The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita pendek tentang Kacak dan Manis.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2020-12-05 07:39:55

KACAK KESAYANGANKU

Cerita pendek tentang Kacak dan Manis.

Keywords: cerita pendek

KK
E

AS
A
Y

CA
N
G

AA
N

KK
U

Aina Ulfah Bt S Samprizal

Aku geli hati melihat keletah
Kacak yang mundar-mandir ke
hulu le hilir. Terlompat-
lompat sambil menggedik-
gedikkan ekornya yang gebu
berwarna putih kelabu itu.
Melompat dan melompat
tanpa henti.

Aku perhatikan sejak usianya
tiga minggu, memang
begitulah. Dan kini, usia Kacak
hampir setengah tahun.
Berbulu agak panjang, lebat,
gebu, comel. Hidungnya
kembang kempis.

..1..

Kacak dari spesis Anggora
yang tidak berapa besar dan
tidak juga kecil. Aku sengaja
melepaskan Kacak dalam
rumahku. Membiarkannya
menerobos ke seluruh pelosok
ruang tamu dan dapur.

..2..

Sesekali ibu membebel.
“Sapu najis Kacak ni,” kata ibu.

Aku segera mengambil penyapu
dan penyodok. Menyapu
butiran najis kacak yang
macam kacang botak hangus di
tengah ruang tamu.

“Bukan kotor pun,” kataku
dalam hati.

..3..

Najis itu aku campak ke dalam
pasu bunga depan halaman. Ini
mungkin kali yang ke seratus aku
berbudat demikian. Mungkin
lebih. Hasilnya. Pokok melati
kesayangan ibu gemuk. Bunganya
besar-besar dan segar.

“ Bagus juga’” kataku.

Ibu tak kisah sangat tentang
najis kacak tu. Baja lah katakan.

Sesekali aku membawa Kacak ke
kawasan semak di hadapan
rumahku. Membiarkannya
melompat. Tersusup-sasap di
celah belukar. Pernah satu
ketika, Kacak hilang dari
pandanganku.

..4..

Aku gelisah amat. Bimbang
kacak jadi santapan biawak.
Puas aku memanggil nama
Kacak. Fuh….. lega…. Kacak
melompat terkedek-kedek
kekenyangan.

Minggu lalu, aku mengikuti
lawatan sekolahku ke Ladang
Infoternak di Sungai Siput.
Di sana aku melihat pelbagai
haiwan peliharaan yang
diternak dan dijadikan
sebagai kajian oleh Jabatan
Pertanian. Aku dapati haiwan-
haiwan ini berpasangan.

..5..

Aku terfikir tentang Kacak.
Kacak perlukan kawan dan
pasangan untuk bermain.
Usul ini disokong oleh ibu dan
bapaku. Petang itu juga kami
ke Gunung Rapat. Ke kedai
haiwan peliharaan. Aku melihat
beberapa spesis haiwan yang
comel.

..6..

Aku berkenan dengan
kegebuan spesis Anggora sama
seperti kacak. Warnanya
kuning keemasan. Itulah
pasangan Kacak.
Aku namakan pasangan Kacak
itu Manis. Manis kerana
mukanya yang manis macam
heroin hindustan.

..7..

Di rumah, aku letakkan Manis
dalam sangkar besar bersama
Kacak. Amboi…..! Bukan main
gembiranya Kacak bergurau
senda dengan rakan dan
pasangannya Si Manis.

Dan kini Kacak dan Manis
menjadi bapa dan ibu kepada
anak-anak arnab yang sangat
comel. Aku namakan anak-
anak mereka dengan nama
Belang, Itam, Labu, Ketayap,
Gebu dan entahlah….. Aku pun
tak tahu nak namakan apa
pada arnab-arnab comel ini.

..8..

..9..

Kacak, Comel, Manis, Suci,
Karipap, Cekodok, Manja,
Itam, Putih, Tompok,
Jambu, Petai, Keria, Bunga
dan entah apa lagi.

..10..


Click to View FlipBook Version