BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) NAMA : NOOR FATHMA NAZIRAH BINTI CHE OTHMANI NO K/P : 010918-03-0318 ANGKA GILIRAN : 2021242340563 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2022 UNIT : X15 NAMA PENSYARAH : ENCIK VICKNESWARAN A/L BALAKRISHNAN
BIODATA Nama : Noor Fathma Nazirah Binti Che Othmani IPG : Kampus Ipoh Unit : X15 Program : PISMP Tahun 2 Semester 2 Pengkhususan : Pendidikan Muzik (SK) Email : [email protected]
PENGENALAN Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, seseorang ahli akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika cemas. Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan.
PENGENALAN LAMBANG KEGUNAAN LAMBANG IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah pada setiap masa, iaitu sewaktu konflik dan aman. PERANAN LAMBANG Tanda Perlindungan - Seseorang atau objek tidak boleh diserang. - Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang kemanusiaan. Tanda Pengenalan - Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.
BENDERA BSMM COGAN KATA / MOTO BSMM SEDIA BERKHIDMAT!
IKRAR BSMM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negara kami berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
LAGU BSMM Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat
08 Mei 1828 Dilahirkan di Geneva, Rue Verdaline di bandar lama di Switzerland. Beliau telah berkecimpung aktif dalam berbagai pergerakan dan aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau sering melawat penjara di mana beliau berusaha menolong menukarkan sikap dan perangai banduan. Beliau selalu memberi bantuan kepada penduduk yang miskin. 1855 Beliau mula dengan aktifnya berniaga dan membantu menubuhkan satu organisasi di switzerland. France dan Belgium yang terkenal dengan “Young Men`s Christian Association (YMCA)” dan pertubuhan ini telah ditubuhkan di beberapa Negara Eropah dan lain-lain negara di dunia. SEJARAH PALANG MERAH PENGASAS PALANG MERAH HENRY DUNANT (1828 - 1910) PERISTIWA PENTING HENRY DUNANT
25 Jun 1859 Beliau berada di medan perang di Solferino. Beliau hendak memperbaiki penjagaan dan perhatian perubatan untuk kombatan dalam perang Austria dengan Perikatan Tentera Francis Sedunia. 1862 Penerbitan buku 'Kenangan di Solferino'. 9 Februari 1863 Penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa untuk meningkatkan pendidikan anggotaanggota tentera darat yang sakit dan cedera di medan. Genevia Society Of Public Utility bersetuju mempertikaikan ideanya. Sept/Okt 1863 Mengembara di Eropah Tengah dan mendapati beberapa orang Raja. Raja Muda dan pemimpin tentera telah menaruh minat dengan idea dan pengikutnya. Oktober 1863 Pada 26-29 Oktober 1863 satu Mesyuarat Antarabangsa diadakan dan di hadiri oleh enam belas (16) negara termasuk Amerika Syarikat sebagai pemerhati dan di dalam mesyuarat tersebut mereka menubuhkan Palang Merah Antarabangsa juga mengumumkan kepada semua delegasi bahawa mereka telah membuat ‘logo’ Emblem Palang Merah di atas dasar putih sebagai emblem rasmi pertubuhan ini. 1864 Konvesyen Geneva Pertama (1) telah diadakan pada 22 Ogos 1864 dan 12 buah negara telah menandatangani konvensyen ini. Tujuan konvensyen ini adalah untuk melindungi dan menolong anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang.
