The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by szlinagazali, 2022-11-09 11:54:56

PENGAJIAN ISLAM

ISU PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

MPU 23012 – PENGAJIAN ISLAM

ISU-ISU PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH: BORHANNUDIN YA

NURSAZALINA BINTI GAZALI 18DPM21F2007
NUR ADILA NAJWA BINTI ABD HALIM 18DPM21F2005
NUR LIYANA HUDA BINTI SHAMSHIR 18DPM21F2009
NADIATUL NAJIHAH BINTI MOHD HAMDAN 18SPM21F2021

JABATAN PERDAGANGAN
PENGAJIAN PERNIAGAAN

SESI 1 2022/2023

1

ISI KANDUNGAN 3
PENGENALAN 4
SISTEM KEWANGAN ISLAM DEKAD 1990-AN HINGGA KINI

PRESTASI SKIM PERBANKAN TANPA FAEDAH (SPTF) DAN BANK 5
MUAMALAT (BANK ISLAM KEDUA)

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM ( AR-RAHNU ) PENJANA EKONOMI 6
ISLAM DI MALAYSIA

DINAR EMAS SEBAGAI INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA 7
DAN GLOBAL

KESIMPULAN 8
LAMPIRAN 9

2

PENGENALAN
ISU-ISU PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

Perbankan Islam secara ringkas adalah sistem perbankan yang patuh undang-
undang Islam, iaitu undang-undang Syariah.

Tujuan utama perbankan Islam di tubuhkan adalah untuk memberi alternatif dalam
khidmat perbankan kepada umat Islam yang hanya mempunyai pilihan untuk
menggunakan perbankan Konvensional pada masa dahulu.

Sistem Perbankan Islam (SPI) juga menjurus kepada memajukan dan meningkatkan
ekonomi dan kewangan Islam dalam arena perbankan dunia.

Sistem perbankan ini mematuhi undang-undang Syariah yang telah ditetapkan di
dalam Al-Quran dan Hadis, dari segi transaksi yang dibenarkan dalam Islam iaitu
fiqh muamalat.

Antara prinsip asas yang dipatuhi oleh perbankan Islamik ialah:

1. Tidak boleh mengenakan unsur faedah (interest) yang menjurus kepada Riba.
2. Produk dan perkhidmatan mestilah Halal dan patuh Syariah.
3. Tidak menawarkan produk dan perkhidmatan dengan unsur-unsur Haram,

Riba, Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir.

Jual beli dalam literatur fikah Islam disebut al-Bay, makna secara lisan atau bahasa
bererti menukar sesuatu dengan sesuatu. Manakala jual beli secara syarak adalah
tukar-menukar harta dengan harta untuk memiliki dan memberi pemilikan. Ahmad al-
Siyaghi memberi pengertian jual beli sebagai tukar menukar barang yang dimiliki
dengan barang semisal.

Muhammad Sakhal al-Majaji menjelaskan bahawa pengertian pemilikan barang
boleh bererti wujud barang atau kemanfaatan. Dari beberapa pengertian jual beli
tersebut terdapat kesamaan yang mengandungi hal-hal antara lain:

1. Aktiviti jual beli dilakukan oleh dua orang yang saling melakukan tukar-menukar.

2. Tukar menukar tersebut berlaku atas sesuatu barang atau sesuatu manfaat dari
kedua-dua pihak.

3. Tukar menukar tersebut hukumnya sah, di mana kedua-dua pihak memiliki
sesuatu yang diserahkan dengan adanya ketetapan jual beli dengan pemilikan
abadi.

