EDISI 2 [APRIL-JUN 2023] Komuniti Tunjang Kelestarian FELDA www.felda.gov.my FeldaLKTP Myfelda FeldaLKTP Felda Official FELDALKTP
Edisi 02 APRIL -JUN 2023 PENEROKA Peribahasa “Bagaikan masakan, banyak rempahnya” merujuk kepada kepelbagaian yang memberi kekayaan dan keunikan kepada sesuatu perkara. Dalam konteks komuniti FELDA, ia melambangkan kepelbagaian individu, latar belakang, dan kebolehan yang membentuk kekuatan bersama sejak 1956 lagi. Setiap rancangan yang dibangunkan sehingga tahun 90an, rata-ratanya didiami oleh warga peneroka dan petugas FELDA yang datang daripada pelbagai tempat dalam Malaysia. Inilah warna warni yang wujud dalam masyarakat FELDA, sanggup mengetepikan sifat yang mementingkan diri sendiri, sanggup tinggalkan tempat kelahiran, berhijrah bersama isteri dan anak-anak kecil masuk ke dalam hutan demi mencapai masa depan yang cerah. Tidak hairanlah bila kita gelarkan mereka yang mula-mula meneroka rancangan ini sebagai seorang yang Perintis, Berani dan Suka Cabaran. Setiap warga FELDA membawa sikap dan kelakuan yang berbeza, seperti rempah dalam masakan, yang apabila digabungkan, memberi rasa yang kaya dan memuaskan. Sebagai contoh, dalam komuniti peneroka FELDA, kepelbagaian pengalaman, kebolehan, dan latar belakang setiap individu menambah nilai kepada kekuatan serta kemakmuran komuniti secara keseluruhan. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama di rancangan FELDA masingmasing seperti solat berjemaah, berriadah, bercucuk tanam dan termasuklah bersama membangunkan kebun sawit dan getah yang menjadi komoditi utama warga FELDA. Setelah 67 tahun, FELDA dipandang sebagai sebuah organisasi yang berjaya dalam pembangunan modal insannya. Kejayaan ini adalah hasil daripada kepelbagaian yang ada dalam diri warga FELDA seterusnya sentiasa bersama dan bersatu dalam merancang, melaksanakan dan mensyukuri nikmat yang diperolehi daripada kejayaan tersebut. Semoga warga FELDA terus sihat, terus lestari dalam mengecapi kejayaan dalam keberkatan. Kata Pengantar Ruangan ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI RUANGAN KATA PENGANTAR PERLADANGAN • Bts Berkualiti Menjamin Peningkatan Pendapatan Peneroka KOMUNITI • Kemeriahan Dalam Cahaya • Felda Robotic Challenge 2023 PENGETAHUAN AM • Alam Lestari Untuk Generasi • Kuasa ‘Bawang Rangers’ PROGRAM PEMBANGUNAN PENEROKA (PPP) • Golden Melon F1 Hybrid TERIMA KASIH YBHG. TAN SRI IDRIS JUSOH 03 08 06 10 KETUA EDITOR: Puan Mastura Binti Abdul Manap PENOLONG KETUA EDITOR Puan Norhasimah Binti Mohd Nor EDITOR 1: Encik Naziffuddin Bin Taijulddin EDITOR: Puan Raihan Binti Zaidan REKABENTUK & CETAKAN : Gigawise Giga Wise Network Sdn Bhd www.gigaprint2u.com “Bagaikan masakan, banyak rempahnya”
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD KHAIRUL IZWAN ABDULLAH SANI JABATAN PERLADANGAN Kualiti buah tandan segar (BTS) merupakan salah satu elemen penting dalam penentuan harga belian BTS yang ditawarkan kepada peneroka oleh pihak kilang. Kualiti BTS ini ditentukan melalui proses penggredan yang dilaksanakan di kilang dan membolehkan pihak kilang menawarkan harga belian BTS yang setimpal kepada peneroka. BTS yang berkualiti dan bermutu mampu meningkatkan jumlah