The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jadilah jiwa yang tahu sujud
Dengan tuhan hati terjerut
Sama kasih sama berpaut
Di Taman Bersatu kasih bertaut

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2020-12-15 23:41:43

APA KATA MEREKA JILID 1

Jadilah jiwa yang tahu sujud
Dengan tuhan hati terjerut
Sama kasih sama berpaut
Di Taman Bersatu kasih bertaut

Keywords: SKTB,CG SAM,KATA MEREKA

DISUSUN OLEH CG SAM

“ Terlibat dalam unit beruniform memang menyeronokkan.
Banyak aktiviti kecergasan fizikal, kecerdasan minda, perpaduan
kaum dan kemahiran mengurus hidup dapat diaplikasikan. Murid-

murid yang cemerlang dalam unit beruniform biasanya akan
mempunyai disiplin diri yang mantap. Berdasarkan apa yang anda

tonjolkan, tidak hairanlah jika para pelajar SK Taman Bersatu
sangat mantap dan berdisiplin tinggi. Syabas kepada

kesungguhan para guru pembimbing dan para pelajar sekalian.”

Yang Setia Tuan Inspektor Khairul Nizam B Ismail

Ketua Polis Balai, Balai Polis Simpang Pulai

Perasmian Hari KoKurikulum 2007 / 10 November 2007

Cg.Sam@SKTB

Kesepakatan antara kedua-dua buah sekolah iaitu SK Taman
Bersatu dan SK Sungai Raya dalam menganjurkan program

Khemah Ibadah ini sangat luar biasa. Julung-julung kali
diadakan. Saya berasa kagum kepada kalian. Kepada pihak
pentadbiran dan PIBG bagi kedua-dua sekolah, teruskanlah
kebersamaan seperti ni. Saya yakin impak yang besar akan

dirasai oleh anak-anak. Mereka bukan sahaja diberi
pendedahan tentang amal ibadah, bahkan mereka juga telah

mula memupuk semangat persahabatan dan persaingan
sihat sesama sendiri. Saya mendoakan kejayaan anda.

YDH TOH SEDEWA RAJA
DATO’ SERI HJ ABDUL TALIB BIN ABDUL FAHMI

DMSN, AMN, AMP, BCN
Orang Besar Negeri Perak

Perasmian Khemah Ibadah SK Taman Bersatu & SK Sungai Raya

Kompleks Rakan Muda Kampar / 10 Jun 2007

Cg.Sam@SKTB

“Tidak ada seorang pun ibu bapa yang tidak mahu melihat
anak mereka cemerlang. Begitu juga tidak ada seorang guru
pun yang mahu melihat anak didiknya gagal. Justeru, saya
melihat usaha pihak PIBG dan jawatankuasa kecemerlangan

sekolah ini menganjurkan program DISKUSI BESTARI ini
sebagai satu usaha kebersamaan dan perkongsian bijak yang

patut diberi pujian yang setinggi-tingginya. TAHNIAH.”

Ghulam Muzammil Bin PK Mohamad

Penolong Pengarah (Sekolah Rendah),
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak

- Diskusi Bestari / 27 Januari 2008 -

Cg.Sam@SKTB

BERPAKAT, MUAFAKAT. Satu motto yang sangat mudah.
Hanya dua patah perkataan tetapi inti patinya sangat
mendasar. Inilah dasar kepada keberadaan organisasi PIBG di
sesebuah sekolah. Organisasi yang menjambatani antara dua
komponen penting dalam penentuan swadaya anak-anak
iaitu ibu bapa dan guru. Tanpa berpakat dan tanpa
muafakat sudah tentu usaha memandaikan anak-anak
murid akan tergendala. Tahniah teruskan kesepakatan dan

permuafakatan ini sampai bila-bila.

