1
2 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN M/S Aturcara Majlis 2 Agenda Mesyuarat 3 Ahli Jawatankuasa Sesi 2022 / 2023 4 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 5-8 Penyata Kewangan 9-15 Kutipan sumbangan PIBG 2023 16 Usul dan Cadangan 17-20 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Ke - 22 21-23 Penerangan Logo PIBG 24 Sekalung Budi Sejambak Bakti 25
3 ATURCARA MAJLIS MASA AKTIVITI 8.30 pagi Pendaftaran ibubapa dan guru Ketibaan tetamu khas 9.00 pagi Ucapan Pengerusi Bacaan Doa Ucapan Penasihat : Tn Haji Ahmad Azam Shah B. Abd Majid A.M.P Ucapan YDP PIBG : En. Zulkefli B. Osman Ucapan Perasmian : En. Mohamad Suhaimi B. Mohamad Tahir (Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings) 10.00 pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 11.30 pagi 12.00 tghari Cabutan Bertuah Bersurai
4 AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat Yang DiPertua PIBG : En. Zulkefli Bin Osman 2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 - Setiausaha : Pn Rozita Binti Ghazali 3. Membentang, Menerima Dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan Terkini - Bendahari : En Faizal B. Abd. Kadir 4. Memilih Ahli Jawatankuasa 5. Membahaskan Usul Dan Cadangan 6. Ucapan Penangguhan
5 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 JAWATAN NAMA Penasihat Guru Besar: Tn. Haji Ahmad Azam Shah B Abd Majid A.M.P Pen. Kanan Pentadbiran: En. Asmawi B Mohamed Mokhtar Pen. Kanan Hal Ehwal Murid: Pn. Julie Sabrina Lam Bt Abdullah Pen. Kanan Kokurikulum: Pn. Sabiha Bt. Abu Bakar Yang Dipertua En. Zulkefli Bin Osman Naib Yang Dipertua Tn. Haji Kamaruddin Bin Ismail Setiausaha Pn. Rozita Bt. Ghazali Naib Setiausaha En. S Samprizal B. Selamat Bendahari En. Faizal B. Abd Kadir Biro Akademik 1. Pn. Nor Emiliya Bt Abd Lateh 2. Pn. Masniza Bt. Mohd Shah 3. En. Azizul Afandi Bin Mohd Nordin 4. Pn. Rogayah Bt Abu Bakar Biro Kebajikan 1. Pn. Rahimah Bt. Abd Aziz 2. Cik Nor Elliany Bt Mohd Isa 3. Pn. Normunirah Bt Awaluddin 4. Pn. Zamratul Hanim Bt Zainuddin Biro Keselamatan 1.En. Mohd Faizal B. Amir 2. Pn. Nurulhudha Bt. Mohd Yusoff 3.En. Azizan Bin Esa 3. En. Yusfadzli Bin Ibrahim Juruaudit Dalaman 1. En. Mohammed Shahril Azwan Bin Zaharudin
6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 Tarikh : 9 April 2022 ( Sabtu ) Masa : 9.00 pagi Lokasi : Dewan Komuniti Taman Bersatu Kehadiran : 90 orang 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Taman Bersatu Encik Zulkefli bin Osman 1.1 YDP PIBG Encik Zulkefli memanjatkan kesyukuran ke hadarat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, diizinkan untuk bertemu dalam satu mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 1.2 YDP PIBG menerangkan tentang peranan PIBG dari segi pembangunan sekolah. YDP PIBG menyeru supaya ibubapa turut sama-sama memberi cadangan untuk pembangunan prasarana sekolah agar persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mencari ilmu. Perkara ini penting kerana dapat memberi anak-anak semangat untuk hadir ke sekolah. 1.3 Beliau juga mencadangkan program-program pembangunan untuk tahun-tahun akan datang seperti: I. mendapatkan permohonan untuk free wifi akan diteruskan II. beliau cuba untuk mendapatkan alat peranti seperti tab atau laptop untuk keperluan murid. III. lampu sportlight akan dipasang di dalam kawasan sekolah Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBGA kali ke 21. Tindakan: Makluman 2.0 Ucapan Guru Besar Puan Aniza binti Zakaria 2.1 Guru Besar Puan Aniza bt Zakaria memberi ucapan dan mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kedatangan ibubapa, guru-guru dan ahli jawantankuasa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 pada sesi 2022/2023. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG atas sokongan dan program yang diadakan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru Besar juga amat berharap AJK PIBG yang baru dapat mengadakan aktiviti yang boleh menambahkan lagi pendapatan dana PIBG kerana tidak boleh bergantung hanya kepada bayaran PIBG. Ini kerana banyak aktiviti-aktiviti pembelajaran di luar jangkaan seperti penyertaan dalam bidang Kokurikulum serta sama-sama berganding bahu memajukan dan menjayakan apa sahaja usaha pihak sekolah untuk faedah, kepentingan dan kemenjadian murid SK Taman Bersatu.
