The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita Pendek oleh

SHAH UMAR RAIYAN BIN SHAH EHSAN
4 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2024-03-23 21:38:27

MANDI SUNGAI

Cerita Pendek oleh

SHAH UMAR RAIYAN BIN SHAH EHSAN
4 Seroja

SHAH UMAR RAIYAN BIN SHAH EHSAN


Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Saya sedang menonton televisyen. Tiba-tiba ayah bersuara “jom pergi mandi sungai. Dah lama tak mandi sungai.” “Jom!” saya dan adik-adik melompat keriangan. Ibu juga bersetuju dengan cadangan ayah memandangkan cuaca pada hari itu dalam keadaan baik. Kami bertolak pada pukul 10 pagi. Sebelum tiba di destinasi, kami singgah bersarapan pagi terlebih dahulu serta membungkus sedikit makanan sebagai bekalan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit ke destinasi yang dikenali sebagai Murni Campsite. "Wah,menariknya tempat ini.” kata ibu. Ibu terpegun melihat kawasan itu yang dikelilingi dengan pokok-pokok durian, deruan air sungai dan terdapat beberapa buah chalet serta beberapa buah khemah. ..1..


“Mari tolong ayah pasang khemah”, kata ayah kepada kami adik-beradik. “Baik ayah”, sahut adik. Kami bekerjasama memasang khemah serta meletakkan tikar sebagai tempat untuk kami berehat. Aliran sungai yang tidak terlalu deras dan air yang tidak terlalu dalam menjadikan ianya sesuai untuk kanakkanak. “Sejuknyaaaaaa!” jerit adik ketika menjejakkan kaki ke dalam air sungai. Mendengar dengan jeritan itu membuatkan saya berasa teruja. “Jom kita mandi” seru saya mengajak adik terjun ke sungai. Sambil diperhatikan ibu di tepi sungai, kami mandi bersamasama dan bermain percikan air dengan girang. ..2..


Ayah menyewa sebuah pelampung yang agak besar. “Mari duduk dengan ayah atas pelampung”, ajak ayah. Saya duduk di atas pelampung dan ayah memegang sambil menyusuri sungai ke kawasan yang lain. “Ini lah yang dipanggil aktiviti water tubing. Kita akan duduk di atas pelampung, dan pelampung ini akan dibawa arus sungai”, jelas ayah mengenai aktiviti water tubing. Saya bergilir-gilir melakukan aktiviti water tubing dengan adik-adik sambil diawasi oleh ayah. ..3..


Sedang seronok saya melakukan aktiviti itu, tanpa sengaja saya terjatuh dari pelampung tersebut ke dalam sungai. “Ayah, tolong saya ayah”, jerit saya meminta pertolongan ayah. “ayah ada di belakang sini. Jangan takut"", kata ayah lalu mengangkat semula saya duduk kembali di atas pelampung itu. Saya berada di dalam keadaan yang panik sebentar. Tanpa saya sedari, ayah rupanya mengawasi saya. Hari telah beransur petang. Tanpa kami sedari, sudah beberapa jam lamanya kami berada di sana bersuka ria dengan aktiviti di sungai. Cuaca juga kelihatan semakin mendung, menandakan hari akan hujan tidak lama lagi. ..4..


..5.. “Sudahlah mandi sungai tu. Pergilah bersihkan badan di tandas dan bersiap untuk balik”, kata ibu kepada kami semua. “Tunggu sekejap lagi boleh tak?” pinta adik. “Langit dah mendung, hujan nanti. Takut kepala air datang, bahaya tau” sambung ibu. Kami menurut kata ibu dan pergi ke tandas untuk bersihkan badan dan menukar pakaian. Manakala ibu mengemas segala barang untuk dimasukkan ke dalam kereta. Setelah selesai semuanya, kami beransur pulang. Saya dan adik-adik sangat gembira dengan pengalaman kami bersuka ria di sungai. “ Ada masa lagi nanti kita pergi sungai lagi. Tapi kita cuba sungai lain pulak okay”, kata ayah kepada kami semua. “OK ayah”, jerit kami kegirangan.


..6..


..7..


PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK SK TAMAN BERSATU 2023 Disediakan oleh SHAH UMAR RAIYAN BIN SHAH EHSAN 4 Seroja


Click to View FlipBook Version