AL FADHIL UST HARITH FADZILLAH B ABD HALIM AMP
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke7
& Pelancaran Logo PIBG
15 April 2008

Cg.Sam@SKTB

“SKTB.. satu-satunya sekolah THE BEST yang ada di Malaysia.
Anda… Murid-murid, guru-guru serta ibu bapa anda memang

THE BEST. Saya dapat merasakan bahawa sekolah ini
mempunyai ROH… Roh atau “ Spirit of Excellence ” yang
tersedia ada dalam diri pendidik sekolah ini yang disirnakan
kepada murid-murid dan disambut pula dengan doa dan
harapan menggunung ibu bapa menjadikan sekolah ini benar-

benar cemerlang…. Go… Go… SKTB The Best…”

Shaik Wahid Bin Shaik Ismail

Perunding Motivasi BMR EDU Services Sdn Bhd

Program Menjejak Kecemerlangan Diri / 20 Februari 2008

Cg.Sam@SKTB

“ Tahniah… Syabas… saya begitu kagum dengan usaha yang telah
ditunjukkan oleh pihak sekolah ini dalam merencanakan program
Kejohanan Olahraga ini. Bukan mudah untuk mengadakan sukan
apatah lagi jika sekolah itu tidak mempunyai padang sendiri. Bagi

saya kejohanan olahraga ini sangat hebat. Hebat, kerana Guru
Besarnya hebat. Yang Dipertua PIBGnya hebat. Guru-gurunya
hebat. Ibu bapa yang hebat. Maka sudah pastilah murid-muridnya
juga turut hebat. Saya bagi pihak Jabatan Belia Dan Sukan Perak
menawarkan kemudahan di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri

Perak untuk digunakan oleh pihak sekolah dalam usaha
pembangunan kecemerlangan”

Osman Bin Abdul

Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak

Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-7 / 23 Februari 2008

Cg.Sam@SKTB

”Program secara bersama seumpama ini memang sangat dialu-
alukan. Langkah bijak ini bukan sahaja membolehkan pihak
Kementerian Dalam Negeri menyampaikan maklumat kepada
masyarakat di peringkat akar umbi, bahkan dapat pula saling

berkongsi pengalaman dan pandangan di samping memberikan
penerangan sejelas-jelasnya kepada para pelajar berhubung perkara-
perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang negara. Terima

kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu kerana
memberi ruang dan peluang kepada kami berkunjung ke sini. saya
berharap ini bukanlah program kita yang pertama dan terakhir.”

Mohd Zaid Bin Yusof

Pengarah Bahagian Kawalan & Penerbitan Al Quran
Kementerian Dalam Negeri, Perak Darul Ridzwan

Penerangan Dan Pameran Sempena Maal Hijrah 1429

/ 18 Januari 2008 Cg.Sam@SKTB

Anak-anak merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada kita oleh Tuhan. Sama ada suka atau tidak, kita selaku
ibu bapa tidak mempunyai pilihan untuk memberikan kepada

mereka kasih sayang, perhatian, perlindungan, pendidikan,
adab, akhlak, agama dan sebagainya. Salah satu cara

mendidik yang terbaik ialah melalui qudwah hasanah, iaitu
memberikan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Anak-
anak akan lebih cenderung mengikut contoh daripada ibu
bapa berbanding kata-kata. Jsuteru jadilah contoh terbaik

kepada anak-anak.

DATUK DR ABD RAZAK B KECHIK
Mantan Pengarah Kesihatan Negeri Perak

Diskusi Bestari 2009
Dewan Bestari SKTB / 15 Februari 2009

Cg.Sam@SKTB

“Kali pertama hadir ke sekolah ini saya dapat merasakan aura yang
luar biasa. Aura kekeluargaan dan semangat harmonis yang

ditampakkan oleh para pentadbir, pimpinan PIBG, guru-guru, ibu bapa
dan murid-murid dengan adunan semangat mahukan kecemerlangan
telah membawa tuah kepada anak-anak didik sekolah ini. Tahniah dan
syabas kepada semua pihak. Anugerah yang disampaikan oleh pihak
Jabatan pelajaran Perak kepada sekolah ini merupakan satu lagi siri

kecemerlangan untuk anda. Bagi melengkapkan lagi siri
kecemerlangan ini, saya menawarkan Kompleks Latihan KEMAS negeri
Perak untuk manfaat sekolah, khususnya untuk program latihan dan

pembangunan murid sekolah ini.”