1867 Persidangan Antarabangsa Palang Merah yang pertama 9 kerajaan dan 16 jawatankuasa ahli kebangsaan. 1892 Dimasukkan ke hospital di Heiden. 1899 Penyesuaian prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan masa ini. Disember 1901 Menerima Penganugerahan Hadiah Keamanan NOVEL yang pertama. 1906 Pada Julai 1906 Konvensyen Kedua (II) telah diadakan tujuannya adalah Geneva 1864 dan mereka bersetuju melangsung dan menolong anggota tentera yang cedera, sakit serta mangsa kapal-kapal tentera karam. 1910 Meninggal dunia di Heidden pada 30 Oktober pada usia 82 tahun. Karya Dunant 'A Memory of Solferino' pertama kali diterbitkan pada tahun 1862
JAWATANKUASA BERLIMA Pada awal tahun 1863, idea Henry Dunant telah menarik perhatian kepada empat orang warga Geneva yang penting yang telah pun terlibat dalam kerja-kerja amal kepada orang miskin dan yang memerlukannya. Jadilah satu “Jawatankuasa Lima” telah terbentuk yang di namakan Jawatankuasa Antarabangsa bagi bantuan kepada yang cedera. Jawatankuasa ini merupakan permulaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Pada Bulan Oktober 1863 mereka bersama 16 badan negara menghadiri satu Persidangan pertama di Geneva dan dalam persidangan itu lahirlah Lambang Palang Merah iaitu Merah Palang atas latar belakang putih. AHLI JAWATANKUASA BERLIMA 1. Henry Dunant 2. Gustave Moynier 3. General Guillaume-Henri Dufour 4. Theodore Maunior 5. Dr. Appia
SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA April 1948 Palang Merah British membuka cawangan di Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Sarawak (April/Mei 1984) dan beribu pejabat di London 1950 Cawangan Palang Merah British dibuka di Pulau Pinang 1951 Permukaan cawangan Palang Merah British di Perak, Terengganu dan Selangor 1952 Melaka, Johor dan Pahang turut menerima pembukaan cawangan Palang Merah British 1962 Satu akta Parlimen telah digubal dan diluluskan iaitu Akta # 4, AktaPersatuan Palang Merah Persekutuan Malaya (Pemerbadanan) 1962 Maka Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur 4 Julai 1963 Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya Mendapatpengiktirafan rasmi daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa(ICRC) 24 Ogos 1963 Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya diterima sebagai ahli Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
1965 Apabila Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya digabungkan dengan cawangan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak melalui Akta # 47, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 Maka tertubuhlah Persatuan PalangMerah Malaysia 1975 Nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lambang Palang Merah yang digunakan turut ditukar kepada lambang Bulan Sabit Merah melalui Akta #162, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 dan dikuatkuasakan pada 4 September 1975. Nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kekal sehingga hari ini 1995 Akta # 47, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 telah disemak dan digantikan dengan Akta # 540, Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965 (Disemak 1995) 2007 Penjenamaan baru Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah dilaksanakan. Maka imej persatuan kini dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
SEJARAH BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA 1919 Ditubuhkan denga nama asalnya League of Red Cross Societies (LigaPersatuanpersatuan Palang Merah) di Paris atas cadangan Henry Davison 1939 Ibu Pejabatnya dipindahkan dari Paris ke Geneva 1963 Berkongsi menerima Hadiah Nobel Keamanan bersama ICRC 1983 Namanya ditukar kepada League of Red Cross and Red Crescent Societies (Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah) 1991 Namanya ditukar pula kepada International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah) - IFRC
PRINSIP - PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH Menentukan objektif pergerakan - Kemanusiaan - Kesaksamaan Menentukan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan - Keberkecualian - Kebebasan Membolehkan bekerja dengan berkesan di seluruh dunia - Khidmat Sukarela - Ketunggalan /Bersatu - Kesejagatan PENGENDALIAN PRINSIP
