Tugasan PPDR Bahasa Melayu Tahun 6
Melalui Pautan Padlet.com
Disediakan oleh
S Samprizal B Selamat
SK Taman Bersatu
Disember 2020
MARI BERPANTUN
( Arahan )
Karang dua rangkap
pantun bertemakan
pertanian. Muat naik
gambar anda
bersama tumbuh-
tumbuhan. Nyatakan
nama dan kelas.
Tugasan Melalui Pautan Padlet.com
Tugasan Melalui Pautan Padlet.com
Tanam bunga dalam pasu
Bunga mawar bunga anggerik
Isikan masa di hujung minggu
Badan segar hilang penyakit
Bunga ungu bunga telang
Enak diminum bersama sira
Awas masamu jangan terbuang
Usah berbuat yang sia-sia
Cg Sam
NUR BATRISHA DANIS
6 Teratai
Tanam togeh dalam bekas
pokok togeh pokok bunga
masa itu umpama emas
Lakukan aktiviti sama keluarga
Izzul
6 Seroja
Bunga pulasan bertangkai enam
Manis bersari putih isinya
Pokok hiasan yang saya tanam
Cantik berseri akan pokoknya
Bunga raya kebanggaan negara
Letak di tepi buah markisa
Subur sekali tanaman saya
Dijaga rapi sepanjang masa
Danish
6 Seroja
Merumput padi di tengah hari,
Untuk bersih sampah dan Sarap,
Bila berbudi ikhlaskan diri
Terima kasih janganlah diharap
Sayang dibuang jeram Padi,
Buat alas rimbun Kemumu
Jangan bimbang orang tak sudi
Yang ikhlas sedia bertamu
Syazana
6 Seroja
Apa diharap adanya sawah,
Tempat yang dalam tidak berpadi,
Baikku jadi seperti ayah,
Kepada tanah Kita berbudi.
Sawah pusaka tinggalan nenda,
Tempat bangau tumpang berhenti,
Biar pun kita miskin harta,
Jangan sampai menjual diri
Jovester
6 Seroja
Kerbau bajak tiada kelikir,
Kelikir tembusu telah terlucut,
Selagi hidup tidak berakhir,
Mati jangan di sebut-sebut.
Musim menuai lama berakhir,
Tiba pula musim membajak,
Petak yang kering kembali berair,
Tempat haruan membiak anak.
NurFaqihah Delisha
(6 Seroja)
Orang-orang menakutkan pipit,
Pipit hutan terbang berkawan,
Kasih sayangku pada mu adik,
Relaku mati di telan zaman.
Padi sudah keluar bunga,
Tidaklah harum seperti seroja,
Kasih bukan di mulut sahaja,
Di dalam hati menjadi rahsia.
Iqwan Syakir 6 Kenanga
Pokok tua bercabang-cabang,
Rimbun daunan tempat berteduh,
Tuan saja dikenang-kenang,
Adik rinduan memanglah sungguh.
Ramai pesawah di Sabak Bernam,
Kerja berpeluh sihatkan badan,
Matahari Syaaban hampir tenggelam,
Selamat datang wahai Ramadhan
Muhammah Hadif Nadzran
6 Kenanga
Hala ke laut dipasang tanda
Tali diikat ke pohon sena
Jangan dicuba dadah durjana
Kelak merana menyesal tak guna
Jambu masam dicicah kicap
Kait seraga pakai galah
Hidup ini hanya sekejap
Pengajaran yang baik jangan diubah
Nur Wahyun Yuha
6 Seroja
Halwa betik halwa nanas,
Makan bubur sebelum berjaja;
Anak cerdik bak baru bertunas,
Tumbuh subur jika dibaja.
Pokok kundur berbagai jenis,
Tanam betik bersama petola;
Iman subur hati pun manis,
Anak cantik bijaklah pula.
Mai Qistina Damia
6 Seroja
Buah kedondong atas pokok,
Buah langsat masak sebiji,
Jangan suka menghisap rokok,
Kelak merana diri sendiri.
Pucuk paku dipetik orang,
Mari diisi dalam raga,
Sungguh hidup dirundung malang,
Jangan selalu merasa kecewa.
Mohd Nur Syahmi
6 Seroja
Pergi ke kedai membeli bunga,
bunga dibeli cantik sekali,
alam sekitar perlulah dijaga,
agar dilihat semua generasi.
Adlin Khairiah
6 Seroja
Bunga kenanga harum baunya,
harumlah bau sepanjang hari ,
apalah guna rupa dan harta ,
kosong ilmu tiada berbudi.
