The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA BENGKEL PENULISAN KERJA KURSUS (APLIKASI KOMPUTER)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stm.kksegamat2, 2022-07-25 05:12:48

NOTA BENGKEL PENULISAN KERJA KURSUS (APLIKASI KOMPUTER)

NOTA BENGKEL PENULISAN KERJA KURSUS (APLIKASI KOMPUTER)

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

Isi Kandungan

1 Mengenali Antaramuka Microsoft Word 2013 ...................................................................................... 1
1.1 Pengenalan ......................................................................................................................................... 1
1.2 Antaramuka Word 2013...................................................................................................................... 1
1.3 Ribbon ................................................................................................................................................. 2
1.4 Backstage (File tab)............................................................................................................................. 4

2 Mencipta Fail Baru ................................................................................................................................ 6
2.1 Menaip teks......................................................................................................................................... 6
2.2 Menyimpan Fail................................................................................................................................... 6

3 Mencipta Dokumen Daripada Template .............................................................................................. 10
3.1 Template Brochure ............................................................................................................................ 10

4 Suntingan Teks .................................................................................................................................... 13
4.1 Memilih teks...................................................................................................................................... 13
4.2 Menyelit Teks .................................................................................................................................... 13
4.3 Menghapuskan Blok-blok Teks.......................................................................................................... 14
4.4 Cari dan Ganti Teks ........................................................................................................................... 14

5 Rekaletak Mukasurat (Page Layout) .................................................................................................... 17
5.1 Menukar Margin ............................................................................................................................... 17
5.2 Menyediakan Kotak Sempadan dan Warna Mukasurat ................................................................... 18
5.3 Header & Footer................................................................................................................................ 19
5.4 Mencipta Page Break ........................................................................................................................ 20
5.5 Menyelit Mukasurat Kosong ............................................................................................................. 20

6 Memformat Teks................................................................................................................................. 22
6.1 Styles ................................................................................................................................................. 22
6.2 Untuk menukar jenis font:................................................................................................................. 22
6.3 Menukar Saiz Font............................................................................................................................. 23
6.4 Menukar Warna Teks ........................................................................................................................ 23
6.5 Menyalin Format............................................................................................................................... 23

Mukasurat i

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

1 Mengenali Antaramuka Microsoft Word 2013

1.1 Pengenalan

Microsoft Word 2013 adalah perisian di dalam keluarga Microsoft Office 2013. Word
merupakan perisian pengolah kata (word preocessor). Untuk lebih mudah memahaminya,
Word adalah perisian dokumentasi berdasarkan ciri-ciri yang disediakan menyokong
proses dokumentasi. Perisian ini sangat sesuai untuk menaip surat, laporan atau apa-apa
sahaja jenis dokumentasi yang melibatkan struktur teks secara umum.

Word boleh diaktifkan dengan klik pada butang Start di taskbar  All Program 
Microsoft Office  Microsoft Word 2013.

Sebelum mencipta sebarang dokumentasi, anda perlulah mengenali antaramuka Word
dan cara penggunaannya.

1.2 Antaramuka Word 2013

Title bar
Ribbon

Kawasan kerja

Status bar
Ini adalah antaramuka Word. Ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

a) Title bar
 Memaparkan nama fail dan nama perisian
 Quick Access Toolbar terletak di sini.

b) Ribbon

Mukasurat 1

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

 Terletaknya kumpulan ikon-ikon dan juga Backstage (File tab) untuk
digunapakai sebagai ciri semasa proses dokumentasi

c) Kawasan kerja
 Kawasan di mana anda dibenarkan untuk memasukkan teks dan
objek-objek lain seperti foto, graf dan jadual.

d) Status bar
 Memaparkan bilangan mukasurat dan maklumat-maklumat lain
yang berkaitan semasa proses dokumentasi di kawasan kerja.

1.3 Ribbon

Ribbon mengandungi tab dan kumpulan ikon-ikon (ciri-ciri) yang digunakan semasa
proses suntingan dokumen anda. Tab-tab ini (Home, Insert, Page Layout, References,
Mailings, Review dan View) yang menyimpan kumpulan ikon-ikon yang boleh digunakan
untuk suntingan dokumen.

