45 9.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana perkhidmatan sistem sumber maklumat dan rangkaian Kolej Vokasional. Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat bantuan/peralatan/kemudahan komputer, sistem maklumat dan rangkaian Kolej Vokasional. Merancang dan melaksana pengurusan insfrastuktur dan kemudahan system maklumat dan rangkaian kolej Vokasional. Menyelaras dan membantu pengurusan sistem lain di Kolej: E-Gtukar/ PTK / OpMen / DOSR /SMM /SSDM/SISTEK/HRMIS/LDP/PPSMI Mengurus dan merancang program-program IT untuk warga Kolej dari masa ke semasa. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penggunaan makmal komputer (Peralatan, Perabot, keselamatan, keceriaan, makmal dan lain-lain.) Bertanggungjawab dalam mengatur jadual penggunaan makmal komputern secara terancang. Dari segi kemudahan fizikal, Kolej Vokasional dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran ICT untuk dimanfaatkan oleh pelajar sepanjang mereka di sini. Antara kemudahan dan fasiliti ICT yang disediakan ialah: ¤ Satu Makmal AutocadDua Makmal Komputer (induk) ¤ Dua Makmal Komputer bagi kursus Kesetiausahaan Pentadbiran ¤ Dua Makmal Komputer bagi kursus Pengurusan Perniagaan ¤ Zon Wifi (Aspura/Aspuri/Kantin/Dewan Serbaguna KOlej/Dewan Makan Asrama) ¤ Makmal Komputer CNC di bengkel Pemesinan Industri ¤ Bilik Akses ¤ Chromebook 40 unit
46 10.0 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah organisasi tertinggi bagi pelajar-pelajar di kolej ini. MPP merupakan medium perantara di antara pelajar dengan Pengurusan Kolej untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pelajar. Pelantikan dan pencalonan MPP berdasarkan undian melalui pilihanraya. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. Melatih sekumpulan pelajar menjadi penghubungan di antara pelajar dan pengurusan sekolah. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang. Melatih dan mendidik pelajar menjadi duta Kolej Vokasional yang dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Vokasional. Tertakluk kepada arahan Pengarah dan Unit Hal Ehwal Pelajar untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan pelajaran, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, kebajikan dan perkara – perkara yang berkait rapat dengan pelajar. Untuk membuat representasi kepada Unit Hal Ehwal Pelajar tentang segala perkara berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajarpelajar di Kolej Vokasional. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa.
47 11.0 PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI Melaksanakan jalinan hubungan industri bagi keperluan pelaksanaan OJT dan rakan strategik. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit. Menguruskan MOU dengan pihak industri. Merancang, melaksana dan menilai program hubungan industri. Menyelaras, memantau pelaksananaan OJT dan menyediakan laporan Syarat Mendaftar OJT: Pelajar dibenarkan mendaftar OJT setelah memenuhi syarat berikut- ✓ Telah mengambil semua kursus prasyarat, menduduki dan lulus modul Employability Skills ✓ Dilindungi Insurans. ✓ Memiliki GREEN CARD bagi bidang yang berkeperluan. ✓ Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pengarah Kolej Vokasional dari semasa ke semasa. On The Job Training (OJT): ‘On The Job Training’(OJT)adalah satu syaratwajib bagipelajarprogram Diploma Vokasional Malaysia (DVM) disemua Kolej Vokasional dan bertujuan untuk mendedahkan bakal graduan Kolej Vokasional kepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahapmampu kerja. OJTdiperkenalkanuntukmemperkasakompetensiyangsedia ada di samping memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di duniapekerjaan sebenar supayadapat mempertingkatkankebolehpekerjaan. OJT ialah latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau swasta yang wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh 4 bulan setelah tamat semester 8 seperti terkandung dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV).