MUHAMMAD BIN ABU BAKAR

Penolong Pengarah
Pengurusan Dan Pembangunan
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah

/ 20 November 2010 Cg.Sam@SKTB

“Tiada kata-kata yang paling sesuai untuk saya ungkapkan melainkan
TAHNIAH kepada pihak sekolah. Syukur kepada Allah, syabas kepada

para pendidik, ibu bapa dan murid-murid sekolah ini, khususnya
calon-calon UPSR 2010. Anda telah menunjukkan sesuatu yang

sangat luar biasa. Saya menyampaikan ucapan penghargaan
daripada pihak Pengarah Pelajaran Perak, menurut beliau
pencapaian 2010 ini merupakan pencapaian yang sangat ‘cantik’.
Kekalkan dan pertingkatkan lagi kecemerlangan ini. Bagi pihak
Jabatan Pelajaran Perak, saya menyerahkan 3 keping sijil
penghargaan dari Jabatan Pelajaran Perak iaitu Sijil Peningkatan
UPSR kategori Peratus Cemerlang, Sijil Peningkatan UPSR kategori
Peratus Menguasai dan Sijil Peningkatan UPSR kategori
Berdasarkan GPS. Kalian telah mencapai LOMPATAN SAUJANA .”

HJ RASDI B HJ ARIFIN

Penyelia Jaminan Kualiti
Unit Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah

/ 20 November 2010 - Cg.Sam@SKTB

Memupuk rasa cinta dan kasih kepada rasulullah adalah satu
usaha yang terpuji. Sebagai muslim tidak dapat tidak, kita
wajib menanam rasa cinta kepada baginda. Langkah PIBG

sekolah ini mengambil inisiatif menganjurkan program Bicara
Cinta Rasul yang melibatkan masyarakat sekitar patut

dicontohi. Mencintai rasul bukan hanya pada slogan tetapi
perlu ditunjukkan melalui amalan seharian.

‘KAMI MERINDUIMU YA RASULULAH’

AL FADHIL UST MOHAMMAD KAZIM BIN ELYAS AL HAFIZ

Mudir Pusat Pendidikan Al Barakah
Bicara Cinta Rasul 1433 / 13 Februari 2012

Cg.Sam@SKTB

“…. Tuan-tuan dan puan-puan…. Bukan senang nak didik anak pada
zaman yang serba mencabar ni. Macam-macam karenah yang
terpaksa kita hadapi. Tambahan pula kita selaku ibu bapa terlalu

sibuk mencari nafkah sampai tidak ada masa untuk anak-anak. Jadi
tanggungjawab mendidik anak-anak telah beralih tangan kepada
para guru di sekolah. Justeru sangatlah wajar sebagai ibu bapa, kita
memberi rasa hormat dan terima kasih kepada guru-guru yang
bukan sahaja sebagai pendidik, malah sebagai ibu dan bapa kedua
kepada anak-anak kita. Saya ingin menzahirkan tahniah saya kepada
pihak PIBG, guru-guru dan ibu bapa sekolah ini kerana anda memang

satu komuniti yang HEBAT DAN LUAR BIASA....”

Fouziah Hanim Bt Yahya
Pegawai Penerangan

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Cawangan Negeri Perak

- Seminar Keibubapaan Bestari / 11 Ogos 2007 -

Cg.Sam@SKTB

…..Sesebuah sekolah hanya akan menjadi hebat sekiranya didokongi
oleh orang yang hebat. Guru Besar yang hebat, disokong oleh barisan

pentadbir yang hebat, dilaksanakan pula oleh barisan guru yang
hebat, disusuli dengan pimpinan PIBG yang hebat serta disambut oleh

ibu bapa yang hebat. Maka rumusannya ialah anak-anak murid
menjadi SANGAT HEBAT. Anak-anak murid yang sangat hebat inilah
yang akan mewarnai dan menentukan iklim sekolah. Kebanggaan
melahirkan anak murid yang hebat akan menjadi buah mulut segenap
lapisan masyarakat. Saya sangat teruja dengan perjalanan aktiviti
sekolah ini. Yakinlah, kebersamaan yang tuan-tuan dan puan-puan
semai selama ini akan menjadikan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu

benar-benar HEBAT…. Ya, anda semua memang HEBAT……

Shashim Shah B Harun

- Pegawai Khas Kepada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia -
( Ucap Utama Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-8
& Hari Anugerah Cemerlang 2008 )
1 Mac 2009 / Dewan Bestari SKTB

Cg.Sam@SKTB

Bagi peringkat sekolah, Kepimpinan tertinggi untuk murid-murid
ialah sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua
serta Penolong Ketua Kelas. Sekiranya para pemimpin muda sekalian
berjaya menjadikan pengalaman memimpin di peringkat ini dengan
cemerlang, yakinlah bahawa pada masa akan datang negara kita
akan diwariskan kepada kepimpinan berwibawa. Tahniah kepada
semua kepimpinan muda sekolah. Carilah pengalaman memimpin

sebanyak-banyaknya di sini.