1.3.1 Customize Ribbon

Anda boleh mencipta tab anda sendiri seperti langkah-langkah berikut::
1. Klik Flie  Options
2. Klik Customize Ribbon
3. Klik pada New Tab.
4. Pilih New Tab yang baru dicipta.
5. Rename New Tab dan New Group kepada nama lain.

Mukasurat 2

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

6. Pilih command yang dikehendaki
7. Klik Add
8. Command baru telah dimasukan di ruangan Main Tabs
9. Klik OK

Mukasurat 3

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

10. Hasilnya anda akan lihat tab baru pada ribbon iaitu My Tab dan group My Shortcut
seperti rajah dibawah.

1.4 Backstage (File tab)

Backstage adalah sebenarnya File Menu yang mengandungi ciri-ciri pengurusan dokumen
daripada New, Open, Save sehinggalah kepada Print dan Exit. Kadangkala ia dipanggil File
tab.
Sekiranya anda ingin kembali kepada paparan dokumen anda, anda hanya perlu klik pada
perkataan File di sebelah Home tab. Dokumen anda akan dipaparkan semula.

Mukasurat 4

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

2 Mencipta Fail Baru

Suntingan dokumen adalah proses yang paling penting untuk memastikan bahawa
dokumen tersebut diberikan format dan aturan yang dikehendaki.

2.1 Menaip teks

Apabila anda hendak mula menaip, pastikan kursor anda berada di mukasurat yang betul.
Untuk permulaan, kursor anda terletak di bahagian permulaan mukasurat 1.

1. Cipta fail baru dengan klik pada File  New  Create. Anda juga boleh menekan
kekunci Ctrl+N untuk mencipta fail baru.

2. Taipkan teks di dalam kotak berikut di mukasurat 1:

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh
menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan
semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan,
kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat
dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan
harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan
Negara kita.

Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya
tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun
Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu
yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun
Barat dan Timur.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu
intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi
melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu
dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya
menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia
sejagat.

2.2 Menyimpan Fail

Sebelum ini, MS Word 2003 menggunakan format .doc untuk fail dokumennya. Untuk
versi 2007-2013, MS Word telah menggunakan format-format baru berikut:

Mukasurat 6

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

Format Kegunaan

.docx Format dokumen Word yang biasa tanpa macro atau kod program
(‘x’ bermaksud xml)
.dotx Format template Word tanpa macro atau kod program
.docm Format dokumen Word yang biasa dengan macro atau kod program
.dotm Format template Word yang biasa dengan macro atau kod program

1. Untuk menyimpan fail, klik File  Save atau Save As. Kekunci Ctrl+S juga boleh
digunakan.

2. Klik pada My Documents atau klik Browse untuk mendapatkan folder yang
dikehendaki.

Mukasurat 7

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

3. Taipkan nama fail di ruangan File name sebagai Laporan_Terkini.
4. Klik butang Save.

Mukasurat 8

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

3 Mencipta Dokumen Daripada Template

Template adalah dokumen yang mempunyai format layout yang tersedia untuk digunakan
oleh pengguna. Microsoft Word 2013 menyediakan template yang boleh digunakan oleh
kita sebagai dokumen. Sebilangan besar daripada template ini memerlukan talian internet
untuk mencapainya. Dokumen yang diambil daripada template ini boleh digunakan
sebagai dokumen sendiri kerana template asal masih lagi kekal di dalam laman sesawang
Microsoft.

3.1 Template Brochure

1. Klik File  New.
2. Klik Brochures and booklets.

3. Klik Equity Report.

Mukasurat 10

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

4. Satu dokumen baru yang tersedia format dan layout di dalam dokumen
dipaparkan.

5. Save fail anda sebagai Latihan1.docx.

Mukasurat 11

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

4 Suntingan Teks

Teks yang telah disediakan di dalam MS Word boleh disunting (edit) dengan mudah
menggunakan ikon-ikon yang disediakan di Ribbon atau menggunakan kekunci pintas
(shortcut keys).