dan kualiti minyak sawit mentah yang dihasilkan di kilang. Harga belian BTS yang ditawarkan pihak kilang kepada peneroka adalah berdasarkan Harga Panduan Harian BTS Di Pintu Kilang Pada Kadar 1.0% OER yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan dibundarkan kepada RM0.50 ke bawah. Kadar harga panduan ini dapat disemak pada bila-bila masa di laman web rasmi MPOB. Penentuan nilai jualan BTS yang diterima peneroka adalah bergantung kepada jumlah berat BTS yang dihantar dan KPG yang diterima seperti berikut; = x x *Ketiga-tiga parameter asas ini biasanya diukur dalam unit peratusan (%) Kadar Perahan Asas (KPA) = Kadar perahan minyak asas yang ditawarkan pihak kilang berdasarkan berat tandan atau umur pokok; Kadar Perahan Digred (KPG) = Kadar perahan minyak yang diberikan kepada peneroka setelah proses penggredan dilaksanakan dan ditolak kadar penalti (sekiranya ada); KPG = KPA - Penalti Kadar Perahan Sebenar (OER) = Jumlah atau kuantiti minyak sawit mentah yang dihasilkan setelah pemprosesan BTS dilaksanakan di kilang. Secara umum, tiga perkara asas dalam proses penentuan kualiti BTS adalah seperti berikut; Pendapatan (RM) Harga 1.0% OER MPOB (RM/ Tan) KPG (%) Jumlah Berat BTS (Tan) MENJAMIN PENINGKATAN BTS BERKUALITI PENDAPATAN PENEROKA Edisi 02 APRIL -JUN 2023 PENEROKA 3
4 PENEROKA Edisi 02 APRIL -JUN 2023 Bagi memastikan peneroka mendapat pendapatan hasil ladang yang maksimum, KPG yang diterima mestilah merupakan kadar tertinggi (tanpa penalti) dan sama dengan KPA yang ditawarkan pihak kilang. Perkara ini mampu dicapai dengan memastikan BTS yang dituai di ladang dan dihantar ke kilang adalah BTS berkualiti dan bermutu. BTS berkualiti dikategorikan sebagai Tandan Masak. Ciri-ciri tandan masak adalah seperti berikut; Setiap BTS yang tidak bermutu akan dikenakan penalti mengikut kadar yang ditetapkan dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB Edisi Ketiga (2015). Jadual penalti ini juga boleh didapati di semua kilang sawit seluruh negara. Kadar penalti yang tinggi memberikan impak dan kerugian yang besar kepada pendapatan peneroka. Sebagai contoh, sekiranya kadar penalti yang dikenakan berjumlah 2.0%, anggaran kerugian atau kehilangan pendapatan boleh mencecah RM70.00 – RM80.00 (bergantung kepada harga harian) untuk satu tan. Jika jumlah hantaran adalah sebanyak 5 tan, jumlah kerugian yang ditanggung peneroka berjumlah RM350.00 – RM400.00 untuk satu hantaran. Sekiranya semua 100% BTS yang dituai dan dihantar ke kilang adalah Tandan Masak, tiada penalti akan dikenakan semasa proses penggredan dan KPG yang diterima peneroka adalah sama dengan KPA kilang (KPG = KPA). Pemprosesan BTS berkualiti di kilang pula akan memberikan jumlah OER yang lebih tinggi dan sekali gus akan meningkatkan KPA yang ditawarkan kilang kepada peneroka (pelarasan KPA kilang dibuat dalam tempoh tiga bulan sekali). BTS tidak bermutu adalah BTS yang dikenakan penalti semasa proses penggredan dan mengakibatkan KPG yang diterima adalah lebih rendah berbanding KPA kilang. Kategori BTS tidak bermutu adalah seperti berikut; Mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket buah relai; Lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan; Memiliki