1 | P a g e MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM BUKIT RAMBAI KALI KETIGA TAHUN 2024 TARIKH : 8 JUN 2024 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN AT-THOBARI SRA JAIM BUKIT RAMBAI
2 | P a g e ❖ SEULAS BICARA 3 ❖ ATURCARA MAJLIS & AGENDA MESYUARAT AGUNG 4 ❖ AHLI JAWATANKUASA PIBG 5 ❖ NOTIS MESYUARAT AGUNG 6 ❖ MINIT MESYUARAT AGUNG 7-12 ❖ MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT AGUNG 13-14 ❖ SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 15 ❖ LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 16 ❖ LAPORAN PENYATA KEWANGAN 17-18 ❖ PERAKUAN BENDAHARI & PEMERIKSA 19-20 ❖ USUL MESYUARAT 21 ❖ JAWATANKUASA PELAKSANA 22 ❖ PENGHARGAAN 23 ❖ MUTIARA KATA 24 KANDUNGAN
3 | P a g e Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 pada sesi 2024 / 2025 ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun ko-akademik. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepaada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi 2022 / 2023 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini. Saya berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa banyak membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik secara berkala untuk anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga,idea serta dana bagi membantu sekolah ini. Akhir bicara,sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada anak-anak SRA JAIM Bukit Rambai. Sekian dan terima kasih (MAT KHANIN BIN KADIS) Pengerusi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SRA JAIM Bukit Rambai SEULAS BICARA PENGERUSI PIBG
4 | P a g e 8.30 PAGI : Ketibaan para jemputan 9.00 PAGI : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis - NUR HUSNA HANANI BINTI MOHD ZAID : Bacaan Doa - MUHAMMAD ADLI SYAHMI BIN RAMLI : Ucapan Pengerusi PIBG - ENCIK MAT KHANIN BIN KADIS : Tayangan Montaj Aktiviti Sekolah Tahun 2023/2024 : Penyampaian Cenderamata Jawatankuasa 2022/2023 10.00 PAGI : Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 - MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD ARIFF 1. Ucapan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2. Ucapan Penasihat (Guru Besar SRA JAIM Bukit Rambai) 3. Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kali Kedua 4. Perkara Bebangkit 5. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan berakhir pada April 2024 6. Membentangkan dan Membahaskan Usul 7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 8. Pelantikan Pengerusi dan setiausaha sementara 9. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 10. Hal-hal lain 11. Ucapan Penangguhan 12. Cabutan Bertuah AGENDA MESYUARAT AGUNG ATURCARA MAJLIS
5 | P a g e BIL NAMA JAWATAN 1 PN. UMI KALSOM BINTI MOHD REDZUAN PENASIHAT 2 EN. MAT KHANIN BIN KADIS PENGERUSI 3 EN. JASNI BIN ABDUL WAHID NAIB PENGERUSI 4 PN. FARAH HADHIRA BINTI DAHROM SETIAUSAHA 5 PN. LIZA BINTI DORAHIM@MADON BENDAHARI 6 EN. AZEMIH BIN ABDULLAH WAKIL KOMUNITI KAMPUNG 7 EN. ISA BIN ABD LATIB WAKIL PEGAWAI MASJID KARIAH 8 PN. NOR AZIAH BINTI AHMAD DAHLAN WAKIL SEKOLAH KEBANGSAAN 9 EN. MUHAMMAD ADLI SYAHMI BIN RAMLI GURU 1 10 PN. SUHAILA BINTI SABRI GURU 2 11 PN. NOORAINI BINTI IBRAHIM WAKIL IBU BAPA 1 12 PN. SALINA BINTI HUSIN WAKIL IBU BAPA 2 13 EN. MOHD SHAFEK BIN AHMAD WAKIL IBU BAPA 3 14 EN. ASRUL HADI BIN ABAS WAKIL IBU BAPA 4 15 CIK NOORRA BINTI IBRAHIM JURU AUDIT DALAMAN 1 16 PN. AZIZAH BINTI ABDUL AZIZ JURU AUDIT DALAMAN 2 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022-2023