KEMANUSIAAN Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya terdapat, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan,kerjasama dan kedamaian yang kekal antara semua manusia Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa diwujudkan dengan hasrat memberi bantuan tanpa diskriminasi kepada orang-orang yang cedera di medan perang, mencuba dalam kedudukannya pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa mencegah dan meringankanpenderitaan manusia walau di mana ia berada. Ditubuhkan atas dasar hormat menghormati sesama manusia, ini adalah prinsip yang utama sekali yang kaitannya tidak boleh dipisahkan daripadaidea kedamaian. Prinsip yang merumuskan hasrat dan citacita Pergerakan ini dan menjadi teras semua prinsip yang lain. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormatmenghormati sesama manusia. Ia memupuk sifat saling persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan antara manusia
KESAKSAMAAN Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak membezakan bangsa, kaum, keturunan, fahaman agama, darjat atau kedudukan dan pendapat politik. Ia cuba meringankan penderitaan individu hanya berpandukan semata-mataoleh keperluan mereka dan memberikan keutamaan kepada kes-keskesusahan yang paling memerlukan bantuan. Prinsip positif dalam membantu orang lain tanpa diskriminasi mengingatkankita bahawa perbezaan tidak harus dikenakan kepada orang-orang yang didalam kesusahan. Prinsip ini adalah bertentangan dengan perasaan tinggi diri atau tindakan diskriminasi yang selalu menjadi punca konflik
KEBERKECUALIAN Untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang manamenjadikan usaha-usaha kemanusiaan diterima sebagai peranan orang tengah maka perlulah ia sentiasa bebas di dalam tindakannya. Hanya dengan sentiasa menguatkuasakan prinsip keberkecualian,Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah akan mendapatkepercayaan secara menyeluruh. Di dalam konflik, keberkecualian menggambarkan tidak melakukan tindakan yang memberi kelebihan kepada mana-mana pihak yang berkonflik atau bersengketa. Persatuan ditegah membantu atau menghalang gerakan tentera dengan apa cara sekali pun. Keberkecualian mencegah Pergerakan daripada memihak di dalam perbalahan politik, agama atau apa sahaja perbalahan supaya akan dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna
KEBEBASAN Walaupun merupakan badan tambahan kepada pihak berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalahsebuah pertubuhan yang bebas. Persatuan Kebangsaan yang menjadi pertubuhan sokongan dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan negaranya dan tertakluk kepada undang-undang negaranya, hendaklahsentiasa memelihara autonomi mereka supaya sentiasa dapat bertindakmenurut Prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Kebebasan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada kuasa awam adalah penting demi kegiatan kemanusiaan. Ia membolehkan semangat kedamaian yang menjadi sifat Pergerakan bersemarak disanubari setiap orang. Tanpa mengasingkan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripadapergerakan yang lain, ia memberikan Pergerakan ini autonomi yangdiperlukan untuk kerjakerja kemanusiaan yang menjadikannya suatu kuasa menyatupadukan sesama manusia
KHIDMAT SUKARELA Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalahsatu badan bantuan sukarela yang diwujudkan bukan dengan hasrat mengaut keuntungan. Untuk memberi bantuan kepada sesama manusia dengan sukarela dan tanpa mementingkan diri sendiri, membuktikan kerelaan berkhidmat dan persaudaraan yang membuka pintu ke arah perdamaian
KETUNGGALAN / BERSATU Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merahdalam sesebuah negara Ia adalah terbuka kepada semua yang ingin menjadi ahli Ia hendaklah menjalankan kerja-kerja kemanusiaannya di seluruh wilayahnya Ia menyatupadukan semua rakyat dalam lingkungan sempadan negaraberkenaan dan menjadi satu faktor keamanan
KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah institusi antarabangsa. Semua Persatuan Kebangsaan mempunyai status yang sama dan berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama dalam membantu antara satu sama lain. Sifat kesejagatan Pergerakan ini adalah hasil daripada kesedaran ahli-ahli terhadap nilai-nilai bersama. Oleh kerana sifat ini ialah kewajipan saling bantu membantu antara satu sama lain, maka ia menggalakkan penyebaran nilai-nilai ini di semua negara dan menggalakkan tali persahabatan dan kedamaian sesama insan
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Penaung: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Presiden: YAB Perdana Menteri Timbalan Presiden: YAB Timbalan Perdana Menteri Naib Presiden: YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Menteri Kesihatan YB Menteri Luar YB Menteri Belia dan Sukan YB Menteri Pelajaran YB Menteri Pengajian Tinggi
MAJLIS KEBANGSAAN Majlis Kebangsaan merupakan Badan yang membuat polisi dan dasar BSMM. Dianggotai oleh: Ahli yang dipilih (Elected Officials ): Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli Ahli yang dilantik (Nominated Officials): 2 orang wakil setiap Cawangan 2 orang wakil agensi kerajaan (ex-officio): - Ketua Perkhidmatan PerubatanAngkatan Tentera Malaysia - Ketua Persatuan Perubatan Malaysia Setiausaha Agung Wakil kementerian Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Kementerian Kesihatan Kementerian Luar Kementerian Pelajaran Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Majlis Kebangsaan bermesyuarat 3 bulan sekali
LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN - Lembaga Eksekutif Kebangsaan (NEB) merupakan Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. - NEB melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian BSMM. - NEB inilah yang menggerakkan Persatuan. Dianggotai oleh: Ahli yang dipilih (Elected Officials ) di dalam Majlis Kebangsaan: Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli Wakil zon Seorang wakil Zon Utara Seorang wakil Zon Tengah Seorang wakil Zon Selatan Seorang wakil Zon Pantai Timur Seorang wakil Zon Timur Setiausaha Agung (ex-officio) NEB bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali
JAWATANKUASA KEBANGSAAN Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan: Belia Kewangan Kutipan Derma Latihan Pembangunan Organisasi Pentadbiran & Perjawatan Perhubungan Antarabangsa Perkhidmatan Ambulans dan Pengurusan Bencana Perkhidmatan Masyarakat Program Darah / HIV-AIDS dan Penyalahgunaan Dadah Lembaga Tender Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Pengurusan Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik ahli Jawatankuasa masing-masing JAWATANKUASA AD-HOC Jawatankuasa-jawatankuasa Ad-Hoc: Anugerah Audit Bangunan Lembaga Penyiasatan Lembaga Kajian Semula Lembaga Disiplin Lembaga Temuduga Setiap Pengerusi Jawatankuasa Ad-Hoc akan melantik ahli Jawatankuasamasing-masing
ZON - Cawangan-cawangan BSMM diaturkan ke dalam 5 zon. - Seorang wakil akan mewakili setiap zon di dalam Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Zon Utara BSMM Cawangan Perlis BSMM Cawangan Kedah BSMM Cawangan Pulau Pinang Zon Tengah BSMM Cawangan Perak BSMM Cawangan Selangor BSMM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Zon Selatan BSMM Cawangan Negeri Sembilan BSMM Cawangan Melaka BSMM Cawangan Johor Zon Pantai Timur BSMM Cawangan Pahang BSMM Cawangan Terengganu BSMM Cawangan Kelantan Zon Timur BSMM Cawangan Sabah BSMM Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan BSMM Cawangan Sarawak
UNIT Unit-unit BSMM Pasukan Bantuan Sukarela (Voluntary Aid Detachments) Terdiri daripada ahli-ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pasukan Kumpulan Kebajikan (Welfare Services Groups) Terdiri daripada ahli-ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas. Belia (Youth) Terdiri daripada ahli-ahli yang berada di peringkat sekolah menengah. Kanak-kanak (Links) Terdiri daripada ahli-ahli yang berada di peringkat sekolah rendah. KEAHLIAN Ahli Kehormat Seumur Hidup Ahli Seumur Hidup Ahli Biasa (18 tahun ke atas) Ahli Bantuan Sukarela Ahli Kumpulan Kebajikan Ahli Belia Ahli Belia (13 - 18 tahun) Ahli Belia Terbuka (13 - 17 tahun) Ahli Kanak-kanak (Link) (9–12 tahun)
