ASPEK-ASPEK YANG
MEMECAHBELAHKAN
MASYARAKAT BERBILANG
KAUM DAN CARA MEMUPUKNYA
KURSUS : MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban
SESI : 2 2021/2022
NAMA PENSYARAH : Puan Noorwati Mohd Dawam & Cik Rahimah Halim
BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO PENDAFTARAN PELAJAR
17DUP21F2016
1 NUR SYAHIRAH BINTI MOHD RAZALI 17DUP21F2012
17DUP21F2036
2 ANIS HANNANI BINTI SAYUTI 17DUP21F2020
3 NURDAYANA NASRIN BINTI MOHAMAD NOR
FAIZAL
4 NUR AIMAN BIN NAZARUDIN
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1 Pengenalan 3
2 Faktor Pengukuhan Perpaduan Kaum 4-5
6-7
3 Cabaran Yang Merintangi Usaha Ke Arah 8-9
Perpaduan 10
11
4 Langkah-langkah Mengelakkan Masalah
Hubungan Masyarakat Berbilang Kaum
5 Cara-cara Menghindari Perpecahan
Masyarakat Berbilang Kaum
6 Kesimpulan
7 Rujukan
2
PENGENALAN PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM
Oleh: Nur Syahirah Bt Mohd Razali (17DUP21F2016)
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan
penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia
mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana
keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan
positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.
FAKTOR PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM
Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin
hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum
nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari usaha-usaha untuk
memperkukuhkan perpaduan kaum. Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum
dengan mengadakan sambutan rumah terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat
diraikan oleh semua kaum. Contohnya dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan
India boleh meraikannya bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan
perpaduan kaum. Benarlah sambutan rumah terbuka dapat memperkukuhkan perpaduan kaum.
Selain itu, usaha untuk memperkukuhkan perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah untuk
semua kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang sama.
Contohnya, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah
akan memperkukuhkan perpaduan antara kaum. Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat
mengukuhkan perpaduan kaum. Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum
dengan mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian
kerana persefahaman penting untuk menjadi negara kita aman dan damai. Contohnya, setiap
kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah
akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa persefahaman rakyat berbilang kaum amat
penting.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum ini.
Jika tidak, kit tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara
kita. Ingatlah peribahasa ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
3
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM USAHA UNTUK KE ARAH PERPADUAN KAUM
Oleh: Anis Hannani Binti Sayuti (17DUP21F2012)
Terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran ataupun halangan kepada perpaduan kaum di
negara kita ini, terutama dalam kalangan belia. Tetapi tidak kurang juga dalam kolongan warga
emas, turut sukar untuk kita melihat perpaduan kaum yang kuat diantara mereka. Antara faktor-
faktor yang telah berjaya menghalang usaha ke arah perpaduan kaum di negara ini ialah
ketidaksefehaman sesuatu kaum terhadap budaya dan adat resam antara kaum-kaum yang lain.
• TIDAK MEMAHAMI BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM LAIN
Majoriti rakyat Malaysia hidup dalam kelompok budaya kaum sendiri sahaja. Mereka
jarang-jarang bergaul dengan kaum yang selain dari kaumnya sendiri. Disebabkan hal itu,
mereka kurang memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain. Rata-rata orang
Melayu beranggapan bahawa mereka akan selamat dan selesa jika hanya bersama dengan
lingkungan kaum sendiri sahaja. Orang Melayu akan berasa selamat dan selesa jika
kejiranan mereka dipenuhi dengan Melayu lain yang berada berhampirannya walaupun
mereka bukan lah ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Begitu juga sebaliknya
dengan kaum Cina dan India yang mempunyai rasa yang sama terhadap kaum-kaum yang
lain. Apabila tiada pergaulan atau interaksi yang terjadi antara kaum-kaum ini, maka akan
terjadilah ketidakfahaman budaya dan adat resam kaum-kaum lain.
Perlukah kita memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain yang ada di negara kita
ini? Jawapannya sudah tentu perlu. Apabila kita memahami budaya dan adat resam kaum-
kaum lain kita dapat mewujudkan sikap toleransi dan tolak ansur antara kaum. Jika kita
melihat berdasarkan kajian yang dibuat, penduduk di kawasan bandar atau di kawasan
sub-bandar sekarang ini, ia telah berubah dimana kawasan berkenaan tidak lagi didiami
oleh kaum-kaum tertentu sahaja. Di setiap perumahan kawasan bandar-bandar, didapati
bahawa kawasan tersebut didiami oleh kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.
Berpandukan pada kajian, terdapat juga kawasan perumahan yang masih mempunyai
sikat diskriminatif seperti ini, tetapi agak sukar untuk mencari kawasan-kawasan
perumahan yang hanya didiami oleh sesuatu kaum-kaum tertentu sahaja.
Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai perayaan di negara kita yang melibatkan
kaum masing-masing, contohnya Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi kaum
Melayu, Gong Xi Fa Cai bagi kaum Cina, Deepavali dan Thaipusam bagi kaum India dan
Krismas bagi yang beragama Kristian. Ini semua merupakan budaya dan adat resam
kaum-kaum utama di Malaysia. Apa yang perlu ditekankan disini adalah bukan
pengetahuan semata-mata, tetapi kefahaman.
4
• PROSES SOSIALISASI YANG TERHAD
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutama anak-anak muda dibesarkan didalam
situasi budaya dan persekitaran etnik yang berbeza. Mereka tidak saling bersosial antara
satu sama lain. Apakah itu sebenarnya sosialisasi? Sosialisasi ialah suatu proses
pergaulan yang dilakukan oleh seseorang untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu
kumpulan yang berlainan kaum dengan bertujuan untuk mempelajari budaya dan adat
resam kumpulan berkenaan. Proses ini bermula sejak seorang itu dilahirkan di dunia ini.
Sebagai seorang manusia, kita perlu untuk mempelajari dan menerima nilai-nilai, sikap,
kemahiran dan peranan dalam membentuk sebuah personaliti dan seterusnya dapat
menyesuaikan diri di dalam kelompok masyarakat atau kaumnya. Sosialisasi merupakan
suatu proses yang dilalui oleh seseorang individu sepanjang hayatnya.
Terdapat dua sumber inspirasi yang boleh dijadikan sebagai ‘Role Model’ dalam proses
sosialisasi ini iaitu keluarga dan sekolah atau pengaruh rakan sebaya. Sumber pertama
ialah keluarga, ia boleh terdiri daripada ibu bapa, adik beradik atau saudara mara. Sumber
ini dikenali sebagai sosialisasi primer kerana tujuannya untuk mengajar anak-anak muda
tentang sikap, kelakuan dan nilai-nilai yang baik, ia sama seperti mengajar mereka
tentang perkara yang baik dan buruk atau perkara yang boleh dilakukan dan perkara
yang tidak boleh dilakukan. Sosialisasi primer lebih fokus kepada emosi. Manakala
sumber kedua ialah sekolah atau pengaruh rakan sebaya, yang mana proses
sosialisasinya dikenali sebagai sosialisasi sekunder kerana ia merupakan suatu proses
bergaul dengan kumpulan kaum yang sama dan juga kumpulan kaum yang berbeza yang
sebaya dengan pelajar-pelajar itu. Untuk menjadi seorang dewasa ini amatlah sukar,
seorang individu itu perlu melalui proses sosialisasi, mempelajari tugas-tugas, peranan,
nilai-nilai, budaya dan kefahaman baharu. Sosialisasi primer dan sekunder amat penting
bagi seseorang individu. Ia membolehkan seseorang individu itu mempelajari kebudayaan
dan adat resam masyarakat atau kaumnya.
Bagaimana proses ini boleh menjadi cabaran untuk ke arah perpaduan kaum di Malaysia?
Cabarannya terjadi kerana kaum-kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dibesarkan dalam
kelompok kaum masing-masing sahaja. Perkara ini sudah dijadikan kebiasaan pada awal
pembesaran seseorang individu. Bagi mereka ia merupakan suatu perkara yang mesti
dilakukan untuk membolehkan anak-anak mereka mempelajari dan mengetahui nilai-nilai
kaumnya sendiri, supaya identitinya sebagai Melayu, Cina atau India tetap kekal. Proses
sosialisasi primer ini sebenarnya tidaklah susah untuk difahami dan diterima. Sebagai ibu
bapa mereka mesti akan membesarkan anak-anak mereka supaya tidak lupa pada kaum
sendiri apabila dewasa kelak. Walaubagaimanapun, proses sosialisasi sekunder juga
amatlah penting dalam usaha untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Tetapi proses ini menjadi terhad kerana sekolah merupakan tempat kedua pelajar
menghabiskan usianya. Apabila seorang pelajar sudah melangkah masuk ke alam sekolah
menengah ia merupakan satu tempoh waktu yang kritikal untuk pelajar itu menjadi
dewasa, saling mengenali antara kaum dengan kaum yang lain, sekaligus mewujudkan
semangat perpaduan sesama rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
5
LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN MASALAH HUBUNGAN MASYARAKAT
BERBILANG KAUM
Oleh: Nurdayana Nasrin Binti Mohd Nor Faizal (17DUP21F2036)
• MEMPERBAIKI DASAR PENDIDIKAN NEGARA UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI
KAUM
Dasar pendidikan negara perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk
bersaing dalam pelbagai bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang
jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda
perpaduan. Melalui pendidikan, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga
dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat
kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara
kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi.
• MENJADIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI PANDUAN
Pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara, menunjukkan kita
bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan dan kepercayaan
mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita hendaklah menunjukkan bahawa
kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk
diri kita. Hal ini mendorong kita untuk lebih bersikap bertolak ansur dan cuba memahami
hak kaum lain. Kita tidak akan memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan
menindas atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima oleh kaum lain. Kita
juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara yang dibenarkan
oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-undang dan keadilan selaras
dengan prinsip rukun negara.
• PEMUPUKAN SEMANGAT KEETIKAAN
Seseorang individu yang mempunyai semangat kekitaan akan merujuk dirinya berasaskan
identiti masyarakat atau komuniti yang didiaminya, menilai dirinya berasaskan nilai-nilai
masyarakat dan mempunyai tingkah laku yang diterima oleh masyarakat tersebut. Ciri-ciri
yang berkaitan dengan semangat kekitaan termasuklah tingkah laku individu, nilai-nilai
hidup seharian, gaya hidup bermasyarakat dan pandangan masa depan. Semangat
kekitaan boleh membentuk individu yang bertanggungjawab, bekerjasama dan sanggup
mempertahankan masyarakatnya demi kesejahteraan bersama. Masyarakat yang kukuh
boleh dibentuk apabila anggotanya memiliki semangat kekitaan yang tinggi. Asas utama
untuk membentuk semangat kekitaan ialah perpaduan, permuafakatan, kebajikan dan
keselamatan. Perpaduan bermaksud penggabungan atau penyesuaian kelompok
masyarakat yang bergabung menjadi satu dan sepakat dalam sesebuah negara. Semangat
perpaduan yang tinggi dalam anggota masyarakat membolehkan mereka hidup bersatu
padu berasaskan sifat faham-memahami, bertolak ansur dan bekerjasama demi
kepentingan kehidupan bersama.
6
• PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI DALAM MEMBENTUK PERPADUAN
KAUM
Dalam konteks ini guru merupakan agen yang lebih berautoriti, sekali gus dapat memberi
impak yang lebih positif ke arah pembentukan perpaduan kaum di sekolah. Aspek guru
juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu
dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi
pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Malah, guru perlu memahami misi,
objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan
sesuatu dasar itu terlaksana. Para guru juga akan membentuk kesedaran generasi muda
mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.
• MENJADIKAN AKTIVITI SUKAN DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA
KAUM
Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Contohnya, aktiviti
bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada masa yang sama sukan
boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Selain itu, negara
Malaysia yang tercinta ini, telah mengadakan temasya sukan malaysia iaitu SUKMA setiap
2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain atau
penonton. Di samping itu, bersukan juga menyelami erti perpaduan, menghormati antara
kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta
ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain.
• PENERAPAN KEWUJUDAN PELBAGAI ETNIK DALAM SUBJEK PSV
Dalam subjek pendidikan seni, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat
sekolah rendah lagi. Melalui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan
kesenian pelbagai bangsa di malaysia. Pendidikan keseniaan ini akan membuka dan
mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati
budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-
insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni lukis dan sebagainya.
7
CARA-CARA MENGHINDARI PERPECAHAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Oleh: Nur Aiman Bin Nazarudin (17DUP21F2020)
• MENJADIKAN SUKAN SEBAGAI AGEN PENGHUBUNG SILATURRAHIM RAKYAT
MALAYSIA.
Negara kita telah banyak mencipta keajaiban dalam bidang sukan. Sebagai contoh,
badminton, hoki, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat tidak
kira usia, warna kulit dan bangsa menunjukkan semangat patriotik yang tinggi ketika
memberi sokongan kepada atlet-atlet negara. Kita hidup dalam satu negara, sudah pasti
kita akan meraikan kemenangan atlet-atlet negara dan memberi semangat apabila mereka
tewas. Bak kata pepatah, cubit peha kiri peha kanan terasa juga. Sikap itulah yang perlu
ada dalam setiap masyarakat di Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan perpaduan
di negara kita. (siti sarah md noor | | 27 november 2019 [sinar harian])
SUKAN WARDAH ERAT PERPADUAN KAUM
Bagi Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr
Raja Mohamed Firhad, beliau secara peribadi berpandangan sukan mampu menyatukan
masyarakat majmuk di negara ini.
“Saya lihat sukan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus.
Mereka bersatu hati untuk mengerakkan sukan negara tanpa mengira kaum dan agama.