7 2.4 Beliu juga menerangkan tentang jadual anjal dan isu beg berat yang dihadapi oleh muridmurid. Beliau juga memaklumkan pihak sekolah telah dibekalkan Test Kit Covid dan ujian ini akan dilakukan di rumah setiap minggu. Hanya 2 orang sahaja murid yang akan dipilih dari setiap kelas. 2.5 Di akhir ucapan, beliau berharap ibubapa dapat memberi sokongan dan peka terhadap maklumat-maklumat yang disebarkan oleh pihak sekolah serta kerjasama dalam merealisasikan apa jua usaha untuk memajukan sekolah terutama dalam menyediakan keperluan dan kebajikan anak murid di SK Taman Bersatu. Tindakan: Makluman 3.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-20. Pn Rozita membentangkan minit mesyuarat tahunan. Cadangan pengesahan : En Adzraff Bin Azli Sokongan : En Mohd Khairul Almi Bin M.Saleh Nurman 3.0 Membentang Dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022-2023. Pn Rozita membentangkan laporan aktiviti tahunan. Cadangan pengesahan : En Adzraff Bin Azli Sokongan : Nur Ain Bt Radzuan Tindakan: Makluman 4.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan 2021. Cadangan pengesahan : En Mohamed Shahir Azwan Bin Zaharuddin Sokongan : Pn Zetty Zain Hyder Bt Zainuddin 4.1 Encik Mohd Redzwan sebagai bendahari telah memaklumkan pada tahun 2021, pibg tidak mengenakan sebarang kutipan sumbangan yuran PIBG daripada ibubapa. Beliau juga memaklumkan bahawa yuran PIBG akan diteruskan pada tahun ini dengan jumlah kutipan sumbangan RM50 setiap keluarga dengan persetujuan ibubapa dan juga pihak sekolah. Persetujuan ini sebulat suara disokong oleh semua ibu bapa dan guru yang hadir.
