KANDUNGAN 2 Pengenalan SIDANG REDAKSI
3 Sejarah
9 Lirik P E N A S I H AT
10 Maksud YBhg. Dato’ Mohd Sukari Ab. Hamid
12 Pencipta Lirik Ketua Pengarah
14 Skor Lagu Jabatan Penerangan Malaysia
18 Versi
KETUA PENGARANG
Kepentingan Wan Azizah Wan Omar
24 Lagu Negaraku
27 Tanda Hormat EDITOR DAN PENYELARAS
Norhazlinawati Mat
Etika Menyanyikan Nurul Husna Hamzah
28 Lagu Negaraku
35 Denda SUMBER
36 Kesimpulan Arkib Negara Malaysia
Akta Lagu Kebangsaan 1968 - Akta 808 (Disemak 2018)
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa,
Jabatan Perdana Menteri
FOTOGRAFI
Pusat Sumber dan Fotografi
Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka
Jabatan Penerangan Malaysia
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Pertahanan Malaysia
PENGEDARAN
Unit Stor
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Jabatan Penerangan Malaysia
Cetakan Pertama 2021
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan izin bertulis
daripada Jabatan Penerangan Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Wan Azizah Wan Omar
LAGU NEGARAKU / KETUA PENGARANG Wan Azizah Wan Omar ;
EDITOR DAN PENYELARAS Norhazlinawati Mat, Nurul Husna Hamzah.
ISBN 978-983-54-0613-3
1. National songs--Malaysia.
2. Patriotic music--Malaysia.
3. Government publications--Malaysia.
I. Norhazlinawati Mat. II. Nurul Husna Hamzah.
III. Judul.
78 2. 4215 9 9 0 9 5 9 5
Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara,
Jabatan Penerangan Malaysia,
Aras 13, Kompleks Kementerian Komunikasi
dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Te l efo n: 6 0 3 - 8 911 3 4 40
Fa ks i m i l e: 6 0 3 - 8 911 49 57
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 1
PENGENALAN
Lagu kebangsaan merupakan
lambang kebesaran sesebuah
negara selain daripada bendera. Ia
juga melambangkan identiti dan jati
diri sesebuah negara tersebut.
Sebagai contoh, apabila sesebuah
negara berjaya dalam pertandingan
bertaraf antarabangsa terutamanya
kejohanan sukan, maka lagu
kebangsaan peserta negara
yang menang akan dimainkan
dan bendera negara berkenaan
akan turut dinaikkan. Begitulah
penghormatan yang tinggi diberikan
kepada lagu kebangsaan.
Malaysia sebagai negara yang
merdeka dan berdaulat sudah pasti
mempunyai lagu kebangsaannya
sendiri. Lagu Negaraku telah
diangkat sebagai lagu kebangsaan
Malaysia dan diperdengarkan buat
julung kalinya selepas detik 12
malam 31 Ogos 1957 di Padang
Kelab Selangor. Bermula dari detik
itulah, lagu Negaraku terus kekal
menjadi lagu rasmi negara.
Lagu Negaraku mempunyai sejarah
yang menarik sebelum diangkat
menjadi lagu kebangsaan Malaysia.
2 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
PERTANDINGAN MENCIPTA
LAGU NEGARAKU
Pada tahun 1956, negara kita sudah diambang kemerdekaan.
Ketika itu, semua negeri di Tanah Melayu telah mempunyai lagu
kebesarannya sendiri. Sebagai sebuah negara yang merdeka,
kita perlu mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendiri.
Y TM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Ketua
Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika itu, telah
membuat keputusan bahawa sebuah lagu kebangsaan perlu
dicipta sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Pertandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan bukan
sahaja terhad kepada penduduk tempatan tetapi telah dibuka
penyer taannya ke seluruh dunia. Sebanyak 514 buah lagu telah
diterima dari seluruh dunia.
514
Penyertaan lagu
dari seluruh
dunia
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 3
Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat pemilihan
yang terdiri daripada :
Pengerusi :
Y TM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Ahli-ahli :
1. Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Melayu mewakili Raja-raja
2. Tun Abdul Ra zak Hussein, Menteri Pelajaran
3. Tan Sri Ya’akob Latif f, Pengarah Penerangan
4. D.S.P. Crof t, Pengarah Muzik, Band Polis Persekutuan
5. Kapt. Lenthall, Pengarah Muzik, Askar Melayu
6. A.T. Read, Pengarah Penyiaran Radio
Setiap lagu yang diterima telah diteliti dengan sebaiknya.