YDH TOH INDERA JAYA DATO’ ISHAK BIN HAJI MOHAMED

DPMP., DSAP., AMN., PPA., AMP., AMP.,PPT., JP.
Orang Besar Negeri Perak

Majlis Pelantikan Kepimpinan Muda 2009
27 Mac 2009

Cg.Sam@SKTB

Pendidikan merupakan satu proses asuh dan didik. Mengasuh dan
mendidik ke arah satu matlamat yang dipersetujui bersama. Dalam
konteks mendidik anak-anak sama ada anak sendiri atau anak murid

sudah tentulah proses asuh dan didik itu telah ditentukan hala
tujunya. Sekolah ini berada di landasan yang betul. Kalian telah

membuktikan gemblengan sepadu dalam mendidik. Sebagai
penggerak kepada pendidikan anak-anak, ibu bapa dan guru perlu
seiring, sejalan, sebahu, serentak, seia dan sekata. Anak-anak perlu
ditegaskan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh. Berikan
mereka pencerahan, sebab musabab agar minda mereka terasuh

dan terdidik dengan nilai. Dan kalian sedang melaksanakannya.

UST PAHROL BIN MOHD JUOI

Ketua Editor Majalah SOLUSI

Slot Cakna Diri Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-11
Anjuran Bersama PIBG SKTB & LPPKN Caw. Negeri Perak
28 Januari 2012

Cg.Sam@SKTB

Kehadiran yang luar biasa pada hari ini membuktikan bahawa pihak
guru dan ibu bapa serius dalam usaha membangunkan keluarga ke
arah yang positif. Mahu menjadikan rumah sebagai syurga. Ibu, bapa
dan anak-anak merupakah ahli tetap dalam keluarga yang sentiasa

perlukan perhatian dan sentuhan. Tetapi kesibukan kita
menguruskan kehidupan menyebabkan masa berkualiti bersama
keluarga terbatas. Justeru, sekolah menjadi medan yang ampuh
untuk membentuk keluarga bahagia. Kesungguhan pihak PIBG dan
pihak sekolah menganjurkan Program Ilmu @ Keluarga ini amat

bertepatan sekali. Kalian memang luar biasa.

JALALUDDIN BIN BD AZIZ

Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) Cawangan Perak

Ucap Utama Program Ilmu @ Keluarga
Anjuran Bersama PIBG SKTB & LPPKN Caw. Negeri Perak

Dewan Bestari / 29 Januari 2011

Cg.Sam@SKTB

Sabtu, merupakan hari libur untuk bersantai setelah penat
bekerja. Biasanya masa seperti ini digunakan untuk bersantai.
Tetapi, di dewan ini para ibu bapa serta para guru duduk bersama
dalam satu acara ilmu. Ini sangat hebat. Kesepakatan dalam

mencari solusi untuk mencemerlangkan anak-anak,
membahagiakan keluarga serta menjadikan sekolah sebagai

institusi kondusif adalah satu usaha yang mulia. Adunan
kesepakatan antara ibu bapa serta guru seperti ini sudah tentu
akan membuahkan hasil yang lumayan. Yakinlah bahawa anak-
anak dan anak-anak murid kalian akan cemerlang dalam bidang

yang mereka ceburi.

DR ROSLAN BIN HUSSIN

Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pelajaran Perak

Bicara Ilmu, Program Ilmu @ Keluarga

Anjuran Bersama PIBG SKTB & LPPKN Caw. Negeri Perak

Dewan Bestari / 29 Januari 2011 Cg.Sam@SKTB

Anak-anak sangat bertuah. Bertuah dapat belajar di sebuah
sekolah yang mempunyai guru-guru yang komited, sentiasa
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, berjiwa besar,
berkepakaran dalam pelbagai bidang pendidikan serta sentiasa
bersiaga untuk memandaikan anak-anak didik mereka. Kunci
kemenangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan atau
apa jua bidang yang anak-anak impikan ada pada guru anda.

