The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terbitan Jabatan Penerangan Negara Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-12-06 08:54:26

vaksin, Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Terbitan Jabatan Penerangan Negara Malaysia

APA YANG PERLU
ANDA TAHU

KANDUNGAN

KENAL VAKSIN 1-4

VAKSIN KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK 5-6

VAKSIN KEPADA ORANG DEWASA 7-8

VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA 9-18

VAKSIN MENCEGAH PENYAKIT 19-21
VAKSIN DARI SUDUT ISLAM 22-23
VAKSIN DARI SUDUT SAINS 24

SIDANG REDAKSI

Penasihat Diterbitkan oleh:
YBhg Dato’ Mohd Sukari bin Ab. Hamid
Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN)
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Aras 13, Kompleks KKMM
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Editor Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Puan Wan Azizah Wan Omar 62100 Putrajaya

Penyelaras Tel : 03-8911 3440
Puan Melatie Aziz Faks : 03-8911 4957

Reka Bentuk
Cik Nuraqilah Kamarulzaman

KENAL VAKSIN

Apa itu vaksin?
Vaksin adalah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk
penyakit tertentu. Vaksin digunakan untuk merangsang sistem imun seorang
individu terhadap jangkitan penyakit khusus.

Apakah kandungan vaksin?

Vaksin mengandungi bahan aktif iaitu antigen. Antigen diperoleh daripada
sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan
atau dilemahkan. Vaksin juga mempunyai komponen tambahan yang lain.
Setiap bahan yang terkandung dalam vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan
menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin.

ANTIGEN PENCAIR

Bentuk virus hidup yang Melarutkan vaksin
dilemahkan, virus yang telah mengikut sukatan
dimatikan, protein virus/bakteria yang diperlukan.
yang diekstrak, toksin bakteria
yang telah dilemahkan atau
sebahagian daripada skruktur
bakteria/virus.

ADJUVANT APAKAH RESIDUAL
KANDUNGAN
Meningkatkan Bahan bukan aktif yang
tindak balas sistem VAKSIN? digunakan semasa
imun tubuh penghasilan vaksin tetapi
terhadap vaksin. dalam kuantiti yang kecil.

PENGAWET PENSTABIL

Menstabilkan vaksin Mengekalkan kestabilan
dan mencegah vaksin sepanjang tempoh
pembiakan bakteria penyimpanan agar vaksin
dan kulat dalam vaksin. kekal berkesan.

SUMBER: Portal MyHealth & WHO SURFAKTAN

Memastikan semua
bahan dalam
vaksin sebati.

Vaksin tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan

1

Bagaimana proses pembuatan vaksin?
Penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawal selia dengan
rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan
antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Perkara asas yang perlu dipatuhi adalah:

• Memastikan produk selamat untuk kegunaan masyarakat.
• Memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi

spesifikasi yang ditetapkan.

Penghasilan vaksin dijalankan dalam persekitaran bebas kuman (aseptik) dan
dipantau secara rapi melalui langkah-langkah kawalan kualiti. Proses penghasilan
boleh berbeza mengikut jenis vaksin kerana beberapa komponen yang digunakan
dalam proses penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada
berunsurkan virus atau bakteria.

Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:

Rajah 1: Empat langkah dalam proses penghasilan vaksin

i. Pembiakan
Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin.

ii. Pengasingan
Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang
digunakan semasa langkah pembiakan.

iii. Penulenan
Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang
dikultur atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk
digunakan dalam vaksin.

iv. Formulasi
Melibatkan pencampuran bahan yang telah ditulenkan ke dalam larutan
sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai. Proses ini juga merangkumi
penambahan komponen seperti pengawet, pelarut, adjuvant dan agen
penstabil. Di peringkat akhir proses penghasilan, vaksin diisi ke dalam botol
atau picagari dan dibungkus untuk dihantar ke fasiliti kesihatan.

2

Rajah 2: Proses penghasilan vaksin yang melibatkan empat langkah

3

Apakah jenis-jenis vaksin?Apakah jenis-jenis vaksin?