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Tujuan bersama ICRC, Institut Henry Dunant (HDI), IFRC dan Persatuan Kebangsaan dalam penyebaran UUKA dan prinsip serta cita-cita Palang Merah diketahui dan dipakai serata dunia dan dengan itu memupuk semangat kedamaian di kalangan masyarakat antarabangsa. ICRC: Mengekalkan asas panduan dan prinsip Palang Merah dan kerja-kerja dalam peningkatan dan penerapan Konvensyen Geneva. HDI: Memberi pendedahan kepada ICRC, IFRC dan Palang Merah Swiss terhadap peralatan kajian dan penyelidikan, latihan dan pengajaran. IFRC: Membantu ICRC dalam memajukan peningkatan UUKA dan dalampenyebaran UUKA dan prinsip Palang Merah di kalangan Persatuan Kebangsaan. Persatuan Kebangsaan: Aktiviti penyebaran UUKA dan mendorong kerajaan dalam penyebaran UUKA Penyebaran UUKA: Ahli BSMM Pihak Tentera & Anggota Organisasi Tentera Anggota Pejuang Penasihat Undang-undang Pegawai Kerajaan / Kementerian Pertahanan Masyarakat Akademik - Profesor Universiti / Pendidik - Pelajar / Sekolah / Maktab Latihan Ahli Perubatan Belia / Pertubuhan Belia Masyarakat Awam / Media Massa Penyebaran adalah secara: Kursus / Ceramah Pameran / Media Cetak & Elektronik Risalah
BILAKAH UUKA DIGUNAPAKAI ? Konflik Bersenjata Antarabangsa : konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara Konflik Bersenjata Dalam Negara : konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak SIAPAKAH YANG DILINDUNGI ? Orang awam Anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera Penempur yang cedera, karam atau sakit Tawanan perang Wanita dan kanak-kanak (peraturan khas) BAGAIMANAKAH UUKA MELINDUNGI ? Mengehadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar Membezakan antara penempur dan orang awam (tidak menyerang orang awam) Membantu mereka yang sakit dan cedera, melindungi anggota perubatan Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam
PEMBANGUNAN KONVENSYEN - KONVENSYEN GENEVA (12 OGOS 1949) 1864 Konvensyen Geneva bagi memperbaiki keadaan anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang 1906 Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva 1864 1929 Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva 1906 (Konvensyen I) Penerimaan prinsip-prinsip KonvensyenThe Hague (Konvensyen II 1899 & IV 1907) berkaitan layanan tawaran perang (Konvensyen II) 1949 Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva (Konvensyen I 1929)(Konvensyen I) Penerimaan & semakan prinsip-prinsip Konvensyen The Hague (Konvensyen X 1907) berkaitan anggota-anggota tentera yang cedera, sakit & terkandas di laut (Konvensyen II) Semakan & pembangunan Konvensyen Geneva (Konvensyen II 1929) (Konvensyen III) Penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen The Hague (Konvensyen II 1899 & IV 1907) berkaitan perlindungan orang-orang awam sewaktu perang (Konvensyen IV)
Melindungi askar-askar yang tidak bermaya, cedera dan menyerah diri dan tidak lagi terlibat dengan pertempuran (hors de combat). Fasal 3: Pertelingkahan Bukan Antarabangsa dan Fasal 12: Perlindungan hendaklah tidak berbelah bagi, tidak memilih jantina, keturunan, kaum,bangsa,agama dan fahaman politik serta lain-lain yang berkenaan. Dilayan dengan kemanusiaan, tidak dibunuh, diseksa atau dibuat ujian biologi,tidak dibiarkan tanpa perubatan dan tidak didedahkan kepada jangkitan penyakit. Fasal 15–16: Selepas pertempuran mereka hendaklah dikumpulkan,diberi jawatan dan dilindungi dari penjarahan (pillage) dan penganiayaan. Kumpulan yang berterlingkah hendaklah menghantar maklumat kepada Kuasa Pelindung dan Pusat Tahanan Perang KONVENSYEN GENEVA I (1864) bagi pemulihan keadaan orang-orang yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan
Fasal 12: Perlindungan hendaklah diberi tidak berbelah bagi dan layanan kemanusiaan hendaklah diberi secukupnya kepada mangsa kapal karam. Fasal 18: Mangsa hendaklah dicari, dikumpulkan dan diberi rawatan serta dilindungi dari penjarahan (pillage) dan penganiayaan. Fasal 22: Kapal Hospital tidak boleh digunakan untuk ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan. Fasal 14: Kapal Hospital boleh ditahan untuk memindahkan pesakit yangmemerlukan rawatan yang lebih baik yang mana kemudahan tidakmencukupi dalam kapal tersebut. Fasal 21: Kapal pengangkutan awam / perniagaan boleh memberi bantuan kepada yang cedera dan karam serta sebagai berkecuali, mereka tidak boleh diserang dan ditangkap atau ditahan KONVENSYEN GENEVA II (1907) bagi pemulihan anggota-anggota angkatan tentera yang cedera, sakit dan terkandas di laut
