The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SK MANJOI SATU BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE-32

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainbie.j, 2020-02-28 02:45:25

SK MANJOI SATU BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE-32

SK MANJOI SATU BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE-32

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-32 1

2. SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KALI 2

2. ATURCARA 3
3. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 4

KALI KE-32 5
4. CARTA ORGANISASI PERSATUAN

IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

5. JAWATANKUASA KERJA 6-7
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32
8
6. SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019 / 2020 9-17

7. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 18
KALI KE-31 19
20-22
8 PENYATA KEWANGAN DARI JANUARI 2019 23
24
9. LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG

10. USUL DAN CADANGAN

11. BORANG PENCALONAN
12. PENGHARGAAN

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Segala pujian bagi Allah , tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dikesempatan ini saya ingin
memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya diberikan kekuatan untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Yang Di-Pertua PIBG SK
Manjoi Satu sesi 2019/2020

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan pendokong dan juga wadah yang ber-
tanggungjawab memikul amanah untuk menggilap permata Negara iaitu dari peringkat akar um-
bi. Komitmen yang padu dikalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan
bagi melahirkan insan cemerlang. Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan koku-
rikulum secara zahirnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG ini juga percambahan
idea-idea bernas dan buah fikiran dari semua pihak akan meningkatkan lagi prestasi akademik
dan kokurikulum SK Manjoi Satu. Ibarat ―Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sa-
gunya‖.

Besar harapan PIBG SK Manjoi Satu agar PIBK dan KSIB dapat membantu dalam usaha
mentransformasikan anak-anak SK Manjoi Satu seperti pepatah yang menyatakan ―Kecil Tapak
Tangan Nyiru Kami Tadahkan‖. Akhir kalam.. saya berharap barisan peneraju PIBG yang dilantik
ini akan bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program PIBG yang mampu men-
jana kecemerlangan SK Manjoi Satu.

Encik Shuhairi Bin Abdul Hmid
Yang Di-Pertua PIBG
SK Manjoi Satu

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada saudara-saudari Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) SK Manjoi Satu kerana sudi melapangkan masa hadir pada Mesyuarat Agung
Tahunan pada kali ini. Sesungguhnya inilah masa yang
paling sesuai dan tepat untuk kita sama-sama hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai
ahli PIBG.

Platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menilai prestasi Ahli Jawatankuasa
(AJK) PIBG dan juga kita sebagai ahli PIBG, sama ada pencapaian kita berada pada tahap yang
lemah, baik atau cemerlang. Ia juga menjadi forum untuk menyalurkan pandangan idea, di
samping melaksanakan tanggungjawab menentukan arah tuju persatuan untuk setahun akan
datang.

Seringkali disebut PIBG, ibu bapa lebih cenderung bertanggapan bahawa barisan jawa-
tankuasa itulah PIBG. Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah didukung
sepenuhnya oleh semua ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara persatuan dan pihak pengurusan
sekolah.

Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada AJKnya sahaja
tetapi ia bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Kepakaran, kebolehan dan kelebihan
yang ada pada ahli-ahli PIBG itulah aset sebenar persatuan ini. Itulah modal insan (human cap-
ital) yang harus digarap bagi memajukan PIBG.

Oleh itu, janganlah dibiarkan PIBG bergerak berlandaskan saf kepimpinan yang ada
sahaja atau hanyut tanpa komitmen ahli. Sebaliknya Mariah kita bersatu hati, bersama-sama
berperanan sebagai penggerak dalam emacu persatuan ini menjadi leih dinamik

Selamat bersidang
HASAMUDDIN BIN HUSSAIN
Guru Besar,
SK Manjoi Satu

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI SATU

No. Daftar : PIBG PK 920

Jalan Masjid No. Tel : 05-5260408
30020 Ipoh No. Faks : 05-5286572
e-mail : [email protected]
Website : www.skmanjoisatu.edu.my

Yang Dihormati
Ibubapa/Penjaga Murid,
SK Manjoi Satu.

Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32 SESI 2020/2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32 Sesi 2020/2021 akan diadakan
pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 29 Feb 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Manjoi Satu

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan penasihat
3.2 Ucapan Pengerusi PIBG
3.3 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan yang lalu
3.4 Membentang dan menerima laporan tahunan aktiviti PIBG 2019/2020
3.5 Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2019
3.6 Membentang dan perbincangan usul/cadangan
3.7 Pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021
3.8 Pemilihan Juru Audit Dalaman
3.9 Ucapan Penangguhan

4. Bersama-sama ini dilampirkan surat jawapan serta borang untuk mengemukakan cadangan
usul untuk dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. Adalah diharapkan surat jawapan dan borang cadangan
usul ini dikembalikan kepada setiausaha PIBG SK Manjoi Satu melalui guru kelas masing-masing sebelum
atau pada 14 Februari 2020 (Jumaat).

5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Sekian, Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(EN SHUHAIRI BIN ABDUL HAMID) 1

Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Manjoi Satu , Ipoh.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI SATU

No. Daftar : PIBG PK 920

Jalan Masjid No. Tel : 05-5260408
30020 Ipoh No. Faks : 05-5286572
e-mail : [email protected]
Website : www.skmanjoisatu.edu.my

Yang Dihormati
Ibubapa/Penjaga Murid,
SK Manjoi Satu.

Tuan/Puan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32 2020/2021

Saya …………………………………………………………………………….. ibu bapa / penjaga
kepada murid …………………………………………………………………kelas …………..…………..

1. Hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
2. Tidak dapat hadir ke mesyuarat Agung PIBG
3. Saya secara sukarela sudi memegang jawatan dalam PIBG SK Manjoi Satu
4. Saya sendiri atau mempunyai kenalan (orang berkenaan) yang memberi sumbangan kepada PIBG
SK Manjoi satu dalam :
4.1 Menambah tabungan kewangan PIBG
4.2 Menyumbang tenaga dalam bidang tertentu seperti memberi ceramah motivasi/ bimbingan agama /
keceriaan sekolah / jurulatih permainan / sukarelawan dalam kelas dan sebagainya (sila nyatakan di bawah).

…………………………………………………………………………………………………

Yang benar,

…………………………………
Nama:
Alamat:
No Telefon:

* Sila tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan

2

ATURCARA

8.00 pagi :  Pendaftaran Ibu Bapa
8.30 pagi :  Ketibaan Tetamu Kehormat

(Prof Dr Hj Fakhruldin Bin Mohd Hashim)
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Perak

 Bacaan Doa

 Ucapan Penasihat PIBG merangkap Guru Besar
(En. Hasamuddin b Hussain)

 Ucapan YDP PIBG SK Manjoi 1
(En. Shuhairi Bin Abdul Hamid)

 Ucapan Perasmian oleh
(Prof Dr Hj Fakhruldin Bin Mohd Hashim)

 Persembahan Nasyid dan Tayangan Video
 Penyampaian cenderahati dan sijil kepada AJK PIBG sesi 2019/2020
 Cabutan Bertuah (1)
 Penyampaian Cenderahati kepada perasmi

 Rehat

10.00 pagi  Mesyuarat Agung PIBG kali ke –32 bermula.
10.30 pagi  Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali
10.45 pagi
Ke-31.
 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG Bagi Tempoh

1.1.2019 hingga 31.12.2019.
 Membentang Laporan Aktiviti PIBG sepanjang 2019.
 Membentang Usul.

 Perkara Berbangkit
 Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020
 Perlantikan AJK PIBG sesi 2020/2021

 Hal-hal Lain.
 Ucapan Penangguhan.
 Bersurai

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI SATU

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-32

 Ucapan Penasihat
 Ucapan Pengerusi PIBG
 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 31
 Membentang dan menerima laporan tahunan aktiviti PIBG 2019/2020
 Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2019
 Membentang dan perbincangan usul/cadangan
 Pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021
 Pemilihan Juru Audit Dalaman
 Hal-hal lain
 Ucapan Penangguhan

4

CARTA ORGANISASI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Penasihat : Encik Hasamuddin Bin Hussain
(Guru Besar SK Manjoi Satu)
Yang Dipertua : Encik Shuhairi Bin Abdul Hamid
Naib Yang Dipertua : Encik Baharuddin Bin Tahir
Setiausaha : Puan Norshazarina Bt Mohamad Razalli
Pen. Setiausaha
Bendahari : Puan Fazliyana Bt Mat Puzi
Juruaudit (Guru) : Encik Mohd Norizwan Bin Ahmad Jalaluddin
Juruaudit (Ibubapa) : Puan A’kishah Bt Salleh
: Puan Nor Abidah Bt Mohd Basri

AJK Ibu Bapa : Encik Shaiful Anuar Bin Abdul
AJK Guru : Encik Mohd Zafri Bin Mohamed Aris
: Encik Pilus Bin Ahmad Zabri
: Puan Rabiatun Adawiyah Bt A Jamalluddin
: Puan Nor Izawani Bt Ahmad Jalaluddin
: Puan Erne Hayaty Bt Osman

: Puan Rosilawati Bt Ismail
: Puan Hasnita Bt Ahmad Kamal
: Puan Rothiah Bt Abdul Karim
: Encik Suzaini Bin Samsudin
: Encik Mior Afendi Bin Samsudin

5

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32

PENASIHAT : En. Hasamuddin Bin Hussain
YANG DIPERTUA : En. Shuhairi Bin Abdul Hamid
NAIB YANG DIPERTUA : En. Baharuddin Bin Tahir
SETIAUSAHA : Pn. Norshazarina Bt Mohamad Razalli
PEN. SETIAUSAHA : Pn. Fazliyana Bt Mat Puzi
BENDAHARI : En. Mohd Norizwan Bin Ahmad Jalaluddin

PENYAMBUT TETAMU PENDAFTARAN
Guru Besar Pn. Anis Shakirin Binti Ahmad Shafian
Guru-guru Penolong Kanan Pn. Hanita Binti Tajul Ariffin
YDP PIBG Pn. Vijaya Lakshimiy a/p Tamotharan
NYDP PIBG. Pn. Kanmani a/p Rengasamy
AJK PIBG IBUBAPA
JAMUAN VIP & IBU BAPA
JURUACARA Pn. Nurul Shahfinas Binti Ismail
En. Mohd Faiza Bin Mat Saman Pn. Noor Shihaza Binti Shadan
Pn. Saidatul Asyikin bt Abdul Rahim
BACAAN DOA Pn. Rabiatul Adawiyah Hidayat Puteri Binti Taha
En. Ismaili Bin Yaacob Pn. Nor Izawani Binti Hj Ahmad Jalaludin
Pn. Nor Abidah Binti Mohd Basri
BUKU PROGRAM
Pn Raziah bt Ibrahim CENDERAMATA PERASMI &
Cik Nurul Ain binti Jamalludin Al Amini CENDERAMATA/ SIJIL AJK PIBG
Pn. Hasnita Binti Ahmad Kamal
Cik Nur Bazlina Binti Ismail
Pn. Norshazarina Binti Mohamad Razalli
Pn. Rabiatun Adawiyah Binti Jamalluddin

