FIQH MAR’AH
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas
mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
(Surah an-Nahl: 97)
1) ‘Solo Travelling’ bagi Wanita
2) Wanita di Pentas Siasah
3) Membaca & Menghafaz al-Quran Ketika Haid
4) Memahami Fiqh Darah Wanita
Sabda Nabi SAW:
اَل تُ اساِفر الماْرأاة ثلاثة أَّايم إاَل مع ذي مْحارم
Maksudnya: “Janganlah seseorang wanita itu bermusafir selama tiga hari melainkan bersama-sama
mahramnya”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Atau dalam riwayat yang lain:
َل تسافر المرأة إَل مع ذي محرم
Maksudnya: “Janganlah seseorang wanita itu bermusafir melainkan bersama-sama dengan mahramnya”.
(Riwayat Bukhari)
Melalui hadis ini, telah jelas larangan Rasulullah SAW ke atas wanita muslimah untuk keluar bermusafir
melainkan bersama mahramnya. Antara hikmah larangan ini adalah kerana bagi menjaga hak kepentingan
golongan wanita daripada dibelenggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, selain menutup ruang fitnah
yang mungkin dilontarkan terhadap seseorang muslimah.
Namun, dikecualikan larangan ini pada wanita muslimah yang berhijrah dan juga tawanan. Para ulama’
telah bersepakat bahawa sekiranya seseorang wanita muslimah yang berada di negara kafir, maka
dibolehkan ke atasnya untuk berpindah ke negara Islam tanpa perlunya kepada mahram.
Begitu juga sekiranya seseorang wanita muslimah itu ditawan oleh orang kafir dan dia mempunyai
kemampuan untuk melarikan diri daripada mereka, maka dibolehkan juga untuk keluar tanpa perlu kepada
mahram. Bahkan di sisi ulama’ mazhab Hanafi, mereka tidak dianggap sebagai suatu permusafiran.
Kini, ramai wanita muslimah yang suka melancong secara ‘solo travelling’ ke luar negara atau mungkin juga
ke tempat-tempat lain. Dalam memahami hukum ini, perlunya melihat kepada perbahasan ulama’
berkenaan haji. Ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat:
Pertama: Haram
Ulama’ mazhab Hanafi dan Hambali tidak membenarkan ke atas wanita muslimah untuk menunaikan haji
wajib, melainkan dengan mahramnya.
Kedua: Harus
Ulama’ mazhab Maliki dan Syafie pula menjelaskan harus bagi wanita muslimah yang tidak memiliki
mahram untuk melakukan haji apabila dia telah memenuhi syarat wajib haji, tetapi hendaklah ditemani
oleh sekumpulan wanita yang dipercayai.
Namun, dalam hal permusafiran seorang wanita untuk umrah sunat, menziarahi ahli keluarga, menuntut
ilmu, melancong, dan sebagainya, maka ulama’ turut berbeza pandangan mengenainya:
Jika jarak perjalanan tersebut dekat, maka ia diharuskan sebagaimana pandangan ulama mazhab Hanafi,
Maliki, Syafie, dan Hambali. Namun jika ia melibatkan perjalanan yang jauh, maka terdapat dua pandangan
di kalangan ulama’:
1) Diharuskan permusafiran wanita tanpa mahram jika dipastikan perjalanan tersebut adalah selamat.
Ini merupakan sebahagian pandangan daripada mazhab Maliki dan Syafie. Pandangan ini juga
dikemukakan oleh Imam Nawawi, Abu Hamid al-Ghazali, dan al-Mawardi.
2) Tidak diharuskan permusafiran wanita tanpa mahramnya. Inilah pandangan jumhur ulama’.
Selain itu, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah juga berkongsi pandangan mengenai isu ini. Kata mereka:
وعدم تعرضها،يجوز للمرأة أن تسافر بدون محرم بشرط اطمئنانها على الأمان في دينها ونفسها في سفرها وإقامتها وعودتها
لمضايقات في شخصها أو دينها
Maksudnya: “Dibenarkan ke atas seorang wanita untuk bermusafir tanoa mahram, namun dengan syarat
mestilah aman pada agamanya, pada dirinya dalam permusafirannya, ketika dia di destinasi dan juga
dalam kepulangannya, dan tidak menghalangnya atau bertembung dengannya sebarang gangguan
terhadap dirinya dan agamanya”.
Hal ini boleh diambil dari salah satu athar:
قاا ال اع ِد ٌّي فاارأايْ ُت الظاِعيناةا تا ْرَاِت ُل ِم ْن اْْلِيارةِ احَاّت تاطُو اف ِبلْ اك ْعباِة اَل َاتاا ُف إَِال اّلالا
Maksudnya: ‘Adiyy berkata: “Aku melihat seorang wanita mengendarai kenderaan berjalan dari Al Hirah
hingga melakukan tawaf di Ka’bah tanpa takut kecuali kepada Allah SWT”.
(Riwayat Bukhari)
Maka daripada hadis ini, ulama’ mengambilnya sebagai salah satu dalil yang mengharuskan permusafiran
seorang wanita sekiranya aman.
