1 e-puisi
2 e-puisi MUHAMMAD MIKHAIL MIFZAL 4 TERATAI ALAM SEKITAR Jadilah warga bertimbang rasa, Kepada alam membuat jasa, Tanah dan tumbuhan dipeihara, Kerosakan tiada bumi sejahtera. Tegur menegur setiap masa, Kerjasama untuk kita semua, Alam ini anugerah untuk dijaga, Dari pencipta untuk manusia semua. Dunia ini semakin tua, Kemusnahan tiada ubatnya, Penyakit datang tidak terjangka, Jagalah alam sekitar kita. Kempen kebersihan sama-sama usaha, Udara nyaman kita sihat sentiasa, Wahai manusia sedarlah semua, Jadilah yang terbaik ahlaknya.
3 e-puisi Nurien Afriena Damia Bt Mohd Aliman 6 SEROJA SAHABAT Cantik jelita si anak dara Ukiran di bibir sungguh memikat Matanya cantik putih kulitnya Itulah dia rakan karibku Otaknya geliga tak terkata Peramah orangnya sopan tuturnya Itulah definisi sahabatku Tidak berganjak dari sisiku Sentiasa tibe ketika perlu Jarak yang jauh bukanlah halangan Ketika ku jatuh tangannya yang ku gapai Sahabatku tidak akan membiarkanku kesunyian Dia ibarat mentari yang menyinari kegelapan di jiwaku Dia ibarat penghibur yang sentiasa membuatku tertawa Sanggup berdepan apa sahaja halangan Sahabtku satu dalam sejuta
4 e-puisi AHMAD ZUFAIRY MIKAIL BIN ARBAIN 6 SEROJA SEKOLAH Sekolahku, ku telah bersamamu sejak 7 tahun memiliki kenangan dan memori bersama. Sekolahku, ku akan tinggalkanmu keseorangan kecuali kenangan bersama. Sekolahku, setelah ku beredar ke tempat yang lain kamu akan diduduki penduduk baharu. Sekolahku, ku tidak lama disini ku akan berpindah ke tempat yang lain. Sekolahku, dulu ku membencimu sekarang ku teringatmu ku akan tinggalkanmu tapi bukan di hatiku. Sekolahku, ku akan ucapkan selamat tinggal kepadamu dan ucapan terima kasih.
5 e-puisi NURFATIN FARZANA BINTI MUHAMMAD ADAM 6 SEROJA Sahabat Ada di kala susah dan senang Menjadi sandaran di kala duka Mendengar segala keluhan kita Sahabat itulah gelarannya Sahabat menjadi peneman hidup Tidak ternilai pengorbanannya Tertawa bersama-sama Berhibur bersama si dia Sahabat sebenar Tidak kira masa sentiasa ada Menjadi tisu mengelap air mata Menjadi sandaran hidup kita Bagaikan satu dalam sejuta Membimbing ke arah kebaikan Bersama nasihat dan teguran Itulah sahabat yang sebenar
6 e-puisi Rayyan Haikal bin Mohd Rizal 6 SEROJA SEKOLAHKU TERCINTA Sekolahku indah, di hati ku selalu Tempat bermain, belajar dan berkawan Di sini aku dapat ilmu yang banyak Dan jalin persahabatan yang abadi Guru-guruku, penuh kasih sayang Selalu memberi bimbingan dan nasihat Mereka seperti ibu bapa kedua Yang selalu ada untukku Sekolahku, tempat aku berkembang Menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya Di sini aku belajar tentang disiplin Dan menjadi warga sekolah yang bertanggungjawab Sekolahku, sekolah yang aku sayang Tempat aku tumbuh, menjadi insan yang ceria Aku akan sentiasa ingat segala kenangan Dan selalu berterima kasih pada sekolahku
7 e-puisi Rie Arianna binti Mohamad Azhar 6 SEROJA RIE ARIANNA Mempunyai bulu lebat dan gebu Sentiasa mempunyai sifat yang diseru Jikalau anda ingin tahu Ia adalah kucing kesayanganku. Berbulu putih yang sungguh lebat Bulu dijaga dengan sihat Sentiasa disisi memberi semangat Boba namanya, kucing pemikat. Badan bertompok kucing kedua Diberi nama Betty yang ceria Taat sentiasa kepada tuannya Diberi kasih yang penuh bahagia. Ibu kepada kesemua ananknya Sangatlah garang dan nakal sentiasa Juga digelar sebagai singa Nama Becky, diberi tuannya.
