Robeea'tul A'dawiyah binti Md Idris
6 Seroja
Malam itu aku bersendirian di atas
bangsal di hadapan rumahku. Aku
mahu menyiapkan tugasan dalam
talian yang diberi oleh guru sekolahku.
Telefon bimbit di tanganku menyala
dengan terang secara tiba-tiba.
Aku merenung telefon bimbitku
dengan pelik sambil berkata "apa yang
sedang berlaku? Seperti ada sesuatu
yang tidak kena".
Aku merasakan badanku ditarik masuk
ke dalam telefon bimbitku. Badanku
menjadi sinaran cahaya, semakin lama
semakin kecil hingga muat masuk ke
dalam telefon pintar itu. Aku sangat
terkejut.
-1-
Keadaan di sekelilingku amat gelap.
Aku cuba mencari sumber cahaya
yang berdekatan untuk keluar dari
lubang kegelapan tersebut.
Aku terlihat satu jalan yang boleh
membawaku ke arah sumber cahaya.
Aku terus melalui jalan tersebut.
Sampai di penghujung jalan, aku
terpandang cahaya yang sangat
terang. Aku menutup mataku akibat
cahayanya yang membuatkan mataku
silau. Tidak lama kemudian, aku
membuka mataku dengan perlahan-
lahan dan merasa amat terkejut
melihat alam digital yang dipenuhi
dengan aplikasi yang terdapat dalam
telefon bimbitku .
-2-
Aku mengembara di sekeliling alam
tersebut. Aku melihat banyak robot
yang membantu melancarkan aplikasi
masing-masing. Terdapat aplikasi
Google, WhatsApp, Facebook,
Instagram dan banyak lagi.
Robot-robot tersebut bekerja
sepanjang masa selama 24 jam. Aku
amat kagum melihat bagaimana
telefon bimbitku berfungsi.
-3-
Setelah lama mengembara, aku
berjumpa dengan sebuah robot yang
boleh menerangkan kepadaku
berkenaan dengan alam digital ini
dengan lebih jelas.
Dia membawaku ke setiap stesen
aplikasi dan menerangkan tentangnya.
Barulah aku dapat tahu dengan lebih
terperinci tentang hebatnya alam
digital ini. Setelah itu, aku
mengucapkan terima kasih kepada
robot tersebut lalu meninggalkannya .
-4-
Aku menuju ke sebuah tempat yang
mempunyai sebuah butang yang boleh
membawaku pulang ke rumah.
Setelah berpuas hati tentang alam
digital ini, aku menekan butang
tersebut dan secara automatik aku
sampai di rumah. Aku berasa sangat
gembira kerana dapat mengetahui
tentang ilmu digital dan dapat
menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
-5-