1 PELAN HALA TUJU PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 2022-2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN
2 Cetakan Pertama, 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022 Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakam, dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel : 03-8000 8000 Faks : 03-8884 6411 www.moe.gov.my
3 KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN • • KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1.2 PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 1.3 PERPADUAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 1.4 PENCAPAIAN INISIATIF PENGUKUHAN PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN PADA GELOMBANG 1 BAB 2 MATLAMAT DAN ASPIRASI PELAN HALA TUJU PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 2.1 PENGENALAN 2.2 ISU DAN CABARAN
4 BAB 3 PEMANTAPAN PELAKSANAAN DASAR PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 3.1 ISU DAN CABARAN 3.2 STRATEGI PELAKSANAAN 3.3 PELAN TINDAKAN BAB 4 PEMANTAPAN PELAKSANAAN DASAR PERPADUAN DI SEKOLAH 4.1 ISU DAN CABARAN 4.2 STRATEGI PELAKSANAAN 4.3 PELAN TINDAKAN BAB 5 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN 5.1 ISU DAN CABARAN 5.2 STRATEGI PELAKSANAAN BAB 6 PERPADUAN PELAN STRATEGIK PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 2021-2025 GLOSARI SEKALUNG PENGHARGAAN
5 Kata Alu-aluan KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga sekolah, Pelan Hala Tuju Perpaduan dalam Pendidikan 2022-2025 ini telah dibangunkan. Pengukuhan perpaduan di sekolah yang diinginkan adalah menerusi sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian kaum dan etnik sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan antara program yang dilaksanakan sebagai aktiviti kokurikulum sebagai platform kepada murid daripada pelbagai jenis sekolah untuk berinteraksi demi memupuk perpaduan. Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral turut disediakan sebagai medium menerapkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Buku ini dapat menyediakan panduan yang lebih baik kepada semua warga pendidik untuk menerapkan unsur perpaduan melalui kurikulum. Secara amnya, buku ini memberi tumpuan kepada pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dalam bilik darjah bagi memupuk perpaduan melalui kurikulum. Harapan saya, usaha perlu dipertingkatkan bagi memperoleh impak yang optimum bagi mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan. Transformasi Integrasi Perpaduan perlu melibatkan semua pihak tanpa mengira kaum dan etnik. Oleh hal yang demikian, pihak berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti, serta agensi berkaitan perlu mengembleng tenaga bersama-sama dengan warga pendidik bagi menjayakan agenda perpaduan dalam pendidikan. Perpaduan yang terhasil dapat menjadi kunci kepada keharmonian dan kesejahteraan negara. DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
6 Usaha perlu dipertingkatkan bagi memperoleh impak yang optimum bagi mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
7 BAB 1 PENDAHULUAN
8 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Malaysia telah menerima konsep perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman yang memastikan kesaksamaan untuk semua. Konsep ini mendukung hasrat perlembagaan yang membawa maksud bahawa rakyat Malaysia perlu menerima kepelbagaian kaum, etnik, agama dan kepercayaan serta membina rasa saling menghormati, dan saling menerima sebagai asas kepercayaan dan kesepaduan yang kukuh. Bagi mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya merupakan satu perkara yang sangat mencabar. Oleh hal yang demikian, pendidikan dijadikan wahana kepada perpaduan negara serta memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara. 1.2 PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN Sekolah merupakan tempat pertama pelbagai kaum dapat disatukan untuk mendapat ilmu dan pendidikan di samping menjiwai semangat patriotisme seterusnya memupuk perpaduan. Menerima kepelbagaian dan menghormati perbezaan latar belakang tetapi pada masa yang sama mempunyai ideologi yang sama ialah kunci kepada kesejahteraan dan kestabilan negara demi memacu pembangunan negara. Kepentingan perpaduan dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah ditegaskan dalam Laporan Razak 1956 yang menyatakan bahawa : “Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur” (Penyata Razak, perenggan 12, 1956) Laporan tersebut telah menyatakan tiga teras utama pendidikan bagi memupuk perpaduan, iaitu: i) menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan (SK), manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib mengajar Bahasa Melayu kepada muridnya; ii) menggunakan kurikulum yang sama di semua sekolah dan peringkat pendidikan. Dengan menghayati kurikulum yang sama, dihasratkan semua rakyat Malaysia mempuyai pengetahuan, nilai-nilai, kemahiran serta jati diri Malaysia yang kukuh dan harmonis bagi pembangunan negara dan Negara Bangsa yang dibanggakan; dan iii) mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan kurikulum dan peperiksaan yang seragam, dihasratkan agar semua murid dapat memahami kepentingan dan keperluan dalam pembangunan negara serta dapat menyatupadukan murid berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian negara bangsa yang mengikut acuan Malaysia sendiri.
9 Usaha dan tindakan untuk memperkukuh perpaduan terus diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini. Antara program dan inisiatif yang diperkenalkan dalam pendidikan termasuklah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah diperkenalkan pada 1986 dan diperluas ke seluruh negara pada tahun 2005. Pelaksanaan RIMUP pada peringkat awalnya hanya tertumpu di sekolah rendah telah diperluas pelaksanaannya dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2003-2010) dengan melibatkan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar sekolah dan melakukan kegiatan atau aktiviti secara bersamasama. Selain itu, Sekolah Wawasan telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 1997 (Sekolah Wawasan pertama memulakan operasinya pada 2002) sebagai usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang cinta akan negara, iaitu dengan menyatukan sekolah dalam perkongsian kemudahan yang sama dan sistem pendidikan yang seragam untuk mewujudkan pertembungan kepelbagaian etnik dalam ruang yang sama. Proses integrasi kaum pula berlaku apabila murid-murid berpeluang untuk saling mengenali dan bergaul antara satu sama lain. Pada masa ini terdapat lima buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi, iaitu: • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak Selain Program RIMUP dan Sekolah Wawasan untuk penerapan perpaduan dalam kalangan murid, KPM juga telah memperkenalkan Asrama Malaysia atau AMal yang pada mulanya dikenali sebagai Asrama 1 Malaysia pada tahun 2009. AMal dilaksanakan di empat (4) buah sekolah iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah. Objektif AMal adalah untuk i) memupuk pemahaman terhadap budaya, adat resam dan agama; ii) mewujudkan suasana kehidupan yang memberi peluang kepada murid untuk tinggal, belajar, beriadah bersama-sama dan memahami budaya satu sama lain; iii) menerapkan nilai perpaduan dalam diri murid; dan iv) memastikan murid-murid dapat mengikuti program/aktiviti berbentuk integrasi antara kaum bagi membantu murid-murid merealisasikan matlamat perpaduan. Pada masa yang sama, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga telah berkerjasama dengan KPM supaya semua sekolah menubuhkan Kelab Rukun Negara (KRN) bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 17/2000 : Penubuhan KRN di sekolah-sekolah bertarikh 16 November 2000. Selain itu, penubuhan kelab ini sebagai satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid pelbagai kaum. Pada tahun 2016, pelaksanaan KRN dimantapkan dengan memperkenalkan Modul Silang Budaya sebagai bahan rujukan dan panduan oleh guru penyelaras KRN dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berteraskan budaya, adat resam, kenegaraan, sivik dan moral di sekolah. Selain JPNIN, Jabatan Penerangan Malaysia juga telah mewujudkan Kelab MalaysiaKu di 92 buah sekolah rendah dan 597 buah sekolah menengah untuk menerapkan semangat perpaduan dan cintakan negara
10 Malaysia. Sehingga Disember 2020, terdapat 3443 buah sekolah rendah dan 1434 buah sekolah menengah telah menubuhkan KRN. KPM juga telah memperkenalkan dasar Memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang bertujuan menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia supaya SK menjadi tempat pelbagai kaum dapat berinteraksi antara satu sama lain. Bagi meningkatkan jati diri dan identiti nasional, KPM juga telah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus pada tahun 2014 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang wajib dipelajari oleh semua murid Sekolah rendah. Penerapan perpaduan juga ditekankan melalui komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. Selain itu, sekolah juga digalakkan untuk memperkenalkan mata pelajaran etnik jika didapati munasabah dan pratikal. 1.3 PERPADUAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 PPPM berhasrat menyediakan rakyat Malaysia yang mampu bersaing dan berjaya pada peringkat antarabangsa. Aspirasi untuk melakar kejayaan ini disasarkan melalui dua aspek, iaitu aspirasi sistem pendidikan secara keseluruhan dan aspirasi murid secara individu. Satu daripada keberhasilan dalam aspirasi sistem ialah perpaduan, iaitu sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Satu daripada keberhasilan bagi aspirasi murid pula ialah identiti nasional. Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara dapat memupuk perpaduan dan masa hadapan Malaysia. Dengan wujudnya identiti nasional, setiap murid pasti berbangga menjadi rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semua warga sekolah daripada sosioekonomi, agama, etnik dan lokasi yang berbeza dapat bersatu dan menghargai kepelbagaian untuk mewujudkan identiti nasional selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Gelombang 1 dalam PPPM yang bermula dari tahun 2013 hingga 2025 telah dirancang untuk mengukuhkan perpaduan dalam sistem pendidikan. Langkah yang diambil untuk mengukur tahap perpaduan nasional dalam sistem pendidikan adalah dengan meningkatkan kemahiran berbahasa murid di sekolah jenis kebangsaan bagi memudahkan peralihan ke sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran dan pemudah cara serta urusan rasmi yang berkaitan. 1.4 PENCAPAIAN INISIATIF PERKUKUHAN PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN PADA GELOMBANG 1 KPM terus berusaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid sepanjang Gelombang 1 bagi membolehkan murid-murid sekolah di Malaysia menghargai nilai dan pengalaman dengan menerima kepelbagaian. Pada tahun 2014, sebanyak 20,916 orang pentadbir sekolah terlibat dalam program jerayawara RIMUP merentasi 16 buah negeri bagi memahami pelbagai pendekatan dengan lebih mendalam agar dapat menerapkan konsep baharu RIMUP. Seperti yang digariskan dalam PPPM, KPM akan mengecilkan skop bagi aktiviti di bawah RIMUP untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti seperti sukan, seni dan khidmat masyarakat yang benar-benar terbukti berkesan bagi memupuk persahabatan antara kumpulan murid dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti. Berdasarkan laporan pemeriksaan khas Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) ke atas 78 buah sekolah bandar dan luar bandar yang mempunyai komposisi murid pelbagai etnik, didapati 87.2 peratus atau 68 buah sekolah daripada sekolah yang diperiksa memperlihatkan interaksi positif antara murid berbilang kaum semasa sesi pembelajaran, pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani. Selain itu, 66 buah sekolah (84.6%) melaksanakan RIMUP mengikut lima elemen baharu yang ditetapkan, iaitu Akademik, Jati Diri & Patriotisme, Seni dan Kebudayaan, Permainan dan Sukan, serta Khidmat Masyarakat.