8 e-puisi Sachindran A/L Keshavan 4 KENANGA Sekolahku Sekolahku, Tempatku mendapat ilmu, Tempatku yang aku mengeluarkan pendapat, Tempat yang guruku mengajar hidupku, Sekolahku, Tempatku mengeratkan silaturahim bersama rakanku, Tempatku memperolehi pertalian baru, Sekolahku, Sekolahku budang pengetahuan, Guruku mencurahi bimbimgnan, Guruku cahaya pengatahuanku,
9 e-puisi AIRA Nur Irdina BT Azmi 4 SEROJA Sekolahku Sekolahku, Tempat ku menimba ilmu Tempat ku mendapat kawan Tempat ku dapat mengenali guru-guru Sekolahku, Kasihku ingat tahun 2019 Pertama kali ku kesana Satu pengalaman baru Pasti akan aku tempuhi Sekolahku,tempat di mana aku di ajar pelbagai ilmu Juga tempat aku diajar apa itu disiplin diri Juga menjadi tempat di mana aku mencurahkan bakat Aku sayang sekolahku
10 e-puisi PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK UK FARM Nurien Afriena Damia Binti Mohd Aliman 6 Seroja Fea Seekor binatang Gagah perkasa Pantas dan tegap Itulah personalitinya Kandang tempat Merehatkan diri Memakai busana pabila perlu Fea nama yang diberi Sesuai jantina Alam memerlukannya Untuk berperang Pergerakannya laju Serta bergaya Kadang manusia Menaikinya untuk bersiar NAURAH SYAFIYYAH BINTI MUHAMAD SYAH 6 Seroja Aku Haiwan dan Manusia Bermula perjalanan kami ke sana Hati dan jiwa rasa teruja Banyak perkara bermain di minda Banyak perkara hendak diteroka Kaki melangkah perjalanan bermula Seusai kami tiba di sana Rusa. Burung unta, kuda menanti Tangan dihulur makanan diberi Tercipta kenangan antara kami Rasa di hati ingin kembali Wahai rakan-rakan Jagalah alam Santunilah rimba Agar alam sentiasa ada Menjadi hadiah Untuk generasi yang tiba
11 e-puisi Ahmad Amirul Munir bin Ahmad Redzuan 5 Seroja Satu Memori Kenangan, Satu cerita yang sudah berlalu, Saat indah yang tidak dilupakan, Kenangan menjadi lebih indah apabila bersama sahabat, Sahabat yang baik sentiasa bersama. Kenangan mempelajari keindahan flora fauna, Flora fauna dilihat di taman satwa, Haiwan yang banyak yang boleh dilihat, Sungguh indah dan terpesona dengan ciptaan Allah. AHMAD IZZ ULWAN B S SAMPRIZAL 6 Teratai Padang Yang Luas Di padang luas Saujana mata memandang Hijau muda rumput segar Seperti tiada sempadan Makin dipandang maklumlah luas Tidak berdaya kami menapak kaki Nescaya lelah dan penat menanti Kenderaan ubah suai jadi pengganti Kami duduk dengan berhati-hati Meluncur laju di padang luas Pohon-pohon kelapa kiri dan kanan Melambai buat hati tenang Rumput ragut hijau muda Bergerak kiri ke kanan Apabila ditiup angin Aku rasa sangat bahagia