8 5.0 Membentang Dan Membahaskan Usul Dan Cadangan BIL PEMBAWA USUL BUTIR-BUTIR USUL & CADANGAN 1 Juliana Bt Mokhtar Menyediakan loker berkunci di dalam kelas untuk murid menyimpan buku. Boleh disewakan secara bulanan 2 Mohd Hanif B. Omar Teh Khadijah Bt Ilias Setiap kelas menyediakan ruangan khas atau tempat simpanan buku teks supaya murid tidak terbeban untuk membawa beg yang berat ke sekolah. Contoh, satu ‘box plastic’ untuk seorang murid. Pihak sekolah boleh mengutip sumbangan wang dari ibubapa untuk hal di atas. 3 Syed Ahmad Nazrin b. Syed Ibrahim Norhafizah Bt. Mohd Johar Mohon sediakan tempat khas/kotak di kelas untuk murid tinggalkan atau simpan buku teks bagi mengurangkan beban beg sekolah yang berat. Mohon setiap guru subjek memberi makluman dalam group telegram kelas berapa buku tulis yang diperlukan, bagi setiap subjek kerana bukan semua ibubapa sedia maklum berkenaan perkara ini. Ini bagi memudahkan kami ibubapa untuk menyusun atur buku anak dengan lebih mudah untuk mengelakkan terlebih bawa buku ke sekolah 4 Shahremy Jurnalis B. Rizal Nur Shazwani Bt Shuhaimi Bagi mengatasi masalah beg berat yang sangat kritikal di kalangan murid sekolah rendah saya mencadangkan usul: Penyediaan loker penyimpanan buku teks di kelas masingmasing. Pembiayaan pembelian loker buku ini boleh dilaksanakan melalui crowd funding (derma 5 Badrul Hisham B. Abdullah @Awang Mazhamiza Bt Ridzuan Memperkasakan program banyak membaca. Memperbanyakkan aktiviti kokurikulum / aktiviti luar kelas 6 Mohd Noor Fadzny B. Noordin Nor Yuslinda Bt Abdul Yazid Kebenaran dan kelonggaran murid perempuan dari darjah 1 hingga 3 pergi ke tandas berteman atas sebab faktor keselamatan yang membawa maksud, sekiranya murid tersebut terjatuh atau lain-lain hal, ada murid lain lagi sebagai saksi atau teman untuk melaporkan pada guru lain. Dari pihak ibubapa kami faham segala undang-undang tertakluk mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun diminta kelonggaran 6.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2022/2023 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan YDP PIBG iaitu Encik Zulkefli Bin Osman yang sedia ada untuk memimpin dan menerajui PIBG Sesi 2022/2023.
9 7.0 Penangguhan En. Zulkefli mengucapkan terima kasih di atas team PIBG untuk membantu kemenjadian murid SKTB. Harapan YDP semoga team PIBG terus berusaha, membantu pihak sekolah dengan cara yang terbaik. Semoga murid SKTB terus sukses. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh: ………………………….. ……………………………………… (ROZITA BINTI GHAZALI) ( ZULKEFLI BIN OSMAN) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 Pencatat: Tuan Norizan Bt Tuan Soh Masniza Bt Md Shah
10 PENYATA KEWANGAN TAHUN 2022
11
12
13
14
15
16
17 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2023 BIL JENIS KUTIPAN PRA SEK (RM) TAHUN 1 (RM) TAHUN 2 (RM) TAHUN 3 (RM) TAHUN 4 (RM) TAHUN 5 (RM) TAHUN 6 (RM) 1. Sumbangan PIBG (Satu Keluarga) 50 50 50 50 50 50 50 2. Sumbangan Dana Kecemerlangan Akademik - 15 15 15 15 15 50 3. Sumbangan Dana Selenggara Makmal Komputer (Satu Keluarga) - 15 15 15 15 15 15 4. Sumbangan Keceriaan & Penyelenggaraan Kelas - 5 5 5 5 5 5 5. Kebajikan - 5 5 5 5 5 5 JUMLAH BESAR (RM) 50 90 90 90 90 90 125