3

SISTEM KEWANGAN ISLAM DEKAD 1990-AN HINGGA KINI

Sistem kewangan Islam merupakan bidang yang sungguh menarik dibincangkan
kerana ia merupakan realiti baru yang dipraktikkan semula iaitu sejak dekad 1970
an. Perlu diingatkan bahawa falsafah dan prinsip sistem kewangan Islam telah pun
digariskan dalam Al-Quran dan sunnah lebih daripada 1400 tahun.
Tidaklah janggal untuk berbicara tentang sistem kewangan Islam dalam satu forum
yang disertai oleh hadirin yang berbilang kaum dan agama kerana sistem kewangan
Islam bukanlah khusus untuk masyarakat islam sahaja, sebenarnya seluruh
masyarakat Malaysia, walau apa pun latar belakang agama mereka.
Seharusnya mendapat manfaat daripada sistem kewangan Islam. Sebagai bukti,
semakin ramai golongan bukan islam kini berurus niaga dengan Bank Islam
Malaysia atas pertimbangan faktor-faktor ekonomi moden sekarang.
Dalam usaha memajukan sistem kewangan Islam di Malaysia pada alaf baru,
Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada kelemahan pada dekad-
dekad lalu, salah satu kelemahan yang alami ialah pegangan yang silap dan
dianggap sebagai The Fallancy Of Misplaced Emphasis.
Pembiayaan kewangan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembiayaan ekuiti
dan pembiayaan hutang. Pembiayaan ekuiti dilakukan melalui pengeluaran saham
atau syer yang berkemungkinan memberi hasil dalam bentuk dividen, manakala
pembiayaan hutang dilakukan melalui pinjaman yang berasaskan faedah atau
interest .
Terdapat banyak kontrak dalam kategori ini, contohnya;
Bai’ bithaman ajil atau jualan harga tangguh. Melalui kontrak ini, pengusaha sesuatu
projek boleh membeli barang yang dikehendaki dan membayar harga barang itu
secara ansuran.
Ijarah atau sewaan. Melalui kontrak ini, pengusaha boleh menyewa barang yang
dikehendaki oleh projeknya
Murabahah atau jualan dengan tambahan untung. Di bawah kontrak ini, yang
biasanya digunakan untuk pembiayaan dagangan ( trade finance ) dan pengusaha
projek boleh membeli barangan mentahnya dengan bayaran sekali gus secara
bertangguh, umpamanya selepas 90 hari.

4

PRESTASI SKIM PERBANKAN TANPA FAEDAH (SPTF) DAN BANK MUAMALAT
(BANK ISLAM KEDUA)

Ia merupakan suatu skim yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
untuk membolehkan institusi perbankan konvensional yang sedia ada menawarkan
produk perbankan berasaskan prinsip Islam.

Bank konvensional yang ingin menawarkan SPTF perlu menubuhkan sebuah unit
yang dipanggil Unit Perbankan Tanpa Faedah (IBU). IBU bertanggungjawab
terhadap semua aspek operasi SPTF. Jumlah dana minimum yang ditentukan oleh
BNM juga diletakkan di bawah IBU untuk SPTF beroperasi. Segala untung dan
bayaran yang diterima oleh SPTF akan dimasukkan semula ke dalam dana
perbankan tanpa faedah ini.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan berhubungan perlunya sebuah lagi bank
Islam ditubuhkan. Antara persoalan tersebut ialah SAINGAN. BIMB memerlukan
persaingan yang sihat kerana sebuah bank islam tidak mampu menyediakan
perkhidmatan kewangan kepada semua golongan masyarakat. Sebuah lagi bank
islam diharapkan dapat memberi saingan dan seterusnya meningkatkan inovasi dan
kecanggihan kepada sektor perbankan Islam.

Seterusnya, SKOP. Bank Bumi-Muamalat akan memberi skop yang lebih luas
kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam untuk berurus niaga dengan
mengikut lunas-lunas Islam, daripada kemudahan perbankan hinggalah kepada
produk-produk yang ditawarkan.

Selain itu, SEMANGAT BARU. Kemungkinan besar Bank Bumi-Muamalat akan
mempunyai pengurusan dan kakitangan yang lebih bermotivasi serta akan muncul
sebagai bank yang disegani dan dihormati. Hal ini kerana dari segi faktor dorongan,
tidak ada unsur yang lebih memberangsangkan selain daripada semangat islam.

Akhir sekali, MONOPOLI. BIMB telah diberi peluang sebagai satu-satunya bank
Islam di Malaysia dan menikmati monopoli. Islam tidak menggalakkan monopoli
dalam sesebuah usaha perniagaan

Contohnya,

Kerajaan menerusi BNM telah menggariskan objektif untuk membentuk satu sistem
dwiperbankan iaitu perbankan Islam dan perbankan konvensional yang berjalan
seiringan.

