PSVK 3423 ASAS BIDANG MENGGAMBAR E-PORTFOLIO 2023
P E N S Y A R A H P N . A E I Z L I N B I N T I M O H D O M A R
P E L A J A R N U R H A M I Z A H B I N T I D A U B A N G K A G I L I R A N : 2 0 2 2 1 5 2 4 4 0 0 1 5 N O K / P : 0 3 0 8 1 4 0 1 0 8 2 0 U N I T : B M M B 1 P I S M P J U N 2 0 2 2
I S I K A N D U N G A N 1 Pengenalan 1 2 3 Definisi Menggambar 2 Tujuan Menggambar 2 4 Proses Penghasilan Karya Mozek Mozek 3 Proses Penghasilan Karya Kolaj Kolaj 6 4 5 Proses Penghasilan Karya Catan Catan 9 Proses Penghasilan Karya Percikan Percikan 12 Proses Penghasilan Karya Gosokan Gosokan 15 4-5 7-8 10-11 13-14 16-17 9 Rumusan 18 10 Sumber Rujukan 19 6 7 8
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang menjadi tumpuan pelajar di sekolah. Hal ini kerana mereka dapat meneroka dan mempelajari sesuatu yang lebih seronok tanpa bebanan di otak. Namun begitu, bidang menggambar sudah tentu tidak lari dengan dunia seni visual. Bidang menggambar merupakan asas dalam mempelajari pendidikan seni visual lerana ia dapat memberi gambaran awal kepada pelajar dalam aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Selain itu, dengan mendalami bidang menggambar ini mampu memupuk minat pelajar untuk mengeksperesikan perasaan dan fikiran melalui menggambar. Secara asasnya, pelajar dapat meneroka pelbagai teknik untuk melukis dan membuat gambar dalam prpses rekaan. Dengan ini, kebolehan dan kemampuan mereka dalam bidang menggambar dapat diasah pada peringkat awal. Mereka dapat menggunakan pelbagai media dan teknik dalam menghasilkan karya seni tersebut. Oleh hal yang demikian, melalui penghasilan portfolio dapat kita terokai jenis-jenis bidang menggambar serta media dam teknik yang perlu diaplikasikan mengikut kategori bidang. 1 P E N G E N A L A N
D E F I N I S I M E N G G A M B A R T U J U A N M E N G G A M B A R Dapat meneroka dan mendalami beberapa teknik yang berbeza dalam kegiatan menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata dalam bentuk 2 dimensi. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Pendek kata, kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik. Antara teknik dalam menggambar ialah mozek, kolaj, capan, cetakan dan lain lain Sebagai cara untuk mengekspresi perasaan, pemikiran dan identiti peribadi seseorang Dapat merealisasikan imaginasi yang terkandung dalam pemikiran individu melalui menggambar Mampu meningkatkan konsentrasi dan fokus seseorang dalam konteks aktiviti meditasi Hasil karya dapat dijual atau dipamerkan untuk dijadikan sebagai sumber rezeki dan pendapatan Membantu untuk menerangkan sesuatu konsep dalam pembelajaran dengan lebih mudah kepada pelajar 2
Mozek merupakan aktiviti yang membentuk kreativiti artistik untuk menghasilkan corak yang estetik serta dapat diaplikasikan sebagai hiasan dalaman dan landskap. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata. Mozek yang terhasil ialah suatu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. gam kertas bahan untuk ditampal seperti manik, serpihan kayu, daun, majalah dan sebagainya. m o z e k Alatan & Bahan Menggambar bahan di atas permukaan seperti kertas, kadbod atau lantai. Cara ini lebih berkesan jika diaplikasikan pada permukaan kertas lukisan, lantai dan permukaan meja. Mozek yang sudah siap, media yang di letakkan ke atasnya kemudian mozek tersebut diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek. Dibuat satu bahagian demi satu bahagian sesuatu gambar sebelum hasil mozek dihantar untuk proses penampalan. Teknik Secara Langsung Teknik Secara Tidak Nyata Teknik DoubleIndirect Teknik Mozek 3
4 Proses Penghasilan Karya Mozek Alatan & Bahan Kulit telur Gam Latex Pensel Kertas A3 Pisau pemotong Pen marker Lakaran nama ditulis terlebih dahulu menggunakan pensel di atas kertas A3. Kulit telur dibasuh dan dibuang selaput putih di dalamnya dan keringkan di bawah cahaya matahari.