Jenis Vaksin mRNA Vektor virus Virus nyahaktif

Jujukan mRNA yang Mengandungi virus yang telah Virus yang telah dimatikan
dimasukkan ke dalam diubah suai (vector) untuk menggunakan suhu yang
sel individu bagi menyampaikan kod genetik tinggi, bahan kimia atau
menghasilkan protein antigen. Ia menghasilkan radiasi.
˩˜˥˨˦ ˬ˔ˡ˚ ˦ˣ˘˦˜Ѓ˞ʡ protein sasaran oleh sel
manusia.

Fungsi Menggunakan molekul Menggunakan virus Virus yang telah dimatikan
mRNA bagi merangsang pembawa (vektor) yang dan digunakan untuk
imuniti agar mengenali tidak merbahaya bagi merangsang tindak balas
protein pada virus yang menyampaikan bahan imun manusia.
disasarkan. genetik virus sasaran
supaya merangsangkan
tindak balas imun manusia.

Kelebihan • Mudah dan cepat • Teknologi yang terbukti • Teknologi yang terbukti
Cabaran dihasilkan • Mencetuskan tindak balas • Tiada komponen hidup
• Sesuai untuk mereka yang
• Tiada komponen hidup, adaptif imuniti yang lebih
dihasilkan secara sintetik berkesan mempunyai sistem imun
yang lemah
• Mencetuskan tindak • Mudah dihasilkan
balas adaptif imuniti
• Proses penghasilan yang Kos penghasilan
• Sesetengah vaksin kompleks yang tinggi
mRNA memerlukan
keadaan penyimpanan • Penting untuk memastikan
sejuk lampau vektor virus yang digunakan
adalah selamat
• Pertama kali digunakan
sebagai vaksin dalam
sejarah perubatan
manusia

Contoh Tiada Ebola, Vaksin haiwan ternakan Polio, Japanese
Calon Vaksin Encephalitis & Rabies

• Moderna • AstraZeneca • Sinovac
ϧ ˃Ѓ˭˘˥ʢʵ˜ˢˁˇ˘˖˛ • CanSino Biologics
• Johnson & Johnson
• Sputnik V

Analisis & kompilasi: Akademi Sains MalAanyalsisiisa& kompilasi: Akademi Sains Malaysia

Bagaimana vaksin berfungsi?

Tubuh menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindunginya
daripada jangkitan virus dan bakteria. Walau bagaimanapun, mekanisma
pertahanan ini boleh dirangsang dengan suntikan vaksin. Antigen dalam
vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan untuk menghasilkan
antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui
rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus
atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan. Kesan
maksimum sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir
vaksin tersebut diambil mengikut12 jadual imunisasi yang ditetapkan.

4

VAKSIN KEPADA BAYI
DAN KANAK-KANAK

Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa masih bayi?
Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan
jangkitan mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu
menguatkan sistem imun mereka melalui rangsangan kepada sel pertahanan,
seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang
mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi
imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.

Anak saya sihat dan kuat. Mengapa dia perlu diberi imunisasi?
Tidak dapat dipastikan anak yang sihat akan sentiasa bebas daripada dijangkiti
penyakit cegahan vaksin. Penyakit boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka.
Sekiranya kanak-kanak telah diberi imunisasi, mereka akan terlindung daripada
penyakit cegahan vaksin.

Bukankah daya lawan jangkitan yang diperoleh secara semulajadi
lebih baik daripada imunisasi?
Bagi menghasilkan perlindungan (imuniti) secara semulajadi terhadap penyakit
tertentu, seorang kanak-kanak perlu dijangkiti oleh bakteria atau virus tersebut dan
sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu. Dalam proses tersebut, kanak-kanak
berisiko untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Vaksin sama ada yang berunsurkan bakteria atau virus yang telah dimatikan atau
dilemahkan memberi perlindungan setaraf dengan perlindungan semulajadi hasil
daripada jangkitan, tanpa perlu melalui risiko komplikasi jangkitan.