RUMUSAN
Hukum solo travelling bagi wanita adalah harus, namun mestilah berdasarkan beberapa dawabith
(ketetapan) dan syarat berikut:
1) Mestilah keadaan aman terhadap dirinya, agamanya, maruahnya, pada masa permusafirannya sama
ada dalam perjalanan, ketika di destinasi, dan juga ketika pulang.
2) Perlu mendapatkan keizinan daripada mahram dan juga wali yang terdekat.
3) Bukanlah musafir ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada fitnah atau memberikan mudarat
terhadap dirinya.
Dalam hal ini, dinasihatkan sebaiknya permusafiran seorang wanita itu ditemani oleh sekumpulan wanita
yang dipercayai atau ahli keluarga lain bersamanya. Dinasihatkan juga agar wanita sentiasa menjaga
maruah dan adab-adab Islam agar mereka terpelihara daripada sebarang fitnah.
Imam Hassan al-Banna berpandangan tidak membenarkan wanita menjadi menteri serta anggota
ahl al-halli wa al-’aqdi ( )أهل الحل والعقدberikutan jawatan ini berkaitan dengan kekuasaan dalam mebuat
keputusan terhadap masyarakat. Beliau berpandangan sedemikian berpandukan firman Allah SWT:
ٱلاِر اجا ُل قا َّٰاوُمو ان اعلاى ٱلنِا اسآِء ِباا فا اض ال ٱّلالُ با ْع اض ُه ْم اعلا َّٰى با ْع ٍض اوِِباآ أانافُقو۟ا ِم ْن أاْمَّٰاوِِلِ ْم ۚ فاٱل اصَِّٰل احَّٰ ُت قٰاَّنِتاَّٰت احَِّٰفظٰاَّت لِاْلغاْي ِب ِباا
احِف اظ ٱّلالُ ۚ اوٱلٰاََِّّت َاتاافُو ان نُ ُشوازُه ان فاِعظُوُه ان اوٱ ْه ُجُروُه ان ِف ٱلْ ام اضا ِج ِع اوٱ ْض ِربُوُه ان ۖ فاِإ ْن أاطاْعنا ُك ْم فالاا تاْبغُو۟ا اعلاْيِه ان اسبِيلاا ۗ إِ ان
ٱّلالا اكا ان اعلًِيّا اكبِيارا
Maksudnya: “Kaum lelaki itu pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana
orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta
mereka”. (Surah an-Nisa’: 34)
Melalui ayat di atas, beliau menyatakan kelayakan lelaki menjadi pemimpin lebih tinggi berbanding
wanita dari aspek jasmani dan mental. Berpandukan ayat ini yang merujuk kepimpinan lelaki dalam
keluarganya, justeru Imam Hassan al-Banna menolak keupayaan wanita untuk menjadi pemimpin
dalam membuat keputusan tertinggi berkaitan umat.
Pandangan beliau ini turut berdasarkan ijma’ amali melalui sepanjang pemerintahan Islam semasa
zaman Rasulullah SAW, Khulafa’ ar-Rasyidin dan seterusnya sehingga kejatuhan Empayar Islam
Uthmaniyah. Bahkan, sebagaimana tindakan Rasulullah SAW yang tidak pernah melantik wanita
dalam pelbagai peristiwa penting sepertimana Bai’ah Aqabah kedua yang tidak dilantik seorang
wanita pun menjadi ketua meskipun mereka turut hadir menyatakan bai’ah terhadap Rasulullah.
Di samping itu, terdapat juga ulama’ kontemporari yang mengharamkan wanita terlibat dalam
kepimpinan negara di setiap peringkat iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz yang merupakan
mufti kerajaan Arab Saudi pada tahun 1993-1999. Beliau tidak membenarkan kepimpinan wanita
berkaitan perihal umat berdasarkan surah an-Nisa’ ayat 34 yang sudah menetapkan kepimpinan induk
terkecil seperti institusi kekeluargaan juga merupakan hak kaum lelaki.
Larangan beliau ini meliputi semua jawatan kepimpinan termasuk menteri berikutan kaum wanita tidak
boleh lebih tinggi kedudukannya daripada kaum lelaki berdasarkan hadis nabi:
: لما بالا اغ رسول اللِه (ص) أا ان أاْه ال فاا ِر اس قا ْد املا ُكوا عليهم بِْن ات كِ ْسارى قال: قال،عن أِب با ْكارةا
""لا ْن يُْفلِ اح قا ْوم اولاْوا أاْمارُه ْم امارأاة
Maksudnya: “Diriwayatkan dari Abu Bakrah, katanya: Tatkala sampai berita kepada Rasulullah SAW
bahawa orang-orang Parsi mengangkat raja Puteri Kaisar, Baginda bersabda: “Tidak akan beruntung
sesuatu kaum yang menyerahkan kepimpinannya pada seorang perempuan”.
Pengambilan hukum oleh ahli usul fiqh berdasarkan hadis ini merujuk kepada ungkapan أمرهمyang
merupakan ungkapan umum meliputi Wilayah Ammah dan Wilayah Khassah (pemimpin bukan induk)
seperti kekuasaan terhadap harta, diri, pencarian, dan sebagainya. Hal ini menunjukkan Rasulullah
SAW melarang kepimpinan wanita dalam sesebuah negara kerana wanita tidak mampu menggalas
tanggungjawab tersebut berbanding kaum lelaki.
