The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Cerita Kontot Tahap 1 2021.

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-08-01 11:37:13

e-certot 2021

Koleksi Cerita Kontot Tahap 1 2021.

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU
31300 KAMPUNG KEPAYANG, PERAK

e-CERTOT

Cerita Kontot Tahap 1

ARNAB 1e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Khairunnisa binti Abdil Naim ( 3 Kenanga)

Saya ada seekor arnab yang bernama Millie. Millie sangat comel dan
manja. Saya sangat menyayangi Millie.

Saya dan ibu saya pergi ke kedai untuk membeli barang dapur.
Apabila saya dan ibu saya sampai ke rumah, saya memberi makanan
kepada arnab saya.

Keesokkan harinya, ayah dan ibu saya pergi ke pasar untuk membeli
sayur. Ketika itu ada seorang lelaki yang memakai topeng mahu
mencuri arnab saya.

Saya cepat-cepat menelefon polis. Polis berjaya menangkap
pencuri itu. Ibu dan ayah saya mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada saya kerana saya menjaga arnab dengan baik.

Saya dan keluarga saya sangat gembira kerana dapat menjaga
arnab dengan baik.

Pengajaran : Sayangilah haiwan peliharaan

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Dengar Kata Ibu e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1 2

MUHAMMAD MIKHAIL MIFZAL BIN MOHD FIRDAUS AL HAFIS ( 3 Teratai)

Syamil baru berumur empat tahun. Dia aktif dan nakal. Oleh kerana syamil
belum bersekolah, dia asyik bermain dengan alat permain yang dibeli oleh
bapanya.

Syamil selalu membuat ibunya marah apabila permainnya disepahkan merata-
rata tempat. Berulang kali ibunya menyuruh syamil menyimpan semula
permainan selepas bermain, tetapi syamil tidak mahu mendengar kata.

Suatu hari, Syamil mengeluarkan semua permainannya tanpa pengetahuan ibu.
Tidak lama selepas itu, ibunya datang. Belum sempat ibu menegur, Syamil
terpijak salah satu permainan tersebut dan kepalanya terhantuk di tiang Katil.

Ibunya terus mendapatkan Syamil dan berkata “itulah sebabnya ibu marah kalau
Syamil sepahkan mainan, tengok apa sudah jadi” Syamil bernasib baik kerana
hanya mengalami luka kecil.

Sejak daripada itu, syamil pasti mengemaskan alat permainnya kerana
tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Ibunya
sangat gembira kerana syamil sudah berubah dan
mahu mendengar kata.

Pengajaran : dengarlah nasihat ibu bapa

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Percutian di Haven Resort 3e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Rahadatul Aisy Adelia ( 3 Seroja )

Pada hujung minggu lepas, saya bercuti di Hotel Haven Resort di
Tambun, Ipoh. Saya sangat menyukai kolam renang di hotel itu
yang berbentuk seperti kuda laut.

Sampai saja di hotel itu saya terus menukar baju dan terjun ke
dalam kolam renang. Di kolam itu juga ada gelongsor air yang
saya main berkali-kali dengan adik-beradik saya.

Saya sibuk bergambar bersama keluarga saya termasuk
bersama seekor patung dinasor yang besar. Adik saya Ayra,
sangat takut melihat patung dinasor itu yang seakan-akan
dinasor sebenar. Saya juga nampak beberapa ekor itik palsu di
dalam tasik.

Sebelum balik, saya dan keluarga saya berjalan-jalan di taman
dan terjumpa seekor biawak. Biawak itu terkejut melihat kami
dan terus berenang di dalam tasik itu.

Saya sangat seronok pergi ke sana dan berterima kasih kepada
Mak Ngah saya yang membawa kami bercuti di hotel itu.