6 | P a g e PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM BUKIT RAMBAI BATU 7 1/4 BUKIT RAMBAI, 75250 BUKIT RAMBAI, MELAKA TEL :06-3359507 ___________________________________________________________________________ Rujukan Kami:SRAJBR (M18) 1/4( ) Tarikh: 27 Mei 2024 Kepada, IBUBAPA / PENJAGA MURID, Sekolah Rendah Agama Jaim Bukit Rambai, Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-3 SRA JAIM BUKIT RAMBAI TAHUN 2024 Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas. 2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 8 Jun 2024 ( hari Sabtu ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan At-Thobari SRA JAIM Bukit Rambai 4. Sehubungan itu, tuan/puan boleh mengekses borang usul dan maklum balas kehadiran untuk tindakan melalui ‘Google Form’ https://forms.gle/TkAe9KWR3X2JZPqt8 yang di beri. Sila isi borang maklum balas kehadiran kepada pihak sekolah melalui link tersebut sebelum atau pada 2 Jun 2024 Segala sokongan, kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan sangat diharapkan demi kelangsungan pendidikan anak-anak di sekolah ini dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dan terima kasih. “MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA HANG TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” “MALAYSIA MADANI’’ “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (PUAN FARAH HADHIRA BINTI DAHROM) Setiausaha PIBG, SRA JAIM Bukit Rambai, s.k I - Fail PIBG NOTIS MESYUARAT AGUNG
7 | P a g e MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM BUKIT RAMBAI TARIKH : 18 FEBRUARI 2023 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN AT-THOBARI SRA JAIM BUKIT RAMBAI KEHADIRAN : 55 ORANG (NAMA SEPERTI DI LAMPIRAN) AGENDA MESYUARAT: 1. PERUTUSAN PENGERUSI PIBG – EN.MAT KHANIN BIN KADIS 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ke mesyuarat agung kali ke – 2. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua yang telah bersama – sama dengan pihak sekolah dalam menjayakan apa jua aktiviti sepanjang tahun 2023. Tindakan : Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT PIBG – PN.UMI KALSOM BINTI REDZUAN 2.1 Ustazah Umi Kalsom binti Mohd Redzuan selaku Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat ini. 2.2. Guru Besar juga memaklumkan bahawa para ibu bapa dan Jawatankuasa PIBG sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang masa kepada pihak sekolah. Tindakan : Makluman MINIT MESYUARAT AGUNG
8 | P a g e 3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHANKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 2 3.1 Ustazah Farah Hadhira binti Dahrom selaku setiausaha membentangkan catatan minit mesyuarat agung kali ke 2. 3.2 Minit mesyuarat disahkan. Cadangan : En.Kamal bin senin Disokong : En.Miyur bin samsuri Tindakan : SU PIBG 4. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI 2022/2023 4.1 Dibentangkan oleh Setiausaha PIBG. 4.2 Laporan aktiviti disahkan. Cadangan : Pn.Suhaila binti sabri Disokong : Pn.Noraini binti arifin Tindakan : GURU BESAR/SU PIBG 5. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN JANUARI 2022 YANG BERAKHIR PADA JANUARI 2023 5.1 Bendahari PIBG, Ustazah Liza binti Dorahim@Madon membentangkan laporan kewangan PIBG. 5.2 Laporan kewangan diterima dan disahkan Cadangan : En.Jamal bin Senin Disokong : En.Rahman bin Muhammad Tindakan: Pengerusi pibg/bendahari/SU MINIT MESYUARAT AGUNG
