The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Mentor Mentee Tahun 5 SK AU Keramat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Mardhiah Ruslan, 2025-02-26 21:39:22

MODUL MENTOR MENTEE TAHUN 5

Modul Mentor Mentee Tahun 5 SK AU Keramat

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT TAHUN5/2025 MODUL MENTORMENTEE MODUL MENTORMENTEE Masa : 7.30-8.00 pagi (30 Minit)


UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT AKTIVITI TAHUN5 AKTIVITI TAHUN5 PERJUMPAAN TARIKH BIDANG AKTIVITI 1 24 MAC 2025 PPS ASAS KOMUNIKASI BERKESAN: TELEFON ROSAK 2 28 APRIL 2025 PKM DIRIKU BEGITU BERHARGA 3 26 MEI 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 4 23 JUN 2025 PKM SENAMROBIK 5 25 OGOS 2025 PK TEKA KERJAYA 6 22 SEP 2025 PD DADAH BERBAHAYA 7 27 OKT 2025 PPS SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 8 24 NOV 2025 PK RIASEC 9 29 DIS 2025 PKM SENAMROBIK 10 26 JAN 2026 PD JOM HENTI BULI PPS : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH MURID PD : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PK : PENDIDIKAN KERJAYA MURID PKM : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN DIRI MURID


PERJUMPAAN1 AKTIVITI 1 ASAS KOMUNIKASI BERKESAN: TELEFON ROSAK 24 MAC 2025 Objektif: 1.Mentee memahami konsep asas komunikasi yang baik. 2.Mentee mengenal pasti elemen penting dalam perbualan yang berkesan. Aktiviti: 1.Mentor menerangkan tujuan Program MentorMentee dijalankan 2.Mentor menjalankan aktiviti Permainan "Telefon Rosak" (1 kumpulan 10 orang) 3.Mentee pertama setiap kumpulan menerima mesej berikut” Emak suruh Abu pergi kedai beli gula, bawang,roti dan sardin tapi Abu lupa beli bawang dan roti. –Mentee menyampaikan mesej secara berbisik dari seorang ke seorang dan melihat perubahan mesej akibat komunikasi yang kurang jelas. 3. Latihan Komunikasi –Mentee terakhir akan menyampaikan mesej yang diterima di hadapan kelas 4.DiskusiMentor-Mentee –Mentor membimbing mentee dalam menyampaikan mesej yang berkesan Unsur-Asas Komunikasi yang Berkesan Penghantar: Orang yang menyampaikan mesej. Mesej:Maklumat atau idea yang disampaikan. Saluran: Cara mesej disampaikan (contoh: bercakap, isyarat, atau tulisan). Penerima: Orang yang menerima mesej. Maklum Balas: Respon daripada penerima yang menunjukkan mesej difahami. Tips untuk komunikasi berkesan: -Gunakan bahasa yang mudah difahami. -Gunakan nada suara yang sesuai. -Kekalkan hubungan mata. -Dengar dengan teliti dan beri maklum balas.


PERJUMPAAN2 AKTIVITI 2 DIRIKU BEGITU BERHARGA 28 APRIL 2025 Hasil Pembelajaran: 1.Mentee dapat memahami apa itu salah laku seksual dan bentuk-bentuknya. 2.Mentee dapat mengenal pasti situasi yang tidak selamat dan mengambil langkah berjaga-jaga. 3.Mentee dapat mengetahui hak mereka terhadap keselamatan diri dan cara melaporkan kejadian yang mencurigakan. Langkah yang boleh diambil jika berhadapan situasi mencurigakan: Segera berlari ke tempat yang selamat. Berteriak untuk menarik perhatian orang lain. Melaporkan kepada guru, ibu bapa, atau polis. Contoh Situasi: Jika seseorang yang tidak dikenali meminta anda masuk ke dalam keretanya. Tindakan: Tolak, lari ke tempatramai, dan beritahu orang dewasa. Aktiviti: 1.Murid diminta menulis satu slogan pendek dan berkesan yang mempromosikan keselamatan diri dan pencegahan salah laku seksual. 2.Slogan tersebut boleh digabungkan dengan lukisan untuk dijadikan poster. Contoh Slogan: "Hak Saya, Keselamatan Saya!" "Katakan 'Tidak' pada Sentuhan yang Tidak Selamat!" "Jangan Takut, Laporkan!" “’Diriku Begitu Berharga” Tujuan: Menggalakkan murid menggunakan kreativiti mereka untuk menyampaikan mesej penting kepada rakan-rakan dan komuniti.


PERJUMPAAN3 AKTIVITI 3 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 1) 25 MEI 2025 AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek


PERJUMPAAN4 AKTIVITI 4 SENAMROBIK 23 JUN 2025 AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK


PERJUMPAAN5 AKTIVITI 5 TEKA KERJAYA 25 OGOS 2025 Aktiviti: 1.Bahagikan mentee ke dalam kumpulan kecil (6 0rang) 2.Setiap kumpulan memilih satu kerjaya dan memberikan petunjuk dalam bentuk mimik, pergerakan, atau isyarat(tanpa bercakap). 3.Rakan sekelas perlu meneka kerjaya yang dimaksudkan. 4.Mentor membuat ulasan tajuk dan aktiviti Objektif: 1.Memberi pendedahan kepada mentee tentang pelbagai jenis kerjaya. 2.Membantu mentee mengenal pasti minat dan bakat mereka. 3.Mengajar mentee kemahiran asas seperti komunikasi, penyelesaian masalah, dan perancangan. 4.Membimbing mentee merancang laluan kerjaya yang sesuai dengan matlamat mereka. 5.Memupuk keyakinan diri dan kesedaran tentang kepentingan kerjaya dalam masyarakat. Tujuan: Menggalakkan kemahiran komunikasi dan kerja berkumpulan. Hasil Pembelajaran: Mentee belajar bekerjasama dan memahami ciri-ciri khas kerjaya tertentu.


PERJUMPAAN5 AKTIVITI 5 TEKA KERJAYA 25 OGOS 2025 ktiviti 5:“Permainan Teka Kerjaya” Masa Diperuntukkan: 30 minit Objektif: Membantu pelajar mengenal pekerjaan melalui elemen permainan. Melatih mereka memberikan petunjuk dengan cara kreatif. Langkah-langkah: Pengenalan (5 minit): Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan. Permainan Teka (20 minit): Setiap kumpulan bergilir-gilir menghantar seorangwakil untuk mengambil kad kerjaya yang telah disediakan oleh guru. Wakiltersebut perlu: Memberi petunjuk tentang kerjaya itu kepada kumpulannya tanpa menyebut nama kerjaya tersebut. Contoh: Jika kerjaya ialah "Chef", mereka boleh berkata,“Saya memasak di dapur.” Kumpulan yang meneka dengan betul mendapat mata. Penutup (5 minit):Guru bertanya: “Pekerjaan mana yang paling menarik?” “Apakah pekerjaan baru yang kamu pelajari?” KenapaMenarik? Elemen kompetitif membuatkan pelajarlebih bersemangat. Aktiviti ini membantu pelajar belajar melalui permainan.


PERJUMPAAN6 DADAH: MITOS ATAU FAKTA 22 SEPTEMBER 2025 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT Kuiz Interaktif"Mitos atau Fakta?" Tujuan:Menyedarkan mentee tentang fakta sebenar berkaitan dadah. Arahan: 1.Mentor menyediakan kenyataan berkaitan dadah, seperti: "Dadah boleh membantu anda menjadi lebih kuat"(Mitos). "Ketagihan dadah boleh berlaku selepas sekali penggunaan"(Fakta). 2.Mentee perlu menjawab "Mitos" atau "Fakta" berdasarkan kenyataan yang dibacakan. 3.Mentor memberikan penjelasan ringkas selepas setiap jawapan. Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat membezakan fakta sebenar daripada salah tanggapan tentang dadah.