6

CABUTAN BERTUAH KEBERSIHAN
Pn Rosilawati Binti Ismail Semua Guru
Pn Norizan Binti Anan Pekerja
Pn Kalsom Binti MD Saad @ Ibrahim
Pn. Wan Norlelawati Binti Wan Badaruddin JURUGAMBAR
Pn Erne Hayaty Binti Osman Pn. Rothiah bt Abdul Karim
Pn. Noor Aidalina Binti Mohd Ariffin
SIARAYA
En. Muhammad Norizwan Bin Ahmad Jalaluddin LAPORAN, JEMPUTAN & BUKU
En. Wan Mohd Abduh Bin Yuson PELAWAT
En. Mohd Faiza Bin Mat Saman Pn. Fazliyana bt Mat Puzi

PENCATAT TAYANGAN VIDEO
Pn. Noraini Binti Ibrahim Pn Anisah Binti Muhyiddin
Cik Rofidah bt Abdul Wahab Pn Nurul Ain Binti Mohamed Zohdi
Pn. Nor Suhaili Binti Mohamed Radzi

DEWAN DAN PENTAS
Pn. Salawati Binti Idris
Pn. Rahimah Binti Mamat
Pn. Rosilawati Binti Ismail
En. Wan Mohd Abduh Bin Yuson
En. Ismaili Bin Yaacob
Pn. Susilawati Binti Suandy

7

KEHADIRAN MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG SK MANJOI SATU

SESI 2019/2020

TARIKH MESYUARAT 2019/2020

BIL AHLI JAWATAN KUASA 23/04 16/07 10/10 21/01
/19 /19 /19 /20
1 En Shuhairi Bin Abdul Hamid
2 En Baharuddin Bin Tahir / / / /
3 Pn Norshazarina Bt Mohamad Razalli
4 Pn Fazliyana bt Mat Puzi ////
5 En Mohd Norizwan Bin Ahmad Jalaluddin
6 En Shaiful Anuar B Abdul 0// /
7 En Mohd Zafri Bin Mohamed Aris
8 En Pilus Bin Ahmad Zabri /0/ /
9 Pn Nor Abidah Bt Mohd Basri
10 Pn Rabiatun Adawiyah Bt Jamalluddin ////
11 Pn Nor Izawani Bt Ahmad Jalaluddin
12 Pn Erne Hayaty Bt Osman ////
13 En Meor Afendi Bin Samsudin
14 En Suzaini Bin Samsudin ////
15 Pn Akishah Bt Salleh
16 Pn.Rosilawati Bt Ismail 0//0
17 Pn Rothiah Bt Abdul Karim
////

///0

0/0/

////

0/0

0/0
///
////
////

8

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-31

PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)

Tarikh : 16 Mac 2019
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan SK Manjoi Satu
Kehadiran : 80 orang

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Manjoi Satu : Encik Muhmmad Zamri bin Md Ariffin

1.1 YDP mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31. YDP
menyatakan rasa kesyukuran dan terima kasihnya kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir.

1.2 YDP PIBG menerangkan tentang peranan PIBG dari segi pembangunan sekolah. YDP PIBG menyeru
supaya ibubapa turut bersama-sama memberi cadangan untuk pembangunan prasarana sekolah agar
persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mencari ilmu. Perkara ini penting kerana dapat memberi anak—
anak semangat untuk hadir ke sekolah.

1.3 YDP PIBG meminta ibu bapa memaklumkan kepada anak-anak bahawa persekitaran dan prasarana
sekolah telah dilakukan dengan baik, makanya anak-anak juga perlu memberikan hasil yang terbaik dalam pendidikan.

1.4 Selain itu YDP PIBG menegaskan peranan PIBG adalah untuk menyatukan ibu bapa supaya dapat mem-
bantu dengan pihak sekolah dalam pelbagai aspek.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Guru Besar : Encik Hasamuddin bin Hussain

2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke
31. Beliau juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir serta ucapan terima kepada
AJK PIBG sesi 2018/2019 atas sokongan kepada sekolah dari segi bantuan kewangan, pandangan
dan kepakaran dalam menguruskan murid-murid SK Manjoi Satu sepanjang tahun 2018.

2.2 Guru Besar juga amat berharap AJK PIBG yang baru dapat mengadakan aktiviti yang boleh menambahkan lagi pendapa-
tan PIBG kerana tidak boleh bergantung hanya kepada bayaran PIBG. Ini kerana banyak aktiviti-aktiviti pembelajaran di
luar jangkaan seperti penyertaan dalam bidang Kokurikulum, Koakademik, program akademik tahun 3, 4, 5 dan 6 anjur-
an pihak luar yang perlu disertai. Untuk makluman terkini murid-murid SK Manjoi Satu ada menyertai program yang
dianjurkan oleh Persatuan Matematik Antarabangsa sebagai pendedahan kepada murid-murid SK Manjoi Satu ke alam
sekolah menengah dan mereka ini telah mendapat penyertaan peringkat negeri untuk sijil PAJSK.

2.3 Guru besar juga berharap AJK PIBG 2019/2020 dapat membentuk jawatankuasa kecil yang dipanggil biro-biro dan di-
wakili oleh ibu bapa. Jawatankuasa kecil ini akan berganding bahu dengan pihak sekolah untuk menggerakkan aktiviti-
aktiviti PIBG.