Pengajaran : Luangkan masa bersama keluarga Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

4e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Muhammad Ammar Rahman ( 3 Kenanga )

Pada suatu pagi, kedengaran ayam jantan
berkokok dengan lantangnya. Apabila saya
menghalakan mata ke arah jam dinding,
jarum menunjukkan pukul 6.00 pagi. Saya
bergegas bangun dan terus ke bilik air
untuk mandi. Selepas mandi saya dapati
ayah saya sedang menyiapkan sarapan
untuk kami. Ayah seorang yang rajin.
Semenjak ketiadaan ibu saya yang telah
berpulang ke hadrat Allah, dialah ayah
dan ibu. Saya bersyukur ada ayah seperti
dia. Kami berdua hidup bahagia sekarang.

Pengajaran : bersyukurlah dengan apa yang kita miliki

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

BUAYA e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1 5

Nur Alma Shahira binti Mohd Shahir ( 3 Kenanga )

Hai kawan-kawan. Selamat pagi saya ucapkan

kepada semua. Ini buaya. Badannya besar.

Durinya tajam. Ekornya panjang. Semua

binatang takut akan buaya. Buaya suka makan

daging. Gigi buaya sangat tajam. Buaya tinggal

di dalam sungai. Pada waktu petang buaya akan

berenang mencari makanan.

Badan buaya sangat kuat.

Buaya adalah raja sungai.

Berhati-hatilah semua.

Pengajaran : sentiasa berhati-hati

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Rumah Misteri 6e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Lili Nur Arianna Aisha bt Mohd Nazmuddin ( 3 Seroja )

Amelia baru berpindah rumah. Di hadapan rumahnya
ada rumah misteri. Amelia mahu memasuki ke dalam
rumah itu. Pada malam hari, setelah selesai makan
malamnya, Amelia bersiap sedia untuk menyelinap di
rumah misteri itu.

Sesampai di rumah itu, Amelia membuka lampu
suluhnya kerana di dalam rumah itu sangat
gelap. Amelia nampak mahluk yang pelik.
Amelia berlari keluar dari rumah misteri itu.
Dia menyesal dengan tindakannya
menceroboh rumah orang lain.

Pengajaran : Dapatkan kebenaran semelum masuk ke rumah orang lain

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Bercuti di Cameron Highlands 7e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

MUHAMMAD RAIQAL BIN ROZAIDIZAL ( 3 Seroja )

Pada minggu lalu saya dan keluarga pergi ke Cameron Highland. Pemandangan hijau
mengiringi perjalanan kami ke sana. Cuaca di Cameron Highland sangat sejuk.

Banyak tempat yang saya lawati antaranya ialah Ladang Strawberi, Ladang Teh, Taman
Lavender dan Avant Chocolate. Saya dan keluarga makan tengah hari di Kampung Taman
Sedia. Saya menikmati Nasi Lemak Sambal Starwberi dan ais krim strawberi yang sedap
dan lazat.

Kami sekeluarga suka ke Kafe Ladang YZ Agro. Kami makan tanpa was-was kerana
pengusahanya adalah seorang muslim. Ais krim strawberi dan scone boleh dimakan
sampai puas. Kebiasaannya, ais krim ikat strawberi amat digemari bagi sesiapa yang
berkunjung ke sini. Rasanya memang terbaik.

Saya juga berpeluang memetik buah strawberi sendiri. Saya suka minum teh
tarik di Ladang Teh Boh. Saya juga dapat menikmati pemandangan yang
cantik. Sebelum pulang saya pergi ke Avant Chocolate. Di sana saya dan
adik-adik saya berpeluang memberi makanan kepada kambing biri-biri,
arnab dan itik. Saya amat gembira kerana dapat pergi ke Cameron
Highland bersama keluarga.

Pengajaran : Hargailah masa bersama keluarga

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Perintah kawalan Pergerakan 8e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Sharah Nur Amni Bt Sharo Maini ( 3 Bakawali )

Hai kawan- kawan. Nama saya Sharah Nur Amni Binti Sharo Maini dari kelas 3 Bakawali. Di
sini saya ingin menceritakan tentang aktiviti saya sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Sepanjang tempoh PKP, saya mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang saya
gemari seperti menonton televisyen. Saya suka menonton cerita kartun Thomas and Friend
dan Rainbow Rangers.