Kejayaan sistem perbankan Islam di Malaysia banyak bergantung kepada kerajaan.
Diharapkan kerajaan akan terus mendokong cita-cita untuk membina satu sistem
perbankan Islam yang lengkap, inovatif dan progresif yang terlibat dalam arus
perdana sistem perbankan serta memberi sumbangan bermakna ke arah
prmbangunan ekonomi negara.

SPTF telah menunjukkan pertumbuhan yang menggalakkan. Banyak cabaran yang
harus dihadapi.

5

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM ( AR-RAHNU ) PENJANA EKONOMI ISLAM DI
MALAYSIA

Ar-Rahnu ditakrifkan sebagai “keadaan dimana penghutang atau penerima pinjaman
mengadaikan barangan kepunyaannya sebagai jaminan kepada pinjaman yang
dimohon olehnya daripada pemiutang atau pemberi pinjaman. Institusi pajak gadai di
Malaysia mempunyai potensi besar dalam menjana ekonomi masyarakat sekiranya
kegiatan pajak gadai boleh dieksploitasi sepenuhnya dan keberkesanan aktivitinya
juga dipertingkatkan.

Pajak gadai perlu dikawal selia atau tidak?
Akta Pajak gadai 1972 umumnya didefinisikan “perniagaan pajak gadai” sebagai

perniagaan yang memberikan pinjaman kewangan dengan menyerahkan “barangan
berharga” sebagai cagaran. Kuasa agensi untuk mengawal selia perniagaan pajak
gadai adalah dengan menggunakan pelesenan yang disahkan oleh kementerian
kewangan.

Ciri-ciri operasi yang berbeza dapat dilihat melalui beberapa aspek termasuklah :

1. Aset yang digadaikan

Oleh sebab jumlah wang yang dipinjamkan berkait dengan jenis dan penilaian aset
yang digadaikan, maka piawaian peraturan kawal selia item harus diambil kira :

i. Jenis aset

ii. Penilaian aset

iii. Urusan penggadaian

2. Caj perkhidmatan

Caj perkhidmatan tinggi dikenakan kepada pelanggan dan jumlah pinjaman berbeza
adalah disebabkan untuk menutup kos operasi iaitu kakitangan dan pembahagian
keuntungan yang diharapkan oleh pembiaya.

Hubungan antara perwakilan dengan agen bermula daripada undi pembayar cukai.
Pengundi memilih ahli parlimen yang menggubal akta pajak gadai atau koperasi,
melihat operasi pengawal selia mengawal, mengawasi serta memeriksa pajak gadai.
Masalah daripada hubungan ini akan timbul persaingan antara pengawal selia
dengan pajak gadai boleh dilihat sebagai satu “model pertembungan 2 pihak”.

Dalam hal ini, pertembungan melalui masa akan berlaku. Pengawal selia berusaha
memperkenalkan kawalan terhadap pajak gadai seperti pelesenan dan penilaian
aset.

Jika berlaku ketidakpatuhan yang selalunya disebabkan oleh keinginan untuk
bergerak lebih cepat dan cekap berbanding birokrat , maka pengawal selia berusaha
menutup kelemahan tersebut serta pertembungan akan terus berlaku.

6

DINAR EMAS SEBAGAI INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA DAN
GLOBAL

Malaysia sememangnya negara Islam yang lebih ke hadapan dalam menyuarakan
isu-isu antarabangsa sama ada tentang isu keganasan, keamanan dunia dan sistem
mata wang tunggal Islam iaitu dinar emas.

Ini memang bersesuaian memandangkan bahawa sudah tiba masanya negara-
negara Islam melaksanakan sistem dinar emas ini dalam perdagangan pelbagai hala
bagi melindungi kedaulatan dan kebebasan mereka kerana selama ini sumber
ekonomi umat Islam telah dieksploitasi oleh kuasa kewangan asing yang mengaut
keuntungan berasaskan tukaran mata wang kertas.

Isu dinar emas merupakan isu ekonomi global dan bukannya isu dunia umat Islam
kerana dinar emas telah pun digunakan oleh tamadun sebelum Islam lagi, di mana
ia telah digunakan secara rasmi pada zaman pemerintahan khalifah Islam.