18 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22. BIL . PEMBAWA USUL BUTIR-BUTIR USUL & CADANGAN 1. Suhaidi B. Fadil Noor Amanina Bt. Zainuddin 1. Saya mencadangkan walaupun kebanyakkan peperiksaan dimansuhkan, murid-murid tahap 1 masih mempunyai ujian penilaian dan peperiksaan penilaian. Hal ini kerana, sebagai ibu yang berada dirumah kami ingin mengetahui tahap pembelajaran anak kami, bukanlah sekadar pentaksiran bilik darjah yang diberi tetapi soalan-soalan yang dijawab oleh murid supaya kami dapat mengenalpasti kesalahan dan kelemahan yang harus diperbaiki. 2. Mohammad Syaiful Anuar Siti Aishah 1. Mengusulkan pemberian pinjaman buku teks kepada murid hendaklah yang berada dalam keadaan baik, tidak terkoyak dan tidak hilang muka surat. 2. Mohon pastikan guru-guru minta buku-buku teks yang rosak hendaklah diganti sebelum dihantar pada hujung tahun oleh pelajar. 3. Adzraff B. Azli Salfa Zaima Bt. Hanifah 1. Benarkan murid membawa pulang buku yang dipelajari untuk ulangkaji. 4. Azme B. Salam Siti Nur Aiesyah bt mohamed Zakaria 1. Mohon penambahbaikan fasiliti padang bola dan sukan disekolah. 5. Nor Hazwani bt. Mohd Khoire 1. Isu beg berat 6. Mohammad Arriff Fardillah B. Mohd Rosli Nur Alwani Bt. Shafie 1. Tidak perlu meninggalkan buku di sekolah kerana kadangkala ada buku yang diambil oleh rakan lain. 2. Buku aktiviti diminta untuk bawa pulang, buku tulis juga minta cikgu label supaya ibu boleh tahu buku subjek apa. 3. Jika boleh minta guru tidak pamerkan gambar anak yang tidak bawa buku di telegram/ whatsap, kerana buku tersebut kadang ibu tidak tahu dimana. 7. Noorhazainol B. Derahin Faridah Bt. Abdul Wahab 1. Memberi tumpuan kepada kemahiran Asas 3M 2. Sentiasa memberi dan membudayakan PdP terbaik serta bertaraf dunia.
19 3. Perlu penambahan kipas didalam bilik darjah, kerana cuaca panas. Cadangan, setiap ibubapa berkongsi menyumbang kipas. 8. Mohd Khairi B. Abu Bakar 1. Kebimbangan ibubapa terhadap tahap penguasaan pelajar yang akan ke sekolah menengah. 2. Kesesakan laluan mengambil pelajar semasa pulang sesi persekolahan. 9. Mohd Asri B. Mohamad Isa Nora Shikin Bt. Saharudin 1. Yuran PIBG dapat dipertimbangkan mengikut kos sara hidup semasa yang semakin meningkat. 2. Tidak membebani ibubapa. 10. Siti Fathihah Bt. Hashim 1. Kelancaran trafik sewaktu ambil anak pulang dari sekolah terutama pada hari Jumaat. Minta pengawal bertugas mengawal kelancaran trafik sewaktu ibubapa mengambil anak pulang dari sekolah. 2. Kereta dan motor ibubapa kadang-kadang hampir berlanggar sesama sendiri kerana berebutkan laluan. Minta pihak sekolah ambil berat akan hal ini. 11. Mohd Hasbee B. Seman Rohaidah Bt. Alwi 1. Minta jasa baik cikgu, jika ada memberi arahan pada murid untuk membawa bahan / barang dari rumah, tolong beritahu dalam group telegram lebih awal / waktu persekolahan / sebelum malam untuk digunakan hari esok. Ini untuk elak ibubapa kelam kabut mencari / menyediakannya. Kasihan ibubapa bekerja. 2. Dalam kelas, betul, guru sudah berpesan pada anak murid. Tapi pemahaman mereka (murid tahun 1) tidak seperti murid yang sudah besar. Lain cikgu terangkan, dirumah lain pula mereka minta pada ibubapa. Adakala lupa terus apa yang cikgu pesan. 12. Mohamad Yuzairee b. Yunus Nor Rozieyah Bt. Hj. Mat Zain. 1. Diadakan kelas memanah, kelab memanah yang berhampiran seperti Kelab Memanah Asy Sya’raniyyah Seri Raia dan Kelas Memanah Akademi Cikgu Mohd Amin Botani. 2. Mewujudkan kumpulan Koir Sekolah dan kumpulan Choral Speaking.
