The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadfaiz980505, 2022-06-23 03:26:29

perbincangan berkaitan etika dan peradaban dalam pengunaan IC

MPU21032-FAIZ-F2007-NEW2

NAMA KURSUS :
PENGAHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KOD: MPU21032
NAMA : AHMAD FAIZ BIN MOHD BASHARUDDIN
NO PENDAFTRAN PELAJAR: 03DDT19F2007
NAMA PENSYARAH: PUAN SABARIAH BT
MOHD YUSSOF
SESI PENGAJIAN: SESI 2 | 2021/2022

pg. 1

I. PENDAHULUAN Page 3
Page 4
II. ISU-ISU BAHASA, BUDAYA DAN ETIKA
DALAM IT Page 5
Page 6
III. ISU BAHASA DALAM TEKNOLOGI Page 7-8
MAKLUMAT ( IT )
Page 9
IV. Peranan Bahasa Melayu Pada Era Page 10
Teknologi Maklumat ( IT ) Page 11-12
Page 12
V. ISU ETIKA DALAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT ( IT )

VI. Prinsip etika
VII. ISU BUDAYA DALAM TEKNOLOGI

MAKLUMAT ( IT )

VIII. Kesimpulan.

IX. Rujukan

pg. 2

I. PENDAHULUAN
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas
arus permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan
kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap etika, bahasadan
budaya pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan
penghayatan agama. Perubahan dunia masakini amat pantas hasil ledakan teknologi
maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan
maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia
berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki
ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan.

Kini Pelbagai Etika dan Peradaban ICT boleh kita temui dalam Internet. Namunapa yang
penting ialah bagaimana kita menterjemah ICT sebagai penghayatandalam kehidupan
seharian. Peraturan 1: Ingat komunikasi sesama manusia Peraturan 2: Ikuti piawai
kelakuan online seperti yang anda ikuti dalam kehidupan sebenar. Peraturan 3: Ketahui di
mana anda berada di dunia siber Peraturan 4: Hormati masa orang lain

Etika dalam teknologi
Etika dalam talian adalah tertanam dalam budaya, walaupun etika dalam teknologi adalah
konsep yang agak baru. Kaedah-kaedah etika yang digunakan semasa berkomunikasi
melalui Internet atau rangkaian sosial atau peranti adalah berbeza daripada yang
digunakan ketika berkomunikasi secara bersendirian atau melalui audio atau
videotelefoni .Ia adalah kod sosialkomunikasi rangkaian.
Berkomunikasi dengan orang lain melalui Internet tanpa salah faham dalam masayang
panas boleh mencabar, terutamanya kerana ekspresi wajah dan bahasa tubuh tidak boleh
ditafsirkan di ruang siber. Oleh itu, beberapa cadangan untuk menyelamatkan terhadap
salah faham ini telah dicadangkan.

pg. 3

II. ISU-ISU BAHASA, BUDAYA DAN ETIKA DALAM IT

Dalam kehidupan sehari-harian kita sering dikaitkan dengan nilai etika, Bahasa dan budaya.
Bagi masayarakat Islam dan rakyat Malaysia amnya perkara ini seringkali diterapkan bagi
menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum ini. Dalam zaman Teknologi maklumat
yang semakin canggih dan pantas pada masa kini cabaran terhadap nilai etika, Bahasa dan
budaya adalah cabaranyang sangat hebat bagi setiap individu.

Isu-isu bahasa, budaya dan etika dalam Teknologi Maklumat ( IT ) semakin hangat
diperkatakan kerana perkara ini semakin bertambah meruncing dengan kemajuan Teknologi
ini. Media sosial yang semakin banyak terdapat seperti Facebook, Twitter, Whatsapp,
Wechat dan sebagainya menjadikan masyarakat menyalahgunakan kemajuan teknologi ini.
Gejala-gejala sosial semakin bertambah teruk, pelajar sekolah sudah pandai
menyalahgunakan kemajuan teknologi ini.

Kini peranti elektronik semakin mangambil tempat dikalangan generasi tidak kira tua
muda remaja bahkan telah didedahkan kepada kanak seawal usia 1tahun sudah
mempunyai peranti elektronik mereka sendiri. Perhatian daripada semua pihak samada
ibubapa ataupun orang sekeliling kini harus diberi lebih perhatian kepada golong generasi
Y dan generasi yang akan datingyang di kenali dengan generasi Z agar mereka lebih peka
dalam dunia kecanggihan teknologi ini.

Dalam isu ini akan dibincangkan permasalahan dalam isu bahasa,budaya dan
etika dalamteknologi maklumat yang semakin pincang pada masa kini.

Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk
untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu. Terdapat dua jenis perisian
iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data
dari satu tempat ke tempat yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun,
data digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi
dijalankan.

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information
Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer
dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,memindah, melihat,
dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

pg. 4

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk
pemudahcara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya
teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon bimbit dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada
penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama,
teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan
dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer ia boleh
merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk
memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk
berkomunikasi iaitu iamenjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

III. ISU BAHASA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT ( IT )
Pada masa ini, bidang berkaitan teknologi maklumat amat penting. Ekoran daripada

ledakan teknologi maklumat ini turut memberi kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu di
Malaysia. Kitasedia maklum bahawa bahasa yang digunakan terhadap penggunaan IT ialah
bahasa Inggeris.
Keadaan ini memberi kesan terhadap bahasa Melayu dalam penggunaan teknologi
maklumat. Penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dalam IT menjadikan berlakunya
kemerosotan fungsidan keperluan terhadap bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat
sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan masyarakat terhadap bahasa sendiri.
Penekanan terhadap IT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan Bahasa
Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era IT
telah menunjukkan Bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di
Amerika Syarikat danseterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan
komputer seperti Microsoft, Dell danHewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh
mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan
sama ada mampukan Bahasa Melayu digunakan di dalam era IT sebagai bahasa
perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

pg. 5

IV. Peranan Bahasa Melayu Pada Era Teknologi Maklumat ( IT )

IT merupakan satu penemuan dan inovasi yang dicipta dari barat. Masyarakat
berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan bahasa Melayu mempunyai
nilai tambah dalam masyarakat yang mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era
globalisasi memberikan cabaran kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam
teknologi maklumat ( IT) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak yang
semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Selain itu, penggunaan
bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkanagar seiring dengan penggunaan-
penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang
siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber
yang memperlihatkan munculnya bahasa-bahasa yang tidak mengikut hukum tatabahasa
yang betul. Antara perkataan-perkataan baru yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai- nilai
asli dalam bahasa Melayu ialah seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), tipon
(telefon), persal (mengapa), nko (engkau) dan lain-lain lagi. Hal inilah yang perlu disedari
oleh pengguna internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar
tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira peraturan yang sedia
ada.

Walaupun sudah terdapat Kamus Komputer yang diperkenalkan, namun bagi
penutur- penutur bahasa Melayu lebih suka menggunakan bahasa Inggeris berbanding
bahasa Melayu. Pengguna-pengguna Melayu yang bertutur bahasa Melayu misalnya lebih
suka menggunakan istilah’mouse’ daripada menggunakan ’tetikus’. Begitu juga dengan
isitilah-istilah lain seperti keyboard (papan kekunci), download (muat turun), upload (muat
naik), password (kata laluan) dan lain-lain. Istilah-istilah ini boleh terdiri dalam bentuk
pinjaman daripada bahasa Inggeris tanpa membuat penyesuaian kepada sistem bunyi
bahasa Melayu dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu konsep serta istilah bahasa
Inggeris. Antaranya istilah-istilah seperti internet, e-mel, multimedia, web, perisian, cakera
padat dan sebagainya yang telah diguna dan diterima secara meluas dalam pelbagai bidang
penulisan berbahasa Melayu. Apa yang menjadi masalah ialah pengguna sendiri yang
menganggap istilah-istilah dalam bahasa Melayu tersebut sesuatu yang ganjil dan pelik.

a. Pengaruh Bahasa Dalam Media

Media merupakan satu wadah penting yang mampu merangsang dan mempengaruhi
sikap serta tingkah laku sesebuah masyarakat. Perkembangan industri media kini sejajar
dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi yang semakin canggih. Media
merupakan sumber penyampai maklumat bagi memperolehi pengetahuan dan hiburan.
Selain itu, media juga merupakan penyumbang penting terhadap corak kehidupan dan
tingkah laku sosial anak-anak muda masa kini.Jenis-jenis media ialah seperti saluran
televisyen, internet, radio, suratkhabar, majalah, buku-bukudan sebagainya.

pg. 6

Malaysia kini telah mempunyai pelbagai saluran televisyen yang dibekalkan oleh pihak
kerajaan mahupun swasta . Saluran-saluran ini pula berlumba-lumba menyiarkan berbagai-
bagai rancangan yang bertujuan menarik perhatian para penonton. Persaingan ini lebih
mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan kualiti dan mutu rancangan yang disiarkan.
Hasilnya terdapat tayangan-tayangan yang melampaui batas-batas susila budaya rakyat
Malaysia dan memberi pengaruh negatif terhadapgolongan remaja dan bawah umur yang
menonton. Penggunaan bahasa tidak sopan juga amat berleluasa dan seakan di pandang
remeh oleh pihak stesen televisyen.