5 hasil akhir Karya mozek Susun dan tampal kulit telur mengikut lakaran yang telah dilakukan menggunakan gam. Tampalan kulit telur yang berlebihan perlu dipotong menggunakan pisau pemotong untuk kelihatan lebih kemas. Kulit telur dipecahkan sehingga hancur sebelum ditampal menggunakan gam.
Aktiviti kolaj merupakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan di atas sesuatu permukaan. Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun dan diatur secara bertindan tindih dan mengikut corak yang ingin dihasilkan. K O L A J Alatan & Bahan Gam (varnish/ gam gel/ gam model) Kertas Pembaris Pensil Gunting Pisau Membuat lakaran untuk mendapatkan idea dan tema yang diinginkan. Bahan tampalan perlu disediakan mengikut kesukaan masingmasing seperti kertas warna, telur, kain perca dan sebagainya. Meletakkan latar belakang dan rupa bentuk dan melakukan eksperimentasi dan membentuk ruang. Teknik Kolaj 6
Gunting kain perca mengikut saiz yang dikehendaki. Proses Penghasilan Karya KOLAJ Alatan & Bahan Kain perca Gunting Gam Latex Pensel Kertas A3 Lakaran buah betik dilukis menggunakkan pensel. Tampal kain perca mengikut lakaran buah menggunakan gam latex. 7
Pelbagai corak dan jenis kain perca ditampal secara tersusun dan bertindih antara satu sama lain. hasil akhir Karya KOLAJ 8
Corak yang dihasilkan adalah daripada proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan. Pelukis menggunakan catan untuk mengekspresikan perasaannya, membuat interpretasi pandangan dan merakamkannya dalam bentuk visual. Teknik catan terhasil adalah daripada kemahiran pelukis yang menggunakan media dan teknik seperti cat air di atas kertas. C A T A N Alatan & Bahan cat air cat minyak cat akrilik cat gouce cat fresko minyak linsip turpentin kertas kanvas berus Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Warna dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Teknik Catan Teknik Basah Atas Basah Teknik Basah Atas Kering Teknik Keringatas Kering TeknikImpasto Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Permukaan yang kering disapu warna terlebih dahulu kemudian warna yang lain disapu pada permukaan tersebut tanpa mencampurkan dengan air. Teknik membuat lukisan bertekstur tebal sehingga memberikan kesan timbul (3 dimensi) dan membuatkan goresan kuas atau pisau palet lebih kelihatan. 9
Proses Penghasilan Karya Catan Alatan & Bahan Pewarna air Berus pewarna Palette Air Pensel Kertas A3 Lakaran sepotong buah tembikai dilukis menggunakkan pensel. Dengan mengaplikasikan teknik basah atas basah, bahagian isi tembikai sahaja dibasahkan dengan sedikit air secara rata. Kemudian, sedikit warna merah telah diwarnakan pada bahagian isi tembikai yang telah basah. 10
Warna merah diratakan ke seluruh isi bahagian tembikai daripada bahagian atas dengan warna yang sedikit pekat sehingga kepada bahagian bawah yang semakin pudar. Bagi bahagian kulit, teknik kering atas basah diaplikasikan. Bancuh sedikt warna hijau bersama air kemudian baru warna diratakan pada kulit tembikai. Teknik yang berlainan iaitu teknik kering atas kering digunakan untuk mewarnakan biji tembikai dengan warna coklat. hasil akhir Karya catan 11
Menggunakan berus gigi untuk menghasilkan percikan halus dan seragam manakala penggelek perlu digelek secra cepat dan laju untuk memastikan percikan keluar daripada berus penggelek. Renjisan boleh dilakukan secara semburan, percikan atau tiupan warna untuk menghasilkan corak terancang atau tidak terancang. Renjisan pada permukaan kertas yang kering atau lembap. Teknik dengan mendetik, mengetuk dan menjentik bahagian bulu berus yang mengandungi warna untuk menghasilkan kesan speckled granite. P e r c i k a n Alatan & Bahan Pelbagai jenis berus lukisan/ berus cat Warna air Kertas Pisau Bahan-bahan semulajadi Pada bahagian hujung berus dicecah warna dengan sedikit dan diketuk secara kuat untuk membentuk titisan-titisan cat di atas permukaan kertas. Teknik Percikan Percikan jari juga menghasilkan percikan yang tidak sekata. 12
