NUR ATIROH BINTI SAIFUL AZLI
6 teratai
Pertandingan Mengarang Cerita Pendek
Program Bacaan Digital SK Taman Bersatu 2019
AKU SEBATANG PENSEL
Aku sebatang
pensel. Nama aku
Stabilo, aku
dilahirkan di sebuah
kilang. Aku
diperbuat daripada
kayu dan karbon,
warna aku hitam
dan merah. Aku
berasal dari Negeri
Kedah dan dihantar
ke Negeri Perak
dengan menaiki
sebuah lori untuk
dijual di kedai alat
tulis.
Sepanjang dalam perjalanan aku
berhimpit dengan pelbagai
barangan yang lain. Aku hampir
patah kerana dihempap oleh buku-
buku yang berat, itu pengalaman
yang menyakitkan bagi aku.
Setelah berberapa jam lamanya
aku sampailah ke destinasi yang
dituju.
Aku dipamerkan di atas rak di
sebuah pasar raya dengan
pelbagai jenis jenama yang lain.
Pada suatu hari aku ternampak
seorang remaja lelaki yang
sedang menghampiri aku. Dia
seperti hendak membeli aku,
tetapi dia pergi begitu sahaja.
Aku berasa kecewa sekali.
Selang beberapa hari datang seorang
remaja perempuan membelek diriku
beberapa kali lalu remaja perempuan
itu mengambil aku, lantas pergi ke
kaunter untuk membayar harga aku
sebanyak rm1.20. Aku dibawa pulang
dengan senyuman terukir di wajah
remaja perempuan tersebut.
Aku berasa gembira kerana dibeli
oleh remaja perempuan itu,
maka bermulalah episod
baru dalam hidupku. Aku
disimpan rapi didalam kotak
pensil yang cantik. Saban
hari tuan aku menggunakan
aku dalam menyiapkan kerja
sekolah beliau. Sehinggalah
pada suatu hari badan aku
semakin pendek dan tidak dapat
digunakan lagi.
Akhirnya setelah tidak dapat
digunakan dan tidak di
perlukan lagi aku dibuang ke
tong sampah, maka berakhirlah
riwayat hidupku sebagai
sebatang pensel di tapak
pelupusan sampah.
Diriku ibarat lilin yang
membakar diri untuk
menerangi orang lain, namun
aku berasa bangga kerana
dapat berbakti pada tuan aku
walau hanya untuk sementara
cuma.