Namun begitu, terdapat juga beberapa pandangan sarjana Islam yang membenarkan wanita
terlibat menjadi menteri yang berkuasa membuat keputusan berkaitan negara, antaranya
ialah Ibn Hazm.
Beliau menyatakan Islam tidak penah menghalang wanita untuk berkongsi mana-mana jawatan
bersama kaum lelaki selain jawatan Khalifah, berikutan tiada nas yang melarangnya. Malah, merujuk
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah, Ibn Hazm berpandangan bahawa hadis ini hanya berkaitan
dengan jawatan ketua negara atau khalifah. Ini disandarkan kepada hadis Rasulullah SAW:
ُكُلّ ُك ْم اراٍع اوُكُلّ ُك ْم ام ْسئُول اع ْن ارِعياتِِه
Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinanmu”.
Melalui hadis ini, dapat dilihat bahawa skop kepimpinan itu meliputi setiap masyarakat,
termasuklah lelaki dan wanita. Justeru, setiap kepimpinan perlu dilandaskan dengan keadilan
agar segala tindakan yang dihasilkan mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah SWT.
Sebahagian ulama’ lain seperti at-Tabari dan Dr Muhammad Yusuf Musa turut membenarkan wanita
memegang jawatan wakil rakyat seperti menteri berdasarkan persamaan hak dan kewajipan antara
lelaki dan wanita dalam tuntutan amar makruf nahi mungkar melalui ayat 71 surah at-Taubah.
اوٱلْ ُمْؤِمنُو ان اوٱلْ ُمْؤِمناَّٰ ُت با ْع ُض ُه ْم أاْولِياآءُ با ْع ٍض ۚ َايُْمُرو ان بِٱلْ ام ْعُرو ِف اوياْن اهْو ان اع ِن ٱلْ ُمن اك ِر
Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat
kejahatan”. (Surah at-Taubah: 71)
Ayat ini menggambarkan tabiat kaum lelaki dan perempuan beriman yang suka melakukan
kebaikan, bersatu padu serta menolak kejahatan bagi mengelakkan perpecahan. Malah,
penglibatan wanita ini juga demi memimpin dan menguruskan hal-hal yang
berkaitan kaum wanita sendiri yang mungkin tidak dapat difahami oleh lelaki.
Ulama’ kontemporari seperti Yusuf al-Qaradhawi turut membenarkan wanita menjadi Menteri, bahkan
mengharuskan wanita terlibat dengan semua jawatan kepimpinan negara termasuk jawatan Perdana
Menteri dengan syarat tertentu.
Pandangan beliau ini merujuk kepada kepimpinan masa kini yang tidak lagi berasaskan sistem
Khilafah selepas berakhirnya sistem tersebut ketika pemerintahan Atartuk pada tahun 1924M. Yusuf
al-Qaradhawi berpandangan sedemikian juga disebabkan kerana tidak terdapatnya dalil al-Quran dan
hadis yang melarang wanita terlibat dalam pemerintahan negara.
Menurut al-Qaradhawi, pengambilan sifat umum pada lafaz hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Bakrah dalam melarang wanita terlibat dari kepimpinan negara merupakan suatu perkara yang
tidak disepakati sepenuhnya. Pengertian umum lafaz hadis itu bertentangan dengan dalil al-Quran
mengenai kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis sebagai
pemerintah kerajaan Saba’, sebagaimana firman Allah SWT:
قاالُو۟ا َاْن ُن أُ ۟ولُو۟ا قُاوةٍ اوأُ ۟ولُو۟ا َابْ ٍس اش ِدي ٍد اوٱْلأاْمُر إِلاْي ِك فاٱنظُِرى اما اذا اتُْم ِري ان
Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan;
dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau
hendak perintahkan”. (Surah an-Naml: 33)
Kepimpinan Ratu Balqis ini mampu menjadi tauladan sebuah kepimpinan yang berjaya berikutan
pemerintahannya berkonsepkan permesyuaratan serta keperibadian ratu itu sendiri yang lebih
mementingkan diplomasi serta membenci peperangan meskipun memiliki keupayaan ketenteraan
yang hebat sehingga mampu mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat terhadap kaumnya.
Jelas menunjukkan kepimpinan wanita bukan suatu yang asing dalam Islam meskipun
Rasulullah SAW tidak melakukannya sewaktu pemerintahan Baginda.
Oleh itu, penglibatan wanita menjadi pemimpin pada masa kini adalah dibenarkan berdasarkan
kelayakan dan kebolehan yang dimilikinya.
Di samping itu, al-Qaradhawi turut menyangkal pandangan yang mengharamkan kepimpinan wanita
disebabkan berlakunya kekuasaan ke atas lelaki berikutan sistem pemerintahan masa kini
berasaskan sistem demokrasi yang dijalankan secara kolektif melalui sebuah institusi bagi
mendapatkan suatu keputusan yang dipersetujui bersama.
Justeru, kaum wanita beriman yang memiliki kelayakan dan keupayaan dalam pentadbiran
negara mahupun organisasi serta di bidang poltik, perlulah berusaha untuk menceburkan dirinya
dalam bidang tersebut daripada membiarkan kaum wanita munafik yang menguasainya, seperti
Menteri Hal Ehwal Wanita, Ketua Pergerakan Wanita, dan sebagainya. Hal ini bagi
mengelakkan berlakunya penyebaran fitnah terhadap agama Islam.
RUMUSAN
Islam tidak menghalang sepenuhnya keterlibatan wanita dalam menjadi pembuat keputusan di
peringkat pengurusan tertinggi negara selain jawatan khalifah. Keharusan yang diberikan ini
menunjukkan Islam mengangkat keupayaan dan kredibiliti kaum wanita setanding kaum lelaki.
Hal ini juga membuktikan bahawa Islam tidak mengabaikan peranan wanita dalam memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara sebagai seorang pemimpin.
Meskipun Islam telah memberi kebebasan kepada wanita untuk melaksanakan pekerjaan yang
bersesuaian dengan naluri kewanitaan, namun kaum wanita perlulah menjaga prinsip syariat yang
telah ditetapkan melalui penguasaan ilmu pengetahuan yang luas, di samping menjadi seorang
isteri dan ibu yang solehah. Mereka juga perlu menjaga kehormatan diri, menjaga adab
seorang muslimah, serta menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita.
MEMBACA & MENGHAFAZ
AL-QURAN KETIKA HAID
Dalam masalah ini, terdapat dua pandangan ulama’.
Pertama: Haram
Inilah pendapat jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca al-Quran ketika dalam
keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan hadis daripada Ibn Umar r.a:
اَل تا ْقارأ اْْلاائِ ُض وَل اْْلُنُ ُب اشْيئاا ِم ان الُْقْرآ ِن
Maksudnya: “Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan berjunub membaca walau sedikit
daripada al-Quran”. (Riwayat at-Tirmizi)
Hadis ini daif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash
dari golongan Hijjaz dan riwayatnya adalah daif.
Kedua: Harus
Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih, iaitu dibolehkan untuk
memegang al-Quran bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan
tujuan mengajar dan belajar.
Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja, dan bukan
yang sedang berjunub. Hal ini demikian kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung
dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Quran, dibimbangi
hafazan mereka akan terluput.
Ia juga memberi kemudahan kepada madrasah tahfiz al-Quran untuk meneruskan
pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupai hafazannya. Inilah juga pendapat tokoh
ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir at-Tabari, Ibn al-Munzir, dan pendapat
Imam Syafie. Manakala, antara ulama’ masa kini yang berpegang dengan keharusannya
ialah Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaymeen dan Syeikh al-Azhar Ali Tantawi.
RUMUSAN
Membaca dan menghafaz al-Quran ketika haid adalah dibolehkan berdasarkan sebab-
sebab yang telah diterangkan. Di sini sekali lagi dinyatakan beberapa pendapat atau athar
bagi menyokong pendapat ini:
➢ Direkodkan bahawa Sayidatina Aisyah membaca al-Quran dalam keadaan haid. Inilah
yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi dalam al-Majmuk 1/357, at-Tabrani dalam Awsat
2/98, Ibn Rajab dalam Fath al-Bari 1/46, dan Ibn Hazm dalam al-Muhalla 1/78-79.
➢ Ini juga pendapat Ibn Abbas, Ibn Musayyib yang menyatakan keharusan membaca al-
Quran bagi wanita haid termasuk Muhammad Ibn Maslamah.
RUMUSAN
Selain itu, satu pendapat yang cukup baik yang dikemukakan oleh mantan Syeikh al-Azhar,
Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq melalui bukunya Buhuthun wa al-Fatawa. Beliau
menyatakan keharusan pelajar wanita yang dalam keadaan haid untuk menghafaz al-Quran
dan membacanya ketika haid atas faktor peperiksaan atau ujian. Ini disebabkan kerana
waktu tersebut adalah terhad dan terbatas.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan
wanita nifas dalam bab membaca al-Quran, di mana wanita tersebut boleh memegang dan
membaca al-Quran sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid.
Di samping itu, dicadangkan juga kepada pelajar wanita yang sedang haid untuk beralih
kepada mendengar al-Quran melalui CD atau Youtube untuk mengulang hafazan al-Quran.
04
1) Bersuci dari Haid, Nifas, dan Istihadah
Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas, maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub),
sebagaimana hadis Riwayat Bukhari menerusi Aisyah r.a bahawa Fatimah Abi Hubaisy sedang istihadah,
lalu bertanya kepada Nabi SAW. Sabda Nabi SAW:
إ اذا اكا ان اد ُم اْلاْي ِض فاِإناهُ ادم أا ْساوُد يُ ْعار ُف فاِإذاا اكا ان اذلِ اك:)اع ْن فاا ِط امةا بِْن ِت أاِب ُحباْي ٍش أاناهاا اكانا ْت تُ ْستا احا ُض فااقا ال ِالاا الناُِِّب (ص
فاأاْم ِس ِكي اعن ال اصلااةِ فاِإذاا اكا ان الآ اخُر فاتا او اضئِي او اصِلاي
Maksudnya: “Sekiranya darah haid ia darah hitam yang diketahui (merah gelap). Jika begitu, tinggalkanlah
solat dan kalua telah selesai maka mandilah dan bersolatlah”. (Sunan Daruqutni, Kitab al-Haid)
2) Mandi Wajib Selepas Haid dan Nifas
Rasulullah SAW menunjukkan amalan-amalan sunnah yang baik untuk diteladani dalam menyempurnakan
mandi wajib. Hadis riwayat Ibnu Abbas menerusi Maimunah r.a berkata:
اع ْن ابْ ِن اعباا ٍس قاا ال اح ادثاْتناا امْي ُموناةُ قاالا ْت اصباْب ُت لِلناِِِاب (ص) غُ ْسلاا فاأافْ ار اغ بِيا ِمينِِه اعلاى يا اسا ِرهِ فاغا اسلاُه اما ُُثا غا اس ال فا ْر اجهُ ُُثا قاا ال
بِيا ِدِه الأ ْر اض فاام اس احاها ِبلُّاتا ِب ُُثا غا اسلااها ُُثا َاتا ْض ام اض اوا ْستاْن اش اق ُُثا غا اس ال او ْجاههُ اوأافاا اض اعلاى ارأْ ِسِه ُُثا تانا احى فاغا اس ال قا ادامْيِه ُُثا أُِِتا
ِبِْن ِدي ٍل فالا ْم ياْن ُف ْض ِِباا
Maksudnya: “Dari Ibnu Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Maimunah berkata, aku
menuangkan air di dalam satu bekas untuk Nabi SAW mandi, lalu dengan tangan kanannya Baginda
menuangkan air pada tangannya lalu membasuh keduanya. Kemudian mencuci kemaluannya, lalu
menyentuhkan tangannya ke tanah dan menyapunya ke tanah, lalu membasuh kedua-dua tangannya.
Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung, kemudian membasuh muka dan menyiramkan
air ke atas kepalanya. Kemudian beliau beralih dari tempat mandi untuk mencuci kedua kakinya. Setelah
itu beliau diberi tuala, tetapi beliau tidak menggunakannya”. (Sahih Bukhari)
Jelaslah kepada kita sebagai umat Islam bahawa kebersihan itu merupakan perkara yang dituntut oleh dan
menjadi asas utama sempurnanya ibadah seseorang itu.
3) Amalan Ibadah yang Dilarang bagi Wanita Haid dan Nifas
• Bersuci daripada Hadas
Wanita yang masih dalam keadaan uzur syar’ie (haid dan nifas) masih lagi dalam kategori belum suci dari
segi syarak. Walau bagaimanapun mandi sunat mengerjakan umrah, wukuf, dan melontar jamrah
boleh dilakukan oleh wanita haid dan nifas. Dalilnya boleh dirujuk kepada sabda Rasulullah SAW kepada
Sayidatina Aisyah r.a sewaktu beliau dalam haid:
فاقْ ِضي ما يقضي اْلاا اج غايْار أَال تاطُوِفي ِبلباْي ِت
Maksudnya: “Engkau buatlah apa sahaja yang dilakukan oleh orang-orang haji, kecuali tawaf di Kaabah”.
(Sahih Muslim)
• Bersolat
Wanita yang didatangi haid haram melaksanakan segala jenis solat sama ada solat fardu, sunat, atau
qadha’. Manakala solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh haid tidak wajib diqadha’ kembali. Dalil yang
menunjukkan arahan meninggalkan solat secara jelas ialah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
فاِإذاا أاقْبالا ْت اْلاْي اضةُ فااتْ ُركِي ال اصلااةا
Maksudnya: “Apabila haidmu datang, maka kamu tinggalkan solat”. (Riwayat Bukhari)
Adapun dalil bahawa wanita yang telah meninggalkan solat tersebut tidak perlu menggantikannya semula
adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
أا ان اْمارأااة اسأالا ْت اعائِ اشةا قاالا ْت أاتا ْق ِضي إِ ْح اداَان اصلااتاهاا أاَّاي ام ماِحي ِضاها فاافالا ْت أا احُروِِياة أانْ ِت قا ْد اكانا ْت إِ ْح اداَان َاِتي ُض فالاا تُْؤامُر بِاق اضاٍء
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang wanita bertanya kepada Aisyah r.a, adakah wanita haid perlu
mengqadha’ solat? Aisyah menjawab, adakah engkau seorang Hururiyyah? (nama satu puak yang
berfahaman Khawarij). Sesungguhnya kami didatangi haid semasa zaman Rasulullah SAW, maka kami
tidak mengqadha’ solat dan tidak diperintah supaya mengqadhakannya”. (Sahih Muslim)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid dan nifas tidak
diperintah ke atasnya untuk mengqadha’ semula solat-solat yang ditinggalkannya.
• Berpuasa
Wanita yang sedang haid dan nifas haram berpuasa sama ada puasa wajib mahupun sunat. Namun begitu,
wajib ke atas wanita yang meninggalkan puasa Ramadan kerana haid atau nifas untuk menggantikannya
semula sepanjang tempoh yang ditinggalkan. Sekalipun seorang wanita itu sedang berpuasa, tiba-tiba
haidnya datang, maka dengan sendirinya puasa tersebut terbatal.
Keadaan ini tetap juga terbatal sekalipun kejadian didatangi haid berlaku beberapa minit lagi akan
menjelangnya Maghrib. Dia wajib menggantikannya pada hari lain sekiranya puasa yang ditinggalkan ialah
puasa wajib. Sekiranya pada waktu terbit fajar dan wanita masih dalam haid, dia tidak wajib berpuasa.
Sekiranya dia berpuasa, puasanya tidak sah. Namun sekiranya dia sudah suci sebelum fajar, puasanya
sah meskipun dia baru mandi selepas terbit fajar.
• Tawaf
Wanita haid dilarang melakukan tawaf dan terbatal tawafnya jika terus dilakukan. Mereka boleh melakukan
apa sahaja tetapi dilarang melakukan tawaf sama ada tawaf rukun, tawaf wada’ atau tawaf sunat di
Baitullahil Haram.
Manakala ibadat-ibadat lain seperti saie antara Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, bermalam di Mina
dan Muzdalifah tetap dibolehkan. Hal ini berdasarkan dalil hadis Riwayat Aisyah r.a:
فااقا ال اما، فا اد اخ ال اعلا اي ار ُسوُل الله (ص) اوأاَان أابْ ِكي، احَاّت ِجْئناا اس ِر اف فاطاِمثْ ُت،اخار ْجناا ام اع ار ُسوِل الله (ص) اَل نا ْذُكُر إَِال اْلا اج
قاا ال اه اذا اش ْيء اكتاباهُ اّلالُ اعلاى، نا اع ْم: اما لا ِك؟ لااعلا ِك ناِف ْس ِت؟ قُ ْل ُت: قاا ال، لااوِد ْد ُت أاِّان َالْ أا ُك ْن اخار ْج ُت الْاعا ام،يُْب ِكي ِك؟ فا ُقْل ُت اواّلاِل
افْ اعِلي اما ياْفاع ُل اْلا ُّج غايْار أا ْن اَل تاطُوِفي ِبلْباي ِت احَاّت تاطُْه ِري،باناا ِت آ اد ام
Maksudnya: “Kami keluar dan tidaklah kami menyangka melainkan untuk mengerjakan haji. Sehinggalah
kami sampai di Sarif (satu tempat yang dekat dengan Makkah), aku didatangi darah haid maka Rasulullah
SAW mendekati aku yang sedang menangis, lalu Rasulullah SAW berkata, kenapa engkau menangis?
Adakah engkau didatangi haid? Aku pun berkata, ya. Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya ini (haid)
sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas wanita-wanita anak Adam. Lakukan segala yang
dilakukan oleh orang yang menunaikan haji. Tetapi engkau tidak boleh tawaf di Kaabah sehingga
engkau suci”. (Sahih Muslim)
3) Persoalan Taharah dalam Fiqh Darah-darah Wanita
• Suci Haid pada Akhir Waktu Solat
Soalan: Bagaimanakah kedudukan seorang wanita yang telah suci daripada darah haidnya, namun beliau
hanya sempat menunaikan satu rakaat solat sahaja pada masa sucinya itu?
Jawapan: Seorang wanita yang didatangi haid, kemudiannya beliau suci pada akhir waktu solat,
sedangkan baki waktu solat tersebut masih ada, contoh suci pada waktu Asar sekitar jam 6.00 petang,
maka wajib ke atas wanita tersebut menunaikan solat tersebut pada masa tersebut.
• Hukum Keadaan Wanita Sedang Haid
Soalan: Bagaimanakah hukum keadaan wanita berikut yang sedang dalam keadaan haid?
a) Duduk dalam majlis ilmu.
b) Menggunakan barang-barang, contohnya untuk memasak dan membasuh.
c) Tidur bersama suami.
Jawapan:
a) Tidak diharamkan kepada perempuan yang haid untuk hadir dan duduk dalam majlis ilmu.
b) Tidak ada tegahan untuk menggunakan barang-barang yang dipegang oleh perempuan yang sedang
haid ketika memasak, membasuh, dan sebagainya.
c) Suami isteri yang tidur dibenarkan berhimpit-himpit dan melakukan perkara-perkara yang lain
dengannya kecuali antara pusat dan lutut.
• Had Masa Kedatangan Haid bagi Perempuan
Soalan: Berapa lamakah seorang wanita kedatangan haid dalam sesuatu masa?
Jawapan: Had masa bagi seorang wanita kedatangan darah haid itu dapat dilihat dalam 3 keadaan, iaitu:
1) Tempoh paling sedikit adalah selama 24 jam sehari semalam.
2) Tempoh paling banyak adalah 15 hari/malam.
3) Tempoh kebiasaan iaitu pertengahan di mana dalam tempoh ini majoriti perempuan keadatangan haid.
Menurut penyelidikan Imam as-Syafie adalah sebanyak 6-7 hari.
• Memotong Rambut dan Kuku ketika Haid
Soalan: Benarkan dakwaan wanita yang sedang didatangi haid tidak boleh memotong kuku, menggunting
rambut, dan lain-lain?
Jawapan: Dalam isu ini, sememangnya ramai ulama’ yang terkemudian dalam mazhab Syafie menyebut
dalam kitab-kitba mereka mengenai pendapat Imam al-Ghazali tentang larangan memotong kuku, rambut,
atau mengeluarkan bahagian daripada tubuh dalam keadaan berjunub. Kata beliau dalam Ihya’ Ulumuddin:
“Dan tidak sepatutnya seseorang itu mencukur rambutnya, memotong kukunya, mencukur bulu ari-arinya,
atau mengeluarkan darahnya, atau mengeluarkan satu bahagian daripada dirinya, sedang dia dalam keadaan
berjunub. Ini kerana sekalian bahagian itu akan dikembalikan pada hari Akhirat dalam keadaan berjunub lalu
dikatakan kepada orang itu: “Sesungguhnya setiap bulu ini menuntut kepadanya atas keadaan janabah”.
Berdasarkan keterangan ini, perbuatan mencukur dan memotong rambut atau memotong kuku sewaktu
haid bukanlah haram. Tambahan lagi, kenyataan Imam al-Ghazali itu jika dilihat dalam konteks
perbincangannya lebih kepada situasi berjunub disebabkan jimak, bukan bagi haid atau nifas. Ini
kerana waktu haid dan nifas agak panjang dan mungkin menyukarkan kaum wanita untuk berhati-hati
terhadap setiap rambut yang gugur dan kuku yang dipotong.
Begitu juga Imam al-Ghazali menggunakan lafaz ( )لا ينبغيyang bermaksud “tidak sepatutnya”. Ini lebih
menunjukkan kepada larangan bersifat makruh dan bukan haram.
Walau bagaimanapun, terpulang kepada orang ramai untuk mengambil langkah keluar daripada khilaf
kerana ini soal peribadi. Begitu juga jika ada yang ingin menyimpan kuku dan rambut yang terputus
sewaktu haid dan nifas kemudian dimandikan apabila sudah suci.
• Menyetubuhi Wanita Haid
Para ulama’ telah bersepakat bahawa menyetubuhi wanita yang sedang haid ialah haram walaupun berlapik,
seperti suami menggunakan alat yang menghalang masuknya air mani ke dalam lubang faraj. Firman Allah:
اويا ْسالُونا اك اع ِن ٱلْ ام ِحي ِض ۖ قُ ْل ُهاو أاذاى فاٱ ْعتا ِزلُو۟ا ٱلنِا اسآءا ِف ٱلْ ام ِحي ِض ۖ اواَل تا ْقاربُوُه ان احَاَّّٰت ياطُْهْر ان ۖ فاِإذاا تاطااهْر ان فاأْتُوُه ان ِم ْن احْي ُث
ۚ ُأاامارُك ُم ٱّلال
Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:
"Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu
menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,
dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila
mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu..”
(Surah al-Baqarah: 222)
4) Persoalan-persoalan Berkaitan Darah Istihadhah
• Hakikat Istihadhah
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan istihadah?
Jawapan: Istihadah ialah darah yang keluar dari alat kelamin wanita bukan pada tempoh haid yang biasa.
Darah ini bukan darah haid yang biasa datang setiap bulan tertentu. Darah ini juga bukan darah nifas yang
keluar selepas bersalin. Ada kalanya darah istihadah ini bersambung-sambung dengan kedatangan darah
haid atau nifas dalam satu tempoh tertentu dan adakalanya tidak.
Darah istihadah berbeza dengan darah haid berdasarkan sifat-sifatnya yang tertentu. Darah istihadah
biasanya muncul akibat penyakit seperti gangguan pada hormon, barah, dan sebagainya. Kaum wanita
yang sering mengalaminya dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor.
• Hukum Istihadhah
Soalan: Adakah wanita yang beristihadah wajib menunaikan solat dan puasa?
Jawapan: Wanita yang beristihadah dihukumkan seperti perempuan yang suci, yakni mereka wajib
menunaikan solat dan sebagainya sepertimana hukumnya orang yang bebas daripada darah haid.
Keadaan ini bersandarkan kepada hadis riwayat Sayidatina Aisyah r.a:
ُ أافاأاادع،اع ْن اعائِ اشةا قاالا ْت اجاءا ْت فاا ِط امةُ ابْناةُ أاِب ُحباْي ٍش إَِال الناِِِاب (ص) فااقالا ْت َّاي ار ُسوال اّلاِل إِِّان اْمارأاة أُ ْستا احا ُض فالاا أاطْاهُر
اوإِ اذا أا ْدباار ْت فاا ْغ ِسِلى، فاِإ اذا أاقْبالا ْت احْي اضتُ ِك فا اد ِعى ال اصلااةا، اولاْي اس ِِباْي ٍض، إَِّاناا ذالِك ِعْرق،ال اصلااةا فااقا ال ار ُسوُل اّلاِل (ص) اَل
احَاّت ياِجيءا اذلِ اك الْاوقْ ُت، اوقاا ال أاِب ُُثا تااو اضئِى لِ ُك ِال اصلااٍة.اعْن ِك ال اد ام ُُثا اصلاى
Maksudnya: Daripada Aisyah beliau berkata: “Fatimah binti Hubaisy telah datang menemui Rasulullah
SAW dan berkata, wahai Rasulullah, aku adalah seorang perempuan yang beristihadah dan oleh
sebab itu, aku tidak suci. Adakah aku perlu meinggalkan sembahyang? Sabda Nabi SAW, janganlah
kamu meninggalkan sembahyang dan apabila ia putus yakni berhenti, maka bersihkanlah dirimu
daripada darah tersebut dengan mandi dan hendaklah engkau menunaikan sembahyang”. (Sahih
Bukhari)
Dalil ini menunjukkan wanita yang mengalami istihadah boleh meneruskan aktiviti biasa yang dilakukan
oleh orang-orang yang suci.
