IDEA PENYELIDIKAN HASIL LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND OLEH: JEREMY JOSUAZENT A/L KO CHIN MENG MENTOR: DR. SAILAJAH NAIR A/P SUKUMARAN
Tajuk: Masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Kemendol: Kajian Terhadap Tradisi dan Budaya. Oleh: Jeremy Josuazent A/L Ko Chin Meng 1.0 Pengenalan: • Menjelaskan maksud bagi “Orang Asli” secara umum melalui sumber-sumber atau kajian lepas secara terperinci. (Demografi: Suku kaum: Negrito, Senoi dan Proto-Malay dan kawasan tempat tinggal.) • Menjelaskan definisi dan kepentingan mengetahui tradisi dan budaya menurut pandangan tokohtokoh pengkaji, kaitkan dengan masyarakat Orang Asli secara ringkas. 2.0 Latar Belakang Kajian: • Menjelaskan serta menganalisis definisi masyarakat Orang Asli suku Jakun: Geografi, demografi dan ciri-ciri sosiobudaya dengan terperinci melalui kajian lepas, pemerhatian dan lain-lain. • Menjelaskan dan menganalisis budaya dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli suku Jakun: Kepercayaan, Adat-Istiadat dan Ritual secara terperinci. 3.0 Penyataan Masalah: • Menerangkan mengapa generasi muda pada masa kini tidak tertarik untuk mengetahui kebudayaan dan tradisi masing-masing. • Perubahan budaya dan tradisi yang diamalkan oleh generasi muda dan masyarakat terdahulu. • Proses asimilasi dan penyebaran agama menyebabkan sistem kebudayaan dan tradisi masyarakat Orang Asli suku Jakun semakin dilupakan. 4.0 Tujuan dan Objektif Kajian: • Tujuan: Menganalisis dan membincangkan langkah untuk memelihara dan melindungi budaya dan tradisi masyarakat Orang Asli suku Jakun dan memperkenalkan kewujudan masyarakat Orang Asli suku Jakun. • Objektif kajian: 1. Mengenal pasti budaya dan tradisi yang telah diamalkan oleh masyarakat Orang Asli suku Jakun di Kuala Rompin, Pahang. 2. Mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat Orang Asli Jakun di Kuala Rompin, Pahang terhadap budaya dan tradisi mereka melalui temu bual. 3. Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk memelihara dan melindungi budaya dan tradisi masyarakat Orang Asli suku Jakun di Kuala Rompin, Pahang.
• Persoalan Kajian: 1. Apakah jenis budaya dan tradisi yang telah diamalkan oleh masyarakat Orang Asli suku Jakun di Kuala Rompin? 2. Apakah tahap pengetahuan masyarakat Orang Asli Jakun di Kuala Rompin, Pahang terhadap budaya dan tradisi mereka? 3. Apakah langkah-langkah berkesan yang boleh dijalankan untuk memelihara dan melindungi budaya dan tradisi yang semakin dilupakan oleh masyarakat Orang Asli suku Jakun di Kuala Rompin, Pahang? 5.0 Metodologi Kajian: • Reka Bentuk Kajian: Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berkonsepkan kajian kes yang melibatkan proses pengutip data melalui sesi temu bual kajian kepustakaan dan kajian lapangan (pemerhatian). • Persampelan: Responden bagi kajian ini dipilih berdasarkan jenis pensampelan bertujuan di bawah kaedah pensampelan bukan kebarangkalian yang melibatkan masyarakat Orang Asli suku Jakun supaya data yang diperoleh adalah tepat dan berkesinambungan dengan objektif dan kehendak kajian ini. • Instrumen Kajian: Temu bual berstruktur telah digunakan sebagai instrumen kajian dalam kajian ini. Tujuan jenis temu bual ini dipilih adalah kerana ianya lebih bersifat formal dan terancang untuk mendapat data yang jelas. • Prosedur Pengumpulan Data: • Prosedur Menganalisis Data: 6.0 Dapatan Kajian: • Temu bual berstruktur diaplikasikan dalam kajian ini di samping melibatkan juga kaedah rujukan. Soalan dan jawapan sesi temu bual diletakkan pada bahagian ini sebagai bukti dan memudahkan proses menganalisis. • Cadangan soalan: 1. Apakah tradisi dan budaya yang diamalkan? 2. Cadangan memelihara dan memulihara tradisi dan budaya tersebut.
7.0 Perbincangan: • Menjelaskan dan menerangkan hasil analisis dengan mendalam dan terperinci melalui temu bual, kajian kepustakaan dan pemerhatian yang dilaksanakan. 8.0 Rumusan: • Ringkasan hasil kajian. • Cadangan kajian untuk masa depan. 9.0 Rujukan: • https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/57/61 • https://www.jakoa.gov.my/orang-asli/taburan-etnik-orang-asli-mengikut-etnik-sub-etnik-mengikutnegeri/ • https://shorturl.at/iyKOR • http://journalarticle.ukm.my/17641/1/46583-156793-1-PB.pdf • https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/6838 • http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5648/1/ROSMALIZA%20BT%20REMELI.pdf • https://www.researchgate.net/publication/352052509_Pelestarian_Nilai_Budaya_Beracuankan_Kea rifan_Tradisi • http://studentsrepo.um.edu.my/6124/ • http://eprints.uthm.edu.my/1717/ • https://selangorkini.my/2018/10/karnival-kebudayaan-kesenian-orang-asli-tampil-elemen-pelbagaikaum/