KONVENSYEN GENEVA III (1929) Fasal 4: Istilah Tawanan Perang. 1. Anggota-anggota tetap / sukarela angkatan bersenjata Anggota-anggota yang menyebelahi sesuatu pihak yang terbabit dengan konflik (militia / puak penentang) 2. Unit-unit di bawah perintah yang bertanggungjawab kepada kumpulan tersebut. Membawa senjata secara terbuka semasa pertempuran. Beroperasi berlandaskan undang-undang dan tatacara peperangan. Anggota-anggota tetap angkatan bersenjata yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan yang tidak diiktiraf oleh Pihak Penakluk 3. 4. Mereka yang mengiringi angkatan bersenjata Wartawan Perang Anggota-anggota awam yang menjadi anak kapal pesawat tentera Kontraktor peralatan / bahan Perkhidmatan kebajikan tentera Penduduk wilayah yang belum ditawan bangun menentang kemaraanmusuh tanpa sempat diserapkan ke dalam pasukan tetap bersenjata 5. Membawa senjata secara terbuka semasa pertempuran. Beroperasi berlandaskan undang-undang dan tatacara peperangan. yang berkaitan dengan layanan tawanan perang
Fasal 13, 17: Tawanan Perang hendaklah dilayan secara kemanusiaan dengan baik dan tidak dianiayakan, diseksa dan didera. Fasal 25 – 32: Kemudahan tempat tinggal, makan dan kesihatan hendaklah diberi dengan baik. Fasal 34 – 37: Tawanan Perang dibenarkan mengamalkan acara keagamaan dan Guru Agama (Chaplain) dibenarkan melawat dan berhubung dengan mereka Fasal 70 – 72, 123: Nama-nama Tawanan Perang hendaklah dihantar kepada Agensi Pusat Pencarian dan mereka dibenarkan menghubungi keluarga. Fasal 49 – 57: Tawanan Perang tidak boleh dipaksa kerja untuk ketenteraan. Fasal 109 – 119: Tawanan Perang yang cedera dan sakit boleh dipulangkan kenegara asal. Semua Tahanan Perang hendaklah dibebaskan sejurus selepas tamat persengketaan. Fasal 125: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) diberi hak istimewa untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan Tawanan Perang
KONVENSYEN GENEVA IV (1949) Fasal 27: Penghormatan, keselamatan, hak-hak kekeluargaan, kelaziman agama, gaya hidup dan adat resam orang awam mestilah dihormati. Fasal 13, 32, 34: Orang awam mestilah dilindungi daripada pembunuhan,penyeksaan dan mencacatkan. Orang awam hendaklah diberi layanan baik kemanusiaan tanpa berbelahbagi tidak mengira agama, bangsa, kaum, kewarganegaraan dan fahamanpolitik. Fasal 33, 49: Orang awam tidak boleh dihukum bersendirian atas kesalahan yang mereka lakukan bukan persendirian. Hukuman berkelompok (collective punishment) juga tidak boleh dikenakan terhadap mereka. Orang awam juga tidak boleh diusir keluar negeri Penjarahan(pillage),mengambil tindakan balas dendam dan mengambil orang Tebusan dan memusnahkan harta benda adalah dilarang. Fasal 24: Kanak-kanak yatim piatu di bawah umur 15 tahun hendaklah diberi penjagaan Fasal 40: Orang awam tidak boleh dipaksa bekerja untuk kepentingan ketenteraan penjajah. yang berkaitan dengan perlindungan orangorang awam semasa perang
Fasal 55, 59: Pihak penjajah mestilah membekalkan makanan dan perubatan untuk keperluan penduduk atau mendapat bantuan daripada organisasi kemanusiaan seperti Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa(ICRC) Fasal 14: Hospital dan Zon Keselamatan mestilah diwujudkan untuk merekayang sakit, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan ibu yang mengandung. Fasal 79 – 141: Peraturan berkenaan dengan orang tahanan penjara(internee). Fasal 89 – 91: Orang awam mestilah menerima makanan dan pakaian,rawatan perubatan yang mencukupi serta dilindungi dari risiko peperangan. Fasal 132: Kanak-kanak, wanita yang hamil dan ibu yang membawa bayi yang sakit yang telah lama dikurung mestilah dilepaskan dengan segera
