CERITA PENDEK PKP RAMA-RAMA
Nur Hani Humaira Bt Syahrul Azwan ( 6 Kenanga )
Seorang budak lelaki bersiar-siar di taman, dia
ternampak seekor rama-rama yang sangat cantik.
Budak itu mahu menangkap rerama itu untuk uji kaji di
makmal di sekolahnya. Rerama itu terbang untuk
menyelamatkan dirinya. Setelah dicuba beberapa kali,
dia masih gagal menangkap rerama itu. Dia berasa
putus asa lalu pulang ke rumah.
Kali ini dia mendapatkan bantuan daripada ibu bapanya. Dengan
bantuan Ibu bapanya, dia
berjaya menangkap seekor
rerama. Rerama itu akan
Dibawa ke sekolah untuk
tujuan uji kaji.
Pengajaran : kita hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh.
Program Bacaan Digital, e-ulat Buku & e-NILAM SKTB 2020
NASI GORENG PKP CERITA PENDEK PKP
Siti Nur Maisarah Bt Mat Rozeli ( 6 Kenanga)
Ketika PKP dilaksanakan, saya hanya asyik bermain permainan video
menggunakan telefon bimbit. Kakak saya mengajak saya memasak
bersamanya supaya tidak membuang masa. Pada peringkat awal, saya
hanya melihat sahaja. Saya memang tidak tahu memasak.
Keesokan harinya, saya cuba menggoreng nasi. Hmmmm…. Nasi itu tidak
sedap. Saya pun tak lalu nak makan.
Kakak hanya tersenyum. Dia mengajar cara-cara memasak
kepada saya. Bermula dari menumis rencah hinggalah
menghidang nasi yang sudah dimasak.
Saya menghidangkan nasi goreng itu
kepada ibu bapa saya. Mereka
menunjukkan simbol bagus. Nasi
goreng itu dimakan sampai licin.
Sejak itu saya mula mencuba resepi
yang lain.
Pengajaran : kita hendaklah berani mencuba
Program Bacaan Digital, e-ulat Buku & e-NILAM SKTB 2020
Arnab dan Tupai CERITA PENDEK PKP
Nurkhairunnisa bt Yusmadi( 6 Kenanga)
Arnab dan tupai merupakan sepasang sahabat yang karib. Setiap hari
mereka menghabiskan masa bersama di dalam hutan. Pada suatu hari
Tupai berkata kepada Arnab “ Sekarang musim hujan, mari kita
membuat sarang.”
Arnab menjawab, “Nanti-nantilah. Masa masih panjang lagi.”
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Arnab dan Tupai
basah kuyup. “Alangkah bagusnya jika kita membuat sarang tadi.
Esok saya mahu mengumpul kayu membuat sarang,” kata Tupai.
Keesokan harinya Tupai mula mencari kayu untuk membuat sarang,
tetapi Arnab masih sibuk mencari makanan. Tupai mencari
kayu tanpa mempedulikan Arnab.
Petangnya, hujan turun dengan lebat. Ribut kencang melanda
hutan itu. Arnab kesejukan. Dia mula terfikir “esok aku perlu
membuat sarang supaya aku tidak kesejukan lagi.”
Pengajaran : kita hendaklah mendengar nasihat yang baik
Program Bacaan Digital, e-ulat Buku & e-NILAM SKTB 2020
DONUT ISTIMEWA CERITA PENDEK PKP
Nurdania Humaira Bt Aminuddin( 6 Kenanga)
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya dan ibu
memasak kuih. Kuih yang kami sediakan ialah donut.
Pagi-pagi lagi ibu sudah menyediakan doh. Saya menolong ibu menimbang
doh supaya donut yang dihasilkan nanti sama besar. Kami berbual-bual
sementara menunggu doh itu menjadi kembang.
Setelah itu, ayah saya datang membantu. Ayah membentukkan donut itu
seperti pizza. Saya pula menggoreng donut yang telah dibentuk.
Abang saya yang mahir dalam seni, membuat hiasan
di atas donut bentuk pizza tadi. Bentuknya memang
sama seperti pizza. Setelah siap kami makan donut
itu bersama-sama. Kami juga memberikan donut
istimewa itu kepada jiran tetangga.
Pengajaran : bekerjasamalah dalam sesuatu pekerjaan
Program Bacaan Digital, e-ulat Buku & e-NILAM SKTB 2020
GELANDANGAN DAN JORAN
Syarifuddin Syimir ( 6 Kenanga)
Seorang gelandangan yang amat lapar pergi ke pinggir
hutan untuk mencari makanan. Dia menuju ke arah
sebuah tasik untuk memancing. Pancingnya langsung
tidak mengena.
Setelah lama menunggu di terdengar jeritan seorang tua yang terjatuh ke
dalam tasik. Dengan segera dia mencampak jorannya lalu menyelamatkan
orang tua tersebut.
Orang tua itu terselamat lalu berkata “Pak cik tiada apa-apa untuk diberikan
kepada kamu. Ambillah joran ini, lagi pun joran kamu sudah hilang.”
Dengan menggunakan joran pemberian orang tua itu, dia pun memancing
semula. Sungguh gembira apabila umpannya disambar ikan yang besar.
Dengan segera gelandangan itu membawa ikan pulang.
Ketika menyiang ikan itu, dia mendapati dalam perut ikan itu ada seutas
rantai emas. Dia amat besyukur.
Pengajaran : kita hendaklah berbuat baik sesama manusia.
Program Bacaan Digital, e-ulat Buku & e-NILAM SKTB 2020
Cg Sam 2020