Maka sejak itulah mata wang dinar emas telah digantikan setelah zaman
kebangkitan kapitalis Amerika Syarikat di mana seluruh rakyat Amerika Syarikat
dilarang daripada menyimpan harta dalam bentuk emas. Maka itulah juga mata
wang dinar emas telah diganti dengan sistem mata wang kertas yang mempunyai
keuntungan berasaskan riba dan spekulasi.

Keistimewaan konsep dinar dan dirham syarie

1. Mempunyai nilai intrinsik sehingga dikehendaki di mana pun
2. Tidak bergantung kepada penawaran dan permintaan.
3. Mata wang dinar dan dirham mustahil dipalsukan serta sukar dimusnahkan

Keinginan untuk kembali kepada penggunaan emas merupakan kecenderungan
ekonomi dunia, manakala Malaysia bukanlah pelopor inisiatif ini.

Cadangan penggunaan dinar emas oleh Malaysia tidak sepenuhnya bertujuan untuk
mendaulatkan dinar dan dirham syari'ie. Seruan ini berkemungkinan besar didorong
oleh desakan ekonomi kerana krisis ekonomi di peringkat antarabangsa juga
menjejas kan ekonomi dalaman.

Sesungguhnya keupayaan sesebuah negara seperti Malaysia untuk mengamal kan
ekonomi Islam sangat terbatas. Namun, apabila umat Islam bersatu di bawah
naungan khilafah, dengan menghimpunkan seluruh kekayaan emas, perak (dan
logam lain jika perlu), serta bersatu pemikiran untuk menghadapi pakar musuh
musuh Islam, insya-Allah matlamat ini akan tercapai.

Dengan demikian, agenda terpenting umat Islam bukanlah mengembalikan sistem
dinar dan dirham, tetapi mengamalkan kefahaman Islam serta menyatukan wilayah
Islam dalam entiti khilafah.

7

KESIMPULAN

Sektor kewangan Islam pada masa ini, walaupun berkembang dengan pesat, tetapi
masih terlalu kecil berbanding dengan potensinya yang sebenar. Pasaran sektor ini
ke atas umat Islam di seluruh dunia itu sendiri masih belum diterokai sepenuhnya.
Salah satu penyebab utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah
kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat berhubung alternatif yang ditawarkan
dalam perbankan, insurans, pasaran modal dan pelaburan.
Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini, industri kewangan Islam mestilah
secara berterusan mendekati dan mendidik masyarakat. Untuk cara ini menjadi lebih
efektif, institusi kewangan Islam itu sendiri mestilah berpengetahuan dan faham
tentang apa itu kewangan Islam dan apa kemampuan kewangan Islam.
Institusi kewangan Islam perlu memperbanyakkan kajian dan penyelidikan yang
melibatkan semua peringkat meliputi pengawal selia, pengamal dan ahli akademik
bagi memperkukuhkan kefahaman.
Pada masa yang sama, pelaburan terhadap modal insan turut perlu diberi tumpuan
kerana kurangnya pengetahuan dalam kewangan Islam yang sering dikaitkan
dengan kekurangan pakar berkelayakan dalam bidang berkenaan.
Justeru itu, ia telah memberi kesan kepada inovasi produk-produk dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang diperkenalkan.
Untuk mencapai maksud ini, kita mestilah bersikap terbuka dalam menerima inovasi
berasaskan Shariah dalam pembangunan produk kewangan Islam. Dalam pasaran
kewangan yang semakin sofistikated sekarang, inovasi adalah faktor utama untuk
kekal berdaya saing.
Keadaan ekonomi yang lemah sekarang telahpun menunjukkan bahawa inovasi
yang terlalu kompleks dan tidak terkawal boleh mengakibatkan ketidakstabilan yang
kemudiannya mengakibatkan gangguan besar di dalam sistem kewangan.
Oleh yang demikian, ianya penting untuk inovasi kewangan berpegang kepada
objektif Shariah dan sentiasa patuh kepada prinsip-prinsip Shariah.
Dengan cara ini, inovasi berasaskan Shariah boleh menyumbang terhadap
penghasilan produk-produk kewangan Islam yang mempunyai nilai-nilai berlainan
dengan kekuatan dalaman yang terbit daripada ciri-ciri penting Shariah.

8

LAMPIRAN
9


Click to View FlipBook Version