2.4 Sebagai penasihat PIBG, guru besar memaklumkan beberapa tranformasi dalam pelbagai bidang yang telah dirangka
oleh KPM. Antaranya 12 inisiatif dengan temanya kegembiraan, kasih sayang dan hormat-menghormati.

2.5 Selain itu pihak sekolah juga diberi kepercayaan iaitu ―mutual respect‖ antara guru dan ibu bapa yang terbahagi kepada
3 bidang iaitu dialog prestasi kualiti kemenjadian murid yang meliputi akademik, kokurikulum dan sahsiah.

2.6 Pada tahun ini insyaAllah akan diadakan 4 kali dialog prestasi kualiti kemenjadian murid, 2 kali dengan ibu bapa (Mei-
Julai dan Oktober-November).Ibu bapa akan dipanggil untuk berbincang mengenai tahap pencapaian murid dalam pepe-
riksaan pertengahan tahun (mei-julai) dan akhir tahun (oktober-november) bagi murid-murid tahap 2 manakala murid-
murid tahap 1 akan diadakan perbincangan mengenai pencapaian pentaksiran dalam bilik darjah.

2.7 Guru besar juga amat berharap pihak ibu bapa dapat menyemak kerja sekolah dan latihan anak masing-masing supaya
ibu bapa tahu di mana tahap anak mereka berada supaya tidak berlaku keciciran.

2.8 Bidang kedua iaitu membudayakan dasar buka pintu untuk semua yang bermaksud anak-anak kelainan upaya boleh
diterima masuk ke sekolah kebangsaan tetapi bagi anak yang mempunyai masalah kelainan upaya dari segi fizikal perlu-
lah memohon sekolah-sekolah khas untuk mereka.Bagi anak yang tiada sijil kelahiran juga boleh memohon untuk ber-
sekolah. Anak-anak yang bukan warganegara juga boleh memohon untuk ke sekolah kebangsaan tetapi tidak mendapat
pinjaman buku teks dan perlu membayar yuran khas.

2.9 Bidang ketiga iaitu pemerkasaan dan pemantapan sarana. Disarankan sekolah mempunyai sukarelawan di sekolah iaitu
membawa maksud ibu bapa menawarkan diri untuk membantu dan menyumbang tenag bagi keceriaan bilik darjah dan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Ini membantu mengeratkan masyarakat dengan sekolah.

2.10 Di akhir ucapan, beliau berharap ibu bapa dapat memberi sokongan dan kerjasama untuk merealisasikan maksud sa-
ranan ibu bapa di SK Manjoi Satu.

9 Tindakan: Makluman

3 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu

3.1 Setiausaha PIBG, Puan Fazliyana Bt Mat Puzi membentangkan minit
mesyuarat Agung PIBG kali ke 31 dari muka surat 9-17 (rujuk buku program

yang lalu untuk disahkan)

Encik Khir Johari Bin Mohasisin mencadangkan minit mesyuarat disahkan

Puan Nurul Ain Bt Mohamed Zohdi menyokong.

4 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2018 Tindakan: Makluman

4.1 Setiausaha PIBG, Puan Fazliyana Bt Mat Puzi membentangkan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2018, Rujuk muka surat
19 (Rujuk buku Program yang lalu)

Diantara aktiviti dan sumbangan PIBG 2018, yang pertamanya telah mengadakan 3 kali mesyuarat Ahli
4.2 Jawatankuasa PIBG iaitu pada 29 Jun 2018, 8 September 2018 dan 5 Mac 2019.

4.3 PIBG telah membina gelanggang sepak takraw, membina pondok nilam dan telah menyumbang untuk kejohanan
olahraga tahunan sekolah, sambutan hari kanak-kanak, majlis solat hajat bacaan yasin UPSR/2018, hari anugerah
cemerlang 2018 dan program transisi tahun 1/2019 .

Tindakan: Makluman

Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG bagi tempoh 1.1.2018 hingga 31.12.2018
5

Bendahari PIBG, Encik Mohd Norizwan bin Hj Ahmad Jalaludin membentangkan penyata kewangan 2018 dari muka
5.1 surat 18 (rujuk buku program yang lalu) untuk disahkan.

5.2 Encik Mohd Feziz Huzzeimy Bin Hamidin mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan Pn Qamisah Bt Ismail
menyokong.

Tindakan: Makluman

6 Pembentangan Usul
6.1 Cadangan dan meluluskan bayaran sumbangan PIBG, dalam program peningkatan akademik 2019.

Cadangan sumbangan PIBG SK Manjoi Satu 2019 adalah seperti berikut:

TAHUN SUMBANGAN PIBG PROGRAM PENINGKATAN
(Satu Keluarga) AKADEMIK
1 RM10.00
2 RM50.00 RM10.00
3 RM10.00
4 RM10.00
5 RM10.00
6 -

Bayaran boleh dibuat secara ansuran Tindakan: Ibu bapa dan guru
Puan Suriani Bt Ismail menyokong

10

6.2 Pantau kebersihan dan harga makanan di kantin sekolah, pastikan jual makanan

yang pelbagai dan berzat

PENCADANG : Mohd Asri bin Mukhtar
Mohd Feziz Huzzeimy bin Hamidin
Mohd Rumaizi
Nurasyikin bt Yusof
Zaiti Afida bt Zakaria
Muhamad Fazli bin Zaharuddin
Shaifol Azhar bin Abdul Razak

JAWAPAN :

KPDNKK telah membuat pemeriksaan dan perbandingan harga jualan dalam tender kantin sekolah pada 15/1/2019. Hasil pemeriksaan
didapati tiada berlaku peningkatan harga, kecuali harga jualan telur mata, Kerana harga telur memang tinggi dipasaran. Pengusaha kantin
juga patuh kepada menu yang telah ditetapkan dalam tender kantin. Kebersihan kantin memang diambil berat oleh pihak sekolah. Menu
dan kebersihan kantin dipantau oleh Guru Besar, PK Pentadbiran, PK HEM, AJK kantin dan guru bertugas pada setiap hari.