12 e-puisi Adam Hafiy Bin Husrukhaizam 4 Kenanga Ladang Impian Disinilah bermula ceritaku Yang ingin kedamaian Dibuai angin dari Kluang Angin sayup melalui celah dedaun Duniaku ingin keamanan seperti ini UK Farm Keamanan sejati Tanpa kemusnahan Tanpa hiruk pikuk bingit kata Tanpa ketamakan manusia Disinilah dunia yang aku damba Menghargai nikmat Illahi Kambing mengembek Ayam berkokok Rusa beradu tenang Arnab berkumpul mencari kehangatan alam Dibuai angin sepoi mendayu Bersama rakan rakan yang bersamaku Mencintai alam ini UK Farm Gerbangmu terbuka luas Menyambut tamu tanpa diundang Melayan aku tanpa keluhan Senyuman terpancar tiada kepenatan Semua haiwan seperti mengerti Bersama sama menyatu alam
13 e-puisi Mohamad Hariz Bin Mohamad Hafiz 5 Seroja Burung-burung berkicau merdu Menandakan permulaan hari baru Mentari bersinar indah menyambut kedatangan kami ke bumi bertuah Johor..... Di selimuti segerombolan anak- anak pintar dan para ilmuan datang bertamu bagi melihat flora dan fauna ciptaan yang Maha Esa.. Kambing, ayam, arnab, rusa juga burung unta setia menyambut kedatangan kami. Diberi makan, dibelai mesra tanda keharmonian manusia. Di satu sudut, berdiri megah sosok lelaki berkulit alam siap untuk menjiwai tarian tradisi. Makan bersama, bergurau bersama , berceloteh bersama mengeratkan lagi hubungan mesra sesama kita. Kenangan manis di UK farm akan tersemat disetiap jiwa dan sanubari anak -anak ini untuk selamanya dan akan kekal sebagai memori yang terindah .. NURFATIN FARZANA BINTI MUHAMMAD ADAM 6 Seroja MERAK MENAWAN Seekor merak cantik Badannya biru Matanya menawan Kelihatan istimewa Membuat ramai terpesona Pabila ekornya melebar Ia dihiasi bulu berwarna warni Bagaikan pelangi Selepas hujan Kecantikan menawan Menjadi pujian Seekor merak kayangan Semua mata tertumpu Pada kecantikannya Menjadi haiwan disukai ramai Kerana indah dan menawan
14 e-puisi Rayyan Haikal bin Mohd Rizal 6 Seroja Destinasiku Destinasiku, itulah yang kutuju. bulan November akanku kenang, jauh berjalan utara ke selatan. Destinasiku, bersama rakan dan guru. Sebelum menjelang subuh, di waktu pagi yang dingin. Destinasiku, pabila hari sudah terang. Sampailah kami ke UK Farm, kami melihat pelbagai binatang. Destinasiku, pelbagai aktiviti diadakan. Memberi binatang makan, dan juga menimba ilmu. Destinasiku, di situ juga terdapat kampung orang asli, antara yang kulawati. Melihat tarian suatu pengalaman, yang tidak akan kulupakan. Destinasiku, UK Farm akanku kenang, Memori yang tidak akan hilang.
15 e-puisi Nurien Nazatul Aqielah bt Mohd Aliman 4 Seroja Kambing Putih hitam tidak melainkannya Betina Dan jantan tidak membezakannya Haiwan ini duduk Di kandang Ia hanya makan rumput Dan makanannya Dan ia hanya minum susu Kulitnya lembut seperti bulu kucing Kita boleh memakannya Contoh masakannya ialah rendang Susunya juga boleh dijadikan produk Kakinya sangat lah pendek Tapi larinya sangat lah laju Nama haiwan ini ialah kambing Ia juga suka mengembek Dan ia juga tak suka mandi Ia juga melahirkan anak Nur Izzati Insyirah Binti Muhamad Najib 6 Kenanga Pertama kali Pertama kali aku berwisata Bersama teman sekolahku Ke taman haiwan Aku mengarah pandangaku Aku melihat unggas tinggi Sungguh pesona akan keunikannya Apabila pandanganku dialihkan Aku lebih terpesona Kulihat merak aneka warna Takjub dan ajaib Aneka burung ada di dunia