mesokarpa lapisan luar bewarna kuning-oren atau kuning pudar/ pucat bagi bahan tanaman Yangambi; Tandan yang dihantar ke kilang kurang 24 jam setelah dituai. Tandan Masak Tandan Mengkal - Memiliki mesokarpa lapisan luar bewarna kuning-oren dan mempunyai kurang sepuluh (10) soket buah relai; Tandan Busuk - sebahagian atau keseluruhan tandan termasuk buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, berbau busuk atau berkulat; Tandan Tangkai Panjang – tandan yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras terbawah tandan ke hujung tangkai; Tandan Kosong – Sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandan; Tandan Basah – merujuk kepada lori buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air menitis daripada muatan; Tandan Kotor – Lebih separuh daripada permukaan dicemari oleh kotoran seperti lumpur, pasir, amang atau batu; Tandan Lama – Tandan Masak atau Tandan Mengkal yang dibiarkan lama setelah dituai mengakibatkan tangkai tandan telah kecut dan lembut serta bewarna perang-kehitaman. Banyak buah telah gugur daripada lapirsan luar tandan manakala buah yang melekat pada tandan bewarna kemerahan;
Edisi 02 APRIL -JUN 2023 PENEROKA 5 Seterusnya, BTS tidak bermutu yang ditolak atau diasingkan terus (reject) daripada jumlah berat hantaran adalah Tandan Muda dan Tandan Peram. Ciri-ciri Tandan Muda dan Tandan Peram adalah seperti berikut; Kerja-kerja yang dilaksanakan dari mula tanam semula, penggunaan benih terbaik Yangambi yang berpotensi menghasilkan kadar perahan minyak melebihi 25%, penjagaan pokok sawit termasuk kerja-kerja membaja dan meracun, penantian selama 30 – 36 bulan bagi proses pendebungaan sehingga tandan berbuah, dan apabila pokok berbuah, Tandan Muda yang dituai menyebabkan semua tidak mendatangkan sebarang pendapatan dan hanya sia-sia. Kerugian bagi penuaian dan penghantaran satu (1) Tandan Muda adalah dianggarkan berjumlah RM20.00 – RM25.00 (bergantung kepada harga harian dan berat tandan) termasuk kos operasi dan kos tanam semula. Sekiranya lima (5) Tandan Muda dalam satu hantaran dihantar ke kilang, jumlah kerugian disebabkan Tandan Muda mampu mencecah RM100.00 – RM125.00. Hal ini tidak termasuk kerugian dari segi tenaga dan masa dalam menguruskan ladang dan memastikan pokok berbuah namun akhirnya buah yang dituai tersebut tidak memberi sebarang pulangan kepada peneroka. Akhir kata, BTS tidak bermutu tidak sepatutnya dituai dan dihantar ke kilang. Pendapatan maksimum hasil ladang dapat dijana dengan memastikan penuaian dan penghantaran BTS berkualiti dan bermutu (tanpa penalti) sekali gus memastikan harga belian yang diterima adalah maksimum (KPG = KPA). Tandan Mengkal Tandan Busuk Tandan Kosong Tandan Kotor Tandan Lama Tandan Tangkai Panjang Tandan Muda - Memiliki mesokarpa lapisan luar bewarna kuning-oren dan tidak mempunyai soket buah relai atau mesokarpa lapisan luar bewarna kuning sama ada mempunyai soket atau pun tiada soket relai; Tandan Peram – Tandan Muda yang disimpan atau dibiarkan lama selepas dituai mengakibatkan tangkai tandan kecut dan lembut serta bewarna perang-kehitaman. Buah pada tandan telah pudar dan kecut serta banyak buah telah lerai di lapisan luar tandan.
