The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

OLEH

Ahmad Zufairy Mikail Bin Arbain

6 SEROJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-08-22 11:52:49

AYAH

OLEH

Ahmad Zufairy Mikail Bin Arbain

6 SEROJA

Ahmad Zufairy Mikail Bin Arbain
6 Seroja

Ayah adalah nama yang tidak dapat
dipisahkan dalam nama seseorang
manusia. Ayahku ialah seorang yang
sangat tegas di dalam mendidik kami
anak-anaknya kerana ayah ingin
melihat kami berjaya dalam kehidupan.

Ayah akan sering menasihati aku
supaya sentiasa berusaha untuk
mencapai kejayaan pada masa
hadapan. Namun begitu, ayahku juga
seorang yang sangat penyayang kepada
kami. Ayah sering bermain bersama
dengan kami pada waktu lapang.

..1..

Namaku ialah Umar. Aku tinggal di
Pengkalan Bandaraya Ipoh. Aku tinggal
bersama ayah, ibu, dua orang abang dan
seorang adik. Aku telah tinggal di rumah
ini selama 10 tahun. Di tepi rumahku
terdapat tanah sekangkang kera. Ayahku
sangat sayang akan tanah di sebelah
rumah itu.

..2..

Setiap pagi, selepas menghantar aku ke
sekolah ayahku akan mula berkebun.
Ayah bekerja dengan pantas dan cekap.
Ayahku sangat rajin bercucuk tanam.
Ayah sentiasa membersihkan kebunnya
pada waktu pagi dan petang. Dia
menanam pokok pisang, betik, serai,
mangga, jambu, belimbing besi dan ubi
kayu di atas tanah di tepi rumah. Ayah
akan membahagikan hasil tanamannya
kepada jiran-jiran kami untuk
mengeratkan silaturahim sesama kami.

..3..

Aku amat kagum dengan sikap rajin
ayahku. Oleh yang demikian. Aku sangat
menghargai dan menyayangi ayahku.
Ayah ibarat tunjang kehidupan yang
mampu membimbing aku ke arah
menjadi insan yang berguna. Tanpa ayah,
hidupku tidak akan sempurna dan penuh
dengan kesepian.

..4..

Ayah adalah insan yang cukup
bermakna di dunia ini. Aku tidak akan
sesekali melukai hati ayahku, kerana
aku tahu ayah akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk melihat
kejayaanku kelak.
Sayangi dan kasihilah ayah kita
sepanjang masa.

..5..

PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2

Cerita pendek oleh

Ahmad Zufairy Mikail Bin Arbain
6 SEROJA

Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022


Click to View FlipBook Version