The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA PENDEK TAHAP 2

Syazwina Uzma
6 Seroja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-01-01 21:32:21

Boneka Arwah Nenek

CERITA PENDEK TAHAP 2

Syazwina Uzma
6 Seroja

PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021

Hai namaku Nur Arryn Qistina binti
Muhammad Affan Qayum, orang panggilku
Ryn dan umurku 8 tahun. Aku sangat gemar
mengumpul boneka sebagai hobi kerana
tiada teman untuk bermain selepas
kematian arwah nenekku. Tambahan pula
ibuku sibuk mencari rezeki selepas ayah
dikejarkan ke hospital akibat kemalangan.

Aku selalu menginginkan untuk memiliki
boneka beruang yang di sembunyikan oleh
nenekku sebelum kematiannya. Aku sangat
tidak boleh melupakan kejadian itu di mana
nenekku pergi ke rahmat Allah Ketika sedang
dalam perjalanan pulang dari mengerjakan
umrah di Makkah. Aku juga bersyukur
beberapa hari sebelum nenek mengerjakan
umrah, nenek mebuatkan kuih kesukaanku
iaitu badak berendam dan memperkenalkan
tiga cucu kawannya kepada ku untukku
berteman.

1

“Eh, nenek? Siapa tiga orang budak di
belakang nek itu? Rynn tak pernah Nampak
pun sebelum ni.’’ Kataku kepada nenek
dengan nada yang keliru. Beberapa minit
berlalu, nenek pula berkata “oh , ini ialah
cucu kawan nenek, nenek mahu
meperkenalkan kepada Ryn supaya kalian
boleh rapat’’,tersenyum nenek.

Mendengar kata-kata nenek ,aku terus
memeluknya dengan erat kerana terharu
dengan ucapan nenek.

Aku mula berteman dengan tiga orang cucu
kawan nenek iaitu Alexia, Zakir dan Zara, aku
berasa seronok dan tidak berasa sunyi lagi.
Aku bersyukur sekali kerana nenek masih
lagi meluangkan masa denganku walaupun
umur nenek yang semakin meningkat.
Dengan berkat nenek hubungan kami
berempat semakin rapat dan mesra dan juga
keadaan emosiku sudah semakin stabil dan
tidak lagi kesunyian akibat dibuli dan
diperdayakan lagi.

2

Oleh kerana itulah kepergian nenek amat
sukar aku terima tetapi aku bersyukur
kawan-kawanku masih lagi memberi
sokongan kepadaku untuk tetap tersenyum.
Beberapa hari kemudian di kelas sebelum
guru masuk, aku dan Alexia berbincang
serba sedikit mengenai boneka yang akan
dicari mereka selepas tamet sesi
persekolahan.

Kemudian Zara secara tiba-tiba menepuk
bahuku dan berkata “selamat pagi Bestie
,hehe . Ala dah mula bincang dah , kenapa
tak pelawa kita dan Zakir sama?’’
“Oh kamu Zara, kami baru mula berbincang
5 minit sebelum kamu datang ke sini,
kenapa kamu dan abangmu lewat? lagi 10
minit je lagi cikgu Rohaina mahu masuk ke
kelas?’’ Tanya Alexia.

3

Ketika Zara mahu jawab persoalan tersebut,
tetiba Zakir menyampuk dan menjawab
persoalan Alexia “ dah lama ke tunggu?
Minta maaf tau kita datang lambat sikit
sebab tayar kereta ayah kami pancit. Sebab
itulah lama sikit. hehe’’ Aku pula berkata.
“Ooo, tak apalah Zakir, Zara. Kamu berdua
pergilah duduk di tempat masing-masing
cikgu Rohaina dah nak masuk dah ni!’’

Ketika di dalam kelas, Cikgu Rohaina berkata
“Baiklah, murid-murid cikgu akan
menegaskan tentang adab menjaga harta
benda untuk pembelajaran minggu ini, jadi
esok cikgu mahu kamu semua membawa
satu benda yang paling kamu sayang dan
cikgu akan mengajar kamu untuk
menghargai barang.”