6 PENEROKA DISEDIAKAN OLEH : SITI NOOR FASEHAH BINTI MOHD SALLEH JABATAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN Kemeriahan Cahaya dalam Masyarakat Islam di Malaysia begitu sinonim dengan malam tujuh likur. Malam tujuh likur merupakan satu tradisi masyarakat Melayu dengan menyalakan lampu pelita pada 10 malam terakhir atau bermula malam 27 dalam bulan Ramadhan. Tidak lengkap rasanya jika sebelum kedatangan bulan Syawal tanpa menghidupkan malam tujuh likur. Kemeriahan malam tujuh likur ini disambut bukan sahaja di desa tetapi juga warga kota dimana mereka menghidupkan malam tujuh likur dengan menggantungkan lampu kelip-kelip mengikut kesesuaian jenis rumah kediaman. Manakalah bagi masyarakat di desa, mereka menyalakan pelita-pelita dan lampu kelip-kelip di sekeliling rumah mahupun sepanjang jalan menghala ke kediaman masing-masing. Ianya merupakan aktiviti yang wajib setiap tahun bagi warga desa setibanya bulan Ramadhan dan Syawal. Semangat untuk menyambut kedatangan Syawal selain meraikan malam tujuh likur tidak kurang hebatnya di Felda Sri Pagi Jengka 17, Pahang. Setiap tahun, komuniti peneroka Jengka 17 berlumba-lumba menghias rumah mereka dengan menggantungkan lampu kelip-kelip yang menarik dan menggagumkan. Bentuk seperti kubah masjid, bentuk bulan, bintang dan pelbagai lagi bagi menarik perhatian saudara mara dan sesiapa sahaja yang datang ke sana. Pelita tradisional tidak kurang juga hebatnya. Berbekalkan kreativiti dan inovasi, peneroka Jengka 17 turut menghasilkan rekaan pelita panjut yang pelbagai jenis dan bentuk. Tidak hairanlah aktiviti ini telah diangkat menjadi pertandingan sejak setahun yang lalu. Bagi peneroka Jengka 17, aktiviti seperti ini bukan hanya untuk bertanding bagi memenangi pertandingan, sebaliknya semangat dan kerjasama setiap ahli keluarga dalam mendekorasi kediaman masing-masing menggunakan lampu dan pelita. Dipetik daripada Facebook Felda Sri Pagi Jengka 17, pemenang dipilih berdasarkan keseimbangan antara pelita dan lampu, kreativiti dan inovasi, kekemasan dan efisien, kemeriahan dan keceriaan. Pada tahun ini sebanyak 11 buah rumah telah layak ke pusingan akhir pemilihan berdasarkan jumlah suka atau like terbanyak. Penulis turut hadir sendiri ke Jengka 17 kerana menghadiri rumah saudara turut terpegun menyaksikan kesungguhan para komuniti dalam menjadikan sambutan malam tujuh likur satu pengalaman tahunan yang sukar dilupakan. Sesungguhnya, kemeriahan dalam cahaya ini haruslah diteruskan untuk tatapan jamuan pancaindera generasi akan datang selain dari malam tujuh likur sendiri merupakan satu tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Semoga aktiviti menarik seperti ini akan diteruskan juga oleh komuniti FELDA di rancangan-rancangan lain agar FELDA dan peneroka terus berjaya bersama. 6 PENEROKA Edisi 02 APRIL -JUN 2023
DISEDIAKAN OLEH : PUAN RAIHAN BINTI ZAIDAN JABATAN KOMUNIKASI STRATEGIK Melalui pertandingan itu, sebanyak 10 sekolah diumumkan sebagai finalis, iaitu :- Semua sekolah tersebut dipilih dan mereka diberikan tugasan khas dan akan berentap mempamerkan kreativiti masing-masing di FELDA Robotic Challenge (FRC2023) yang akan berlangsung di Majlis Sambutan Hari Peneroka 2023 peringkat kebangsaan pada Julai 2023. ROBOTIC CHALLENGE 2023 FELDA SMK Lepar Utara SK LKTP Bukit Besar SK Kemendor SK Kemahang 3 SK LKTP Bukit Sagu 1 SK Sri Chiku 1 SK Lepar Utara SK FELDA Batu Lapan SK Lepar Utara SK FELDA Chemplak 6 jenis pertandingan yang dipertandingkan di FELDA Robotic Challenge 2023 seperti:- Robot Sumo Robot Garisan Robot Maze Robot Bola Sepak Robot Penyusunan Blok Arca Robot Pertandingan FELDA Robotic Challenge 2023 (FRC23) anjuran FELDA yang berlangsung di Dewan Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 27 Mei 2023 adalah inisiatif untuk membudayakan inovasi dan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan generasi baharu FELDA bijak digital. Inisiatif FELDA yang lain juga adalah untuk menambah nilai pendidikan sedia ada dengan pembelajaran teknologi bermula di peringkat sekolah rendah sebagai persediaan generasi FELDA mendepani Revolusi Industri Keempat (IR 4.0). Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh memaklumkan FELDA Robotic Challenge (FRC2023) yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan FELDA diharap dapat menjadi platform terbaik untuk memantapkan kemahiran, kreativiti dan meningkatkan penguasaan murid khususnya dalam bidang robotic. Sebanyak 43 buah sekolah terdiri daripada enam sekolah menengah dan 37 sekolah rendah yang berada dalam kawasan FELDA mengambil bahagian menyertai pertandingan julang kali yang diadakan. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan di Terengganu sebagai tuan rumah iaitu kategori Projek Sekolah Sekolah FELDA Digital Maker Hub (FDMH) dan kategori terbuka. Kreatif dan berinovasi sungguh anak-anak FELDA yang mengambil bahagian di pertandingan FELDA Robotic Challenge 2023. PENEROKA 7
8 PENEROKA Edisi 02 APRIL -JUN 2023 DISEDIAKAN OLEH : ENCIK ASRUL AFFENDI AMIRRUDIN JABATAN KELESTARIAN ” If you want to make the world colder, START plant more trees” “Nature gives us everything for free, nature doesn’t charge us any money, all nature asks of us that we protect it “ Petikan ayat di atas merupakan antara kata-kata hikmah yang mencuri perhatian dan pada masa yang sama menyemarakkan semangat bagi memastikan alam sekitar terjaga. Bangkitlah dan marilah kita latih generasi masa depan supaya generasi FELDA akan terus melindungi alam sekitar yang dicintai ini. Seperti petikan kata-kata hikmah di atas, ajaklah anak-anak, cucu-cicit kita untuk mula menanam pokok di kawasan seperti lereng bukit, sempadan hutan, pinggir sungai dan kawasan hakisan tinggi. Penanaman pokok boleh meningkatkan kualiti udara dan seterusnya dapat membuat kawasan persekitaran semakin sejuk. Terdapat beberapa langkah dan cara bagi membantu melestarikan kawasan rancangan di FELDA selain daripada penanaman pokok. Pembersihan sungai merupakan salah satu kaedah melestarikan alam sekitar. Pembersihan sungai ini amatlah penting agar dapat melindungi kawasan rancangan daripada terdedah kepada pencemaran air yang tidak bersih atau kotor. Antara langkah yang boleh dibuat adalah dengan cara perangkap sampah. Pemerangkapan sampah di sungai dapat membantu mengurangkan jumlah sampah yang mengalir mengikut arus sungai. Penjagaan buffer zone dapat membantu mengurangkan hakisan tanah, tanah runtuh dan banjir lumpur. Caranya adalah mudah sahaja iaitu biarkan kawasan sempadan sungai, semak tidak diracun. Ini membolehkan banyak tumbuhan akan mula hidup dipinggir buffer zone. Penjagaan dan kawalan hidupan liar juga penting kerana di rancangan terdapat hidupan liar yang menjadi salah satu ekosistem di rancangan. Pemburuan atau pembunuhan hidupan liar adalah dilarang sama sekali kerana menyalahi undang-undang dan akta 716 pemuliharaan hidupan liar 2010. Penjagaan dan kawalan yang baik ini dapat membantu kelestarian kawasan ladang dan masyarakat setempat. Pengasingan sampah merupakan antara langkah terbaik dalam melestarikan alam sekitar di kawasan tanah rancangan. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Pengasingan sisa-sisa domestik ini dapat dipraktikkan di tanah rancangan. Sisa pepejal terdiri daripada: • Plastik • Botol kaca • Kertas dan sisa makanan. Pengasingan yang menggunakan konsep 3R dapat diaplikasikan di kawasan-kawasan rumah di tanah rancangan. Penyediaan tong sampah khas yang berbeza mengikut jenis sisa berbeza seperti tong sampah untuk kertas, kaca dan plastik serta sisa makanan. Ini kerana melalui pengasingan ini, kita dapat mengurangkan, mengitar semula dan mengguna semula sisa-sisa pepejal. Bagi sisa cecair pula, seperti minyak dan lemak makanan, tidak dibuang di dalam sinki dapur kerana akan mencemarkan alam sekitar. Minyak