Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Wau
Pendahuluan
nama – dibuat daripada kertas, buluh, benang – dilahirkan di sebuah kampung – mengambil masa
yang lama untuk disiapkan
Isi – isi
badanku dilukis dengan ilustrasi yang menarik – setelah siap aku dihantar ke kedai
cenderahati yang menjual pelbagai barangan menarik termasuk permainan tradisional – harga
yang diletakkan untukku agak mahal
seorang lelaki membelek diriku – tertarik akan kecantikanku – membeliku dengan harga
yang mahal – membawaku pulang ke rumah – aku dijadikan hiasan dinding di sudut ruang
tamunya
menunjukkan diriku kepada kawan – kawannya setiap kali mereka berkunjung ke rumah –
ramai yang memuji ketinggian nilai seni pada diriku – dimainkan pada watu petang – bersam –
sama keluarga
memasuki pertandingan wau – memenangi pertandingan tersebut – mendapat hadiah
lumayan
Penutup
disayangi oleh tuanku – dijaga rapi – tidak rosak – bangga dapat berbakti
Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Motosikal
Pendahuluan:
nama – dilahirkan di sebuah kilang – motosikal keluaran negara – setanding dengan
motosikal dari luar Negara
Isi – isi:
reka bentuk yang cantik – berwarna merah – enjin berkuasa tinggi yang moden
aku dan rakan – rakan yang lain dihantar ke kedai – kedai motosikal seluruh Malaysia –
dipamer – pengunjung tertarik melihat rupa dan gayaku – membanggakan – aku dipamerkan
sebaris dengan motosikal – motosikal import
baru tiga hari di situ – tidak sempat bermesra dengan kawan – kawan baru – telah dibeli oleh
seorang pemuda yang kacak – sempat aku dengar perbualan rakan – rakanku yang iri hati
melihat ketampanan tuanku – dibeli dengan harga RM6 000 – dibawa pulang – berasa teruja
– memulakan hidup baru bersama tuanku
disayangi oleh tuanku – akulah jantung hatinya - dimandikan setiap hari – tubuhku dijaga –
tiada habuk atau debu yang sempat singgah lama di tubuhku
dibawa bersiar – siar – ditimpa kemalangan – dilanggar oleh sebuah lori – aku dan tuanku
cedera parah – tuanku dikejarkan ke hospital – aku dihantar ke bengkel
Penutup:
malang tidak berbau – aku tidak dapat dibaiki – tubuhku rosak teruk - ibarat sudah jatuh
ditimpa tangga - menjadi besi buruk – tamatlah riwayatku
Faedah dan Kebaikan Bersenam
Pendahuluan
- apa itu bersenam
- aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh
- selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang
- kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.
Isi-isi (Kebaikan & Faedah)
boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh -
perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu
badan kita - kita akan jadi lebih sihat
dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan
meningkatkan metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk
menurunkan atau mengawal berat badan
meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktiviti-
aktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian
otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas - dapat
berfikir dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tunas &
bernas
sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan
atau stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka
Penutup
- banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati
- lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu
- bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat
- 'badan cergas, otak cerdas'
Kerangka Karangan - Saya Sebuah Komputer
Pendahuluan:
- Saya sebuah komputer bernama Toshiba.
- Dibuat dan dipasang di Jepun.
- Siap dipasang – dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak.
Isi-isi:
- Dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar.
- Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke sebuah lori.
- Lori kemudian bergerak menuju pelabuhan.
- Bersama teman-teman di masukkan ke kapal yang besar.
- Kapal berlepas ke sebuah negara yang indah dan makmur, Malaysia.
- Akhirnya tiba di Pelabuhan Klang.
- Melalui pemeriksan ketat oleh Jabatan Kastam.
- Kemudian dibawa dengan van ke sebuah kedai komputer.
- Setelah beberapa hari dibeli oleh seorang ibu dengan harga RM4336.00.
- Saya dihadiahkan oleh ibu itu kepada anak angkatnya.
- Anak angkatnya belajar di UiTM.
- Saya digunakan untuk menulis cerpen, menyiapkan tugasan-tugasan.
- Saya menjalankan tugas dengan lancar dan gembira.
- Apabila rosak saya dihantar ke pusat servis.