9 | P a g e 6. PERBINCANGAN USUL 6.1 USUL 1 PN.JULIA BINTI ABDUL RASIB i. Mencadangkan supaya sumbangan PIBG sebanyak RM60.00 satu keluarga bagi setiap tahun. Mesyuarat bersetuju pembayaran sumbangan PIBG sebanyak RM60.00 satu keluarga bagi setiap tahun. Tindakan: PIBG/GURU BESAR 6.2 USUL 2 PN.UMI KALSOM BINTI MOHD REDZUAN i. Mencadangkan supaya sumbangan Kecemerlangan UPKK sebanyak RM50.00 dikutip pada semua murid tahun 5 bagi setiap tahun. Mesyuarat bersetuju untuk mengutip sumbangan kecemerlangan upkk bagi murid tahun 5 dengan bayaran RM50.00 setahun. Tindakan: PIBG/GURU BESAR 6.3 USUL 3 EN.JASNI BIN ABDUL WAHID i. Mencadangkan untuk memasang khemah didataran perhimpunan sekolah bagi keselesaan pelajar supaya tidak terkena panas atau hujan semasa beratur. Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju untuk memasang khemah sementara waktu bagi menunggu sumbangan Bumbung Sekolah daripada pihak ibubapa. Tindakan: PIBG/GURU BESAR MINIT MESYUARAT AGUNG
10 | P a g e 6.4 USUL 4 PN.SITI NOOR HIDAYA BINTI YUNUS i. Mencadangkan supaya pembayaran sumbangan PIBG seperti disekolah rendah sebanyak RM30.00 satu keluarga bagi setiap tahun. Mesyuarat memaklumkan dan tidak bersetuju bahawa Pembayaran RM30.00 sekeluarga tidak dapat menampung kos pembelanjaan sekarang dengan pelbagai aktiviti yang pihak sekolah lakukan dalam setahun kepada para pelajar dan sebulat suara bersetuju dengan sumbangan RM60.00. Tindakan: Makluman 6.5 USUL 5 PN.NORHAYATI BINTI ABD RAHMAN i. Mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan kelas tambahan upkk pada hari sabtu dalam 2 minggu sekali dengan kadar bayaran mampu bayar. Mesyuarat memaklumkan bahawa selama ini pihak sekolah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar upkk selama seminggu sekali tanpa mengadakan bayaran kepada pelajar. Tindakan: Makluman 6.6 USUL 6 EN.AHMAD TARMIDZI i. Mencadangkan agar ibubapa membuat kutipan wakaf RM10.00 setiap bulan hingga mencukupi untuk membina bumbung tapak perhimpunan. Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju untuk membuat kutipan wakaf sebanyak RM10.00 setiap bulan sehingga mencukupi untuk membina bumbung tapak perhimpunan. Tindakan: PIBG/GURU BESAR MINIT MESYUARAT AGUNG
11 | P a g e 6.7 USUL 7 PN.RASHIDAH BINTI ABDUL RAHIM i. Mencadangkan supaya pelajar boleh solat asar disekolah apabila masuk waktunya. Mesyuarat memaklumkan bahawa Pihak sekolah telah melakukan amali solat dalam pembelajaran secara lisan dan teori serta pelajar akan solat asar secara bergilir dengan jadual yang ditetapkan mengikut hari dalam seminggu supaya dapat menambah baik kualiti solat. Tindakan: Makluman 6.8 USUL 8 EN.KAMAL BIN SENIN i. Mencadangkan sebelum perkara berbangkit didalam minit mesyuarat sebelum ini mesti ada maklum balas supaya pihak ibubapa tahu perkara tersebut telah mengambil tindakan. Mesyuarat mengambil maklum atas cadangan dan akan perbaiki dalam minit yang akan datang. Tindakan: Makluman 7. HAL-HAL LAIN 7.1 Pengerusi Pibg Memaklumkan bahawa tidak membenarkan Pihak penjaja menjual didalam,diluar kawasan sekolah atau waktu datang mahupun waktu balik daripada sekolah kerana mengundang kesesakkan lalu lintas. 7.2 Pengerusi PIBG memaklumkan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa telah memutuskan untuk pemasangan CCTV didalam kawasan sekolah bagi tujuaan keselamatan murid dan akan membuat pemasangan internet dalam masa terdekat bagi kemudahan guru-guru dan murid-murid. Tindakan: Makluman MINIT MESYUARAT AGUNG
12 | P a g e 8. UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat pada hari tersebut serta cadangan-cadangan yang telah diusulkan. Beliau juga berharap agar pihak ibu bapa meneruskan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah agar pencapaian sekolah dapat ditingkatkan di masa akan datang. 8.2 Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asr dan tasbih kifarah. 8.2 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ditangguhkan pada jam 11.15 pagi. Disediakan oleh : Nama: FARAH HADHIRA BINTI DAHROM Jawatan: SETIAUSAHA PIBG SRA JAIM BUKIT RAMBAI Disahkan oleh : Nama: EN. MAT KHANIN BIN KADIS Jawatan: PENGERUSI PIBG SRA JAIM BUKIT RAMBAI MINIT MESYUARAT AGUNG