16 e-puisi NUR NATASYA QAIREENA 6 Kenanga BERDUYUN BERARAK Kambing dan biri-biri Di waktu pagi pasti kelaparan Fikirkan bersama bagaimana melaksanakannya. Indah memutih kambing biri-biri Sama seperti pemandangan kelmarin Yang ku perhati. Padang rumput menghijau Menenangkan fikiranku bersama sama kawan-kawan dan guru-guruku Bermain bersama-sama anak-anak kambing yang comel. Pemandangannya umpama berada New Zealand. Aira Nur Irdina bt Azmi 4 Seroja Amanah Tuhan Alam yang terbentang luas Di dadanya tumbuhan hijau Bunga-bungan berkembang mekar Berwarna-warni menghias bumi Di dadanya juga melata haiwan Berhati riang melengkapi alam Di dadanya jua Mengalir sungai Desir bunyi lagu alam Sumber utama fauna flora Indahnya alkam ciptaan Tuhan Amanag besar tanggungan semua Bersama kita peliharai alam Supaya hidup aman dan damai
17 e-puisi Aina Umaira bt Noor Shamsudin 5 Seroja Kuda Hebat Kuda yang cantik lagi menawan Bercorak bintik berwarna coklat Berbulu tebal Dan berwarna warni Penglihatan yang jelas siang mahupun malam Deria pendengarannya mantap Pergerakannya tangkas Membuat semua terpesona Rupa yang lucu Menjadi perhatian ramai Bulu ekornya digunakan buat alat muzik bertali Bulunya dijadikan pelbagai keluaran Menjadi perhatian kerana kecantikannya Haiwan yang banyak bakanya Juga banyak manfaat Rupanya indah menawan NUR QALIESYA BINTI AHMAD RASHIDI 6 Seroja Si Jaguh Yang Gagah Ayam jantan Balungnya merah Bagaikan api menyala Jantan yang gagah berlawan Bergelarlah ia Si Jaguh Si jaguh yang berani Bagaikan air terjun Kepaknya kuat seperti garuda Gerak yang tangkas Taji nan tajam Krukk krukk krukk Kokokannya mengejutkan manusia Menggerak manusia tidur Paruh yang tajam umpama jarum Jaguh oh Jagoh Jantan yang berani
18 e-puisi Wafa Damia binti Mohd Azfarizal 4 Seroja Destinasiku Ceria pagi menyapa riang Kegembiraan menjelang sudah Mendengar taklimat dengan kusyuk Tidaklah aku melupakannya Berhati-hati mengenderai bas Bagasi disumbat Bertali keledar Agar rasa selamat Berasa gembira saat tiba Melihat flora fauna yang indah Memori manis terpahat di minda Di saat pulang Hatiku rindu Bersama rakan tidak dilupa Nur Arissa Safrina binti Yussof 6 Kenanga MELINTASI SEMPADAN NEGERI Sebening embun pagi, Derap kaki melangkah di gelapan Senyum bonda dan juga ayahanda Tatkala melihat anakanda kegirangan... Riuh rendah hilai tawa.. Di bawa angin berlari pergi.. Akhirnya sepi diulit mimpi Menyusuri lebuh raya ini.. Seruan Ilahi tetap ditaati.. Walau pun bermusafir diri.. Melintasi sempadan negeri.. Itulah amalan pekerti.. Dari kejauhan.. hati teruja.. Perjalanan jauh ke selatan negeri Bagaikan sekadar mimpi.. Tetapi Kini...telah menjadi realiti..