Bagaimana vaksin dikatakan selamat sekiranya vaksin mengandungi
kuman?
Vaksin dihasilkan daripada keseluruhan atau sebahagian virus atau bakteria yang
telah dimatikan atau dilemahkan. Virus atau bakteria tersebut tidak berupaya
untuk menyebabkan penyakit kepada kanak-kanak yang sihat.

5

Terdapat terlalu banyak vaksin untuk kanak-kanak. Adakah sistem
daya lawan jangkitan anak saya akan terbeban?
Vaksin tidak akan membebankan sistem daya lawan jangkitan kanak-kanak kerana
sistem imun mereka boleh bertindak balas terhadap pelbagai keadaan. Vaksin
mengandungi antigen yang amat sedikit berbanding dengan pendedahan tubuh
terhadap antigen asing melalui makanan, minuman dan aktiviti lain. Maka, lebih
daripada satu vaksin boleh diberi pada satu masa atau selepas tempoh tertentu
dan tidak akan membahayakan sistem imun kanak-kanak.
Adakah vaksin selamat, terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang
masih terlalu muda?
Sebelum vaksin dipasarkan secara komersial untuk digunakan, vaksin diuji
dengan rapi pada ribuan orang menerusi kajian klinikal berskala besar. Ia dipantau
dengan ketat bagi menjamin keselamatan penerimanya. Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mendaftarkan dan meluluskan
sesuatu vaksin sebelum vaksin boleh digunakan di Malaysia dan dimasukkan
dalam program imunisasi.

6

VAKSIN KEPADA
ORANG DEWASA

Mengapa orang dewasa perlu diberi imunisasi?

Wanita mengandung
Banyak penyakit boleh menjangkiti wanita mengandung dan kandungannya.
Contohnya jangkitan hepatitis B, rubella dan tetanus (kancing gigi). Terdapat
vaksin yang boleh diambil sebelum mengandung seperti vaksin hepatitis B
dan vaksin rubella atau semasa mengandung seperti vaksin tetanus yang akan
mencegah pelbagai komplikasi kepada ibu mengandung dan kandungannya.

Perjalanan ke luar negara

Sesetengah penyakit adalah endemik (biasa berlaku) di beberapa negara di
dunia. Oleh kerana itu, terdapat vaksin khusus yang disyorkan sebelum melawat
ke negara yang berisiko berlaku jangkitan ini. Jemaah haji pula perlu mengambil
vaksin Meningococcal ACW135Y kerana telah diwajibkan oleh Kerajaan Arab
Saudi.

Walaupun tiada peraturan yang ditetapkan untuk mengambil vaksin
tertentu sebelum pergi ke luar negara, adalah satu langkah yang bijak untuk
mendapatkannya. Ia bertujuan mencegah daripada mendapat jangkitan penyakit
semasa di luar negara. Ia juga bagi menghalang individu daripada menyebarkan
jangkitan tersebut kepada orang yang disayangi setelah pulang ke tanah air.

Penyakit Bermusim

Vaksin memberi perlindungan terhadap penyakit bermusim seperti influenza yang
berlaku setiap tahun. Vaksin tersebut boleh mencegah ketidakhadiran ke tempat
kerja atau sekolah, kemasukan ke hospital atau kematian terutama apabila
wabak berlaku. Warga emas dan individu dengan sistem imuniti yang lemah atau
penghidap penyakit kronik adalah berisiko untuk mendapat komplikasi sekiranya
dijangkiti penyakit bermusim dan perlu mempertimbangkan pengambilan vaksin
bermusim ini.

