan ianya sangat efektif. Maklum balas juga dapat saya jadikan refleksi tentang penambahbaikan yang diperlukan dalam proses PdP. Pada penghujung setiap semester, para pelajar akan mengisi course evaluation (dalam spp) bagi setiap komponen berikut: Section 1: Course Instructor Section 2: Learning Environment Section 3: Achievement of CLO Students’ comments 41
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Maklumbalas bagi “Online Learning Environment”-Eleap (rujuk screenshot dibawah): Kursus STK1213 Sem 2 (2020/2021): 96.01% Kursus STK2043 Sem 2 (2020/2021): 93.28% Pencapaian CLO bagi kursus-kursus ialah seperti berikut dimana semua CLO telah dicapai sepenuhnya. Pencapaian CLO secara sepenuhnya (fully achieved) merupakan impak daripada kreativiti dan inovasi dalam PdP. CLO STK2123 Kimia Persekitaran 1 42
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran CLO STK2063 Kimia Persekitaran 2 Maklum balas daripada pelajar-pelajar prasiswazah telah banyak membantu saya untuk memperbaiki kaedah PdP. Di samping komen positif, saya juga tidak mengendahkan sebarang kekurangan atau komen negatif oleh pelajar kerana saya percaya bahawa tiada pengajar atau pendidik yang sempurna. Saya percaya komen yang negatif juga perlu diambil kira untuk memperbaiki strategi PdP. Kita perlu melalui dan menempuhi pelbagai pengalaman dalam usaha memperbaiki diri sepanjang menjalankan tugas sebagai pendidik. Testimonial pelajar 43
Testimonial pelajar 44
Testimonial pelajar 45
Testimonial pelajar 46
Testimonial pelajar 47
Testimonial pelajar 48
Testimonial Pelajar Prasiswazah Shareen Anak Serit Aneesha 49