PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021
Ughh.... Adik!!!!
.....Abang!!!
Sedarlah dari bayangan hitammu! Ini aku,
adikmu! Aku merinduimu......
Nama aku Hiliese, satu-satunya puteri dari
kerajaan Elmir. Semua rakyat panggilku
Puteri Lily. Aku mempunyai seorang abang
yang bernama Lucas. Dia seorang kesatria
termuda dan hebat serta mempunyai sikap
berani ,lemah lembut ,baik hati dan selalu
tersenyum. Dia sentiasa meluangkan
masanya denganku walaupun sibuk dengan
kerjanya sebagai seorang Putera Mahkota
dan Kesatria terpuji. Aku dengan abangku
terlalu rapat dan sentiasa bersama
menemani satu sama lain.
Tetapi semuanya tidak kekal seperti yang
diimpikan.
Ketika umurku 13 tahun, aku dihantar oleh
ayahanda ke kerajaan Carna untuk menjalani
ujian seorang ratu. Aku terpaksa berpisah
dengan abangku.
1
“Adinda tidak mahu pergi ke sana untuk
mejalani ujian ratu. Aku tidak mahu!
Bukankah aku terlalu muda?! Aku mahu
tinggal dengan abang! Bagaimana kalau
abang sakit, tengking aku kepada ayahanda”
Abangku terdengar perbualanku bersama
ayahanda sewaktu acara perpisahan tamat,
lalu berjalan menuju ke arahku dan berkata
“Tidak akan ada apa apa terjadi pada abang.
Kamu pergilah ke sana dan bertemu rakan
yang baru serta belajar menjadi seorang
ratu yang baik dan berdikari. Abang janji
akan setiasa mengirim surat kepadamu ya!,
kata abangku sambil mengusap kepalaku”
Mungkin aku terlalu keterlaluan. Aku hanya
berkata “Ya” lalu memeluk abangku sebelum
pergi sambil mengelap air mata yang
mengalir di pipi. Kemudian aku pun bertolak
ke kerajaan Carna dengan menaiki kereta
kuda.
2
Tidak kusangka sudah 4 tahun aku berada di
sini. Kini aku sudah berusia 17 tahun. Aku
bersyukur dapat menemui rakan yang
penyayang dan baik hati serta prihatin. Aku
juga sering mendapat surat dari abang
seperti yang dijanjikan. Aku juga kadang
kadang diberi peluang untuk pulang ke
kerajaan kesayanganku dan bertemu dengan
keluarga. Aku berasa sangat gembira!
Tetapi kegembiraan itu hanya sementara,
sepanjang 4 tahun itu pelbagai benda pelik,
menakutkan dan kematian berlaku di
kerajaanku. Setahun selepasku
meninggalkan kerajaan, bonda dan
ayahanda kesayanganku pergi buat
selamanya. Bonda diracun oleh pelayan
yang dirasuk sihir hitam sewaktu acara
minum teh bersama rakannya manakala
ayahanda dibunuh oleh angkatan setia raja
kegelapan yang digeruni sewaktu meronda
keliling istana.
3
Abang yang pertama mendengar berita
tersebut terkejut lalu pergi ke bilik rawatan
istana. Selepas melihat sendiri dengan
matanya ada pelayan berkata bahawa abang
mengunci pintu biliknya dan berkurung, ada
juga yang berkata abang menangis air mata
darah.. Aku yang mendengar berita tersebut
dari pelayan istana kerajaan Carna terus
meminta izin untuk pulang . Setibanya di
bilik rawatan aku hanya mampu menangis
dan memeluk kedua-dua mayat orang tuaku.
Mereka pergi pada hari yang sama.
Banyak persoalan terlintas di fikiran ku.
Apakah aku tak sepatutnya ikut ujian itu dan
duduk di istana dan menjaga bunda dan
ayahnda? Ayat yang sama mengelilingi
fikiranku. Kemudian aku tersedar kalau aku
masih ada abang yang aku cintai. Aku cuba
mencari abang selepas acara pemakaman.
Sewaktu pemakaman aku tidak nampak
langsung sosok diri abang. Aku sudah
mencari dia di seluruh tempat termasuk
tempat berlatihnya tetapi tidak ada.
4
Aku teringat kata kata pelayan. Aku terus
berlari menuju ke bilik abang dan mengetuk
pintu.
“Abang, abang ada di dalam?,terdengar
suaraku yang seaka- akan baru sahaja habis
menangis”
Tiba-tiba pintu terbuka dan aku akhirnya
dapat melihat abang.
“Adik nak apa? Adik sakit?, kata abang
sambil mengusap kepalaku”.
“Tidak! Adik cuma risau dekat abang sebab
abang takda waktu acara pemakaman,
jawab aku”
Walaupun aku tahu abang risaukanku dan
hanya tersenyum aku tetap boleh melihat
kesan air mata. Tiba-tiba air mata abang
mengalir. Aku terkejut itu pertama kalinya
aku melihat abang menangis.