Berikut adalah beberapa jalan pintas semasa menaip teks:

Pergerakan kursor Kekunci
Permulaan baris HOME
Penghujung baris END
Permulaan dokumen CTRL+HOME
Akhir dokumen CTRL+END

4.1 Memilih teks

Teks yang hendak disunting perlu dipilih (highlight) terlebih dahulu. Untuk memilih teks:

1. Buka fail Laporan_Terkini.docx

2. Click+hold+drag tetikus pada teks berkenaan.

3. Untuk memilih rangkaian teks yang banyak, anda boleh klik pada permulaan teks,
tekan kekunci Shift dan klik pada teks terakhir pada rangkaian tersebut.

4. Berikut adalah jalan pintas untuk memilih teks:

Pilihan Teknik

Satu perkataan Dwi-klik pada perkataan tersebut

Satu perenggan Tri-klik pada perenggan tersebut

Satu ayat Ctrl+klik pada ayat tersebut

Satu atau beberapa barisan Click+drag kursor di kawasan margin

Keseluruhan dokumen Tekan kekunci CTRL+A

5. Untuk menghapuskan pilihan teks, klik di luar kawasan pilihan teks tersebut.

4.2 Menyelit Teks

Teks boleh diselit di antara teks sedia ada dengan cara-cara berikut:

Mukasurat 13

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

 Menaip Teks: Klik kursor pada tempat teks hendak ditambah dan taipkan terus
teks tersebut

 Salin dan Tampal Teks: Pilih teks yang berkenaan, klik Copy pada tab Home. Klik
kursor di mana teks tersebut hendak diletakkan, kemudian klik kanan dan pilih
Paste.

 Potong dan Tampal Text: Pilih teks yang berkenaan, klik Cut pada tab Home. Klik
kursor di mana teks tersebut hendak diletakkan, kemudian klik kanan dan pilih
Paste.

 Mengalih Teks: Pilih teks yang hendak dialihkan, kemudian click+hold sekali lagi
untuk mengalihkan teks ke lokasi baru.

 Anda juga boleh menggunakan Clipboard menu pada tab Home.

4.3 Menghapuskan Blok-blok Teks

Untuk menghapuskan teks atau membetulkan kesilapan teks, anda boleh menggunakan
 kekunci Backspace dengan meletakkan kursor di penghujung teks yang hendak
dihapuskan.
 kekunci Delete dengan meletakkan kursor di pangkal teks tersebut.

Untuk menghapuskan blok teks, anda perlu pilih teks tersebut dan tekan kekunci
Backspace atau Delete.

4.4 Cari dan Ganti Teks

Cari dan Ganti (Search & Replace) adalah satu ciri yang amat berguna di dalam MS Word
terutama sekali apabila anda ingin membuat penukaran nama khas secara sistematik.

 Untuk mencari sesuatu perkataan, and boleh menggunakan ikon Find di tab
Home.

 Untuk menukar sesuatu teks, anda boleh menggunakan ikon Replace di tab Home.

Mukasurat 14

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

Contoh: Menukarkan “dan” kepada “&”
1. Pastikan fail Laporan_Terkini dipaparkan.
2. Klik pada ikon Replace di tab Home.
3. Taipkan “dan” pada ruangan Find what:
4. Taipkan “&” pada ruangan Replace with:

5. Anda boleh klik pada butang Replace All sekiranya anda yakin untuk menukar
kesemua perkataan “dan” dengan aksara “&”. Sekiranya anda tidak mahu
menukar semuanya sekaligus, klik butang Find Next dan anda boleh menentukan
pertukaran perkataan berkenaan dengan klik pada butang Replace.

6. Save fail anda.

Mukasurat 15

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

5 Rekaletak Mukasurat (Page Layout)

Rekaletak mukasurat adalah di antara bahagian yang terpenting untuk penghasilan
sesuatu dokumen yang mudah dibaca apabila dicetak kelak.

5.1 Menukar Margin

Langkah-langkah berikut menunjukkan cara untuk menukar margin pada dokumen anda:
1. Klik tab Page Layout pada Ribbon.