11 Pada tahun 2015, KPM telah menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kurikulum dalam kalangan murid. Sebanyak 10 buah sekolah, merangkumi lima buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah terlibat dalam projek rintis. Dapatan rintis menunjukkan bahawa guru yang melaksanakan aktiviti yang dicadangkan dalam buku panduan tersebut boleh mengaplikasikan ketiga-tiga konstruk perpaduan, iaitu menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian. Buku panduan ini telah disebarluaskan ke sekolah di seluruh negara dengan cara dimuat naik dalam halaman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM iaitu bpk.moe.gov.my. Elemen perpaduan ini juga turut dijelmakan secara eksplisit dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) dan KSSM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral mulai tahun 2017. Melalui hubungan kolaboratif dengan Institut Strategik dan Penyelidikan Antarabangsa (ISIS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPT), KPM telah membangunkan instrumen untuk Indeks Perpaduan bagi mengukur indeks perpaduan di semua jenis sekolah rendah, menengah termasuk sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Pada tahun 2014, kajian ini dijalankan di 136 buah sekolah rendah dan 175 buah sekolah menengah, melibatkan 4,467 orang guru dan 4,639 orang murid, dan mendapati nilai indeks perpaduan ialah 6.9, iaitu dalam tahap sederhana tinggi (erat). Kajian yang dijalankan pada tahun 2018, mendapati bahawa nilai indeks perpaduan untuk guru dan murid pada peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara semakin menurun kepada 5.4 tetapi masih menunjukkan dalam julat sederhana erat. Namun begitu pada tahun 2021 Indeks perpaduan di sekolah telah meningkat kepada 6.27 dan pada tahap sederhana erat. Berdasarkan input data serta maklum balas yang diperoleh, KPM berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengenal pasti bidang yang memerlukan tumpuan yang lebih serius dan melaksanakan intervensi bagi menggalakkan peluang interaksi yang lebih luas merentas semua jenis sekolah. Akhirnya, interaksi antara murid menjadi satu kebiasaan dan tahap integrasi dapat diperbaiki dan dikekalkan. Penerapan perpaduan yang sebenar adalah agak kompleks memandangkan proses integrasi perlu dimantapkan di luar kawasan sekolah. Oleh itu, masyarakat Malaysia secara umumnya perlu memainkan peranan yang lebih signifikan untuk menyemarakkan perpaduan bagi menyokong usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan.
12 BAB 2
13 MATLAMAT DAN ASPIRASI PELAN HALA TUJU PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 2022-2025 2.1 PENGENALAN Pelan Hala Tuju Perpaduan dalam Pendidikan 2022-2025 dibangunkan sebagai satu pelan strategik yang bersepadu bagi memastikan aspirasi dan matlamat perpaduan dalam pendidikan dapat difahami dan dihayati oleh semua murid dan warga pendidik khususnya dan warga Malaysia amnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM 2013–2025) dengan jelas menyatakan bahawa matlamat Gelombang 2 adalah untuk meningkatkan intervensi bagi memupuk perpaduan. Matlamat perpaduan yang digariskan dalam PPPM 2013–2025 adalah supaya semua warga sekolah dapat menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa memerlukan kerjasama dan sokongan padu semua pihak demi menjayakan kemajuan dan pembangunan negara. Bagi mencapai hasrat ini, KPM menjangkakan bahawa menjelang penghujung 2025, semua sekolah di Malaysia mencapai suasana positif melalui pelbagai program perpaduan hasil daripada kerjasama antara sekolah dan komuniti. Matlamat dan aspirasi pelan ini adalah untuk: • meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan warga sekolah tentang perpaduan; menyediakan warga sekolah yang menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian bagi membina Negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu; • memantapkan program dan aktiviti perpaduan sedia ada bagi meningkatkan identiti nasional dalam kalangan murid pada peringkat prasekolah, rendah dan menengah; dan • meningkatkan kerjasama dan sokongan ibu bapa, sektor swasta dan komuniti dalam pemupukan amalan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
14 2.2 ISU DAN CABARAN DALAM PENERAPAN PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara dan kemajuan yang dikecapi sekarang hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum. Matlamat KPM bagi menyokong pembinaan Negara Bangsa Malaysia melalui pengukuhan perpaduan telah pun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, dan dimantapkan dalam pelan-pelan pembangunan pendidikan seperti Pembangunan Pendidikan 2001–2010, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan Kajian Indeks Perpaduan 2014 dan 2016, pemeriksaan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) tahun 2016 dan dapatan makmal perpaduan 2016, KPM masih perlu mempertingkatkan program-program penerapan perpaduan. Antara isu dan cabaran yang telah dikenal pasti berkaitan penerapan perpaduan dalam pendidikan adalah seperti yang berikut: 2.2.1 Peranan dan kefahaman Pemimpin Sekolah dan Guru dalam penerapan Perpaduan di Sekolah Laporan pemeriksaan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) yang dijalankan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa terdapat pengetua dan guru besar (PGB) yang masih belum berperanan secara menyeluruh mengukuhkan amalan perpaduan di sekolah. Laporan 2016 mendapati bahawa daripada 150 buah sekolah yang diperiksa, 66 peratus pemimpin sekolah tidak membincangkan agenda pengukuhan perpaduan dalam mesyuarat sekolah dan lebih 70 peratus tidak menyediakan perancangan pengukuhan perpaduan dalam perancangan strategik, perancangan taktikal dan takwim sekolah. Sebanyak 44 peratus sekolah tidak menubuhkan Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah. Selain itu, pemeriksaan JNJK berkaitan patriotisme juga mendapati bahawa terdapat segelintir sekolah yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan pada hari perhimpunan. Perbandingan Laporan Pemeriksaan JNJK 2014 ke atas 78 buah sekolah menengah dengan komposisi kaum 60:40 mendapati bahawa walaupun 100 peratus mengadakan program perpaduan berdasarkan SPI Bil.17/2000 dan SPI Bil.10/2005 hanya 64 peratus menetapkan kuota pelbagai kaum untuk keahlian dalam kelab/persatuan/badan beruniform dan sukan, serta 84 peratus sekolah menetapkan pemilihan untuk AJK persatuan perlu mengambil kira kepelbagaian kaum. Laporan 2014 mendapati bahawa pelaksanaan program/aktiviti perpaduan di sekolah didapati kurang terancang dan hanya bersifat tempelan. Perancangan program/aktiviti khusus perpaduan kaum dalam kalangan murid di sekolah menengah juga didapati tidak ditakwimkan dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Pelaksanaan program/aktiviti perpaduan berlaku secara ‘ad hoc’ kerana tiada perancangan yang berfokus. Pemeriksaan ini dapat menekankan kepentingan peranan pemimpin sekolah bagi mengeratkan perpaduan di sekolah. Dapatan makmal perpaduan yang dijalankan pada awal tahun 2016 selaras dengan laporan pemeriksaan JNJK bahawa tahap kesedaran dan kefahaman tentang perpaduan mempengaruhi peranan pemimpin sekolah dan guru dalam penerapan perpaduan secara khusus. Terdapat pengetua dan guru besar yang tidak akur akan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan dengan perpaduan dalam pelaksanaan program-program perpaduan dan patriotisme. Program-program perpaduan tidak dirancang dalam perancangan strategik sekolah serta takwim sekolah. Salah satu punca utama yang dikenal pasti adalah tiada kursus atau modul berkaitan perpaduan dan patriotisme dijalankan oleh pihak KPM bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang perpaduan dan patriotisme. Hanya pada tahun 2014, Pusat Pendidikan Kenegaraan diperkenalkan oleh IAB, iaitu perpaduan merupakan sisipan kepada modul utama kursus tersebut. Kursus- kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Kenegaraan ialah i) Teras Pemikiran Islam, ii) Hayati Asas Kenegaraan, iii) Penghayatan Dasar-dasar Kerajaan, iv) Ancaman Keselamatan Negara; v) Penghayatan Rukun Negara; dan vi) Penghayatan Perlembagaan.
15 Dapatan makmal perpaduan mendapati kefahaman perpaduan dalam kalangan warga pendidik hanya terhad kepada perpaduan kaum sahaja menyebabkan sesuatu program perpaduan yang dijalankan menyasarkan pelbagai kaum, dan tidak mengikut takrifan perpaduan yang dinyatakan dalam PPPM 2013–2025 yang menegaskan bahawa perpaduan juga meliputi individu daripada latar belakang sosioekonomi, agama, etnik serta lokasi geografi yang berbeza. Pada tahun 2018, JNJK telah menjalankan pemeriksaan berkaitan Indeks Perpaduan terhadap dua (2) kumpulan iaitu kumpulan pertama seramai 57 orang wakil Pengetua dan Guru Besar (PGB) manakala kumpulan yang kedua seramai 37 wakil PGB daripada negeri yang mempunyai indeks pencapaian rendah dalam indeks perpaduan yang dijalankan pada tahun 2016. Hasil pemeriksaan tersebut menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan ini kerana hampir 97 peratus PGB dapat mengamalkan amalan perpaduan dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, pemeriksaan tersebut masih menunjukkan pencapaian sederhana dalam pengurusan dan pentadbiran program perpaduan. Kajian Pelaksanaan Dasar Perpaduan Pendidikan juga telah dijalankan pada tahun 2018 oleh Price Waterhouse Coopers (PwC) ke atas 239 buah sekolah rendah dan menengah bagi mengetahui kefahaman PGB terhadap dasar berkaitan perpaduan dan pelaksanaan dasar pada peringkat sekolah. Seramai 3277 guru dan 3557 murid telah ditemubual dalam kajian tersebut bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap pelaksanaan program/aktiviti perpaduan di sekolah. Dapatan kajian tersebut mendapati terdapat PGB memahami konsep Perpaduan dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) tetapi kurang kefahaman objektif program RIMUP. Sebanyak 50 peratus sekolah tidak melaksanakan program RIMUP seperti yang diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2005 bertarikh 23 Disember 2005 kerana PGB menyatakan tiada panduan dan peruntukan diturunkan untuk melaksanakan program ini. Selain itu, 28 peratus sekolah tidak mewujudkan KRN seperti yang disarankan oleh KPM kerana tiada panduan dan peruntukan yang diturunkan dinyatakan sebagai punca utama kekangan untuk melaksanakan kelab ini. Pada masa yang sama, terdapat PGB menyatakan bahawa tiada komunikasi terus antara KPM dan sekolah menyebabkan terdapat maklumat yang diterima kurang jelas dan pihak sekolah mendapatkan tambahan maklumat melalui media sosial dan menterjemahkan dasar atau arahan mengikut kefahaman sendiri. Kajian tersebut juga mendapati bahawa pewujudan Sekolah Wawasan tidak mencapai objektif yang dihasratkan kerana Guru Besar yang ada kurang jelas objektif asal sekolah ini serta tiada penerangan dan pemantauan berterusan bagi memastikan kesinambungan objektif serta hasrat Sekolah Wawasan terus dicapai. 2.2.2 Peluang terhad untuk berinteraksi antara kaum Sistem Pendidikan di Malaysia menyediakan pilihan paling luas kepada ibu bapa sama ada menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan, bantuan kerajaan atau swasta daripada peringkat rendah hingga menengah. Walau bagaimanapun, bagi memastikan perpaduan dan identiti nasional dijamin, semua sekolah yang berdaftar dengan KPM wajib mengikuti kurikulum dan peperiksaan yang sama. Namun begitu, bagi sekolah vernakular atau jenis kebangsaan, sekolah-sekolah ini dibenarkan menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar utama.