19 e-puisi IRSYAD HAZIQ BIN KHAIRUL IZHAN 5 Seroja JAUH PERJALANAN KE UK FARM Kata orang jauh perjalanan Luas pemandangan Begitulah perjalananku ke UK Farm Bertambah pengalaman Ikut resmi padi Biarpun berisi Tidak meninggi diri Itik dan ayam diberi dedak Buat makanan haiwan yang dikandang Burung unta jantan lagi cantik dari betina Bibir yang jantan warna pink Betina warna hitam bibirnya Jakun Village nama diberi Cantik dan menawan rumah orang asli Ralit dan paranoid memerhati sumpitan Pelbagai minuman di Tropical Arcade Air kelapa yang sangat menghilang dahaga Segalanya yang berlaku Dalam pemerhatian ku Yang baik jadi teladan Buruk jadikan sempadan Hidup biarlah beriman Aina Athirah 6 Seroja Alam Hijau Betapa indahnya ciptaan Tuhan Pohon-pohon tumbuh menghijau Unggas-unggas riang berbicara Terasa bagaikan di syurga Indahnya alam memukau jiwa Hukum alam harus disantuni Khazanahnya wajar dilestasi Agar bertahan sampai mati Manusia kini amat durjana Penuh angkuh bodoh sombong Habis musnah alam hijau Bawa mudarat ke seluruh dunia Ingatlah manusia Hargailah alam hijau Agar beroleh rahmat Tuhan Semesta
20 e-puisi Muhamad hafizuddin bin muhamad fairos 6 Teratai Hingar bingar Hingar binger Bukan huru hara Terdengar suara Manusia dan mamalia Di ladang ini menjadi saksi Kami beramah mesra Arnab, unta Rusa, ayam dan itik Serta kuda Orang jakun hidupkan pesta Tariannya memukau mata Air kelapa penghilang dahaga MUHAMMAD RAIQAL BIN ROZAIDIZAL 4 Seroja Suasana Yang Kurindui Bagaikan di desa Sebaik kakiku melangkah Kuamat kagumi Bagaikan di desa Kambing, biri-biri, ayam Itik dan arnab Kuamat terpesona melihatmu Pelbagai pula flora Lalang, kelapa dan segalanya Mengingatkan aku tentang desa Tenang Damai Amat kusukai
21 e-puisi Rahadatul 'Aisy Ufairah binti Mohd Ridzwan 6 Seroja HAIWAN Arnab, Makanannya berbiji – biji, Bulunya putih seperti salji, Dilayani seperti bidadari; Cantik dipandang comel di hati. Burung Unta, Burung Kasawari sangat tinggi; Duduk tinggi, Berdiri pun tinggi, Paruhnya panjang, cantik dipandang; Senyumannya manis, memikat hati. Kuda, Kuda lari, gagah berani; Makanannya pula bijirin padi, Tubuh berwarna hitam dan coklat; Giginya pula putih berseri. Ayam, Sekali bertelur riuh sekampung; Makanannya pula bijirin dan cacing, Bulunya pula berwarna – warni; Seperti pelangi. NUR WADINA BINTI MOHAMMAD SABRI 6 Bakawali KENANGAN TERINDAH Dalam dingin subuh, Bas meluncur di lebuhraya, Membawa warga yang sedang gembira, Ingin melihat dan mengukir sebuah memori AGRO UK FARM, KLUANG,JOHOR. Keindahan UK FARM arnab,rusa dan burung unta berlari-lari, Senyum terukir bak bidadari, Legoland destinasi yang dinanti, perasaan teruja, gembira. Meninggalkannya rasa berat di hati.
22 e-puisi WAN AKIL FAYYADH BIN FARIL 6 Seroja Petang yang indah Petang yang indah takkan ku lupa, Jauh meniggal rumah tercinta Memberi makan binatang, banyak dugaan Takut digigit, namun hati teruja Melihat mereka memerah susu Tanpa rasa takut tanpa rasa gementar Susu segar dapat diperah, Dapat diminum bersama rakan Pengalaman yang takkan dilupa, Akan tersemat didalam jiwa, Kenangan terindah sampai hari tua Selamat tinggal Johor Bahru Mia Naylie Darwisya 5 Kenanga UK Farm 100 ekar luasnya Ribuan ekor kambing digembala Ketika panas mentari Terjamu susu segar Susu dingin kambing Enaknya kekal diingati Walau sudah berganti hari Kenangan ini tekal di hati Kami anak-anak SKTB Menjejakkan kami ke JB Saling akrab Dan menyayangi Guru-guru menyantuni Penuh beerti