13 | P a g e BIL PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 6.1 USUL 1 : KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SEBANYAK RM60.00 Mesyuarat bersetuju pembayaran sumbangan PIBG sebanyak RM60.00 satu keluarga bagi setiap tahun. PIBG/GURU BESAR Untuk makluman berkaitan sumbangan pibg sebanyak RM60.00 satu keluarga bagi setiap tahun telah dilaksanakan pada sesi persekolahan 2023-2024 dan 2024-2025. 6.2 USUL 2 : KUTIPAN KECEMERLANGAN UPKK Mesyuarat bersetuju untuk mengutip sumbangan kecemerlangan upkk bagi murid tahun 5 dengan bayaran RM50.00 setahun. PIBG/GURU BESAR Untuk makluman berkaitan kutipan kecemerlangan upkk sebanyak RM50.00 setahun bagi setiap pelajar dilaksanakan pada sesi persekolahan 2023-2024 dan 2024-2025 6.3 USUL 3 : PEMASANGAN 2 BIJI KHEMAH Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju untuk memasang khemah sementara waktu bagi menunggu sumbangan Bumbung Sekolah daripada pihak ibubapa. PIBGLGURU BESAR Untuk makluman, pemasangan khemah telah dilaksanakan dan khemah itu telah roboh akibat berlaku angin ribut.Oleh itu pihak sekolah mengambil tindakkan untuk membuka semula atas faktor keselamatan kepada pelajar sekolah. 6.4 USUL 4 : KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SEBANYAK RM30.00 Mesyuarat memaklumkan dan tidak bersetuju bahawa Pembayaran RM30.00 sekeluarga tidak dapat menampung kos pembelanjaan sekarang dengan pelbagai aktiviti yang pihak sekolah lakukan dalam setahun kepada para pelajar dan sebulat suara bersetuju dengan sumbangan RM60.00. PIBG Untuk makluman kutipan sumbangan pibg sebanyak RM30.00 tidak dapat dilaksanakan kerana mesyuarat telah sebulat suara tidak bersetuju dan telah bersetuju dengan perkara dibilangan 6.1. MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT AGUNG
14 | P a g e 6.5 USUL 5 : MENGADAKAN KELAS TAMBAHAN UPKK Mesyuarat memaklumkan bahawa selama ini pihak sekolah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar upkk selama seminggu sekali tanpa mengadakan bayaran kepada pelajar. GURU BESAR Untuk makluman mengenai kelas tambahan upkk telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan kerjasama ibubapa dan murid. 6.6 USUL 6 : SUMBANGAN WAKAF RM10.00 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju untuk membuat kutipan wakaf sebanyak RM10.00 setiap bulan sehingga mencukupi untuk membina bumbung tapak perhimpunan. PIBG/GURU BESAR Untuk makluman mengenai sumbangan wakaf RM10.00 ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun tersebut dan cadangan ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2024. 6.7 USUL 7 : SOLAT ASAR SEMASA PEMBELAJARAN Mesyuarat memaklumkan bahawa Pihak sekolah telah melakukan amali solat dalam pembelajaran secara lisan dan teori serta pelajar akan solat asar secara bergilir dengan jadual yang ditetapkan mengikut hari dalam seminggu supaya dapat menambah baik kualiti solat. GURU BESAR Untuk makluman pihak sekolah telah melaksanakan mengikut jadual bergilir yang telah ditetapkan mengikut hari dalam seminggu. 6.8 USUL 8 : MENYATAKAN MAKLUM BALAS MENGENAI MESYUARAT LEPAS Mesyuarat mengambil maklum atas cadangan dan akan perbaiki dalam minit yang akan datang. SETIAUSAHA Makluman bagi perkara tersebut telah dilaksanakan dalam minit mesyuarat kali kedua.