Selain itu saya juga suka menolong ibu melakukan kerja rumah seperti mengemas rumah,
membuang sampah dan menyidai kain di ampaian. Aktiviti terakhir yang banyak saya
lakukan ialah bermain kasut roda di halaman rumah pada waktu petang bersama adik saya
yang bernana Sharah Nur Aina.

Kami sangat gembira bermain bersama sama.sekian sahaja cerita saya berkenaan aktiviti

sepanjang PKP. Pengajaran : Manfaatkanlah masa sepanjang PKP

Si Kasim 9e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Sharah Nur Amni Bt Sharo Maini ( 3 Bakawali )

Pada suatu petang, saya telah mengikut ayah saya ke kandang lembu. Di kandang lembu ayah saya terdapat
berpuluh-puluh ekor lembu. Lembu- lembu ini diternak oleh ayah saya untuk dijual apabila ada orang yang ingin
membelinya.

Lembu- lembu yang di ternak di kandang ayah saya sangat jinak. Ada seekor lembu yang suka kepada saya
apabila saya datang kepadanya. Nama lembu tersebut ialah Kasim.

Kasim sangat jinak dengan saya. Badan Kasim berwarna putih kekuningan. Kasim mempunyai dua tanduk yang
kontot. Badan Kasim sedikit berisi dan ayah saya memanggil Kasim dengan gelaran lembu sado.

Tiap-tiap petang ayah saya akan memandikan Kasim supaya badan Kasim sentiasa bersih dan cantik. Saya suka
bermain- main dengan Kasim dengan cara mengusap kepala dan tanduk kontot Kasim.

Semasa saya mengusap kepala dan tanduk Kasim, Kasim akan memandang muka saya dan tidak lari daripada
saya. Saya akan bercakap cakap dengan Kasim walaupun saya tidak tahu sama ada Kasim faham atau tidak apa
yang saya cakapkan.

Saya harap ayah saya tidak akan menjual Kasim
kepada orang lain kerana saya ingin bermain lagi
dengan Kasim yang jinak.

Pengarajan : Sayangilah haiwan

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

KEK CAWAN 10e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Lili Nur Arianna Aisha bt Mohd Nazmuddin ( 3 sEROJA )

Diana ada di rumahnya, dia akan membuat kek cawan
dan mengikut arahan buku resepi. Adik Diana datang
"kakak buat apa ni?" Diana cakap " kakak membuat
kek cawan."

Adiknya mahu menolong kakaknya membuat kek
cawan. Diana mengambil bahan-bahan yang ditulis
melalui buku resepinya.

Setelah selesai membuat kek cawan, mereka
meletakkan krim kek di atas kek cawan itu. Akhirnya
Mereka pun makan kek cawan itu bersama-sama

Pengajaran : sentia menolong antara satu sama lain

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Kuala Lumpur 11e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Khairul Akram bin Abdil Naim ( 1 Bakawali )

Pada cuti lalu saya dan keluarga saya pergi ke Kuala Lumpur. Saya sangat
gembira kerana dapat pergi ke Kuala Lumpur. Setelah sampai di Kuala
Lumpur, kami makan bersama di sebuah restoran.

Selepas makan, kami pergi ke rumah saudara
di sana. Setelah berbual-bual,
kami pergi ke hotel.

Sampai sahaja di hotel, saya pergi
ke bilik air untuk mandi.
Apabila saya habis mandi, saya
rehat seketika.

Selepas saya habis rehat saya pergi ke bilik air
untuk mengambil wuduk dan saya solat maghrib berjemaah bersama
keluarga saya. Saya sangat gembira kerana dapat berjalan-jalan dengan
keluarga saya.

Pengajaran : Sayangilah keluarga

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

NAGA MERAH 12e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

HASYA FITRAH BINTI FAKHRURROZI ( 2 SEROJA )

Ada seorang budak yang bernama Sofia. Sofia tinggal bersama ibunya. Ayah Sofia

sudah lama meninggal dunia. Sofia terjumpa dengan seorang pak cik tua yang

meminta tolong kepadanya ketika dia pulang dari kedai. Pak cik tua meminta sedikit

makanan kerana terlalu lapar.