PROTOKOL - PROTOKOL TAMBAHAN (8 JUN 1977) 1977 Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 berkaitan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa (Protokol 1) Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 berkaitan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata bukan antarabangsa (Protokol II) Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 1949 berkaitan pengiktirafan lambang tambahan (Protokol III) PROTOKOL TAMBAHAN I 102 Fasal meluaskan perlindungan kepada penduduk awam, askar-askar dan pekerja-pekerja perubatan awam dalam persengketaan bersenjata antarabangsa. Meluaskan takrifan Tawanan Perang - Semua anggota angkatan bersenjata yang pihaknya terbabit dalam konflik - Semua anggota kumpulan bersenjata dan unit-unit di bawah perintah yangbertanggungjawab kepada kumpulan tersebut. Gerila yang tidak berpakaian seragam (walaupun unitunit yang tidak diiktiraf oleh pihak lawan) turut mendapat manfaat daripada peruntukan ini. yang berkaitan dengan perlindungan mangsa - mangsa konflik bersenjata antarabangsa
Fasal 46: Pengintip Rahsia, askar yang bertugas sebagai pengintip rahsia jika tertangkap oleh pihak lawan, mereka tidak berhak sebagai Tawanan Perang. Fasal 47: Askar Upahan (Mercenaries) tidak diiktiraf sebagai penempur dantidak berhak menjadi Tahanan Perang. Walaupun Pengintip dan Askar Upahan tidak berhak diberi status Tawanan Perang, mereka masih akan mendapat manfaat daripada jaminan minimum bagi layanan kemanusiaan. Fasal 51, 54: Melarang serangan membuta tuli dan memusnahkan sumber makanan, air dan bahan-bahan untuk kehidupan penduduk awam. Fasal 53, 56: Empangan, benteng, stesen penjana nuklear, objek bersejarah dan tempat keagamaan tidak boleh diserang. Fasal 76, 77: Perlindungan khas kepada wanita dan kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan diambil sebagai askar Fasal 15: Perlindungan kepada perubatan awam dan anggota agama. Fasal 79: Perlindungan kepada wartawan. Fasal 35: Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau dan kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Fasal 85: Salahguna dan penggunaan emblem yang diperuntukkan dalamPersidangan Geneva untuk menipu pihak musuh (perdify) adalah jenayah perang
PROTOKOL TAMBAHAN II Menghuraikan perlindungan kepada mangsa yang terperangkap dalam persengketaan bersenjata dalam risiko tinggi yang bukan antarabangsa tidak termasuk rusuhan, tunjuk perasaan dan pengganas. Fasal 4: Individu yang tidak terlibat secara langsung atau yang telah berhentidari pertempuran hendaklah diberi penghormatan, muliakan danmengamalkan keagamaannya. Mereka hendaklah dilayani secara kemanusiaan dengan tidak ada perbezaan. Adalah dilarang mengarahkan tidak ada yang dibenarkan hidup. Fasal 5, 7: Individu yang ditahan semasa pertelingkahan bersenjata danyang luka dan cedera mestilah dilindungi, dihormati dan dilayan dengan baik. Fasal 6: Pendakwaan dan hukuman jenayah yang bersangkut paut denganpertelingkahan bersenjata. Fasal 12: Lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa dan Matahari Merah hendaklah dipamerkan oleh anggota perubatan dan keagamaan Fasal 13: Larangan menyerang dan menakut-nakutkan dengan keganasan terhadap penduduk awam. Fasal 14: Larangan memusnahkan benda yang mana kehidupan penduduk bergantung kepadanya. yang berkaitan dengan perlindungan mangsamangsa konflik bersenjata bukan antarabangsa
Fasal 15: Perlindungan kepada kerja-kerja, bangunan dan janakuasa tinggi yang membahaya. Fasal 16: Perlindungan kepada harta-benda kebudayaan dan warisan dantempat-tempat keagamaan. Fasal 17: Larangan memindahkan penduduk awam. Fasal 18: Bantuan Pertubuhan Perkhidmatan Sukarela boleh dilaksanakan. Fasal 19: Protokol ini mestilah disebarkan seluasluasnya
PROTOKOL TAMBAHAN III Memperkenalkan rupa bentuk dan kegunaan Lambang Kristal Merah Memasukkan lain-lain lambang yang diiktiraf oleh Negara tersebut berdasarkan penerimaan Konvensyen Geneva dan ICRC yang berkaitan dengan pengiktirafan lambang tambahan
TANGGUNGJAWAB NEGARA - NEGARA Menggalak dan mempromosikan penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan Merupakan badan tetap perhubungan di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan Bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan khasnya untuk tujuan membaiki taraf Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau orang pelarian Peranan Setiap Masa Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melatih anggota-anggota Pertolongan Cemas dan Rawatan Peranan Masa Peperangan Membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera, menjaga yang cedera atau sakit dan menderita di kalangan tentera