yang telah digunakan boleh diasingkan kedalam botol dan boleh dijual semula. Tong racun yang tidak digunakan perlulah dilupuskan mengikut tatacara yang telah dianjurkan oleh kerajaan. Peneroka boleh menyerahkan ke pejabat rancangan untuk dilupuskan dan tidak di letakkan di dalam ladang atau kebun. Selain itu, pembakaran secara terbuka sepertimana ditakrifkan di bawah Seksyen 29A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah tidak dibenarkan. Segala sisa-sisa yang perlu dilupuskan mestilah menggunakan kaedah pelupusan yang telah digariskan oleh kerajaan. Pembuangan sampah dan sisa-sisa makanan di merata tempat akan menjadi tarikan kepada haiwan-haiwan seperti ular, tikus, dan haiwan-haiwan yang berbahaya sekaligus boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Kesimpulannya, kelestarian di tanah-tanah rancangan FELDA dapat meningkatkan kualiti hidup peneroka dan masyarakat setempat. Program-program Kelestarian ini merangkumi pendidikan, ekonomi dan sosial kepada setiap lapisan generasi di tanah rancangan. Melalui beberapa program kelestarian, dapat mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Selain itu mencipta dan menambah ekonomi baru kepada masyarakat setempat. Persekitaran akan lebih bersih dan mengurangkan pencemaran air serta bau. Alam Lestari Generasi untuk
Edisi 02 APRIL -JUN 2023 PENEROKA 9 DISEDIAKAN OLEH : RAFIQ ADRY BIN PUAD JABATAN KOMUNIKASI STRATEGIK Komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat, idea, dan fikiran yang berlaku dalam diri seseorang individu. Selain itu, komunikasi juga berlaku pada setiap hari dalam kehidupan kita melalui pelbagai cara sama ada secara formal ataupun secara tidak formal. Melihat kepada 20 tahun kebelakang mengenai FELDA, terdapat penggunaan teknologi yang digunakan dahulu namun capaian kelajuan internet tidaklah sepantas hari ini. Tidak semua orang mempunyai aplikasi ataupun media sosial pada ketika dahulu. Oleh itu, ianya masih lagi boleh berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Berkaitan isu mengenai halangan dalam menyampaikan maklumat, terdapat beberapa alternatif yang boleh diambil dalam menyebarkan maklumat iaitu dengan menggunakan aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, Google Meet dan sebagainya. Penggunaan aplikasi seperti ini sangat membantu dalam pekerjaan seharian sekaligus dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas. Dari segi penyampaian maklumat bergantung kepada kelajuan internet seseorang individu itu sendiri. Jika maklumat yang disampaikan ketika seseorang individu memegang telefon bimbit maka maklumat yang akan diterima oleh penerima adalah secara terus. Justeru itu, mereka juga boleh bertindak berdasarkan arahan yang diberikan melainkan mereka mengambil inisiatif untuk mengabaikan maklumat tersebut. Penggunaan teknologi seharusnya dapat membantu dalam mempercepatkan lagi penyampaian maklumat. Namun begitu, terdapat segelintir pekerja yang memilih untuk tidak mengendahkan informasi yang diterima dan masalah seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam kalangan pekerja kerana teknologi pada masa kini dikira agak canggih berbanding dulu. Sebagai contoh, pekerja boleh menangkap layar (screen shot) maklumat dan memajukan kepada ramai kenalan. Isu yang dibincangkan di kebanyakkan rancangan ini memfokuskan kepada info-info yang diperolehi daripada pihak atasan misalnya mengenai waqaf FELDA. Selain itu, dalam perbincangan yang dibahaskan juga terselitnya tentang program-program yang dianjurkan oleh FELDA. Dengan itu, kebanyakkan warga peneroka ini amat berminat dengan isu yang berkaitan ladang kerana ladang merupakan faktor utama sumber pendapatan peneroka. Terdapat ramai peneroka yang mempunyai masalah ataupun pertanyaan misalnya berkaitan dengan FELDA. Masalah yang ingin diselesaikan juga bergantung kepada isu yang dibawa dan boleh juga diselesaikan melalui pejabat