Sofia merasa kasihan lalu terus memberikan roti yang dibelinya tadi. Pak cik tua
memberikan Sofia satu teko dan menyuruhnya menjaga teko itu baik-baik lalu pergi
meninggalkan Sofia. Semasa Sofia memegang teko tersebut tiba-tiba ada asap yang
berwarna merah keluar dari teko tersebut dan bertukar menjadi seekor naga
merah.

Sofia pun ketakutan namun Naga Merah pun berkata “jangan takut aku akan
memberikan satu hajat kepadamu.” Tetapi ada tiga orang lelaki yang ingin
merebut teko itu daripadanya. Sofia pun berkata aku berharap aku dapat
mengalahkan orang-orang yang ingin merebut teko tersebut dariku.

Tiba-tiba Sofia hebat berlawan dan dengan mudah dapat mengalahkan mereka.
Sofia pun gembira dapat mengalahkan tiga orang lelaki tersebut. Sofia amat
berterima kasih kepada Naga Merah. Naga merah hanya tersenyum dan
kemudian menghilang daripada pandangan Sofia.

Pengajaran : Bantulah orang yang memerlukan

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Gary 13e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

AARYAN ANUAR BIN SYAHRULL ANUAR ( 1 Teratai )

Saya sangat suka dan sayang akan binatang . Saya selalu meminta
izin dari ibu saya supaya membenarkan saya untuk membela
bintang peliharaan . Pada suatu hari, ibu saya membawa saya ke
pasar tani.

Di sana terdapat sebuah gerai yang menjual binatang peliharaan
seperti kura-kura, ikan laga, ikan emas dan juga ketam. Ibu
menyuruh saya memilih binatang peliharaan yang saya suka.
Ahirnya saya memilih seekor kura-kura yang saya namakannya Gary.

Saya sangat gembira kerana mempunyai binatang peliharaan saya
sendiri. saya berjanji untuk menjaga peliharaan saya dengan baik
dan menganggapnya seperti kawan baik saya.

Pengajaran : Sayangi haiwan peliharaan

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

14e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

MUHAMMAD NAUFAL HANIF BIN NORKAMARUL HISHAM ( 3 SEROJA )

Pada hari Selasa yang lalu saya dan keluarga saya telah pergi ke
pantai. Saya dan adik saya berasa amat teruja dan gembira semasa
berada di sana. Kami seronok untuk mandi-manda di laut sambil
bermain pasir di sana.

Setelah seharian di sana, kami pulang ke rumah untuk berehat .Hari
itu juga ayah dan ibu saya telah membelikan raket untuk saya dan
adik saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu saya
yang sentiasa menjadi ayah ibu terbaik untuk kami.

Mereka menjaga saya sejak dari kecil dengan penuh kasih sayang.
Mereka menghantar saya ke sekolah, mereka membantu saya apabila
susah dan sentiasa buat yang terbaik untuk saya adik beradik.

Walaupun saya dan adik-adik sering bergaduh. Mereka tetap
menyayangi kami. Mereka adalah wira saya. Saya sayang mereka.
Saya berdoa moga saya menjadi anak yang soleh dan dapat
membahagiakan mereka dunia akhirat.

Pengajaran : Sayangi keluarga

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

15e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Muhammad Akif Darwisy b.Mohd Mustakim ( 2 SEROJA )

Di sebuah kampung ada sepasang suami dan isteri bernama Daud dan Anum.
Pada suatu hari, muncul seekor pari-pari yang sangat cantik. Pari-pari itu
berkata dia akan menunaikan hajat Daud dan Anum.

Ini adalah kerana mereka pernah menolong pari-pari suatu ketika dahulu.
""Sedapnya jika dapat makan sosej,“ kata Anum. Tiba- tiba, kata-kata Anum
itu menjadi kenyataan.

"Lebih baik hidung kau sahaja menjadi sosej,“ herdik Daud. Sekali lagi kata-
kata itu menjadi kenyataan. Daud gagal menarik sosej di hidung Anum.

Daud meminta pari-pari mengembalikan hidung Anum ke bentuk asal. Pari-
pari menunaikannya. Akhirnya, Daud dan Anum hidup bahagia walaupun
serba kekurangan."

Pengajaran : Sentiasa hidup bahagia

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

16e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

NUR ALIYAH FARZANA BINTI MOHAMAD YUZAIREE ( 1 KENANGA )

Seekor burung gagak ternampak seekor swan yang
sangat cantik. Gagak sangat cemburu dan dia mahu
dirinya cantik seperti swan. Si gagak menyangka
bahawa bulu swan menjadi putih dan cantik kerana
dia kerap membasuh dengan menggunakan air tasik.

Oleh yang demikian, setiap hari gagak akan duduk di
tepi tasik dan membersihkan bulu pelepahnnya.

“Suatu hari nanti aku pasti akan menjadi putih dan
cantik seperti swan!“ fikirnya. Hari
berlalu namun bulu pelepahnya tidak
juga putih. Akhirnya gagak sedar bahawa
setiap haiwan mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri.

Pengajaran : Bersyukurlah dengan apa kita ada

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

17e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Lili Nur Arianna Aisha Bt Mohd Nazmuddin ( 3 Seroja )

Saya pergi ke perpustakaan, di situ terdapat
banyak buku seperti buku cerita, komik,
majalah, surat khabar dan lain-lain. Di
perpustakaan itu tidak boleh menjerit atau
bermain-main.

Kita juga boleh mengulang kaji dan boleh
meminjam buku-buku di situ. Kita boleh
mendapat ilmu dengan belajar sendiri,
membuat buku aktiviti dan membaca buku-
buku, mengakses internet dan lain-lain.

Pengajaran : Pergilah ke perpustakaan untuk mebambah ilmu

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

18e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Lili Nur Arianna Aisha Bt Mohd Nazmuddin ( 3 Seroja )

Nora bersendirian di taman permainan lalu ada seorang lelaki
berkata "adik nak gula-gula tak? ada banyak kat dalam van
tau."

Nora memasuki di dalam van itu untuk gula-gula dan van itu
bergerak ke tempatnya. Nora diculik! Nora menjerit-jerit kuat-
kuat tetapi tiada siapa dengar kecuali orang yang Nora tidak
dikenali.

Nora diikat dengan tali. Ibu bapanya menelefon polis. Polis
berusaha menyelamatkan Nora.

Tidak lama kemudian, Nora Berjaya
diselamatkan. Nora menyesal kerana
terpedaya dengan orang yang tidak
dikenali.

Pengajaran : Jauhi daripada orang yang tidak dikenali

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

19e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Sachindran A/L Keshavan ( 3 Kenanga )

Airnya yang jernih dengan ombak kecil di pantai amat menarik
padangan mata. Tambahan pula dengan pantai yang berpasir putih
mataku tidak puas memandang suasana indah itu.

Aku berjalan menyusuri pantai. Tiba-tiba mataku terpandang
sampah-sarap yang bertabur di situ. Keadaan itu benar-benar
menyakitkan mataku. Aku percaya sampah-sarap yang bertabur itu
dibuang oleh orang ramai berkunjung ke situ. Ini menunjukkan sikap
mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kita tidak boleh meletakkan tugas menjaga kebersihan pantai
kepada petugas pantai sahaja. Aku terlihat seorang kanak-kanak
membuang sampah di atas pasir. Segera menghampirinya. Lantas, aku
menyuruhnya membuang sampah itu ke dalam tong sampah yang
disediakan.

Aku berharap agar pengunjung akan sedar tentang tanggungjawab
mereka dan menjadi masyarakat yang prihatin terhadap kebersihan.

Pengajaran : Kebersihan tanggungjawab semua

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

20e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Sachindran A/L Keshavan ( 3 Kenanga )

Razif dan Naim bersiar-siar di pekan. Mereka hendak pergi ke pesta buku yang
diadakan di pekan itu. Semasa dalam perjalanan, mereka terjumpa dompet. Razif
mengambil dompet itu lalu membukanya.