Dapatkanlah kesaktian mereka dengan cara memberikan
perhatian dan penumpuan sepenuhnya kepada guru-guru

anda di sini.

YM TENGKU HJ OSMAN B TENGKU MOHAMAD

Pengarah Urusan MMA GROUP

Program Unggul Diri
Dewan Bestari / 29 Januari 2011

Cg.Sam@SKTB

Keserononakan sebagai pelajar akan terasa apabila kita menapak ke
alam dewasa. Ketika itu kita akan berbicara tentang pengalaman
sebagai pelajar di sekolah dan pengalaman itulah yang menjadi
sumbu kepada diri kita kelak. Menjadi pemimpin kecil seperti
pengawas sekolah, ketua kelas atau jawatankuasa dalam apa-apa
unit yang disertai adalah antara pengalaman berharga yang akan
tersimpan kukuh dalam ingatan. Pengalaman ini akan sentiasa
berlegar dalam perbualan dan pemikiran, malah akan menjadikan
kita lebih matang. Saranan saya kepada para pemimpin muda
sekalian agar gunakan kesempatan yang ada ini untuk menimba
sebanyak mungkin pengalaman sebagai ketua. Laksanakan
tanggungjawab dengan sebaiknya kerana kelak kalian akan
menerajui kepimpinan Negara.

CIF INSPEKTOR MOHD UZIR BIN ISMAIL

Ketua Polis Balai, Balai Polis Simpang Pulai

Majlis Pelantikan Kepimpinan Muda 2011 Cg.Sam@SKTB
Dewan Bestari / 8 April 2011

Para pelajar akan merasakan keseronokan belajar apabila
mereka memperolehi penegasan yang sama daripada guru di

sekolah dan ibu bapa di rumah. Ditambah pula dengan
sokongan keluarga dan keprihatinan masyarakat sekeliling.
Inilah formula pendidikan zaman dahulu. Guru memberikan
tugasan, teguran, didikan, malah hukuman. Apabila pulang ke
rumah, ibu bapa pula menegaskan perkara yang sama. Begitu
juga dengan masyarakat sekeliling, semua orang mengambil
tanggungjawab menegur anak-anak. Lalu kita dapati pendidikan
untuk memandaikan anak-anak di sekolah tidak terhenti di
pintu pagar sahaja. Kesepakatan dan muafakat seperti ini wajib

diteruskan dan kitalah yang perlu meneruskannya.

DR FARAH SYAZWANI BT MOHD TARMIZI

Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Jelapang
Panel Forum Perdana Ehwal Islam

Ucap Utama Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-10
Dewan Bestari / 26 Mac 2011

Cg.Sam@SKTB

Saya mendapati sekolah ini berjaya mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang. Kejayaan yang telah dicapai ini bukanlah

sesuatu yang mudah, tambahan pula fizikal sekolah ini tidak
seperti sekolah-sekolah lain. Kawasan yang sempit dan ketiadaan
padang tidak melemahkan kreativiti dan iltizam guru-guru serta

ibu bapa. Peningkatan pencapaian dalam akademik, kejayaan
dalam sukan ragbi, taekwondo, bola baling, kompang formasi,

penglibatan aktif dalam kokurikulum hingga peringkat
kebangsaan serta amalan siasah terpuji oleh murid-murid adalah
bukti komitmen yang tinggi. Apa yang dicapai tidak akan berhasil
jika hanya bertepuk sebelah tangan. Kejayaan ini adalah ramuan
istimewa hubungan baik antara guru dan ibu bapa. Akrabkan lagi

hubungan ini.

ALEX CHAN CHIN CHEE

Penyelaras DUN Simpang Pulai

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah
Dewan Bestari / 19 November 2011

Cg.Sam@SKTB

Syabas, kerana para peserta berjaya melepasi satu program
yang agak berat dari segi mental dan fizikal. Tahniah kepada
pihak sekolah kerana memiliki barisan kepimpinan muda yang
berdaya saing, cergas fizikal, cerdas mental, taat dalam ibadah
serta pengamalan nilai yang positif. Di Perkampungan Survival
ini mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengalaman
kepimpina serta kewibawaan diri. Saya sangat berbesar hati
dengan kerjasama ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi

dalam aktiviti lain.