23 e-puisi Fya fareesya bt firdaus 6 Seroja Pernah di suatu waktu, aku pergi ke UK Farm aku sangat gembira kerana aku pertama kali pergi ke UK Farm Ketika aku di UK Farm, aku dapat melihat kuda, kambing dan ayam Sewaktu aku disana aku ternampak seekor kuda yang bernama Fea Kemudian aku pergi ke kedai cendera hati untuk membeli cenderahati Setelah selesai membeli aku pulang ke hotel, aku sangat gembira kerana dapat pergi ke UK Farm Nur Izzah Binti Mohd Syafiq 6 Seroja KEINDAHAN UK FARM Indahnya dikelilingi alam semula jadi Merdunya bunyi kicauan burung Enaknya makanan di depan mata Sejuk mata melihat ciptaan tuhan Aku lihat ke kanan Ku nampak haiwan pengeluar susu Aku lihat ke kiri Ku nampak haiwan bertanduk panjang Bila aku lihat kehadapan Aku nampak kehijauan alam Bila aku pandang ke atas Aku nampak kebiruan langit yang luas Kini telah aku sedari Betapa indah ciptaan tuhan Memori yang aku alami disini Tidak akan aku lupakan
24 e-puisi Muhammad Akram Zikry bin Mohd Anas 4 Seroja Alam kita Hijau dan indah Tumbuh - tumbuhan hidup segar Terasa tenang dan damai Alam kita Cantik dan indah Bersih dan nyaman Segar dan harum Ayuh marilah Kita jaga Alam kita tercinta Buat selama-lamanya RAHADATUL 'AISY ADELIA BINTI MOHD RIDZWAN 4 Seroja Dari Afrika ke Malaysia Matamu cantik bundar Alis yang lentik bagai puteri Berjalan ke sana ke mari Menguasai latar hijau Mulut leper tiada gigi Dari Afrika ke Malaysia Kau datang menghiasi Laman ini Besar macam gergasi Berkepak tetapi hanya melata di bumi Kau mergastua unik Tiada di negeri kami Pelbagai produk dapat dihasili Berkualiti Dan bermutu tinggi Kau unggas gergasi Dari Afrika ke Malaysia
25 e-puisi NUR ZAARA ADANI BT MOHD RAPIZI 6 Teratai The Cow The Friendly cow Red and white I love with all my heart She gives me cream with all her might To eat with apple tart She wonders loving here and there And yet she cannot stray All in the pleasant open air The pleasant light of day And blown by all winds that pass And wet with all the showers She walk among the meadow grass And cats meadow flowers UMAR BIN CHE HANIF 6 Seroja PAHLAWN PERKASA Seorang pemuda gagah perkasa Busananya mudah senyumnya seperti budiman hidup di hutan rimba apabila rentak berpalu perisai di kiri senjata di kanan irama rimba tenang jiwa
26 e-puisi AHMAD ZUFAIRY MIKAIL BIN ARBAIN 6 seroja Perjalanan Indahku Ini lah perjalanan pertamaku Tanpa ibu dan ayahku Tanpa abang dan adik-adikku Tempat yang ku mimpikan Angin semilir di dalam bas menjadi saksi bisu Tempat pertama kali aku berjalan Berdiri di lapang luas aku memiliki kepuasan Terasa indah sepanjang perjalanan ku ini Saat semua mengucapkan selamat Terpancarkan rasa kebahagiaan Suaraku terus hilang dengan keindahan pandangan di sekeliling ku Kudambakan sebuah kenangan indah Yang tercipta di kejauhan ini Terdapat setitik tetes air mata Membayangkan waktu berjalan yang penuh dengan keindahan Dapatkah diriku meraih impian ku Mencoba meninggalkan kenangan indah Bersama teman disamping ku Terasa sekali hatiku begitu gembira Nurul Afifah Qazirah Binti Mohd Khairul 6 Kenanga Burung Unta Pertama kami aku dibawa guru Ke sebuah tempat UK Farm namanya Dan buat pertama kalinya Aku melihat Dua ekor Burung unta Tingginya tidak kusangka
27 e-puisi Noor Iman Aqeef Bin Noor Azwan 5 Teratai Di sana Kulihat banyak binatang Hatiku menjadi tenang Waktu sebelum pulang Kuteguk air kelapa Terus hilang dahaga Segar tubuh bertenaga Untuk kami sambung wisata Sonya Bt Idris 6 Teratai What Is This? Tall ears Twinky nose Tiny tail And – hope the goes What is he Can you guess I feed him carrot And watercress His ears a long His tail is small And he doesn’t make any moise at all Tall ears Twinky nose Tiny tail And – hope the goes