Tindakan: Pihak Sekolah

6.3 Yuran PIBG perlu diminimakan dan selaras kerana ada setengah keluarga yang
berpendapatan sederhana.
PENCADANG : Nasrul Hafiz bin Mustafa Hassan

JAWAPAN :

Sumbangan PIBG ditetapkan atas persetujuan bersama semua ibubapa dalam mesyurat agung PIBG tahun semasa. Sumbangn PIBG amat
dihargai untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PIBG, selain menyokong perlaksanaan aktiviti, akademik, sahsiah dan sukan
sekolah.

Tindakan: Ibu bapa

6.4 Beri perhatian dan penekanan pembelajaran pada setiap kelas supaya tiada keciciran
khususnya pada kelas yang lemah dalam pembelajaran.
PENCADANG : Mohd Asri bin Mukhtar

JAWAPAN :

Tiada pengasingan murid mengikut tahap pencapaian dibuat kepada semua murid tahun 1,2,3 dan 4. Murid-murid tahun 5 dan 6 diberi
pengecualian kerana mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Keputusan awam merupakan imej sekolah.

bagi murid yang telah dikenalpasti lemah dalam membaca , menulis dan mengira (3M), mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam
program khas Literasi dan Numerasi dalam kelas atau menyertai kelas Pemulihan Khas.

PDPC semua guru dipantau oleh pentadbir, ketua panitia dan kumpulan guru (PLC- Teacher Sharing). Selain itu, pihak sekolah
melaksanakan Dialog Prestasi pencapaian mata pelajaran sebanyak 4 kali setahun bersama semua guru.

Tindakan: Guru

6.5 Setiap pelajar yang telah dilantik sebagai pengawas hendaklah ditetapkan hingga darjah 6 kecuali terdapat masalah
disiplin atau sebagainya. Tidak perlu keluarkan surat persetujuan ibubapa setiap tahun.
PENCADANG : Mohd Asri bin Mukhtar

JAWAPAN :

Peraturan pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat sumber Sekolah, Pengawas Siber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas perlu surat persetujuan
perlantikan yang ditandatangani oleh ibu bapa satiap tahun.

Tindakan: Pihak sekolah

11

6.6 Sediakan tempat letak basikal kerana murid susah untuk menuntun basikal dibelakang
sekolah

PENCADANG : Rabiatul Adawiyah bt Ahmad Jarjis

JAWAPAN :

Pihak sekolah akan membuat penambahbaikan tempat letak basikal yang sedia ada.

Tindakan: Pihak sekolah

6.7 Memohon pihak sekolah untuk mengadakan kelas tambahan atau bengkel untuk pelajar
yang lemah dalam matapelajaran BI dan Matematik seawal tahun 5.

PENCADANG : Salawati bt Saadan’

JAWAPAN :

Pihak sekolah telah dan sedang melaksanakan :

Motivasi Alihan Murid (MAM)

Teknik menjawab soalan mata pelajaran teras

Pembimbing rakan sebaya

Open Book Test

Teacher Sharing

Hari bertemu waris

Kerjasama semua ibubapa amat dialu-alukan untuk meningkatkan pencapaian sekolah dengan menyertai
kumpulan sukarelawan dalam kelas.

Tindakan: Pihak sekolah dan ibu bapa

6.8 Untuk mengeratkan hubungan ibubapa dengan guru-guru sekolah, mohon untuk pan-
jangkan waktu bertemu waris supaya dapat penjelasan dari guru-guru matapelajaran lain.

PENCADANG : Salawati bt Saadan

JAWAPAN :

Pihak sekolah mengalu-alukan ibubapa untuk datang ke sekolah pada hari Isnin hingga Jumaat untuk
berbincang mengenai pencapaian pembelajaran anak-anak. Ibubapa yang ingin berjumpa dengan guru
matapelajaran perlu maklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu supaya guru yang terlibat boleh
menetapkan masa yang sesuai untuk janji temu.

Tindakan: Pihak sekolah

12

6.9 Mewujudkan “whatapp” group kelas bersama guru kelas bagi memudahkan sebarang info
disampaikan dan memudahkan berinteraksi dengan ibubapa dan guru kelas.

PENCADANG :Umi Rabbiyatul Shahida bt Mohd Jamil

hahrul Azaha bin Mohamed

Rosmaidah bt Alias

JAWAPAN :

Pihak sekolah menyokong usul untuk mewujudkan whatapps group kelas. Walaubagaimanapun perlu
ada sukarelawan dari kalangan ibu bapa untuk menjadikan admin bersama guru kelas. Peranan admin
ialah untuk menjadi penghubung antara masyarakat dan sekolah.

Tindakan: Pihak sekolah

6.10 Meningkatkan Keselamatan pelajar sekolah waktu balik sekolah dan kuatkuasakan jalan
sehala mengikut masa yang ditetapkan.

PENCADANG : Muhamad Azwan bin Zainol

Mohd Zafri bin Mohamed Aris

JAWAPAN :

Diminta kerjasama semua ibubapa mematuhi waktu terhad yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa.