2. Klik ikon Margins. Senarai margin dipaparkan.
3. Daripada senarai margin, pilih Custom Margins.

4. Tukarkan margin seperti gambarajah berikut:

Mukasurat 17

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

5. Pada ruangan Margins, ada item yang diberi nama Gutter. Gutter adalah satu
kawasan yang disediakan khas untuk binding. Gutter dibiarkan sebagai 0.

6. Klik butang OK apabila selesai.

5.2 Menyediakan Kotak Sempadan dan Warna Mukasurat

Untuk menambahkan dekorasi pada dokumen anda, anda boleh memasukkan kotak
sempadan dan warna seperti berikut::

1. Klik pada tab Design
2. Klik pada Page Borders untuk memasukkan kotak sempadan
3. Klik pada Page Color untuk memberi warna yang berlainan pada dokumen anda

Mukasurat 18

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

5.3 Header & Footer

Header & Footer adalah kawasan di mana anda boleh meletakkan nombor mukasurat,
tarikh, tajuk dokumen pada header (di bahagian top margin dokumen) atau nama
syarikat pada footer (di bahagian bottom margin dokumen). Sekiranya dokumen tersebut
mengandungi seksyen yang sama, setiap mukasurat akan menggunakan header & footer
yang sama.
Untuk memasukkan Header & Footer:

1. Klik tab Insert
2. Klik ikon Header atau Footer
3. Pilih style yang hendak digunakan

4. Tab Header/Footer Design akan dipaparkan di Ribbon
5. Pilih maklumat yang anda ingin masukkan pada Header & Footer, kemudian klik

pada butang Close Header and Footer.

Nota: Penggunaan Header & Footer akan menyebabkan teks pada dokumen anda tidak
boleh disunting buat sementara waktu. Oleh itu, setelah selesai menggunakan Header &
Footer, pastikan anda klik pada butang Close Header and Footer untuk meneruskan
suntingan dokumen anda.

Mukasurat 19

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

5.4 Mencipta Page Break

Page break digunakan apabila anda ingin mencipta mukasurat yang baru tanpa perlu
memenuhi mukasurat sebelumnya dengan data.
Untuk mencipta mukasurat baru:

1. Pastikan anda berada pada penghujung perenggan yang terakhir pada mukasurat
berkenaan

2. Klik tab Page Layout
3. Klik ikon Breaks
4. Klik Page

5.5 Menyelit Mukasurat Kosong

Untuk memasukkan mukasurat kosong:
1. Klik tab Insert
2. Klik ikon Blank Page

Nota: Blank Page mempunyai konsep yang sama dengan Page Break

Mukasurat 20

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

6 Memformat Teks

6.1 Styles

Styles adalah satu ciri yang menyimpan format teks dalam bentuk jenis font, saiz font,
efek, warna dan sebagainya sebagai satu kumpulan. Styles terdapat di dalam tab Home.

Styles boleh digunakan secara terus kepada teks. Kebaikan menggunakan styles adalah
teks anda lebih mudah diurus dan sebarang pertukaran format dapat dibuat secara
serentak.
Style yang telah disediakan secara default adalah Normal.
Untuk menukar style:

1. Pastikan fail Laporan_Terkini masih dipaparkan.
2. Tri-klik pada Tajuk “Penguasaan Ilmu Pengetahuan”.
3. Klik pada Heading 1 pada kumpulan Styles di tab Home.

6.2 Untuk menukar jenis font:

1. Pilih blok teks “Falsafah Pendidikan Negara”.
2. Klik anak panah di sebelah nama font dan pilih Verdana.

3. Sekiranya anda ingin mencuba jenis font yang lain tanpa memilihnya, gerakkan
kursor anda di atas senarai jenis font tersebut.

Mukasurat 22

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

6.3 Menukar Saiz Font

1. Dengan blok teks yang sama, klik pada anak panah di sebelah saiz font dan pilih
saiz 14.

2. Untuk menambah atau mengurangkan saiz font mengikut pola yang disediakan
oleh MS Word, klik pada ikon Grow Font atau ikon Shrink Font.