16 Pewujudan pelbagai jenis sekolah sedia ada mengehadkan interaksi antara kaum. Walaupun dasar Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai tapak untuk menyemai perpaduan antara kaum daripada peringkat awal persekolahan lagi, namun didapati bahawa dasar ini kurang mampu menarik murid pelbagai kaum ke SK. Sehingga Jun 2005, berdasarkan data KPM, didapati hampir 93 peratus murid terdiri daripada bumiputera di SK, manakala hampir 93 peratus terdiri daripada bukan bumiputera di SJKC, dan di SJKT juga majoritinya ialah bukan bumiputera, iaitu sebanyak 99.7 peratus. Dari segi guru juga didapati bahawa terdapat 157,536 orang guru Melayu, 3,228 orang guru Cina, 3,710 orang guru India dan 27,760 guru lain-lain di SK; 3,194 orang guru Melayu, 33,715 orang guru Cina, 165 orang guru India dan 800 orang guru lain-lain di SJKC; dan 404 orang guru Melayu, empat orang guru Cina, 8,814 orang guru India dan 12 orang guru lain-lain di SJKT. Perkara ini juga tidak mendedahkan kepelbagaian kaum dan latar belakang yang pelbagai di sekolah. Peningkatan ibu bapa beragama Islam menghantar anak-anak ke sekolah agama dan tahfiz yang tidak berdaftar dengan KPM juga menyebabkan murid-murid ini tidak mempelajari kurikulum kebangsaan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kaum-kaum lain memilih untuk menghantar anak- anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan, atau sekolah swasta, dan ke sekolah- sekolah antarabangsa bagi mereka yang berkemampuan. Murid-murid yang belajar di sekolah antarabangsa pula mengikuti kurikulum yang ditawarkan oleh sekolah masing-masing. Perkara sedemikian melebarkan jurang perpaduan antara kaum dan sosioekonomi kerana tiada peluang untuk mereka berinteraksi. Bagi meningkatkan interaksi antara kaum di pelbagai jenis sekolah, KPM telah memperkenalkan RIMUP mulai tahun 1986. Di bawah PPPM 2013-2025, RIMUP dirancang diperluas pelaksanaannya supaya setiap sekolah dapat menyertai sekurang-kurangnya dua aktiviti integrasi antara sekolah pada setiap tahun dengan tumpuan kepada elemen sukan dan permainan, kesenian dan kebudayaan serta jati diri dan patriotisme. Pada tahun 2014, sebanyak 2,399 buah sekolah dalam kelompok telah melaksanakan aktiviti integrasi di bawah RIMUP. Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, atas kekangan kewangan, hanya 841 sekolah di tujuh buah negeri sahaja melaksanakan RIMUP. Pada tahun 2016, aktiviti integrasi di bawah RIMUP dilaksanakan mengikut zon. Pelaksanaan RIMUP tidak melibatkan keseluruhan sekolah tetapi murid-murid yang terpilih sahaja, dan ini mengakibatkan hanya segelintir murid berpeluang untuk berinteraksi dengan kaum lain melalui aktiviti/program integrasi sama ada di peringkat kelompok, daerah atau negeri. Sekolah Wawasan yang diperkenalkan pada tahun 2003 masih kekal sebanyak lima buah sahaja, walaupun tujuan penubuhan SK, SJKC dan SJKT dalam kawasan yang sama adalah untuk menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum. Peluasan tidak dilakukan atas beberapa sebab, dan keadaan ini menyebabkan peluasan Sekolah Wawasan ke seluruh negara terhenti sehingga kini. Kajian Pelaksanaan Dasar Perpaduan dalam Pendidikan yang dijalankan oleh PwC pada 2018 telah mendapati bahawa pewujudan Sekolah Wawasan tidak mencapai objektif yang dihasratkan kerana Guru Besar yang ada kurang jelas mengenai hasrat dan objektif asal penubuhan Sekolah Wawasan. Perkara ini menyebabkan SK, SJKC dan SJKT yang wujud dalam satu kompleks menjalankan aktiviti seperti sekolah-sekolah lain. Pada tahun 2012, KPM telah memperkenalkan AMal iaitu asrama harian yang menempatkan murid pelbagai kaum supaya murid-murid ini dapat mengenali dan memahami budaya kaum-kaum lain di Malaysia apabila tinggal bersama-sama di bawah satu premis. Kajian tersebut mendapati 80 peratus murid yang tinggal di asrama ini menyatakan mereka lebih mengenali dan memahami budaya kaum-kaum lain berbanding sebelum tinggal di asrama.
17 2.2.3 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Sekolah kerajaan dan swasta yang berdaftar dengan KPM akur dengan penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama, tetapi pengunaan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi tidak meluas di SJKC dan SJKT berbanding bahasa ibunda masing-masing. Dari segi bahasa yang paling banyak digunakan dalam perbualan harian, kajian indeks perpaduan tahun 2016 mendapati bahawa penguasaan sesuatu bahasa tidak memainkan peranan utama bagi memupuk perpaduan, dan ini menunjukkan bahawa keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi dalam apajua bahasa berupaya memupuk perpaduan. PPPM 2013–2025 berhasrat untuk meningkatkan standard bahasa Melayu di SJKC dan SJKT supaya setanding dengan standard bahasa Melayu di SK bagi memastikan semua murid di SJKC dan SJKT berkebolehan dalam persekitaran yang menggunakan bahasa Melayu dan seterusnya tidak lagi mengikuti kelas peralihan.manapun, setelah berakhir Gelombang 1, atas kemahuan dan desakan pejuang pendidikan berkenaan, didapati bahawa usaha untuk meningkatkan waktu pembelajaran serta standard bahasa Melayu di SJKC dan SJKT masih tidak mencapai hasrat yang digariskan dalam PPPM 2013–2025. Selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM), dan untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah fasih dan betul, maka pada tahun 2015 Ujian Keberkesanan Bahasa Melayu (UKBM) telah dijalankan oleh BPG dan UPM ke atas 9,690 guru-guru bukan opsyen yang mengajarkan bahasa Melayu dan 471 orang guru opsyen bahasa Melayu yang mengajar di SK, SJKC, SJKT dan SABK. Tujuan ujian ini adalah bagi menguji kecekapan berbahasa meliputi kemahiran mendengar , membaca, menulis dan bertutur guru-guru berkenaan. Dapatan ujian ini menunjukkan bahawa hanya 58.95 peratus guru bukan opsyen bahasa Melayu dan 70.7 peratus guru opsyen didapati sesuai mengajar bahasa Melayu. Dapatan ujian ini juga menunjukkan bahawa sebanyak 74.19 peratus guru di SJKC, 14.52 peratus di SK dan 11.29 peratus di SJKT mencapai tahap terendah 1 hingga 3 dan mereka ini tidak sesuai mengajar bahasa Melayu. 2.2.4 Sokongan Masyarakat dalam Program Perpaduan Media massa dan media sosial pada masa ini banyak mempengaruhi persepsi murid terhadap konflik perkauman di Malaysia. Berita-berita yang disampaikan berupaya mempengaruhi usaha-usaha pemupukan perpaduan. Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata bahawa walaupun penggunaan media sosial ialah alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, penggunaan media sosial juga telah disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan maklumat salah. Semasa makmal juga dibincangkan pengaruh berita global yang mempengaruhi masyarakat terhadap jati diri dan semangat patriotisme tetapi tiada data untuk membuktikan perkara ini sememangnya berlaku. Cabaran-cabaran yang dihadapi ini menjadi sebab kepada keperluan untuk membangunkan satu pelan hala tuju untuk perpaduan dalam pendidikan di Malaysia. Untuk itu, KPM berhasrat melaksanakan Pelan Hala Tuju Perpaduan dalam Pendidikan dalam jangka masa lapan tahun berfokuskan tiga bidang utama, iaitu dasar, sekolah dan komuniti. KPM berhasrat agar menjelang penghujung 2025, semua sekolah di Malaysia dapat mencapai suasana positif melalui pelbagai program perpaduan meliputi tiga bidang tersebut hasil kerjasama dan kolaboratif strategik antara sekolah dengan komuniti.
18 BAB 3 PEMANTAPAN PELAKSANAAN DASAR
19 PEMANTAPAN PELAKSANAAN DASAR PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN 3.1 ISU DAN CABARAN Dasar perpaduan dalam pendidikan telah sedia ada bermula sejak pilihanraya 1955, dan satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak, iaitu Penyata Razak. Tujuan penyata berkenaan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dengan mengekalkan dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini. Penyata tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu dan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. PPPM 2013-2025, juga menitikberatkan hal perpaduan dengan meletakkan identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara. Identiti nasional dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi menghayati kepelbagaian. Selari dengan hasrat PPPM ini, Makmal Perpaduan telah diadakan pada tahun 2016 untuk mengenal pasti beberapa isu serta cabaran berkenaan pelaksanaan dasar perpaduan dalam konteks pendidikan. Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarkan pada 15 Februari 2021 telah menggariskan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab; serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. Penggubalan Dasar Perpaduan Negara yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, yang selaras dengan dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima tahun juga telah diselaraskan dengan Pelan Hala Tuju Perpaduan Dalam Pendidikan 2022-2025 ini agar warga pendidikan dapat turut sama menjadi ejen penggerak perpaduan di samping agensiagensi kerajaan yang lain , pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan pemegang taruh berkaitan. 3.1.1 Pelaksanaan dasar-dasar perpaduan dalam pendidikan Dapatan Laporan Kajian Pengukuran Tahap Perpaduan 2016 oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mendapati bahawa indeks perpaduan dalam kalangan guru dan murid menurun daripada 6.9 tahun 2014 kepada 6.6 pada tahun 2016 dan semakin menurun pada tahun 2018 kepada 5.4. Laporan berkenaan juga mendapati bahawa kebanyakan pelaksanaan program dan aktiviti perpaduan dan patriotisme arahan KPM seperti RIMUP, Kelab Rukun Negara dan sambutan bulan kemerdekaan cenderung mengamalkan pelaksanaan arahan dasar seperti di atas secara rutin dan sementara. Terdapat beberapa buah sekolah yang tidak akur dengan arahan SPI bilangan 17/2000 yang mewajibkan penubuhan kelab Rukun Negara di sekolah menengah dan digalakkan penubuhannya di sekolah rendah. Di samping itu, kajian berkenaan juga mendapati bahawa sebilangan sekolah tidak memberi perhatian terhadap dasar yang mewajibkan lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah termasuklah sebahagian kecil sekolah yang tidak menaikkan bendera semasa menyanyikan lagu kebangsaan yang merupakan arahan dasar melalui SPI Bil. 4/1984: Perhimpunan Sekolah.