“Wah, banyaknya duit! Bertuahlah saya,” kata Razif.
“Dompet ini bukan milik kita. Kita patut pulangkan dompet ini,” kata Naim.
“Betul juga kata kamu. Tentu pemilik dompet ini tercari-cari dompetnya,” kata
Razif.
Razif dan Naim pun mengambil keputusan untuk menyerahkan dompet itu di balai
polis yang berhampiran.

Pengawai polis yang bertugas mengucapkan terima kasih kepada Razif dan Naim.
Beliau memuji sikap jujur Razif dan Naim. Seminggu kemudian, seorang lelaki
datang ke sekolah Razif dan Naim. Beliau datang ke sekolah semasa perhimpunan
mingguan.

Beliau membawa hadiah untuk diberikan kepada Razif dan Naim. Lelaki itu ialah
pemilik dompet yang hilang itu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Razif
dan Naim kerana menyerahkan dompetnya kepada pihak polis. Hadiah itu
disampaikan oleh guru besar kepada Razif dan Naim.

Pengajaran : Kita hendaklah jujur

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

21e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Wafa Damia binti Mohd Azfarizal ( 3 Seroja )

Pada suatu hari yang panas, semut mencari air untuk
diminum. Setelah berjalan ke sana ke mari, ia
menjumpai sebuah kolam.

Untuk masuk ke dalam kolam itu, ia memanjat rumput.
Ketika memanjat rumput, ia tergelincir, lalu terjatuh ke
dalam kolam.

Semut ditolong oleh merpati yang sedang duduk di atas pokok di tepi
tasik itu. Merpati menggigit sehelai daun, lalu menjatuhkannya
dekat dengan semut yang sedang terkapai-kapai itu. Bergerak ke
arah daun, lalu memanjat daun itu. Akhirnya, daun hanyut ke tebing
kolam. Semut naik ke tebing kolam, lalu berjalan ke pangkal pokok.

Pada ketika itu, seorang pemburu burung hendak melemparkan jeratnya
ke arah merpati. Semut menggigit kaki penjerat burung. Penjerat berasa
sakit, lalu melepas jeratnya. Merpati terbang dari situ untuk
menyelamatkan diri.

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

22e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Affiq Shazrin Bin Sazali ( 2 Kenanga )

Pada mulanya aku merasa berat hati untuk menemani ibu ke pasar kerana aku lebih suka tinggal
di rumah dan bermain permainan di telefon pintarku. Namun setelah ibu menceritakan yang di
pasar ada penjual ikan hiasan pelbagai rupa, aku pun bersetuju untuk mengikut ibu.

Di pasar, aku ternampak pelbagai jenis ikan hiasan, ada yang kecil ada yang besar dan juga
pelbagai warna . Aku sangat tertarik pada ikan guppy kerana mempunyai ekor yang menarik dan
kelihatan sangat comel. Ibu pun membeli kan ikan guppy yang aku inginkan sebanyak sepuluh ekor
yang berharga RM10.00. Ibu juga membelikan sebuah akuarium dan makanan untuk ikan ku.

Setelah ibu membeli keperluan dapur kami singgah bersarapan. Aku sudah tidak sabar untuk
menghias akuarium ku.

Di rumah, ibu membantu aku menghias akuarium, setelah siap, aku melepaskan ikan ikan guppy
ku ke dalam akuarium dan memberi makanan berupa palet. Ibu mengambil gambar aku bersama
ikan comelku untuk kenang kenangan.

Sejak aku mempunyai ikan hiasan , aku semakin kurang bermain permainan di telefon pintarku
kerana aku lebih suka bermain dengan ikan ikan guppy. Setiap hari, aku memberi makan dan
mencuci akuarium apabila airnya bertukar warna. Aku sangat sayang kan ikanku kerana ia adalah
haiwan peliharaan pertamaku.

Terima kasih ibu."

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

e-CERTOT (cerita Kontot) Tahap 1

Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku,
e-NILAM & Pemerkasaan PdPR
SKTB 2021


Click to View FlipBook Version