KOLONEL AHMAD B ABD RAHMAN

Komandan Institut Latihan Tentera Udara Ipoh

Perasmian Kursus Kepimpinan Muda 2012
Anjuran Bersama Unit Bimbingan Kaunseling

& Institut Latihan Tentera Udara Ipoh
Perkampungan Survival / 31 Mac 2012

Cg.Sam@SKTB

Pelaziman merupakan satu proses terpenting dalam usaha
mendisiplinkan diri. Baik kepada anak-anak, guru-guru, ibu bapa

atau sesiapa pun jua. Melazimi perkara positif sebagai rutin
dalam kehidupan akan menjadikan kita manusia yang bersiplin.
Dan disiplinlah yang menjadikan kita berjaya. Bayangkan bayi

yang dilahirkan tanpa sebarang kemahiran boleh bercakap,
merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Bagaimana? Ibu bapa
dan bayi itu sendiri tanpa ponteng sentiasa melazimi kemahiran

tersebut pada setiap masa, didokong pula oleh kata-kata
semangat, pujian dan habuan. Justeru lazimkanlah amalan nilai

positif dalam apa jua yang kita lakukan.

UST AHMAD BIN MOHD TAYIB

Ketua Pegawai Latihan
Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)

Diskusi Bestari & LDP Guru Cg.Sam@SKTB
Anjuran Bersepadu PIBG, JK Tahun 6,
Unit Bimbingan Kaunseling & Panitia Dakwah

25 Januari 2014

Altruism atau altruisme atau altruistik diambil dari kata altrui dari
bahasa Perancis yang membawa maksud orang lain. Diasaskan oleh

Auguste Komte pengasas aliran Positivisme Perancis. Dari sudut
bahasa, altruism bermaksud suka mengutamakan kebahagiaan orang

lain mengatasi diri sendiri, sangat suka melihat orang lain bahagia.
Mungkin kebanyakan orang yang hidup dalam zaman moden yang

penuh dengan kepentingan individualistik, hedonistik dan
materialistik yang mementingkan diri sendiri mengatakan pendapat
seperti ini sudah usang. Tetapi, dalam nubari guru terdapat satu nadi
yang mengaliri satu bentuk altruism yang sentiasa mengutamakan

anak didiknya. Biarpun anak itu tiada langsung persemendaan
dengannya, berlain kulit, rupa, bahasa, budaya, agama hatta berbeza

planet sekalipun, anak didik tetap diberi keutamaan. Maka
berbahagialah kalian para guru, para pendidik.

SAYED MUNAWAR BIN SAYED MUHD MUSTAR

Penyelidik RTM

Latihan Dalam Perkhidmatan Cg.Sam@SKTB
Pusat Sumber Sekolah / 29 Januari 2015

Didiklah dari hati kerana sentuhan dari hati akan turun ke hati. Anak-
anak mudah tersentuh hati mereka seandainya kita pandai

menyentuhnya. Sentuhan hati daripada ibu, bapa dan guru akan
segera meresap ke dalam jiwa mereka. Usah dibesarkan jika anak-
anak atau anak didik kita menongkah arus. Mereka sedang belajar

untuk memilih jalan kehidupan. Bimbinglah mereka dengan
bijaksana. Kebijaksanaan kita akan mengacuankan pula
kebijaksanaan mereka kelak.

UST PAHROL BIN MOHAMAD JUOI

Pengurus Besar Fitrah Perkasa

Syarahan Perdana, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17
Anjuran bersama PIBG SKTB & Masjid Jamil al Kholidi
31 Mac 2018

Cg.Sam@SKTB

Walaupun usia sekolah ini masih muda dan sedang membina
pengalaman, namun saya dapat melihat kekuatan, peluang dan

harapan yang sangat tinggi. Dalam keadaan yang serba
kekurangan seperti ketiadaan padang dan kawasan yang sempit
sekolah ini telah mula menunjukkan pencapaian yang luar biasa
dalam banyak bidang. Bidang sukan, kokurikulum, koakademik,

sahsiah, kepimpinan dan akademik telah menunjukkan
peningkatan dari masa ke masa. Yakinlah SKTB akan duduk sama
rendah dan berdiri lebih tinggi daripada sekolah-sekolah lain yang
berprestij dalam negara ini. Gemblengkan segala keupayaan dan

kekuatan para guru, kaki tangan, jawatankuasa PIBG serta ibu
bapa keseluruhannya dalam usaha membina nama sekolah ini.