20 Kajian yang dijalankan oleh PwC mendapati PGB yang ditemubual menyatakan dasar-dasar termasuk pernyataan dasar Perpaduan Nasional Menerusi Pendidikan (PNMP) yang digubal pada peringkat KPM lebih kepada aspirasi secara umum dan “high-level”. Mereka juga menyatakan penataran dasar atau program melalui sesi taklimat dan Surat Pekeliling Iktisas tanpa panduan yang terperinci tidak memadai untuk pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti menyebabkan mereka akan menterjemahkan dasar-dasar mengikut pengetahuan dan kesesuaian sekolah. Mereka lebih banyak bergantung kepada maklumat yang diterima melalui media sosial. Dapatan kajian tersebut juga mendapati 75 peratus guru akan menggunakan media sosial untuk mendapat penjelasan mengenai sesuatu dasar, garis panduan dan SPI. PGB dan guru juga mengakui pendedahan terhadap dasar-dasar sedia ada termasuk berkaitan perpaduan kurang diberi penekanan semasa mengikuti latihan kepengetuaan atau semasa sesi induksi selepas lantikan. Penegasan kepentingan perpaduan juga didapati tidak selaras, tidak berterusan dan tidak dinyatakan dengan ketara dalam arahan yang dikeluarkan oleh KPM menyebabkan terdapat pihak sekolah merasakan bahawa pemupukan perpaduan hanya memadai dalam pelaksanaan program-program khusus yang diarahkan seperti RIMUP atau perkara yang dinyatakan dalam SPI sahaja. Selain itu, tiada pengikhtirafan dan galakan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berjaya dalam menerapkan perpaduan dengan baik, sebaliknya penghargaan lebih diberikan kepada sekolah yang menunjukkan kejayaan dalam bidang akademik menyebabkan kebanyakan sekolah akan memberi lebih fokus kepada akademik. 3.1.2 Pendidikan berfokus kepada pencapaian akademik Kecemerlangan akademik yang dituntut oleh KPM, ibu bapa dan masyarakat merupakan salah satu punca pihak sekolah memberi lebih penekanan kepada kecemerlangan akademik daripada pemupukan perpaduan dan kemahiran insaniah serta pembangunan sahsiah murid. PGB mengakui bahawa kepentingan kemahiran insaniah dan pemupukan nilai-nilai murni, namun kerana tekanan untuk mencapai prestasi cemerlang dalam akademik menyebabkan pemupukan perpaduan dan nilai kurang diberikan keutamaan. Dapatan kajian juga mendapati sesi perjumpaan dengan pihak PPD dengan pihak sekolah masih memberi keutamaan kepada akademik berbanding dengan hal-hal berkaitan dengan pemupukan perpaduan dan nilai. Selain itu, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang digunapakai dalam penarafan kendiri sekolah juga memberi penekanan kepada kualiti pengurusan sekolah dalam pencapaian akademik . Oleh yang demikian, pada tahun 2016, SKPMg2 telah dibangunkan menggantikan SKPM supaya penarafan kendiri sekolah lebih bersifat menyeluruh termasuk menaraf elemen perpaduan.
21 3.2 STRATEGI PELAKSANAAN Berdasarkan isu-isu yang telah dikenal pasti, beberapa cadangan strategi pelaksanaan telah disenaraikan dengan pendekatan yang sesuai dan berimpak tinggi serta mengambil kira tahap kesukaran pelaksanaan dan kompleksiti penyelesaian yang diambil. Dua strategi pelaksanaan yang telah digariskan seperti yang berikut: 3.2.1 Pemantapan Penggubalan Dasar-dasar Pendidikan Dalam memastikan perpaduan dapat dihayati dan diamalkan oleh semua murid dalam semua peringkat pendidikan, dicadangkan prinsip perpaduan iaitu menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian budaya, kaum serta agama. Kajian tersebut menyatakan golongan minoriti dan kelainan upaya perlu dinyatakan dengan tegas dan jelas merentas semua dasar-dasar pendidikan yang digubal. Perkara ini penting supaya semua pihak pelaksana dari peringkat kementerian sehingga institusi pendidikan termasuk sekolah menyedari dan memahami keperluan untuk memupuk perpaduan dalam setiap program, aktiviti dan tindakan yang dilaksanakan. Pemupukan perpaduan perlu dilakukan secara berterusan dan tidak terbatas semasa program khusus seperti RIMUP ataupun pada bulan tertentu sahaja. 3.2.2 Pengiktirafan terhadap perlaksanaan dasar perpaduan di sekolah Pemantapan pelaksanaan dasar perpaduan boleh dilaksanakan melalui pengiktirafan terhadap pelaksanaan perpaduan di sekolah. Pengiktirafan ini dapat menjadi pemangkin kepada sekolah untuk terus melaksanakan program perpaduan dan memastikan kemapanan program berkenaan. Hal ini dilaksanakan melalui pembangunan mekanisme khusus yang mengiktiraf sekolah yang berjaya melaksanakan dasar berkaitan perpaduan melalui pelaksanaan program secara berkesan dan positif. Pengiktirafan berkenaan seterusnya dapat menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah lain yang ingin mempelajari atau menjadi rujukan bagi melaksanakan amalan terbaik program perpaduan. Strategi pelaksanaan ini diperkukuh dengan dapatan tinjauan dalam talian oleh pihak KPM pada 2016 yang menunjukkan bahawa 62.2 peratus orang awam bersetuju bahawa pengiktirafan dan penghargaan perlu diberi kepada sekolah yang mempamerkan identiti nasional yang positif.
22 3.3 PELAN TINDAKAN Berdasarkan strategi pelaksanaan yang telah dirangka, beberapa pelan tindakan telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memastikan dasar-dasar pendidikan yang digubal dapat dimantapkan dan ditambahbaik seperti yang dinyatakan di bawah. Perincian tempoh masa pelaksanaan, bahagian yang bertanggungjawab akan ditunjukkan dalam jadual yang dilampirkan. 3.3.1 Menerapkan perpaduan merentas semua dasar pendidikan yang digubal KPM perlu mengkaji semula dasar pendidkan supaya semua dasar yang digubal perlu menerapkan prinsip perpaduan iaitu menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian secara inklusif, jelas, terperinci dan menyeluruh. Dasar pendidikan yang digubal untuk masa hadapan dicadangkan mengambil kira perkara-perkara berikut seperti: i) pengetahuan dan kefahaman budaya pelbagai kaum dan etnik di Malaysia; ii) pengetahuan sejarah penubuhan Malaysia; dan iii) pengetahuan sumbangan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah: a) Mewujudkan Jawatankuasa Perpaduan KPM terdiri daripada pemegang taruh dalam dan luar kementerian serta melibatkan pihak seperti kumpulan agama, kumpulan Orang Asli dan minoriti, termasuk ikon-ikon dalam kumpulan tertentu; b) Mengkaji dan menambahbaik dasar-dasar pendidikan sedia ada dengan memasukkan prinsip perpaduan serta menjelaskan perincian peranan pemegang taruh; dan c) Mempromosi kelebihan sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan utama berbanding sekolah swasta. 3.3.2 Menyediakan pengiktirafan kepada sekolah melaksanakan perpaduan KPM dicadangkan mewujudkan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang berjaya memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah masing-masing. Pada masa ini, pengiktirafan lebih kepada sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kurang pengiktirafan kepada sekolahsekolah yang berjaya mengamalkan semangat perpaduan dan nilai-nilai murni sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun aktiviti di luar bilik darjah agar pelaksanaan dasar perpaduan yang berkesan dan positif di sekolah. Pihak JNJK telah pun menambahbaik Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan memasukkan elemen pelaksanaan perpaduan dalam di sekolah. Hasil pemeriksaan JNJK ke atas 97 buah sekolah, hampir 92 peratus sekolah mengamalkan perpaduan secara langsung atau tidak langsung. Pengiktirafan ini penting supaya semua sekolah tidak hanya memberi tumpuan kepada pencapaian akademik sebaliknya sekolah berusaha membentukan murid yang holistik dan berketrampilan dari segi akademik dan sahsiah diri, serta mempunyai jati diri dan identiti nasional yang tinggi.
23 15 Pelan Hala Tuju
24 BAB 4 PEMANTAPAN PELAKSANAAN PERPADUAN DI SEKOLAH
25 PEMANTAPAN PELAKSANAAN PERPADUAN DI SEKOLAH 4.1 ISU DAN CABARAN Peranan sekolah sebagai platform terawal untuk menerapkan kefahaman dan kepentingan integrasi antara warganegara berbilang kaum diterajui oleh pemimpin-pemimpin sekolah serta guru-guru. Golongan warga pendidik ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai yang menyokong perpaduan untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan sahsiah para murid agar menghormati, menerima serta meraikan kepelbagaian. Antara isu dan cabaran yang dihadapi di sekolah seperti yang dinyatakan di bawah; 4.1.1 Kefahaman Pemimpin Sekolah dan Guru dalam Pelaksanaan Program Berunsur Perpaduan Dapatan makmal mendapati salah satu isu utama penerapan nilai perpaduan kurang berkesan di sekolah kerana tahap kefahaman dan penghayatan pemimpin sekolah yang rendah tentang pelaksanaan program berunsur perpaduan. Berdasarkan laporan JNJK, masih terdapat sebilangan pemimpin sekolah melaksanakan program perpaduan secara berasingan dan bukannya diterapkan secara menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah untuk mencapai keberhasilan murid. Ramai guru yang ditemubual menyatakan hasrat untuk melaksanakan program perpaduan dengan berkesan, tetapi kebanyakan menyatakan kursus-kursus yang dihadiri lebih memberi penekanan tentang kurikulum menyebabkan mereka perlu mendapat maklumat melalui media sosial atau rakan guru yang mempunyai pengalaman bagi pelaksanaan program berbentuk perpaduan. Kenyataan yang diberikan oleh PGB dan guruguru ini menyokong dapatan kajian makmal pada tahun 2016 yang mendapati elemen perpaduan kurang diberi penekanan dan tiada kerangka khusus dalam kursus-kursus untuk pemimpin sekolah dan guru-guru sebelum ini. Oleh sebab itu, pemimpin sekolah dan guru-guru menerapkan semangat perpaduan berdasarkan kefahaman dan pengetahuan sedia ada. Pada masa ini, kebanyakan pemimpin sekolah berpendapat bahawa tindakan bagi meningkatkan perpaduan tertumpu kepada RIMUP sahaja. Di sekolah yang melaksanakan Kelab Rukun Negara (KRN) walaupun modul dan latihan telah diberikan didapati cabaran yang sama iaitu kurang kefahaman guru untuk memahami objektif dan konsep penubuhan kelab menyebabkan aktviti yang digariskan dalam Buku Panduan KRN tidak dijalankan sepenuhnya. Murid menyatakan aktiviti di bawah KRN kurang menarik menyebabkan mereka memilih untuk menyertai kelabkelab lain. 4.1.2 Kemahiran menerapkan nilai perpaduan melalui pedagogi Dapatan kajian makmal dan temubual yang dijalankan ke atas guru oleh PwC mendapati bahawa semasa pra latihan tiada kursus khusus atau kaedah mahupun pendekatan yang berstruktur untuk penerapan perpaduan dan nilai. Walau bagaimana elemen perpaduan lebih diterapkan semasa aktviti luar kuliah atau kokurikulum. Kebanyakan guru akan menggunakan pengetahuan sedia ada atau mendapatkan amalan terbaik melalui guru-guru yang lebih berpengalaman ataupun dari media. Tanpa persediaan pedagogi yang khusus menyebabkan terdapat guru yang menerapkan perpaduan mengikut takrifan, kefahaman dan pengetahuan mereka masing-masing.