20 3. Membuka 2 laluan pada hari Jumaat, laluan ketika balik tahap 1 dan tahap 2 berbeza laluan. 4. Bekerjasama dengan pihak polis dan penjara untuk mengadakan pameran salah laku- akibat dan hukuman. 13. Mohammad Shahril Azuan B. Zaharudin 1. Saya dapati ruang murid-murid menunggu di pintu B sangat sesak terutama pada hari jumaat. Ini kerana sesi pembelajaran semua murid (Tahun 1 hingga 6) tamat pada waktu yang sama iaitu 12 tengahari. Cadangan: Saya ingin mencadangkan supaya sesi pembelajaran bagi murid -murid tahap 1 tamat lebih awal(10 atau 15 minit) berbanding tahap 2 untuk mengurangkan kesesakan diruang menunggu pintu B. 2. Saya dapati ruang murid-murid menunggu dipintu B sangat sesak, sempit dan panas. Cadangan: Saya ingin mencadangkan supaya ruang menunggu pintu B tersebut dinaik taraf dengan membesarkan lagi ruang tersebut supaya dapat menampung jumlah murid yang ramai. Ini termasuk memasang bumbung baru, menambah kerusi dan memasang lebih banyak kipas. 3. Saya mendapati bahawa terdapat kenderaan yang bergerak lajudihadapan sekolah, terutama motosikal yang boleh mengundang bahaya kepada muridmurid. Cadangan: Saya berpendapat, sekurang-kurangnya 3 bonggol perlu diwujudkan supaya kenderaan tidak bergerak terlalu laju. 4. Saya melihat bahawa anak saya kurang mendapat kerja rumah ( hari biasa, hujung minggu mahupun cuti sekolah). hanya subjek matematik sahaja kerap ada kerja rumah. Cadangan: Saya berharap pihak guru boleh menyediakan kerja rumah kepada murid-murid khususnya anak saya supaya mereka ada rasa tanggungjawab untuk menyiapkan kerja rumah tersebut. Tidak bermaksud
21 perlu banyak, asalkan ada tetapi kerap sudah cukup memadai. 5. Saya faham, atas arahan kementerian Pendidikan , murid-murid tidak lagi perlu menduduki ujian/peperiksaan penggal. Namun begitu, kesan daripada pendekatan tersebut, anak saya kurangyakin apabila membuat latihan dirumah. Anak saya terus mengatakan tidak tahu dan tidak faham. Cadangan: Saya harap pihak sekolah dapat memikirkan cara yang baik/ alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.Pada saya, ujian/ peperiksaan dapat menguji kebolehan dan kemampuan anak saya di samping memberi keyakinan diri untuk membuat keputusan. Saya tidak rasa exam oriented itu bermasalah kerana ia memberi tekanan sihat kepada anak-anak kita untuk sentiasa mengulangkaji pelajaran. 14. Shah Ehsan B. Mohd Bakri Nor Ismawati Bt. Ibrahim 1. Aktiviti kecergasan selain daripada hari sukan, contohnya seperti merentas desa. Diharapkan dapat melibatkan murid tahap 1 juga, tetapi pada jarak yang lebih dekat. 15. Joseph A/L R.Thankaraj 1. Mengadakan kembali kelas bahasa ibunda. (kelas bahasa tamil)
22 AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 TAHUN 2023 PENASIHAT : Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid, AMP ( Guru Besar ) PENGERUSI : Encik Zulkefli bin Osman ( Yang Dipertua PIBG ) NAIB PENGERUSI : Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Ismail ( Naib YDP PIBG ) SETIAUSAHA : Puan Rozita binti Ghazali NAIB SETIAUSAHA : Encik S Samprizal bin Selamat BENDAHARI : Encik Faizal bin Abdul Kadir BIL. AJK GURU BIDANG TUGAS 1. PENYAMBUT TETAMU Tuan Haji Ahmad Azam b. Abd Majid, A.M.P Encik Zulkefli b. Osman Tuan Haji Kamaruddin b. Haji Ismail Encik Asmawi b. Mohamed Mokhtar Puan Julie Sabrina Lam bt. Abdullah Puan Sabiha bt. Abu Bakar Menyambut ketibaan tetamu jemputan di pintu utama. Mengiringi tetamu kehormat ke tempat duduk yang disediakan. 2. PERSIAPAN TEMPAT (Sebelum, Semasa, selepas) Cik Nor Faizan bt. Shabudin (K) En. Wan Ahmad Hafizuddin b. Wan Mohd Pn Rohaida bt. Abu Hasan Shaari Pn. Laili Fadilah bt. Mohd Ramli En. Anuar b. Ibrahim Pn. Mazni bt. Mat Zuki Pn. Tuan Norizan bt. Tuan Soh Pn. Norasmah bt. Hashim Memastikan tempat disusun atur dengan kemas. Memastikan bilangan kerusi dan meja cukup semasa majlis berlansung. Mengemas semula tempat mesyuarat. Memastikan kerusi, meja, hiasan dikemas dan disimpan semula di tempat asal.