Ke hutan pohon singkawang,
sepanjang jalan cari buahnya,
walau sakti bak sangkuriang,
tanpa iman ALLAH kan murka.
Adlin Khairiah
6 Seroja
Bunga kuncup di dahan pohon,
jangan ditebang tunggu buahnya,
walau hidup seribu tahun,
tidak sembahyang apa gunanya.
Ahmad Darif Hadif Bin Ahmad Faizal
6 Kenanga
Anak semai tumbuh sejengkal,
Perlu dijaga perlu dipuput,
Kalau mati daun yang awal,
Sudah bersedia untuk dicabut.
Sungguh indah laman Encik Fazil,
Pelbagai bunga ditepi kolam,
Alangkah sedap si bayam brazil,
Lagi lah enak di buat ulam.
Dania Alessya
6 Kenanga
Tanah gambut tanah pamah,
Kebun sayur menjadi subur,
Hidup masyarakat perlulah ramah,
Berduit lebih janganlah takbur.
Tanjung menghijau membajak tanah,
Gembur batas ditanam lada,
Jauhi dadah yang tiada faedah,
Tubuh selamat diri bahagia.
Luqman Hakim
6 Kenanga
Pati mawar dibuat sabun,
Bertambah harum ditambah jasmin,
Penat lelah saya berkebun,
Hasil lumayan dapat dijamin,
Panjat pokok saya tak pernah,
Walau saya anak lelaki,
Kalau berbati kepada tanah,
Hasil pasti membawa rezeki,
Muhammad Ryan Zafaran
6 Bakawali
Covid 19 datang menyerang,
Tanpa kelibat musuh melanda,
Seluruh dunia berasa bimbang,
Ujian dahsyat umat manusia
Airel Affendi
6 Seroja
Pergi kedai beli bunga,
Bunga mawar cantik sekali,
Alam sekitar perlulah dijaga,
Menjadi contoh semua generasi
Muhammad Iskandar Syahmi
6 Teratai
Bunga melati warnanya putih
Bunga mawar merah warnanya
Jika kamu ingin bersih
Buang sampah pada tempatnya
Syarifuddin Syimir
6 Kenanga
Jalan terus jumpa paya,
Tak ikut kata salah arah,
Corona virus amat bahaya,
Mari kita duduk rumah.
Tiada sengketa tiada marah,
Ramai teman gembira hati,
Jika kita duduk di rumah,
Virus jangkitan boleh dihenti.
MUHAMMAD ADIF BIN MOHD MASWARI
6 SEROJA
Jika disiram bunga yang kering,
Cantiklah daund juga bunganya;
Ilmu dan adab mesti lah sering,
Kelak menjadi orang berguna
Nurul Iman
6 Seroja
Kerbau tua bertanduk keweh,
Tambat di sendung bertumang tiada,
Jika ada anak yang soleh,
Di jemput pulang pun tidak mengapa.
Amirul Haiqal
6 Teratai
Pokok cili letak galah
Tepi halaman menanam bunga
Selalu berbakti kepada tanah
Barulah hati berbunga bunga
Kena sabar kena perlahan
Itu tanda beriman orangnya
Bercucuk tanam ada habuan
Akhirnya kita menang berjaya
Aina Damia
6 Kenanga
Daun pegaga buah bidara,
Ulam-ulaman enak dimakan,
Bumi hijau harus dipelihara,
Anugerah terindah ciptaan Tuhan.
Indah malam tanpa pelita,
Terbang bersama si rama-rama,
Janganlah Lupa peranan kita,
Persekitaran indah amanah bersama.
Aqil Naufal
6 Seroja
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut
Amzar Rushdi
6 Teratai
Bahasa Melayu jiwa bangsa,
Belajar ilmu cepat dapat
Musim PKP isilah masa,
Dengan kerja yang bermanfaat,
Lauk tawar tak cukup garam,
Pergi memancing dapat ikan
Alang - alang bercucuk tanam,
Tanamlah sayur yang boleh dimakan
Adam Syafiq Bin Mohamed Fikri,
6 Teratai
Anak puyuh si anak padi,
Padi lama Datuk Hang Tuah,
Kalau hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.
Alif Aqil Shah B Zaaba
6 Teratai
Dari samun menjadi bulus
Awas tanaman janganlah layu
Seni pantun bahasanya halus
Lambang santunan bangsa Melayu
Tari kalam mengikut hati
Hati berbisik bahasa tulus
Budaya Melayu tidak kan mati
Sentiasa segar lenggoknya halus
Belalai gajah juga Kenanga
Cempaka putih ditengah-tengah
Pada wajah maniskan rupa
Bertambah cantik senyuman mesra
Cg Sam
Tahniah
dan
syabas