6.4 Menukar Warna Teks

Untuk menukar warna teks:
1. Dengan menggunakan blok teks yang sama, klik pada anak panah di sebelah ikon
Font Color dan pilih warna ungu.
2. Sekiranya anda ingin mengembalikan teks tersebut kepada warna asal, ulangi
proses 7 dan pilih Automatic pada Font Color.

6.5 Menyalin Format

Sekiranya anda mempunyai satu blok teks yang telah diformatkan berasingan daripada
format teks disekelilingnya, anda boleh memformatkan teks yang lain dengan cara
berikut:

1. Pilih teks “Falsafah”.
2. Klik pada ikon Format Painter di tab Home.
3. Pilih teks “Sejarah”. Anda akan dapati bahawa format untuk teks “Sejarah” adalah

sama dengan format teks “Falsafah”.

Mukasurat 23

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

6.6 Menghapuskan Format Teks

Untuk menghapuskan format teks:
1. Pilih blok teks “Falsafah Pendidikan Negara”.
2. Klik pada anak panah kotak dialog Styles pada kumpulan Styles dan di tab Home.
3. Klik Clear Formatting. Anda akan dapati bahawa blok teks tersebut telah kembali
kepada format asal teks dokumen tersebut.
4. Save fail anda.

Mukasurat 24

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

Latihan
1. Cipta fail baru dan save sebagai Gosip.docx.
2. Sila taipkan teks berikut di dalam mukasurat 1:
Promosi Duyung sudah bermula
FILEM Duyung terbitan KRU Films Sdn. Bhd. yang akan menemui
penonton di pawagam mulai 6 Mac depan mula mengorak langkah
dengan mengatur strategi pemasaran dan promosinya.
Beberapa sesi promosi bertemu peminat telah pun diatur bagi memberi
peluang kepada khalayak untuk bertemu dengan lebih dekat lagi para
pelakon utama dalam filem tersebut.
Pada 23 Februari ini khalayak yang tinggal berdekatan Selayang Mall,
Selangor berpeluang untuk bertemu dengan para pelakon filem Duyung
serta Penerbit Eksekutif Duyung, Norman Abdul Halim.

Petikan dipetik dari Utusan Malaysia Online, Bahagian Hiburan, 16
Februari 2008

URL:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Hiburan&pg=hi_03.htm

3. Tukarkan Font untuk Tajuk kepada Tahoma dan saiznya 15.
4. Pastikan margin untuk fail ini adalah 2.54cm (1 inci) untuk setiap bahagian.
5. Save fail anda.

Mukasurat 25

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

7 Memformat Perenggan

Memformat perenggan adalah salah satu cara untuk memberikan kemudahan kepada
rekaletak dokumen anda supaya is mudah dibaca apabila dicetak kelak. Anda boleh
mencapai ciri format perenggan ini dengan klik pada tab Home atau Page Layout.

7.1 Menukar Jajaran (Alignment) Perenggan

Jajaran perenggan adalah cara untuk menyusun atur perenggan anda pada kedudukan
tertentu seperti jajaran kiri atau kanan. Untuk menukar jajaran perenggan:

1. Klik tab Home
2. Pilih ikon yang sesuai untuk jajaran anda seperti berikut:

o Align Left: Teks akan dijajarkan ke kiri
o Center: Teks akan dijajarkan di tengah-tengah margin
o Align Right: Teks akan dijajarkan ke kanan
o Justify: Teks akan dijajarkan mengikut kiri dan kanan margin.

7.2 Pelekukan/Inden (Indentation) Perenggan

Inden membenarkan anda meletakkan teks pada margin yang berbeza. Terdapat 4 pilihan
inden:

 First Line: Mengawal jajaran kiri untuk barisan pertama di dalam perenggan
 Hanging: Mengawal jajaran kiri untuk setiap barisan di dalam perenggan kecuali

pada perenggan pertama
 Left: Mengawal jajaran kiri untuk setiap barisan di dalam perenggan
 Right: Mengawal jajaran kanan untuk setiap barisan di dalam perenggan

Mukasurat 27

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

Untuk inden perenggan anda:
1. Pastikan fail Gosip.docx masih dibuka.
2. Klik pada perenggan kedua artikel anda (Beberapa sesi…)
3. Klik ikon Increase Indent untuk menambah jajaran jauh dari margin kiri.
4. Klik ikon Increase Indent berulang kali untuk menambahkan lagi jajaran seperti
yang diperlukan.