Warnakan kertas A2 sebagai latar belakang kepada teknik percikan. Proses Penghasilan Karya percikan Alatan & Bahan Pewarna air Palette Berus pewarna Berus gigi Air Kertas A2 Pilih warna yang lebih gelap daripada warna latar belakang untuk menimbulkan kontra pada karya. Kemudian, gunakan teknik mengetuk berus pada jari pada aras yang rendah untuk mendapatkan hasil percikan yang lebih besar. 13
Langkah yang sama iaitu menggunakan teknik mengetuk berus pada jari tetapi pada aras yang lebih tinggi untuk mendapatkan hasil percikan yang lebih halus dan kecil. hasil akhir Karya percikan 14
Gosokan pelbagai warna. Proses yang paling mudah untuk merakamkan pelbagai jalinan pada permukaan yang dipilih Pelajar dapat mengeksploraso terhadap permukaan untuk mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton warna. G O S O K A N Pensel Pensel warna Kapur Pastel krayon Kertas Alatan & Bahan Gosokon satu lapis dan satu arah sahaja. Teknik Gosokan Gosokan beberapa lapisan pada tempat yang sama secara berulang. Gosokan dari arah dan sudut yang berbeza. Gosokan monokrom dan gosokan potongan kertas. Gosokan secara berpusing. 15
Warnakan kertas A2 sebagai latar belakang kepada teknik gosokan. Proses Penghasilan Karya gosokan Alatan & Bahan Pewarna air Palette Berus pewarna Pensel warna Air Kertas A2 Permukaan dinding dipilih untuk membuat teknik gosokan dengan menggunakan pensel warna dan menghasilkan jalinan yang tidak sekata pada dinding. Bakul Dinding Kerusi 16
hasil akhir Karya gosokan Permukaan yang kedua dipilih iaitu bakul dan menghasilkan garisan yang berkotak melalui teknik gosokan. Permukaan yang terakhir dipilih iaitu corak timbul pada kerusi. Melalui teknik gosokan, terhasil garisan selari dan corak bunga terhasil. 17
R u m u s a n Kesimpulannya, bidang menggambar ini merupakan bidang asas yang perlu diterokai dan difahami dengan jelas dalam pembelajaran seni visual. Saya bersyukur dan gembira kerana berjaya menyelesaikan e-portfolio ini dalam tempoh masa yang mencukupi. Pelbagai pengalaman dan ilmu baharu yang telah saya pelajari sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Pengalaman dalam menghasilkan karya berdasarkan beberapa teknik dalam bidang menggambar telah meningkatkan kemahiran sedia ada dalam diri saya dengan lebih mendalam. Segala kajian dan maklumat telah saya perolehi adalah daripada pensyarah pembimbing dan carian di internet bagi memastikan maklumat yang diterima tepat dan sahih. Bukan itu sahaja, saya juga telah menjalankan perbincangan bersama pensyarah sebagai sesi maklum balas terhadap karya yang dihasilkan. Setelah itu, saya telah melakukan apresiasi terhadap karya yang dilakukan berdasarkan unsur dan prinsip seni yang telah dipelajari. Hal ini dapat membuktikan bahawa saya mampu menguasai kemahiran seperti menaakul, menganalisis dan mengaplikasi setiap bidang menggambar yang telah dipelajari dalam menghasilkan sebuah bentuk pembelajaran yang bermakna. Oleh itu, semoga segala ilmu dan kemahiran yang saya perolehi dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang bersama para pelajar di sekolah agar penyampaian ilmu kepada generasi kelak lebih berkesan dan bermakna. 18
19 R u j u k a n