rancangan ataupun wilayah. Peneroka FELDA tidak semestinya menghadirkan diri ke ibu pejabat bagi mendapatkan maklumat ataupun membuat sebarang pertanyaan. Bagi menambahbaik lagi dari segi penyampaian maklumat berkenaan FELDA, terdapat beberapa cadangan yang boleh diberikan antaranya ialah melantik seseorang individu khusus untuk memantau maklumat yang ingin disampaikan kepada rancangan ataupun wilayah. Di samping itu, antara petugas dan warga peneroka perlu menjalinkan hubungan yang baik dan setiap konflik yang terjadi perlulah diselesaikan secara musyawarah. Pihak pengurusan FELDA berharap agar sebarang maklumat dapat disebarkan kepada orang ramai terutamanya kepada warga peneroka. Tambahan lagi, diharapkan juga warga FELDA dapat memperolehi sumber yang sahih dan untuk mendapatkan kepastian warga FELDA atau peneroka FELDA boleh merujuk semula di laman sesawang rasmi FELDA. “Bawang Rangers” KUASA
10 PENEROKA Edisi 02 APRIL -JUN 2023 DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NASRULLAH BIN YAHAYA FELDA SUNGAI TENGI SELATAN Bermula 04 Mei 2023, proses tanaman Golden Melon F1 Hybrid ataupun nama Saintifiknya Cucumis melo L, telah mula dilaksanakan di Felda Sg Tengi Selatan. Tapak projek ini dahulunya di bawah GMN. Dibawah inisiatif Program Pembangunan Peneroka (PPP), projek ini akan menggunakan 33 buah rumah hijau sedia ada yang akan menempatkan 2,400 bekas airhydro pot bagi setiap rumah hijau. Projek ini dilaksanakan melalui pembiayaan Agro Bank dan peserta yang mengendalikan semua kerja di tapak tanaman adalah daripada warga tempatan seramai 10 orang yang terdiri daripada peneroka, penerokawati dan belia. Permintaan yang tinggi bagi tanaman melon ini menjadikan buah ini sebagai pilihan bagi penduduk STS untuk diusahakan. Projek ini dijangka mampu memberikan pulangan kepada peneroka melalui dividen lebih dari satu ribu secara tahunan. Hal ini boleh dijadikan nilai tambahan dalam pendapatan peneroka. Ketua Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Hj Mohd Som Bin Ismail berkata, “Semua usaha yang murni pasti akan ada halangan namun, kita perlu bijak dalam MELON DI FELDA SUNGAI TENGI SELATAN (STS) menguruskan halangan tersebut sehingga kita berjaya” Tambah pengurus rancangan, En Nasrullah bin Yahaya, “Atas segala kesungguhan dan komitmen yang diberikan, saya yakin projek ini akan terus kekal selamanya”. Rata-rata penduduk di Felda STS berterima kasih kepada FELDA kerana memilih STS sebagai salah satu tempat bagi menjalan aktiviti ekonomi yang boleh memberikan pendapatan tambahan kepada warganya. Jika diteliti pada garis masa projek ini, dijangka Julai 2023 penuaian pertama hasil akan dilaksanakan dengan jangkaan penuaian sebanyak 6000kg buah akan di keluarkan. Projek melon dibawah pemantauan JPPT ini akan terus dilaksanakan dibeberapa rancangan bagi menampung permintaan melon di pasaran semasa.
Pihak pengurusan dan seluruh warga FELDA menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Idris Jusoh atas kepimpinan beliau sebagai Pengerusi FELDA selama tempoh 3 tahun perkhidmatannya. Dalam tempoh tersebut, FELDA telah melalui transformasi kegemilangan bermula dengan anjakan minda seluruh warga FELDA untuk mencapai sebuah KEJAYAAN DALAM KEBERKATAN. Pelbagai inisiatif serta kejayaan dicapai oleh warga peneroka FELDA antaranya apabila FELDA telah mencapai peningkatan produktiviti ladang serta berada di kedudukan ketiga terbaik negara berbanding ladang-ladang komersial serta pemerkasaan pendidikan generasi baharu FELDA. Warga peneroka FELDA juga kini merupakan golongan memberi daripada menerima dibuktikan dengan Sedekah 300 serta Waqaf FELDA yang mencapai kejayaan membanggakan. Terima kasih YBhg.Tan Sri Idris Jusoh atas khidmat & jasa sebagai Pengerusi FELDA 1 Mei 2020 – 20 Jun 2023 Terima Kasih YBHG.TAN SRI IDRIS JUSOH
FeldaLKTP Felda Official Myfelda FELDALKTP FeldaLKTP SCAN untuk layari website FELDA