NURNATASYA QAIREENA
6 KENANGA
Setiap kali tengok berita tentang kes
buli Mukmin sangat terkesan. Mukmin
pernah menjadi mangsa kejadian buli
di sekolahnya dahulu. Sampai sekarang
Mukmin masih terbayang bayang
wajah orang yang pernah membulinya.
Mukmin seorang yang pendiam. Dia
tidak ramai kawan, malah boleh
dikatakan dia tiada kawan. Keadaan ini
menyebabkan dirinya selalu dibuli.
Kasut dan beg disorok, malah buku
juga dikoyak oleh pembuli sehingga
Mukmin pernah dimarahi oleh guru-
gurunya.
..1..
Kawan-kawan semua tidak mahu
berkawan dengan Mukmin
mengakibatkan memberi tekanan
kepada kehidupannya. Tapi benarkah
tiada orang yang mahu berkawan
dengannya? Tidak juga. Sikap Mukmin
itu sendiri yang menyebabkan dia tidak
disenangi oleh pelajar lain.
Mukmin terlalu pendiam. Suka
menyendiri macam kera sumbang.
Apabila ditegur oleh pelajar lain, dia
hanya membatu. Tidak memberikan
respon. Malah, senyumpun tidak.
..2..
Dia sangat kurang yakin dengan diri
sendiri. Dalam kelas pun sama,
Mukmin tidak mengambil bahagian
dalam aktiviti. Pelbagai cara dilakukan
oleh guru dan rakan-rakan Pembimbing
Rakan Sebaya. Natijahnya, Mukmin
menjadi sasaran para pembuli dan
gengster sekolah.
..3..
Sikap negatif dan kerap menjadi mangsa
buli disedari oleh Kaunselor sekolahnya.
Cikgu Tarmizi atau lebih mesra dikenali
dengan panggilan Ayah Chu mula
mendekati Mukmin. Bukan senang mahu
mendekati Mukmin. Hampir tiga bulan
lamanya Ayah Chu bersabar dan akhirnya
kekusutan Berjaya dirungkai.
Ayah Chu menggunakan khidmat
Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS
untuk mengubah cara tingkah laku
Mukmin. Ya…. Sangat berjaya. Mukmin
berubah kepada murid yang lebih ramah,
riang dan mesra.
..4..
walaupun sudah sangat lama Mukmin
meninggalkan alam persekolahan,
namun sehingga ke hari ini Mukmin
masih terbayang akan kejadian buli yang
dialaminya. Syukurlah dia mendapat
khidmat bimbingan daripada Ayah Chu
dan mendapat sahabat yang positif
dalam kalangan PRS.
..5..
Mukmin sering menasihati para
pelajarnya agar mengamalkan
nilaikasih sayang. Jika dibuli segeralah
membuat laporan. Haji Mukmin.
Kaunselor yang sangat disenangi oleh
para pelajar di sebuah sekolah
berasrama penuh menyudahkan sesi
kaunseling berkelompok di biliknya
dengan tersenyum.
..6..
Kayak perlu dibasuh dengan air tawar.
..11..
PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Cerita pendek oleh
NURNATASYA QAIREENA
6 KENANGA
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022