7

Warga Emas
Warga emas (berumur lebih 65 tahun) secara umumnya mempunyai sistem
imuniti yang lemah. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan penyakit cegahan
vaksin. Oleh itu, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin tertentu
seperti vaksin pneumococcal.
Apakah faktor seseorang tidak boleh diberi imunisasi?
Individu berikut adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sebelum
menerima sebarang vaksin:
• Pernah mengalami tindak balas atau kesan sampingan serius setelah

menerima suntikan vaksin tertentu.
• Menghidap penyakit seperti barah, HIV/AIDS, kencing manis, penyakit jantung

atau paru-paru dan penyakit-penyakit lain.
• Sedang menerima rawatan penyakit barah, rawatan steroid atau

immunosuppressant.
• Wanita mengandung kerana sesetengah vaksin tidak disyorkan untuk diambil

semasa mengandung.

Sentiasa berbincang dengan doktor sebelum menerima sebarang vaksin. Sila
maklumkan sejarah perubatan keluarga, sejarah penyakit atau alahan yang
pernah dialami. Ini akan membantu memastikan sama ada individu tersebut
boleh menerima vaksin tertentu.

8

VAKSIN COVID-19
DI MALAYSIA

Dasar Vaksinasi COVID-19
Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma
kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara). Had
umur adalah 18 tahun ke atas. Perkara ini akan diteliti dari semasa ke semasa.
Pendekatan Kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80%
penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk
mengurangkan penularan virus COVID-19.
Bagi vaksin yang memerlukan dua dos, setiap individu akan mendapat vaksin
daripada jenis yang sama dan tempoh masa menerima vaksin kedua adalah
bergantung kepada jenis vaksin. Sebagai contoh selang masa antara dos pertama
dan dos kedua adalah:

Vaksin akan diedarkan secara berperingkat ke seluruh negara bergantung kepada
bekalan daripada pengeluar.

9

Strategi Pemberian Vaksin dan Kumpulan Sasaran

Strategi pertama
Pemberian vaksin adalah kepada petugas barisan hadapan terutamanya
petugas kesihatan bagi memastikan kumpulan ini terlindung daripada jangkitan
COVID-19. Ini bertujuan memastikan sistem kesihatan dan keselamatan pada
tahap yang optimum.

Strategi kedua
Adalah bagi mengurangkan beban penyakit kepada kumpulan berisiko tinggi
agar terlindung daripada jangkitan COVID-19. Ini sekaligus dapat mengurangkan
beban kepada sistem kesihatan awam Malaysia.

Strategi ketiga
Untuk kawalan wabak, pemberian vaksin akan dijalankan sepanjang fasa dua
dan tiga di kawasan kluster berisiko tinggi melalui penilaian risiko bagi mengawal
penularan penyakit.
Secara keseluruhan, keutamaan pemberian vaksin oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia adalah berdasarkan:
a. Epidemiologi penyakit dan data klinikal

b. Jenis vaksin
c. Faktor operasi
d. Penilaian risiko

Vaksin yang diperolehi tidak melibatkan kanak-kanak. Adakah vaksin
tersebut untuk kegunaan had umur tertentu?
Kajian klinikal vaksin yang dibangunkan pada masa ini tidak melibatkan kumpulan
umur kanak-kanak. Tiada data keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19
terhadap kumpulan ini. Vaksin tidak diberikan sehingga kajian klinikal pembangunan
vaksin menunjukkan ia selamat dan berkesan terhadap kanak-kanak.

10

Portfolio Vaksin COVID-19 Malaysia

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19
sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5

AppaenigtueluVaar vkaskisnin CCOOVVIDI-D19-. 1D9ar?ipada 5 pengeluar vaksin tersebut, vaksin daripada
Va˃kЃs˭i˘n˥ʠʵC˜ˢOˁˇV˘I˖D˛- ˧1˘9˟˔˛ iˠal˘aˠhˣ˘v˥ˢa˟k˘s˛i˜n ˞˘˟˨y˟a˨˦n˔gˡ ˕d˘i˥g˦ˬu˔n˥a˔k˧ ˗a˔n˥˜ˣu˔˗n˔tu ˃k˜˛˔m˞ ʵe˘r˥a˞w˨˔a˦t˔ penyakit
KoKroawnaalvainruDsa2da0h19(PB(CKDO)VdaIDn-N1P9R)A. pVaadkasi8nJianniumarei n20g2a1.nMdaunnagkiaalan4tigcaelnonuvnatkuskinCOVID-19
yankCegOliVmaIDak--a1l9inmmamapeseirhmasnbegedskaaanlngingdi aipskriaosnsteedmsituenrditmaukyaakoelleluahluwMsaaannlaNyjaPsiRnaAgs.keBicetaakarnalabtnuevbrapukehsriinnugdnkaaturtipkbaemdrmaeumlabentuk
imuFenbitriutaerri h20a2d1a, tperptaeknluykakkeipt aCdOa VkeIDlul-u1s9a.n pendaftaran oleh PBKD.
Berikut merupakan bBeekkaalalannvavkasiknsCinOVCIDO-1V9IyDan-1g9diypearnoglehdiiMtearliamysaiaoleh Malaysia:

Vaksin mRNA (termasuk pembelian Virus nyahaktif Vektor virus Vektor virus
Jenis Vaksin melalui Fasiliti COVAX)

Vektor virus

Negara Amerika Syarikat United Kingdom China China Rusia
Pengeluar

Bilangan 2 2 2 1 2
Dos 95% 62% - 90% 50.4% - 91.25% 65.7% 91.6%
-75°C 2-8°C -20°C
Tahap 32 2-8°C 2-8°C
keberkesanan 50% 12.8 12 3.5 6.4
20% 10.9% 10%
Suhu 18.75%
Penyimpanan

Jumlah Dos
(Juta)

% Penduduk
Dilindungi

Negara Amerika Syarikat; UK; Amerika China; Indonesia; China; Mexico; Rusia; Argentina;
yang telah Singapura; Syarikat; Afrika Turki; Chile; Hong Pakistan Brazil; Korea
menggunakan UK; Bahrain; Selatan; Ukraine; Kong; Brazil; Selatan; Belarus
vaksin Kanada; Mexico; Brazil; Kesatuan Cambodia
Switzerland; Eropah; Kanada;
Kesatuan Eropah India

*Bekalan vaksin ini tertakluk kepada rundingan dari semasa ke semasa dan Jumlah keseluruhan dos:
*Maklumat ini adalah betul sehingga 16 Februari 2021 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
66.7 juta meliputi
Sumber: JKJAV
109.65% penduduk

Peratusan keberkesanan vaksin COVID-19 dan mengapakah ianya berbeza?

Keberkesanan, atau seberapa baik vaksin berfungsi dilihat melalui keupayaannya
untuk melindungi individu daripada simptom penyakit Covid-19 melalui vaksinasi.
˃˘˥˔˧˨˦ ˞˘˕˘˥˞˘˦˔ˡ˔ˡ ˕˘˥˕˘˭˔ ˠ˘ˡ˚˜˞˨˧ ˖˔˥˔ ˞˔˝˜˔ˡ ˞˟˜ˡ˜˞˔˟ ˗˜˝˔˟˔ˡ˞˔ˡʟ ˝˘ˡ˜˦ ˩˔˞˦˜ˡʟ
risiko penyakit pada sukarelawan dan pelbagai faktor lain. Walaupun peratusan
˞˘˕˘˥˞˘˦˔ˡ˔ˡˡˬ˔ ˕˘˥˕˘˭˔ʟ ʨʣʘ ˠ˘˥˨ˣ˔˞˔ˡ ˧˔˛˔ˣ ˠ˜ˡ˜ˠ˨ˠ ˞˘˕˘˥˞˘˦˔ˡ˔ˡ ˩˔˞˦˜ˡ
COVID-19 yang ditetapkan oleh WHO. Semua vaksin yang diluluskan oleh NPRA
adalah selamat dan berkesan untuk digunakan di Malaysia.

11

11

Apakah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan?

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melibatkan 3 fasa pemberian vaksin
dan kumpulan sasar seperti berikut:

Kumpulan sasaran bagi 3 fasa pemberian vaksin
dan anggaran individu yang akan divaksinasi.

FASA 1 (Februari – April 2021) 500,000
orang
Kumpulan utama 1

Petugas barisan hadapan yang merangkumi
petugas kesihatan kerajaan dan swasta

Kumpulan utama 2

Petugas barisan hadapan yang merangkumi
perkhidmatan penting* (essential) dan pertahanan

*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh JKJAV

FASA 2 (April – Ogos 2021)

Kumpulan utama 1 9.4 juta
orang
Baki kakitangan penjaga kesihatan serta

perkhidmatan penting dan pertahanan

Kumpulan utama 2

Warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi
mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes
dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU)*

*Maklumat terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Kawalan wabak

FASA 3 (Mei 2021 – Februari 2022) sasaran

Kumpulan utama 13.7 juta
orang/
Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara
& bukan warganegara) lebih

ʾ˘˨˧˔ˠ˔˔ˡ ˗˜˕˘˥˜˞˔ˡ ˞˘ˣ˔˗˔ ˭ˢˡ ˠ˘˥˔˛ʟ ˭ˢˡ ˞˨ˡ˜ˡ˚
˗˔ˡ ˞˘ˠ˨˗˜˔ˡ ˭ˢˡ ˛˜˝˔˨

Kawalan wabak

Sumber: KKM

Kenapa vaksinasi kepada Kejayaan vaksinasi COVID-19 di dunia
18 tahun ke atas sahaja?
Negara yang telah memulakan vaksinasi
Buat masa ini, kebanyakan percubaan COVID-19 telah menunjukkan kesan positif
klinikal yang dijalankan adalah kepada dalam penurunan kes baru COVID-19 di
sukarelawan berumur 18 tahun ke atas. negara masing-masing. Sebagai contoh
Beberapa syarikat vaksin akan melaksanakan sebuah negara yang telah menjalankan
vaksinasi kepada 600,000 penduduk
12 percubaan klinikal terhadap kanak-kanak. telah melaporkan keberkesanan vaksinasi
Justeru, kerajaan akan mempertimbang yang menunjukkan 94% penurunan
penggunaan vaksin COVID-19 kepada kanak- jangkitan COVID-19.
˞˔ˡ˔˞ ˔ˣ˔˕˜˟˔ ˧˘˥˗˔ˣ˔˧ ˗˔˧˔ ˦˔˜ˡ˧˜Ѓ˞
yang membuktikan keberkesanan dan Sumber: Thomson Reuters

Adakah Malaysia akan memberi vaksin COVID-19 secara percuma?
Vaksin COVID-19 diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia dan warga
asing. Walau bagaimanapun, pengambilan vaksin ini adalah tidak diwajibkan
dan diberi kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela.
Keutamaan akan diberikan kepada golongan berisiko dan mudah menghidapi
penyakit.
kerajaan telah memeterai perjanjian pembelian vaksin seperti berikut:

Terdapat banyak jenis Vaksin COVID-19 yang dihasilkan. Bagaimana
Malaysia memastikan vaksin yang dipilih adalah selamat untuk
digunakan?
Kerajaan Malaysia memilih vaksin yang berkualiti tinggi, selamat dan
mempunyai keberkesanan optimum berdasarkan hasil ujian klinikal yang
ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kerajaan juga
memberi jaminan bahawa vaksin yang digunakan adalah melepasi syarat
ketat yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

13

14

Apakah kaedah pelaksanaan vaksinasi COVID-19?
Proses pelaksanaan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
merangkumi proses dari enrolmen kumpulan sasar mengikut keutamaan bagi
setiap fasa yang terlibat sehinggalah pemberian dan pemantauan kesan vaksinasi.
Ia mengguna pakai aplikasi MySejahtera dan Laman Sesawang Khas atau secara
manual bagi masyarakat yang tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran dan temujanji vaksinasi
Pemberian vaksin COVID-19 adalah sukarela tetapi sangat digalakkan bagi
memboleh sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.
Pendaftaran bagi mendapatkan vaksin akan dilaksanakan menerusi kaedah
berikut:

Maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan
menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS

15

PProrsoessesvavakkssininaassiimmeellaalluuii aapplliikkaassii
MMyySSejeajahhteterraa&&LLaammaann SSeessaawwaannggKKhhaass

16 Bagi jenis vaksin satu dos,
proses vaksinasi tamat di langkah 9
*Tertakluk kepada jenis vaksin

Bagi jenis vaksin satu dos, proses
vaksinasi tamat di langkah
* Tertakluk kepada jenis vaksin

18

PrPorsoessevsavkaskisniansaissi esceacraarammaannuuaall

Bagi jenis vaksin satu dos,
proses vaksinasi tamat di langkah 9
*TertBaakgliujekniskveapkasidn asajteundoiss, vpraoksessin

vaksinasi tamat di langkah

* Tertakluk kepada jenis vaksin 17

19

Apakah sasaran Malaysia setelah pendaftaran Vaksin COVID-19
dibuka?
Malaysia mula menerima Vaksin Pfizer-Biontech pada akhir Februari 2021.
Malaysia menyasarkan pemberian vaksin kepada:

18

VAKSIN MENCEGAH
PENYAKIT

Adakah vaksin benar-benar mencegah penyakit?

Melalui imunisasi
• Smallpox telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun

1980. Smallpox adalah penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian
yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada orang yang dijangkiti.
• Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) iaitu rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia
telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.

• Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah
berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin
selamat. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta kanak-kanak dan orang
dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis,
difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.

• Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) memberi perlindungan terhadap
kanser pangkal rahim manakala Vaksin Hepatitis B memberi perlindungan
terhadap kanser hati.

Adakah vaksin memberi perlindungan 100% terhadap penyakit
cegahan vaksin?
Keberkesanan vaksin tidaklah 100%. Tindak balas tubuh seseorang terhadap
vaksin adalah berbeza-beza dan terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak
menghasilkan tindak balas imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil.
Hasilnya, individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin
yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk membantu menguatkan imuniti
terhadap penyakit tertentu. Perlindungan yang diperoleh daripada vaksin adalah
lebih baik daripada tiada perlindungan langsung.

19

Berapa lama tempoh perlindungan yang diperoleh daripada
imunisasi?
Tempoh perlindungan sesuatu vaksin berbeza-beza bergantung kepada jenis
vaksin dan cara penghasilannya. Sesetengah vaksin memberi perlindungan
sepanjang hayat manakala terdapat vaksin yang boleh memberi perlindungan
sehingga 30 tahun. Terdapat juga vaksin yang memerlukan dos tambahan
(booster) untuk memastikan perlindungan berterusan.
Mengapa sesetengah vaksin diberi beberapa kali?
Sesetengah vaksin memberi perlindungan untuk tempoh terhad. Maka, dos
tambahan (booster) diperlukan untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan
dan memastikan antibodi pada paras yang tinggi. Sekiranya anda tidak mengambil
dos tambahan mengikut jadual yang ditetapkan, anda tidak akan dilindungi dengan
berkesan.
Mengapa vaksin perlu diberi mengikut jadual yang ditetapkan?
Vaksin diberi mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Ia bagi memberi
peringatan dan rangsangan kepada tubuh untuk menghasilkan perlindungan
yang berkesan. Jangka masa antara dos vaksin bergantung kepada jenis vaksin
tertentu. Pastikan anda menerima semua dos lengkap pelalian dan patuhilah jadual
imunisasi yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan anda mendapat perlindungan
yang optimum. Sekiranya anda tertinggal satu dos vaksin, sila maklumkan kepada
doktor atau jururawat secepat mungkin. Tarikh baru untuk suntikan dos seterusnya
akan diberikan.

20

Bagaimana vaksin melindungi kita dan orang lain dalam
masyarakat?
Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi daripada jangkitan sesuatu
penyakit cegahan vaksin, bakteria atau virus penyebab penyakit tersebut sukar
mencari seseorang yang boleh dijangkiti. Oleh itu, seluruh masyarakat akan
terlindung daripada jangkitan penyakit tersebut. Ini dinamakan ‘imuniti kelompok’.
Imuniti kelompok hanya dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Ia berupaya
melindungi mereka yang tiada perlindungan imunisasi dan berisiko dijangkiti
bakteria atau virus tersebut. Maka, imunisasi bukan sahaja melindungi individu,
tetapi turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai ahli
masyarakat, kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka yang tidak sesuai
menerima imunisasi seperti kanak-kanak yang menghidap barah dan perlu
menjalani rawatan kemoterapi.

Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan?
Vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kesakitan dan kemerahan
pada tempat suntikan atau demam. Namun kebanyakan kesan sampingan ini
adalah ringan dan sembuh dengan segera. Adalah sukar untuk menjangka siapa
yang akan mengalami kesan sampingan ringan dan siapa yang berkemungkinan
mengalami kesan sampingan yang lebih serius kesan daripada pengambilan
vaksin. Lazimnya kesan sampingan serius amat jarang berlaku. Kementerian
Kesihatan Malaysia memantau keselamatan penggunaan vaksin secara
berterusan. Kakitangan kesihatan daripada fasiliti kesihatan kerajaan, swasta,
syarikat vaksin dan orang awam boleh melaporkan kepada pihak kementerian
sebarang kesan sampingan yang dialami selepas penerimaan vaksin dengan
menghubungi 03 - 7883 5400 atau melalui emel ke alamat [email protected].

21

VAKSIN DARI
SUDUT ISLAM

Apakah pandangan islam mengenai penjagaan kesihatan ummah?
Dalam Islam penjagaan terhadap 5 perkara utama yang terkandung dalam
Maqasid Syar’iyyah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah amat
dituntut. Penjagaan dan pemeliharaan syariat terhadap 5 kriteria asas tersebut
merupakan satu perkara yang sangat penting dalam penentuan syariat Islam.
Kesihatan individu dan masyarakat adalah antara tuntutan agama dan
kehidupan, di mana akan memberi manfaat dan kemaslahatan kepada
kehidupan seluruh umat manusia. Oleh itu, tindakan pencegahan daripada
perkara-perkara yang boleh memudharatkan kesihatan dan nyawa manusia
adalah amat dituntut oleh Islam bersesuaian dengan kaedah Fiqhiyyah
menyekat pintu kerosakan.

Adakah islam membenarkan imunisasi?

Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan
penyakit-penyakit berbahaya yang mengancam nyawa, khususnya kanak-kanak
seperti demam campak (measles), batuk kering (tibi), batuk kokol (pertussis),
difteria, kancing gigi (tetanus) atau polio. Penggunaan vaksin dalam program
imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah
diharuskan oleh syarak selaras dengan kaedah Fiqhiyyah iaitu menolak kerosakan
adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan.

Sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar
sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Program imunisasi ini bukan lagi merupakan kehendak seorang individu tetapi
imunisasi kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

22

Apakah fatwa vaksin COVID-19?
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah
harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan. Penggunaan
vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara
asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak
tahun 1988 lagi. Selain Malaysia, institusi fatwa dunia lain turut memfatwakan
keharusan penggunaan vaksin, antaranya adalah institusi terkemuka al-Azhar
al-Sharif, Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Majma’ Fuqaha’
al-Shari’ah Amerika Syarikat.

23

VAKSIN DARI
SUDUT SAINS

24

Sumber:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

NanoMalaysia

Diterbitkan oleh:

Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Laman Sesawang: www.penerangan.gov.my
E-mel: [email protected]
Portal: dbook.penerangan.gov.my

Jabatan Penerangan Malaysia

@JPenerangan Japenmalaysia

Jabatan Penerangan Jabatan Penerangan
Malaysia Malaysia / Prihatin Rakyat


Click to View FlipBook Version