Abang mula meluahkan isi hatinya.
5
“Adik!!!! Hish...Hish....Jangan tinggalkan
abang ya. Abang minta maaf tak dapat
lindungi bonda dan ayahanda....Hish..Hish..
Abang sepatutnya larang mereka keluar tapi
tapi bonda dah berjanji bersama rakannya,
ayahanda juga memaksa dirinya meronda
walaupun tidak digalakkan, katanya itu
tugasnya sebagai raja...... Hish...Hish.. Abang
takut kalau abang tidak akan bahagia, abang
takut kehilangan kamu lagi
sekali!!!....hisk....hisk, kata abang sambil
menangis kesakitan”.
Setelah penat meluahkan isi hati dan
menangis abang terlelap di bahuku, aku
memimpin abang ke katilnya lalu keluar dari
bilik.
6
Aku tidak berkata apa pun. Hanya berdiri diam
dan akhirnya tersedar dengan sendirinya lalu
aku berkata apakah abang selama ini
menderita? Senyuman itu adakah palsu? Apa
yang dimaksudkan “takut kehilangan kamu”?
Aku pernah hilang ke? Semua berlaku sebab
raja sihir tukan? Banyak soalan yang terlintas
di kepalaku tambah lagi dengan keadaan
sekarang ni. Apa abang tak apa apa?
Keesokan harinya, aku pergi ke bilik abang lalu
mengetuk pintu untuk mengajak sarapan,
abang hanya menjawab dia tiada selera. Aku
hanya berkata baik, sebab aku tahu aku tak
boleh paksa abang dalam keadaan sekarang
ini.
“Aku harus beri abang ruang!,tambahku lagi”.
Jam demi jam aku tetap menunggu abang
membuka pintunya hingga ke larut malam
tetapi pintunya tidak terbuka walaupun
sedikit.
7
Aku mulai risau. “Abang tidak makan dari
pagi bagaimana ini?, soal aku”
Semua pertanyaan semalam asyik berlegar
di fikiranku. Apa yang harus kulakukan? Jadi
aku cuba tenangkan fikiran di taman .
Kemudian aku teringat semua kejadian yang
berlaku ada kaitan dengan sihir hitam, jadi
aku yakin kalau raja kegelapan sudah
merancang ini dari awal..
Tiba-tiba aku terdengar bunyi kaca pecah,
datang dari billik abang. Aku terus
memasuki biliknya dan melihat abang hanya
terbaring diatas lantai dan semua barangnya
bersepah.Aku waktu itu hanya menumpukan
keadaan abang lalu menjerit memanggil
doktor. Sementara menuggu doktor tiba, aku
menggunakan sihirku untuk membantu
merawat abang.
Akhirnya doktor tiba lalu memeriksa
keadaan abang. Doktor berkata abang
mengalami tekanan dan emosi.
8
Setelah mendengar penjelasan doktor aku
pun pergi ke bilik abang. Dan melihat sekitar
tempat. Aku baru pertama kali masuk ke
bilik abang tapi rasa macam selalu masuk.
Tiba-tiba ingatan ku jadi kacau. Satu ingatan
yang pelik terlintas di kepalaku.
“Cepat panggil doktor!”
Lily kamu tak apa apa?.... LILY!!!!
BRUK!
Tiba-tiba aku merasa lelah dan panas.
“I..ingatan a...apa tu?!”kata aku seorang diri
menggigil ketakutan sambil menangis” Aku
masih tidak dapat meneka tentang apa
ingatan itu,ingatanku masih samar-samar.
Dalam waktu yang sama abang bagun.Dia
mula marah marah kepada pelayan dan
doktor dan berkata perkara yang pelik.
“Jangan ejek aku! Kau tak dengar apa aku
kata!?,kata abang dengan riak mata yang
garang.”
8
Tiba -tiba ada satu aura muncul dibelakang
abang aku lalu membawanya pergi .
Aku yang melihat kejadian itu dengan
mataku sendiri betul betul terkejut. “Apa
yang terjadi sebenarnya!”, bisik aku dalam
hati.
Tiba - tiba penyihir istana datang dan
memeriksa keliling bilik rawatan. Dan
mendapati mungkin abang dirasuk raja
kegelapan.
Aku terus memotong percakapannya.
“Tidak! Abang tak akan dirasuk!, tambah
aku lagi”.
Tuan puteri, dengar apa yang patik nak kata,
tuanku mudah dirasuk kerana kesedihan dan
kekesalan yang menguasai dirinya menjadi
kuat. Ditambah lagi atas pemergian Yang
Mulia Permaisuri dan Raja. Tuan puteri perlu
sedarkan tuanku, itulah satu-satunya cara
dalam masa yang sama kami akan cuba
membunuh raja kegelapan selepas dia
keluar dari badan tuanku. Tuan puteri tidak
perlu risau! Kami semua sedia membantu.