Selain menggunakan ikon di atas, anda juga boleh menggunakan kotak dialog Paragraph
untuk inden perenggan dengan lebih terperinci lagi.

1. Klik anak panah pada kumpulan Paragraph
2. Klik tab Indents and Spacing
3. Tambah nilai pada Indentation: Left sebanyak 1”.

7.3 Menukar ruangan di antara baris dan perenggan

1. Pada bahagian Spacing, masukkkan nilai Before ialah 6pt dan After ialah 6pt.

Mukasurat 28

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

2. Pada bahagian Line Spacing, pilih 1.5 Lines.

7.4 Menambah Sempadan dan Mewarnai Perenggan

Untuk menambah sempadan pada perenggan:
1. Pilih teks yang hendak diberi sempadan.
2. Klik ikon Borders pada tab Home.
3. Pilih salah satu pilihan di senarai yang disediakan atau pilih Borders and Shading

4. Anda boleh memilih jenis sempadan pada Setting:
5. Pilih jenis garisan sempadan pada Style:
6. Pilih warna di ruangan Color:

Mukasurat 29

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

7. Pilih ketebalan garisan pada Width:
8. Anda akan dapat melihat hasilnya di bahagian Preview

Mukasurat 30

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

8 Senarai

Senarai membenarkan anda menyusun dan memformat teks anda dalam bentuk sistem
indeks pernomboran, poin-poin atau outline.

8.1 Bulleted dan Senarai Bernombor

Senarai bullets mengandungi data dalam bentuk poin-poin.
Untuk menyediakan senarai pada teks:

1. Pilih teks yang berkenaan
2. Klik tab Home
3. Klik ikon Bulleted atau Numbered Lists

Untuk mencipta senarai baru:
1. Letakkan kursor pada tempat untuk memulakan senarai berkenaan
2. Klik ikon Bulleted atau Numbered Lists
3. Mulakan menaip di sebelah poin atau nombor berkenaan.

8.2 Senarai Bersarang

Senarai bersarang (nested list) adalah satu cara di mana anda boleh membina tahap-
tahap poin atau sistem pernomboran yang berbeza.

1. Klik pada teks yang telah mengadungi senarai
2. Klik ikon Increase atau Decrease Indent

Mukasurat 32

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

8.3 Memformat Senarai

Untuk mengubah jenis poin atau sistem pernomboran berbeza:
1. Pilih keseluruhan senarai berkenaan.
2. Klik pada anak panah sebelah ikon Bullets atau Numbering
3. Klik pada jenis poin atau sistem pernomboran yang di kehendaki

Mukasurat 33

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

9 Grafik

MS Word 2013 memberi banyak kemudahan untuk grafik untuk komplemen dengan teks
yang telah disediakan.

9.1 Symbol dan Aksara Khas

Aksara khas adalah tanda sengkang, jarak, aksara berasaskan grafik atau aksara yang tidak
dibekalkan secara umum pada papan kekunci. Simbol pula adalah seperti tanda hakcipta.
Untuk memasukkan simbol atau aksara:

1. Letakkan kursor di tempat yang hendak dimasukkan simbol berkenaan.
2. Klik tab Insert
3. Klik butang Symbol dalam Symbols Group
4. Pilih simbol ©.

9.2 Clip Art

Untuk memasukkan clip art:
1. Letakkan kursor pada tempat yang diperlukan.
2. Klik tab Insert pada Ribbon
3. Klik ikon Online Pictures.