• Wudhu’ Wanita Yang Istihadhah
Soalan: Perlukan wanita yang beristihadhah mengambil wudhu’ setiap kali hendak menunaikan solat?
Jawapan: Wanita yang mengalami istihadah wajib berwudhu’ setiap kali menunaikan solat apabila telah
masuk waktu. Wudhu’nya ialah taharah secara darurat. Harus kepadanya juga mengambil wudhu’ sebelum
masuk waktu solat. Ini merupakan pendapat majoriti ulama’. Apabila seseorang wanita yang mengalami
istihadah berwudhu’, wudhu’nya dikira sah dan terangkatlah hadas.
Hadas yang berlaku semula selepas itu, yang diluar kemampuannya, tidak memberi apa-apa kesan kepada
wudhu’nya. Setelah berwudhu’ hendaklah segera menunaikan solat demi mengurangkan hadas yang
keluar. Ini kerana hadas sentiasa berulang-ulang pada dirinya dan dia berupaya mengurangkannya dengan
cara segera menunaikan solat.
Di samping itu, wanita yang mengalami istihadah wajib mengambil wudhu’ setiap kali hendak menunaikan
solat fardu. Dengan satu wudhu’, dia tidak boleh menunaikan lebih daripada satu solat tunai atau qadha’.
Keadaan ini berdasarkan hadis:
اع ْن اع ِد ِاي بْ ِن َاثبِ ٍت اع ْن أابِيِه اع ْن اج اِدِه اع ْن الناِِِاب (ص) ِفي الْ ُم ْستا احا اضِة تا ادعُ ال اصلااةا أاَّاي ام أاقْ ارائِاها ُُثا تاغْتا ِس ُل اوتُ اصِلاي اوالُْو ُضوءُ ِعْن اد
اك ِال اصلااٍة قاا ال أابُو اداُود ازا اد عُثْ اما ُن اوتا ُصوُم اوتُ اصلِاي
Maksudnya: “Dari Adi bin Tsabit dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda tentang wanita yang
istihadah, hendaklah dia meninggalkan solat pada hari-hari haidnya, kemudian mandi dan solat, serta
berwudhu’ pada setiap kali solat. Abu Daud berkata, Uthman menambahkan, dan puasa serta solat”.
(Sunan Abi Daud- hadis Sahih)
• Hukum Wanita Yang Istihadhah Beriktikaf di Masjid
Soalan: Adakah dibolehkan wanita yang beristihadhah berada di dalam masjid?
Jawapan: Dibolehkan wanita istihadhah untuk masuk ke dalam masjid dan berdiam diri di situ untuk
beriktikaf atau menunaikan solat jemaah atau membaca al-Quran, kerana ia dikira sebagai wanita yang
dalam keadaan suci. Ini berdasarkan dalil daripada sebuah hadis:
اع ْن اعائِ اشةا أا ان الناِِاب (ص) ا ْعتا اك اف اماعهُ با ْع ُض نِ اسائِِه اوِه اي ُم ْستا احا اضة تاارى ال اد ام فا ُرِاباا
Maksudnya: Dari Aisyah berkata: “Nabi SAW pernah beriktikaf bersama isteri-isterinya, sementara saat itu
ia sedang mengalami istihadah dan boleh melihat adanya darah yang keluar”. (Sahih Bukhari)
RUJUKAN
❑ Al-Kafi #607: Hukum Memotong Kuku atau Rambut ketika Haid dan Nifas
❑ Irsyad al-Fatwa Siri ke-18: Hukum Membaca dan Mengulang Hafazan al-Quran dalam Keadaan Haid
❑ Irsyad al-Fatwa Siri ke-454: Hukum Solo Travelling bagi Muslimah
❑ Jurnal Kerja Wanita di Peringkat Pengurusan Tertinggi Negara Menurut Perspektif al-Quran dan Hadis
❑ Kertas Kerja Prosiding Permasalahan Taharah: Fiqh Darah-darah Wanita Masa Kini
❑ Siti Falihah Yaakob: Instagram @_tentangdarahwanita
❑ Yusuf al-Qaradhawi: Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam
❑ Yusuf al-Qaradhawi: Markaz al-Mar’ah fil Hayah al-Islamiyyah
FIQH MAR’AH
Semoga bermanfaat