Namun demikian, jawatankuasa ini berpendapat bahawa tiada
lagu yang sesuai untuk dipilih dan dijadikan lagu kebangsaan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Lagu
Kebangsaan
(Arkib Negara Malaysia: No. Penerimaan
1957/0 0 0 0740 E )
4 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
PELAWAAN KEPADA
PENGGUBAH LAGU TERKENAL
Jawatankuasa pemilihan kemudiannya mencadangkan supaya
mempelawa beberapa orang penggubah lagu yang terkenal dan
bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan.
Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan
ini adalah terdiri daripada:
Benjamin Britten Sir William Walton
Gian Carlo Menetti Zubir Said
Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu
kebangsaan untuk diteliti oleh sebuah jawatankuasa yang
dibentuk khas untuk membuat pertimbangan. Jawatankuasa
yang dipengerusikan sendiri oleh Y TM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah
bermutu tinggi namun masih tidak sesuai untuk dijadikan lagu
kebangsaan.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 5
MENDENGAR KESEMUA LAGU
KEBESARAN NEGERI
Akhirnya jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar
kesemua lagu kebesaran negeri yang sedia ada bagi mengenal
pasti lagu-lagu kebesaran negeri ini yang sesuai dijadikan lagu
kebangsaan.
Pada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran negeri Perak telah dipilih
menjadi lagu kebangsaan. Upacara pemilihan lagu kebangsaan
ini telah berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur dan
sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan
Pancaragam Polis Diraja. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa
Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan yang diketuai oleh Y TM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Lagu kebesaran negeri Perak “Allah Lanjutkan Usia Sultan”
terpilih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan. Keputusan
pemilihan jawatankuasa pemilih ini kemudiannya dikemukakan
kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan telah dipersetujui.
6 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
LAGU KEBESARAN
NEGERI PERAK
Ilham asal lagu “Allah Lanjutkan Usia
Sultan” adalah daripada sebuah lagu
Perancis yang berjudul Rosalie ciptaan
Pierre Jean de Beranger (1780 -1857).
Lagu ini telah dibawa ke tanah air oleh
kerabat diraja Perak.
Rosalie ciptaan
Pierre Jean de Beranger
(1780 -1857)
Almarhum Sultan Abdullah Menurut keterangan ahli kerabat
diraja Perak, Raja Aminah Almarhum
Sultan Abdullah, beliau pertama kali
mendengar lagu (melodi) tersebut
semasa berada di Mahe, Kepulauan
Seychelles tempat ayahandanya Sultan
Abdullah tinggal dalam buangan kerana
menjalani hukuman. Saudara lelaki Raja
Aminah, Raja Chulan turut berkunjung
beberapa kali ke Seychelles untuk
menemui Sultan Abdullah dan pernah
mendengar lagu itu. Lagu Rosalie sering
dimainkan oleh pasukan pancaragam
Perancis pada setiap hari Selasa
berdekatan dengan rumah mereka yang
tidak jauh dari pantai untuk memberi
hiburan kepada orang ramai.
(Malaya in History – July 1960)
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 7
TAWARAN KEPADA
PENCIPTA LIRIK
Apabila telah memilih lagu kebangsaan, tajuk dan seni kata lagu
kebangsaan perlu diubah dan ditambah baik. Kerajaan telah
menawarkan RM1,000 kepada penggubah untuk mencipta seni
kata lagu kebangsaan. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik
Saiful Bahri bin Elyas.
8 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup,
Bersatu Dan Maju,
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita,
Selamat Bertakhta,
Rahmat Bahagia,
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita,
Selamat Bertakhta.
Lirik lagu Negaraku seperti dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968
hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu
dan ia mesti dinyanyikan di dalam bahasa Melayu.
Jadi, penggunaan bahasa lain diibaratkan tidak menghormati isi
kandungan akta tersebut.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 9
MAKSUD LAGU NEGARAKU
1
Menyeru rakyat daripada
pelbagai kaum, agama
dan sosiobudaya, hidup
bersatu padu dan mengejar
pelbagai kemajuan.
2
Memohon rahmat dan
kebahagiaan daripada
Tuhan untuk kesejahteraan
raja, rakyat dan negara
Malaysia.
3
Berdoa kepada tuhan untuk
keselamatan negara.