Sebagai langkah keselamatan, ibubapa hendaklah menjemput anak di pintu kecil (B)

Semua murid telah dimaklumkan supaya menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah. Pihak
sekolah juga telah menaik taraf pentas berbumbung sebagai kawasan rehat dan baca (RnB) sementa-
ra menunggu ibu bapa menjemput mereka pulang.

Tindakan: Pihak sekolah dan ibu bapa

6.11 Ujian awal tahun, pertengahan dan akhir tahun diwujud semula bagi tahap1 kerana
ibubapa ingin tahu tahap pencapaian anak-anak.

PENCADANG :Mohd Som bin Shaharudin

JAWAPAN :

Ditolak.

Pihak sekolah mematuhi keputusan kerajaan kementerian pendidikan Malaysia berdasarkan surat
siaran Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 14 tahun 2018, bertarikh 19 Disember 2018.

Tindakan: Pihak sekolah

6.12 Mohon pihak sekolah memilih ajk yang dapat memberi komitmen dalam setiap aktiviti
sekolah

PENCADANG : Zaiti Afida bt Zakaria

JAWAPAN :

Pemilihan ajk adalah melalui lantikan ibu bapa yang mempunyai anak di SK Manjoi Satu atau secara
sukarela menawarkan diri dalam mesyuarat agung PIBG tahun semasa.

Pihak sekolah ada kumpulan sokongan ibubapa (KSIB) dan sukarelawan dalam kelas. Jika berminat
sila hubungi PK HEM.

Tindakan: Makluman

13

6.13 - Perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan sekolah perlu Membuat kelas tambahan
pada murid yang lemah dalam 3M membaca, mengira dan menulis

PENCADANG : Megat Nor Sham bt Jaafar

JAWAPAN :

Pihak sekolah menjalankan program pemulihan dalam kelas dan program Literasi dan Numerasi (LINUS)
untuk murid tahun 1,2 dan 3. Kelas pemulihan Khas tahun 2 dan 3 dikendalikan oleh Cikgu Raziah bt
Ibrahim, guru Pemulihan Khas NKRA. Kelas Pemulihan Khas tahun 4,5 dan 6 dikendalikan oleh Cikgu
Fazliyana Bt Mat Puzi.

Tindakan: Pihak Sekolah

6.14 Baju uniform pengawas bekas murid tahun 6 pada tahun lepas dijual atau diberi

kepada murid-murid yang dilantik menjadi pengawas supaya dapat menjimatkan kewangan
ibubapa.

PENCADANG : Rosmaidah bt Alias

JAWAPAN :

Pihak sekolah telah cuba laksanakan pada tahun-tahun yang lalu tetapi tiada sambutan.

Tindakan: Makluman

Penjualan makanan seperti sosaj dan nuggets hendaklah dihadkan kepada 2x seminggu
6.15 sahaja. Pelbagaikan makanan yang lain

PENCADANG : Wan Zarina bt Wan Badarudin

JAWAPAN :

Makanan seperti sosej dan nugggets tiada dalam tender makanan kantin disekolah. Kedua-duanya meru-
pakan makanan kurang baik untuk kesihatan dan tidak digalakkan di jual di kantin sekolah.

Tindakan: Pihak Sekolah

Mohon diberi maklumat lebih awal sekiranya ada aktiviti sukan yang melibatkan murid
6.16 kerana mereka perlukan masa untuk berlatih sendiri diluar waktu sekolah.

PENCADANG :Mahiyiddin bin Aminuddin

JAWAPAN :

Pihak sekolah sentiasa memaklumkan semua aktiviti akademik ,sahsiah dan sukan melalui surat pember-
itahuan atau hebahan kepada semua ibubapa melalui anak tuan-tuan.

Tindakan: Pihak Sekolah

Mencadangkan supaya diadakan papan kenyataan (kalau boleh digital board) berhampiran
6.17 pintu utama sekolah untuk kemudahan memberi sebarang makluman kepada ibubapa/

penjaga.

PENCADANG : Baharuddin bin Tahir

JAWAPAN :

Diterima untuk dilaksanakan oleh PIBG.

14 Tindakan: Pihak Sekolah dan PIBG 2019

7.0 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit

8.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018

Yang Dipertua PIBG SK Manjoi Satu Encik Muhammed Zamri bin Md Ariffin Mengucapkan terima
kasih kepada seluruh warga Manjoi Satu terutama AJK PIBG kerana ini merupakan kumpulan yang
terbaik pernah beliau bekerjasama.

9.0 Lantikan Pengerusi Sementara
9.1 Tuan Guru Besar mencadangkan Encik Mohamad Faiza Bin Mat Saman menjadi pengerusi semen-

tara untuk pelantikan AJK PIBG sesi 2018. Disokong sebulat suara oleh Ahli mesyuarat.

10.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2019

10.1 Encik Sabaruddin bin Ramli mencadangkan En Suhairi Bin Abdul Hamid sebagai Yang Dipertua
PIBG bagi sesi 2019. Disokong oleh Encik Mohd Arshad Bin Hj Abdul Raof dan Puan Farasmini Bt
Omar mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.

10.2 Puan Farasmini Bt Omar mencadangkan Encik Baharuddin Bin Tahir sebagai Naib Yang Dipertua
PIBG bagi sesi 2019. Disokong oleh Puan Norizawani Bt Ahmad Jalaludin. En Mohd Fitri men-
cadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.