KONVENSYEN - KONVENSYEN HAGUE 1868 Pengisytiharan St. Petersburg. Larangan terhadap penggunaan senjata motar tertentu sewaktu perang 1899 Konvensyen The Hague berkaitan undangundang dan tatacara peperangan di darat dan penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan di laut 1907 Semakan Konvensyen The Hague 1899 dan penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1906 kepada peperangan di laut 1954 Konvensyen The Hague berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang 1999 Protokol kepada Konvensyen The Hague 1954 PERLINDUNGAN TERHADAP HARTA KEBUDAYAAN DAN WARISAN 14 MEI 1954 Protokol Pertama kepada Konvensyen The Hague 1954 berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang 26 MAC 1999 Protokol Kedua kepada Konvensyen The Hague 1954 berkaitan perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang
LAMBANG / EMBLEM Lambang (Emblem) ialah satu tanda pengenalan yang berbentuk dan berwarna mudah untuk menyampaikan sesuatu maksud. Terdapat 4 lambang rasmi yang diterima pakai iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah, Singa dan Matahari Merah dan Kristal Merah Palang Merah Bulan Sabit Merah Singa dan Matahari Merah Kristal Merah Persidangan Diplomatik 1864 Persidangan Diplomatik 1929 Persidangan Diplomatik 1929 Persidangan Diplomatik 2005 Konvensyen Geneva Pertama Protokol Tambahan III Lambang asal Penggunaan dimulai oleh Turki Diguna oleh Parsi sehingga 1980 Penggunaan dimulai oleh Israel
Kegunaan tanda sebagai penyampai sesuatu maksud di segi undang-undang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kegunaan sesuatu tanda di dalam keadaan di mana maksud sebenar perlu disampai dan difahami dengan secepat mungkin adalah lebih sesuai kerana ia menjamin kefahaman secara sejagat tentang maksudnya dan tidak diragui kerana batasan bahasa atau kekecohan. Kegunaan lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah: Kegunaan yang asal adalah untuk perlindungan yang lebih terpakai semasapeperangan atau konflik. 1. Kegunaan yang lebih baru adalah untuk pengenalan yang lebih terpakai semasa aman 2. PENGENALAN/INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA
TANDA PERLINDUNGAN TANDA PENGENALAN SEWAKTU KONFLIK Perkhidmatan perubatan & kakitangan agama angkatan tentera Kakitangan perubatan, unit perubatan & pengangkutan Persatuan Kebangsaan Dengan kebenaran kerajaan: hospital awam, unit perubatan awam & lain-lain badan khidmat sukarela,kemudahan perubatan,kakitangan & pengangkutan perubatan awam Persatuan Kebangsaan IFRC ICRC SEWAKTU AMAN Perkhidmatan perubatan &kakitangan agama angkatan tentera Kemudahan perubatan & pengangkutan Persatuan Kebangsaan Badan, individu & objek yang berkaitan dengan Persatuan Kebangsaan, ICRC & IFRC Ambulans & pusat rawatan kecemasan percuma yang mendapat kelulusan Persatuan Kebangsaan
PERANAN LAMBANG PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH Mengenal pasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang (tanda perlindungan) Memberitahu bahawa seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan Undang-undang Kemanusiaan (tanda perlindungan) Menunjukkan bahawa orang atau objek berkenaan adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (tanda pengenalan) Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah diiktirafoleh seluruh dunia sebagai tanda perlindungan kemanusiaan. Lambang tersebut menjelaskan kepada semua yangberkenaan bahawa peraturan Undang-undang Antarabangsa boleh dikuatkuasakan terhadap orangorang dan objek-objek yang berkaitan dengannya. Lambang tersebut mengandungi satu hubungan yang nyata diantara Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan semua komponen Pergerakan Palang Merah dan Bulan SabitMerah. Lambang tersebut adalah satu alat penguatkuasaan peraturan undang-undang dan juga Prinsip-prinsip Asas Pergerakan
LAMBANG DAN TANDA PENGENALAN ANTARABANGSA DALAM UUKA Lambang Perlindungan individu,bangunan, objek dan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Lambang Perlindungan Pertahanan Awam Binaan penting untuk kesinambungan kehidupan awam seperti empangan, benteng dan stesen penjana nuklear Objek / tempat bersejarah/ warisan & budaya