The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA PENDEK TAHAP 2
Oleh Ahmad Izz Ulwan
5 Teratai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-10-26 10:22:12

Salji Pertama di Suwon

CERITA PENDEK TAHAP 2
Oleh Ahmad Izz Ulwan
5 Teratai

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

23 November 2017, kira-kira pukul 10.00
malam. Ayah dan umi mengajak aku keluar
dari bilik hotel. Kata ayah salji mungkin akan
turun. Oh, betulkah?
Kami hanya memakai pakaian nipis sahaja.
Sampai sahaja di lobi Hotel Landmark,
Suwon-Si, Korea Selatan. Hampir semua ahli
rombongan sudah berada di luar hotel. "Salji
nak turut!" jerit mereka.
Ayah dan umi mengajak aku naik ke atas.
Kali ni, kami tukar pakaian. Pakai baju
beberapa lapis. Pakai juga baju sejuk. "Pakai
stokin," umi memberi arahan.

1

Sebelum turun ke bawah. Ayah mengetuk
pintu bilik dua orang abangku yang
berkongsi bilik. Abang Harraz dan Abang
Fatih. Umi pula mengetuk pintu bilik Kakak
Aina yang duduk seorang di biliknya.

Mereka bergegas ke bawah. Dan nampak
wajah yang sangat ceria. Mana tidaknya.
Inilah pertama kali dalam hidup kami dapat
memegang salji. Sebelum ini kami hanya
berangan-angan sahaja.

Sampai sahaja di bawah, jalan raya di
kawasan Hotel Landmark, Suwon sudah
dipenuhi orang ramai. Bukan sahaja
pelancong asing. Penduduk tempatan pun
ramai memenuhi semua kawasan.

2

Menurut pemandu pelancong, yang
namanya entah, aku pun tak tahu
mengatakan salji pertama memang
dinantikan oleh orang Korea. Salji pertama
yang turun akan menyempurnakan hajat.
Oleh itu, mereka akan memohon hajat
tertentu apabila salji mula turun.

Aku peduli apa dengan hajat. Yang penting
hajat dan impianku untuk memegang salji
tercapai.

Aku mendongak ke langit. Aku dapat melihat
jatuhan debu-debu putih dalam kegelapan
malam. Debu-debu itu membiaskan cahaya
daripada lampu jalan dan lampu bangunan
tinggi di Suwon. Sungguh cantik.

3

Seperti hujan. Tetapi bukan air. Aku
membayangkan mamak cendol memesin ais
batu di langit. Lalu, habuk-habuk ais jatuh
bertaburan di bumi.
Tak kisahlah, mamak cendol ka, apa ka. Yang
penting aku dapat merasai suasana salji.
Satu pengalaman yang tidak akan aku rasai
di Malaysia.
Sejuk? Entahlah. Pada masa itu aku tidak
berasa sejuk pun. Rasa teruja bermain
dengan salji menyebabkan sejuk itu hilang
entah ke mana. Lagi pun, aku memakai baju
tebal. Siap dengan sarung tangan tebal.

4

Kenderaan yang lalu-lalang di hadapan
hotel, dipandu dengan perlahan sekali.
Malah ada yang memberhentikan
kenderaan mereka di tepi jalan dan turut
serta dengan orang ramai di situ. Semakin
lama, semakin ramai. Aku dapati penduduk
tempatan turut gembira menyambut hujan
salji pertama.

Riuh-rendah rendah suara pelbagai bahasa.
Ada yang berbahasa Melayu, bahasa Korea,
bahasa Inggeris dan lain-lain lagi. Suasa
manusia berselang-seli dengan sorakan dan
tawa. Berselang-seli dengan angin dan salji.

Kami bergerak di sebuah taman
berhampiran hotel. Sebuah kawasan lapang
yang ditumbuhi pokok dan dihiasai lampu
warna-warni. Di situ aku, abang, kakak, ayah
dan umi bermain-main salji. Aku berlari-lari
sekitar pokok sambil mengepal ketulan salji.

5

""Hati-hati,"" pesan ayahku.
Aku, abang dan kakak saling membaling
ketulan salji ke arah satu sama lain. Tak sakit
pun. Malah, seronoknya rasa.
"Yang ni kalau bubuh susu, kacang dengan
sirap, jadilah ais kacang," kata umi
menunjukkan kepalan salji di tangannya.
"Eh.... Jangan makanlah," tegah kakakku
apabila aku menyuapkan salji ke dalam
mulut.

6

Agak lama juga kami bermain-main di
kawasan lapang tersebut. Aku lihat, ayah,
umi serta kawan-kawan mereka sibuk
bergambar dan merakam video. Untuk
kenang-kenangan kata mereka.
Aku tak peduli sangat, yang penting inilah
pengalaman pertama ku bermain salji. Dan
ini adalah salji pertama di Suwon-Si Korea
Selatan.

7

8

9

10


Click to View FlipBook Version