1 MESYUARAT AGONG TAHUNAN KOPERASI(MAT) KOPERASI SMK INTAN PERDANA BHD KALI 5 TARIKH: 2 SEPTEMBER 2022 TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SMKIP MASA: 10.30-12.00 TENGAHARI KEHADIRAN: HADIR BI L NAMA JAWATAN 1. EN MOHD KAVI B SHAMSUDIN PENGERUSI 2 EN SHAHRUL YUSRI BIN SHAARI NAIB PENGERUSI 3 TN HJ MUHAMMAD BIN WAHID PK PENTADBIRAN 2. PN. MARDZITA ABD. GHANI SETIAUSAHA 3. PN AFFIDA ROZINA ARIFFIN BENDAHARI 4. PN NOR ADLINA BINTI JAMALUDDIN PENG JUALAN 5. PN ROSIDA DENI ALK 5. PN MURNI MOHD NOR ALK • KEHADIRAN AHLI GURU,STAFF DAN PELAJAR RUJUK LAMPIRAN TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. PN AMIRAH AQILAH MURAT- DEMAM 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI KOPERASI 1.1 Pengerusi baru En Mohd Kavi mengucapkan terima kasih kepada ALK guru dan pelajar serta ahli koperasi kerana hadir ke Mesyuarat Agung kali yang ke-5. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ALK guru dan koperator yang telah berusaha menjalankan aktiviti koperasi dan menjayakan Mesyuarat Agong Koperasi yang ke 5. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pn Siti Haja ,pegawai SKM kerana sudi hadir ke mesyuarat agung koperasi.
2 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE-4 2.1. Dicadangkan oleh ; MUHAMMAD ADAM DANISH Disokong oleh : MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit Makluman 4 . LAPORAN KEWANGAN 2020 4.1 Penyata Kewangan Berakhir 2020 telah dibentang oleh bendahari Pn Affida Rozina Binti Ariffin. Untung Bersih koperasi pada tahun kewangan berakhir 2020 adalah RM22,791.58. Pn Affida memberitahu laporan audit yang diterima menyatakan bahawa koperasi perlu mengasingkan aset cair dan buku daftar perlu diuruskan dengan baik dan di kemaskini. 4.2 Penyata Kewangan lengkap boleh rujuk di bahagian lampiran. Pelajar dari kelas 4AG Muhammad Ammar Amsyar mencadangkan agar laporan penyata kewangan berakhir 2020 diterima dan Mohd Azhan pengawas pusat sumber menyokong cadangan tersebut. Makluman 5. MENIMBANG DAN MELULUSKAN PEMBAHAGIAN HONORARIUM BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DIS 2020 DAN PEMBERIAN DIVIDEN 10% 5.1 Bendahari telah mencadangkan agar menimbang dan meluluskan pembahagian Honarorium bagi tahun kewangan 31 Dis 2020 kepada ALK. Haidah Hazwani telah mencadangkan agar pembahagian honorarium di terima. Ia telah disokong oleh Muhammad Afiq daripada kelas 3IK . Bendahari juga menyatakan pemberian dividen bagi tahun 2020 adalah 10%. Pn Saripah mencadangkan agar cadangan dividen 10% diterima dan pelajar Nurul Husnina dari kelas 1AG telah menyokong cadangan tersebut. Bendahari memaklumkan minit mesyuarat Agung perlu di hantar ke SKM untuk pengeluaran dividen dan honorarium. Tindakan : SU
3 6. PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 2021 6.1 Muhammad Khairi daripada kelas 3AG telah mencadangkan agar anggota lembaga berikut dipilih sebagai ALK bagi tahun 2021 dan Muhammad Aqil Amir daripada kelas 2IS menyokong cadangan tersebut. BIL NAMA ALK 1 EN MOHD KAVI BIN SHAMSUDIN 2 EN SHAHRUL YUSRI BIN SHAARI 3 PN MARDZITA ABD GHANI 4 PN ROSIDA DENI 5 PN JAMILAH JAMIL 6 PN AMIRAH AQILAH MURAT 7 PN AFFIDA ROZINA ARIFFIN 8 PN NORADLINA JAMALUDIN 9 MUHAMMAD IRFAN 10 MUHAMMAD HAZIM 11 MUHAMMAD HAZIQ 12 MUHAMMAD AIMAN HAZIQ 13 AIMAN HAKIMI 14 NUR AFIQAH 15 MUJAHIDAH Makluman 7. MELANTIK PANEL JURUAUDIT LUAR UNTUK MENGAUDIT AKAUN KOPERASI 2021 7.1 Pelajar dari kelas 2IS Muhammad Hafiz mencadangkan agar Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dikekalkan sebagai juruaudit luar koperasi bagi tahun 2021. Cadangan disokong oleh Muhammad Naufal dari kelas 2IS. Bendahari memaklumkan bahawa caj audit dikenakan kepada koperasi adalah RM800. Makluman 8 .MELANTIK SATU JAWATANKUASA UNTUK MENENTUSAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KALI KE 5 8.1 Muhammad Aiman Hakimi dari kelas 4IK mencadangkan agar senarai nama berikut dipilih sebagai jawatankuasa menentusahkan minit Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-5. Cadangan tersebut disokong oleh Muhammad Ammar Amsyar dari kelas 4AG .
4 BIL NAMA 1. PN AWATIF 2. PN AMALINA 3. EN HAMIZAN 4. PN NIK AZLINA 5. PN SUZAINA 6. CIK KHAUTSAR Makluman 9. MEMBENTANG ANGGARAN BELANJAWAN 2021 9.1 Bendahari membentang anggaran belanjawan kepada ahli mesyuarat. Anggaran Pendapatan dan perbelanjaan telah dibentangkan dalam mesyuarat. Makluman 10 .MENDENGAR DAN MENIMBANG USUL 10.1 Murid daripada kelas 4AG mencadangkan agar koperasi menjual roti pizza semula. Pengerusi memberitahu bahawa roti yang ada sosej tidak dibenarkan. Murid dari kelas 2 AB mengusulkan agar harga makanan di turunkan, tetapi pengerusi memaklumkan bahawa pembekal telah menaikkan harga makanan maka koperasi juga terpaksa menaikkan harga makanan tersebut. 10.2 Pn Rosida mencadangkan agar sewa parkir guru dinaikkan kepada RM200 setahun dan sama rata untuk semua penyewa. Barisan ALK dan ahli telah bersetuju dan ia akan bermula dari tahun 2022. Sewa parkir yang biasa RM150 akan kekal dibayar oleh penyewa lama sehingga 2021. Makluman 11. UCAPAN PENUTUP & PENANGGUHAN 11.1 Tetamu Jemputan Pn Siti Haja menyatakan bahawa koperasi perlu di putuskan oleh Pesuruhjaya Koperasi Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa “maju nya koperasi “ terletak kepada koperasi dan ahlinya sendiri. 11.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan semua program di bawah koperasi. Beliau menyatakan bahawa fungsi koperasi-kantin adalah termaktub bawah KPM. Koperasi perlu
5 mengurangkan perasa seperti minuman dan makanan agar koperasi tidak terlibat denga apa sahaja isu yang berkaitan dengan keracunan makanan dalam kalangan pelajar. Mesyuarat tamat pada jam 12.00 tengahari Disediakan oleh, ………………………….. (MARDZITA BINTI ABD. GHANI) Setiausaha Kop SMK Intan Perdana Bhd