Contohnya, dalam pasukan bola sepak negara kita. Jurulatihnya berbangsa Cina (Tan
Cheng Hoe) dan pemain-pemain kebanyakannya terdiri daripada orang
Melayu,” ujarnya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Beliau memberitahu, sukan bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan, malah kegiatan
berterusan dalam sukan juga akan dapat meningkatkan produktiviti, tahap kesihatan dan
kecergasan serta kualiti kehidupan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurutnya lagi,
penyatuan semua kaum juga dapat dilihat ketika mereka memberi sokongan kepada
pasukan negara dalam sesuatu pertandingan.
“Mereka datang daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Khadazan dan
sebagainya untuk memberi sokongan. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi
penglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti sukan,” ujarnya.
8
• BERSIKAP TOLERANSI TANPA MENGIRA KAUM
KEKALKAN SIKAP TOLERANSI ANTARA KAUM DEMI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
NEGARA – PM (Artikal berita RTM, Febuari 18, 2019)
SEREMBAN - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan supaya rakyat
Malaysia memupuk sikap toleransi antara kaum agar keamanan dan keharmonian dapat
dikekalkan. Tanpa sikap toleransi, perpecahan serta pergaduhan dalam kalangan
masyarakat yang menjurus kepada peperangan akan berlaku sekaligus menghapuskan
keamanan serta keharmonian yang wujud.
Sikap toleransi perlu ada dalam diri setiap individu kerana elemen positif itu juga
menjanjikan nikmat, keuntungan dan ganjaran yang besar terutamanya dalam aspek
pembangunan negara.
"Sekarang ini terdapat rusuhan berlaku banyak negara tetapi mereka tidak dapat hentikan
rusuhan kerana mereka tidak ada sikap toleransi puak lain sebaliknya kita rela terima cara
kaum berlainan kerana kita percaya hanya sikap toleransi negara kita akan terus aman",
beliau berucap demikian pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baharu Cina
2019 Peringkat Kebangsaan di Dataran Centrio, Seremban 2.
Oleh itu, sikap toleransi perlu wujud dalam diri setiap individu bagi memupuk
keharmonian sesama masyarakat. Dengan hadirnya sikap toleransi ini, segala masalah
akan dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak disertakan dengan pergaduhan. Situasi
ini sesuai dengan peribahasa bulat air kerana pebentung, bulat manusia kerana muafakat.
• MEDIA MASSA PERLU MEMBERI PENDEDAHAN KEBUDAYAAN DALAM PELBAGAI
ETNIK
Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan
maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa
ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi jika isutersebut
menyentuh isu-isu sensitivi supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat.
Dalam hal ini, media massa perlu menambahkan maklumat yang menarik mengenai
budaya yang ada di seluruh dunia terutamanya Malaysia. Ia membolehkan masyarakat
mengenali budaya-budaya yang ada di Malaysia. Peribahasa ada mengatakan, tak kenal
maka tak cinta. Jadi untuk kita sebagai rakyat perlulah mengetahui budaya setiap kaum
di Malaysia,barulah kitab oleh jatuh cinta dengan budaya sesebuah bangsa. Dengan itu,
hubungan masyarakat berbilang kaum akan menjadi utuh dan teguh.
9
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang sangat penting dan harus diberi
perhatian kerana keharmonian dan kesejahteraan negara kita bergantung kepada hubungan
antara kaum yang berada di negara itu sendiri. Ia amat penting bagi negara kita yang
bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Perpaduan dalam
sesebuah negara adalah kunci sesebuah negara maju dan membangun dengan pesat. Bagi
mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan
tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Dipetik dari kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, beliau mengatakan “Mulai 31 Ogos
1957, (kita) akan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya,
yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan
kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya”.
Oleh itu, kita haruslah membina negara yang bersatu padu dalam pelbagai aspek. Banyak
rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam proses menjadi negara maju,
dan salah satunya ialah dari aspek perpaduan kaum. Justeru, masyarakat perlu saling memahami
dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Dengan itu, negara kita amat
memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
10
SUMBER RUJUKAN
- Kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- https://www.scribd.com/doc/131915114/PEMUPUKAN-SEMANGAT-KEKITAAN
- https://averynjk.blogspot.com/2021/10/faktor-perpaduan-kaum-di-
malaysia.html
- http://Journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf
- https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/13/negara-akan-terus-
maju-jika-perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan
- https://www.sinarharian.com.my/article/59429/BERITA/Sukan/Sukan-wadah-
erat-perpaduan-kaum
- https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/11263-kekalkan-sikap-
toleransi-antara-kaum-demi-keamanan-dan-keharmonian-negara-pm
- https://www.studocu.com/my/document/multimedia-
university/hubunganetnik/lima-langkah-mengatasi-masalah-dalam-kalangan-
berbilang-etnik/14168595
- http://iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS%20Vol%202%20Edisi%20Khas%
202010-54-77.pdf
11