The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PBL e-Buku Skrap mata pelajaran Bahasa Melayu & PSV tahun 6 Seroja & Bakawali SK Taman Bersatu 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-07-12 12:22:32

E-BUKU SKRAP PUTERA IMRAN NAUFAL

PBL e-Buku Skrap mata pelajaran Bahasa Melayu & PSV tahun 6 Seroja & Bakawali SK Taman Bersatu 2021

PUTERA IMRAN
NAUFAL BIN
MUZAIMEY

6 SEROJA



• Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara jujur
dan ikhlas.

• Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan negara.

• Malaysia merupakan salah satu negara berbilang
kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara
kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban.

• Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir
pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan
kaum di Malaysia.

• KAUM MELAYU
• KAUM CINA
• KAUM INDIA
• KAUM IBAN
• KAUM KADAZANDUSUN

Melayu (Jawi: ‫ ;ملايو‬Bahasa Arab: ‫ )ملايو‬merujuk
kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang
sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Malaysia
termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand,
pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan
semua pulau di Kepulauan Riau.

Kumpulan etnik Melayu berlainan daripada konsep
Bangsa Melayu di Malaysia, yang merangkumi
kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk semua
etnik di Indonesia dan Filipina. Bahasa Melayu ialah
anggota keluarga bahasa Austronesia.

Kaum Cina Malaysia adalah warganegara Malaysia yang berketurunan
Bangsa Han . mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia
selepas kaum Melayudan kebanyakan mereka adalahketurunan pendatang
berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahanDinansti
Ming sekitar abd ke-15. Dinasti Qing dan Republik China

Bangsa Han ialah kelompok etnik yang berasal dari China. Sebagai kelompok etnik
yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang
terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han
merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan
sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia.

Terdapat perbezaan genetik, linguistik, kebudayaan, dan sosial yang amat besar
antara berbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu
tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han
secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari
India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman
penjajahan British di MalayaKini, kaum ini merupakan kaum
ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina .

Masyarakat Iban merupakan satu cabang bangsa Dayak Borneo. Nenek
moyang asal orang Iban berasal dari wilayah Yunnan China di mana
mereka berhijrah ke Taiwan dan ke Filipina dan Indonesia. Di Malaysia,
kebanyakan Iban yang terletak di Sarawak, sebahagian kecil di Sabah dan
beberapa di barat Malaysia.

Mereka dahulunya dikenali semasa zaman penjajahan oleh British sebagai
etnik Dayak Laut. Iban terkenal untuk mengamalkan pengembangan
memburu kepala (atau dalam bahasa iban Ngayau) dan puak wilayah dan
mempunyai reputasi menakutkan sebagai puak yang kuat dan berjaya
berperang pada zaman purba.

Kaum Kadazandusun atau Bangsa Dusun merupakan nama kaum
bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali
sebagai "Mamasok" yang ertinya "orang asal" ataupun "orang asli".
Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.

Etnik Kadazan-Dusun telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang
asal Borneo Utara dengan warisan dan budaya yang didokumenkan
oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO) sejak tahun 2004.

Bakul tambok ini amat popular.Seperti ingan,ia berbentuk silinder dan

disokong dengan empat kayu. Bakul ini dianyaman oleh orang
bidayuh,mereka menganyam dengan rotan yang disusun menegak dan
melintang. Kaum Bidayuh kebiasaanya menggunakan bakul tambok ini
sebagai media untuk mengangkut perolehan dari hutan.

Penggunaanya pula adalah dengan mengangkatnya di bahu dan kemudian
tali lebar pula di sangkutkan pada dahi si pengangkat. Bakul ini diperbuat
daripada hasil-hasil hutan seperti buluh,rotan atau damar,daun nipah serta
banyak lagi.

TIKAR MENGKUANG

Tikar, bakul dan bag yang diperbuat daripada mengkuang adalah
antara produk kraf yang menjadi keperluan harian masyarakat suatu
ketika dahulu, yang kini ia semakin terpinggir kegunaannya
berikutan kemunculan barangan moden.