Lebih menyedihkan apabila bahasa-bahasa yang digunakan menjadi ikutan ramai terutama
golongananak-anak sekolah. Di samping itu, filem-filem seperti KL Gengster, Kongsi, KL Drift
dan beberapa
lagi banyak menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan. Contohnya perkataan seperti
‘lu’, ‘gua’, ‘bro’,’beb’ sering diulang-ulang di dalam dialog sehingga naik jelak
mendengarnya. Namun
begitu, ungkapan-ungkapan inilah yang sering ditiru dan menjadi ikutan oleh para remaja
apabilaberinteraksi sesama mereka.

Selain itu, penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik disifatkan semakin
merosot kualitinya. Pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai
program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Antara contoh
kesalahan paling kerap ialahpenggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara
yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat. Nama pembesar berkenaan kerap kali disebut
dengan panggilan hormat yang dan betul pada sebutan pertama, tetapi panggilan
berikutnya hanya menggunakan nama peribadi beliau sahaja. Dalam masyarakat Melayu, ini
bukanlah amalan yang wajar atau berbudaya kerana sebagai tanda hormat nama peribadi
mereka tidak patut disebut, tetapi digantikan dengan kata ganti nama yang sesuai dengan
taraf atau kedudukan mereka dalam status sosial masyarakat. Penggunaan kataganti 'kita
orang', 'korang', dan 'diorang' yang merujuk kepada ganti nama 'kami', 'kalian' dan
'mereka', yang kini meluas digunakan dalam drama terbitan stesen-stesen televisyen dilihat
sebagai satu kesalahan yang mencemar dan merendahkan bahasa Melayu. Kesalahan
bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan
bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar
khususnya kanak-kanak adalah sangat besar.

V. ISU ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT ( IT )

Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat
diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia. Dengan satu
harapan suci lagi murni,melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan
disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.

Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos” yang bermaksud perwatakan peribadi.
Etika ialahtingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia. Etika
merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah yang boleh digunakan oleh individu
dalam membuat pilihan bagi membimbing gelagat mereka. Apabila berhadapan dengan
pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil dan membuat
pilihan tindakan moral yang betul.

pg. 7

Teknologi maklumat dan sistem-sistem maklumat membangkitkan persoalan-persoalan
etika baru untuk individu dan masyarakat kerana kedua-duanya memberi peluang-peluang
perubahan sosial yang pesat dan ini mengancam pengagihan kuasa, wang, hak-hak dan
tanggungjawab sedia ada. Iniadalah kerana seperti teknologi lain iaitu teknologi elektrik,
telefon dan radio, teknologi maklumat boleh digunakan untuk melakukan jenayah dan
mengancam nilai-nilai sosial yang telah ada.
Tindakan tidak beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta
intelek danfenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa. Matlamatnya
adalah penjual

pg. 8

mengharapkan keutungan lumayan tanpa kos pelaburan besar manakala pengguna
hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa mempertimbangkan aspek kualiti
dan kesan negatif dalamjangka panjang.

Masalah ini menjadi semakin serius dengan adanya kemudahan Internet yang memberi
laluan kepada perdagangan elektronik (e-dagang). Perkembangan-perkembangan ini secara
tidak langsungmenghadkan pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek

VI. Prinsip etika

Prinsip etika seperti di bawah mesti sentiasa berada dalam setiap individu sebagai panduan
pelaksanaan teknologi maklumat apabila ingin membuat pilihan etika. Prinsip tersebut
adalah;

Keseimbangan (proportionality): kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mesti
lebih baikdaripada risiko dan keburukan.

Keizinan termaklum (informed consent): mereka yang menerima kesan teknologi
maklumat mestifaham dan menerima risiko yang akan dihadapi.

Keadilan (justice): Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil.
Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan kepada yang tidak
menerima kebaikantidak patut menanggung risiko yang lebih.