Penutup:
- Tiga tahun kemudian, tuan saya membeli komputer baru.
- Saya diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.
- Meratapi nasib malang.
Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen
Kerangka Karangan
Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam.
Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis.
Dipamerkan di dalam almari kaca.
Dibeli oleh seorang lelaki.
Diletakkan di ruang tamu rumahnya.
Aku digunakan dengan lasak setiap hari.
Rosak akibat petir.
Dibuang
Aku Sebuah Televisyen
Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan
kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia
menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, meraka sering menggunakan aku untuk berhibur.
Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.
Setelah aku dan rakan-rakan ku selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak
yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di
Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.
Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya
tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka
tidak mampu membeli ku kerana harga aku lebih mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.
Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat berminat untuk memiliki aku
apabila dia cuba tawar-menawar harga ku dengan tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan
harga RM3600.00.
Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu
rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku
sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa sangat penat, namun
aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang
walaupun pada waktu itu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana mereka tidak
memperdulikan akan keselamatan diri ku.
Akhirnya semasa mereka menonton ku pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba akibat
disambar petir. Aku tidak boleh dibaiki lagi kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya aku dibuang ke
tempat perlupusan sampah. Walaupun begitu, aku tetap berasa bangga kerana dapat juga aku membuat
bakti semasa hidupku.
Aku Sebuah Kapal Terbang
Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang
di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat
dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan
sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia.
Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang
terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah
yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa
parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.
Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-
kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama.
Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas
oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku
atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di
dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh.
Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam
perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan
akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka
badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku
pada waktu itu umpaca kaca terhempas ke batu.
Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap
dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk
menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku
terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang
menaburkan bakti kepadanya.
Ditulis oleh:
Nur Syarahanim Mohd Naim
6 Aman
Sekolah Kebangsaan Kuang
Aku Sebuah Basikal
Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara maju itu.
Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.
Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan
di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira
kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaiki
sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke
Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di
Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah dipukul
ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun kemudian, aku dijumpai
oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan
kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula.
Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting kerana aku yakin
semuanya adalah ketentuan Tuhan.
Aku Sehelai Baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada
sebuah patung dan diletakkan di dalam almari cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 150.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka
semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering.
Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula
terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana
terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah
terlambat kerana sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia
almari usang.
Aku sebuah Komputer Riba
Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer
yang terletak di Johor Bahru. Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam. Aku merupakan hasil
ciptaan canggih pada era kemajuan sains dan teknologi.
Selepas siap dibuat, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan dihantar ke
sebuah kedai komputer dengan lori yang besar. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Aku
diletakkan tanda harga RM 2499.Di sana, aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku
yang berjenama lain. Kami mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.
Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut. Dia ingin membeli
komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi. Selepas mendengar penerangan penjual
komputer, dia tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku. Aku dibeli dan
dibawa pulang ke rumah. Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.
Tuan aku bernama Bin Quan. Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab. Tuan aku
menggunakan aku untuk melayari internet, membuat projek sekolah, bermain permainan komputer
atas talian dan sebagainya. Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama
tuan aku.
Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Setiap kali selepas
menggunakan aku, dia akan menutup aku dengan penutup plastik. Tuan aku mengelap aku pada
setiap hujung minggu. Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.
Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku. Aku berjanji akan terus
berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Ke Dusun Buah-buahan
Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke
dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung. Kami berkunjung ke sana dengan
menaiki kereta bapa yang baharu.
Setibanya di destinasi, datuk menyambut kami dengan tangan terbuka. Kemudian,beliau
membawa kami melawat dusunnya. Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk. Antaranya
termasuklah pokok durian, pokok manggis, pokok rambutan dan sebagainya. Semua pokok
buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur. Bau buah durian sungguh harum
dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar. Abang dan kakak pula
mengait buah rambutan dengan galah yang panjang. Rasa buah rambutan manis dan lazat.
Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar. Kami meletakkan buah-buahan di
pondok tersebut. Datuk mengopek buah durian untuk kami. Kami berehat di pondok sambil
menikmati keenakan durian. Selain itu, kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
Sebelum pulang, datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah
tangan. Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk. Selepas itu, kami meminta diri untuk
pulang ke rumah.
Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya. Saya amat
menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa
akan datang.
Kegunaan Komputer
Komputer merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan
teknologi. Komputer mempunyai banyak kegunaannya.
Kita boleh melayari internet dengan komputer. Melalui internet, kita boleh melayari pelbagai
laman web untuk memperoleh maklumat. Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan
pengetahuan kita. Dengan itu, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
Selain itu, kita boleh menggunakan komputer untuk menulis laporan dan membuat projek
kerja sekolah. Laporan yang ditaip dengan komputer boleh disimpan, dibetulkan dan dicetak. Data-
data yang disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Semua ini menjimatkan masa dan
memudahkan kerja kita.
Di sekolah, guru menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran. Grafik dan
illustrasi yang beranimasi dan berwarna-warni menarik minat murid-murid. Dengan itu, murid-murid
boleh menguasai kemahiran dengan baik. Justeru, mereka dapat mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
Kita juga boleh mendapat hiburan dengan komputer.Untuk mengurangkan tekanan hidup
dan menghiburkan diri, kita boleh menonton video, mendengar muzik dan bermain permainan
komputer. Selain itu, kita juga boleh menggunakan komputer untuk menghubungi kawan-kawan dan
berbual-bual dengan mereka yang jauh dengan rangkaian sosial Facebook.
Kesimpulannya, komputer memberi banyak manfaat kepada kita. Komputer menjadikan
hidup kita lebih selesa dan bermakna.
Aku Sebuah Telefon Bimbit
Aku sebuah telefon bimbit yang canggih. Aku bernama Samsung Galaxy S5 dan aku
berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Senai, Johor.
Setelah siap dibuat, aku diletakkan di dalam sebuah kotak. Selepas itu, aku dihantar ke
sebuah kedai telekomunikasi di Skudai. Aku berharga RM1800. Aku berkenalan dengan rakan-
rakan seperti Oppo, Sony, Iphone dan sebagainya. Aku dan rakan-rakan dipamerkan di dalam
almari kaca. Kami menunggu tuan kami dengan sabarnya.
Pada suatu hari, seorang wanita berkunjung ke kedai tersebut. Beliau ingin membeli telefon
bimbit untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi. Beliau membelek-belek aku dan mencuba beberapa
fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh keanggunan aku lalu membeli aku. Aku dibawa pulang
ke rumahnya.
Tuan aku bernama Anis. Dia pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Anis menjaga aku
dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Anis membawa aku ke pejabat semasa bekerja.
Rakan Anis memuji kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku suka akan tuan aku.
Anis menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya. Aku juga digunakan untuk
melayari Internet. Anis selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas kepada
kawan-kawannya. Dia juga bermain permainan komputer atas talian untuk melapangkan fikirannya.
Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Aku bersyukur kerana mempunyai tuan yang
baik. Aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.
Sekolah saya
Sekolah saya bernama SJK (C ) Pu Sze. Sekolah saya terletak di Skudai. Kawasan sekolah
saya besar, ceria dan bersih.
Bangunan sekolah saya terdiri daripada dua blok, iaitu blok A dan blok B. Terdapat 45 buah
bilik darjah di sekolah saya. Di sekolah saya juga terdapat bilik-bilik khas. Antaranya termasuklah
dewan kuliah, perpustakaan, makmal sains, bilik muzik, bilik komputer dan kantin.
Murid-murid di sekolah saya belajar dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Terdapat
kira-kira 150 orang guru dan kira-kira 3000 orang murid belajar di sekolah saya. Guru Besar
sekolah saya bernama Ong Min Yock. Beliau seorang guru besar yang peramah, mesra tetapi
tegas. Semua guru di sekolah saya berdedikasi, rajin dan bertanggungjawab. Selain itu,
murid-murid juga berbudi bahasa dan rajin belajar.
Murid-murid di sekolah saya juga menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum. Antaranya
termasuklah pasukan badan beruniform, persatuan, sukan dan permainan. Murid-murid
menjalankan aktiviti tersebut pada hari Sabtu.
Pencapaian murid-murid di sekolah saya sungguh menggalakkan. Mereka sentiasa belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Murid-murid juga turut mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan.