Anyaman tikar berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu
pada zaman dahulu. Pengunaannya begitu meluas terutamanya
golongan pesawah padi pada ketika itu.

Antara kegunaannya ialah sebagai tikar pengalas, tempat duduk, bahan
pembungkusan, alas dinding, layar membanting padi, tikar menjemur
padi dan lain-lain kegunaan lagi.

Songket merupakan sejenis kain tenunan unik dalam alam Melayu yang

dihasilkan dengan mesin tradisional menghasilkan corak rumit menggunakan
benang emas atau perak. Ia kain lazim dibusanakan dalam adat-adat
perkahwinan Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali.

Kain tenunan ini yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta
baik dililit tubuh seperti sarung, disampirkan di bahu, atau sebagai destar atau
tanjak menghiasi kepala. Songket adalah kain tenun mewah yang biasanya
dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta; ia pada dahulunya khusus dipakai
golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.
Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu
menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah
terkenal di alam Melayu sejak abad ke-13 yang lampau.

Kaligrafi adalah seni menulis tanda-tanda bahasa. Kaligrafi Cina

ditandai dengan orisinalitas dan kekayaan tulisan Cina. Kaligrafi
Cina memungkinkan bidang ekspresi artistik yang sangat luas.

Kaligrafi Cina yang paling terkenal adalah salah satu yang menulis
dengan kuas. Anak-anak sekolah belajar kaligrafi Cina melalui
sinogrammes dengan bolpoin atau pena pena : kaligrafi ini disebut
pena kaligrafi ( bukan nama yang sangat mengejutkan itu benar!)
Mereka yang kaligrafi dengan kuas umumnya tidak baik pada
kaligrafi pena dan sebaliknya , itu adalah mather fleksibilitas
pergelangan tangan

Kolam merupakan hiasan yang diletakkan di atas lantai di hadapan

rumah. Kebiasaannya sehari sebelum hari sambutan, ahli keluarga
akan menyediakan bahan-bahan seperti beras berwarna-warni yang
akan digunakan untuk membuat Kolam tersebut.

Kolam seni yang indah ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu versi
tradisional yang menggunakan beras putih semata-mata dan juga
versi ranggoli yang menggunakan pelbagai bahan seperti kekacang,
beras, dan banyak lagi. Semua bahan-bahan ini perlulah boleh
dimakan oleh serangga seperti semut. Tujuan asal Kolam ini dibina
adalah untuk memberi derma dalam bentuk makanan bukan sahaja
kepada manusia tetapi kepada serangga-serangga atau haiwan
sekitar.

Satu daripada produk tradisi buatan masyarakat pribumi Sarawak
adalah kain pua yang dikenali sebagai selimut atau disebut kumbu
yang menjadi hasil kerja tangan paling terkenal dalam kalangan
masyarakat Iban.

Keistimewaan dan kehalusan tenunan kain pua ini memikat hati
orang luar menjadikan permintaannya agak tinggi tetapi kemampuan
untuk menghasilkan dalam jumlah yang banyak oleh penenun masih
terhad kerana mereka menggunakan alat tradisional.

Kaum Kadazan-dusun menggunakan bahan asli dalam menghasilkan
kraftangan, termasuklah bambu, rotan, lias, labu air dan kayu. Antara
hasil kraftangan yang sinonim dengan etnik kadazandusun ialah wakid,
barait, sompoton, pinakol, topi siung, parang dan gayang.

Wakid dan barait digunakan untuk mengangkat barang, khususnya
hasil kutipan dari kebun

KAUM MELAYU KAUM CINA

Nasi lemak merupakan makanan Kuih bulan biasanya boleh

kegemaran bagi orang Malaysia dan didapati menjelang musim
Singapura terutamanya sebagai sarapan perayaan pertengahan musim luruh
pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi atau Tahun Baru Cina. Ia
yang dimasak dengan menggunakan mempunyai rasa yang manis serta
santan kelapa, bagi menambah rasa boleh dimakan begitu sahaja.
lemaknya.
Intinya terdiri dari pes biji teratai,
Kadangkala daun pandan dimasukkan kacang merah, walnut, bijan,
semasa nasi lemak dimasak bagi badam, benih labu dan biji
menambahkan aromanya. Kaum tembikai.
melayu makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng dan Terdapat juga inti lain seperti keladi,
sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan pandan dan juga durian selari dengan
disajikan bersama nasi lemak seperti perubahan zaman. Dahulunya, banyak
ayam,daging,sotong,udang,limpa dan cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat
hati lembu. Cina akan memakan kuih ini bagi
memperingati sejarah seorang isteri raja
yang telah berkorban demi rakyatnya.