23 3 PENDAFTARAN Pn. Roselidah bt Puteh Salin (K) Pn. Salwani bt Mustapa @ Mustaffa Pn. Sukma Suria bt. Abdul Rahman Pn. Nooraida bt. Ali Mencatat kehadiran ibu bapa, penjaga dan guru. Mengedarkan buku mesyuarat kepada ibu bapa, penjaga dan guru Memaklumkan kepada SU bilangan kehadiran ibu bapa. 4 SIARAYA / TEKNIKAL En. Mohd Azhar b. Mohamed (K) En. Mohd Izwan b. Normee Menyediakan alat siaraya di Dewan Bestari Sk Taman Bersatu Menyimpan semula peralatan yang digunakan setelah selesai mesyuarat 5 JURUKAMERA En. Mohd Khairil Ikram b. Zulkifly (Gambar) En. Mohammad Faris b. Che Jalil (video) Mengambil gambar dan video Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi & Muat naik di FB Sekolah. 6 BANNER / BUNTING En. Mohd Faizal b. Amir Membuat dan memasang ’Banner dan Bunting. Mengemas dan menyimpan semula selepas mesyuarat. 7 JAMUAN VIP Pn. Nur Asilah bt. Latif (K) Pn. Zaiton bt Tasiriffin Pn. Hadiana bt Ahmad Fauzi Pn. Roita bt. Mat Lin Pn. Basyirah bt. Ahmad Mustafa Menguruskan tempahan makanan untuk tetamu VIP. Memastikan makanan untuk tetamu VIP cukup dan dalam keadaan baik. 8 BACAAN DOA En. Mohd Khairil Ikram b. Zulkifly Menyediakan teks bacaan doa. Membaca doa ketika mesyuarat telah bermula. 9 PENGACARA MAJLIS / PENGERUSI SEMENTARA En. S Samprizal b. Selamat Pn. Ida Madikha bt Hussin Mengacarakan majlis sepanjang mesyuarat berlansung. Menjadi pengerusi sementara selepas AJK PIBG dibubarkan. 10 BUKU PROGRAM / BUKU PELAWAT Pn. Farah Hasdiyana bt Mohammad Hamzah (K) Pn. Raudatul Khalilah bt Ahmad Menyediakan Buku Program Mesyuarat PIBG Mengedarkan Buku Program kepada tetamu Memastikan tetamu kehormat mengisi Buku Pelawat. 11 BUKU MESYUARAT / SLAID En. Faizal b. Abdul Kadir Menyediakan buku mesyuarat sebelum mesyuarat agung berlansung.