4

Pada waktu rehat pula, aku, Alexia, Zakir,
dan Zara duduk berbual sambil memakan
karipap dan bihun goreng yang panas lalu
berbincang untuk menentukan rumah siapa
yang akan dijadikan tempat bermain petang
ini. “Ok, dah muktamad rumah Arryn yang
kita jadikan tempat main hari ini dan boleh
la kita selidik tentang boneka yang nenek
kamu sembunyikan sebagai harta karun tu
Arryn’’. Kata Zakir dengan nada teruja sekali.

Di ruang tamu rumah Arryn, “Kawan-kawan
duduk la dulu aku nak tukar pakaian kejap
lepas tu baru kita main tau, hehe’’. Kata
Arryn. “O.K Arryn” kata mereka bertiga
serentak . Sementara menunggu Arryn
menukar pakaian, mereka bertiga meneka
bersama dan berfikir tempat mana yang
sesuai untuk nenek Arryn menyembunyikan
boneka itu.

5

Tiba-tiba Zara tertanya-tanya mengapa satu
pintu yang diperbuat daripada emas perak
di rumah Arryn dan dikunci. Keinginannya
untuk masuk ke bilik itu membuak-buak.
“Alexia, abang, agak-agak apa ada sebalik
pintu yang dikunci di sudut sana? ‘’kata Zara.

Alexia pula berkata “tidak tahu pula kenapa
kamu bertanya begitu?’’
“Oh tak adalah saja tanya sebab teringin
sangat nak masuk bilik tu atau mungkin kita
boleh dapat petunjuk di sana untuk mencari
boneka yang disembunyikan nenek Arryn.”

Selang eberapa minit Arryn tiba. Zara tanpa
basa-basi menanyakan soalan yang
ditanyakan kepada Zakir dan Alexia tadi.
“Ryn, apa ada dalam bilik hujung sana tu?
nak tak kita cari petunjuk kat sana?’’ dengan
nada yang sangat teruja Zara menanya.

6

Pertanyaan Zara dibalas oleh Arryn dan
berkata “Oh kita pun tak pernah masuk lagi
kan, jadi apa kata kalau kita berempat selidik
apa ada dalam bilik tu boleh la kita jumpa
boneka nenek itu’’. Tak boleh kawal
perasaan Arryn yang ingin memperolehi
boneka itu.

Kemudian mereka mula mencari. Alexia pula
berasa lapar, jadi terpaksalah mereka
menunggu. Melihat muka Zara dan Arry
geram kerana tidak sabar, membuatkan
Zakir mahu ketawa. “Apa yang abang ketawa
terbahak sangat tu ha!!‘’ riak muka Zara
Ketika memarahi Zakir, abangnya
membuatkan Alexia makan dengan cepat
kerana mereka mengerti kalau Zara
mengamuk habislah mereka.

‘’Tapikan sebelum tu, kita kena cari kunci
dulu la’’Kata Arryn.

7

Zakir pula berkata “Apa ibu kamu ada
beritahu ciri-ciri kunci itu Ryn?’’ Rynn pula
menjawab pertanyaan Zakir dengan penuh
keyakinan yang membara “Ada, dah
memandangkan pintu biliknya bewarna
emas perak, sudah tentulah kuncinya sama’’
tersenyum Arryn Ketika menjawab
pertanyaan tersebut.’’

“Oh , betul juga tu, kebetulan tadi saya ada
tenampak besi yang berwarna emas perak di
ruang tamu tadi . Tapi saya tidak pastilah
kalau itu kunci atau bukan’’. Kata Alexia
dengan nada yang kecewa kerana tidak
dapat melihat lebih jelas dan lanjut tentang
benda besi tersebut.

“Tak apalah, jangan bersedih, kita cari sama-
sama ya. Lebih cepat lebih bagus.” Kata Zara
untuk menaikkan semangat Alexia.

8

Akhirnya selepas mencari kunci, mereka
berempat terus mebuka pintu tersebut.
Ketika masuk ke bilik tersebut terus
mencari petunjuk yang berguna dan boleh
membantu mereka mencari boneka itu.
Sedang mencari petunjuk, Zakir terjumpa
helaian kertas petunjuk yang berbentuk
teka-teki. Zakir terus memberitahu yang lain
dan cuba fahamkan petunjuk itu.’