1."Dadah hanya akan memberi kesan buruk jika diambil dalam jumlah yang banyak." Jawapan:Mitos Penjelasan:Walaupun dalam jumlah kecil, dadah boleh menyebabkan ketagihan dan merosakkan tubuh badan. 2."Merokok ganja sekali-sekala tidak berbahaya." Jawapan:Mitos Penjelasan: Ganja boleh menjejaskan otak, menyebabkan kecelaruan emosi, dan menjadi pintu kepada penggunaan dadah yang lebih berbahaya. 3."Ketagihan dadah boleh berlaku selepas penggunaan kali pertama." Jawapan: Fakta Penjelasan: Banyak dadah, seperti heroin atau syabu, boleh menyebabkan ketagihanwalaupun hanya digunakan sekali. 4."Menghidu gam bukanlah dadah." Jawapan:Mitos Penjelasan:Menghidu gam adalah satu bentuk penyalahgunaan bahan yang memberi kesan seperti dadah dan sangat berbahaya kepada otak. 5."Dadah hanya diambil oleh orang dewasa." Jawapan:Mitos Penjelasan: Ramairemaja dan pelajar sekolah juga terdedah kepada bahaya dadah akibat pengaruh rakan sebaya. 6."Dadah boleh membantu saya menyelesaikan masalah saya." Jawapan:Mitos Penjelasan: Dadah hanya memberi ilusi sementara dan akhirnya membawa lebih banyak masalah, seperti ketagihan, kesihatan yang merosot, dan masalah undang-undang. 7."Vape adalah alternatif yang selamat kepada rokok." Jawapan:Mitos Penjelasan: Vape mengandungi nikotin dan bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerosakan paruparu dan ketagihan. 8."Dadah boleh membahayakan perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan." Jawapan: Fakta Penjelasan: Ketagihan dadah sering membawa kepada masalah sosial seperti kehilangan kepercayaan, pertengkaran, dan pengasingan diri. DADAH: MITOS ATAU FAKTA 22 SEPTEMBER 2025 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK AU KERAMAT


PERJUMPAAN7 AKTIVITI 7 SAMBUTAN HARI LAHIR (FASA 2) 27 OKTOBER 2025 AKTIVITI: SAMBUTAN HARI LAHIR & SIMBOLIK PENYERAHAN HADIAH HARI LAHIR MURID (FASA 1) Tempat: Dewan Abu Hassan Sidek


PERJUMPAAN8 AKTIVITI 7 27 OKTOBER 2025 Aktiviti RIASEC (Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, Conventional) untuk murid Tahun 5 boleh direka dengan cara kreatif supaya mentee dapat meneroka kecenderungan kerjaya mereka sambil berseronok. RIASEK : KERJAYA DALAM LAKONAN “KERJAYA DALAMLAKONAN” Objektif: 1.Membantu mentee memahamitugas kerjaya dengan cara yang menyeronokkan. 2.Melatih komunikasi lisan dan bukan lisan. Langkah-langkah: 1.Mentor menyediakan kadwatak berdasarkan pekerjaan dalam setiap kategori RIASEC. Contoh: Realistic: Tukang masak yang sedang memasak untuk ramai pelanggan. Investigative: Doktor yang sedang membuat diagnosis penyakit. Artistic: Seorang pelukis yang menerangkan maksud lukisan mereka. Social: Guru yang sedang mengajar kanak-kanak Prasekolah. Enterprising: Content Creator yang membuatjualan secaralive di Tik Tok Conventional: Pustakawan yang menyusun buku dengan teratur. 2. Setiap kumpulan memilih satu kad dan ahli melakonkan situasitersebut. 3.Mentee lain meneka pekerjaan yang dilakonkan dan kategori RIASEC yang berkaitan. 4.Mentor membuatrumusan aktiviti


PERJUMPAAN9 AKTIVITI 9 SENAMROBIK 29 DISEMBER 2025 AKTIVITI: SENAMROBIK BERSAMAMENTOR Tempat: Dataran SKAUK


PERJUMPAAN10 AKTIVITI 10 JOM HENTI BULI 26 JANUARI 2026 Hasil Pembelajaran: 1.Murid dapat memahami apa tanda-tanda dan kesan buli kepada individu serta masyarakat. 2.Murid dapat mengenal pasti cara mencegah dan menangani situasi buli. 3.Murid dapat mempraktikkan nilai-nilai positif seperti empati, hormat, dan keberanian. Tanda-Tanda Buli: Mangsa sering kelihatan takut, murung, atau mengelak pergi ke sekolah. Barang peribadi mereka sering rosak atau hilang. Terdapatlebam atau luka yang sukar dijelaskan. Kesan Buli: KepadaMangsa:Masalah emosi, kehilangan keyakinan diri, atau prestasi akademik yang menurun. Kepada Pembuli:Membentuk tabiat buruk yang boleh berlanjutan hingga dewasa. Kepada Komuniti:Membina suasana yang tidak harmoni. Aktiviti: 1.Guru menunjukkan poster buli kepada murid 2.Murid memberikan tanda-tanda seseorang pembuli dan mangsa buli 3.Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesan buli kepada mangsa 4.Murid diminta menunjukkan simbol dan tagline henti buli dengan membuat simulasi di hadapan kelas secara berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing 5.Guru membuatrumusan aktiviti


Click to View FlipBook Version