KAUM INDIA KAUM IBAN

Idli merupakan kuih yang juga Umai merupakan hidangan

berasal dari India. Ia yang berasaskan ikan mentah
mempunyai pelbagai jenis dengan campuran beberapa
seperti sanna, rave atau sambar bahan seperti bawang merah,
idli. cili, garam dan perahan limau
untuk menghasilkan rasa yang
Idli boleh dimakan semasa sarapan enak. Ia juga boleh dihasilkan
pagi mahupun sebagai makanan menggunakan udang ataupun
ringan. Bahan utama untuk sotong.
menghasilkan idli ini adalah vigna
mungo dan juga nasi

KAUM KADAZANDUSUN

Ambuyat. Makanan Kadazan kontemporari dipengaruhi oleh hidangan turun-
temurun dan hidangan cina, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian unik dan
nuansa sertapenggunaan tertentu barang makanan boleh didapati di sini, terutama
pucuk-pucuk rebung, sagu dan ikan air tawar. ‘pinasakan’ adakah salah satu
hidangan kadazan yang paling popular, yang pada asasnya adalah satu bentuk
ikan air tawar jeruk.

KAUM MELAYU KAUM INDIA

Gambus ialah sejenis alat muzik dalam Dholak ialah sejenis alat Gendang dua

kategori Kordofon.Badannya diperbuat muka berbentuk tong yang dikategorikan
daripada jenis kayu keras seperti kayu sebagai alat Membranofon.Permukaannya
nangka.Manakala leher gambus diperbuat yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu
daripada kayu pendek yang tidak muka trebel ditutupi dengan kulit kambing
mempunyai fret. yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.

Gambus selalu di dalam tarian Zapin yang Manakala di sebelah muka yang lebih
terkenal di Negeri Jihor. Selain itu besar iaiatu muka bes dipasang dengan
gambus juga di gunakan dalam kulit yang mempunyai lapisan khas di
persembahan ghazal. .Selain itu,alat ini bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan
juga digunakan dalam lain-lain upacara khas ini iaitu yang diperbuat dari
seperti sambutan Maal Hijrah dan Maulud campuran tar,tanah liat dan pasir halus
Nabi. menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat
ini diperbuat daripada kayu dan diikat
dengan tali.
Dholak dimainkan untuk mengiringi
muzik rakyat.

KAUM CINA KAUM IBAN

Erhu dikategorikan sebagai alat Engkromong ialah gong kecil diperbuat

Kordofon.Ia merupakan sejenis alat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di
muzik gesekan bertali dua.Erhu adalah di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi
antara alat muzik paling popular dalam satu set diatur berbaris di atas para yang panjang.
keluarga Hu-qin di China. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum
lelaki.
Badan Erhu digilap dengan rapi dan di
bahagian hujungnya berbentuk naga Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-
sementara di bahagian bawahnya ialah alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh
kotak bunyi yang dipasangkan dengan kaum wanita khususnya warga tua masyarakat
kulit ular. Iban.

Erhu digunakan di dalam Orkestra Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan
Cina,Erhu terbhagi kepada dua iaitu Erhu mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan
abad pertama dan abad kedua atau kepada orang ramai terutama para pelancong
ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik
kedua. masyarakat Iban khususnya di negara

KAUM KADAZANDUSUN

Sompoton Dibuat daripada sebiji buah labu yang telah dikeringkan

dengan lapan batang buluh kecil yang disusun dalam dua lapis serta rotan
yang diraut nipis untuk mengikat batang buluh. Salah satu dari batang bulu
tidak berfungsi. Ianya hanya untuk memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut Dimainkan secara persorangan untuk hiburan
persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian.

Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfitri

merupakan sambutan perayaan utama bagi penganut agama Islam di
Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut selepas sebulan umat Islam
menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Hari Raya disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar
Islam. Pada Hari Raya, umat Islam digalakkan bermaaf- maafan antara satu
sama lain terutamanya untuk anak-anak kepada kedua ibu bapa

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru

bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah,
tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi
kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh
akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun
baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua

penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti
di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut
oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
Pada malam sebelum perayaan deepavali diadakan upacara memasang
pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.

"Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali
sebagai pesta Cahaya.

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka
percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan.

Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban.

Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai Burung,
Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai
Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya
sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan
kedua pada bulan Jun adalah terpenting.

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai
tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.
Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
menguruskan sambutan yang penting ini.

Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak
dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh
didapati di rumah panjang.

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai

meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh
semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan
Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak
perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau,
tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh
Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam
bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan
dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk
halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali
manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat
orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

Baju Melayu diipakai ketika Baju Kebaya dipakai ketika

menyambut Hari Raya, atau menyambut Hari Raya, atau
menghadiri majlis-majlis rasmi menghadiri majlis-majlis rasmi
tertentu seperti majlis perkahwinan. tertentu seperti majlis perkahwinan.
Songkok dan sampin turut dipakai Kebiasaannya baju ini dibuat
supaya ianya tampak lebih cantik dan dengan kain songket .
menawan. Perhiasan yang sesuai seperti
rantai, dan kain selendang yang
dikenakan boleh menambah lagi
seri si pemakai.

Samfoo membawa maksud 'baju dan Cheongsam atau disebut juga Qipao

seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian wanita dengan corak
merupakan pakaian harian wanita bangsa Tiong hwa dan menikmati kesuksesan
keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. dalam dunia busana internasional. Nama
Ia digemari oleh wanita-wanita separuh “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”,
umur dan yang bekerja di ladang, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari
lombong atau di rumah. Samfoo dialek Propinsi Guangdong (Canton) di
diperbuat daripada kain nipis yang tidak Tiongkok.
bercorak atau berbunga halus.
Cheongsam merupakan gaun khas
Samfoo turut dipakai oleh lelaki masyarakat Cina yang melekat di tubuh
berketurunan Cina tetapi mempunyai sehingga menonjolkan bentuk tubuh si
sedikit perbezaan dengan samfoo yang pemakainya. Cheongsam tradisional banyak
dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini menggunakan bahan satin atau sutera yang
terdiri daripada baju yang longgar dan bermotif khas. Beberapa motif yang umum
terbelah di depan dan berkolar tinggi dipakai untuk cheongsam adalah bunga,
serta dipakai bersama seluar longgar burung, naga, dan sebagainya.
seperti seluar baju Melayu.

Dhoti merupakan pakaian untuk Sari merupakan pakaian untuk

kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat kaum perempuan dan ia adalah
daripada kain yang bewarna putih. pakaian seharian dan turut dipakai
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di pada musim perayaan. Sari terdiri
hari perkahwinan sahaja kerana generasi daripada lembaran kain yang
muda hari ini tidak berminat dengan berukuran semeter hingga dua
pakaian tersebut. meter lebar dan panjangnya pula
antara lima hingga lima belas
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain meter mengikut saiz pemakai.
putih yang panjang. Kain tersebut dililit Kebanyakan kain sati adalah
di bahagian pinggang dan diikat pada jarang dan lembut.
celah paha dan kemudian disangkukan
pada bahu. Kemudian kain tersebut Sebelum memakai sari, Si pemakai
dihiasi dengan manik-manik kecil perlu memakai anak baju yang
supaya kelihatan menarik. Ada juga ketat dan singkat. Kemudian sati
dhoti yang bewarna kuning pudar atau dililit dari pinggan dan
kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai diselempang pada bahu kiri. Lilitan
oleh golongan ceti. pinggang sebanyak tiga hingga
lima kali untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai.

