The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan PdPR Bahasa Melayu Mei 2021 oleh Sashi Varman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-05-19 09:37:21

Lemang Daun Lerek

Tugasan PdPR Bahasa Melayu Mei 2021 oleh Sashi Varman

Oleh : SASHI VARMAAN
6 Seroja

Sebelum menjelang raya, saya
bersama ibu saya telah memasak
kuih lemang. Inilah pengalaman
pertama saya memasak lemang.
Kuih Lemang adalah makanan
tradisional Minang yang diperbuat
daripada beras pulut, santan dan
garam, dimasak dalam tiub buluh
berlubang yang dilapisi daun pisang
untuk mengelakkan beras melekat
pada buluh.

1

Ibu saya mula memasak lemang
dengan menggunakan daun lerek.
Daun lerek merupakan daun yang
tumbuh liar di hutan. Daun ini
digunakan untuk membungkus
lemang setelah dimasak dan
dihidangkan

Pokok lerek dan
pokok buluh banyak
Terdapat di hutan.

2

Ibu saya memasukkan daun lerek ke
dalam batang buluh setelah
mendapat daun lerek tersebut
dengan berhati-hati. Bagi yang
kurang mahir, memasukkan daun ke
dalam batang buluh adalah proses
yang sangat mencabar kerana daun
mudah koyak. Ada juga yang
menggunakan daun pisang sebagai
alas memasak lemang.

3

Sebelum itu, saya merendam beras
pulut selama 2 jam. Selepas itu, saya
toskan beras pulut yang telah
direndam selama dua jam tadi
sebelum dimasukkan ke dalam buluh
yang telah diletakkan daun lerek.

Memasukkan pulut
dan santan ke dalam
buluh.

4

Akhir sekali, setelah dimasak
beberapa jam ibu saya
menghidangkan lemang yang sangat
sedap kepada keluarga saya.
Pengalaman ini sangat hebat dan
saya gembira menyambut hari raya
bersama keluarga.

Lemang dimakan bersama serunding
atau rendang.

5

Tugasan PdPR Bahasa Melayu
Mei 2021

Panitia Bahasa Melayu
SK Taman Bersatu

6


Click to View FlipBook Version