26 Selain itu, faktor yang turut menyumbang kepada isu ini kerana tumpuan sekolah kepada pencapaian akademik yang cemerlang. Faktor – faktor lain seperti latar belakang, sosiobudaya dan pendedahan kepada budaya dan adat yang pelbagai juga mempengaruhi guru dalam penerapan perpaduan dalam dan luar bilik darjah. 4.1.3 Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terhad Kepentingan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini melebihi sekadar komunikasi atau akademik, malah sebagai pemangkin kepada perpaduan negara. Di sekolah-sekolah jenis vernakular, didapati murid-murid kurang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi kerana bahasa pengantar sekolah-sekolah tersebut ialah bahasa ibunda masing-masing. Hal ini menyumbang kepada jurang kebolehan berkomunikasi antara kaum yang lebih besar terutamanya di luar sekolah, walau bagaimanapun tidak dinafikan murid-murid yang belajar di sekolah vernakular ini berkebolehan untuk bertutur lebih daripada satu bahasa selain daripada bahasa inunda masing-masing. 4.2 STRATEGI PELAKSANAAN 4.2.1 Peningkatan kefahaman pemimpin sekolah dan guru dalam pelaksanaan program berkaitan perpaduan Semua PGB akan diwajibkan mengikuti latihan khusus mengenai perpaduan dan pembentukan nilai murni kerana pengetahuan dan pemahaman pemimpin sekolah dalam penghayatan perpaduan pada peringkat sekolah penting bagi memperkukuh perpaduan murid. Dengan latihan yang diberikan ini semua pemimpin sekolah akan mempunyai kefahaman yang sama mengenai takrifan perpaduan yang dihasratkan oleh KPM. Modul latihan yang holistik bagi pemimpin sekolah melibatkan pihak berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti dan lain-lain secara aktif disediakan oleh IAB. 4.2.2 Pengukuhan penerapan kemahiran perpaduan dalam kurikulum dan kokurikulum Pada masa ini, elemen perpaduan yang khusus hanya termasuk dalam dua subjek, iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, dan diterapkan secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran. Namun, perpaduan diberi penekanan semasa aktiviti kokurikulum. KPM akan membangunkan pendekatan dan berstruktur khusus semasa pra latihan dan guru dalam perkhidmatan supaya guru-guru dapat menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam penerapan perpaduan. KPM juga berpendapat bahawa elemen perpaduan yang merentas kurikulum dapat memberi cetusan idea dan inspirasi kepada guru bagi menerapkan perpaduan dan memastikan unsur perpaduan sentiasa menjadi agenda utama. Pelaksanaan prorgram-program berbentuk perpaduan juga diberi penekanan dalam aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum termasuk sukan dan permainan. Walau bagaimanapun, didapati pelaksanaan program-program tidak konsisten di semua sekolah dan keberkesanan program bergantung kepada komitmen guru dan pemimpin sekolah. Bagi mengukuhkan pelaksanaan program untuk penerapan perpaduan telah disyorkan supaya pendekatan pelaksanaan program-program perpaduan di luar bilik darjah ditambahbaik dan dimantap dengan mengkaji dan menyelaras semula semua program sedia ada berkaitan perpaduan seperti RIMUP, KRN dan Kelab MalaysiaKu. Walaupun dasar dan arahan telah ada, namun dicadangkan perlu diwujudkan satu mekanisme pemantauan yang lebih berstruktur bagi pengukuran nilai dan perpaduan pada peringkat sekolah. Selain itu, pengiktirafan perlu diberikan kepada sekolah yang dapat mengamalkan budaya memupuk perpaduan dan nilai murni.
27 4.2.3 Pemerkasaan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris KPM menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu menguasai dan fasih dalam dwi bahasa dengan keutamaan kepada Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). KPM akan meningkatkan program yang dapat memartabatkan BM dan memperkukuh BI, selaras dengan aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025, bagi melahirkan masyarakat yang dapat menguasai dan fasih dalam sekurang-kurang dwi bahasa serta mampu berkomunikasi dengan berkesan. Justeru itu harapan KPM, dengan penguasaan bahasa yang baik akan dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Dalam memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris, KPM telah menggunakan Commonwealth Europen Framework Reference (CEFR) untuk mengukur tahap pencapaian Bahasa Inggeris pelajar dan guru di Malaysia supaya setanding secara global. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu, KPM sedang mewujudkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang setanding dengan CEFR yang dapat menjadi pengukur standard penguasaan bahasa Melayu bermula daripada peringkat prasekolah hingga pendidikan tinggi. 4.3 PELAN TINDAKAN 4.3.1 Melaksanakan latihan berterusan dalam pemupukan perpaduan untuk pemimpin sekolah Pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting dan berterusan bagi melaksanakan dan menjayakan agenda perpaduan di sekolah masing-masing. Bagi tujuan meningkatkan tahap kefahaman mengenai perpaduan dalam kalangan warga sekolah, IAB telah pun melaksanakan Kursus Penerapan Nilai Perpaduan untuk meningkatkan pengetahuan dalam kalangan PGB mengenai kepentingan dan pendekatan yang terbaik dalam penerapan perpaduan dalam kalangan guru serta murid di sekolah. Modul latihan yang dibangunkan ini memberi tumpuan kepada memperteguh keupayaan menerima, mengurus dan menghormati kepelbagaian kaum, budaya, sosioekonomi dan agama yang ada di Malaysia bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan bersatu padu. Kursus ini akan dijalankan secara berterusan dan dijadikan sebagai kursus wajib bukan sahaja kepada pemimpin sekolah tetapi dicadangkan sebagai salah satu kursus dalam perkhidmatan untuk guru-guru. Selain itu, pegawai-pegawai pada peringkat daerah dan negeri juga akan dilatih untuk memastikan mereka memahami kepentingan agenda perpaduan kepada negara. 4.3.2 Memantapkan penerapkan perpaduan merentas kurikulum dan kokurikulum Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kurikulum yang dibangunkan pada tahun 2015 bertujuan sebagai panduan kepada guru-guru menerapkan prinsip menerima, mengurus dan menghormati kepelbagaian supaya dapat memupuk perpaduan dan akhirnya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai identiti nasional yang dibanggakan. Dalam semakan kurikulum yang dijalankan oleh KPM bermula dari tahun 2017, dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) elemen perpaduan telah dijelmakan secara tersurat (eksplisit). KPM juga akan menerapkan perpaduan ke dalam pedagogi mata pelajaran yang lain secara merentas kurikulum termasuk dalam pengajaran Pendidikan Seni dan Kebudayaan. Elemen Kelestarian Global yang mengandungi kemahiran perpaduan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai salah satu Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Penerapan elemen ini bertujuan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan semua murid tanpa batasan agama, bangsa, budaya dan bahasa. Penerapan kemahiran perpaduan ke dalam pedagogi mata pelajaran secara merentas kurikulum akan diperkukuhkan semasa peringkat pra perkhidmatan untuk bakal-bakal guru, manakala guru-guru dalam perkhidmatan perlu dilatih semula bagi memantapkan pedagogi merentas kurikulum. Pembangunan latihan
28 berterusan dalam kalangan guru akan dimantapkan khususnya pemupukan nilai-nilai murni, perpaduan dan pengetahun sivik merentas kurikulum bagi memastikan sekolah dapat melahirkan murid yang mempunyai identiti nasional yang tinggi. KPM akan memperkenalkan semula Pendidikan Sivik bermula daripada prasekolah sehingga menengah atas bagi melahirkan warganegara Malaysia yang lebih prihatin dan penyayang serta mempunyai sikap sivik yang tinggi. Dalam memastikan pembentukan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid, KPM akan menggalakkan aktiviti kesukarelawan sebagai projek dalam dan luar kelas bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai nilai dan perpaduan. KPM dicadangkan untuk mengkaji semula mekanisma pelaksanaan RIMUP dan memberi nafas baharu supaya semua sekolah dapat menerapkan perpaduan dalam semua aktiviti kokurikulum di sekolah dan tidak terbatas kepada kelompok sekolah yang dikenalpasti sahaja. Selain itu, konsep RIMUP perlu diperjelaskan secara berterusan kepada semua pemimpin sekolah dan guru supaya warga sekolah dapat memahami objektif sebenar RIMUP dijalankan. Kelab dan persatuan yang berfokus kepada perpaduan dan kewargenegaraan perlu diselaraskan supaya pihak sekolah lebih berfokus kepada penyampaian dan objektif penubuhan kelab tersebut, kerana terdapat sekolah tidak menjalankan modul-modul yang disediakan seperti yang dihasratkan. Bagi memasikan sekolah-sekolah sentiasa mengamalkan dan membudayakan perpaduan dan nilai-nilai murni, seperti yang telah dinyatakan dalam Bab 3, para 3.2.2, pengiktirafan kecemerlangan sekolah perlu mengambil kira kepada sekolah yang berjaya menerapkan nilai-nilai teras dan perpaduan dalam kalangan pelajarpelajarnya. 4.3.3 Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di bawah MPMMBI. Kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik amat penting bagi merapatkan hubungan masyarakat berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa. Oleh itu, KPM akan mempertingkatkan Program MBMMBI di sekolah dengan menganjurkan dan melaksanakan aktiviti yang menerapkan nilai cinta akan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Antara objektif MBMMBI adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa ini di dalam kelas dan aktiviti luar bilik darjah. Bagi memastikan kejayaan program ini, satu pelan yang mantap telah disediakan dengan beberapa inisiatif dan aktiviti dikenal pasti bagi mencapai matlamat. Sebanyak tiga belas inisiatif dan lapan strategi utama di bawah Dasar MBMMBI yang berpandukan Rancangan Malaysia ke-10 telah digariskan. Berikut ialah rumusan ringkas lapan strategi berkenaan: Strategi 1: Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Strategi 2: Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Strategi 3: Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen Strategi 4: Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding dan Pembantu Guru Strategi 5: Memperluas Penggunaan Bahan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Strategi 6: Memperluas Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa Strategi 7: Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti Bahasa di Luar Bilik Darjah Strategi 8: Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid
29
30 BAB 5 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN
31 SOKONGAN KOMUNITI DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN 5.1 ISU DAN CABARAN Komuniti memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan murid. Peranan komuniti dalam pemupukan perpaduan dapat dilihat sejak dilancarkan Skim Rukun Tetangga pada 29 Ogos 1975 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat awal penubuhannya adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan tertentu berikutan kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Namun begitu, masih terdapat cabaran-cabaran yang melibatkan komuniti yang mempengaruhi nilai murid khususnya dalam konteks perpaduan yang perlu ditangani. 5.1.1 Indikator tahap perpaduan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan indeks yang dihasilkan dengan mengambil kira kes membabitkan rusuhan, demonstrasi, pergaduhan antara kaum, konflik dan isu sensitif yang berlaku di dalam negara. Indeks yang tinggi mencerminkan tahap perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) pada suku 2016 telah menunjukkan bahawa bagi sejuta penduduk ialah 9.2 dengan jumlah kes yang menyumbang kepada ketegangan sebanyak 1,096. Walaupun IKM 2016 adalah lebih baik daripada IKM 2015 (IKM – 9.6; Jumlah kes – 1,098), penurunan IKM tidaklah ketara, namun bilangan kes sedikit meningkat. Indeks ini sekiranya menurun secara berterusan dapat mempengaruhi peranan komuniti bagi memantapkan perpaduan termasuk perpaduan dalam kalangan murid. Kebimbangan ini diperkukuh dengan kedudukan Malaysia dalam Global Peace Index (GPI). GPI ialah pengukuran bagi kedudukan keamanan suatu negara yang dikendalikan oleh pertubuhan antarabangsa. GPI bagi Malaysia telah menurun daripada tangga ke-22 (daripada 161 negara) pada tahun 2011 ke tangga ke-35 (daripada 163 negara) pada tahun 2017. 5.1.2 Taburan penduduk mengikut kaum Taburan kaum dalam satu kawasan merupakan satu cabaran yang sangat sukar dikawal. Sekiranya tiada berbilang kaum di satu-satu tempat, platform untuk berinteraksi dan memahami kepelbagaian sangat terhad. Berdasarkan banci penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan bahawa taburan kaum di beberapa buah negeri tidak seimbang, contohnya di Kelantan, 96.3 peratus penduduknya terdiri daripada bumiputera; di Terengganu, 97.16 peratus ialah penduduk bumiputera; di Pahang, 70.58 peratus ialah penduduk bumiputera; dan di Putrajaya, sebanyak 98.09 peratus ialah bumiputera. Kajian Indeks Perpaduan dalam Kalangan Murid dan Guru 2016 pula menunjukkan bahawa negeri-negeri ini memperoleh nilai indeks yang rendah berbanding Indeks Perpaduan Kebangsaan.
32 5.2 STRATEGI PELAKSANAAN 5.2.1 Pewujudan persekitaran positif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid, keluarga dan komuniti Persekitaran yang harmoni dan kondusif adalah penting bagi memastikan pemupukan dan penerapan amalan nilai-nilai murni dapat dimapankan dalam kalangan murid, keluarga dan komuniti. Kemenjadian murid bukan tanggungjawab KPM semata-mata kerana selepas waktu persekolahan, murid kembali ke komuniti, persekitaran tempat tinggal mereka. Melalui program yang dirangka bersama-sama KPM dan komuniti, kerajaan akan terus memastikan keharmonian negara yang pada masa ini diukur melalui Global Peace indek (GPI) dan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) bertambah baik dengan melaksanakan pelbagai intervensi yang berfokuskan kepada komuniti, media massa dan media sosial. Untuk memastikan perpaduan dapat dimantapkan di Malaysia, semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan masing-masing daripada pemimpin kerajaan, pemimpin masyarakat, pemimpin sekolah termasuk komuniti setempat kerana tanggungjawab menyemarakkan keharmonian masyarakat Malaysia adalah tanggungjawab bersama. 5.2.2 Peningkatan kerjasama dengan pemegang taruh dalam pelaksanaan program perpaduan yang mapan KPM akan memupuk dan menerapkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah dan komuniti sebagai satu usaha berterusan bagi menangani ancaman-ancaman yang sentiasa mencari peluang untuk menggugat keharmonian masyarakat Malaysia. KPM juga akan mempertingkatkan program-program perpaduan untuk setiap lapisan masyarakat dan peringkat umur. Kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya agensi awam, agensi swasta dan komuniti amatlah perlu kerana pemegang taruh ini mempunyai kepakaran, sumber serta pendekatan yang tertentu bagi melaksanakan program-program perpaduan dalam komuniti. Maka, KPM akan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kerjasama dengan pemegang taruh dalam penganjuran dan pelaksanaan program perpaduan sebagai keutamaan. 5.2.3 Peningkatan pelibatan sektor swasta dan agensi awam bagi membiayai dan mengadakan jalinan strategik berkaitan program pembangunan komuniti untuk perpaduan Kerjasama bersama sektor swasta dan agensi awam berpotensi untuk mengembangkan program pembinaan komuniti untuk perpaduan. Melalui amalan-amalan Tanggungjawab Sosial Korporat, sektor swasta menyasarkan pembangunan komuniti sebagai satu daripada focal point untuk program-program yang memberikan impak positif kepada komuniti yang terlibat bagi menggalakkan pertumbuhan yang mapan dalam kalangan rakyat Malaysia. KPM akan mengambil inisiatif untuk meningkatkan pelibatan sektor swasta dan agensi awam dalam aktiviti pembangunan komuniti untuk perpaduan dengan memperbanyak informasi dan pemasaran kepada sektor swasta, dan membuka lebih banyak platform untuk berkolaboratif dengan sektor awam.
33 5.3 PELAN TINDAKAN 5.3.1 Melaksanakan program-program pembinaan kapasiti modal insan bagi pemimpin komuniti Pemimpin komuniti seperti ketua kampung, ketua rukun tetangga, ketua perumahan, ketua rumah ibadat dan pemimpin pertubuhan siasah dalam komuniti berperanan menggerakkan program-program perpaduan termasuk menyelesaikan isu yang menyebabkan ketegangan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, KPM memberi fokus kepada peningkatan peranan pemimpin dalam komuniti melalui program kapasiti modul insan untuk membangunkan dan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pemimpin bagi mewujudkan suatu persekitaran yang dinamik dan positif termasuk menyelesaikan risiko dan masalah ketegangan masyarakat. Modul program pembinaan keupayaan, sarana untuk pemimpin komuniti dan instrumen pengukuran keberhasilan akan siap dibangunkan. Ini akan memberi panduan kepada pemimpin komuniti semasa dan yang akan datang dengan lebih rapi dan tersusun. Modul akan dirintis dalam kalangan jurulatih dan pemimpin komuniti yang akan dikenal pasti sebelum pelaksanaannya disebarluaskan. KPM juga akan mula menilai keberkesanan program dengan menjalankan pemantauan ke atas komuniti, pihak berkepentingan dan program secara keseluruhan. Pada akhir pelan tindakan ini, kita dapat melihat peningkatan bilangan pemimpin komuniti yang terlatih untuk memimpin pelbagai aktiviti perpaduan dalam komuniti masing-masing. 5.3.2 Mengukuhkan masyarakat melalui pelaksanaan program Hasrat KPM bukan sahaja berfokus kepada pemimpin komuniti tetapi masyarakat itu sendiri melalui program dan aktiviti yang boleh mempertingkatkan kekuatan masyarakat secara keseluruhan dalam konteks perpaduan. Program tersebut dapat: • membina keupayaan masyarakat untuk mengenal pasti dan menyediakan program-program yang mengikut keperluan masyarakat setempat. • membantu secara sukarela serta meningkatkan bilangan sukarelawan; dan • membina kesepaduan dalam masyarakat KPM akan mengenal pasti dan mengkaji semula program pembangunan masyarakat yang sedia ada. Bagi mencapai matlamat ini, KPM akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mengetahui kehendak masyarakat dan kaedah untuk meningkatkan keberkesanan program sedia ada. 5.3.3 Meningkatkan mesej dan kempen kepentingan perpaduan kepada semua golongan masyarakat Malaysia Kempen dan penyebaran maklumat berkaitan perpaduan kepada orang awam perlu dilaksanakan secara berterusan, tersusun dan strategik. Maka, KPM akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi melaksanakan kempen dan program kesedaran awam di peringkat kebangsaan melalui media cetak, media elektronik dan media sosial. KPM akan menambah lagi kempen bagi memaklumkan pihak awam tentang kepentingan perpaduan dalam pendidikan dan peranan serta tanggungjawab masing-masing.