24 Pn. Rozita bt. Ghazali Menghantar buku mesyuarat yang telah lengkap untuk difotostat. Menyediakan slaid pembentangan. 12 PENCATAT Pn. Masniza bt. Md Shah (K) Cik Elliyani bt Mohd Isa Pn. Nurulhudha Mohd Yussoff Mencatat minit semasa mesyuarat dijalankan Menyerahkan minit mesyuarat kepada SU untuk tindakan lanjut 13 CENDERAMATA/SIJIL Pn. Emiliya bt Abd Lateh (K) Pn. Vanitha Dewi a/p Kanagasabapathy Menyediakan dan menyampaikan cenderamata kepada jemputan diakhir majlis. 14 CABUTAN BERTUAH Pn. Noraini bt Mohamed (K) Cik Joyce Shanti a/p Aroldoss @ Aruldas Pn. Siti Nolisa Nordzi Cik Nurul Nabilah bt Halmi Pn. Suryani Mohamed Said Menyediakan nombor-nombor untuk dilekatkan pada hadiah cabutan bertuah. Menyampaikan hadiah kepada pemenang. 15 DOKUMENTASI Pn. Kamilah bt Omran Mengumpul semua maklumat untuk didokumentasikan. Membuat dokumentasi dengan Kerjasama SU PIBG 16 MAKANAN IBU BAPA DAN GURU Pn. Rahimah bt Abd Aziz (K) Pn. Jamiah bt Mustapa Pn. Norasiah bt Abdullah Pn. Rohazawati bt Ahmad Pn. Nor Fadhlina bt Mat Nurudin @ Nordin Mengedarkan makanan kepada guru dan ibubapa yang hadir. 17 PARKING / KESELAMATAN En. Yussof b. Hamid En. Chandran a/l Doraisamy Memastikan ibubapa dan tetamu parking ditempat yang betul Menjaga keselamatan semasa majlis berlangsung
25 LOGO PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU, SIMPANG PULAI, IPOH PENERANGAN LOGO Petak yang luas memberi maksud komuniti pendidikan yang terdiri daripada seluruh instrumen pendidikan seperti kementerian, jabatan, pejabat pelajaran, sekolah, murid-murid, guru, ibu bapa, penjaga serta masyarakat setempat. Gambaran kepala manusia; didefinisikan sebagai kumpulan terpenting dalam organisasi PIBG iaitu ibu bapa, penjaga dan guru yang menjadikan murid-murid sebagai sasaran kecemerlangan. Tulisan PIBG terpahat di minda menunjukkan kerangka pemikiran semua individu dalam komuniti pendidikan; bahawa PIBG adalah rakan pembangunan yang perlu bergerak seiring, sejalan, sehati, sejiwa dengan wawasan sekolah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Juga menggambarkan peranan besar yang perlu dimainkan oleh PIBG dalam program pembangunan dan kecemerlangan. TAFSIRAN WARNA Biru – melambangkan komuniti pendidikan yang dahagakan ilmu pengetahuan dan program kecemerlangan Ungu – jiwa yang subur dengan semangat toleransi dan musyawarah dalam menyelesaikan sebarang masalah Kuning – sentiasa menjunjung kedaulatan Negara Motto “ BERPAKAT MUAFAKAT ” Semangat berpakat, bermuafakat dan bermusyawarah dengan nilai kekeluargaan dalam menjayakan program pembangunan dan menyelesaikan sebarang permasalahan.
26 Sekalung Budi Sejambak Bakti Seluruh warga Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Taman Bersatu, Simpang Pulai , Ipoh dan dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-22 merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada; Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Azam Shah B. Abd Majid AMP Guru Besar SK Taman Bersatu En Zulkefli B. Osman Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Kamaruddin B. Haji Ismail Naib Yang DiPertua PIBG Guru-Guru Penolong Kanan Ahli Jawatankuasa Kerja PIBG Guru-Guru Ibu Bapa/Penjaga Serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ini sama ada secara langsung, mahupun tidak langsung. TIADA KATA SECANTIK BAHASA NAK DINYATAKAN RASA BAHAGIA TIADA GAMBAR SEINDAH LUKISAN NAK DITUNJUKKAN PERASAAN HANYA TERIMA KASIH KAMI SAJIKAN TANDA PENGHARGAAN YANG BERKEKALAN