10
Setelah mendengar penjelasannya hati ku
mulai tenang sambil air mata mula mengalir.
Kemudian aku masuk ke bilik dan berfikir
apa ingatan itu ada kaitan dengan abang?
Apa yang terjadi semuanya ada kaitannya
denganku kah?
Tiga hari kemudian, kami mula menyusun
rencana dan mengumpan abang datang ke
istana tetapi tidak berhasil. Raja kegelapan
dapat mengetahui semua rencana kami.
Hampir sebahagian istana diletupkan dan
ada beberapa pelayan dan kesatria
mengalami kecederaan. Seorang bangsawan
yang kebetulan melalui kawasan itu terkejut
melihat abang dikawal oleh raja kegelapan
dan tidak sengaja mendengar perbualan
kami mengenai sihir hitam. Dia terus
menghebohkan tentang itu dan ia sudah
menjadi berita yang hangat di kerajaan ini
dengan sekelip mata.
11
Aku hanya menumpukan untuk
menyelamatkan abang dahulu walaupun
badan aku sudah diselemuti sedikit darah
sewaktu mengelakkan letupan menjadi lebih
teruk. Abang adalah satu satunya
matahariku yang paling berharga. Aku mahu
selamatkan abang!
Air mata abang mengalir sambil berkata
“a...a..adik!” dengan riak wajah yang sakit
dan kesal serta risau. Melihat wajah abang
yang begitu, ingatan pelikku itu menjadi
jelas. Wajah itu juga dipasang di dalam
ingatan tu. Apa yang aku nampak dalam
ingatan tu adalah aku pernah megalami
kecelakaan dan abang melihat kejadian itu,
kemudian aku hilang ingatan tentang apa
yang berlaku. Apa yang aku ingat adalah aku
seorang puteri, mempunyai seorang abang
dan keluarga yang penyanyang serta bercita-
cita mahu menjadi seorang penyihir menara
yang hebat.
12
Air mata mengalir laju. “Bagaimana aku
boleh lupa? Mesti abang kesal tidak dapat
menyelamatkanku waktu itu sebab itu
abang pura-pura gembira dan
menyembunyikan kesedihan dan
kekesalannya semata mata hanya mahu
membuatku tersenyum! Bagaimana aku
boleh tidak terfikir?” Kata aku.
“Aku mahu membantu abang. Aku mahu
melihat senyuman abang yang ikhlas! Aku
mahu abang bahagia! Aku sayang abang!”
kata aku di dalam hati.
“Abang, sedarlah!” “Lawan dari
kekesalanmu itu! Aku menunggumu
pulang!” tambah aku lagi.
13
Aku mahu abang sedar kalau ini semua
bukan salah abang. Ini takdir. Ini takdir kalau
haritu aku kecelakaan. Ini takdir kalau bonda
dan ayahanda terpaksa pergi. Aku menjerit
lagi sambil menangis berharap abang dengar
suaraku. “ Aku maafkan abang!” Aku
rindukan abang!” “Aku cintakan abang” dan
ayat terakhir yang keluar dari aku adalah
“AKU ADIK PEREMPUANMU! SEDARLAH! ”.
Semu pekerja istana hanya terkejut melihat
dan berdoa agar kami semua selamat.
Tiba tiba satu cahaya menerangi abang ,raja
kegelapan mula keluar dari badannya.
Penyihir istana terus menangkapnya dan
menyumpahnya. Aku pula terus berlari
kearah abang dan memeluknya lalu berkata,
“aku dah balik” sambil menangis Abang
memeluk aku balik dan berkata abang minta
maaf dan terima kasih sambil menangis.
14
Aku dan abang dibawa ke bilik rawatan
untuk diperiksa, nasib baik kami hanya
mengalami cedera ringan. Setelah sihat
abang menceritakan semua yang dipendam
kepadaku. Aku hanya gembira tidak ada
rahsia di antara kami. Aku bersyukur
semuanya pulih semula dan memaafkan
abang, mungkin aku juga ada salah jadi aku
tak sepenuhnya salahkan abang.
Rakyat yang sudah mengetahui perkara
sebenar pun gembira dan memaafkan
abang.
Abang juga berjanji tidak akan mengulangi
perkara yang sama. Abang adalah
matahariku. Aku sangat takut kalau cahaya
abang mulai hilang. Jadi mulai sekarang aku
akan menjaga cahaya tu dan akan
membuatkan abang sentiasa gembira
,tersenyum dan bahagia.....
“ Jadi aku harap kebahagian yang aku
rasakan sekarang akan sentiasa kekal”
15
1