15 | P a g e SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KEDUA SRA JAIM BUKIT RAMBAI BIL NAMA 1 SUHAILA BINTI SABRI 2 NOR FARHANA BINTI ABDUL MALIK 3 NUR HUSNA HANANI BINTI MOHD ZAID 4 UMI KALSOM BINTI MOHD REDZUAN 5 SITI BAIZURA BINTI SOLIHAN 6 NURAMIRA NABIHA BINTI HOOD 7 MUHAMMAD ADLI SYAHMI BIN RAMLI 8 NURUL MASTURAH BINTI ISMAIL 9 NOORAINI BINTI IBRAHIM 10 NOORHIDAYU BINTI IBRAHIM 11 NURBAITI BINTI SAMSUL BUHARI 12 SABARIAH BINTI ZAINAL 13 SALINA BINTI HUSIN 14 JASNI BIN ABDUL WAHID 15 JAMAL BIN SENIN 16 NORAINI BINTI MAT RIPIN 17 AZIZAH BINTI ABDUL AZRI 18 FARAH HADHIRA BINTI DAHROM 19 SURIYA BINTI ADDUL LATIF 20 MIOR SHAMSURI BIN ABDUL MALIK 21 SITI NAJARIAH BINTI ABDUL KARIM 22 AZEMIH BIN ABDULLAH 23 MARDHIYAH BINTI ZULKIFLI 24 MOHD NAIM BIN YUSOFF 25 SITI HAWA BINTI MOHD ZAINUDIN 26 ZAITON BINTI MOHAMAD 27 NOORRA BINTI IBRAHIM 28 MOHD HAFIS BIN SHAFINI 29 AZLINAH BINTI ABDUL RAHMAN 30 JULIA BINTI HAJI RASIB 31 SITI HAWA BINTI ADAM 32 NOOR ALIFAH BINTI DAWOOD 33 SITI SAHERAH BINTI SULAIMAN 34 LIZA BINTI MADON 35 ASRUL HADI BIN ABAS 36 NUR AQMA BINTI MOHAMAD 37 NURUL ASMA ASMAWI 38 SUZANA BINTI ABU 39 ZAKIAH BINTI ZAINOL 40 MASLINA BINTI MIHAT 41 JOHARI BIN AHMAD 42 CHE MAHIRAH SHAZNI BINTI CHE RANI 43 FAZLINA BINTI SHAMSUDIN 44 NUR SYAHIRAH BINTI KAMARUDIN 45 NORA HASLINDA BINTI MOHD NASIR 46 SURIANA BINTI MOHD KARIM 47 SITI NORJULIONA BINTI ABDULLOH 48 AHMAD ADZRI BIN MOHD ADNAN 49 AZHAR BIN YAACOB 50 RASHIDAH BINTI AB.RAHIM 51 KAMARIAH BINTI SALEH 52 NOREHA BINTI JAMALUDIN 53 ABU HANEFAH BIN BAHAROM 54 NORHAYATI BINTI ABD RAHMAN 55 RAHMAN BIN MUHAMMAD
16 | P a g e BULAN TARIKH HARI AKTIVITI CATATAN MAC 22/03/23 RABU PROGRAM AMBANG RAMADHAN APRIL 19/04/23 RABU PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH MEI 12/05/23 JUMAAT MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 24/05/23 RABU MAJLIS HARI GURU DAN JAMUAN HARI RAYA 27/05/23 SABTU PROGRAM HALA TUJU UPKK JUN 16/06/23 JUMAAT KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS JULAI 28/07/23 JUMAAT PROGRAM MENYANTUNI ANAK YATIM DAN ASNAF SERTA HARI ASYURA OGOS 16/08/23 RABU BENGKEL MENJAWAB UPKK SIRI 1 17/08/23 KHAMIS BENGKEL MENJAWAB UPKK SIRI 1 18/08/23 JUMAAT BENGKEL MENJAWAB UPKK SIRI 1 23/08/23 RABU AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 25/08/23 JUMAAT PROGRAM MOTIVASI (USTAZAH ROZITA) SIRI 1 SEPTEMBER 13/09/23 RABU MAJLIS HARI CURAHAN KASIH OKTOBER 13/10/23 JUMAAT PROGRAM MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 14/10/23 SABTU PROGRAM PARENTING BERSAMA PU FAKHRUL 18/10/23 RABU TEKNIK MENJAWAB UPKK SIRI 2 19/10/23 KHAMIS TEKNIK MENJAWAB UPKK SIRI 2 20/10/23 JUMAAT TEKNIK MENJAWAB UPKK SIRI 2 26/10/23 KHAMIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BAGI PELAJAR UPKK 28/10/23 SABTU PROGRAM MOTIVASI SIRI 2 DISEMBER 08/12/23 JUMAAT PROGRAM MOTIVASI BERSAMA USTAZAH ROZITA DAN IBUBAPA PELAJAR UPKK FEBUARI 08/02/24 KHAMIS HARI KUALITI LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
17 | P a g e LAPORAN PENYATA KEWANGAN
18 | P a g e ( LIZA BINTI MADON ) ( MAT KHANIN BIN KADIS ) Bendahari, Pengerusi, PIBG SRA JAIM Bukit Rambai PIBG SRA JAIM Bukit Rambai LAPORAN PENYATA KEWANGAN
