PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021
Syafiqa Chahya Nashuha binti Nasirudin
6 Seroja
Aira. Itulah nama seorang kanak-kanak
perempuan yatim yang menjadi buah mulut
hampir ke semua penduduk kampung. Apa
tidaknya, Aira bukan sahaja seorang yang petah
berkata-kata tetapi juga setiap gerak-gerinya
melucukan.
Encik Jaafar, ayah Aira ialah seorang peniaga. Dia
sungguh gembira melihat anaknya itu membesar
dengan ceria walaupun setelah ketiadaan ibunya.
Ibunya telah meninggal dunia ketika Aira baru
sahaja dilahirkan.
Aira kini sudah berada di tahun tiga
persekolahannya. Pelajaran Aira sangat
cemerlang. Dalam setiap ujian mahupun
peperiksaan, dia selalu mendapat nombor satu.
Aira juga mempunyai sifat lemah-lembut sama
ada dengan rakan-rakan di sekolahnya mahupun
guru-guru. Dia juga seorang yang ringan tulang.
1
Di sebalik kejayaannya itu, ada juga yang
memusuhi Aira iaitu Tina dan Tisya. Mereka
adalah pasangan kembar seiras. Mereka cukup
tidak suka dengan Aira. Lebih-lebih lagi apabila
Aira mendapat pujian-pujian daripada guru-guru.
Mereka juga selalu memandang rendah terhadap
Aira dan selalu mengejeknya seperti anak yatim
dan orang miskin. Walau bagaimanapun, Aira
tidak pernah terasa hati kerana semuanya adalah
ketentuan Allah.
Pada suatu hari, Aira diajak oleh seorang rakan
sekolahnya, Dalila untuk pergi bermain di taman
yang berhampiran dengan rumah mereka. Setelah
mendapat izin daripada ayahnya, Aira pun pergi.
Dalila adalah seorang kanak-kanak yang disayangi
oleh kedua ibu bapanya. Ibu bapanya juga
mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga
Aira. Mereka pun pergilah ke taman dengan
menaiki basikal.
2
Rupa-rupanya, Tina dan Tisya juga berada di
taman itu. Tetapi, Aira dan Dalila tidak perasan
kerana Tina dan Tisya berada agak jauh daripada
mereka. Aira dan Dalila berasa seronok dapat
bermain di taman itu yang penuh dengan bunga-
bunga yang cantik.
Sedang asyik bermain, mereka dikejutkan dengan
suara orang meminta tolong. Aira dan Dalila
segera bergegas ke situ. Mereka ternampak dua
orang budak perempuan menangis sambil
menggaru-garu tangan dan kaki mereka sehingga
bengkak.
Rupa-rupanya, dua orang budak itu ialah Tina dan
Tisya. Mereka segera menolong Tina dan Tisya
lalu meletakkan mereka ditempat duduk belakang
basikal. Aira dan Dalila membawa mereka ke
rumah Dalila. Ibu Dalila segera menyapu minyak
untuk melegakan kegatalan tersebut.
3
Ibu Dalila mendapati bahawa Tina dan Tisya
digigit oleh kerengga. Hal ini adalah kerana Tina
dan Tisya telah mengusik sarang kerengga lalu
menghancurkan sarang tersebut. Tina dan Tisya
telah menyesal atas perbuatan mereka itu lalu
berterima kasih kepada Aira dan Dalila kerana
menolong mereka.
Sejak daripada hari itu, Tina dan Tisya berkawan
baik dengan Aira dan Dalila . Mereka tidak lagi
mengejek dan memusuhi Aira dan Dalila.
4