10 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
4
Menuntut kita supaya bersyukur, taat
kepada raja dan sanggup berkorban
demi mempertahankan negara.
5
Menggambarkan kesetiaan
rakyat yang tidak berbelah
bagi kepada tanah air.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 11
PENCIPTA LIRIK
LAGU KEBANGSAAN
Saiful Bahri bin Elyas adalah pencipta lirik lagu Negaraku.
Beliau telah memenangi RM1,000 yang kerajaan tawarkan
ketika itu untuk mencipta seni kata dengan menggunakan irama
lagu kebesaran negeri Perak. Saiful Bahri telah menggubah lagu
kebangsaan dalam tiga versi iaitu versi penuh, versi ringkas dan
versi pendek.
12 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
Saiful Bahri dilahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat pada
19 September 1924 dan bertugas di Filem Negara Malaysia.
Beliau meninggal dunia di Tok yo, Jepun pada 26 Disember 1976
ketika usianya 52 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri Puan
Noraini Ahmad serta lima orang anak dan jenazahnya dituntut
isteri pertamanya untuk dikebumikan di Jakarta, Indonesia.
Selain daripada Lagu Negaraku, Saiful Bahri juga merupakan
penggubah lagu-lagu yang membangkitkan jiwa anak watan
seperti lagu Malaysia Berjaya, Barisan Kita, Samudra Raya,
Gagah Perkasa dan Muhibbah.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 13
SKOR LAGU
VERSI PENUH / VERSI DIRAJA
14 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
15 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 15
VERSI RINGKAS
16 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
VERSI PENDEK
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 17
VERSI
Versi Penuh
1 Versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah
dimainkan pada peristiwa yang berikut:
• Apabila suatu penghormatan diberikan kepada
Yang di-Per tuan Agong atau Timbalan Yang
di-Pertuan Agong semasa menjalankan fungsi
Yang di-Per tuan Agong atau seseorang Raja
yang dilantik bagi menjalankan fungsi mengikut
Ak ta Yang di-Per tuan Agong (Perjalanan Fungsi)
1957 [Akta 373], atau apabila panji-panji Diraja
dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Yang
di-Pertuan Agong;
• Semasa perbarisan rasmi atau majlis istiadat
rasmi yang lain;
• Pada semua peristiwa apabila Yang di-Per tuan
Agong hadir sendiri (termasuk penyiaran oleh
Yang di-Per tuan Agong);
18 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
• Apabila bendera Malaysia berada dalam
perbarisan;
• Apabila panji-panji rejimen dianugerahkan;
• Bagi menaikkan panji-panji dalam Tentera Laut.
2 Versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan boleh
dimainkan di sekolah bagi maksud mengajar murid-murid
menyanyi lagu kebangsaan.
3 Versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah
dimainkan pada mana-mana peristiwa lain sebagaimana
yang ditetapkan oleh Yang di-Per tuan Agong melalui
perintah.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 19
Versi Ringkas
1 Versi ringkas hendaklah dimainkan sebagai penghormatan
pada semua peristiwa rasmi untuk:
a) DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong; dan
b) Yang di-Per tua Negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak.
2 Versi ringkas hendaklah dimainkan pada mana-mana
peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang di-Per tuan Agong melalui
perintah.
20 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
Versi Pendek
Versi pendek dimainkan pada mana-mana peristiwa rasmi
apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Per tuan Agong atau
wakilnya tidak hadir tetapi seorang daripada raja-raja bagi
negeri-negeri hadir, hendaklah dimainkan pada masa tamatnya
peristiwa itu selepas lagu kebangsaan negeri yang berkenaan
dimainkan.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 21
LAGU NEGARAKU PADA
PERISTIWA KHAS
• Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing
yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau
versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah dimainkan selepas
lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.
• Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh perwakilan
asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan
Perwakilan asing itu atau peristiwa kebangsaannya yang lain,
versi penuh atau versi Diraja lagu kebangsaan hendaklah
dimainkan selepas lagu kebangsaan negara perwakilan
asing itu dimainkan.
22 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
Pada semua peristiwa apabila lagu kebangsaan dinyanyikan,
versi penuh atau versi Diraja hendaklah dimainkan.
Imbas Kod QR untuk Video Rasmi Lagu Negaraku
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 23
KEPENTINGAN
LAGU NEGARAKU
Lagu Negaraku merupakan simbol semangat patriotik dan rasa
kecintaan kepada negara. Generasi muda harus faham bahawa
lagu kebangsaan ini adalah sebahagian daripada jati diri kita
sebagai rakyat Malaysia.