48 PERSEDIAAN SEBELUM OJT: Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Indsutri kepada pelajar iaitu: - KVOJT 03 – Borang permohonan tempat OJT menggunakan letterhead Kolej Vokasional Nibong Tebal KVOJT 04 – Borang jawapan yang dihantar kepada UPLI KV Nibong Tebal melalui pelajar/pos/faks. SEMASA OJT: Berikut merupakan dokumen yang perlu dihantar pelajar selepas melapor diri di tempat OJT iaitu: KVOJT 07 – Kad pengesahan lapor diri KVOJT 08 – Kad maklumat pelajar semasa latihan Buku log/harian perlu dibawa setiap hari dan diisi oleh pelajar berdasarkan kerja yang dilakukan sepanjang OJT. Buku ini juga akan disemak oleh PPO semasa melakukan pemantauan. Surat pengesahan tamat OJT pula perlu disediakan oleh pelajar diakhir tempoh tamat OJT bagi melengkapkan syarat sah tamat OJT ini. Pensyarah Penyelia OJT (PPO) akan melakukan pemantauan pelajar semasa OJT dengan mengisi borang maklumbalas penyeliaan pensyarah. Pihak organisasi dan pelajar juga diminta mengisi borang maklumbalas OJT semasa pemantauan ini dilaksanakan. Pihak organisasi perlu mengisi borang pemarkahan KVOJT 13 iaitu sesi pemantauan terakhir semasa PPO melakukan pemantauan OJT pelajar.
49 12.0 SUKAN DAN KOKURIKULUM Ketua Unit Merancang, melaksana dan menyelia semua aspek pengurusan kokurikulum, sukan dan permainan. Menyediakan khidmat latihan kepakaran dalam bidang sukan dan kokurikulum yang berkaitan. Mengurus infrastruktur dan kemudahan sukan dan permainan di kolej vokasional. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh pengarah/wakilnya dari masa ke semasa. Setiausaha Menjalankan tugas sebagai setiausaha. Membantu Ketua Unit dalam menjalankan mesyuarat dan perjalanan aktiviti setiap unit. Membantu Ketua Unit dalam merancang program sukan tahunan kolej. Membantu Ketua Unit menyemak laporan setiap kali perjumpaan dan mengambil tindakan terhadap setiap masalah yang timbul. Kemudahan Aktiviti BIL SENARAI KEMUDAHAN KUANTITI 1 Astaka 1 2 Padang Bolasepak 1 3 Padang Bola Jaring 1 4 Gelanggang Bola Tampar 2 5 Gelanggang Futsal 1 6 Kemudahan Ragbi 1 7 Gelanggang Sepak Takraw 1 8 Pondok Riadah dan Istirehat 2 9 Gelanggang Petanque 6 10 Gelanggang Memanah 1 11 Gelanggang Tenis 1
50 13.0 PERHUBUNGAN AWAM Unit ini bertanggungjawab merancang dan menyelaras pengurusan perhubungan awam dan agensi luar. Seterusnya unit ini juga mengenal pasti entiti komuniti yang relevan untuk menjalin hubungan dengan industri. OUTREACH Menyediakan maklumat mengenai kolej bagi tujuan promosi dalam bentuk power point dan brosur Merancang aktiviti bersama sekolah berhampiran sepanjang Oktober bagi mempromosi kolej Menyediakan kertas kerja bagi program yang dirancang Melantik AJK dan mengadakan mesyuarat bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang Menyediakan laporan ringkas mengenai pelaksanaan aktiviti yang dirancang DOKUMENTASI & LAPORAN Mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kolej daripada J/K pelaksana sesuatu program Mengambil / mendapatkan foto bagi aktiviti kolej yang dilaksanakan Mendapatkan sesalinan kertas kerja aktiviti yang dilaksanakan Mendapatkan laporan ringkas mengenai aktiviti berkenaan daripada J/K berkaitan Menyiapkan dokumentasi dan laporan dalam tempoh satu minggu selepas dilaksanakan BROSUR Menyediakan brosur berupa maklumat kolej secara ringkas Mendapatkan pengesahan daripada Tuan Pengarah mengenai isi kandungan brosur Memperbanyakkan brosur untuk diletakkan di pejabat pentadbiran kolej sebagai bahan bacaan / cenderamata pelawat Mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa setiap tahun