KENALI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU disediakan oleh S Samprizal B Selamat Unit Media SKTB
MAKLUMAT AM SEKOLAH Kod : ABA2056 Nama : SK TAMAN BERSATU Alamat : TAMAN BERSATU, KAMPUNG KEPAYANG Poskod : 31300 KAMPUNG KEPAYANG Negeri : PERAK DUN : SIMPANG PULAI Parlimen : GOPENG Mukim : SUNGAI RAIA PBT : DEWAN BANDARAYA IPOH No Telefon : 05-3577355 Facebook : https://www.facebook.com/sktamanbersatu E-mel : [email protected] Youtube : https://www.youtube.com/channel/UClBGtYNUou07fYtIWj8GoA/featured (MySENGAT TV / @mysengattv6221)
SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah dibina di atas tanah seluas 3.5 ekar di tengah-tengah kawasan Taman Bersatu di Mukim Sungai Raia, Kampung Kepayang, Daerah Kinta pada tahun 1999. Penubuhannya adalah selaras dengan konsep sekolah bestari. Oleh itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia telah diberi tanggungjawab bagi mendirikan bangunan sekolah ini. Ketika itu, Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan telah merasmikan penanaman cerucuk pada tahun 1999. Awal tahun 2000, pembinaan sekolah ini siap dibina dan En Abdul Rahman bin Hathaitullah telah dilantik menjadi “caretaker” sekolah. Beliau juga telah mencipta Motto sekolah iaitu Guru pemangkin Generasi Gemilang” , manakala lagu sekolah dicipta oleh Pn Suraini binti Nayan. Logo sekolah pula dicipta oleh En Mustaffa bin Mohamad. Sekolah ini beroperasi sepenuhnya pada tanggal 2 Julai 2001 dengan murid seramai 377 orang. Kebanyakan muridnya berasal dari Sekolah Kebangsaan Sungai Raia. Guru Besar yang pertama ialah En Zahari bin Che Ros. Beliau dibantu oleh 19 guru, 4 kakitangan sokongan, 3 pekerja am dan 2 orang pengawal keselamatan.
LENCANA DAN MOTTO Pencipta Lencana Sekolah : En Mustaffa bin Mohamad Pencipta Motto sekolah : En Abdul Rahman bin Hathaitullah
LOGO PIBG Pelancaran logo PIBG SK Taman Bersatu disempurnakan oleh Al Fadhil Ust Harith Fadzillah B Abd Halim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak sempena Mesyuarat Agung tahunan PIBG Kali Ke-7 pada 15 April 2008. PENERANGAN LOGO Petak yang luas memberi maksud komuniti pendidikan yang terdiri daripada seluruh instrumen pendidikan seperti kementerian, jabatan, pejabat pelajaran, sekolah, murid-murid, guru, ibu bapa, penjaga serta masyarakat setempat. Gambaran kepala manusia; didefinisikan sebagai kumpulan terpenting dalam organisasi PIBG iaitu ibu bapa, penjaga dan guru yang menjadikan murid-murid sebagai sasaran kecemerlangan. Tulisan PIBG terpahat di minda menunjukkan kerangka pemikiran semua individu dalam komuniti pendidikan; bahawa PIBG adalah rakan pembangunan yang perlu bergerak seiring, sejalan, sehati, sejiwa dengan wawasan sekolah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Juga menggambarkan peranan besar yang perlu dimainkan oleh PIBG dalam program pembangunan dan kecemerlangan.
LOGO PIBG TAFSIRAN WARNA Biru – melambangkan komuniti pendidikan yang dahagakan ilmu pengetahuan dan program kecemerlangan Ungu – jiwa yang subur dengan semangat toleransi dan musyawarah dalam menyelesaikan sebarang masalah Kuning – sentiasa menjunjung kedaulatan negara Motto “ BERPAKAT MUAFAKAT ” Semangat berpakat, bermuafakat dan bermusyawarah dengan nilai kekeluargaan dalam menjayakan program pembangunan dan menyelesaikan sebarang permasalahan. Logo dicipta oleh En S Samprizal Bin Selamat , Setiausaha PIBG.
Sekolah ini mempunyai pelbagai prasarana seperti 30 bilik darjah, sebuah bilik komputer dan sebuah bilik akses; sebuah pusat sumber, bilik pemulihan, bilik kesihatan, dua buah makmal sains, sebuah surau, dua buah kelas pra sekolah yang berkonsepkan ‘flipped classroom” 4 buah bilik khas serta sebuah dewan tertutup (Dewan Bestari) yang diubah suai daripada bilik darjah, sebuah dewan terbuka (Anjung Bestari), dataran kejat (Dataran Bersatu) dan gelanggang berturap. PRASARANA SEKOLAH
SENARAI GURU BESAR 1 En Zahari bin Che Ros 16.01.2001 hingga 30.11.2003 2 Pn Hjh Sharifah Fatimah bt Syed Baharudin 01.12.2003 hingga 31.12.2006 3 Pn Zainab bt Hj Hussin 16.03.2007 hingga 30.11. 2011 4 Pn Hjh Rohana bt Ahmad Razman 01.12.2012 hingga 07.11 2014 5 En Hasamuddin bin Hussin 08.11.2014 hingga 31.01.2017 6 Pn Suryati binti Haji Othman,PPT 01.02.2017 hingga 06.12.2021 7 Pn Aniza Bt Zakaria 06.12.2021 hingga 01.01.2023 8 Tn Hj Ahmad Azam Shah bin Abd Majid AMP 03.02.2023
SENARAI GURU BESAR 1 En Zahari bin Che Ros 16.01.2001 hingga 30.11.2003 2 Pn Hjh Sharifah Fatimah bt Syed Baharudin 01.12.2003 hingga 31.12.2006
SENARAI GURU BESAR 3 Pn Zainab bt Hj Hussin 16.03.2007 hingga 30.11. 2011 4 Pn Hjh Rohana bt Ahmad Razman 01.12.2012 hingga 07.11 2014
SENARAI GURU BESAR 5 En Hasamuddin bin Hussin 08.11.2014 hingga 31.01.2017 6 Pn Suryati binti Haji Othman,PPT 01.02.2017 hingga 06.12.2021
SENARAI GURU BESAR 7 Pn Aniza Bt Zakaria 06.12.2021 hingga 01.01.2023 8 Tn Hj Ahmad Azam Shah bin Abd Majid AMP 03.02.2023 hingga kini