1
Meningkatkan ketaatan
dan kesetiaan kepada
Raja.
2
Menyerlahkan semangat
patriotik.
3
Menyatukan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum.
24 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
4
Memupuk perpaduan
dan keharmonian.
5
Meningkatkan usaha
untuk memajukan diri
sendiri.
6
Lambang kemegahan
dan kebanggaan rakyat
Malaysia.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 25
7
Lambang rasmi dan identiti
Malaysia.
8
Lambang kedaulatan
negara.
26 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
TANDA HORMAT
Tanda hormat memainkan lagu Negaraku adalah termak tub
dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968. Bilamana versi
penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan dimainkan atau
dinyanyikan atau bilamana versi ringkas atau versi pendek
dimainkan, semua orang yang hadir hendaklah berdiri
sedia sebagai tanda hormat.
Seksyen 8 (1) Ak ta Lagu Kebangsaan 1968
Namun peraturan ini tidak terpakai apabila lagu kebangsaan
dimainkan atau dinyanyikan semasa sesuatu penyiaran atau
filem berita sebagai sebahagian daripada penyiaran atau filem
berita itu.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 27
ETIKA
MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU
1 Berdiri dengan tegak. 4 Menyanyikan lagu Negaraku
secara serentak.
Kedua-dua belah tangan 5 Menyebut seni kata lagu
dengan betul dan jelas.
2 diletakkan ke sisi dan
diluruskan ke bawah.
3 Kedua-dua belah kaki 6 Bersemangat menghayati
dirapatkan. seni kata lagu.
28 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
YANG BERKERUSI RODA
1 Kepala berada dalam
keadaan tegak.
2 Mata memandang ke arah
bendera.
Kedua-dua tangan diletakkan
3 di atas paha dan kaki
dirapatkan.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 29
Semua warganegara Malaysia hendaklah berdiri tegak
dengan kedua belah tangan diluruskan ke bawah.
30 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
Semua warganegara Malaysia hendaklah berdiri tegak
dengan kedua belah tangan diluruskan ke bawah.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 31
Jika anda seorang pegawai Jika anda seorang anggota biasa
polis atau tentera dalam pakaian pasukan polis atau tentera, anda
seragam, anda mestilah berdiri hendaklah berdiri tegak dengan
tegak dengan tangan kanannya kedua belah tangan diluruskan
memberi tabik. ke bawah.
32 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
Jika anda memakai topi, Jika anda seorang awam
maka topi tersebut mestilah yang memakai songkok maka
dibuka dan diletakkan di dada hendaklah berdiri tegak
sebelah kiri (kecuali anggota dengan kedua belah tangan
beruniform) diluruskan ke bawah.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 33
Jika anda seorang awam yang Pelajar hendaklah berdiri tegak
bersama beg tangan, maka dan meletakkan beg sekolah
beg tangan tersebut mestilah yang dibawa di sisi kaki semasa
dipegang sebelah kanan dan menyanyikan Lagu Negaraku di
mesti berdiri tegak dengan perhimpunan sekolah.
tangan diluruskan ke bawah.
34 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
DENDA
Perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu
kebangsaan pada pandangan awam adalah dianggap tidak
menghormati lagu kebangsaan.
Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan sikap
tidak hormat terhadap lagu kebangsaan di mana-mana tempat
awam boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu
ratus ringgit (RM100) atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu bulan.
Pegawai polis juga diberi kuasa untuk menangkap tanpa waran
orang yang tidak menghormati lagu kebangsaan.
TAHUKAH ANDA?
1 Mac 1968
Dewan Rakyat telah meluluskan rang
undang-undang yang mewajibkan orang
ramai bangun berdiri memberi hormat
apabila lagu kebangsaan dimainkan
terutama di tempat awam. Rang Undang-
undang ini juga melarang orang ramai
mentertawakan lagu kebangsaan dan
juga tidak menghormati lagu tersebut.
LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU 35
KESIMPULAN
Rakyat Malaysia perlu sedar tentang kepentingan menghormati
lagu Negaraku supaya generasi muda dapat menghargai
setiap maksud lirik dan bukan sekadar menghafalnya sahaja.
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita haruslah
menghargai dan memelihara lagu kebangsaan ini agar terus
megah berkumandang di seluruh dunia.
36 LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU