12.12.2023 (SELASA) 9:00 - 12:30 TENGAH HARI ANGGERIK SQUARE, UJANA KEWANGAN LABUAN
PENDAHULUAN Matlamat utama Hari Keselamatan & Kesihatan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Keselamatan & Kesihatan di tempat kerja dan menjadikan budaya sihat & selamat sebagai amalan kita dalam pekerjaan. OBJEKTIF Menerapkan kesedaran untuk mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja dalam organisasi Memberi galakan untuk mengamalkan budaya kerja selamat, sihat dan sejahtera semasa melaksanakan pekerjaan Mengalakkan majikan dan pekerja supaya bertanggungjawab menjadikan tempat kerja mereka lebih selamat Mewujudkan program bagi mendidik kakitangan, kontraktor dan penyewa untuk membangunkan budaya keselamatan yang mampan Menerapkan amalan budaya alam sekitar lestari kedalam persekitaran kerja.
PENGISIAN PROGRAM 1. Taklimat 1: Serangan Jantung Mengejut, Apa yang Masyarakat Perlu Tahu. Demonstrasi CPR dan penggunaan AED. 2. Taklimat 2: Risiko Bencana Tsunami dan Kesiapsiagaan Negara. 3. Ruang Pameran (Booth) i. JKNWPL- Pameran kesihatan awam ii. JKKP - Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iii. PERKESO - Pameran skim perlindungan sosial/ insurans pekerjaan iv. BOMBA - Pameran keselamatan kebakaran dalam bangunan v. PDRM - Pameran keselamatan awam dan keselamatan jalan raya (Trafik) vi. JAS - Pameran kepentingan menjaga alam sekitar vii. APM - Pameran keselamatan dan kecemasan awam 4. Saringan kesihatan (Pemeriksaan tekanan darah, gula & kolesterol).
ATURCARA PROGRAM 09.00 09.15 09.30 10.00 11.00 12.00 12.15 12.30 Ketibaan & pendaftaran para jemputan Ketibaan Pengarah Urusan FPL Ucapan Pengarah Urusan FPL & gimik perasmian Taklimat 1: Serangan Jantung Mengejut, Apa yang Masyarakat Perlu Tahu oleh Dr. Muhammad Azfar bin Adam dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Demonstrasi CPR dan penggunaan AED Taklimat 2: Risiko Bencana Tsunami dan Kesiapsiagaan Negara oleh Dr. Chai Mui Fatt dari Pusat Operasi Cuaca & Gempa Bumi Negeri Sabah Cabutan bertuah & Penyampaian cenderahati kepada penceramah Lawatan ke ruang pameran Bersurai