Saya suka akan sekolah saya. Saya suka belajar di sekolah ini kerana sekolah ini selesa dan
berpotensi.
Tajuk karangan Laporan lawatan ke kilang nanas
LAPORAN LAWATAN KE KILANG NANAS
Pada 12 Julai 2015 yang lepas, Persatuan Sains SJK (C) Pu Sze telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kilang Nanas Lee Rubber. Kilang nanas tersebut terletak di Skudai. Kami
menaiki bas sewa yang berhawa dingin ke sana.
Rombongan kami terdiri daripada 30 orang murid dan empat orang guru pengiring. Kami
diketuai oleh Cikgu Qiaokelic Tan.Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk menambahkan
pengetahuan dan membolehkan murid melihat pemprosesan nanas.
Setibanya di destinasi, pengurus kilang, Encik Ooi menyambut kami dengan tangan terbuka.
Beliau memberi taklimat ringkas kepada kami. Kami diingatkan supaya mematuhi peraturan kilang
semasa berada di dalam kilang. Kemudian, beliau membawa kami melawat kilangnya.
Rombongan kami dibawa melawat setiap bahagian kilang mengikut kumpulan. Kami melihat
bagaimana nanas dipotong, diproses dan ditinkan. Encik Lim juga memberi penerangan kepada
kami. Kami pasang telinga dan mendengar dengan teliti. Selain itu, kami juga menonton tayangan
video dan melihat pameran perusahaan nanas di sana.
Sebelum meninggalkan kilang, kami menikmati jus nanas yang enak. Encik Lim juga
menghadiahkan nanas dalam tin kepada kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Kami berasa gembira menerima buah tangan.
Rombongan kami tiba di pekarangan sekolah pada waktu tengah hari. Lawatan ini telah
meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kami.
Disediakan oleh, 18 JULAI 2015.
______________
(TANG TING TONG)
Setiausaha,
Persatuan Sain,
SJK ( C ) Pu Sze.
Kerangka Karangan Laporan - Lawatan sambil Belajar ke Kilang Batik
Contoh soalan:
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke sebuah kilang batik. Kamu sebagai setiausaha persatuan diminta untuk
meyediakan laporan tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Pendahuluan
tajuk laporan – melawat ke kilang batik – disertai oleh 40 orang murid dan tiga
orang guru pengiring.
Isi – isi
guru memberikan taklimat dan pesanan – murid – murid diingatkan supaya
menjaga nama baik sekolah – rombongan bertolak tepat pukul 8.00 pagi.
kedatangan kami disambut dengan mesra – rombongan dibawa melawat di
sekitar kilang – diberikan penerangan tentang proses – proses menghasilkan
batik (mencanting, mewarna dan sebagainya)
berpeluang melukis corak pada kain – mendapat tunjuk ajar daripada para
pekerja – mendapat pengalaman baru
setiap peserta diberikan cenderamata – sebagai tanda kenangan – dijamu
dengan jamuan ringan di kilang kantin
Penutup
rombongan bertolak pulang pada pukul 4.00 petang – banyak pengetahuan
diperoleh – tandatangan pelapor
Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun
Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki
menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh persatuan
tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
- Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun
- jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan
- tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun
- menambahkan ilmu pengetahuan
- memupuk semangat keusahawanan
Perenggan ke-2
- bertolak dengan menaiki bas
- tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang
- mendengar taklimat
Perenggan ke-3
- dibawa ke bahagian memproses sabun
- proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi
- pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas
- peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra
Perenggan ke-4
- dibawa ke bahagian pembungkusan sabun
- pelbagai jenis sabun sedang diproses
- mesin yang canggih
- diberi jamuan ringan
Penutup
- setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang
- cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan
- peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN
Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. Seramai 30 orang
ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun.
Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para
pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami sampai
ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pegawai
kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang
pegawai kilang tersebut.
Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian
besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di
kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja.
Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang
bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.
Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ
terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang
canggih. Kemudian pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di
kantin kilang tersebut.
Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Kami diberi sebuku sabun setiap
seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah
menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta
dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat
melihat sendiri cara-cara membuat sabun.
Disediakan oleh, 25 JANUARI
2010.
..................................................
(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)
Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup.