The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasifamran10, 2022-04-30 05:24:56

Peralatan Bengkel Perabot

Peralatan Bengkel Perabot

VRT3023(C)
Reka Bentuk dan
Pembuatan Perabot

Peralatan Bengkel
Perabot

Kumpulan 1

Ahli Nama/Matrik
Kumpulan
HOWARD ANAK LAU
(D20191088017)

SAYLOR LEEBON ANAK SIMON KUEK
(D20191087964)

EMANUEL ANAK PATRICK BELLY
(D20191087955)

MOHAMMAD FARHAN B MOHD KHAIRUL NIZAM
(D20192091040)

OCTAVIA BINTI CHARLES
(D20211100560)

MUHAMMAD HANIF BIN HUSSIN
(D20211100559)

MUHAMMAD HASIF BIN MOHD AMRAN
(D20211100578)

Senarai Isi Kandungan
Kandungan
Senarai barang/alatan yang
boleh didapati di rumah (m/s 4-

10)



Senarai barangan teknologi
terkini (m/s 11-12)



Cara penggunaan peralatan
perabot ( m/s 13-16)

Faktor keselamatan (m/s 17-20)

Cara penyimpanan (m/s 21-24)

Latihan pengukuhan (m/s 25)



Rujukan (m/s 26)

Senarai alatan
pembuatan

perabot yang ada
di rumah

Barangan yang boleh
didapati di hampir

setiap rumah

36% 4.374 4
12
Alatan yang dicadangkan
99%
5.76 Alatan Tangan Alatan mesin
- Gergaji - Mesin Gerudi ??
2 - Pemutar Skru - Mesin Gergaji Meja
16 - Pita Pengukur Mudah Alih 4
- Tukul Warrington 12
- Kikir Parut
- Sesiku L

7.802 97%

Gergaji Tangan

-Digunakan untuk memotong
kayu/papan/logam

- Terdapat dalam saiz
besar dan kecil

- Biasanya mempunyai jenis
besi,gergaji lengkung dan

gergaji mini

Pemutar Skru

Digunakan untuk
melonggarkan dan mengetatkan
skru.
Terbahagi kepada beberapa
jenis iaitu, pemutar skru
mata leper, pemutar skru
mata philip, pemutar skru
bersudut kanan, dan pemutar
skru instrument.

Pita Pengukur

Digunakan untuk mengukur
panjang sesuatu objek atau
bahan.
Menggunakan unit imperial iaitu
inci dan kaki dan juga unit
metrik iaitu sentimeter dan
meter.

Tukul Warrington

Bongkol berbentuk baji ini dapat

digunakan untuk mengetuk paku

halus yang dipegang di celah jari.
Bongkol ini berfungsi untuk

menukul paku yang kecil
Digunakan untuk menekan kayu

hiasan dan venir ke tempatnya

semasa di gam dan bahagian untuk

mengetuk paku pada bahagian tepi

perabot yang sempit.

Cara memegang tukul

Menggunakan bahagian leper

untuk melekatkan paku pada kayu

Menggunakan bahagian bulat

untuk membenam paku pada


kayu

kikir Parut



Kikir adalah sejenis alat tangan yang
diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.
Permukaan kikir dibuat dengan cara
menghentakkan pahat yang dikenakan pada
blank yang telah disepuh lindap terlebih
dahulu.
Kikir parut kayu digunakan untuk
meratakan permukaan, untuk membentuk
lengkuk pada penjuru kayu dan saiznya akan
ditentukan oleh Panjang kikir dan gred
pemotongnya.

Sesiku L

Bahagian mata sesiku L diperbuat
daripada keluli yang tahan.
Bahagian badannya diperbuat
daripada kayu.
Biasanya bersaiz 20cm.

Pada mata ditandai dengan ukuran
sentimeter dan inci.

Digunakan untuk menguji permukaan
bersudut tepat dan kerataan
permukaan kayu.

Senarai alatan
pembuatan

perabot moden

Peralatan pembuatan
perabot yang

moden/eletrikal

Mesin Gerudi
Tangan

Mesin gerudi tangan ini adalah

mesin gerudi tangan yang

digunakan untuk menggerudi

permukaan atau bahan keras

seperti simen, besi, kayu atau

tembok. Pada kebiasaannya, mesin

ini selalu digunakan untuk

menggerudi dinding untuk

pemasangan rak dinding ataupun

penghawa dingin.

Mesin Gergaji Meja

Mudah Alih

Memotong dan membelah kayu

atau papan
Memotong kayu mengikut

sudut
Memotong kayu pada saiz yang

tertentu pada kuantiti yang

banyak
Memotong kayu untuk membuat

tanggam

Cara penggunaan
peralatan-
peralatan

Contoh cara
penggunaan
peralatan-peralatan

Gergaji

-Tangan memegang erat terhadap kepala gergaji
- Ukur terlebih dahulu bahagian yang ingin dipotong
Pastikan tangan yang memegang kayu/papan tidak berdekatan dengan
mata bilah gergaji tersebut
- Dorong gergaji ke depan dan belakang sehinggalah kayu atau objek
yang ingin dipotong berjaya dipotong
_ Hati-hati dengan debu yang dihasilkan daripada geseran kayu dan
mata bilah gergaji.
-

Pemutar Skru

- Tangan hendaklah memegang bahagian pemegang pemutar
skru dengan erat.
- Hujung pemutar skru kemudiannya di letakkan ke atas
kepala skru mengikut bentuk kepala skru.
- Pemutar skru kemudiannya akan diputarkan ke kanan untuk
diketatkan dan diputar ke kiri untuk dilonggarkan.

Pita Pengukur

Letakkan hujung pengukur pita pada objek atau bahan
yang ingin diukur.
Tarik pita pengukur sehingga melepasi panjang objek
yang diukur.
Ambil bacaan pita pengukur pada hujung panjang objek
tersebut.

Sesiku L

Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur.
Kemudian, rapatkan bahagian badan sesiku L ke bahagian sisi
benda kerja kerja.
Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilekapkan bagi
mendapatkan sudut tepat 90°.
Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel untuk mendapatkan
garisan yang tepat.

Tukul Warrington

menanda kawasan
yang ingin dipaku
Pastikan penggunaan tukul ini hanya digunakan pada paku

yang kecil.
Memegang paku dengan menggunakan jari
mengetuk paku dengan perlahan supaya paku melekat di kayu

terlebih dahulu
kemudian sambung memaku dan jauhkan jari dari paku

tersebut.
-

Penggunaan Pengikir

Parut Kayu

Mengikir Secara Rata Mengikir Permukaan Melengkung

Semasa mengikir rata, permukaan yag dikikir hendaklah Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir
sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan cara ini benda segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir
kerja akan dapat dikikir dengan rata belah rotan.

Mengikir Secara Tarik

Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua
tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan
kedua-dua tangan stabil. Cara penggunaan ini
digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya
kelihaan licin dan cantik.

Mengikir Permukaan Penjuru Bulat Mengikir Melintang

Penjuru bulat boleh dikikirkan berpandukan dua Mengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk
langkah seperti dalam gambar. Mula-mula kikir kasar menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu rata
melintang dan kemudian kikirkan bahagian penjuru yang atau tidak. Gambar ini menunjukkan dua cara mengikit
bulat. melintang

Mesin Meja Gergaji Mudah Alih

-
-Pastikan mesin belum dihidupkan. Periksa mata bilah.
- Letak mesin tersebut di bahagian yang ingin diratakan.
- Hidupkan suis dan tekan punat.
- Ratakan bahagian yang perlu diratakan.
- Setelah selesai menggunakannya, pastikan bilah tersebut tidak
terdedah.
-Tekan suis padam
-

Mesin Gerudi Tangan

- Pastikan permukaan yang hendak digerudi telah ditandakan
terlebih dahulu.
- Mata gerudi kemudian akan dipasang kepada mesin gerudi mengikut
saiz yang sesuai

- Suis gerudi akan dihidupkan dan picu gerudi tangan akan ditarik
untuk mula menggerudi permukaan yang telah ditanda.

Faktor
Keselamatan

Faktor-faktor keselamatan
dalam penggunaan alatan
tangan dan mesin

Gergaji

-Tangan memegang erat terhadap kepala gergaji
- Ukur terlebih dahulu bahagian yang ingin
dipotong
- Dorong gergaji ke depan dan belakang
sehinggalah kayu atau objek yang ingin dipotong
berjaya dipotong

-

Pita Pengukur

Pastikan memakai sarung tangan semasa
menggunakan pita pengukur.
Laraskan kecepatan pita pengukur memasuki
dan keluar dengan menggunakan tombol yang
ada.

Sesiku L

-Pastikan tempat kerja berada dalam keadaan yang kemas.
-Pilih peralatan yang sesuai ketika melakukan kerja.
-Berikan latihan keselamatan kepada pengguna.
-Peralatan mestilah diperiksa sebelum digunakan.
-Pastikan semasa menggunakan peralatan tersebut mengikuti
prosedur yang telah diitetapkan.

-

Tukul Warrington




Memakai sarung tangan supaya tukul tidak terkena
terus pada tangan,
Memakai gogel mata supaya paku tidak terkena mata
Memegang tukul pada hujung tukul supaya daya
pukulan lebih kuat dan baik

Pemutar Skru

-Tangan hendaklah memegang pemegang pemutar skru
dengan erat.
- Kepala hujung pemutar skru tidak boleh digunakan untuk
mencucuk mana-mana soket atau palam elektrik.
- Harus disimpan di tempat yang selamat apabila tidak
digunakan.

-

Mesin Gergaji Meja Mudah Alih




Pastikan memakai sarung tangan, gogel apron semasa

menggunakan mesin ini
Pastikan meminta kebenaran daripada guru atau ketua

bengkel jika ingin menggunakan mesin tersebut.
Mengikut SOP yang ditetapkan pada mesin tersebut

Mesin Gerudi Tangan

- Ketika penggunaan mesin gerudi tangan, pengguna harus memastikan
bahawa bahagian yang hendak digerudi telah ditandakan.
- Hujung penggerudi hendaklah dihalakan kepada permukaan yang hendak
digerudi.
- Picu penggerudi akan ditarik untuk mula menggerudi permukaan.
- Mesin gerudi hendaklah dipadam setelah digunakan.

-

Faktor-faktor keselamatan

dalam kerja pengikir kayu

Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Semasa kerja mengikir,
terdapat beberapa faktor keselamatan dan perkara yang perlu diberi
perhatian iaitu;-

Memakai pakaian bengkel dan kasut safety.
Semasa berdiri, keadaan kaki mestilah renggang. Kaki kiri ke
hadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45cm hingga 50cm
ke belakang.
Tinggi benda kerja iaitu kayu mestilah sesuai supaya kerja mengikir
dapat dilakukan dengan berkesan iaitu dengan kesesuaian ialah
lebih kurang 100 sentimeter.
Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan
tangan dan badan. Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu
disorongkan ke hadapan. Lepaskan jika tekanan dikenakan semasa
kikir itu ditarik ke belakang.

Cara
Penyimpanan

Contoh cara
penyimpanan
peralatan-peralatan

Gergaji

- Pastikan mata gergaji tidak terdedah, seeloknya, bilah mata
gergaji tersebut dilapik dengan sarung yang disediakan khas
untuk gergaji.
- Simpan gergaji tersebut di kawasan yang tidak terbuka.

Pemutar Skru

- Pastikan pemutar skru disimpan ke dalam kotak perkakas
perabot
- Pemutar skru hendaklah disusun dalam keadaan yang
berbaring atau menegak dan kemas.

Tukul Warrington

Menyimpan tukul pada tempat yang tergantung dan
tinggi
Jangan menyimpan tukul dalam bakul bercampur dengan
paku, ianya akan menjadikan tukul mudah karat.

Kikir Parut Kayu

Selepas kiki
r digunakan, hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak
mudah rosak.
sebelum menyimpan kikir, perlu memastikan kikir tidak terkena air
ataupun minyak yang akan menyebabkan mudah berkarat dan memastikan juga
kikir dalam keadaan yang bersih daripada sisa habuk kayu.
Meletakkan kikir pada rak dan tiap-tiap satu hendaklah disusun
berasingan.

Sesiku L

Peralatan mestilah digantung pada tempat asalnya
agar tidak kelihatan berselerak di tempat kerja dan
mengelakkan risiko kemalangan berlaku.
Pastikan sesiku L berada di tempat yang mudah
dilihat oleh guru dan murid agar alatan tersebut
mudah dikendalikan sama ada rosak ataupun tidak.


Pita Pengukur

Pastikan tali pita pengukur tidak terkeluar
sebelum menyimpan untuk mengelakkan
kecederaan pada diri sendiri dan kerosakan
pada pita pengukur tersebut.

Mesin Gergaji Meja Mudah Alih

pastikan kawasan meja dibersihkan dan menyapu sisa

habuk kayu yang berada di lantai dan di mesin.
pastikan mata gergaji dicuci daripada habuk kayu.
menutup suis selepas menggunakan mesin tersebut.

Mesin Gerudi Tangan


- Suis palam yang disambung oleh mesin gerudi tangan
hendaklah dipadamkan apabila tidak digunakan.
- Mata gerudi haruslah dibuka dan disusun ke dalam kotak
simpanan mesin tersebut.
- Wayar mesin gerudi tangan tersebut hendaklah digulung
dan disimpan ke dalam kotak peralatan yang khas

KESIMPULAN

Terima kasih kerana
sudi mendengar

pembentangan kami

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelaksanaan tugasan ini membantu kami untuk
mengenali secara lebih mendalam tentang peralatan bengkel dan kerja
pengurusannya walaupun berada di rumah. Pengurusan alatan bengkel seperti
tukul dan sebagainya bukan suatu yang mudah, ia memerlukan pengalaman.
Alat-alat kecemasan seperti peti pertolongan cemas dan alat pemadam api perlu
disediakan agar dapat digunakan apabila kemalangan berlaku ketika
pengendalian alatan tanggan atau mesin. Guru-guru atau pensyarah perlu
sentiasa memastikan pengguna bengkel iaitu murid sentiasa menjaga
keselamatan diri sendiri dan mematuhi segala arahan guru danperaturan yang
telah ditetapkan.

Oleh itu, peraturan bengkel perlu diwujudkan dan penguatkuasaan perlulah
tegas supaya semua murid akan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Selain
itu, pengendalian alatan bengkel adalah amat penting kerana penjagaan yang
baik akan meningkatkan usia penggunaan sesuatu alatan.

LATIHAN
PENGUKUHAN

LINK KUIZ
https://quizizz.com/join/qui
z/626cf9a1517865001e9d16f5/s

tart?studentShare=true

RUJUKAN

http://leepeiasgm.blogspot.com/p/1.html?m=1
https://www.tentangkayu.com/2007/12/menggunakan-pahat-kayu.html?m=1
https://ms.manuals.plus/effilex/manual-gergaji-mini-tanpa-wayar#axzz7PSma6jRB
https://my.mlstoolsfty.com/electric-tool/reciprocating-saw-cordless-kit.html
http://cik-mid.blogspot.com/2011/12/soalan-bahagian-1.html
https://ms.wikicell.org/utilizar-un-martillo-de-forma-segura-18913
http://01serembantimur.blogspot.com/p/kapak-adalah-sejenis-peralatan.htm
https://www.manualslib.com/manual/2037676/Oneida-Air-Systems-Supercell-
Xsk000014.html#manual
https://www.woodmagazine.com/tool-reviews/clamp-beyond-your-clamp-capacity
https://ms.thewelcomeplace.net/33018-how-to-use-a-screwdriver.html
https://ms.manuals.plus/effilex/manual-gergaji-mini-tanpa-wayar#axzz7PSma6jRB
http://catchmix99.blogspot.com/2016/07/alat-pengukuran-pengukuran-merupakan.html


Click to View FlipBook Version