34 KPM akan menubuhkan satu jawatankuasa perpaduan yang melibatkan pelbagai pihak dalam dan luar KPM untuk menjalankan kempen untuk pihak awam. Jawatankuasa yang ditubuhkan seterusnya akan bekerjasama dengan agensi kempen berkaitan. Agensi ini akan membantu membangunkan ringkasan kempen kepada agensi-agensi lain, membangunkan bahan promosi, menjalankan kumpulan berfokus dan akhirnya melancarkan kempen dan mesej. 5.3.4 Meningkatkan sokongan media dalam penyebaran berita tentang perpaduan Media memainkan peranan yang sangat penting bagi mempengaruhi pemikiran dan budaya masyarakat. Menyedari kepentingan ini, KPM memastikan sokongan daripada media termasuk media sosial dicapai agar dapat memastikan berlakunya penyebaran maklumat tentang perpaduan yang positif secara bersepadu, berkesan dan cekap.KPM akan memperbanyak jalinan dengan agensi-agensi media dan media sosial bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan perpaduan dalam pendidikan. KPM perlu bersiap siaga bagi menangani berita-berita yang berunsur negatif yang boleh mengugat perpaduan murid. 5.3.5 Memugarkan peranan komuniti setempat Usaha pemugaran peranan komuniti setempat seperti Rukun Tetangga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (JKMM) perlu direalisasikan dengan mengkaji peranan setiap bahagian untuk mempromosi perpaduan dalam komuniti. Kerjasama dengan pihak berkepentingan dan agensi berkaitan akan digerakkan dengan memberi sokongan seperti mengadakan latihan, penyediaan bahan, dana dan insentif supaya program perpaduan yang dirancang dan dilaksanakan selaras di semua peringkat yang terlibat. KPM akan mewujudkan kerjasama strategik dengan semua agensi terlibat bagi mengerakkan agenda perpaduan. KPM akan mempergiatkan sokongan dalam pelaksanaan program perpaduan melalui latihan, bahan, pembiayaan, tenaga kerja dan pengiktirafan. 5.3.6 Menyediakan garis panduan pelibatan masyarakat dengan sekolah Pada masa ini KPM dalam proses membangunkan garis panduan yang lebih komprehensif dan jelas untuk pelibatan komuniti dalam pendidikan melalui Sekolah Milik Masyarakat (SMM). Dengan adanya garis panduan ini, perancangan dan pelaksanaan program-program perpaduan yang lebih kreatif dan inovatif, kerjasama antara pelbagai pihak akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah terutama di sekolah. KPM akan memastikan maklumat tentang garis panduan ini boleh diakses melalui laman sesawang KPM, menjalankan pemantauan pelaksanaan garis panduan dan mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan agar penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. 5.3.7 Menggalakkan dan mengiktiraf pelibatan sektor Awam dan Swasta dalam pembangunan komuniti KPM juga akan meningkatkan promosi program perpaduan kepada sektor awam dan swasta sebagai satu daripada langkah untuk memantapkan lagi usaha pemerkasaan peranan pemegang taruh ini. Program promosi melalui media massa dan laman sesawang KPM akan dapat memberi akses kepada agensi kerajaan berkaitan program perpaduan yang sedang dibangunkan. Melalui peningkatan kolaboratif, agensi-agensi kerajaan akan dapat bekerjasama bersama-sama KPM bagi melaksanakan program-program berkaitan perpaduan. Di samping itu, KPM akan mengenal pasti program-program strategik yang boleh dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta yang telah dikenal pasti.
35 Seterusnya, KPM akan memberi galakan dan pengiktirafan kepada sektor swasta atas pelibatan mereka dalam pembangunan komuniti ke arah memperkukuh perpaduan. Penghargaan ini akan memberi galakan kepada lebih banyak sektor swasta untuk memberi tumpuan dalam pembangunan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Bagi meningkatkan penyertaan dalam kalangan komuniti, KPM akan menganjurkan majlis penghargaan tahunan bagi mengiktiraf sektor swasta yang menonjol dalam pelaksanaan program berkaitan perpaduan dalam pendidikan. KPM juga telah memudahkan proses pelepasan cukai kepada sektor swasta yang menganjurkan program perpaduan sebagai satu insentif bagi menggalakkan penyertaan lebih banyak agensi swasta. Akhirnya, kerjasama dengan lebih banyak sektor swasta akan dijalin bagi menyokong inisiatif pembinaan komuniti untuk perpaduan. Sektor swasta sebagai rakan yang mampu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, malah kepakaran dapat memperkukuh perpaduan dalam komuniti. KPM akan berusaha untuk mengenal pasti organisasi yang berminat dan berkepentingan bagi membiayai program perpaduan supaya akan berterusan. KPM juga akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk pelaksanaan kempen kepada masyarakat awam. 5.3.8 Meningkatkan kerjasama program-program perpaduan dalam pendidikan jabatanjabatan kerajaan yang lain Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) selaku agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia pastinya menjadi agensi rujukan utama bagi memperluas program perpaduan komuniti. KPM akan mempererat kerjasama bersamasama JPNIN bagi merancang dan melaksanakan program perpaduan. Melalui rakan strategik, KPM dan JPNIN akan memastikan program-program perpaduan berkaitan komuniti terus mengorak langkah bagi merealisasikan usaha memperkasakan peranan pemegang taruh dalam sekolah dan komuniti. KPM melalui setiap perancangan program perpaduan komuniti akan mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan sepanjang tempoh pelaksanaan pelan ini agar penambahbaikan sentiasa berlaku, memberikan pulangan positif, sesuai dan selaras serta strategik dengan agenda perpaduan dasar pendidikan negara yang diimpikan. Pada masa yang sama, KPM akan terus meningkatkan dan menggalakkan kerjasama dengan mana-mana agensi untuk menjayakan agenda perpaduan.
PELAN STRATEGIK PERPADUAN(DASBIL Pelan Strategik Pelan Tindakan Milestones 2022 Milestones 2023 1 Pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara melalui Pelan Hala Tuju Perpaduan Melaksanakan Kajian Indeks Pengukuhan Perpaduan Pemurnian item Kajian Indeks Pengukuhan Perpaduan 2022 Kajian Indeks Pengukuhan Perpaduan 2022 BPDDP Penambahbaikan dasar perpaduan berdasarkan kajian dan laporan selesai. BPPDP, BSKK Kajian Indeks P2023. BPDDP Penambahbaikberdasarkan kaselesai. BPPDP2 Pemantauan dan penilaian khusus untuk program dan aktiviti perpaduan. Memantapkan atau membangun satu kaedah penilaian khusus untuk pelaksanaan program dan aktiviti perpaduan selesai. Pemeriksaan kberbentuk perpdijalankan. JN 3 Pengiktirafan dan penghargaan kepada sekolah yang membudayakan perpaduan dan identiti nasional Membangun mekanisme untuk mengiktiraf dan menghargai sekolah yang mempamerkan perpaduan dan identiti nasional. Mendapatkan punca kuasa mekanisme untuk mengiktiraf dan menghargai sekolah yang mempamerkan perpaduan dan Identiti nasional. JN Kertas cadangamekanisme pemengamalkan JN, BPSH, BPInstrumen, kaepenilaian sekolsemangat patrinasional dihasiPengurusan TeJN
36 N DALAM PENDIDIKAN 2022-2025 SAR) Milestones 2024 Milestones 2025 OUTCOME Pengukuhan Perpaduan kan dasar perpaduan ajian dan laporan P, BSKK Pemurnian item Kajian Indeks Pengukuhan Perpaduan 2024 Kajian Indeks Pengukuhan Perpaduan 2024 BPDDP Penambahbaikan dasar perpaduan berdasarkan kajian dan laporan selesai. BPPDP, BSKK Kajian Indeks Pengukuhan Perpaduan 2025. BPDDP Penambahbaikan dasar perpaduan berdasarkan kajian dan laporan selesai. BPPDP, BSKK Laporan akhir Kajian tahap perpaduan di sekolah 2021 hingga 2025 selesai. BPPDP Kefahaman warga sekolah mengenai perpaduan meningkat. SASARAN: 100% Sekolah mencapai Indeks Perpaduan 6.9 SASARAN: 100% khas untuk program paduan selesai Pemeriksaan khas untuk program berbentuk perpaduan selesai dijalankan. JN Laporan pemeriksaan pelaksanaan dasar dan amalan perpaduan dihasilkan. JN Kefahaman dan amalan perpaduan dalam kalangan warga sekolah mengenai perpaduan meningkat. SASARAN: 100% an untuk mewujudkan ngiktirafan sekolah yang perpaduan diluluskan. PPDP, IAB, BSKK, IPGM edah pengukuran dan lah yang mempamerkan iotisme dan indentiti ilkan dan diluluskan oleh ertinggi KPM. Pemeriksaan selesai. JN Pengktirafan dilaksanakan. JN, BSKK, JPN, PPD. Pelaksanaan berterusan. JN Warga sekolah dapat mengamalkan dan membudayakan dasar-dasar berkaitan Perpaduan dengan berkesan. SASARAN: 100%
PELAN STRATEGIK PERPADUAN(INSTITUSI/BIL Pelan Strategik Pelan Tindakan Milestones 2022 Milestones 2023 1 Pemantapan keupayaan pemimpin sekolah untuk mengurus kepelbagaian dan menjalinkan perpaduan merentas kurikulum dan kokurikulum. Memantapkan kefahaman dan Pengetahuan pemimpin sekolah dalam mengurus kepelbagaian untuk menerapkan perpaduan dengan pembangunan modul. Perluasan latihan kepada semua PGB baharu dan sedia dia mengikut zon. IAB Pemantapan kualiti pesyarah IAB dalam latihan perpaduan IAB Penilaian ke atselesai dan pensedia ada. IAB Peluasan latihasemua calon Pperkhidmatan. IAB Penilaian semuke atas Modul Meningkatkan semasa. IAB Memantapkan pedagogi guru pelatih untuk menerapkan kemahiran mengurus kepelbagaian dan perpaduan Merentas kurikulum. Semakan kursus berkaitan “content knowledge” dan pedagogi pensyarah di IPG yang menawarkan kursus pendidikan dijalankan IPGM Penambahbaikan kepada kursus/program latihan guru sedia ada bagi menerapkan perpaduan dan nilai merentas kurikulum. IPGM Upskilling untuPedagogi terkinbaharu selesaiIPGM Semua pensyapedagogi meneperpaduan merguru pelatih. IPGM Memantapkan pedagogi guru dalam perkhidmatan untuk menerapkan kemahiran mengurus kepelbagaian dan perpaduan Merentas kurikulum. Penambahbaikan kepada kursus/program sedia ada bagi Menerapkan perpaduan dan nilai merentas kurikulum. BPG Upskilling untuperkhidmatan bterkini mengguselesai. BPG Semua guru damelaksanakan elemen perpadBPG
37 N DALAM PENDIDIKAN 2022-2025 /SEKOLAH) Milestones 2024 Milestones 2025 OUTCOME tas Modul latihan nambahbaikan modul an kepada PGB dan dalam ula dan penambahbaikan sedia ada selesai bagi kualiti dan keperluan Peluasan latihan kepada semua calon PGB dan dalam perkhidmatan. IAB Modul latihan perpaduan dan penggunaan sarana dijadikan kursus wajib dalam NPQEL. IAB Elemen perpaduan dijadikan dimasukkan dalam pemeriksaan Jemaah Nazir. JN PGB memahami dan mengamalkan perpaduan dalam pengurusan sekolah. SASARAN: 100% k pensyarah dalam ni menggunakan modul i. arah melaksanakan erapkan elemen rentas kurikulum untuk Semua pensyarah melaksanakan pedagogi menerapkan elemen perpaduan merentas kurikulum untuk guru pelatih. IPGM Laporan pelaksanaan pedagogi menerapkan elemen perpaduan merentas kurikulum untuk guru pelatih IPGM Pelaksanaan pedagogi menerapkan elemen perpaduan merentas kurikulum untuk guru pelatih secara berterusan IPGM Pensyarah dan guru pelatih Mempunyai kompetensi dalam penerapan perpaduan merentas kurikulum. SASARAN: 100% k guru dalam berkaitan pedagogi unakan modul baharu alam perkhidmatan pedagogi menerapkan duan merentas kurikulum. CPD untuk guru dalam perkhidmatan menggunakan kaedah pedagogi penerapan perpaduan merentas kurikulum dilaksanakan. BPG CPD dan Pemeriksaan akan berterusan. BPG Pemeriksaan Jemaah Nazir untuk mengetahui keberkesanan latihan kepada guru dalam penerapan perpaduan dijalankan. JN Guru mempunyai kompetensi dalam penerapan perpaduan merentas kurikulum. SASARAN: 100%