‘Ilmu Pemangkin Generasi Gemilang’

HJH SITI FATIMAH BT SYED BAHARUDDIN

Guru Besar

Majlis Persaraan Guru Besar Cg.Sam@SKTB
17 November 2006

Setiap pelajar mengimpikan gelaran Pelajar Cemerlang. Suka saya
tegaskan kepada anak-anak dan guru-guru tentang

kecemerlangan. Cemerlang ialah kebolehcapaian dan ketekalan
dalam pencapaian yang diperoleh. Cemerlang bukan sahaja
dalam bidang akademik. Semua bidang pendidikan ada
kecemerlangannya. Kayu ukur cemerlang itu bukanlah
memperoleh jumlah A, bilangan emas atau banyaknya sijil.

Cemerlang ialah bagaimana anda meningkatkan pencapaian yang
sedia ada ke tahap yang lebih baik seterusnya pencapaian itu
ditekalkan. Sekolah ini mempunyai pakar rujuk serta mahaguru
yang berwibawa. Dampingilah mereka, tuntutlah ilmu daripada
mereka, nescaya kecemerlangan milik anda.

ABD AZIZ BIN JAMALUDDIN

Pegawai Teknologi Maklumat
PKG Kuala Kurau

Program Kecemerlangan Diri Tahun 6
21 Julai 2008

Cg.Sam@SKTB

Saya amat teruja dan berbesar hati apabila pihak PIBG sekolah ini
mengajak pihak LPPKN Cawangan negeri Perak menjalinkan
kerjasama menganjurkan program ini. Julung-julung kali kami
dapat bekerjasama dengan PIBG dan pihak sekolah dalam

penganjuran program kekeluargaan seperti ini. Usaha ini amat
tepat dengan objektif LPPKN itu sendiri. Di sini kita dapat
berinteraksi dengan ketua keluarga dalam suasana yang

berinspirasikan ilmu. Insya Allah kita akan meneruskan kerjasama
seperti ini pada masa-masa akan datang.

HJ SHOIB BIN HASNAN

Pengarah
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara

Cawangan Negeri Perak

Perasmian Diskusi Keluarga Bestari
Anjuran Bersama PIBG & LPPKN Perak

Dewan Bestari / 11 Ogos 2007

Cg.Sam@SKTB

Sekolah ini mempunya satu pasukan yang sangat luar
biasa. Satu pakej sempurna meliputi keseluruhan bidang

pendidikan. Walaupun tidak memegang jawatan Guru
Cemerlang atau Guru Pakar, tetapi kepakaran yang ada
pada guru-guru di sini menyamai kepakaran tersebut,

bahkan jauh lebih lagi. Kehebatan anda dalam
melengkapi dan menyeimbangi kelompongan yang ada
menjadikan SKTB dilihat sebagai sebuah sekolah yang
berswadaya tinggi. Rantaian keakraban antara guru – ibu
bapa – murid – masyarakat setempat yang terjalin erat
hendaklah dipertahankan. Saya sentiasa mendoakan

kalian.

ZAINAB BT HJ HUSSAIN

Guru Besar

Majlis Apresiasi Dan Penghijrahan
Dataran Bersatu / 2 Mac 2012

Cg.Sam@SKTB

Kata orang budiman
Hati yang bahagia itu
Nampak molek pada pokoknya
Nampak indah pada rendangnya
Tahu duduk pada tegaknya
Tahu rendah pada silanya
Tahu ikhlas dalam ibadat
Tahu kias dalam ibarat
Tahu contoh pada senonoh
Reti budi pada pekerti
Buat baik pada yang molek
Molek kata dalam bicara
Sama suka kala gembira
Sama sedih pabila merintih
Reti sabar pabila tercabar

Jadilah jiwa yang tahu sujud
Dengan tuhan hati terjerut
Sama kasih sama berpaut
Di Taman Bersatu kasih bertaut

Cg.Sam@SKTB


Click to View FlipBook Version