10.3 Encik Pilus Bt Ahmad Zabri mencadangkan Encik Mohd Zafri B Mohamed Aris sebagai Ahli Jawa-
tankuasa IbuBapa dan di sokong sebulat suara.

10.4 Encik Mohd Arshad Bin Hj Abdul Raof mencadangkan Encik Shaiful Anuar Bin Abdul sebagai Ahli
Jawatankuasa IbuBapa dan di sokong sebulat suara.

10.5 Puan Nurul Ain Bt Mohamed Zohdi mencadangkan Puan Erne Hayaty Bt Osman sebagai Ahli Jawa-
tankuasa IbuBapa dan di sokong sebulat suara.

10.6 Puan Rosmaidah Bt Alias mencadangkan Rabiatul Adawiyah Bt A. Jarjis sebagai Ahli Jawatankuasa
IbuBapa dan di sokong sebulat suara.

10.7 Encik Khir Johari Bin Mohasisin mencadangkan Puan Nor Izawani Bt Ahmad Jalaludin sebagai Ahli
Jawatankuasa IbuBapa dan di sokong sebulat suara.

15

10.8 Encik Shaiful Anuar Bin Abdul mencadangkan Encik Pilus Bt Ahmad Zabri se-
bagai Ahli Jawatankuasa IbuBapa dan di sokong sebulat suara.

10.9 Guru besar melantik Puan Norshazarina Bt Mohamad Razalli sebagai
Setiausaha PIBG dan Penolong setiausaha disandang Puan Fazliyana Bt Mat

Puzi

Bendahari masih kekalkan Encik Mohd Norizwan bin Hj Ahmad Jalaludin

10.10 AJK guru, guru besar melantik:
En Mior Afendi Bin Samsudin
Puan Rothiah Bt Abdul Karim
Encik Suzaini bin Samsudin
Puan Hasnita Bt Ahmad Kamal
Puan Rosilawati Bt Ismail

10.11 Guru besar melantik Juru audit diri pihak guru ialah Puan A’kishah Bt Salleh

10.12 Puan Farasmini Bt Omar mencadangkan Puan Nor Abidah Bt Mohd Basri se-
bagai juruaudit dari pihak ibubapa dan disokong oleh Puan Norwahida Bt Wah.

Tindakan: AJK PIBG dan pihak sekolah

16

11 Ucapan Penangguhan (En Shuhairi Bin Abd Hamid)

11.1 En Hairuddin amat berharap ibu bapa dapat mematuhi waktu terhad yang telah
ditetapkan dan berharap pihak sekolah dapat berhubung dengan pihak polis
untuk mengambil tindakan selanjutnya.Ydp menyokong Hairuddin dan berharap
ada pihak polis pada waktu kemuncak. Guru Besar memberitahu bahawa pihak
sekolah telah berbincang dengan Sarjan Ahmad dan sedang memohon untuk
kawalan keselamatan jalan raya.

11.2 Puan Rosmaidah Bt Alias menyatakan penyertaan murid tahap 1 sangat kurang
untuk acara sukan. Puan Rohaza memberitahu bahawa penglibatan lebih kepa-
da tahap 2 untuk penilaian PAJSK.

Ydp mengucapkan terima kasih atas kepercayaan melantik beliau sebagai YDP
11.3 PIBG bagi sesi 2019. Berterima kasih juga atas Komitmen ibu bapa yang hadir

yang menunjukkan sokongan kepada pihak PIBG begitu juga dengan pihak guru-
guru yang bertungkus-lumus membantu dalam pembelajaran anak-anak.

Ucapan selamat datang kepada AJK baru PIBG 2019 dan terima kasih kepada
11.4 mantan YDP Encik Mohammed Zamri Bin Md Ariffin yang telah banyak memberi

sumbangan dan kerjasama dalam PIBG sepanjang sesi 2018/2019

YDP juga berharap dapat kerjasama yang komited dari pihak ibu bapa demi
kecemerlangan kurikulum dan juga kokurikulum SK Manjoi Satu.
11.5

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NORSHAZARINA BT M RAZALLI)
Setiausaha PIBG
SK Manjoi Satu.

Disahkan Oleh,

(SHUHAIRI BIN ABDUL HAMID)
Yang Dipertua PIBG
SK Manjoi Satu.

17

18

LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG
SEPANJANG TAHUN 2019

Dengan ini, saya bagi pihak Jawatankuasa PIBG SK Manjoi Satu, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan, melaporkan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang
tahun 2019

 Mesyuarat Jawatankuasa: sepanjang tahun 2019,
 Jawatankuasa PIBG SK Manjoi Satu telah mengadakan mesyuarat

sebanyak 4 kali bagi merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti.
Tarikh mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:
 Mesyuarat kali pertama (lantikan baru) pada 23 April 2019
 Mesyuarat kali ke-2 pada 16 Julai 2019
 Mesyuarat kali ke-3 pada 10 Oktober 2019
 Mesyuarat kali ke-4 pada 21 Januari 2020
 Sumbangan Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah
 Sumbangan Sambutan Hari Kanak-kanak
 Sumbangan Majlis Solat Hajat, bacaan Yassin UPSR 2019
 Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang 2019
 Program Seminar Kesedaran Seksual Remaja & Pornografi
 Program Khidmat Masyarakat Mahasiswa TIC bersama SKMS

19

USUL-USUL DAN CADANGAN

20

1. Mewujudkan “WhatsApp” group kelas bersama guru kelas bagi memudahkan sebarang info
disampaikan dan memudahkan berinteraksi dengan ibubapa dan guru kelas.