19 | P a g e Saya, Liza binti Dorahim @Madon. Ahli Jawatankuasa yang terutama bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM Bukit Rambai, adalah dengan secara bersungguh-sungguh dan tulus ikhlas mengakui bahawa akaun yang dibentangkan dari muka surat hingga adalah pada pendapat saya betul dan saya membuat pengakuan bersungguhsungguh ini dengan penuh kepercayaan bahawa ia adalah benar. LIZA BINTI MADON Bendahari, PIBG SRA JAIM Bukit Rambai PERAKUAN BENDAHARI
20 | P a g e Kami telah memeriksa Akaun Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SRA JAIM Bukit Rambai dan berpendapat bahawa akaun yang disediakan telah disusun degan wajar dan memberikan pandangan yang benar dan saksama berkenaan urusan kendalian dan kewangan ( NOORRA BINTI IBRAHIM ) (AZIZAH BINTI ABDUL AZIZ) Juru Audit Dalaman 1, Juru Audit Dalaman 2, PIBG SRA JAIM Bukit Rambai PIBG SRA JAIM Bukit Rambai PERAKUAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
21 | P a g e BIL Nama Ibubapa/Penjaga Nombor Telefon Ibubapa/Penjaga Nama Anak Kelas Anak (Contoh : 1 Syafie) Usul 1 1 Suhaila 019-9845247 Aniq hadif 1 Syafie Pakaian baju tshirt sekolah dipakai pada hari isnin dan selasa tahap 1. Khamis jumaat tahap 2 Hari rabu tahap 1 dan 2 semua pakai baju seragam sekolah 2 Liza binti madon 017-6353857 Muhammad Naufal bin Mohd Azarudin 2 Syafie Yuran pibg dikekalkan sebanyak Rm 60.00 setahun untuk setiap keluarga 3 Mardhiyah Binti Zulkifli 011-31086684 Aisyah Mawaddah Binti Mohd Muzakkir 1 Hanafi Saya nak tanye, kenapa dalam jadual anak2 hanya belajar jawi, bahasa arab, amali solat, kefahaman & tilawah / tajwid.. Sedangkan mereka ade buku sirah, ibadah, adab dan akidah.. Itu sahaja usul saya USUL MESYUARAT AGUNG
22 | P a g e PENDAFTARAN ➢ SITI HAWA BINTI ABDUL RAHMAN ➢ NURUL MASTURA BINTI ISMAIL PERSIAPAN TEMPAT ➢ SEMUA GURU DAN JAWATANKUASA PIBG PENGACARA MAJLIS ➢ NUR HUSNA HANANI BINTI MOHD ZAID BACKDROP & BUKU PROGRAM ➢ NUR SYAHIRAH BINTI KAMARUDIN JURUFOTO ➢ NURAMIRA NABIHA BINTI HOOD ➢ SITI HAWA BINTI ABDUL RAHMAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA ➢ MUHAMMAD ADLI SYAHMI BIN RAMLI ➢ NUR HUSNA HANANI BINTI MOHD ZAID PRAMUSAJI ➢ NURUL MASTURA BINTI ISMAIL ➢ NORAINI BT MAT RIPIN CENDERAHATI ➢ NOORRA BINTI IBRAHIM ➢ LIZA BINTI DORAHIM@MADON PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG ➢ FARAH HADHIRA BINTI DAHROM JAWATANKUASA PELAKSANA
23 | P a g e ENCIK MAT KHANIN BIN KADIS Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM Bukit Rambai ENCIK JASNI BIN ABDUL WAHID Naib Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM Bukit Rambai PUAN UMI KALSOM BINTI MOHD REDZUAN Guru Besar SRA JAIM Bukit Rambai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Guru-guru Ibubapa serta Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Semoga Allah S.W.T. memberi keberkatan atas segala usaha kita. PENGHARGAAN
24 | P a g e “MENUNTUT ILMU ADALAH TAKWA MENYAMPAIKAN ILMU ADALAH IBADAT MENGULANG ILMU ADALAH ZIKIR MENCARI ILMU ADALAH JIHAD” “ILMU TANPA AGAMA ADALAH SESUATU KECACATAN DAN AGAMA TANPA ILMU MERUPAKAN KEBUTAAN” “BIASAKAN BERFIKIRAN POSITIF SIKAP POSITIF DAN TINDAKAN POSITIF DENGAN DEMIKIAN KITA AKAN MENJALANI KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH SYUKUR, SEMANGAT DAN BERJAYA” MUTIARA KATA