The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA PENDEK TAHAP 2

Nur Aleez Dania
6 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2021-12-01 10:31:31

Fluffy si kucing

CERITA PENDEK TAHAP 2

Nur Aleez Dania
6 Seroja

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Fluffy si Kucing

Nur Aleez Dania
6 Seroja

Pada suatu malam yang dingin, semasa
ayahku hendak pergi ke surau Taman
Bersatu yang berhampiran dengan rumahku,
tiba-tiba kedengaran ayahku memanggil
emakku. Aku pergi keluar untuk melihat apa
yang terjadi.

Rupa-rupanya ayahku menjumpai seekor
kucing yang cedera di tengah jalan. Ayahku
segera membawa kucing tersebut masuk ke
dalam rumah.

Ayahku memberi kucing itu kepada ibuku
sementara dia hendak pergi ke surau. Kucing
itu kelihatan kurus kerana tidak mendapat
makanan. Lalu, ibuku memberi kucing itu
makan.

1

Kucing tersebut mengiau-ngiau kerana takut
dengan ibu. Aku dan adik-adikku pergi
menjenguk kucing itu. Ibu membersihkan
kucing itu lalu, meletakkannya ke dalam
sangkar.

Selepas ayahku pulang dari surau, dia terus
memberitahu kami agar tidak mendekati
kucing tersebut kerana bimbang akan
kesihatan kami. Kucing itu mempunyai bulu
yang tebal.

Selang beberapa ketika, ayahku keluar
menuju ke farmasi untuk membeli ubat
untuk kucing itu. Ayahku mendapati kucing
itu cedera akibat digigit anjing jalanan. Aku
berasa simpati dengan kucing itu.

2

Kucing itu mempunyai warna yang cantik.
Ibuku hendak membawa kucing itu ke
veterinar pada esok hari kerana luka yang
ada pada kucing itu telah terkena jangkitan
yang menyebabkan kucing itu tidak boleh
membuang air besar ataupun kecil. Ayahku
memimta kami berdoa untuk kesihatan
kucing itu. Keesokkan harinya, ibu
membawa kucing itu ke klinik veterinar yang
berdekatan.

Ibu memberitahu ayah bahawa kucing itu
ditahan di klinik untuk beberapa hari. Aku
sangat sedih apabila mendengar berita
itu.Kos rawatan untuk kucing itu agak tinggi
hingga harganya mencecah RM100.00. Aku
rindu akan kucing itu kerana dia ditahan di
kilnik veterinari selama berhari-hari.

3

Tiga hari sudah berlalu dan kucing itu masih
tidak dibenarkan pulang dari klinik. Aku
bertanya kepada ibuku mengapa kucing itu
tidak dibenarkan pulang. Ibuku menjawab
kucing itu tidak dibenarkan pulang kerana
doktor veterinar itu perlu menjalankan
rawatan yang selanjutnya.

Keesokkan harinya, kucing itu sudah
dibenarkan pulang dari klinik veterinar.
Doktor veterinar itu memberikan ubat-
ubatan kepada ibuku dan menasihati ibuku
agar memberikan ubat itu kepada kucing
tersebut.

Aku gembira sekali apabila melihat kucing
sudah pulang dari klinik. kelihatan kurus
kerana sudah lama tidak makan. Ayahku
cuba memberikan ubat itu kepada kucing itu
tetapi kucing tidak mahu memakan ubat itu.
Jadi, ayahku memasukkan ubat itu di dalam
susu untuk diberikan kepada kucing itu.

4

Kelihatan luka kesan gigitan anjing di kucing
itu masih belum sembuh sepenuhnya. Maka,
ibuku menyapukan ubat di luka itu agar
cepat pulih.

Kucing itu mengiau-ngiau semasa ibu
menyapukan ubat itu kepadanya. Setelah
beberapa bulan berlalu, akhirnya kucing itu
telah sembuh sepenuhnya dan badan
kelihatan lebih gemuk berbanding semasa
dia sakit dahulu. Disebabkan bulunya tebal,
jadi, aku memberinya nama Fluffy kerana
"fluffy" bermaksud gebu dalam bahasa
Inggeris.

Semua keluargaku gembira apabila melihat
Fluffy sembuh semula. Aku dan adik-adikku
seronok bermain dengan Fluffy.
Kami sekeluarga menjaga Fluffy dengan baik
bagai menatang minyak yang penuh. Aku
sangat sayang akan Fluffy si kucing.

5


Click to View FlipBook Version