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini
dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian
yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.

Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula
ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban
juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat
halus.

Pakaian istiadat masyarakat Kadazandusun dari Penampang. Lelakinya memakai
baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga.
Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik
dilengkapi tali pinggang himpogot

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam
berhias rendakuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain
destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan
geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling
perak.

i.Maksud Terabai

Terabai atau perisai adalah peralatan perang milik masyarakat kaum Iban di Sarawak.
Terabai juga merupakan sebagai lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di
Sarawak. Terabai [ Perisai ] adalah lambang kepahlawanan kaum Iban di Sarawak dahulu
kala. Demi memartabatkan semula budaya bangsa, saya [ James ] terpanggil untuk
menghidupkan semula kesenian yang terulung ini agar tidak pupus ditelan zaman yang
semakin maju ini. Dengan segala tenaga dan upaya, di samping anugerah Tuhan pada bakat
ini, saya berharap agar kesenian terunggul ini terus dikenali dari generasi ke generasi

ii.Kegunaan

Terabai masyarakat Iban pada zaman dahulu digunakan khas untuk mempertahankan diri
daripada serangan musuh sewaktu pertengkaran atau peperangan. Motif yang ada pada
peralatan tersebut diilhamkan berdasarkan alam sekeliling. Motif yang terkenal pada
terabai adalah seperti motif kepala manusia. Peralatan ini juga turut dibawa bersama
semasa membuat persembahan tarian ngajat. Tarian ini merupakan simbol kepada
kebudayaan masyarakat Iban secara turuntemurun. Menurut Berita Harian (2018)
menjelaskan bahawa kostum tradisi yang dipakai oleh penari lelaki dilengkapi dengan
terabai, topi burung kenyalang, pedang dan subang yang melambangkan seorang
kepahlawanan.

Peralatan ini juga turut dibawa bersama semasa membuat persembahan tarian ngajat. Tarian
ini merupakan simbol kepada kebudayaan masyarakat Iban secara turun temurun. kostum
tradisi yang dipakai oleh penari lelaki dilengkapi dengan terabai, topi burung kenyalang,
pedang dan subang yang melambangkan seorang kepahlawanan.

iii) Motif / corak pada terabai

Setiap motif mempunyai makna tertentu serta pantang larang tersendiri.
Seni yang bersifat eksperimentasi ini tidak mempunyai batasan dalam
seni dari segi penggunaan teknik dan bahan serta tidak terbatas kepada
formalistik supaya dapat dijadikan suatu karya seni yang lebih menarik
dan kreatif.
Sementara itu, media campuran adalah karya seni yang menggunakan
lebih daripada satu medium. Menurut Joy Bosworth (2006) menjelaskan
bahawa media campuran adalah istilah baru yang telah dibangunkan
untuk menggambarkan karya pembuat kontemporari yang muncul dari
lingkungan kreatif ini.
Selain itu, motif ukiran pada perisai kaum Iban merupakan sesuatu
motif yang berunsurkan alam sekeliling yang mempunyai pantang
larang serta unsur-unsur spiritual tertentu. Contoh motif ukiran yang ada
pada perisai ialah ukiran akar, ukiran daun, ukiran naga, ukiran burung
kenyalang dan kepala manusia

v. Alat yang digunakan

Terabai diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu, tali guni, benang, kain,
kabu dan tanah liat dalam menghasilkan karya arca kontemporari dengan
mengaplikasikan juga motif ukiran perisai masyarakat Iban. Peralatan ini
diperbuat daripada kayu plait supaya mudah untuk mengukir corak serta
mewarnakan motif yang ada pada terabai

vi.Cara-Cara Menbuat

Peralatan ini diperbuat daripada kayu plait supaya mudah untuk mengukir
corak serta mewarnakan motif yang ada pada terabai. Pada zaman kini,
terabai hanya dijadikan sebagai barang kraf tangan yang dihiasi di ruang
tamu dan sebagainya. Namun, jika motif tersebut diukir secara suka hati
tanpa ada ritual boleh mengakibatkan seseorang itu ditimpa
malapetakaTerabai boleh dibuat dengan pelbagai saiz seperti besar,
sederhana besar atau kecil. Bentuk terabai juga boleh dibuat berdasarkan
kreativiti namun biasanya terabai berbentuk memanjang. Pembuatan terabai
Pembuatan Terabai tidaklah mudah kerana memerlukan ketelitian yang tinggi
serta ukiran yang halus dan ketekunan dalam mengukir corak terabai