“Berada di tempat yang melengkung,
tempat kita menenangkan fikiran dan
bawahnya terdapat kehidupan’’ mereka
terpaksa memerah otak untuk mencari
gambaran petunjuk itu. Arryn teringat
taman bunga dan kolam ikan emas yang
terdapat di jambatan yang berbentuk
melengkung.

“Mari kita periksa di taman bunga dan kolam
ikan emas di rumah saya’’ kata Arryn. ‘’Tapi
sebelum tu kita kena bahagikan kumpulan
dahulu’’ kata Zakir.

9

“Jadi saya dan Arryn mencari di taman
bunga manakala Zakir dan Zara di kolam
renang’’ kata alexia . “Baik!’’ serentak.

Sesampainya di lokasi masing-masing,
mereka bergegas mencari pentunjuk
seterusnya dan akhirnya berjaya. Petunjuk
kedua berkata “berada di sebuah kotak
pusaka yang disayangi nenek’’ Selepas
membaca petunjuk tersebut, Alrryn terus
berlari ke bilik neneknya kerana dia pernah
terlihat kotak pusaka itu!.

“Rynn kamu kenapa?’’ kata Zakir,
“sepertinya Rynn tahu kotak pusaka itu’’
jawab Alexia. Ketika di bilik nenek Arryn,
“Arryn , kamu tau ke kotak tu kat mana, saya
rasa kemungkinan boneka itu ada di
dalamnya’’ kata Alexia.

10

“Saya tau, tak silap saya nenek ada almari
tersembunyi’’ jawab Arryn. Beberapa minit
kemudian “Ahhhhhhhhhh’’ jeritan itu
kedengaran daripada suara Zara.

Selepas bertemu dengan Zara, Alexia
bertanya kepada Zara kenapa dia menjerit.
Rupa-rupanya Zara terkejut melihat pintu
almari itu terbuka sendiri apabila ia menarik
album buku keluarganya Rynn dan
terperanjat melihat lipas yang menuju ke
arahnya. “Ish adik ni, buat orang cemas je!!’’
kata Zakir dengan geram. ‘’hehe maf ye
abang” jawab Zara dengan malu.

Alexia pula berkata “Sudah lah tu, jom kita
masuk ke bilik rahasia ni’’ . Beberapa minit
kemudian , Arryn sudah menjumpai kotak
pusaka itu dan memanggil yang lain
memberitahu dia sudah menjumpai boneka
tersebut. Arrryn gembira kerana akhirnya
dia dapat memperolehi boneka tersebut dan
terus mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakannya kerana membantu.

11

Pada mingggu yang cikgu Rohana menyuruh
mereka membawa barang tersayang, Alexia
membawa buku nota pemberian ibunya ,
Zara membawa kotak pensel serba guna
yang dihadiahkan pada hari jadinya, Zakir
membawa topi yang dibeli oleh ayahnya
Ketika dia sekeluarga melancong di Melaka
dan sudah tentu Arryn membawa boneka
yang dijumpai Ketika mencari harta karun
bersama Alexia, Zara, dan Zakir.

Sebelum cikgu rohana menerangkan lebih
terperinci tentang adab menghargai barang,
dia menanyakan kepada semua orang
kenapa dia membawa benda tersebut.
Sampailah giliran Arryn cikgu rohana
menanyakan tentang kenapa beliau
membawa boneka tersebut.

12

‘’saya membawa boneka ini kerana boneka
ini pemberian nenek saya melalui permain
teka-teki mencari harta karun, dan ini benda
yang paling saya sayang kerana nenek
seorang yang prihatin kepada saya semenjak
ayah saya kemalangan dan ibu saya yang
sibuk bekerja. Jadi apabila saya mendapati
nenek sudah tiada, boneka inilah yang
membuatkan saya rindu kepada nenek dan
menjadi taman saya ketika di rumah’’, jawab
Arryn.

Ucapan Arryn menyentuh hati Cikgu Rohana
lalu dia mengucapkan takziah kepada Arryn
sekeluarga dan terus melanjutkan
pembelajaran.

13

1


Click to View FlipBook Version