Meminimumkan risiko (minimised risk): Jika ketiga-tiga panduan (keseimbangan, keizinan,
termaklum dan keadilan) diterima, teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan
mengelak risikoyang tidak berkaitan. Banyak risiko etika yang mungkin timbul apabila
melaksanakan teknologi maklumat yang mengakibatkan salah maklumat, melanggar
keperibadian dan pencemaran persekitaran. Antara risiko tersebut adalah;

10 perkara untuk pengguna dan profesional komputer yang dicadangkan oleh
Institut EtikaKomputer (Computer Ethics Institute) :-

• Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
• Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
• Tidak membelek fail komputer orang lain.
• Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
• Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
• Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
• Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang

bayaran.
• Tidak menggunakan tanpa kebenaran output intelektual orang lain.
• Memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
• Menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia

lain.

pg. 9

VII. ISU BUDAYA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT ( IT )

Budaya bermaksud budi pekerti atau akal, secara amnya membincangkan hal-hal yang
berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala
sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia berlawanan dengan perkara semulajadi
yang bukan dicipta atau boleh diubah oleh manusia. Selain itu, pengertian kebudayaan
mempunyai hubungan erat dengan masyarakat dimana segala sesuatu yang terdapat didalam
sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang
dimiliki masyarakat itu sendiri. Budaya boleh diungkapkan sebagai keseluruhan cara hidup
manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan
jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Dari sudut IT, budaya memainkan peranan yang penting. Budaya yang selalu di amalkan akan
menjadikan individu itu lebih berpengetahuan luas dari segala aspek kerana IT ini mempunyai
skop yang luas tetapi semuanya terpulang kepada individu tersebut untuk menggunakannya.
Samada mereka menggunakan secara positif ataupun negetif, jika dilihat pada masa kini
kebanyakan perkara yang negatif puncanya adalah dari IT yang tiada sempadan ini. Antara isu-
isu yang sering mempengaruhi adalah dari segi percakapan, fesyen, makanan, pergaulan bebas
dan sebagainya.
Masyarakat kita pada masa kini lebih cenderung untuk meniru atau mengikut perkara yang
negative daripada yang positif, dan lebih membimbangkan perkara yang negative ini terlalu
pantas menular kepada pemimpin masa hadapan ini. Pengaruh budaya ini akan menjadi corak
dalam kehidupan seharian mereka.

VIII. Isu-Isu Yang Dipengaruhi

Cara Percakapan

Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam
ini kita pergi dinner.". Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita.
Bahasa melayu kitayang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa
dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru.

Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa
digunakan.Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa melayu kita.
Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang
dapat membesarkanmaruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan
maruah diri merek

pg. 10

IX. Kesimpulan.

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan
masyarakatnya dengan standard pemikiran yang cemerlang bagi melayari alam siber yang
penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah
dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet,
sesuai dengan ciri Islamitu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari
sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin
agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan
kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.

Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam
zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang
yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan
maya yang akan diaksesoleh manusia sejagat. Pengaruh teknologi maklumat ( IT ) dalam
tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan khususnya
generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang
akan terusmeningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa.

Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak
dapat dipisahkan dengan IT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau
mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya
masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari
berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika
masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang
akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin
dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang negatif. Dasar-
dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah jugameletakkan isu salah
guna dan kesan negatif IT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan
pembangunan negara bangsa Malaysia.

Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada terus merebak
dan berleluasa. Usaha pelbagai pihak daripada semua peringkat masyarakat adalah perlu
bagi memastikan kejayaan dicapai. Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan
bahasa, budaya dan etika yang betul perlulah dipertingkatkan. Penggunaan bahasa yang
bertepatan, sesuaidan betul akan memberi kesan dan makna yang mendalam untuk
menyampaikan sesuatu maksud semasa kita berkomunikasi dengan orang lain. Memahami
apa yang disampaikan menjadikan individu yang di lawan cakapnya merasa dihargai dan
gembira. Ini menandakan bahawa proses komunikasi itu berjaya. Kemakmuran dan
keharmonian sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya yang memartabatkan
kedaulatan bangsa dan menjaga tatasusila dalam budaya dan etika kehidupan yang dilalui.

pg. 11

Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak
seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan salah satu
sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat
kepada pemikiran dan moralmasyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa
mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya,
memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat
muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi.Dalam era pasca modenisme,
mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan
sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah
memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan
stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak
yang tidak serasi dengan mereka.

• Rujukan
http://nmz5115.blogspot.com/2015/12/isu-isu-bahasa-budaya-dan-etika-dalam-it.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_dalam_teknologi
https://pdfcoffee.com/08-topik-7-pengaruh-ict-ke-atas-kesepaduan-nasional-pdf-free.html

• Rujukan yang lain
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf

https://www.moe.gov.my/pekeliling/666-penerapan-etika-penggunaan-media-sosial-dalam-
sektor- awam/file

pg. 12


Click to View FlipBook Version