vii.Kepentingan

Kepentingan Teraabai ialah untuk memartabatkan budaya dan amalan
tatacara hidup masyarakat Iban. Secara umumnya, seni tradisional ini ibarat
lambang atau simbol yang menjadi identiti sesuatu suku kaum ataupun etnik.

viii.Sertakan Gambar

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu...

Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur bulih pilih-pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik Kinabalu hati saya rindu....

Sumandak-sumandak pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang sumayau
Sekali melihat melepak kulitnya
Sayang jatuh cinta....

Sayang-sayang sayang Kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang-sayang kita pergi tamu
Jalan Tamparuli hati saya rindu....

Sayang-sayang sayang Kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang-sayang kita pergi tamu
Jalan Tamparuli hati saya rindu....
Sayang-sayang kita pergi tamu
Jalan Tamparuli hati saya rindu....

Penyanyi : Reno
Lagu & Lirik : Umbut

1.Lagu tersebut menggunakan bahasa Melayu beserta bahasa sukuan
Sabah. Dengan merujuk pelbagai sumber, senaraikan maksud
perkataan berikut.

PERKATAAN MAKSUD

Sumandak Gadis dusun yang
Sumayau cantik

Tarian tradisi Kaum
Kadazan

Melepak Putih
Lenggang
Kaamatan Tarian
Tamu Upacara
Pesta Pasar
Perayaan
Rindu
Perasaan ingin
Hati berjumpa dengan
seseorang

Perasaan

2. Dalam lagu di atas ada disebutkan tentang tarian sumayau. Pada
pendapat anda bagaimanakah tarian sumayau boleh memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Jawapan.

Pada pendapat saya, melaui tarian jugak kita dapat memupuk elemen
perpaduan kerana biarpun kita berlainan bangsa dan agama, seni
tarian tradisional ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia dapat
menyuntik semangat muhibah, menghormati kepelbagaian kaum dan
memberi sokongan antara satu sama lain.

3. Apakah yang dimaksudkan sebagai tamu dan apakah kepentingan
tamu bagi masyarakat di Sabah dan Sarawak?

Jawapan.

Tamu adalah Pasar tempat menjual barang keperluan rumah
seperti sayur- sayuran ,ikan ,buah dan sebagainya.
Masyarakat Di Sabah dan Sarawak juga menjual segala hasil
pertanian mereka di situ .

Kepentingan tamu ialah sebagai sumber pendapatan,
mengeratkan perpaduan antara mereka dan jugak untuk menarik
ramai pelancong datang ke situ.

4. Sekiranya diberi peluang melancong ke Sabah, tempat apakah yang
ingin anda kunjungi? Mengapa?

Jawapan.

Desy Dairy Farm di Kundasang

Ini kerana saya dapat melihat Gunung Kinabalu secara dekat dan
juga pemandangan di Kundasang sangat indah dan menarik sambil
saya dapat menukmati kecantikan gunung kinabalu.

Selain pemandangannya yang cantik, saya juga boleh melawat ladang lembu
New Zealand. Ladang lembu yang sangat luas yang berada di kaki Gunung
Kinabalu yang membuatkan ianya lebih menarik
dan suhu di Kudasang yang sejuk seperti saya benar-benar berada di New
Zealand. .

5. Andaikan kamu ada sahabat pena dari negeri Sabah, beliau
bercadang ingin melawat ke tempat kamu. Nyatakan tempat-tempat
menarik perlu beliau lawati serta apakah keistimewaan tempat-tempat
tersebut?