Mukasurat 35

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

4. Tetingkap berikut dipaparkan:

5. Taipkan katakunci pada ruangan Office.com Clip Art dan tekan Enter.
6. Hasil carian akan dipaparkan di tetingkap yang sama:

7. Double-click pada gambar yang dikehendaki.

Mukasurat 36

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

9.3 Gambar

Untuk memasukkan gambar:
1. Letakkan kursor di mana gambar akan dimasukkan
2. Klik tab Insert
3. Klik ikon Picture
4. Klik pada fail Jellyfish.jpg di folder /My Documents/My Pictures/Sample Pictures.
5. Klik butang Insert.

6. Gambar tersebut akan dipaparkan di dokumen anda. Anda boleh mengubah saiz
gambar tersebut dengan hold+drag bucu-bucu gambar tersebut.

Mukasurat 37

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

9.4 SmartArt

Smart Art ialah koleksi grafik yang terbaru di dalam MS Word 2007. Ia memudahkan anda
menyusun atur gambar atau merekabentuk aliran proses dengan cara yang lebih menarik.
Ia terbahagi kepada timelines, processes, dan workflow.
Untuk memasukkan SmartArt

1. Letakkan kursor di mana gambar akan dimasukkan
2. Klik tab Insert
3. Klik ikon SmartArt
4. Klik pada Horizontal Picture List
5. Klik OK.
6. Klik pada anak panah sebelah kiri untuk memasukkan teks dan klik pada ikon

gambar untuk memasukkan gambar.

Mukasurat 38

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

10 Jadual (Tables)

Jadual digunakan untuk masukan data dalam sel-sel yang telah disediakan dalam bentuk
baris dan lajur.
Untuk mencipta jadual:

1. Klik tab Insert dan klik ikon Table

2. Klik Insert Table daripada senarai yang diberikan.

3. Masukkan nilai baris (row) dan lajur (column) pada kotak dialog Insert Table.
4. Klik OK.

Mukasurat 40

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

5. Jadual anda akan kelihatan seperti berikut:

6. Klik pada tab Design di Table Tools.
7. Klik pada Table Style untuk memilih format yang disediakan.

Mukasurat 41

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

11 Meletakkan Header Pada Jadual Bersambungan

Apabila kita mengimpot jadual daripada Excel, kita dapati bahawa jadual yang panjang
rekodnya akan dipaparkan di dalam beberapa mukasurat. Tetapi, header untuk jadual
tersebut hanya dipaparkan di permulaan jadual sahaja. Untuk menambah header pada
setiap mukasurat yang memaparkan jadual, langkah-langkah boleh dilakukan:

1. Pastikan anda mempunyai jadual dalam beberapa mukasurat seperti berikut:

2. Pilih header jadual.

3. Klik tab Layout pada Table Tools.
4. Klik pada ikon Repeat Header Rows.

Mukasurat 43

Microsoft Word 2013 – Asas & Pertengahan

5. Anda akan dapati bahawa setiap mukasurat telah disediakan header pada
jadualnya.

Mukasurat 44



PERISIAN H
ELEKT

HAMPARAN
TRONIK

1.1 MENERANGKAN
HAMPARAN

• Perisian Hamparan Ele
melaksanakan pengiraa
mudah atau pun yang

• Ia juga digunakan untu
jadual dan analisa data

N FUNGSI PERISIAN
ELEKTRONIK

ektronik adalah untuk
an (sama ada yang
berformula).
uk penghasilan graf,
a.

2

1.2 MEMBUAT PERBA
HAMPARAN ELEKTR

PLATFORM (

ANDINGAN PERISIAN
RONIK BERASASKAN
(WINDOWS)

3

1.2 MEMBUAT PERBA
HAMPARAN ELEKTR

PLATFORM

ANDINGAN PERISIAN
RONIK BERASASKAN
M (LINUX)

4

1.3 EKSPLORASI PERS
PEMPROSESAN

TAB FILE DAN OPTIONS

SEKITARAN PERISIAN
N PERKATAAN

5

1.3 EKSPLORASI PERS
PEMPROSESAN

TAB HOME

SEKITARAN PERISIAN
N PERKATAAN

6

1.3 EKSPLORASI PERS
PEMPROSESAN

TAB INSERT


Click to View FlipBook Version