PENCADANG : Umi Rabbiyatul Shahida Bt Mohd Jamil
Maznah Bt Azali
Shahrul Azaha Bin Mohamed
Syaidatul Aini Bt Mat Idris

JAWAPAN :
Pada tahun ini sekolah telah menerima lebih kurang 8 orang guru baru yang belum maklum tentang perkara ini.
Pihak sekolah akan maklumkan dan arakan semua guru kelas untuk mewujudkan ―WhatsApp‖ group bagi memu
dahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru.

2. Cadangan di buat garisan kuning “Zebra Crossing” dari pintu kecil hingga ke seberang jalan bagi kemu-
dahan anak-anak melintas serta menambah lampu / pencahayaan di bahagian hadapan tempat
menunggu di tepi jalan kerana kawasan menunggu ini kurang terang terutama di waktu pagi atau cuaca
gelap.

PENCADANG: Baharuddin Bin Tahir

JAWAPAN :
Pihak PIBG akan berbincang dengan pihak sekolah untuk menarik wayar dari tempat parkir kereta guru hingga ke
tempat menunggu bas untuk mengatasi masalah ini.

3. Tingkatkan tahap kebersihan tandas, adakan tandas duduk untuk murid yang berbadan besar serta
meningkatkan taraf tandas.

PENCADANG :Hawa Bt Kamaruzaman
Suhaimi Bin Mohd Johari

JAWAPAN :
i. Pekerja sekolah membersihkan tandas dua kali sehari. Sepatutnya mereka perlu bersihkan tandas empat kali
sehari iaitu dua kali pada waktu pagi dan dua kali pada waktu petang.
Ii. Buat masa ini, pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan untuk menyediakan tandas bagi murid yang berbadan
besar.

4. Penjualan barang yang tidak sepatutnya di kedai buku sekolah.
PENCADANG : Shaiful Azahar Bin Abdul Razak

JAWAPAN :
Pihak sekolah akan maklumkan kepada pengusaha kedai buku tentang penjualan yang tidak sepatutnya ini.

21

5. Denda RM1 bagi buku teks yang rosak.

PENCADANG : Shaiful Azahar Bin Abdul Razak

JAWAPAN :

Pihak sekolah memang ada mengambil tindakan terhadap murid yang tidak menjaga buku teks
mereka. Walaupunbegitu murid masih tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga
buku teks untuk kegunaan pada murid yang akan datang.

6. Makanan dan minuman dalam keadaan bersih dan berpatutan harga.

PENCADANG : Ahmad Zamri Bin Darus

JAWAPAN :

Pihak pengusaha kantin yang baru telah meletakkan harga makanan dan minuman dalam harga
yang berpatutan serta kualiti makanan mereka di tahap bersih dan baik.

7. Memohon pihak sekolah untuk mendakan kelas tambahan bermula dari tahun 4 hingga
tahun 6.

PENCADANG : Umi Rabbiyatul Shahida Bt Mohd Jamil

JAWAPAN :

Pihak sekolah mempunyai kekangan untuk mengadakan kelas tambahan antaranya kekurangan
kelas untuk digunakan kerana sekolah 2 sesi dan buat masa sekarang pihak sekolah lebih fokus
kepada murid tahun 6 kerana akan menduduki peperiksaan UPSR.

Pihak sekolah amat mmengalu-alukan jika ada ibu bapa yang sudi untuk menyumbang kepakaran
untuk mengajar kelas tambahan pada hujung minggu.

8. Memohon pihak sekolah mengadakan kelas tambahan Bahasa Arab dan tulisan jawi.

PENCADANG : Mohd Feziz Huzzeimy Bin Hamidin

JAWAPAN :

Pihak sekolah mempunyai kekangan untuk mengadakan kelas tambahan antaranya kekurangan
kelas untuk digunakan kerana sekolah 2 sesi .

22

BORANG PENCALONAN

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU (PIBG)

SESI 2020 / 2021

Penasihat : EN. HASAMUDDIN BIN HUSSAIN

(Guru Besar SK Manjoi Satu)

Yang Dipertua : …………………………………………………….……..

Naib Yang Dipertua : …………………………………………………….……..

Setiausaha :………………………………………………………..…..

Penolong Setiausaha :…………………………………………………..………..

Bendahari :………………………………………………....…………

Ahli Jawatankuasa :

Ibubapa :………………………………...………………………….

Ibubapa :……………………………………………………………

Ibubapa :……………………………………………………………

Ibubapa :……………………………………………………………

Ibubapa :……………………………………………………………

Ibubapa :……………………………………………………………

Ahli Jawatankuasa :

Guru :………………………………...………………………….

Guru :………………………………...………………………….

Guru :………………………………...………………………….

Guru :………………………………...………………………….

Guru :…………………………………………………………...

JURUAUDIT : …………………………………………………………..

: ………………………………………………………….

23

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah
menghulurkan sumbangan, sokongan dan perkhidmatan ikhlas

kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu, Ipoh, Perak.

 Pengarah Pendidikan Perak
 Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
 Guru Besar SK Manjoi Satu
 YDP dan NYDP PIBG
 Ahli Jawatankuasa PIBG
 Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32
 Penyumbang cenderahati
 Murid-murid, Tenaga Pengajar dan Kakitangan SK Manjoi Satu

DAN
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG

ATAU
TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32
SK MANJOI SATU
2020

24

CATATAN

25

CATATAN

26

AUTOGRAF


Click to View FlipBook Version