Syazana Uzma bt Shamsul Faizal
6 Seroja
Malam itu aku bersendirian di atas
bangsal di hadapan rumahku. Aku
mahu menyiapkan tugasan dalam
talian yang diberi oleh guru
sekolahku. Telefon bimbit di
tanganku menyala dengan terang
secara tiba-tiba. Aku terus
memeriksa telefon. Notifikasi
daripada ibuku muncul.
Beliau memberitahu bahawa beliau
akan pulang lewat ke rumah dek
kerana pesakit Covid 19 semakin
ramai dan perlu dipantau dengan
lebih lagi rapi lagi.
-1-
Buat pengetahuan semua, ibuku
merupakan petugas barisan hadapan
di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Aku Hanya membalas mesej itu
dengan perkataan “OK".
Kes meningkat secara mendadak
sejak belakangan ini. Aku berasa
amat bimbang. Namun aku perlu
akur dengan situasi sekarang Aku
mula menyambung tugasan tersebut.
Hari ni kes Covid-19 mencecah empat
angka. Turun naik, tetapi angkanya
tetap melebihi seribu orang.
Jumlah kematian memang tidak
ramai, tetapi setiap hari pasti ada
kematian yang berlaku.
-2-
Selepas menyiapkan tugasan aku
terus tidur dibilikku. Keesokkan
harinya, aku bangun dari tidur yang
lena. Aku berasa amat pelik kerana
Ibu masih tiada.
“sudah lama benar ibu tak balik ni,”
bisikku sendiri. “Tentu kes semakin
meningkat.”
Aku teringat pesanan guru Bahasa
Melayuku yang tak pernah jemu
mengulang perkara yang sama
kepada kami. Setiap hari, beliau akan
menasihati kami agar patuh SOP.
Setiap hari tanpa ponteng, ingatan
yang sama diulag-ulang.
Kini baru kusedar mengapa nasihat
itu diulang-ulang.
-3-
Tiba-tiba ayahku keluar dari biliknya
dengan wajah yang sungguh pucat.
Seolah-olah ada di antara kami yang
meninggal dunia. Penat agaknya.
Aku menanyakan hal tersebut kepada
ayahku. Ayah menjawab dengan
suara yang pilu . Ibu telah disahkan
positif Covid 19. Ujan saringan dua
minggu lepas telah memberikan satu
tamparan hebat kepada kami.
Patutlah Ibu tidak pulang ke rumah
selama dua minggu. Ayah
memberitahu lagi Ibuku mempunyai
Kontak dapat dengan pesakit Covid
19. Aku benar - benar terkilan .
Rasa seperti nyawaku dicabut.
-4-
Hatiku berkecai seperti kaca dihempas
ke batu dan berasa sekolah-olah tidak
akan dapat menemui ibuku lagi. Aku
menangis teresak-esak. Aku terus
menelefon ibuku di kejauhan untuk
mengetahui keadaannya. Haru rasanya
mendengar suara Ibu.
Ibu berkata dia tidak apa -apa dan
akan sihat dengan cepat. Aku tahu, itu
hanyalah kata-kata motivasi ibu
kepadaku.
Aku segera mengubah nada suara.
Mencampurkan keterujaan dan doa
serta semangat kepada ibu. Dalam
situasi sekarang, ibu perlu lebih kuat.
Kerana ibu dan rakan-rakan setugas
dengannya adalah banteng Negara.
-5-
Kini, sudah sebulan Ibu di sana
namun keadaan Ibu tidak
menunjukkan apa-apa perubahan
malah semakin teruk. Tiap-tiap
malam aku menangis dan berdoa
agar Ibu segera sihat. Namun kalau
ditakdirkan dia pergi aku reda.
Ibu adalah salah seorang barisan
hadapan yang perlu dihargai. Mereka
menggadaikan nyawa sendiri untuk
menyelamatkan nyawa orang lain.
-6-
Hargailah diri sendiri, keluarga dan
hormati petugas barisan hadapan yang
berjuang untuk Negara.
Bisikanku kepada ibu dan rakan
setugasnya, “kami sentiasa menghargai
kalian.”
-7-