Jawapan. Antara hidden gem yang terbaru di

Ipoh ialah Tasik Cermin

yang terletak berdekatan Tokong
Da Seng Ngan.Tasik Cermin
terjasi di sebabkan pembentukan
batu kapur yang banyak di Ipoh,
bandar ini juga diberi nama
samaran ‘Guilin of Malaysia’.
Kita akan dapat menemui bukit
batu kapur yang tinggi
menggunung dan air tasik yang
cukup tenang sehingga kita dapat
menyaksikan pantulan kawasan
sekitarnya.

Concubine Lanes ialah

antara usaha untuk membaik
pulih tempat-tempat bersejarah di
Ipoh. Terbahagi kepada tiga
batang jalan (Lorong Hale,
Lorong Panglima dan Market
Lane), anda dapat melihat
pelbagai mural street art, hotel
butik, restoran/kafe serta kedai-
kedai cenderahati di sini.

“Kellie's Castle” yang terletak di

Batu Gajah mempunyai sejarahnya yang
tersendiri dan senibina yang sangat unik.
.Istana ini dibina adalah atas rasa kasih dan
sayang Kellie Smith untuk isteri
kesayangan beliau.

Kellie's Castle pernah mendapat liputan di
dalam akhbar Inggeris di London, iaitu
London Financier pada 15 September 1911.
Binaan ini dianggap unik dari sudut
rekabentuk dan keluasannya. Senibinanya
adalah campuran pengaruh Rom, Moor dan
Indo-Sarasenik.

Beroperasi hanya pada hari Ahad (7am-

1pm), Pasar Karat yang sangat

panjang ini bagaikan muzium masa
lampau anda! Pengumpul barang lama
pasti akan rambang mata melihat koleksi
duit-duit lama, majalah/buku lama,
perkakas antik dan sebagainya. Yang tak
berminat akan barang old school pun
turut akan berseronok menginjau
kenangan zaman kecil!

Nama : Putera Imran Naufal Bin
Muzaimey

Kelas : 6 Seroja

Jantina : Lelaki

Tarikh lahir : 01.04.2009

Cita-cita : Ahli Perniagaan

Hobi : Bermain Bola Sepak

Tempat yang ingin dilawati

Dalam Negara: Kundasang Sabah
Luar Negara :Kyoto Jepun

Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Sam Rizal di atas bimbingan beliau kepada saya dan
rakan -rakan sepanjang minggu PDPR untuk menghasilkan e-buku skrap yang bertajuk Pupuk
Perpaduan. Beliau membimbing dan menerangkan kepada kami serta memberi laman-laman
web yang berkaitan sebagai bahan rujukan . Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu dan
abang saya kerana meluangkan masa, memberi pendapat dan berkongsi idea sehingga
terhasilnya e buku skrap ini.

Suku kaum yang terdapat di Malaysia sangat unik. Terdapat pelbagai suku kaum yang tidak
pernah saya ketahui . Melalui e-buku skrap ini saya telah mengetahui beberapa suku kaum
seperti kaum Bidayuh yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian
Serian, Kuching dan di barat Kalimantan.

Kita hendahklah memupuk perpaduan antara kaum melalui sukan dan rekreasi, pelancongan,
meraikan hari perayaan semua kaum di Malaysia bersama-sama seperti kunjung mengunjungi
antara satu sama lain supaya kita dapat mengeratkan silaturahim antara kaum . Media massa juga
pelu memainkan peranan dengan menyebarkan mesej positif tentang kepebtingan perpaduan.

Selain itu kita juga perlu mengenal kebudayaan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dengan
cara menyertai pertandingan kebudayaan seperti tarian, nyanyian dan juga sukan rakyat .
Pertukaran pelajar diantara pelajar Semenanjung dan Sabah Sarawak juga boleh membantu
untuk kita mengenal kebudayaan kaum-kaum yang lain. .

Projek e-buku skrap ini sangat baik kerana saya dapat mengetahui tentang kaum-kaum yang
tredapat di Malaysia, makanan tradisional, perayaan , alat seni dan lain lain lagi . Saya juga
dapat mempelajari kepentingan perpaduan supaya kita dapat hidup dalam harmoni tanpa
mengira kaum dan agama.


Click to View FlipBook Version