The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Poster (1) Kesejahteraan Pekerja (2) Talk To Us and Definition

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mymekdi.app, 2024-04-28 23:48:33

Program Kesejahteraan Pekerja

Poster (1) Kesejahteraan Pekerja (2) Talk To Us and Definition

PROGRAM KESEJAHTERAAN PEKERJA (WorkplaceViolence Prevention) McDonald’s komited memastikan suasana kerja selesa, bebas daripada ancaman fizikal, kekerasan dan pembalasan. Dilindungi daripada dibuli, gangguan atau perilaku yang tidak disenangi, diskriminasi, perkauman, dan sebarang perbuatan kasar atau dendam. Menghargai perbezaan setiap individu dan menghormati ruang peribadi mereka. Berani untuk bercakap, dan memberi pandangan. Lihat, ambil tindakan dan laporkan. Membina Tempat Kerja yang Selamat, Dihormati dan Inklusif (Building a Safe,Respectful and InclusiveWorkplace) McDonald’s komited untuk memastikan setiap pekerja berasa selamat, dihormati dan diterima. Pencegahan Keganasan di Tempat Kerja McDonald’s tidak bertolak ansur dengan sebarang ancaman, serta kata-kata dan perilaku berbentuk kekerasan. Laporkan sekiranya berlakunya pembulian, ancaman atau kekerasan di tempat kerja. Pelapor akan dilindungi. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku balas dendam terhadap pelapor. Program Kesejahteraan Pekerja McDonald’s Malaysia (April 2024) Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd OKU PWD STOP!


McDonald’s tidak bertolak ansur dengan sebarang ancaman, serta kata-kata dan perilaku berbentuk kekerasan. Laporkan sekiranya berlakunya pembulian, ancaman atau kekerasan di tempat kerja. Gunakan platform TalkToUs dalam MyMekdi App Laporkan jika berlaku sebarang gangguan, pembulian, ancaman atau kekerasan di tempat kerja Hanya perlu tekan butang emoji di penjuru kanan atas dalam aplikasi MyMekdi anda Klik butang di penjuru kanan bawah di menu utama aplikasi MyMekdi. Masukkan topik, nama restoran dan maklum balas anda ke dalam ruangan yang disediakan. Tekan butang “Hantar” “Pihak pengurusan akan menerima maklum balas dari anda dan tindakan akan diambil secara terus.” Jangan lupa juga untuk menjawab Emoji Survey Talk To Us (April 2024) Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd 1 2 3 *Jangan lupa tandakan kotak seperti di bawah jika anda ingin dihubungi. Setiap maklum balas adalah DIRAHSIAKAN. Pasukan pengurusan akan teliti maklum balas melalui Aplikasi MyMekdi ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Maklum balas anda akan membantu kami menambah baik suasana kerja. Terima kasih.


Pekerja perlu dilayan secara saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit, jantina, agama dan taraf perkahwinan. Diskriminikasi ke atas mana-mana pekerja berdasarkan ciri-ciri di atas adalah tidak dibenarkan. Polisi larangan diskriminikasi ini juga merangkumi semua amalan pekerjaan termasuk pengambilan kerja, kadar gaji, latihan dan pembangunan, kenaikan pangkat, syarat-syarat perkhidmatan dan pemberhentian perkhidmatan. KESEJAHTERAAN PEKERJA Larangan Diskriminasi Larangan Perilaku Gangguan *Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada (1) Poisi Membina Tempat Kerja Yang Selamat, Dihormati Dan Inklusif Di McDonald’s: Bebas Daripada Diskriminasi, Gangguan dan Balas Dendam dan (2) Pencegahan Keganasan Di Tempat Kerja SRIW SRIWLarangan Gangguan Seksual Gangguan seksual adalah sesuatu yang boleh menyebabkan perasaan takut, salah guna kuasa dan bertentangan dengan polisi dan amalan di McDonald’s. Sebarang perlakuan bersifat seksual secara lisan, bukan lisan,visual, psikologi atau fizikal yang menyebabkan seseorang merasa TERSINGGUNG, TERHINA atau TERUGUT. Gangguan seksual adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia. Pihak syarikat akan mengambil tindakan tegas kepada pesalah dengan menamatkan perkhidmatan kerja dan membuat laporan polis. SRIW Pekerja mesti menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan. Sebarang kelakuan yang mewujudkan persekitaran kerja yang bermusuhan tidak akan diterima dan akan diambil tindakan. Ini juga termasuk gangguan berdasarkan jantina, bangsa, umur, orientasi seksual, status kehilangan upaya, status kewarganegaraan, atau sebarang ciri lain yang dilindungi di bawah undang-undang. Polisi ini melarang pelbagai kelakuan – walaupun hanya menyinggung perasaan sesetengah pekerja, tetapi bukan pekerja lain. Kata-kata atau tindakan yang menyinggung perasaan boleh berlaku dalam bentuk komen yang tidak senonoh, boleh juga secara seksual; jenaka yang tidak sesuai; mengusik tentang penampilan seseorang atau umur, bangsa atau jantina mereka; penghinaan, nama panggilan yang tidak diingini atau stereotaip berdasarkan faktor yang disenaraikan di atas; melalui perkongsian emel, teks atau gambar yang merendahkan maruah, membuat seseorang tidak selesa atau menghina, walaupun kelakuan itu tidak bersifat seksual. Larangan Kelakuan Berdendam Berdendam bermaksud memberi hukuman atau memberi tindakan yang negatif apabila berlakunya kebimbangan kerana aduan yang dibuat atau kerana terlibat dalam penyiasatan. Contoh tindakan balas dendam kepada pekerja dengan cara mengurangkan gaji, jam kerja atau tugasan kerja. Contoh lain tindakan berdendam adalah; didisiplinkan tanpa sebab yang sah; menerima penilaian prestasi yang lebih rendah daripada yang sepatutnya; mengalami penderaan lisan atau fizikal; atau diteliti secara berlebihan atas sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Jika anda diberi layanan buruk atau merasakan berlakunya dendam kerana anda dianggap menimbulkan kebimbangan, dan juga disebabkan oleh anda telah membuat aduan atau terlibat dalam penyiasatan aduan, sila hubungi mana-mana sumber untuk melaporkan aduan supaya tindakan boleh diambil. Pencegahan Keganasan McDonald's menyediakan tempat kerja yang mengutamakan kesihatan, keselamatan dan produktiviti pekerjanya. Pekerja perlu menghormati antara satu sama lain, berurusan dengan sopan, profesional dan penuh rasa hormat. McDonald's melarang keras keganasan, ancaman keganasan dan kelakuan lain yang membahayakan keselamatan pekerja dan orang lain di tempat kerja serta semasa aktiviti yang berkaitan dengan kerja (termasuk acara tajaan syarikat). Polisi Pencegahan ini adalah untuk mengurangkan risiko kepada pekerja dan mencipta pengalaman yang selamat dan terjamin untuk tetamu dan komuniti. WVP


Click to View FlipBook Version