2 Penilaian semula pemberian markah untuk aktiviti kokurikulum bagi kemasukan ke peringkat lepas menengah. Menilai semula pemberian markah kokurikulum dalam PAJSK dengan mewajibkan skor khusus untuk aktviti/projek kokurikulum yang berkaitan dengan perpaduan sebagai syarat kemasukan ke peringkat lepas menengah. Semakan kaedah penilaian dan pemberian markah PAJSK selesai. BSKK Syarat, kritera kaedah penilaian dan penetapan skor yang sesuai (cadangan 5%) untuk projek berkaitan perpaduan dalam PAJSK dirintis. BSKK Penambahbaikan kepada syarat, kritera, kaedah penilaian dan penetapan skor yang sesuai (cadangan 5%) untuk projek berkaitan perpaduan selesai. BSKK Penataran syarpenilaian bahaJPN, PPD dan BSKK Pengurusan pekepada PK Kokkaedah pengirauntuk projek beBSKK 3 Pemerkasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai pemangkin perpaduan. Meningkatkan aktiviti-aktviti memyemarakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Mengadakan program bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Melaksanakan aktiviti-aktviti memyemarakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan BSKK Program- progrBahasa MelayuInggeris untuk selaras denganMelaksanakan memyemarakasebagai bahasBSKK, JPN, P
38 rat, kaedah dan ru dalam PAJSK kepada sekolah selesai. erubahan dan latihan kurikulum mengenai aan dan penilaian baharu erkaitan perpaduan. Program Kesukarelawan berteraskan perpaduan dilaksanakan. BSKK (Pemberian skor untuk perpaduan dalam PAJSK akan berterusan setiap tahun) BSKK Pemberian skor untuk perpaduan dalam PAJSK akan berterusan setiap tahun) BSKK Murid berupaya mengamalkan dan mempamerkan semangat perpaduan SASARAN: 100% ram pemantapan u dan Bahasa perpaduan dibangunkan n Pelan hala Tuju BM. aktiviti-aktviti an Bahasa Melayu a perpaduan PPD, SEKOLAH Melaksanakan aktiviti-aktviti memyemarakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan BSKK, JPN, PPD, SEKOLAH Laporan pelaksanaan Program bahasa untuk perpaduan selesai dijalankan. JPN, PPD, SEKOLAH Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dengan mengamalkan dan mempamerkan semangat perpaduan SASARAN: 100%
PELAN STRATEGIK PERPADUAN(KOMUBIL Pelan Strategik Pelan Tindakan Milestones 2022 Milestones 2023 1 Pembangunan komuniti yang kondusif dengan Penerapan perpaduan dan nilai-nilai murni untuk semua Mewujudkan jaringan dan jalinan dengan agensi yang terlibat. Libat urus Kementerian Perpaduan Negara BSKK Punca kuasa untuk kertas cadangan dan taskforce perpaduan dengan kolaborasi dengan kementerian, agensi dan NGO yang berkaitan diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi KPM. BSKK Taskforce Perpaduan diwujudkan dengan yang dipengerusikan oleh YBMK. BSKK Kertas cadangaTaskforce Perpkolaborasi dendan NGO yangoleh PengurusaBSKK Taskforce Perpdengan yang doleh YBMK. BSKK Memantapkan pengurusan perubahan,komunikasi dan kempen awam berkaitan kepentingan perpaduan. Pelan komunikPerubahan diludilaksanakan. Lantikan InflueMasyarakat unsemua pihak bKempen PerpaKerjasama danpengamal medBSKK, AgensiMemantapkan peranan JK Penduduk, Rukun Tetangga, PIBG, Majlis Pembandaran dan JKMM Kajian semula tanggungjawabRukun TetanggPerbandaran dperpaduan seleCadangan pempersatuan pendTetangga, PIBGPerbandaran dpelaksanaan. BSKK, Agensi
39 N DALAM PENDIDIKAN 2022-2025 UNITI) Milestones 2024 Milestones 2025 OUTCOME an untuk pewujudan paduan dengan gan kementerian, agensi g berkaitan diluluskan an Tertinggi KPM. paduan diwujudkan dipengerusikan Modul latihan siap dibangunkan dan diluluskan untuk pelaksanaan Taskforce Perpaduan.(Kolaborasi Dengan pelbagai agensi dan NGO) Pemilihan Jurulatih pakar untuk latihan selesai. Latihan untuk ibu bapa dan Pemimpin masyakarat selesai. BSKK,BPG, NGO Latihan untuk ibu bapa dan Pemimpin masyakarat selesai. (Program akan berterusan dengan penambaikan modul dari semasa ke semasa) BSKK,BPG, NGO Kedudukan Malaysia dalam Global Peace Indeks meningkat SASARAN: 10 Terbaik kasi dan pengurusan uluskan untuk ncer dan Ikon ntuk Perpaduan daripada erpentingan. Pelancaran aduan Kebangsaan. n jalinan dengan dia ditingkatkan. i berkaitan. Pelan Komunikasi akan berterusan sehingga tamat pelaksanaan pelan. BSKK, Agensi berkaitan Pelan Komunikasi akan berterusan sehingga tamat pelaksanaan pelan. BSKK, Agensi berkaitan peranan dan b persatuan penduduk, ga, PIBG, JKKM, Majlis dalam promosi esai dilaksanakan. mantapan peranan duduk, Rukun G, JKKM, Majlis diluluskan untuk i yang berkaitan. Jalinan dengan Kementerian - kementerian lain untuk pelaksanaan cadangan Pemantapan perpaduan melalui Rukun Tetangga, JKKM dan Majlis Perbandaran diwujudkan. BSKK, Agensi yang berkaitan Jalinan dengan Kementerian - kementerian lain untuk pelaksanaan cadangan pemantapan perpaduan melalui Rukun Tetangga, JKKM dan Majlis Perbandaran diwujudkan. (Berterusan) BSKK, Agensi yang berkaitan
PELAN STRATEGIK PERPADUAN(KOMUBIL Pelan Strategik Pelan Tindakan Milestones 2022 Milestones 2023 2 Pengukuhan pelibatan komuniti dan sektor swasta dalam ekosistem sekolah bagi memupuk perpaduan. Mengiktiraf sumbangan sektor swasta dan NGO yang menyumbang dalam program bagi meningkatkan perpaduan. Penjajaran GP Dasar Perpaduan Negara (DPN) dengan GP sedia ada. BSKK Kit promosi galdalam programdibangunkan. Promosi dilanc( Berterusan ) BSKK, BPSH 3 Memperkasakan modul sedia ada bagi meningkatkan kefahaman berhubung perpaduan yang berteraskan Rukun Negara dalam setiap peringkat pendidikan Menerapkan elemen pendidikan Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat umur BSKK, Agensi yang berkaitan Menambahbaiksemula Kelab Rdan SekretariaBSKK, Agensi4 Meningkatkan semangat perpaduan melalui aktiviti sukan, seni dan budaya Mengadakan program bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan kepelbagaian agama dan budaya. Melaksanakan aktiviti kepelbagaian budaya berkaitan makanan, muzik, seni lukisan, ukiran & gubahan BSKK, JPN, PPD, SEKOLAH Mengadakan pmeningkatkan penghayatan kbudaya. Melaksanakan budaya berkaitlukisan, ukiran BSKK, JPN, P
40 N DALAM PENDIDIKAN 2022-2025 UNITI) Milestones 2024 Milestones 2025 OUTCOME lakan sektor Swasta m perpaduan carkan. Kertas cadangan untuk mengiktirafkan sektor swasta dalam sumbangan program perpaduan diluluskan. Jawatankuasa Pengiktirafan Sektor Swasta ditubuhkan Penilaian Sektor Swasta selesai BPSH Majlis Pengiktirafan Sektor Swasta dalam sumbangan dalam kategori perpaduan dselesai dijalankan. ( Dijalankan secara berkala) BSKK. BPSH Penglibatan PIBK dalam ekosistem sekolah bagi Memupuk perpaduan SASARAN: 100% k dan memperkasa Rukun Negara (KRN) t Rukun Negara (SRN) i yang berkaitan Membangunkan Modul Pengurusnan dan Aktiviti Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara yang mempunyai elemen kenegaraan dan patriotism. BSKK, Agensi yang berkaitan Menyemarakkan aktiviti Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN). SASARAN: 100% program bagi pemahaman dan kepelbagaian agama dan aktiviti kepelbagaian tan makanan, muzik, seni & gubahan. PPD, SEKOLAH Mengadakan program bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan kepelbagaian agama dan budaya. Melaksanakan aktiviti kepelbagaian budaya berkaitan makanan, muzik, seni lukisan, ukiran & gubahan BSKK, JPN, PPD, SEKOLAH Menyemarakkan aktiviti sukan, seni dan budaya dalam bahasa perpaduan dengan pemahaman dan penghayatan kepelbagaian agama dan budaya. SASARAN: 100%
41 BAB 6
42 PENUTUP Pelan Hala Tuju Perpaduan dalam Pendidikan ini merupakan satu usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkukuh perpaduan dalam pendidikan. Pelan ini dibangunkan bagi merealisasikan salah satu aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu perpaduan. Komitmen bersungguh-sungguh adalah amat diharapkan daripada seluruh warga pendidikan dalam memperkukuh perpaduan dalam pendidikan berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ke arah menjana satu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi aspirasi, pengalaman dan nilai demi membentuk dan memperkukuh asas perpaduan rakyat Malaysia.
43 GLOSARI BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan CEFR Commonwealth European Framework Reference DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Penaksiran GPI Global Peace Index IAB Institut Aminuddin Baki IKM Indeks Ketegangan Masyarakat IPT Institut Pengajian Tinggi ISIS Institut Strategik dan Penyelidikan Antarabangsa JKMM Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia JN Jemaah Nazir JPNIN Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional KITA Institut Kajian Etnik KOMSAS Komponen Sastera KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KSBM Kerangka Standard Bahasa Melayu KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah MBMMBI Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris NBOS National Blue Ocean Strategy PGB Pengetua dan Guru Besar PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIPP 2003 - 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2003 - 2010 PPPM 2013 - 2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 PPSMI Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris RIMUP Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SK Sekolah Kebangsaan SKPM Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua SMM Sekolah Milik Masyarakat SPI Surat Pekeliling Ikhtisas STEM Science, Technology, Engineering and Mathematics TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
44 SEKALUNG PENGHARGAAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, TIMBALAN-TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, TIMBALAN–TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, UNIT PELAKSANAAN DAN PRESTASI PENDIDIKAN (PADU), PENGARAH–PENGARAH BAHAGIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGARAH-PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM PENGHASILAN BUKU PELAN HALA TUJU PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN.